Está en la página 1de 26

KAE3013: EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK

___________________________________________________________________________
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

___________________________________________________________________________

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEMESTER 3 2013

KAE 3013 EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK

TUGASAN 1: 20 APRIL 2013

PENSYARAH: PROF MADYA A. RAHMAN MOHAMED

PELAJAR: KAMARUL SULAIMAN 700106-13-5809 MATRICS NO: PPG/32281/12

INSTITUSI:

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA CAWANGAN KUCHING SARAWAK

1|Page

KAE3013: EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK

___________________________________________________________________________
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

___________________________________________________________________________

Kandungan Mukasurat

1. 2. 3.

Pengenalan Kepentingan Ekspresi Skop Kajian

3 4 4

4.

Tahap Perkembangan Artistik Kanak- Kanak 4.1 Peringkat Scribbling ( 5 -7 tahun ) 5 4.2 Karya terbaik 10 5

Peringkat Manipulative ( 7- 9 Tahun ) 5 Karya terbaik Peringkat Symbol Making ( 9 12 Tahun ) 10 Karya terbaik

4.3

15

5.

Penutup

25

Bibliografi

26

2|Page

KAE3013: EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK

1. Pengenalan Seni visual merangkumi aspek pengkaryaan yang dihubungkan dengan disiplin seni halus, dan perekaan, yang meliputi bidang-bidang komunikasi visual, reka bentuk teknologi, dan reka bentuk persekitaran. Ringkasnya, seni visual merangkumi seni lukis dan seni reka. Karya seni visual ialah suatu ekspresi visual akan sesuatu idea ataupun pengalaman yang dibentuk menerusi penggunaan sesuatu bahan ataupun medium dengan menggunakan teknik-teknik yang tertentu. Pengkarya dan pereka lazimnya memilih bahan yang sesuai dengan idea ataupun perasaan yang ingin disampaikannya. Cara-cara penggunaan bahan tertentu membolehkan sesuatu objek atau persembahan itu difahami ataupun digunakan mereka. Berdasarkan konsep ekspresi visual ini, setiap orang melukis atau mencipta imej sesuai dengan tanggapan daripada apa yang mereka tahu dan lihat. Ini adalah tertakluk kepada persepsi dan daya tafsir yang berbeza. Dalam erti kata lain sebarang ungkapan yang terpancar melalui imej yang diciptakan ialah apa yang dirasai oleh pelukis itu sebagai satu ekspresi dalaman yang mempengaruhi ekspresi visualnya. Dengan sebab itulah terdapatnya pelbagai diekspresikan oleh rupa dan corak hasil lukisan dan ini merupakan gagasan yang seseorang pelukis. (The Expression Theory.http://www.david-

closs.com/express.html )

2. Kepentingan Ekspresi Visual


o o o o o o

Menggambarkan Perasaan Menghasilkan Pengucapan Lisan Menghasilkan/Memaparkan Reaksi Menggambarkan Emosi Menghasilkan Ekspresi Bukan Lisan Menyampaikan Idea

3. Skop Kajian Untuk tugasan ini saya telah memilih 20 buah lukisan yang telah dihasilkan oleh 20 orang responden yang terdiri daripada murid sekolah yang berada di peringkat umur 5 tahun hingga 12 tahun. Kajian ini terlah dijalankan ke atas murid-murid di Sekolah Kebangsaan Tabuan Hilir , Kuching. Sebahagian daripada mereka telah diberikan tema kepada lukisan mereka dan sebahagian murid lagi bebas meluahkan imaginasi mereka ke dalam kertas lukisan yang disediakan. Bahan-bahan seperti krayon, warna pastel, warna air dan pensel warna telah disediakan. Responden terdiri daripada 3 peringkat tahap/perkembangan artistik yang telah dipilih iaitu Peringkat Scribbling ( 5 7 tahun ), Peringkat Manipulative ( 7 9

3|Page

KAE3013: EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK

tahun ) dan Peringkat Symbol Making ( 9 12 tahun ). Melalui karya yang telah dihasilkan saya telah mentafsir lukisan mereka dari 3 perspektif iaitu visual expressive concept, graphic idea dan material treatment. Visual expressive concept ialah luahan perasaan seseorang kanak-kanak terhadap sesuatu melalui lukisan berfokus dan bebas. Contohnya dalam sebuah kelas ada 20 orang kanak-kanak dan mereka ini mempunyai visual expressive yang berlainan dan hasil daripada lukisan berfokus dan bebas dapat menentukan perasaan kanak-kanak melalui lukisan tersebut. Kalau lukisannya cantik kemas dan ceria maknanya dia gembira dan seronok. Kalau lukisannya comot dan tidak siap mungkin dia bosan atau ada masalah. Penggunaan warna juga melambangkan expressive concept kanak -kanak tersebut dengan penggunaan warna yang terang dan ceria, terang dan garang, lembut dan tenang dan sebagainya. Graphic Idea merujuk kepada kebolehan seseorang kanak-kanak dalam menyusun atur cara imaginasinya yang unik dan kreatif dalam meluahkan perasaan atau ideanya dalam bentuk lukisan. Ideanya ialah seperti susun atur objek , bentuk dan saiz objek serta warna yang sesuai mengikut imaginasinya. Material Treatment pula merujuk kepada bahan-bahan yang boleh digunakan untuk memperbaiki, menambah daya tarikan dan keunikan sesebuah hasil seni. Contoh bahan yang boleh digunakan ialah seperti lilin, minyak masak, kulit buah naga, air limau kasturi, kunyit dan banyak lagi bahan semula jadi untuk menghasilkan keunikan sesebuah seni. Keunikan dan kreativiti juga boleh dihasilkan daripada keberanian dan kaedah cubajaya yang digunakan oleh murid tersebut. Berdasarkan pemahaman, saya telah cuba mentafsir lukisan yang telah dihasilkan oleh responden yang terdiri daripada murid-murid mengikut peringkat umur 5 hingga 12 tahun berdasarkan peringkat atau tahap perkembangan artistik kanak-kanak.

4|Page

KAE3013: EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK

4. Analisa Lukisan Mengikut Tahap/ Perkembangan Artistik Kanak- Kanak 4.1 Peringkat Scribbling ( 5 7 tahun )

Pada peringkat ini kanak-kanak menghasilkan contengan secara rawak dan tidak terkawal. Mereka mula melukis dari peringkat contengan kepada lukisan garisan lurus dan melintang kepada melukis bulatan. Berikut adalah hasil lukisan murid peringkat ini: Lukisan 1 Nama Responden Umur : Azri Aiman : 7 Tahun

Visual/ Ekspressive Concept Gambaran yang ditunjukkan oleh lukisan ini ialah jalinan bentuk dan nombor. Beberapa bentuk seperti bentuk segi tiga, segiempat dan bulat digabungkan menjadi suatu bentuk baru seperti bangunan. Gambaran yang kedua dalam lukisan tersebut adalah kombinasi beberapa nombor yang ditulis melintang. Lukisan yang dihasilkan dengan kemas dan meletakkan renjisan warna air sebagai latar belakang lukisan. Kombinasi warna yang digunakan menghasilkan warna seakan-akan warna hitam untuk melukis objek tersebut. Warna latar belakang agak lembut dan tenang dengan menggunakan teknik renjisan. Graphic Idea Susunan objek di dalam lukisan agak kemas dan terancang. Penggunaan ruang kertas lukisan juga seimbang dengan objek diletakkan di ruangan tengah kertas lukisan. Saiz objek juga seimbang antara satu sama lain. Murid ini kreatif dalam mewujudkan suatu bentuk baru daripada gabungan beberapa bentuk yang dihasilkan dan mempunyai kaitan antara bentuk baru yang dihasilkan dengan nombor yang dilukiskan.

5|Page

KAE3013: EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK

Material Treatment Lukisan ini diolah dan dihasilkan di atas kertas lukisan dengan menggunakan warna air. Kombinasi warna yang agak rambang digunakan untuk menghasilkan warna baru tidak menjadi menyebabkan warna seakan-akan hitam dihasilkan. Penggunaan teknik

renjisan/percikan sebagai warna latar belakang dilihat seperti tarancang. Ini disebabkan guru memainkan peranan mengawal penggunaan warna dalam membuat renjisan atau percikan Lukisan 2 Nama Respnden Umur : Afiq : 5 tahun

Visual/Ekspressive Concept Lukisan ini menunjukkan pemandangan sebuah rumah dan penghuninya. Meskipun lakaran rumah tersebut agak tidak sempurna tetapi idea yang dinyatakan boleh difahami dengan jelas. Imej penghuni rumah juga digambarkan dalam lukisan tersebut meskipun orang yang digambarkan dengan garisan untuk badan dan bentuk bulat untuk kepala. Lukisan yang dihasilkan agak comot dan tidak siap yang mungkin menunjukkan murid ini kurang minat melukis tajuk yang guru berikan. Murid ini cenderung menggunakan warna yang terang dan ceria. Graphic Idea Susunan objek dalam lukisan yang dihasilkan tidak seimbang. Objek dalam lukisan kebanyakan terletak disebelah kiri. Ruang sebelah kanan kosong dan tiada objek yang dilukiskan. Benntuk rumah yang dilukiskan tidak lengkap. Rumah yang digambarkan tiada beratap dan tiang. Saiz pintu dan tingkap juga tidak seimbang dengan saiz rumah yang dilukiskan. 6|Page

KAE3013: EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK

Material Treatment Bahan yang digunakan untuk lukisan ini adalah kertas dan pensel warna.Cara mewarna tidak kemas dan jalinan warna tidak teratur. Tiada kombinasi warna yang menghasilkan warna baru digunakan. Muird ini hanya menggunakan warna asal yang terdapat dalam pensel warna yang disediakan.

Lukisan 3 Nama Responden Umur : Erra Fatiha : 5 Tahun

Visual/Ekspressive Concept Murid ini menggambarkan tentang pemandangan sebuah rumah , kereta dan seorang budak perempuan. Persekitaran murid ini mempengaruhinya untuk

menggambarkan dirinya tinggal di sebuah rumah dan keluarganya memiliki sebuah kereta. Unsur alam sekitar juga dapat dilihat daripada lukisan tersebut di mana terdapat pokok bunga, pokok, awan, burung dan matahari yang mungkin ada di kawasan rumahnya. Selain itu, pelukis juga menggambarkan anak panah yang dilukis berhampiran kereta menunjukkan jalan raya. Murid ini menggunakan warna-warna yang terang dan ceria. Graphic Idea Susun atur objek di dalam lukisan tersebut agak terancang dan kemas. Namun saiz yang digunakan menggambarkan setiap objek tidak seimbang contohnya budak perempuan dilukis sama besar dengan saiz rumah dan kereta. Bentuk rumah yang dihasilkan adalah lengkap namun bentuk kereta yang dihasilkan lebih kepada bentuk segiempat tepat dan bentuk bulat yang menunjukkan tayar. Lakaran budak perempuan juga seakan-akan sempurna cuma bahagian tangan dan kaki yang dilukis menggunakan garian lurus sahaja.

7|Page

KAE3013: EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK

Objek yang di masukkan ke dalam lukisan bagi memperlihatkan hubungkait di antara satu dengan yang lainnya. Ia sekaligus menjadikan lukisan lebih harmoni. Material Treatment Lukisan yang dihasilkan menggunakan pensel warna. Murid ini menggunakan warna pelbagai. Warna yang biasa digunakan adalah berlainan untuk memberi perbezaan kepada bentuk-bentuk yang dilukis mengikut warna-warna tertentu atau warna yang telah dipilih seperti yang mereka minati setiap yang dihasilkan membawa makna yang tersendiri bagi dirinya, apa yang dibuat, diwarnakan boleh difahami Misalnya warna hijau bagi atap, jingga untuk bahagian tepi rumah, dan unggu untuk pintu. Lukisan 4 Nama Responden Umur : Aizat : 5 Tahun

Visual/Ekspressive Concept Tema lukisan ini ialah bunga. Bunga-bunga yang dihasilkan terdiri daripada pelbagai jenis bunga dengan warna yang berbeza. Lukisan ini menunjukkan bahawa pelukisnya sedang menggambarkan susunan bunga yang terdiri daipada pelbagai jenis dan rupa yang diwakili oleh warna-warna yang berbeza. Garisan lengkung yang besar disekeliling lukisan pula digambar sebagai bunga yang terdapat di dalam taman. Lukisan ini kelihatan agak tidak kemas dan kesan warna yang comot. Ini menunujukkan murid ini kurang berminat melukis ataupun bosan dengan tajuk yang diberikan. Graphic Idea Objek diletakkan di bahagian atas kertas lukisan. Susunan objek tidak kemas tetapi objek masih dalam satu barisan. 8|Page Objek juga di masukkan ke dalam lukisan bagi

KAE3013: EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK

memperlihatkan hubungkait di antara satu dengan yang lainnya. Saiz objek juga tidak seimbang. Bentuk bunga yang dihasilkan daripada bentuk bulat dan bujur. Bunga yang dihasilkan seakan-akan sama rupa namun dibezakan oleh warna-warna yang digunakan. Material Treatment Murid lebih mudah menggunakan pensel warna untuk lukisan mereka. Jenis buga dibezakan oleh warna-warna yang diletakakan pada bunga. Murid ini belum menguasai kemahiran menggunakan warna dengan baik. Mereka cenderung menggunakan warna yang disukai untuk mewarna objek yang dilukis. Tiada warna latar belakang yang digunakan untuk menyerikan lagi lukisan ini Lukisan 5 Nama Responden Umur : Sharmila : 6 Tahun

Visual/Ekspressive Concept Tema lukisan ini adalah pemandangan sebuah rumah yang dikelilingi pokok.

Terdapat unsur-unsur alam sekitar yang ditunjukkan dalam lukisan ini iaitu gunung-ganang, burung, matahari dan pokok. Gambaran ini menunjukkan terdapat unsur-unsur semula jadi ini di kawasan tempat tinggal murid ini. Mesej yang disampaikan melalui lukisan ini jelas namun cara mewarna objek dalam lukisan ini agak comot. Murid ini cenderung menggunakan warna-warna semulajadi atau natural dalam memberikan warna kepada objek yang dilukisnya seperti warna hitam, coklat dan hijau. Graphic Idea Susunan objek di dalam lukisan ini agak teratur. Ruang pada kertas lukisan digunakan sepenuhnya. Objek diletakkan di bahagian atas merupakan gunung-

ganang,burung dan matahari yang merupakan objek yang saling berkaitan antara satu 9|Page

KAE3013: EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK

sama lain. Saiz objek yang dilukisakan agak seimbang kecuali saiz tangga yang terlalu kecil daripada objek lain. Material Treatment Lakaran pada lukisan diwarnakan dengan warna pensel. Murid ini menggunakan pelbagai warna untuk mewarna sesuatu objek. Ini disebabkan untuk membezakan antara satu objek dengan objek yang lain, misalnya warna rumah, setiap bahagian diwarnakan dengan warna yang berlainan. Bagi warna awan pelukis menggunakan kobinasi warna biru muda dan biru tua seolah-oleh ingin menunjukkan ton warna pada awan yang terlindung daripada cahaya matahari. Peringkat Manipulative ( 7 9 tahun ) Lukisan yang dihasilkan juga selalunya tidak terkawal dan banyak terdapat di dinding, di atas meja dan kertas lukisan dengan menggunakan pelbagai jenis bahan dan medium seperti krayon, pensil serta bahan-bahan lain. Lukisan yang dihasilkan tidak bersifat realistik dan banyak menggunakan lukisan garisan bagi menggambarkan sesuatu imej.Terdapat empat peringkat contengan pada peringkat manipulatif iaitu contengan garisan tidak terkawal, contengan garisan terkawal, contengan rupa terkawal dan contengan rupa. Berikut adalah hasil lukisan yang telah diperoleh untuk tugasan ini:

4.2

Lukisan 1 Nama Responden Umur : Mohd Ariff : 7 Tahun

10 | P a g e

KAE3013: EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK

Visual/Ekspressive Concept Lukisan ini menggambarkan pemandangan di sebuah kampung yang terletak di tepi sungai. Elemen kampung dapat dilihat daripada kedudukan dua buah rumah yang terletak di tepi sungai dan terdapat sebuah sampan yang di tambat di tepi sungai. Unsur alam semulajadi seperti pokok, burung dan warna hijau merupakan unsur yang saling berkaitan. Lukisan ini kemas dan menggunakan warna yang terang dan ceria. Graphic Idea Susun atur objek yang dihasilkan seimbang. Pelukis menggunakan ruang pada kertas lukisan sepenuhnya. Objek di susun pada dua bahagian iaitu bahagian atas dan juga bawah yang mewakili sungai. Objek seperti sampan yang di masukkan ke dalam lukisan bagi memperlihatkan hubungkait dengan sungai. Ia sekaligus menjadikan lukisan lebih

harmoni. Setiap objek yang dihasilkan menepati bentuk sebenar objek tersebut. Material Treatment Penggunaan pensel warna dengan kombinasi warna yang terang dan ceria menyebabkan lukisan ini cantik dan kemas. Terdapat penggunaan ton warna pada satu-satu tempat dengan kombinasi warna. Misalnya untuk mewarna awan murid ini menggunakan kombinasi warna biru muda dan biru tua. Keadaan yang sama pada warna pokok, tanah, air sungai dan rumput. Murid ini menunjukkan kreativiti dalam menghasilkan warna yang harmoni dalam lukisannya. Lukisan 2 Nama Responden Umur : Fatin Nazirah : 9 Tahun

11 | P a g e

KAE3013: EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK

Visual/Ekspressive Concept Lukisan ini menggambarkan imaginasi pelukis pada sebuah rumah yang terletak di kawasan air terjun. Gambaran alam semulajadi seperti gunung-ganang dan barisan pokok yang tinggi dan besar menunjukkan kawasan tersebut di dalam hutan. Namun yang demikian kawasan kediaman tersebut dinamakan Taman Putri Fatin. Elemen air terjun dan gunung-ganang yang dijadikan latar belakang menunjukkan tempat tersebut adalah di sebuah kampung yang terletak di luar bandar. Lukisan kemas dengan kombinasi warna yang harmoni. Murid ini cenderung menggunakan warna yang natural sesuai dengan gambaran lokasi yang digambarkan. Graphic Idea Susun atur objek di dalam lukisan tersebut tratur dan terancang. Saiz objek menepati seimbang dan bentuk menepati objek sebenar. Murid inin menggunakan ruang yang terdapat pada kertas lukisan sebaiknya. Kewujudan objek seperti air terjun, pokok dan gunung-ganang merupakan sumber alam yang saling berkaitan yang menunjukkan kedudukan lokasi yang digambarkan. Material Treatment Murid ini menggunakan pensel warna dalam mengolah warna pada lukisannya. Warna-warna natural seperti coklat, hijau dan biru amat bersesuaian dengan unsur semulajadi yang ingin ditonjolkan. Terdapat kombinasi warna yang seakan-akan menunjukkan ton warna pada tempat-tempat tertentu. Namun tiada jalinan warna digunakan untuk menunjukkan secara jelas kewujudan air terjun di kawasan tersebut. Lukisan 3 Nama Responden Umur : Faris : 8 Tahun

12 | P a g e

KAE3013: EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK

Visual/Ekspressive Concept Lukisan ini menggambarkan pemandangan sebuah rumah dan sebuah kereta di tempat letak kereta di tepi rumah tersebut. Muird ini berimaginasi tentang rekabentuk rumah yang diidamkan yang dilengkapi dengan sebuah kereta. Unsur alam semula jadi yang turut dimasukkan dalam lukisan seperti kehadiran matahari, pokok, awan dan burung. Pelukis menggunakan warna yang terang dan ceria. Setiap bahagian rumah ditunjukkan oleh warna yang berbeza. Lukisan ini kelihat seperti tidak siap diwarnai. Graphic Idea Susunan objek di dalam lukisan ini seimbang dan pelukis menggunakan ruang kertas lukisan sepenuhnya. Bentuk objek yang dihasilkan sama seperti objek sebenar. Murid ini kreatif dalam menghasilkan rekabentuk rumah yang agak berbeza daripada murid lain yang kebanyakannya menunjukkan bentuk rumah tradisional. Bentuk kereta yang dihasilkan kelihatan kurang jelas tetapi masih boleh difahami. Material Treatment Murid ini menggunakan pensel warna untuk menghasilkan warna pada objek yang dilukis. Penggunaan warna yang sekata menyebabkan ton warna tidak kelihatan. Berdasarkan calitan warna yang agak tidak kemas memperlihatkan murid ini kurang menguasai kemahiran mewarna. Lukisan 4 Nama Responden Umur : Zetty Syazlin : 9 Tahun

13 | P a g e

KAE3013: EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK

Visual/Ekspressive Concept Lukisan ini menunjukkan imaginasi tentang sebuah rumah yang terletak berhampiran dengan kawasan sawah padi. Oleh yang demikian, kedudukan lokasi rumah tersebut adalah di sebuah kampung. Ini diperkukuhkan lagi dengan latarbelakang bukit dan pokok kelapa yang terletak berhampiran dengan rumah tersebut. Kawasan sawah padi terletak agak jauh dari kawasan rumah berdasarkan kedudukan dan saiznya. Graphic Idea Susunan objek teratur dan terancang. Bahagian atas lukisan difokuskan kepada bukit, awan dan mata hari manakala di bahagian bawah pula terdapat rumah pokok kelapa dan sawah padi, Ini membawa maksud kawasan rumahdan sawah padi tersebut terletak di kawasan kaki bukit. Murid ini membezakan jarak objek yang dilukiskan berdasarkan kepada saiz objek. Apabila diperhatikan kawasan sawah padi kelihatan mengecil menunjukkan kawasan tersebut jauh dari kawasan rumah. Material Treatment Pensel warna merupakan sumber asas warna yang digemari oleh murid-murid di peringkat ini. Murid ini hanya menggunakan warna asas namun terdapat kombinasi warna untuk menunjukkan ton warna pada objek. Namun murid ini masih tidak meletakkan warna pada latar belakang lukisannya. Lukisan 5 Nama Responden Umur : Nurul Syahiera : 8 Tahun

14 | P a g e

KAE3013: EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK

Visual/Ekspressive Concept Gambaran yang ditunjukkan dalam lukisan ini ialah sebuah rumah dan sebatang pokok di halamannya. Unsur semula jadi juga diterapkan dalam lukisan ini dengan adanya kawasan bukit, matahari, burung dan kehadiran awan. Namun imaginasi agak tidak logik apabila pelukis meletakkan kedudukan awan di bawah bukit. Graphic Idea Susunan objek seimbang dan terancang kecuali susunan awan yang tidak logik yang berada di bawah kawasan bukit. Bentuk objek menepati bentuk sebenar objek. Kombinasi warna menepati objek sebenar misalnya kawasan bukit menggunakan warna hijau dan awan berwarna biru. Saiz pintu dan tingkap yang ditunjukkan tidak seimbang dengan saiz rumah. Material Treatment Pensel warna merupakan bahan asas untuk mewarna lukisan ini. Warna-warna

yang berbeza digunakan untuk membezakan bahagian rumah. Namun objek-objek semula jadi diwarnai mengikut warna objek sebenar. 4.3 Peringkat Symbol Making ( 9 Tahun hingga 12 tahun ) Pada peringkat ini kanak-kanak terus melukis dengan mengekalkan konsep dan skema tertentu. imej yang dilukis secara realistik dan teliti. Imej lukisan mula mengecil dari segi saiz dan kanak-kanak mula menunjukkan sifat kritikal dengan hasil karya sendiri. Mereka mula membandingkan karya dengan karya rakan sebaya dan ini menjadikan mereka berhati-hati dan sedikit individualistik serta menitikberatkan kualiti karya yang dihasilkan. Lukisan 1 Nama Responden Umur : Mohd Maliyana Bin Fauzan : 11 Tahun

15 | P a g e

KAE3013: EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK

Visual/Ekspressive Concept Gambaran yang ditunnjukkan oleh pelukis dalam lukisannya ialah pemandangan di tepi laut yang terdapat sebuah pondok, sebatang pokok kelapa dan sebuah perahu yang berpenghuni berada dipinggir laut. Murid ini juga menunjukkan semangat patriotisme di mana dilukisakan bendera Malaysia pada perahu yang berada di laut. Garisan-garisan berwarna biru melambangkan air yang sedang bergelombang kecil apabila ditiup bayu. Lukisan yang dihasilkan agak kemas dan mesej yang ingin disampaikan agak jelas dan mudah difahami. Graphic Idea Lukisan dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu bahagian daratan yang berupa pantai dan lautan. Susunan objek yang dilukis agak terancang. Bentuk objek yang digambarkan agak jelas meskipun terdapat bentuk yang tidak sempurna seperti daun pokok kelapa yang terlalu pendek. Bentuk gunung juga lebih kepada bentuk segitiga. Kombinasi warna yang sepadan dengan alam semulajadi digunakan seperti warna biru untuk laut. Material Treatment Penggunaan pensel warna untuk menghasilkan warna pada lukisan. Penggunaan warna yang bersesuaian dengan warna alam sekitar seperti warna coklat untuk batang pokok kelapa dan biru untuk warna laut. Penggunaan garisan tebal untuk menghasilkan warna yang lebih cerah di bahagian tepi objek menunjukkan sempadan sesuatu objek. Lukisan 2 Nama Responden Umur : Nur Atyra : 11 Tahun

16 | P a g e

KAE3013: EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK

Visual/Ekspressive Concept Murid ini menggambarkan pemandangan di sebuah kampung yang terletak di kaki bukit. Di tengah-tengah kampung terdapat sebuah sungai. Kawasan penempatan tersebut digambarkan berhampiran dengan kawasan sawah padi. Ramai orang yang sedang lalu lalang di kawasan sungai. Lukisan ini kelihatan kemas dan menggunakan warna yang lembut dan tenang sesuai dengan situasi tenang di kawasan desa. Graphic Idea Bentuk objek seperti rumah, pokok, sungai dan bukit seakan-akan menepati rupa sebenar objek. Namun bentuk manusia dan sawah padi tidak menepati objek yang sebenarnya tetapi simbol yang digunakan masih boleh difahami. Bentuk bukit yang

digambarkan seperti bentuk segitiga dan matahari diberikan sifat manusia mempunyai mata dan mulut. Susun atur objek juga terancang dan kemas Material Treatment Murid ini menggunakan pensel warna sebagai warna asas kepada lukisannya. Penggunaan warna yang bersesuaian dengan alam seperti hijau digunakan untuk sawah padi dan biru untuk air sungai menjadikan lukisan ini nampak harmoni.Kecenderungan murid ini menggunakan warna yang berbeza untuk memperlihatkan bahagian yang berlainan hanya dilihat pada warna bukit. Lukisan 3 Nama Responden Umur : Natasha binti Umar : 12 tahun

17 | P a g e

KAE3013: EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK

Visual/Ekspressive Concept Lukisan ini mengenai pemandangan di tepi pantai . Matahari yang diwarnakan dengan warna jingga seolah-olah menunjukkan bahawa waktu tersebut adalah waktu senja. Digambarkan juga sebuah pulau yang berhampiran dengan pantai tersebut. Lukisan ini kemas dengan kombinasi warna semula jadi menjadikan lukisan ini lebih harmoni. Graphic Idea Susun atur objek di dalam lukisan ini teratur. Bentuk objek yang digambarkan menepati bentuk sebenar objek. Saiz sampan yang mengecil menunjukkan bahawa sampan tersebut berada di dalam jarak yang jauh daripada pokok. Material Treatment Bahan utama di dalam lukisan ini ialah pensel warna. Tiada penggunaan ton warna digunakan dalam lukisan ini. Penggunaan warna yang Lukisan 4 Nama Responden Umur : Nur Marzatul Aisyah binti Saruji : 10 Tahun terang menunjukkan bahawa

keadaan yang digambar adalah waktu matahari hampir terbenam iaitu menghampiri senja

Visual/Ekspressive Concept Lukisan ini menggambar tentang pemandangan ditepi pantai yang bersih dan tenang. Unsur-unsur semulajadi yang biasa berada di tepi pantai seperti pokok kelapa, batu, burung-burung berterbangan dan bukit mewarnai pemandangan tersebut. Lukisan ini kemas dan menggunakan warna yang harmoni bersesuaian dengan tema tentang alam semulajadi.

18 | P a g e

KAE3013: EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK

Graphic Idea Bentuk objek yang ditunjukkan menepati objek sebenar. Susunan objek juga terancang sehinggakan bukit tersebut disusun mengikut saiz yang dikehendaki pelukis iaitu saiz besar ke saiz yang lebih kecil. Saiz pokok kelapa yang lebih besar daripada saiz objek lain menunjukkan keduduka kawasan yang digambarkan jauh jaraknya daripada pokok kelapa tersebut. Material Treatment Penggunaan pensel warna telah berjaya mewujudkan warna yang harmoni dalam lukisan ini. Murid ini cuba untuk menggunakan kombinasi beberapa warna untuk mewujudkan warna bukit yang sebenar dari jarak yang jauh. Pelukis juga cenderung menggunakan warna yang lebih terang di bahagian tepi objek dan garisan tebal yang bergelombang untuk menunjukkan pergerakan air laut. Lukisan 5 Nama Responden Umur : Arsyad : 9 Tahun

Visual/Ekspressive Concept Lukisan ini menggambarkan sebuah rumah yang dilengkapi dengan pagar sekelilingnya. Rumah tersebut seakan-akan rekabentuk sebuah rumah tradisional atau istana raja zaman dahulu. Rumah tersebut dikelilingi oleh pagar konkrit yang dijaga oleh seseorang. Lukisan rumah ini dihasilkan menggunakan warna yang terang dan ceria. Unsur rekabentuk tradisonal pada rumah tersebut menunjukkan murid ini berminat pada rekabentuk rumah tradisional yang pernah dilihatnya. 19 | P a g e

KAE3013: EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK

Graphic Idea Murid ini menggunakan kreativitinya untuk menhasilkan sebuah rumah berbentuk tradisional. Bentuk ini meskipun tidak 100 peratus menepati bentuk asal rumah tradisional tetapi bentuk rumah yang dihasikan berbeza daripada bentuk yang dihasilkan oleh pelajarpelajar yang lain. Murid ini menggunakan ruang yang ada sepenuhnya untuk meletakan objek yang dikehendaki dalam lukisannya. Material Treatment Pensel warna digunakan oleh murid ini dalam menghasilkan warna-warna yang dikehendaki dalam lukisannya. Warna-warna yang berbeza digunakan untuk membezakan bahagian terdapat pada rumah dan pagar rumah tersebut. Lukisan 6 Nama Responden Umur : Afizan : 12 Tahun

Visual/Ekspressive Concept Lukisan tersebut menunjukkan pemandangan di tepi pantai. Terdapat beberapa unsur yang sinonim dengan pantai seperti perahu, pokok kelapa pondok dan batu juga ditonjolkan dalam lukisan tersbut. Penggunaan warna lembut dan harmoni amat bersesuaian dengan alam semulajadi yang ingin ditunjukkan. Graphic Idea Susun atur objek yang terdapat dalam lukisan teratur dan terancang. Namun kedudukan pokok kelapa yang seperti tumbuh di atas air laut nampak seperti tidak logik. 20 | P a g e

KAE3013: EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK

Bentuk objek yang dihasilkan menepati bentuk asal objek. Garapan warna seperti biru, coklat dan hijau amat bersesuaian dengan tema alam semulajadi. Material Treatment Warna yang harmoni dan lembut digunakan oleh murid untuk memperlihatkan keharmonian dan ketenangan kawasan tepi pantai. Meskipun hanya menggunakan pensel warna murid ini cuba menggunakan kombinasi warna coklat dan kuning untuk

menggambarkan kawasan berpasir di tepi pantai. Garisan-garisan yang ditebalkan dengan warna yang lebih gelap berjaya menunjukkan pergerakan air laut Lukisan 7 Nama Responden Umur : Faliezatul : 11 tahun

Visual/Ekspressive Concept Gambaran yang ditunjukkan dalam lukisan ini ialah sebuah rumah yang terletak di tepi pantai.Terdapat dua buah sampan yang kelihatan di pinggir pantai yang mungkin menunjukkan penghuni rumah tersebut seorang nelayan. Unsur semulajadi seperti pokok kelapa, batu dan burung merupakan objek yang begitu sinonim dengan kawasan pantai. Lukisan ini kemas dan mempunyai kombinasi warna yang harmoni. Graphic Idea Bentuk objek yang dihasilkan di dalam lukisan tersebut seakan-akan menepati objek sebenar. Bentuk rumah jelas tetapi terdapat bahagian rumah tidak lengkap kerana hanya ada pintu sahaja manakala tingkap tiada. Berbeza dengan bentuk bukit yang diadaptasi 21 | P a g e

KAE3013: EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK

daripada bentuk segitiga. Lukisan ini dibahagian kepada dua bahagian iaitu bahagian daratan dan bahagian laut yang diletakkan objek sampan di atasnya. Material Treatment Warna yang dihasilkan menggunakan pensel warna menepati tema alam semulajadi kerana pelukis menggunakan warna yang natural. Kekemasan warna menunjukkan murid ini telah menguasai kemahiran mewarna di peringkat asas Lukisan 8 Nama Responden Umur : Izanie : 10 Tahun

Visual/Ekspressive Concept Lukisan ini menggambarkan aktiviti berkelah di tepi pantai. Beberapa kumpulan manusia sedang melakukan pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan laut dan pantai. Akiviti yang ditunjukkan dalam lukisan tersebut ialah berenang, bermain badminton, membina istana pasir, menaiki perahu layar dan menaiki bot untuk bersiar-siar di kawasan laut. Lukisan menggunakan warna yang lembut yang menunjukkan keharmonian di kawasan tepi pantai. Graphic Idea Ruang dalam lukisan ini memberatkan kawasan laut untuk menunjukkan aktiviti yang dilakukan di kawasan laut seperti menaiki perahu layar, berenang, aktiviti perkapalan dan sebagainya. Objek yang dilukis menepati objek asal seperti manusia/orang yang dilukis menepati sifat-sifat yang ada pada manusia. Pelukis berjaya menghasilkan satu situasi yang seakan-akan realiti yang pernah dilihatnya. Banyak objek yang dimasukkan ke dalam lukisan memperlihatkan kepelbagaian dan hubungkait di antara satu sama lain.

22 | P a g e

KAE3013: EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK

Material Treatment Garapan warna semulajadi seperti biru dan hijau untuk kawasan gunung dan air laut menjadikan lukisan lebih harmoni. Murid ini menggunakan pensel warna dengan warna yang sekata menampakkan kekemasan lukisannya. Lukisan 9 Nama Responden Umur : Ameerah Zafirah Binti Zahari : 12 Tahun

Visual/Ekspressive Concept Lukisan ini menggambarkan sebuah rumah yang terletak berhampiran dengan sungai. Sungai tersebut terletak di kaki bukit yang dipagari oleh pokok kelapa di bahagian tepinya. Terdapat sebuah kolam cetek di bahagian tepi rumah tersebut yang digunakan untuk memelihara itik. Lukisan ini diilhamkan dengan kombinasi warna yang lembut dan harmoni yang menunjukkan murid ini seorang yang cermat dan berhati-hati dalam menghasilkan lukisannya. Graphic Idea Susunan objek terancang dan teratur. Pemberatan lukisan ini adalah pada objek semulajadi seperti gunung-ganang, kawasan lapang dan sungai. Objek seperti rumah, pokok kelapa, dan kolam lebih kecil saiznya. Sesuai dengan keadaan tempat yang digambarkan bentuk rumah tradisi. Suatu kawasan yang digambarkan seperti kolam merupakan tempat memelihara beberapa ekor itik. Material Treatment Murid ini menggabungkan penggunaan warna air dan pensel warna untuk menghasilkan warna pada objek lukisannya. Murid ini berjaya menghasilkan gambaran 23 | P a g e

KAE3013: EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK

gunung-ganang seperti objek sebenar dengan penggunaan ton warna pada warna iar yang gunakan. Warna-warna pelangi juga menggunakan warna air meskipun bilangan warnanya tidak mencukupi. Daun- daun kelapa juga menggunakan garapan warna air dan pensel warna bagi menampakkan daun pokok kelapa.Murid ini menggunakan warna pensel bagi menghasilkan warna rumah, rumput dan batang pokok kelapa. Lukisan 10 Nama Responden Umur : Sally Marcellena : 12 Tahun

Visual/Ekspressive Concept Lukisan ini menggambarkan suasana akitivti perkelahan di tepi pantai. Terdapat pelbagai aktiviti yang dinyatakan seperti mandi-manda, berenang, bermain bola di pantai, membina istana pasir dan menaiki bot. Berhampiran dengan kawasan perkelahan tersebut terdapat sebuag gerai yang menjual pelbagai barangan cenderamata seperti baju, beg dan sebagainya. Seorang ibu yang sibuk melayan kerenah anak-anaknya sedang duduk di atas tikar di kawasan pantai. Graphic Idea Dalam lukisan ini pemberatan objeknya adalah aktiviti dikawasan pantai. Objek yang digambarkan menepati objek asal. Kegiatan atau aktiviti yang digambarkan oleh objek mudah difahami. Susun atur objek kemas dan terancang. Kepelbagaian objek yang dimasukkan yang mempunyai hubungkait antara satu sama lain memperlihatkan keharmonian dalam lukisan yang dihasilkan. Kombinasi warna terang yang digunakan memperlihatkan kesibukan di kawasan pantai tersebut.

24 | P a g e

KAE3013: EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK

Material Treatment Murid ini menunjukkan kreativitinya dalam mewarna walaupun hanya menggunakan warna pensel sahaja. Goresan warna yang satu hala memperlihatkan hasil kerja yang kemas. Murid ini bertendensi menggunakan warna yang terang dan garang yang bersesuaian dengan keadaan di tepi pantai yang sibuk dan panas. Garisan tebal seperti gelombang yang diletakkan pada air berjaya menunjukkan pergerakan air laut. Garisan tebal ini juga digunakan untuk menunjukkan sempadan kawasan seperti kawasan pantai dan air laut. 5. Penutup Berdasarkan analisa yang telah dibuat terhadap lukisan yang dihasilkan mengikut tahap atau peringkat scribbling, manipulative dan symbol making terdapat perbezaan yang ketara daripada penghasilan lukisan. Pada peringkat awal kanak-kanak lebih bertendensi untuk menghasilkan imaginasi mengenai persekitaran mereka. Mereka lebih gemar menggambarkan rumah dan persekitaran mereka. Meskipun bentuk-bentuk yang dihasilkan kurang logik tetapi mesej yang ingin disampaikan dapat difahami dengan jelas. Pada peringkat manipulative pula kanak- kanak mula melukis objek yang menepati atau seakanakan obek asal yang mereka lihat. Kekemasan warna dan lukisan juga dititikberatkan pada peringkat ini. Pada usia 9 12 tahun kanak- kanak mula meneroka alam sekeliling mereka dengan lebih mendalam. Mereka mula cuba menggambarkan sesuatu yang mereka lihat dan bayangkan secara realistik. Penggunaan warna dan penguasaan kemahiran mewarna diberi penekanan dalam menghasilkan lukisan. Penggunaan ton warna juga memainkan peranan yang penting dalam menggambarkan sesuatu objek dalam lukisan.

25 | P a g e

KAE3013: EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK

Bibliografi

1. Ahmad Rashidi Hasan. 2006. Seni Lukis dan Idea. Penerbitan Universiti. Shah Alam. 2. Dr Loy Chee Luen et.al. 2013. KAE 3013 : Ekspresi Kreativiti Kanak-Kanak. Penerbitan Universiti Pendidikan Sultan Idris. Tanjung Malim, Perak. 3. Mecho dan Loh Pei Chen. 2004. Komunikasi Seni Visual. Feringghi Distributor. Pulau Pinang. 4. Mulyadi Mahamood. 2007. Seni Lukis Sezaman. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur. 5. http://www.slideshare.net/SabariahBahrum/kreativiti-estetika-dan-ekspresi-visual 6. http://fadhlah.blogspot.com/2011/12/nota-seni-visual-dan-ekspresi-kanak.html 7. http://norlizasamzakaria.blogspot.com/2012/12/kae3013-ekspresi-kreativiti-kanakkanak.html 8. http://thenotejots.blogspot.com/2010/12/kepentingan-ekspresi.html

26 | P a g e

También podría gustarte