Está en la página 1de 4

BAHASA MELAYU KUNO

1. Penghijrahan manusia purba ke alam melayu terjadi antara 100 000 160 000 tahun yang lalu. 2. Suku kaum Austronesia dari Yunani telah masuk ke kepulauan Melayu secara besar-besaran dan dikatakan menjadi nenek moyang kepada suku- suku di wilayah Nusantara Barat. 3. Ketibaan pedagang-pedagang India juga membawa perubahan kepada system pemerintahan yang lebih maju. 4. Sebelum kedatangan pedagang India ke Kepulauan Melayu, bahasa yang digunakan oleh masyarakat setempat dikenali sebagai Bahasa Melayu Purba. 5. Bahasa ini kemudiannya dinamakan Bahasa Melayu Kuno setelah mendapat pengaruh India. 6. Bahasa Melayu Kuno mencapai kegemilangannya dari abad ke-7 hingga abad ke-13 pada zaman kerajaan Sriwijaya sebagai lingua franca dan bahasa pentadbiran ketika itu di kawasan Tanah Melayu, Riau dan Sumatera. 7. Sebab Bahasa Melayu Kuno diterima Pakai: Bersifat sederhana dan fleksibel. Iaitu mudah menerima pengaruh luar. Tudak mementingkan perbezaan status dan taraf penggunaanya( penggunaannya secara meluas) Lebih mudah difahami berbanding bahasa lain seperti Bahasa Jawa. 8. Alam Melayu ketika ini diperintah oleh beberapa buah kerajaan Hindu dan Budha iaitu seperti Kerajaan Jawa Dripa di Pulau Jawa yang wujud sekitar tahun 200 sebebelum masihi. 9. Manakala pada abad ke-13, terdapat dua buah kerajaan yang memulakan penyatuan alam mMelayu dan membentuk acuan dan membentuk acuan budayanya tersendiri iaitu kerajaan Majapahit dan Srivijaya. 10. Tetapi pengaruh Hindu inni hanya bertahan sehingga penghujung abad ke 13, sebelum agama Islam mengambil tempat untuk mengembangkan sayapnya di kepulauan Melayu bermula di Sumatera.

ANTARA KERAJAAN YANG WUJUD PADA ZAMAN INI IALAH 1. Sumatera Kerajaan Sriwijaya Kerajaan Keritang Kerajaan Melayu/ Dharmasraya/ Lama-Jambi Kerajaan Tulang Bawang 2. Jawa Kerajaan Salakanagara Kerajaan Tarumanagara Kerajaan Sunda Galuh Kerajaan Ishana Kerajaan Kalingga 3. Semenanjung Tanah Melayu Kerajaan Gangga Negara Kerajaan Langkasuka Kerajaan Pan tan 4. Borneo Kerajaan Kutai Kerajaan Pu Ni 5. Vietnam Kerajaan Champa

CIRI-CIRI BAHASA MELAYU KUNO 1. Sistem Ejaan dan Tulisan. Pengaruh daripada bahasa Sanskrit terutama dari segi kata pinjaman. Hal ini demikian kerana bahasa Melayu tidak mempunyai perkataan yang sesuai untuk memperkatakan konsep baharu yang dibawa oleh kebudayaan asing. Batu bersurat awal yang dijumpai semasa pemerintahan kerajaan Sriwijaya ini menggunakan tulisan Pallava. Tulisan Pallava merupakan tulisan India Selatan purba yang digunakan untuk penyebaran agama Hindu. Tulisan lain yang digunakan dalam bahasa Melayu Kuno ialah tulisan Kawi yang bermaksud penyair dalam bahasa Sanskrit . Tulisan Kawi pada peringkat awal ditulis pada daun lontar dan kemudian diukir pada batu. Tulisan Nagiri berasal dari utara India dan tulisan ini digunakan pada Batu Bersurat Gandasuli.

2. Kosa Kata Ternyata Bahasa Sanskrit banyak menyumbangkan dalam pengkayaan kosa kata. Bahasa ini menggunakan fonem [w] / geluncuran [w] pada beberapa perkataan yang sekarang menggunakan fonem b] / letupan bibir [b]. Contohnya :

Bahasa ini tidak mempunyai e-pepet. Contohnya:

Awalan ber- muncul sebagai mar-. Contohnya :

Awalan di- sebagai ni-. Contohnya:

Awalan per- sebagai par-. Contohnya :

Banyak konsonan diucapkan dan dieja dengan aspirasi seperti bh, ph, dh dan kh. Contohnya :

Penggunaan fonem [h] / bunyi [h] dalam perkataan. Contohnya :

Fonem [n] untuk perkataan menggunakan fonem konsonan gabungan [ny]. Contohnya :

BUKTI

Antara bukti-bukti kewujudan bahasa Melayu Kuno ini ialah, batu-batu bersurat pada abad ke-7 yang ditulis menggunakan huruf Palava. Batu bersurat pertama ialah, Batu Bersurat Kedukan Bukit, Palembang bertarikh183M yang dijumpai di Kedukan Bukit iaitu di kawasan Barat Daya Palembang. Batu Bersurat ini merupakan batu bersurat tertua yang menyebut nama kerajaan Sriwijaya. Bahasa yang digunakan ialah bahasa Melayu dan bahasa Sanskrit. Batu bersurat kedua ialah Batu Bersurat Talang Tuwo dekat Palembang yang ditemui oleh Residen Jambi iaitu L.C. Westtenek. Batu bersurat ini menyampaikan doa agar rakyat akan memperoleh hasil yang banyak daripada ternakan dan tanaman mereka serta dapat hidup dalam keadaan yang bahagia dan sejahtera. Batu bersurat ketiga ialah, Batu Bersurat di Kota Kapur yang dijumpai di sebuah pekan di Pulau Bangka. Batu bersurat ini ditemukan oleh J.K.Van Der Meulan dan dipercayai dibawa ke Pulau Bangka kerana terdapat batu seperti itu di pulau tersebut. Batu bersurat yang keempat ialah Batu Bersurat Karang Brahi di Meringin iaitu daerah Hulu Jambi. Batu bersurat ini dijumpai oleh inspector L. Berkhout. Selain darIpada batu bersurat, terdapat juga bahan-bahan bukti lain pada zaman Sriwijaya yang menunjukkan penggunaan bahasa Melayu Kuno. Salah satunya ialah, Batu Bersurat di Gandalusi, Kedu, daerah Jawa Tengah yang bertarikh 832M dan Batu Bersurat di Bangkahulu bertarikh 1000M. Selain itu, terdapat juga Patung Gangsa yang dijumpai di sekitar Padang Lawas , Tampanuli bertarikh 1029M. Patung Gangsa ini mempunyai tulisan pada alas kakinya. Seterusnya, Batu Bersurat di Padang Lawas, Tampanuli, Sumatera Utarayang bertarikh 1213M dan patung di Padang Rocore di daerah Batanghari yang bertarikh 1286M. Peralihan bahasa Melayu Kuno kepada Klasik dikaitkaan dengan pengaruh agama Islam yang semakin mantap dan meluas di Asia Tenggara.

También podría gustarte