Está en la página 1de 28

ISI KANDUNGAN

1.0

PENGENALAN1-2

2.0

AGAMA-AGAMA UTAMA DI DUNIA


2.1

AGAMA HINDU..3

2.2

AGAMA BUDDHA

2.3

2.2.1

PENGASAS AGAMA BUDDHA.....4

2.2.2

PERKEMBANGAN AGAMA BUDDHA....4-5

2.2.3

KESAN PERKEMBANGAN AGAMA BUDDHA.6

AJARAN CONFUCIUNISME
2.3.1

2.4

BAGAIMANA IA WUJUD DAN BERKEMBANG....7-8

AJARAN TAOISME
2.4.1

BAGAIMANA IA WUJUD DAN BERKEMBANG.9

2.5

AGAMA KRISTIAN.10-11

2.6

AGAMA ISLAM
2.6.1

MAKSUD AGAMA ISLAM DAN CIRI-CIRINYA.13

2.6.2

PRINSIP DAN DASAR TAMADUN ISLAM...14-15

2.6.3

MASYARAKAT ARAB JAHILIAH : SEBELUM DAN SELEPAS


KEDATANGAN ISLAM....16-20

3.0

4.0

KESAN-KESAN PENOLAKAN AGAMA KE ATAS TAMADUN


3.1

PERPECAHAN21

3.2

BENCANA ALAM..22-23

3.3

PEMIMPIN TIDAK BERWIBAWA...23-24

3.4

RAKYAT TIDAK BERMORAL.24

KESIMPULAN.25-26

BIBLIOGRAFI..27

1.0

PENGENALAN
Pada hakikatnya nilai moral dan spiritual yang mutlak tidak ada. Oleh itu

manusia hendaklah berseronok semasa hidup di dunia ini. Hanya itulah satu-satunya
matlamat

hidup

manusia

memenuhi

keseronokkan

pancaindera

dan

syahwat

kebinatangannya

Socrates

Pada pendapat kami, Socrates berada dalam keadaan mabuk ketika berkata
sedemikian. Bunyinya mungkin agak tidak masuk akal tetapi mengapakah kita harus
memuaskan keseronokkan pancaindera dan syahwat kebinatangan kerana hasilnya ialah
kemusnahan jati diri dan etika moral masyarakat itu sendiri.

Contoh terbaik ialah budaya hendonisme yang dibangga- bangga oleh masyarakat
Barat yang menyatakan bahawa budaya hendonisme itu adalah penawar kepada segala
masalah yang menghantui diri manusia. Persoalannya ialah adakah budaya hendonisme
itu sendiri merupakan satu penawar atau racun? Dan jawapannya ialah budaya
Hendonisme itu merupakan racun yang akan bergerak keseluruh tubuh dan akhirnya
melumpuhkan manusia itu sendiri.

Bukanlah tujuan kami untuk menulis sebuah esei tentang budaya Hendonisme
tetapi budaya Hendonisme ialah contoh terbaik bagi menunjukkan kesan penolakkan
agama dalam pembentukkan tamadun. Agama adalah teras kehidupan. Ia telah
menyediakan satu garis panduan yang sangat komprehensif dan efektif kepada setiap
manusia dalam mengharungi kehidupan seharian. Tiada satu agama pun didunia ini yang
mengajak manusia melakukan kemusnahan. Semua agama menyeru penganutnya agar
melakukan perkara yang mulia. Keamanan, kesejahteraan, perpaduan dan kemuliaan,
semua itu merupakan secebis daripada nilai-nilai murni yang ditekankan oleh semua
agama, jadi apakah yang terjadi jika ada yang menolak peranan agama dalam
pembentukkan tamadun?

Kemusnahan! Itulah yang akan terjadi jika peranan agama dinafikan dalam proses
pembinaan tamadun. Justeru itu, melalui tugasan ini, kami akan menerangkan dalam satu
metod yang mudah tentang peranan agama dalam pembentukkan tamadun dan apakah
signifikannya agama dalam menjaga keamanan negara kita yang tercinta supaya kita
dapat mengelakkan berlakunya kemusnahan seperti yang telah terjadi kepada kaum-kaum
terdahulu.

2.0

AGAMA-AGAMA UTAMA DI DUNIA


2.1

AGAMA HINDU
Perkataan Hindu berasal daripada Sindhu, iaitu tempat permulaan

tamadun di Lembah Sungai Indus. Dalam agama Hindu terdapat dua mazhab yang
penting. Mazhab pertama dikenali sebagai Saivisme. Penganutnya menyembah
Dewa Siva. Mazhab kedua pula dikenal sebagai Vaishnavisme. Penganutnya
menyembah Dewa Vishnu.
Manusia yang hidup dalam zaman tamadun Lembah Sungai Indus
mempunyai corak kehidupan yang kukuh dan mewah. Percampuran orang
tempatan dengan orang Aryan dari Asia Tengah telah menghasilkan suatu
kebudayaan dan kepercayaan agama yang pada masa kini dikenali sebagai agama
Hindu. Agama Hindu pada hari ini mempunyai unsur-unsur Dravidia dan Aryan.
Dua bahasa yang memainkan peranan utama dalam perkembangan agama Hindu
ialah bahasa Sanskrit dan bahasa Tamil. Agama Hindu tidak mempunyai
pengasas1. Walau bagaimanapun pengajar agama ini dikenal sebagai Nyanmar
dan Alwar. Ajaran dan pegangan penting bagi orang Hindu terdapat dalam empat
veda, iaitu Rig-Veda, Yajurveda, Atharva Veda dan Samaveda.
Orang Hindu percaya kepada jelmaan Tuhan. Bagi mereka, terdapat tiga
dewa jelmaan Tuhan iaitu Brahma (Dewa Pencipta), Vishnu (Dewa Pelindung)
dan Siva (Dewa Pemusnah). Orang Hindu juga percaya kepada hukum Karma dan
kelahiran semula selepas mati. Kelahiran semula ini bergantung kepada Karma
atau kelakuan seseorang semasa hidupnya. Matlamat mereka adalah untuk
mencapai Nirvana atau Moksha. Seseorang yang mencapai Moksha akan bersatu
dengan Tuhan dan tidak akan lahir lagi ke dunia. Oleh itu, mereka perlulah
membuat

kebaikan

terhadap

segala

makhluk

di

dunia

supaya

dapat

menghindarkan diri daripada kelahiran semula.


1

- Sejarah Tamadun Dunia, Pearson Education Sdn. Bhd, Kuala Lumpur, 2004, m/s 34
4

2.2

AGAMA BUDDHA
2.2.1

PENGASAS AGAMA BUDDHA


Pengasas agama Buddha ialah Siddharta Gautama yang hidup

antara tahun 563-483 S.M. Selepas mencapai kesucian, beliau dikenali


sebagai Gautama Buddha yang bermaksud Makhluk Suci. Gautama yang
dilahirkan pada tahun 563 S.M berasal daripada keluarga diraja yang
mewah di Kapilavastu. Beliau tidak suka dengan kemewahan kerana
ketenteraman jiwanya sering terganggu setelah melihat kesengsaraan dan
penderitaan rakyat jelata. Dengan itu, beliau telah meninggalkan
kemewahan di istana lalu keluar mencari dan memahami kehidupan yang
sebenar.
2.2.2

PERKEMBANGAN AGAMA BUDDHA.


Gautama telah mengkaji kitab-kitab suci Hindu sedalam-dalamnya,

berpuasa berbulan-bulan dan bertapa untuk mencari kebenaran atau realiti


dalam kehidupan. Akhirnya, Gautama telah menemui pencerahan agung
yang dicari-carinya iaitu ketika bertapa di bawah pokok Bo di Boghgaya
selama 45 hari. 2
Pencerahan yang disifatkan turun dari Tuhan diperoleh pada
malam purnama Wesak. Dengan peristiwa itu, Gautama telah memperoleh
kesedaran dan menerima hakikat kebenaran.

- Sejarah Tamadun Dunia, Pearson Education Sdn. Bhd, Kuala Lumpur, 2004, m/s 37
5

Terdapat EMPAT KEBENARAN MULIA yang diperoleh sebagai


asas agama Buddha:
(a) Setiap yang hidup akan tua, sakit dan mati. Hidup mesti ada
kesengsaraan dan kepahitan.
(b) Sesiapa yang terlalu mementingkan dunia seperti menimbun
kekayaan, keseronokan, dan kemewahan akan membawa
kepada kesengsaraan.
(c) Seseorang itu seharusnya jangan terlalu mengikut hawa nafsu
supaya kesengsaraan dapat dielakkan.
(d) Untuk menahan hawa nafsu, seseorang harus mengamalkan 8
prinsip yang disebut Jalan Lapan Rukun, Jalan Lapan Lapis
atau Jalan Pertengahan, iaitu pemikiran ,keinginan dan tujuan,
pertuturan, penghidupan, perbuatan ,ingatan, usaha, dan
pandangan yang baik dan benar.
Jalan itu juga melarang seseorang melakukan perbuatan mencuri,
berzina, bunuh-membunuh dan lain-lain perkara yang keji. Manusia
digalakkan bersedekah dan menigkatkan ilmu pengetahuan. Agama
Buddha juga mengajar konsep Ahimsa dan Nirvana.

2.2.3

KESAN PERKEMBANGAN AGAMA BUDDHA


Terdapat dua mazhab agama Buddha iaitu Hinayana dan

Mahayana. Mazhab Hinayana yang dianggap lebih asli dianuti di India


manakala Mahayana merupakan ajaran agama Buddha yang disebarkan ke
tempat lain.
Di Tibet ajaran Buddha dianut dalam bentuk Lamaisme. Sami-sami
Buddha di Tibet dikenali sebagai Ilama. Manakala kesan penyeberan
agama Buddha di Malaysia terdapat daripada inskripsi pada batu-batu
hasil penemuan ahli arkeologi di Kedah dan Seberang Perai.
Kesimpulannya, perkembangan agama Buddha telah membawa
beberapa impak kepada perkembangan agama-agama utama di dunia.
Agama Buddha ini juga telah meningalkan kesan-kesan di Malaysia
seperti yang tercatat seperti diatas. Agama ini telah mempengaruhi
falsafah hidup sesuatu masyarakat. Keadaan ini telah mewujudkan
masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan harmoni. Kewujudan
agama Buddha juga telah memperkukuhkan lagi tamadun yang telah
dibina di China dan juga di kawasan sekitarnya.
Tamadun awal Tanah Melayu juga telah dipengaruhi oleh agama
Hindu-Buddha yang mana kedatangan agama ini ke Tanah Melayu telah
melahirkan satu tamadun asas yang kuat dan dikenali di seantero
Nusantara.3 Malah, tamadun ini menjadi lebih kukuh setelah kedatangan
Islam ke Melaka pada zaman Parameswara.

- http://www.wikipedia.com
7

2.3

AJARAN CONFUCIUNISME
2.3.1

BAGAIMANAKAH AJARAN CONFUCIUNISME WUJUD


DAN BERKEMBANG?
Confuciunisme adalah salah satu kefahaman yang dipraktikkan

pada zaman pembentukan Tamadun Cina. Ia adalah berdasarkan ajaran


Confucius atau nama penuhnya Kung Fu Tze (551-479 S.M).
Pada zaman Dinasti Chou, Confucius hidup dalam kesusahan. Pada
ketika itu,

negara China sentiasa mengalami peperangan,

iaitu

pertentangan antara golongan feudal. Di negara China, banyak berlaku


keganasan dan keruntuhan akhlak yang sangat mnyayat hati Confucius.
Walaupun menntut ilmu secara bersendirian, Confucius sangat rajin dan
tekun belajar. Hasilnya, beliau telah mendapat banyak pengetahuan dan
menjadi seorang yang mahhir tentang susunan tingkah laku manusia yang
baik yang dinamakan Li. Setelah meletakkan jawatan sebagai seorang
Menteri di negara Lu, Confucius telah merantau dan berusaha
menyebarkan ajarannya.
Beliau giat megajar tentang rukun kemasyarakatan supaya rakyat
China kembali kepada pegangan tatasusila yang tinggi. Rukun
kemasyarakatan itu telah menjadi falsafah rasmi negara China.
Menurutnya, sesebuah negara itu memerlukan satu falsafah negara untuk
mentadbir dan menguruskan negara. Segala ajarannya termuat dalam buku
klasik yang diberi nama Analekta (Lun Yu). Buku ini mengandungi ajaran
dan penerangannya yang dikumpulkan oleh para pengikutnya. Ajaran
Confucius memberi penekanan tentang harga diri dan perasaan
kemanusiaan. Perasaan kemanusiaan menganjurkan lima kebaikan di
dunia iaitu amanah, rajin bersifat mulia, berbudi bahasa, dan bermurah
hati. Ajaran ini dikenali sebagai Konsep Jen.

Confucius memberatkan konsep kesederhanaan. Cara beliau ini


dikenali sebagai Jalan Tengah.4 Falsafah Confucius juga mengandungi
kod- kod tatasusila yang harus ada dalam aspek politik dan social.
Terdapat lima jenis hubungan baik dalam kod tatasusila untuk menjadi
pedoman masyarakat iaitu:

Hubungan pemerintah dengan rakyat

Hubungan ibu bapa dengan anak

Hubungan suami dengan isteri

Hubungan abang dengan adik

Hubungan kawan dengan kawan

Menurut Confucius, unit terpenting dalam masyarakat Cina ialah


sebuah keluarga yang bahagia, wujud perhubungan baik, hidup dalam
kesopanan dan kesusilaan. Setiap ahli keluarga harus mempunyai tabiat
atau kelakuan yang baik dan terpuji seperti menghormati ibu bapa dan
orang tua. Setiap penduduk mesti patuh kepada tugasdan kewajipan
supaya wujud masyarakat yang aman dan damai. Menurut Confucius,
kerajaan yang bertanggungjawab akan mewujudkan krajaan yang baik
untuk rakyat. Rakyat mesti hormat dan setia kepada kerajaan. Raja yang
baik ialah raja yang disanjung tinggi.
Jelas dapat dilihat dalam ajarannya bahawa Confucius menekankan
dan juga menitikberatkan nilai- nilai moral yang perlu dipraktikkan dalam
perhubungan sesama insan di muka bumi.

- http://www.wikipedia.com

2.4

AJARAN TAOISME
2.4.1

BAGAIMANAKAH AJARAN TAOISME WUJUD DAN


BERKEMBANG?
Ajaran Taoisme diasaskan oleh Lao tzu dan Chuang Tzu. Terdapat

dua buah buku yang memuatkan ajaran falsafah mereka, iaitu Tao Te
Ching dan Chuang Tzu. Tao bermaksud satu cara atau jalan untuk
seseorang individu mencari kedamaian dan keharmonian dalam dunia.
Ajaran Taoisme menyarankan supaya manusia tidak mementingkan
keduniaan. Seseorang perlu mencari

jalan kebahagiaan dengan

mengasingkan diri daripada peraturan duniawi. Dengan cara itu, seseorang


akan dapat hidup dalam suasana aman tanpa gangguan.
Menurut ajaran Taoisme lagi, manusia harus hidup sederhana,
makan makanan yang tertentu, menghafaz kitab suci Taoisme, dan
melakukan pertapaan (meditasi). Ajaran Taoisme cuba menyebatikan
kehidupan manusia di dunia dengan peraturan alam, iaitu penyatuan yang
dikenali sebagai metafizika. Menurut Taoisme, kerajaan yang paling
kurang diperintah ialah kerajaan yang berkesan kerana tidak banyak
masalah.
Taoisme juga mementingkan kesederhanaan, perdampingan
dengan alam semula jadi, dan amalan meditasi.
Pemerhatian tentang alam telah mendorong pengikut Taoisme
meneroka ilmu,sains, dan teknologi. Mereka telah membuat penemuan
dalam perubatan tradisional serta mencipta jarum bermagnet, ubat bedil
dan dan herba asli.5 Pengaruh Taoisme juga terdapat dalam bidang
kesusasteraan dan kesenian masyarakat Cina. Banyak ajaran Taoisme
ditulis dalam bentuk puisi yang menjadi warisan orang Cina.
5

- Sejarah Tamadun Dunia, Pearson Education Sdn. Bhd, Kuala Lumpur, 2004, m/s 40
10

2.5

AGAMA KRISTIAN
Agama Kristian bermula lebih kurang 2000 tahun dahulu di Palestin.

Agama ini adalah agama bagi pengikut Nabi Isa. Bagi orang Kristian, Nabi Isa
dikenali sebagai Jesus Christ. Perkataan Kristian berasal daripada perkataan
Greek Christos yang bermaksud penyelamat. Nabi Isa yang dilahirkan di
Baitul Laham berasal dari keturunan Bani Israel. Baginda menerima wahyu
daripada Allah ketika berusia 30 tahun dan menyebarkan ajarannya elalui ceritacerita yang dikenali sebagai parables.6
Nabi Isa mempunyai beberapa mukjizat yang dikurniakan oleh Allah
seperti boleh mencelikkan mata orang buta, menyembuhkan penyakit lemah atau
lumpuh, dan menghidupkan semula orang yang telah mati. Pengikut

agama

Kristisn menganggap Nabi Isa sebagai penyelamat (messiah) untuk membela


orang Kristian. Ajaran Nabi Isa mendapat tentangan daripada orang Yahudi dan
Rom yang cemburu dengan kemasyuran dan bilangan pengikutnya yang besar.
Mereka membuat rancangan untuk membunuh Nabi Isa. Baginda disalib sehingga
mati oleh Pontius Pilate pada tahun 30 M.7
Orang Yahudi menuduh Nabi Isa menyebar ajaran kufur (blasphemy).
Baginda dikhianati oleh pengikutnya, Judas Iscariot. Nabi Isa dituduh sebagai
penyebar agama palsu. Walaupun menerima tentangan yang hebat, agama yang
disebarkan oleh baginda semakin meluas sehingga ke segenap pelosok dunia.
Penyebar utama ialah pengikut (apostle) Jesus yang terkemuka iaitu Paul dan
Peter.8 Keamanan yang wujud semasa Pax Romana membolehkan para mubaligh
menyebarkan agama Kristian. Maharaja Rom sendiri, iaitu Constantine telah
menganut agama Kristian pada tahun 323 M. Pada tahun 800 S.M., Charlemagne
menjadi Maharaja Holy Roman Empire. Baginda menggalakkan pertumbujan
gereja dan biara. Selain itu, baginda meluluskan undang- undang yang
membolehkan gereja memungut zakat.
6, 7

- http://www.wikipedia.com
- Sejarah Tamadun Dunia, Pearson Education Sdn. Bhd, Kuala Lumpur, 2004, m/s 45

11

Agama Kristian menitikberatkan kasih saying, simpati, dan belas kasihan


di antara insan. Prinsip asas dalam agama Kristian ialah Cintailah Tuhan
dengan sepenuh jiwa, cintailah jiran seperti mencintai diri sendiri. Selain itu,
ajaran Kristian mengandungi unsur moral berdasarkan konsep Tuhan yang Esa,
yang pengasih, penyayang, pengampun dan pemurah. Jika diperhatikan, ini tidak
banyak bezanya dari agama Islam sendiri.
Orang Kristian mempercayai

kewujudan Tuhan sebagai Trinity9 iaitu

sebagai bapa (father), anak (the son) dan sbagai the Holy Ghost. Kitab terkenal
orang Kristian ialah Bibble (Injil).

- Sejarah Tamadun Dunia, Pearson Education Sdn. Bhd, Kuala Lumpur, 2004, m/s 45
12

2.6

AGAMA ISLAM
Artikel 3 Perlembagaan Persekutuan
Agama Islam adalah agama rasmi persekutuan10

Apakah signifikasi Artikel 3 tersebut terhadap Negara kita? Signifikasinya


Artikel 3 itu ialah ianya melambangkan Agama Islam sebagai teras perpaduan,
kesejahteraan dan toleransi masyarakat majmuk di negara kita ini. Kukuhnya
rumah itu adalah kerana tiangnya dan kukuhnya tamadun itu adalah pada
agamanya. Agama Islam telah banyak menyumbang kepada kesejahteraan negara
kita kerana tanpa kita sedari, diri kita telah sebati dengan ajaran Islam itu sendiri
hingga ke satu tahap dimana kita telah menerima asas-asas Islam itu sebagai satu
budaya atau dengan kata lain, kita telah membudayakan Islam itu sendiri.
Buktinya adalah dengan pengenalan konsep Islam Hadhari yang membawa kita
kepada ajaran Islam sebenar.

Artikel 3 itu juga adalah bukti bahawa agama merupakan teras kepada
pembinaan tamadun. Kerana melalui pegangan yang kukuh terhadap agama, satu
negara yang kukuh, aman dan sejahtera iaitu Malaysia telah berjaya ditubuhkan.

10

- Artikel 3, Perlembagaan Persekutuan, ILBS, Petaling Jaya, 2006, m/s 20


13

2.6.1

MAKSUD TAMADUN ISLAM DAN CIRI-CIRINYA

Tamadun Islam itu bermaksud sebuah tamadun yang dibangunkan


atas asas takwa dan keredhaan Allah S.W.T melengkpi syarat-syarat dan
cirri-ciri yang ditetapkan oleh al-Quran dan al-Sunnah sehingga wujud
sebuah masyarakat yang aman dan harmoni dan mendapat keampunan
Ilahi.11

Dan untuk menguatkan lagi konsep tamadun Islam, kita hendaklah


memahami apakah yang dimaksudkan dengan aqidah, syariah dan akhlak.

Aqidah ialah kepercayaan terhadap benda-benda ghaib yang terikat


kukuh dalam sanubari setiap mukmin seperti yang telah diwajibkan oleh
Allah S,W.T dan Rasulullah s.a.w. Syariah pula bermaksud peraturan dan
undang-undang yang diperundangkan oleh Allah dan Rasul-Nya yang
melingkupi

semua

aspek

kehidupan

seperti

ibadah,

muamalah,

kekeluargaan dan jenayah. Akhlak pula bermaksud kebiasaan yang


dilakukan oleh seseorang. Ia merangkumi hubungan dengn Allah seperti
redha, syukur, warak dan sabar, hubungan sesama manusia seperti adil,
amanah, toleransi dan penyayang. Aqidah, syariah dan akhlak saling
melengkapi antara satu sama lain dan dengan berasaskan ketiga-tiga
instrument penting ini, tamadun Islam dapat berlansung dengan jayanya
tanpa menghadapi sebarang masalah.
11

- Harapan untuk tamadun Islam, Shukri Aziz, Dian, Ilham Publication, Ipoh, m/s 17
14

2.6.2

PRINSIP DAN DASAR-DASAR TAMADUN ISLAM

Dalam tamadun Islam, kekayaan tidak dicari, sebaliknya apa yang


dicari ialah keredhaan dari Allah. Jadi setiap perlakuan kita adalah
bertujuan untuk mendapatkan keredhaan dari Allah dan bukanlah untuk
keuntungan semata-mata.

Selain itu juga, hidup mestilah berteraskan kepada keimanan


kepada Allah, al-Quran dan hadis kerana hanya dengan cara inilah kita
dapat menastikan yang kita tidak akan sesat digoda oleh arus maksiat dan
godaan dunia yang lain.

Prinsip yang seterusnya ialah Amar Makruf Nahi Mungkar. Ia


adalah prinsip yang menegakkan keadilan dan menjauhi kemungkaran.
Keadilan merupakan sesuatu yang ditekankan oleh syariah dan
kemungkaran adalah sesuatu yang ditegah oleh akhlak, jadi kita haruslah
menjauhi perkara-perkara yang boleh merosakkan kita seperti meminum
arak dan berjudi dan pada masa yang sama kita hendaklah sentiasa
menegakkan keadilan kerana keadilan akan dapat menjamin keamanan
dan kesejahteraan masyarakat.

15

Ilmu pengetahuan adalah asas kepada kehidupan seharian. Adalah


penting untuk memiliki kemahiran dalam bidang ilmu pengetahuan kerana
ilmu pengetahuan adalah platform terbaik bagi meningkatkan status
sesebuah tamadun. Tamadun Islam sendiri terkenal dek kerana
kebijaksanaan ahli intelektual-intelektalnya seperti Ibnu Sina, Al
Khawarizmi, Anas bin Malik dan ramai lagi.

Dan akhir sekali, prinsip tamadun itu sendiri adalah ianya mestilah
bertujuan untuk memelihara kesejahteraan dan manusia sejagat. Manusia
adalah asas kepada segalanya, tanpa manusia tamadun tidak akan wujud,
jadi manusia berperanan sebagai penentu kemanakah hala tuju dan arah
mereka selepas ini. Untuk melakukan perkara sedemikian, mereka
hendaklah emiliki pemikiran yang matang dan mestilah hidup berasaskan
kepada ajaran sebenar Islam agar mereka tidak menyimpang ke arah
lorong gelap.

Justeru itu kita dapat membuat kesimpulan bahawa konsep


masyarakat bertamadun ialah masyarakat yang penduduknya telah
mencapai tahap melebihi keperluan asas, pemikiran yang maju, hasil daya
cipta yang lebih halus dan adanya nilai-nilai pasti. Dan tamadun Islam
telah berjaya memenuhi semua ciri-ciri tersebut disebabkan oleh ajaran
Islam itu sendiri yang benar dan telus serta bertindak sebagai satu mode
regulatori yang mengawal ahli dalam masyarakat itu sendiri.

16

2.6.3

MASYARAKAT ARAB JAHILIAH : SEBELUM DAN


SELEPAS ISLAM

Contoh terbaik yang menunjukkan betapa besarnya peranan Islam


dalam pembentukkan tamadun dapat dilihat melalui perubahan yang
dialami oleh masyarakat Arab Jahiliah. Jika sebelum kedatangan Islam,
masyarakat Arab Jahiliah merupakan satu komuniti masyarakat yang
boleh diklasifikasikan sebagai sangat teruk dan segala tindak-tanduk
mereka sukar untuk diterima oleh akal fikiran, kita dapat lihat bagaimana
Islam merubah segalanya. Agama Islam seolah-olah seperti satu mesin
yang menukarkan satu masyarakat barbarik kepada satu masyarakat yang
beradab dan bertamadun.

Perkataan Jahiliah diambil daripada perkataan Jahala yang


bermaksud bodoh dan sesat. Pemilihan perkataan itu sangat sesuai kerana
pada zaman itu, segala aktiviti yang dilakukan seperti perniagaan dan
ibadah dilakukan dengan cara songsang dan tidak mengikut garis panduan
yang telah ditetapkan.12

Antara ciri- ciri masyarakat Arab Jahiliah ialah mereka tidak


memiliki nabi sebagai pemimpin dan pembimbing mereka, tidak
berakhlak dimana pada ketika itu etika dan nilai-nilai moral ditolak ketepi,
tidak bertamadun dan tidak tahu membaca.
12

- Harapan untuk tamadun Islam, Shukri Aziz, Dian, Ilham Publication, Ipoh, m/s 18
17

Dari segi politik pula, tidak ada satu pun kerajaan yang benarbenar kukuh yang dapat menjalankan pemerintahan secara efektif.
Disebabkan kelemahan ini, proses pembangunan sukar dilakukan dan
menyebabkan mereka hidup dalam keadaan mundur. Ketiadaan kerajaan
yang efektif ini disebabkan oleh penguasaan Rom dan Parsi di
Semenanjung Arab.

Dari sudut ekonominya pula, masyarakat Arab ketika zaman gelap


itu mengalami kegawatan ekonomi yang sangat teruk disebabkan oleh
pecahnya Empangan Maarib di Saba yang telah menghalang
pertumbuhan ekonomi masyarakat ketika itu yang rata-ratanya bergantung
kepada pertanian sebagai sumber ekonomi mereka.

Tambahan pula

penguasaan Parsi dan Rom telah menyukarkan lagi aktiviti perdagangan di


Semenanjung Arab.

Terkenalnya masyarakat Arab Jahiliah itu adalah kerana teruknya


akhlak mereka. Seperti yang diperkatakan sebelum ini, budaya sosial
masyarakat Arab Jahiliah sangat teruk dan sukar untuk diterima oleh logik
akal manusia, tapi itulah hakikatnya. Mereka

mengamalkan sifat

Assabiyah iaitu sifat ketaksuban yang melampau terhadap puak mereka


sendiri. Ketaksuban yang melampau ini menyebabkan mereka membenci
puak lain dan seringkali tercetus peperangan antara puak-puak disebabkan
oleh ideologi ekstremis mereka ini. Disebabkan oleh sifat Assabiyah

18

jugalah yang menyebabkan pembangunan sukar untuk dilakukan di Tanah


Arab. Kaum wanita juga dipandang hina oleh masyarakat ketika itu.
Wanita merupakan ibu. Merekalah yang melahirkan kita tetapi kewujudan
mereka dinafikan. Bayi perempuan yang lahir akan ditanam hidup-hidup
kerana ia dianggap sebagai mencemarkan maruah keluarga. Apakah ini
semua?

Selain itu arak dan judi menjadi makanan rutin mereka. Mereka
mengamalkan budaya hendonisme yang mengagung-agungkan hiburan.
Bagi mereka mabuk itu satu kenikmatan dan judi itu satu mata pencarian.
Tapi semua itu telah berubah selepas kedatangan Islam. Agama Islam
umpama satu nur cahaya yang menyinari Semenanjung Arab yang
menyingkirkan kegelapan dan memberikan harapan. Segala-galanya
berubah selepas Islam.

Dari segi politiknya, Tanah Arab dibanjiri oleh pemimpinpemimpin bijak lagi berwibawa yang memimpin masyarakat Arab menuju
kemajuan. Dimulai dengan Rasulullah, Khalifah ar-Rasyiddin, dan
pemimpin agung Islam yang lain, berteraskan kepada ajaran sebenar
Islam, mereka telah memperkenalkan system pemerintahan yang sangat
efektif yang memberikan impak yang besar kepada tamadun Islam itu
sendiri. Contoh terbaik ialah Nabi Muhammad sebagai ketua Negara telah
menubuhkan beberapa buah institusi seperti institusi masjid, kehakiman,

19

kementerian dan jabatan, kawasan dan wilayah dan hasil daripada


pembentukkan institusi ini telah menyebabakan Madinah menjadi satu
model Negara Islam yang sejati. Selain itu juga pengenalan Majlis Syura
dalam pemilihan pemimpin melambangkan salah satu daripada perkara
yang dituntut oleh Islam iaitu kesepakatan dan kemuafakatan.

Indahnya Islam itu juga dapat dilihat daripada kemajuaan ekonomi


yang pesat selepas ketibaan Islam. Ajaran Islam yang menekankan kepada
konsep

kejujuran

dan

kepercayaan

dalam

perniagaan

telah

meneggelamkan amalan riba yang keji itu. Masyarakat Arab pasca Islam
telah mengamalkan apa yang dituntut oleh Islam, lantas melariskan
perniagaan mereka. Apabila telah berlaku perkembangan aktiviti ekonomi,
para pemimpin pula telah melaksanakan sistem kawalan matawang agar
memastikan berlakunya putaran matawang yang mana hasilnya dapat
dinikmati bersama. Sistem yang dimaksudkan ialah Institusi Baitulmal.
Selain itu konsep zakat juga telah mengukuhkan lagi system ekonomi
masyarakat Arab yang mana kekayaan adalah untuk dinikmati bersama.
Yang kaya akan membantu yang miskin dan disebabakan jalinana inilah
yng menyatukan masyarakat Arab ketika itu.

20

Dari segi sosialnya pula, masyarakat Arab pasca Islam telah


menikmati kemanisan ilmu. Perkembangan ilmu yang pesat telah
memartabatkan lagi masyarakat Arab. Al Khawarizmi, Al-Jabbar, Ibnu
Sina dan ramai lagi ilmuan telah mewarnai cara hidup masyarakat Arab
hasil daripada kemajuan dalam bidang ilmu. Lihat sajalah warna-warna
ilmu yang dicoretkan melalui hasil senibina Islam seperti masjid-masjid
yang tersergam indah dan skrol-skrol ilmu yang masih tersimpan utuh di
perpustakaan- perpustakaan terkemuka diseluruh dunia.

Sungguh banyak perubahan yang dibawa oleh Islam terhadap


masyarakat Arab Jahiliah dan ini adalah merupakan contoh terulung yang
menunjukkan signifikasinya ajaran agama Islam dalam pembentukkan
tamadun sehinggakan ilmuan Barat seperti Edward Sullivan pernah
berkata bahawa, Moslem civilization is the product of Moslem religion.
Indahnya Islam itu juga tidak dapat disangkal lagi bila dua pengkaji
sejarah yang menolak peranan agama dalam pembentukkan tamadun
terpaksa membuat pemgecualian dengan berkata, Nevertheless, in the
case of the Arabs, it was a new religion, undoubtedly provide the driving
force behind the development of their civilization

Jadi, kesimpulannya ialah, ya, agama memainkan peranan penting


dalam pembentukkan tamadun.

21

3.0

KESAN-KESAN PENOLAKAN AGAMA KE ATAS TAMADUN

3.1

PERPECAHAN

Agama adalah salah satu medium yang penting dalam memastikan


perpaduan umat. Manusia, tanpa mengira bangsa akan bersatu apabila berjuang
atas nama agama. Contoh yang terbaik ialah pada zaman ratu Sepanyol, Ratu
Isabell. Pada ketika itu, tamadun Islam berada di ambang kehancuran kerana
perpecahan antara mereka. Maka, Ratu Isabell dan bala tenteranya telah bertindak
menyerang kota Andalus atas nama agama Kristian sehingga mengakibatkan kota
Andalusia, yang menjadi lambang ketamadunan Islam pada ketika itu jatuh ke
tangan pihak Kristian.

Apabila agama tidak diterima oleh masyarakat sesebuah tamadun, maka


kesannya adalah perpecahan antara mereka sehingga menyebabkan tamadun yang
dibina menjadi lemah dan kemudiannya hancur sama sekali. Contohnya,
kejatuhan Kota Baghdad ke tangan Moghul pada tahun 1258M adalah akibat
daripada pertelagahan antara puak Sunnah dan Syiah.13 Malah, permusuhan
antara puak Sunnah dan Syiah yang berlaku akibat dari penolakan agama
sehingga sanggup berpecah belah berlarutan sehingga ke hari ini mengakibatkan
Kota Baghdad yang merupakan antara kawasan tamadun awal manusia tamadun
Mesopotamia musnah sama sekali.

13

- Catatan Ringkas: Perbincangan Mengenai Tamadun, CITU UiTM, Shah Alam, m/s 17
22

3.2

BENCANA ALAM

Penolakan agama akan mengakibatkan bencana alam. Perkara ini tidak


dapat disangkal lagi kerana telah banyak bukti yang menunjukkan bahawa
masyarakat sesuatu tamadun yang tidak menerima agama dalam kehidupan
mereka akan ditimpa bencana alam.

Di dalam Al-Quran, terdapat dua firman Allah yang merupakan peringatan


daripada Allah s.w.t kepada mereka yang menolak agama dalam kehidupan. Di
dalam Surah Al-Araf : 96, Allah berfirman yang bermaksud, Dan apabila Kami
menghendaki sesebuah (tamadun) itu musnah, Kami akan limpahkan kemewahan
kepada penduduk, lalu mereka melakukan kerja-kerja fasik di dalamnya, maka
pada ketika itu berhaklah mereka ditimpakan azab, lalu Kami musnahkan mereka
sehancur-hancurnya.14

Selain itu, di dalam Surah Al-An am : 44, Allah berfirman yang


bermaksud, Maka apabila mereka melupakan apa yang Kami peringatkan
dengannya, maka kami akan bukakan segala pintu-pintu kemewahan sehingga
apabila mereka leka gembira dengan apa yang Kami kurniakan, nescaya Kami
akan tarik kembali dengan cara mengejut. Pada ketika itu, mereka akan terkapaikapai tiada tempat untuk bergantung.15

14, 15

- Catatan Ringkas: Perbincangan Mengenai Tamadun, CITU UiTM, Shah Alam, m/s 18
23

Kedua-dua ayat ini membuktikan bahawa bencana akan ditimpakan


kepada masyarakat yang menolak agama dalam sesebuah tamadun. Antara contoh
zaman silam yang boleh dijadikan pengajaran ialah Firaun. Akibat penolakan
agama Tauhid yang dibawa oleh Nabi Musa A.S, Firaun dan pengikutnya telah
ditenggelamkan di laut Merah oleh Allah s.w.t mengakibatkan kehancuran
tamadun itu. Begitu juga dengan Qarun. Kerana menolak agama dan taksub
terhadap harta dunia, akhirnya Qarun telah ditelan bumi bersama dengan hartahartanya. Kesemua contoh-contoh ini dapat dicari sekiranya seseorang itu
menghayati isi kandungan Al-Quran.

3.3

PEMIMPIN TIDAK BERWIBAWA

Apabila agama ditolak, maka akan lahirlah pemimpin yang tidak


berwibawa, yang seterusnya akan membawa kepada kehancuran tamadun itu
sendiri. Contoh yang paling jelas ialah pada zaman gelap Eropah. Masyarakat
feudal pada zaman tersebut telah diajar oleh pihak gereja supaya mementingkan
ukhrawi berbanding perkara-perkara duniawi. Malangnya, pihak gereja sendiri
mementingkan dunia dengan mengamalkan rasuah, tamakkan harta, dan berebut
kuasa sesama sendiri.16 Akibatnya, tamadun Eropah tidak berkembang dan terus
berada di zaman kegelapan.

16

- Sejarah Tamadun Dunia, Pearson Education Sdn. Bhd, Kuala Lumpur, 2004, m/s 27
24

Begitu juga dengan zaman Kesultanan Melayu Melaka. Zaman tersebut,


tamadun Melayu berada di zaman kegemilangannya. Kehebatan tamadun Melayu
terkenal seantero dunia. Tetapi, apabila agama ditolak oleh pemimpin, maka
pemimpin tersebut menjadi tidak berwibawa. Korupsi dan kezaliman menjadijadi. Akhirnya, tamadun yang dibina sekian lama jatuh ke tangan Portugis.

3.4

RAKYAT TIDAK BERMORAL

Penolakan agama juga akan menyebabkan kebanjiran rakyat yang tidak


bermoral dalam sesebuah tamadun. Perkara ini dapat dibuktikan dengan melihat
contoh-contoh yang berlaku pada zaman silam.

Agama Kristian melarang umatnya daripada melakukan hubungan sejenis.


Tetapi, penolakan agama menyebabkan penduduk dalam tamadun Pompei ingkar
kepada larangan tersebut. Mereka menjadi umat yang tidak bermoral dengan
mengamalkan hubungan sesame jantina, dan akhirnya, tamadun Pompei musnah
ditelan letusan gunung berapi. Begitu juga dengan kaum Nabi Luth. Akibat
penolakan agama, mereka ingkar kepada larangan Allah s.w.t dengan melakukan
perkara terkutuk yang ditegah dalam Islam melakukan hubungan sejenis.
Akhirnya, tamadun pada zaman Nabi Luth musnah apabila bumi di tempat
mereka diterbalikkan.

25

4.0

KESIMPULAN

Kesimpulan yang dapat dizahirkan dari pembikinan tugasan ini ialah agama dan
tamadun memang berkait rapat antara satu sama lain. Semakin kuat penghayatan agama
dalam sesebuah tamadun, semakin kuat sesebuah tamadun itu. Hubungan antara tamadun
dan agama adalah ibarat aur dan tebing. Kedua-duanya saling memerlukan antara satu
sama lain.

Malangnya, perkara itu tidak terjadi pada hari ini. Walaupun kita dapat melihat
bahawa semua agama yang wujud di dunia pada hari ini menyeru ke arah kebaikan,
tetapi, penganutnya lebih ramai yang ingkar dengan patuhan tersebut, sebaliknya
meyalahkan proses modenisasi sebagai punca utama agama bukan lagi kepentingan
agama dalam diri mereka.

Seperti yang telah kami terangkan di dalam tugasan ini, pelbagai bencana telah
ditimpakan kepada mereka yang menolak agama dalam kehidupan. Malah, ada
sesetengah tamadun yang musnah sama sekali akibat dari penolakan agama dalam hidup
para penduduknya. Tetapi, seperti mencurahkan air ke daun keladi, kejadian-kejadian
pada zaman silam tidak sedikitpun memberi pengajaran atau kegentaran dalam
masyarakat pada hari ini.

26

Apabila bencana tsunami ditimpakan oleh Allah ke atas Acheh, dan banjir besar
melanda negeri Johor, janganlah mengeluh kepada Allah. Janganlah salahkan Allah atas
bencana itu, sebaliknya renung-renungkanlah perbuatan kita dan masyarakat di sekeliling
kita. Mungkin, bencana itu diturunkan untuk memberi pengajaran kepada kita, sebelum
semuanya terlambat.

Akhir kalam, marilah kita bersama-sama mempertingkatkan penghayatan agama


dalam hidup. Jika kita tidak mahu Malaysia menjadi seperti Laut Mati, atau rakyat
Malaysia ditelan gunung berapi atau tsunami, masih belum terlambat untuk kita bertaubat
kepada Ilahi. Hayatilah agama, kerana agama itu berperanan penting dalam pembinaan
sesebuah tamadun.

27

BIBLIOGRAFI

1-

Sejarah Tamadun Dunia, Pearson Education Sdn. Bhd, Kuala Lumpur, 2004

2-

Artikel 3, Perlembagaan Persekutuan, ILBS, Petaling Jaya, 2006

3-

Harapan untuk tamadun Islam, Shukri Aziz, Dian, Ilham Publication, Ipoh, 2003

4-

Catatan Ringkas: Perbincangan Mengenai Tamadun, CITU UiTM, Shah Alam, 2007

5-

http://www.wikipedia.com

28