Está en la página 1de 23

Topk

1
Pengukuran,
Pengujian dan
Penilaian

HASl L PEMBELA]AkAN
Di aklir lopik ini, anda solarusnya dapal:
1. Menjelaskan maksud pengujian, pengukuran dan penilaian;
2. Membezakan konsep pengujian, pengukuran dan penilaian; dan
3. Mengenal pasti tujuan penilaian dijalankan.
PENCENALAN
Dalam menempuh kehidupan seharian, kita sering kali berhadapan dengan apa yang
dikatakan sebagai pengujian, pengukuran dan penilaian dalam semua keadaan
yang memerlukan kita membuat sesuatu pertimbangan atau keputusan. Anda
sebagai guru perlu membuat pertimbangan dan keputusan berhubung
dengan pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung untuk menentukan
sama ada objektif pembelajaran sudah dicapai pelajar atau memerlukan ulangan
semula dan sebagainya.
Pengujian, pengukuran dan penilaian adalah antara beberapa konsep penting
dalam dunia pendidikan. Sering kali istilah ini digunakan secara bertukar ganti.
Misalnya, sesetengah guru apabila mengedarkan kertas ujian, mereka mengatakan
mereka ingin mengukur atau menilai prestasi pelajar dalam sesebuah bilik
darjah, tanpa menghiraukan maksud khusus yang mendukung istilah-istilah
berkenaan. Secara khususnya, ketiga-tiga istilah berkenaan mempunyai
makna yang spesifk dan ketiga-tiganya mempunyai perbezaan.
Dalam dunia pendidikan, penilaian yang sistematik, dengan mengambil
kira semua faktor yang boleh mempengaruhi maklumat atau dapatan yang
diperoleh, akan membantu guru dalam membuat sesuatu keputusan dengan
tepat.
2 TOIK 1 LNCUKUkAN, LNCU]IAN DAN LNILAIAN
1.1

KDNSEP PENlLAlAN, PENCUKUkAN DAN
PENCU]lAN
FlKlk
Sekiranya anda diberi peluang untuk melanjutkan pelajaran ke institusi
pengajian tinggi, apakah penilaian-penilaian yang anda lakukan terlebih
dahulu sebelum menerima tawaran tersebut. Apakah kayu ukur yang
akan anda gunakan sebelum membuat keputusan dan bagaimanakah
anda menguji keputusan yang dilakukan tersebut sama ada akan
membawa kesan baik atau sebaliknya untuk anda?
Sebagai insan yang hidup di muka bumi ini, kita tidak lari daripada membuat
keputusan. Dalam membuat sebarang keputusan, sama ada mudah atau sukar,
penilaian wajar dilakukan terlebih dahulu. Dalam konteks ini, penilaian akan
melibatkan penentuan objektif, mendapatkan maklumat, memproses maklumat,
membuat kesimpulan dan membuat keputusan. Apabila proses yang dijalankan
itu dibuat secara sistematik dan saintifk, maka keputusan yang diperoleh
menjadi lebih tepat dan seterusnya tindakan yang diambil adalah benar-benar
bersesuaian.
Sebenarnya, aktiviti penilaian dalam bidang sains perlakuan dan juga sains
kemasyarakatan bermula dengan kajian yang dijalankan oleh Galton dan
Binet untuk mengukur kebolehan individu. Bermula dengan kajian tersebut,
konsep penilaian telah berkembang sehingga muncul beberapa istilah yang
berkaitan seperti pengukuran (measurement), penilaian (evaluation) dan
pentaksiran (assessment). Dalam pengukuran, individu didedahkan
kepada pembolehubah yang sama dalam keadaan terkawal. Sebagai contoh,
pengukuran yang dijalankan bagi menguji kecerdasan kanak-kanak melalui ujian
oleh Stanford-Binet, Raven- Matrices, Weschler dan A.C.E.R.
Apabila sesuatu penilaian ingin dijalankan, sekurang-kurangnya dua keputusan
yang utama perlu diambil.
(a) Pertama, berkaitan dengan tujuan penilaian dijalankan. Misalnya, pihak
sekolah ingin meningkatkan taraf bacaan murid-murid di sekolah rendah
dan selepas membuat penilaian, mendapati taraf bacaan tidak memuaskan,
maka
(b) Kedua, satu tindakan baru perlu diambil.
TOIK 1 LNCUKUkAN, LNCU]IAN DAN LNILAIAN 3
1.1.1 PenIaan
FlKlk
Pernahkah anda berada dalam satu-satu acara lelongan awam seperti
melelong barang-barang antik. Cuba anda bayangkan bagaimanakah
seseorang tersebut membuat penilaian sebelum membuat keputusan
untuk membeli. Apakah sebenarnya maksud penilaian?
Penilaian adalah konsep yang telah digunakan dalam pelbagai bidang. Penilaian
dilakukan kerana mempunyai matlamat tersendiri. Dengan mengadakan
penilaian, ia akan membolehkan kita membuat anggaran, sama ada matlamat
yang telah ditetapkan itu tercapai atau sebaliknya. Penilaian juga dapat
dianggap sebagai satu cara untuk mendapatkan bukti yang tepat tentang sesuatu
perkara. Maklumat dan bukti ini amat penting dalam menyelesaikan sesuatu
masalah. Misalnya, dalam pendidikan, penilaian dapat menyelesaikan
masalah tentang pencapaian matlamat yang ditetapkan, seperti menguasai
kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M) di kalangan murid sekolah
rendah.
Dalam membuat penilaian, anda mungkin sering kali berhadapan dengan
pelbagai masalah. Misalnya, tentang persoalan yang ingin diselesaikan,
apakah bukti yang dianggapkan mencukupi atau bagaimana cara mendapatkan
maklumat, siapa yang perlu mendapatkan maklumat dan sebagainya. Dengan
memahami konsep pengujian, pengukuran dan penilaian, anda akan dapat
merancang langkah-langkah dengan lebih teratur dan sistematik bagi
mendapatkan maklumat yang tepat. Banyak defnisi telah diberikan kepada
istilah penilaian.
Penilaian boleh dianggap sebagai proses membuat pertimbangan atau
keputusan dalam memberikan nilai, mutu, kualiti atau harga bagi sesuatu
benda atau perkara. Stuffebeam et al. (1971:xxv) menyatakan penilaian
sebagai proses delineating, mencari dan memberikan maklumat yang
berguna dalam mempertimbangkan alternatif-alternatif keputusan.
Defnisi ini melepasi maksud pengujian dan pengukuran.
Gay (1985) berpendapat bahawa penilaian ialah satu proses yang sistematik
semasa mengumpul dan menganalisis data bagi menentukan sama ada sesuatu
4 TOIK 1 LNCUKUkAN, LNCU]IAN DAN LNILAIAN
objektif yang telah ditetapkan itu telah tercapai. Ini seterusnya membolehkan guru
membuat pertimbangan atau keputusan yang tepat berhubung pengajaran
dan pembelajaran. Justeru, penilaian berbeza dengan pengukuran yang hanya
melibatkan ukuran dalam bentuk nombor tertentu yang lebih bersifat kuantitatif.
Sebelumnya, Popham (1975) menyatakan penilaian yang sistematik perlu
mempunyai satu tafsiran yang formal tentang nilai fenomena pendidikan.
Secara menyeluruh, penilaian pendidikan mencakupi aspek-aspek hasil
pengajaran dan pembelajaran dan juga hasil program pengajian berbanding
matlamat asalnya. Dalam bilik darjah, apabila guru memberikan ujian, adakah
guru berkenaan mengukur pencapaian pelajar atau menilai pencapaian pelajar?
Dalam keadaan ini kita boleh mengatakan guru sebenarnya mengukur
pencapaian pelajar melalui ujian yang dijalankan. Tindakan susulan guru ialah
menilai ukuran pencapaian tersebut dengan menggunakan keputusan ujian itu
bersama maklumat lain yang berkaitan. Selain menggunakan data kuantitatif,
penilaian juga boleh dibuat dengan menggunakan data berbentuk kualitatif
seperti yang diperoleh daripada pemerhatian atau temubual.
Anda boleh mendapat maklumat lanjut dengan memuat turun fail PDF dari
laman web berikut: http://www.gao.gov/special.pubs/pe1014.pdf
Justeru, penilaian boleh dibuat dengan menggunakan sama ada maklumat yang
berbentuk kuantitatif, kualitatif atau kedua-duanya sekali. Dengan menggunakan
maklumat kuantitatif, penilaian boleh dinyatakan dalam bentuk gred (seperti A,
B, C, D atau E) bersama penjelasan nilainya (seperti cemerlang, kepujian, baik,
lulus atau gagal). Sementara itu, penilaian yang menggunakan data kualitatif
boleh dinyatakan dalam bentuk kualitatif juga, misalnya, Ali dapat melukis
gambar kawannya dengan cepat, tepat dan bersih. Secara ringkasnya, penilaian
meliputi tiga proses utama, iaitu menentukan ukuran, menganalisis ukuran
dan menyatakan nilai/interpretasi ukuran.

Prosedur penilaian boleh dilaksanakan dalam lima peringkat seperti dalam Rajah
1.1 di bawah.
Kini istilah pentaksiran mula digunakan dalam penilaian pencapaian.
Popham (2000) menyatakan istilah-istilah pengukuran, pengujian dan
penaksiran digunakan secara silih berganti dan dianggap sebagai sinonim.
Pentaksiran melibatkan proses membuat keputusan berdasarkan kepada
suatu peraturan atau piawaian. Pentaksiran, yang merupakan sebahagian
daripada proses pembelajaran, merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul,
merekod, memberi skor dan menterjemahkan maklumat tentang pembelajaran
seseorang pelajar bagi sesuatu tujuan tertentu (Lembaga Peperiksaan Malaysia,
2000). Hasil pentaksiran dinyatakan dalam bentuk skor. Skor mestilah sah dan
boleh dipercayai untuk memastikan keadilan kepada pelajar dan juga untuk
mengekalkan kewibawaan institusi pentaksiran.
TOIK 1 LNCUKUkAN, LNCU]IAN DAN LNILAIAN 5
1.1.2 Pengukuran
Rajah 1.1: Prosedur penilaian
FlKlk
Kita sering melihat bahawa ahli-ahli atlit sukan yang ingin mewakili
negara akan diberi syarat-syarat tertentu untuk membolehkan mereka
diterima secara automatik untuk mewakili negara. Apakah sebenarnya
yang diukur, pencapaian peribadi mereka atau jumlah penyertaan yang
mereka sertai. Apakah maksud dan tujuan pengukuran?
Pengukuran membawa maksud yang lebih luas berbanding pengujian.
Pengukuran membawa defnisi sebagai suatu proses untuk mendapatkan
penjelasan secara numerik (melalui angka) tentang sebanyak mana individu/
pelajar mempunyai sesuatu ciri yang diukur dengan menggunakan alat tertentu.
Dalam erti kata lain pengukuran ialah proses menentukan sejauh mana seseorang
individu memiliki ciri-ciri tertentu.
6 TOIK 1 LNCUKUkAN, LNCU]IAN DAN LNILAIAN
Biasanya, kita mewakilkan sesuatu pengukuran berbentuk angka kepada prestasi
seseorang individu untuk menggambarkan keupayaan individu tersebut.
Contohnya, Ramli mendapat 60 peratus dalam ujian Matematik. Kita tidak
menyatakan prestasi Ramli sama ada baik atau sebaliknya. Dalam hal ini, kita
hanya mengukur pencapaian matematik tanpa memberikan nilai kepada ukuran
yang diperoleh. Justeru, pengukuran hanya menentukan tahap prestasi/
ciri tertentu seseorang individu/pelajar mengikut alat yang digunakan.
Pengukuran boleh juga dibuat tanpa menggunakan pengujian. Sebagai contoh,
kemahiran melukis seseorang pelajar boleh diukur melalui pemerhatian/
pencerapan, sementara pengetahuan dan sikapnya boleh diukur melalui temu
bual. Justeru, kita boleh menganggapkan pengukuran sebagai proses untuk
mendapatkan sesuatu ukuran dengan menggunakan kaedah tertentu, manakala
pengujian pula merupakan salah satu daripada kaedah tersebut.
Pengukuran tidak bersifat mutlak, misalnya, pengukuran keupayaan mental
seseorang sudah tentu lebih sukar diukur secara tepat berbanding ketinggian
fzikalnya. Ketinggian fzikal seseorang boleh diukur secara tepat dengan
menggunakan alat ukur yang tepat seperti penggunaan pembaris. Seterusnya,
seseorang pelajar yang mendapat skor 90 tidak boleh dianggap mengetahui dua
kali ganda daripada pelajar yang mendapat skor 45, walaupun skor 90 itu dua
kali ganda 45. Seseorang pelajar yang mendapat skor sifar pula tidak juga boleh
dianggap sebagai tidak mempelajari/ mengetahui tentang sesuatu pelajaran
yang diajar guru. Ini jelas menunjukkan ukuran aspek-aspek berkenaan
bukanlah petunjuk yang tepat sebagaimana ukuran ketinggian fzikal pelajar
menggunakan pembaris.
Justeru, seseorang guru perlu menggunakan alat yang tepat bagi menghasilkan
ukuran yang tepat. Jika alat yang digunakan mempunyai kecacatan, maka sudah
pastilah ukuran yang diperoleh juga tidak tepat.
1.1.3 Pengujan
FlKlk
Kita sering mendengar di stesen TV atau di akhbar-akhbar bahawa
kerajaan menggalakkan kenderaan pengangkutan awam dan swasta
agar dibawa ke Puspakom untuk tujuan pemeriksaan. Pada pendapat
anda apakah tujuan sebenar pengujian dilakukan?
Antara ketiga-tiga istilah berkenaan, pengujian selalunya dianggap mendukung
maksud yang lebih sempit atau khusus. Pengujian dapat dianggap sebagai
TOIK 1 LNCUKUkAN, LNCU]IAN DAN LNILAIAN 7
proses penyerahan set soalan yang piawai yang perlu dijawab, atau satu set
instrumen bersama satu prosedur yang sistematik bagi mengukur sampel
tingkah laku atau perubahan seseorang individu atau pelajar.
Menurut Cronbach (1970),
Ujian ialah satu prosedur yang sistematik untuk memerhati perlakuan atau
tingkah laku seseorang individu dan menjelaskannya dengan bantuan skala
bernombor, atau satu sistem yang berkategori.

Contoh skala bernombor ialah angka 30/100 untuk ujian penglihatan, 100/120
untuk ujian kecerdasan (IQ Test) dan 80/100 bagi ujian pencapaian bagi sesuatu
mata pelajaran seperti Sains. Manakala contoh sistem berkategori pula ialah
ekstrovert atau introvert bagi ujian personaliti, atau rabun warna bagi ujian
penglihatan.
Kepentingan pengujian bagi mengukur perubahan tingkah laku pelajar seperti
yang dinyatakan di atas, dikukuhkan oleh Milagros 1981, (dipetik dari Raminah,
1991) yang menegaskan bahawa:
Ujian adalah suatu cara untuk mendapatkan contohan perlakuan yang
diperlihatkan oleh murid di dalam keadaan yang dikawal atau ditentukan.
Maklumat yang diperoleh daripadanya akan dijadikan dasar untuk membuat
penilaian atau pengadilan. (Raminah 1991:2).
Hasil daripada pemarkahan jawapan pelajar, satu ukuran yang disebut sebagai
markah akan diberikan kepada pelajar tersebut. Pengujian menjelaskan tahap
berapa baiknya prestasi pelajar yang diuji.
Proses pengujian lazimnya bermula dengan peringkat persediaan, diikuti
pelaksanaan/ pentadbiran ujian dan berakhir dengan pemeriksaan skrip
jawapan. Melalui pengujian inilah seseorang guru mengetahui sama ada pelajar-
pelajarnya telah menguasai pengetahuan, kemahiran atau sikap yang ingin
disampaikan guru.
Kesimpulannya, pengesanan hasil pengajaran dan pembelajaran boleh dibuat
melalui pengujian, pengukuran dan penilaian yang tepat, yang dilaksanakan
guru dalam bilik darjah. Justeru, kecekapan guru membangunkan alat pengujian
amat penting, malah sama pentingnya dengan penguasaan guru terhadap
kurikulum yang diajar bagi menjamin keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran.
TOIK 1 LNCUKUkAN, LNCU]IAN DAN LNILAIAN
1.2 AkAS UKUkAN
Secara umumnya, terdapat pelbagai bentuk pengukuran yang berbeza, misalnya,
pengukuran yang digunakan untuk mengukur pencapaian akademik pelajar
adalah berbeza daripada pengukuran yang digunakan untuk menentukan
tahap apresiasi agama pelajar. Begitu juga membuat pengkelasan darjah motivasi
sebagai bermotivasi rendah, sederhana atau tinggi tidaklah setepat ukuran
yang menggunakan skor sebenar motivasi pelajar. Penyataan dan pengkelasan
pemboleh ubah dalam bentuk kuantitatif melibatkan pengukuran yang
menggunakan skala tertentu. Pada umumnya terdapat dua jenis pemboleh ubah
asas dalam pengukuran, iaitu: (i) jenis kuantitatif (seperti 20%, 50%, 80%) dan
(ii) jenis kategori (seperti motivasi rendah, motivasi sederhana, motivasi tinggi).
Kedua-dua jenis pemboleh ubah ini boleh diukur dengan menggunakan empat
jenis skala, iaitu skala nominal, ordinal, sela dan nisbah (lihat Rajah 1.2). Secara
ringkasnya, skala boleh ditakrifkan sebagai angka yang digunakan untuk
mengkelas atau menunjukkan tahap/nilai sesuatu ukuran.
LATlHAN 1.1
Jelaskan perbezaan antara pengujian, pengukuran dan penilaian.
Rajah 1.2: Aras ukuran
1.2.1 SkaIa NomnaI
Skala nominal ialah skala yang dianggap paling mudah
dan mempunyai ketepatan yang paling rendah. Skala ini
mengkategorikan pemboleh ubah berdasarkan persamaan dan
seterusnya memberikan nama kepada pemboleh ubah berkenaan.

TOIK 1 LNCUKUkAN, LNCU]IAN DAN LNILAIAN 9
Misalnya, guru ingin mengkelaskan pelajar-pelajar mengikut etnik atau jantina.
Guru berkenaan perlu meletakkan nilai tertentu kepada pemboleh ubah tersebut
bagi mewakili etnik berkenaan. Misalnya, etnik Melayu diwakili nombor 1,
etnik Cina diwakili nombor 2, etnik India diwakili nombor 3 dan etnik-etnik
lain diwakili nombor 4. Nombor 1 dalam sistem ini tidaklah menunjukkan bilangan
yang kecil berbanding nombor 2, 3 atau 4. Dalam skala nominal ini, kita
boleh menukar ganti nombor berkenaan untuk mewakili kategori etnik tertentu,
misalnya, nombor 4 untuk etnik Melayu, nombor 3 untuk etnik Cina, nombor 2
untuk etnik India dan nombor 1 untuk lain-lain etnik.
Nombor yang digunakan di sini hanyalah mewakili atau melambangkan kategori
pemboleh ubah yang dinyatakan, iaitu etnik. Nombor ini tidak mempunyai
sebarang nilai dan skala yang menggunakan nombor untuk mengkategori
pemboleh ubah ini disebut sebagai skala nominal.
Ciri-ciri utama skala nominal adalah seperti berikut:
i. Setiap ahli hanya dimiliki oleh satu kategori sahaja, misalnya, individu yang
dikelaskan ke dalam kategori Melayu tidak boleh menjadi ahli kategori etnik
lain.
ii. Nombor yang mewakili setiap kategori tidak mempunyai nilai
pemeringkatan, tetapi dianggap sebagai nama kategori sahaja.
iii. Pengkelasan data asal kepada data nominal bersifat satu kepada satu.
1.2.2 SkaIa DrdnaI
Skala ordinal ialah skala yang memberikan nilai pemeringkatan. Data
boleh disusun samaada daripada yang terrendah kepada yang tertinggi
atau daripada yang lemah kepada yang cemerlang. Nombor atau
kategori yang diguna menggambarkan ukuran asal pemboleh ubah
mengikut susunan daripada kecil kepada yang besar atau daripada
kategori yang baik kepada kategori yang lebih baik.
Misalnya, nombor 1, 2, 3, 4 yang menunjukkan kedudukan pelajar dalam
darjah dari segi pencapaian akademik adalah contoh skala ordinal. Pelajar yang
mendapat markah keseluruhan yang tinggi diberikan nombor 1, diikuti nombor
2, 3, 4 dan seterusnya. Ini menunjukkan nombor 1 adalah lebih baik daripada
nombor 2, 3 4 dan berikutnya. Umumnya, skala ordinal mampu (a) membezakan
kategori dan (b) membezakan nilai pemeringkatan. Contoh lain skala ordinal
ialah skala Likert (misalnya, (1) Sangat Tidak Setuju, (2) Kurang Setuju, (3)
Sederhana Setuju, (4) Setuju, (5) Sangat Setuju).
10 TOIK 1 LNCUKUkAN, LNCU]IAN DAN LNILAIAN
Ciri-ciri utama skala ordinal adalah seperti berikut:
i. Kategori yang digunakan bagi mengkelaskan data ordinal adalah saling
eksklusif.
ii. Ukuran yang diguna menunjukkan pemeringkatan secara logik.
iii. Ukuran mempunyai pemberat, iatu setiap kategori mempunyai pemberat
yang kurang atau lebih berbanding kategori lain.
Rajah 1.3 menunjukkan contoh Borang Soal Selidik yang dilakukan oleh pihak
OUM yang menggunakan konsep Skala Ordinal untuk tujuan penambahbaikan
terhadap modul-modul OUM.
TOIK 1 LNCUKUkAN, LNCU]IAN DAN LNILAIAN 11
IDT-RK-750-07-02
Borang Kaji Selidik Modul Bercetak
Pihak CIDT/OUM sentiasa memantau tentang kualiti dan keberkesanan modul bercetak
OUM yang dihasilkan. Kami mengedarkan Borang Kaji Selidik ini kepada responden
yang terpilih untuk mengumpulkan maklum balas yang berkenaan. Pihak CIDT/
OUM amat berbesar hati sekiranya responden dapat memberi maklum balas yang tepat
supaya mutu penghasilan modul bercetak OUM dapat dipertingkatkan secara berterusan
berdasarkan maklumat yang dikumpulkan.
Sila jawab kesemua item di bawah. Bagi item yang tidak berkaitan, sila tanda (X) pada ruang
Tidak Berkaitan yang disediakan. Borang kaji selidik ini mengambil masa lebih kurang 10
minit untuk dilengkapkan. Borang ini dikumpulkan di kaunter pendaftaran dan pejabat
CIDT. Sekiranya anda seorang tutoe, pastikan borang ini dihantar terus kepada PPW/PPU
masing-masing.
Segala maklumat yang diberikan dalam soal selidik ini adalah dirahsiakan.
Bil Soalan 1 2 3 4 5 6
1. Pengenalan setiap tajuk memberikan idea keseluruhan kepada
pelajar tentang skop perbincangan sesuatu tajuk itu
2. Cara penulisan Pengenalan tajuk adalan menarik dan
memoticasikan saya untuk mempelajari subjek tersebut.
3. Kesemua fakta, konsep dan pricsip saling dihubungkaitkan
secara baik dan senang difahami.
4. Saya boleh mengaplikasikan maklumat yang dipelajari dengan
berkesan.
5. Gaya penulisan adalah mesra pengguna (user-friendly) tidak
seperti sebuah buku teks biasa.
6. Bahasa yang digunakan dalam modul adalah sesuai dan
mudah difahami.
7. Isi yang dipersembahkan dalam modul adalah bersesuaian dan
jelas (tidak berjelar-jelar).
8. Secara keseluruhan, modul ini mampu menarik minar pelajar
membaca.
B. Aliran Kandungan
Sila nilaikan modul dengan memberi kadar 1 hingga 6 bagi kriteria berikut. Tandakan (X)
bagi setiap soalan yang dikemukakan.
1. Tidak Berkaitan
2. Lemah
3. Bawah Purata
4. Purata
5. Baik
6. Cemerlang
Rajah 1.3: Contoh borang soal selidik
12 TOIK 1 LNCUKUkAN, LNCU]IAN DAN LNILAIAN
1.2.3 SkaIa SeIa
Skala sela ini mempunyai ciri pemeringkatan dan juga mempunyai
perbezaan bagi setiap unit sela yang sama nilai. Skala ini berupaya
menunjukkan perbezaan antara beberapa kategori dan ia boleh
menunjukkan kesamaan dalam unit ukuran yang digunakan. Contoh
ukuran berskala sela ialah ukuran suhu. Dalam hal ini, perbezaan suhu
antara 25
o
C dengan 35
o
C adalah sama dengan perbezaan suhu antara
15
o
C dengan 5
o
C, iaitu perbezaan 10 darjah.
Skala sela memberikan sela yang sama daripada titik origin. Ini bermaksud
skala sela mempunyai ciri-ciri nominal dan ordinal, terutamanya ciri-ciri aspek
pemeringkatan. Jarak numerik yang sama dalam skala sela menggambarkan
jarak yang sama pada ciri-ciri yang diukur.
Contoh lain, andaikan terdapat empat orang pelajar yang diukur pencapaiannya
dalam skala sela, maka perbezaan pencapaian antara pelajar A yang mendapat
95% dengan Pelajar B yang mendapat 70% adalah sama dengan perbezaan
pencapaian pelajar C yang mendapat 50% dengan pelajar D yang mendapat
25%. Bagaimanapun kita tidak boleh mengatakan pencapaian pelajar C adalah
dua kali lebih baik daripada D, kerana skala sela tidak mempunyai nilai mutlak,
tetapi hanya berdasarkan jarak. Dalam skala sela, nilai sifar (0) merupakan
suatu nilai yang arbitrari, yang tidak menggambarkan nilai kuantiti kosong, iaitu
skala sela tidak mempunyai nilai mutlak. Misalnya, suhu 0
o
C merupakan
nilai permulaan sistem pengukuran suhu dalam
o
C. Suhu 0
o
C di sini bukan
bermakna tidak ada kepanasan.
Ciri-ciri skala sela adalah seperti berikut:
i. Kategori yang digunakan bagi mengkelaskan data sela adalah saling
eksklusif.
ii. Ukuran yang diguna menggambarkan susunan pemeringkatan secara logik.
iii. Ukuran yang diguna mempunyai pemberat, iaitu sesuatu ukuran sama ada
lebih kecil atau lebih besar daripada yang lain.
iv. Ukuran dalam skala sela bernilai arbitrari (tidak mutlak). Nilai sifar (0) juga
adalah arbitrari.
v. Perbezaan satu unit ukuran mempunyai nilai yang sama bagi semua
perbezaan ukuran.
TOIK 1 LNCUKUkAN, LNCU]IAN DAN LNILAIAN 13
1.2.4 SkaIa Nsbah
AKTlVlTl 1.1
Kita sering melihat dan mendengar berlakunya gempa bumi, khususnya
yang berlaku di negara jiran seperti Indonesia. Tahukah anda
bagaimanakah gempa bumi ini diukur dan apakah jenis skala yang
digunakan?
AKTlVlTl 1.2
Nyatakan perbezaan antara keempat-empat skala pengukuran. Gunakan
peta minda untuk melakarkan jawapan anda.
Skala nisbah ialah skala yang mempunyai semua ciri skala sela dan
juga nilai mutlak. Dalam skala nisbah nilai sifar (0) adalah kosong.
Misalnya, perbezaan antara 30 hingga 60 adalah sama dengan perbezaan 60
hingga 90. Malah kita boleh mengatakan 90 adalah dua kali ganda 45 (2 X 45
= 90). Contoh ukuran berskala nisbah ialah wang, jarak dan tinggi. Jadual 1.1
menunjukkan ciri-ciri keempat- empat skala ukuran yang telah dibincangkan.
Jadual 1.1: Skala Ukuran
Skala Ciri-ciri
Nominal Mempunyai nilai pengkelasan sahaja.
Ordinal Mempunyai nilai pengkelasan dan pemeringkatan.
Sela Mempunyai nilai pemeringkatan dan perbezaan ukuran.
Nisbah Mempunyai nilai pemeringkatan, perbezaan ukuran dan mutlak.
Pengukuran tingkah laku dalam bidang psikologi kadang kala agak sukar
dibezakan antara skala ordinal dan sela. Misalnya, dalam ukuran yang
menggunakan skala Likert, andaian yang logik ialah ukuran ini adalah berskala
ordinal. Bagaimanapun, dalam menganalisis data, ukuran ini dianggap sebagai
berskala sela.
14 TOIK 1 LNCUKUkAN, LNCU]IAN DAN LNILAIAN
Kesimpulannya, setiap jenis skala ukuran memberi maklumat yang berbeza.
Skala nisbah memberikan lebih banyak maklumat daripada skala sela. Skala sela
pula dapat memberikan lebih banyak maklumat daripada skala ordinal. Begitu
juga, skala ordinal memberikan lebih banyak maklumat daripada skala nominal.
Hierarki keempat-empat skala ukuran ini ditunjukkan dalam Rajah 1.3.
Rajah 1.3: Hierarki skala ukuran
TOIK 1 LNCUKUkAN, LNCU]IAN DAN LNILAIAN 15
1.3 TU]UAN PENlLAlAN Dl BlLlK DAk]AH
LATlHAN 1.2
Nyatakan jenis skala untuk ukuran berikut:
(a) Jawatan (Pengetua, Penolong Kanan, Guru Kanan, Guru).
(b) Gred pencapaian (Gred A, B, C, D, F).
(c) Skor ujian Sejarah (45, 50, 60, 75, 87).
(d) Respon terhadap soal selidik (Ya, Tidak, Tidak Pasti).
FlKlk
Pada pandangan anda, mengapakah aktiviti pengujian dan penilaian
penting kepada guru? Apakah implikasinya kepada pelajar dan sekolah?
Pengujian dan penilaian dalam pengajaran dan pembelajaran adalah sama
pentingnya dengan proses pengajaran dan pembelajaran itu sendiri. Matlamat
utama penilaian ialah untuk memperbaiki pengajaran dan pembelajaran.
Sekiranya ditinjau dari aspek yang lebih luas, penilaian yang dijalankan memberi
manfaat besar kepada guru, pelajar dan ibu bapa, malah kepada pihak sekolah
serta Kementerian Pelajaran sendiri.
Seperti yang dinyatakan sebelum ini, hasil penilaian yang dijalankan dapat
dijadikan asas kepada guru untuk membuat keputusan berhubung dengan
aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Sepanjang guru
mengajar, beliau akan menggunakan maklumat yang diperoleh bagi
membuat keputusan untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran guru dan
pembelajaran pelajar.
Bagi memudahkan pemahaman anda, tujuan atau kepentingan penilaian dalam
pendidikan khususnya dalam bilik darjah, dijelas berasaskan beberapa tujuan
seperti membuat diagnosis, melihat pencapaian, membuat pemilihan dan
menempatkan serta memberikan bimbingan dan kaunseling kepada pelajar. (lihat
Rajah 1.5)
16 TOIK 1 LNCUKUkAN, LNCU]IAN DAN LNILAIAN
1.3.1 Dagnoss
Penilaian yang dijalankan oleh guru dalam bilik darjah akan dapat memberikan
maklum balas kepada guru tentang tahap penguasaan pelajar terhadap
pengetahuan dan kemahiran yang telah diajar. Selain itu, penilaian ini juga
dapat memberi maklum balas tentang masalah yang dihadapi pelajar dalam
pembelajaran. Dengan itu, guru dapat mengenal pasti kemajuan seseorang
pelajar, sama ada pada tahap yang sangat memuaskan, memuaskan, sederhana,
lemah atau tidak ada sebarang kemajuan langsung. Daripada penilaian yang
dijalankan juga, guru dapat mengenal pasti pelajar yang cepat/cergas, yang
memerlukan aktiviti pengayaan dan pelajar yang lemah yang memerlukan
aktiviti pemulihan. Guru juga perlu membuat keputusan sama ada untuk
mengubah strategi pengajaran, supaya ia lebih bersesuaian dengan keperluan
pelajar atau mengulang pelajaran dengan menggunakan strategi yang sama dan
sebagainya.
Penilaian yang dijalankan sepanjang tempoh pengajaran dan pembelajaran
akan memperlihatkan kemajuan pelajar dalam jangka masa tertentu. Pengesanan
kemajuan pelajar secara berterusan ini akan memberi maklum balas kepada
guru tentang masalah yang dihadapi pelajar. Adakah pelajar mempunyai
masalah dalam mempelajari dan menguasai pengetahuan dan kemahiran yang
telah diajar? Sekiranya pelajar menghadapi masalah, guru akan menyelidik
punca masalah tersebut. Maklumat berkenaan akan digunakan guru untuk
mengubah pendekatan pengajaran atau menyediakan latihan yang khusus
supaya masalah yang dihadapi pelajar dapat diatasi. Tanpa bantuan khas
ini, pelajar-pelajar akan terus menghadapi masalah dan akibatnya mereka akan
terus ketinggalan dalam pembelajaran.
1.3.2 Pencapaan
Penilaian yang dijalankan pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran dapat
memberikan maklumat tentang tahap penguasaan para pelajar terhadap
pengetahuan, kemahiran dan sikap yang ingin disampaikan guru. Selain itu,
penilaian yang dijalankan pada akhir tempoh pengajian; misalnya pada akhir
Tahun 6 (UPSR), Tingkatan 3 (PMR) dan Tingkatan 5 (SPM); adalah bertujuan
untuk menentukan gred pencapaian para pelajar secara keseluruhan.
Penilaian pada peringkat ini lebih bercorak formal dengan tujuan akhirnya untuk
memberi sijil kepada pelajar.
Rajah 1.4: Tujuan penilaian
TOIK 1 LNCUKUkAN, LNCU]IAN DAN LNILAIAN 17
Hasil penilaian ini akan menunjukkan pencapaian akademik pelajar mengikut
gred yang diberikan, seperti cemerlang, sederhana atau gagal. Pihak sekolah
akan dapat menentukan keupayaan keseluruhan seseorang pelajar berdasarkan
pencapaian yang ditunjukkan dalam peperiksaan yang diduduki untuk tindakan
selanjutnya, seperti pemilihan dan penempatan.
1.3.3 PemIhan dan Penempatan
Penilaian adalah penting sebelum pengajaran dan pembelajaran bermula kerana
guru perlu meninjau sejauh manakah pelajar-pelajarnya menguasai pengetahuan
dan kemahiran asas kepada tajuk yang hendak diajar. Misalnya, seseorang
guru Bahasa Melayu yang akan mengajar pelajar bukan penutur asli bahasa
Melayu, perlu mengetahui aspek pengetahuan dan kemahiran manakah yang
telah mereka kuasai, seperti tatabahasa, perbendaharaan kata dan sebagainya.
Maklumat ini penting untuk guru membuat keputusan dalam menentukan
peringkat yang bersesuaian untuk memulakan pengajaran.
Selain itu, guru juga dapat memilih pelajar untuk dikelompokkan dalam sesuatu
kumpulan berasaskan tahap penguasaan mereka. Sekiranya penguasaan mereka
berbeza, guru perlu menempatkan mereka mengikut tahap penguasaan
masing-masing dan seterusnya merancang dan melaksanakan pengajaran
mengikut keperluan mereka yang berbeza-beza itu. Dalam keadaan ini, tujuan
penilaian ialah untuk memilih dan menempatkan pelajar mengikut penguasaan
pengetahuan dan kemahiran mereka.
Selain memulakan sesi pengajaran, tujuan penilaian juga ialah untuk
memilih dan menempatkan pelajar mengikut aliran tertentu. Misalnya,
keputusan pelajar yang cemerlang dalam mata pelajaran sains memungkinkan dia
ditempatkan dalam aliran sains atau mengikut kecenderungan seseorang murid
berkenaan.
1.3.4 Bmbngan dan kaunseIng
Penilaian juga dapat digunakan untuk tujuan bimbingan dan kaunseling kepada
pelajar yang memerlukannya. Setiap pelajar sepatutnya mempunyai motivasi
untuk belajar dan ia mungkin bersifat intrinsik/dalaman, iaitu motivasi daripada
dalam diri pelajar itu sendiri. Contohnya,

mereka yang belajar disebabkan ingin mengetahui sesuatu dengan
mendalam, akan memperoleh pencapaian yang baik dan seterusnya akan dapat
melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Selain motivasi yang
bersifat intrinsik ini, terdapat pula motivasi yang bersifat ekstrinsik/luaran,
iaitu motivasi daripada luar, seperti dorongan daripada ibu bapa/rakan sebaya
1 TOIK 1 LNCUKUkAN, LNCU]IAN DAN LNILAIAN
atau nasihat daripada guru/guru besar. Rajah 1.6 menunjukkan satu contoh
bimbingan dan kaunseling.
Rajah 1.6 : Bimbingan dan kaunseling
Penilaian ini yang dijalankan dari semasa ke semasa dapat meningkatkan
motivasi pelajar untuk belajar dengan lebih gigih supaya memperoleh pencapaian
akademik yang lebih baik. Pelajar yang mendapat keputusan cemerlang akan terus
berusaha untuk mengekalkan pencapaian mereka dengan semangat yang tinggi.
Sebaliknya, pelajar-pelajar yang lemah akan dapat mengenal pasti kelemahan
mereka dan seterusnya dapat memperbaiki kelemahan tersebut. Malah, maklumat
tentang kelemahan pelajar dapat membantu guru memberi bimbingan, tunjuk ajar
atau kaunseling untuk menangani masalah mereka dengan cara yang lebih
berkesan.
1.3.5 Tujuan Lan PenIaan
Selain tujuan yang dinyatakan di atas, penilaian juga penting dalam menentukan
kesediaan pelajar untuk mempelajari sesuatu kemahiran baru. Penilaian ini
dijalankan guru sebelum memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran, yang
dibuat melalui pemerhatian ke atas keadaan fzikal pelajar, seperti tangan, mata,
jari-jemari dan penumpuan pelajar kepada guru. Daripada maklumat yang
diperoleh, guru boleh menelah tahap kesediaan pelajar untuk menerima
pengajaran atau sebaliknya. Memulakan pengajaran mengikut kesediaan pelajar
adalah amat penting untuk memastikan pelajar mempunyai keyakinan dan
keupayaan asas untuk mengikuti sesi pengajaran dan seterusnya memudahkan
mereka menguasai kemahiran yang hendak diajar.
TOIK 1 LNCUKUkAN, LNCU]IAN DAN LNILAIAN 19
Hasil penilaian juga dapat memberikan input kepada guru tentang
keberkesanan pengajarannya. Melalui maklum balas yang ditunjukkan oleh
pelajar, guru dapat menilai sama ada pengajarannya berkesan atau sebaliknya.
Sekiranya, rata-rata pelajar tidak dapat menguasai sesuatu yang diajar; maka
jelas menunjukkan strategi pengajarannya kurang berkesan, yang memerlukan
pengubahsuaian segera bagi memperbetulkan keadaan. Kepada pelajar pula,
maklumat penilaian ini dapat menunjukkan tahap penguasaan mereka terhadap
sesuatu tajuk pelajaran. Seandainya mereka lemah dalam sesuatu tajuk,
mereka akan mengetahuinya dan dengan sendiri mereka akan memberi
tumpuan kepada perkara yang mereka kurang kuasai.
Seterusnya, kepada ibu bapa, penilaian guru dapat memberikan maklum
balas tentang kemajuan dan pencapaian anak-anak mereka dalam semua mata
pelajaran dan juga dalam aspek sahsiah. Ibu bapa dapat mengambil tindakan
sewajarnya, seperti memberikan tumpuan yang lebih atau menghantar anak-anak
mereka ke kelas tuisyen dengan harapan pencapaian anak-anak mereka akan
meningkat.
Selain itu, penilaian juga dapat memberikan maklumat yang jelas kepada
pihak penggubal dasar, khususnya penggubal kurikulum Kementerian
Pelajaran Malaysia, tentang kurikulum yang digunakan di sekolah-sekolah.
Pihak Kementerian mendapat maklum balas yang tepat tentang pencapaian
objektif sukatan pelajaran, sama ada telah dapat dicapai dengan jaya atau
sebaliknya. Sekiranya maklum balas yang diperoleh tersebut menunjukkan
terdapat kekurangan yang ketara dalam mencapai objektif tertentu, maka
pengubahsuaian sukatan pelajaran serta pendekatan pengajaran dan pembelajaran
boleh dilakukan.
Secara umumnya, pengukuran yang dijalankan di bilik darjah dapat dibuat melalui
tiga bentuk, iaitu : (i) pemerhatian, (ii) lisan dan (iii) penulisan. Ketiga-tiga bentuk
pengukuran ini bertujuan mengesan penguasaan secara serta-merta, mengesan
kemajuan dan mengesan pencapaian pelajar. Secara mudah, Jadual 1.2, 1.3 dan
1.4 menunjukkan bentuk-bentuk pengukuran berkenaan.
Jadual 1.2 : Pengukuran Secara Pemerhatian
Mengesan Serta-merta
Pengukuran dan penilaian ini dijalankan dengan tujuan mengesan penguasaan hasil
pembelajaran dengan serta-merta. Pengukuran dijalankan dengan cara memerhati
sikap dan perlakuan murid dalam memperlakukan aktiviti yang dijalankan dalam bilik
darjah. Guru boleh merancang sama ada untuk mengadakan aktiviti secara individu atau
secara kumpulan. Jika perlu guru boleh merekodkan segala perlakuan yang ditunjukkan
oleh pelajar-pelajarnya. Seterusnya, guru akan memberikan bimbingan, teguran dan
nasihat sekiranya pelajar melakukan kesilapan semasa latihan. Sebaliknya, pujian harus
diberikan kepada pelajar yang telah melakukan latihan dengan betul.
20 TOIK 1 LNCUKUkAN, LNCU]IAN DAN LNILAIAN
Mengesan Kemajuan
Pengukuran dan penilaian ini dibuat untuk mengesan kekuatan dan kelemahan
pelajar selepas beberapa sesi pembelajaran. Misalnya, menilai kemahiran pergerakan
fzikal dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani atau amali dalam Pendidikan Islam.
Penilaian dapat dijalankan dengan teliti sama ada menilai secara individu atau dalam
kumpulan melalui alat tertentu, seperti senarai semak, skala kadar atau rekod anekdot.
Guru akan merekodkan maklumat jika perlu dan seterusnya mengambil tindakan
susulan mengikut keperluan setiap pelajar.
Mengesan Pencapaian
Pengukuran dan penilaian ini bertujuan untuk mengesan pencapaian pelajar selepas
beberapa sesi pengajaran dan pembelajaran. Misalnya, menilai pergerakan fzikal dalam
mata pelajaran Pendidikan Jasmani atau amali dalam Pendidikan Islam. Seperti juga
mengesan kemajuan, untuk mengesan pencapaian, guru perlu merancang dengan teliti
untuk mengadakan ujian secara individu dengan menggunakan alat seperti senarai
semak atau skala kadar. Guru perlu merekod dan melaporkan pencapaian pelajar, dan
juga memberi tindakan susulan jika perlu.
Jadual 1.3 : Pengukuran Secara Lisan
Mengesan Serta-merta
Pengukuran dan penilaian ini bertujuan untuk mengesan penguasaan objektif
pengajaran dengan serta-merta dalam bilik darjah. Pengukuran dijalankan secara lisan,
seperti menilai kebolehan pelajar bertutur melalui soal-jawab lisan, perbincangan atau
kuiz secara lisan. Guru perlu merancang sama ada mengadakan aktiviti-aktiviti ini
secara individu atau secara kumpulan. Jika perlu guru hendaklah merekodkan segala
perlakuan yang ditunjukkan oleh pelajar. Seterusnya, jika perlu, guru akan memberikan
bimbingan, teguran dan nasihat kepada pelajar. Begitu juga, sebaliknya, pujian harus
diberikan kepada pelajar yang dapat menjawab atau berbincang dengan baik.
Mengesan Kemajuan
Pengukuran dan penilaian ini bertujuan untuk mengesan kekuatan dan kelemahan
pelajar selepas beberapa sesi pembelajaran. Misalnya, menilai kemahiran bertutur
melalui aktiviti syarahan, lakonan dan bercerita. Menilai kefasihan menghafal melalui
aktiviti bacaan kuat, kuiz dan hafazan. Pengukuran dapat dijalankan dengan guru
merancang dengan teliti sama ada pengukuran dan penilaian dibuat secara individu
atau secara kumpulan dan menggunakan alat tertentu seperti senarai semak atau
skala kadar. Guru perlu merekodkan pencapaian pelajar dan seterusnya mengambil
tindakan susulan yang mengikut keperluan pelajar.
TOIK 1 LNCUKUkAN, LNCU]IAN DAN LNILAIAN 21
Jadual 1.4 : Pengukuran Secara Penulisan
Mengesan Pencapaian
Pengukuran dan penilaian ini bertujuan mengesan pencapaian selepas beberapa sesi
pembelajaran. Misalnya, menilai bacaan murid dalam Bahasa Melayu dan menghafaz
dalam mata pelajaran Pendidikan Islam. Seperti juga mengesan kemajuan, mengesan
pencapaian memerlukan guru merancang dengan teliti untuk mengadakan ujian secara
individu. Ujian dijalankan dengan bantuan alat ujian lisan yang sesuai, seperti senarai
semak atau skala kadar. Guru perlu merekod dan melaporkan pencapaian pelajar dan
memberikan tindakan susulan jika perlu.
Mengesan Serta-merta
Pengukuran dan penilaian ini bertujuan mengesan pembelajaran secara serta-merta,
misalnya, guru menilai pengetahuan dan kefahaman serta kemahiran berbahasa
pelajar melalui kerja yang dihasilkan pelajar. Guru perlu merancang sama ada untuk
mengadakan aktiviti secara individu atau secara kumpulan. Guru perlu merekodkan
segala perlakuan yang ditunjukkan oleh pelajar. Seterusnya, guru akan memberikan
bimbingan, teguran atau nasihat, sekiranya pelajar melakukan kesilapan.
Mengesan Kemajuan
Pengukuran dan penilaian ini bertujuan untuk mengesan kekuatan dan kelemahan
pelajar selepas beberapa sesi pembelajaran, misalnya, menilai proses penulisan pelajar.
Guru perlu merancang dengan teliti sama ada pengukuran dibuat secara individu atau
secara kumpulan, dengan menggunakan alat tertentu seperti senarai semak. Guru perlu
merekodkan perlakuan pelajar dan mengambil tindakan susulan mengikut keperluan
pelajar.
Mengesan Pencapaian
Pengukuran dan penilaian ini bertujuan untuk mengesan pencapaian selepas beberapa
sesi pengajaran dan pembelajaran. Pengukuran dibuat melalui pemerhatian seperti
juga untuk tujuan mengesan kemajuan. Guru perlu merancang dengan teliti sama ada
pengukuran perlu dibuat secara individu atau secara kumpulan. Guru perlu merekod
dan melaporkan pencapaian pelajar dan memberikan tindakan susulan jika perlu.
LATlHAN 1.3
1. Bagaimanakah penilaian dapat membantu memperbaiki
pengajaran dan pembelajaran?
2. Nyatakan ciri-ciri:
(a) Pengujian
(b) Pengukuran
(c) Penilaian
22 TOIK 1 LNCUKUkAN, LNCU]IAN DAN LNILAIAN
kUMUSAN
Dalam topik ini anda telah didedahkan dengan konsep pengujian, pengukuran
dan penilaian. Di samping itu juga, perbincangan turut menyentuh aspek
aras ukuran serta kepentingan penilaian dalam bilik darjah. Perlu ditegaskan
sekali lagi bahawa guru berperanan penting dalam mengesan perkembangan,
kebolehan, kemajuan dan pencapaian para pelajar dalam bilik darjah. Guru
menentukan hasil pembelajaran bagi pelajar-pelajarnya serta merancang dan
melaksanakan penilaian dan juga merekod segala maklumat yang diperoleh, dan
akhirnya melakukan tindakan susulan. Melalui aktiviti penilaian, guru dapat
memastikan perkembangan potensi individu secara menyeluruh agar selaras
dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).
Pengujian
Pengukuran
Penilaian
Pentaksiran
U]lAN 1
1. Bagaimanakah penilaian dapat membantu memperbaiki pengajaran dan
pembelajaran?
2. Nyatakan skala-skala pengukuran yang boleh digunakan dalam pengukuran
dan pengujian dalam pendidikan.
3. Mengapakah proses penilaian dijalankan dalam bilik darjah?
U]lAN 2
Skala nisbah mempunyai nilai pemeringkatan, perbezaan ukuran dan mutlak.
1. Jelaskan hubungan antara pengukuran dan skala.
2. Jelaskan maksud nilai pemeringkatan dan nilai mutlak.
3. Berikan contoh ukuran yang menggunakan skala nisbah dan jelaskan nilai
pemeringkatan, nilai perbezaan ukuran dan nilai mutlak bagi ukuran ini.
TOIK 1 LNCUKUkAN, LNCU]IAN DAN LNILAIAN 23
kU]UKAN
Cronbach, L.J. (1970). Essential of psychological testing (3rd ed.) New York: Harper
& Row.
Gay, L.R. (1985). Educational and evaluation and measurement. Competencies for
analysis and application. 2nd ed. Charles E. Merril.
Mokhtar Ismail (1995). Penilaian di bilik darjah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Popham, W.J. (1975). Educational evaluation. New Jersey: Prentice-Hall Inc.
Popham, W.J. (2000). Testing : What every parent should know about school tests.
London: Allyn & Bacon.
Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia. (2002).
Penilaian kendalian sekolah.
Raminah Hj Sabran. (1991). Penilaian dan pengujian Bahasa Malaysia: Penerapannya
pada peringkat sekolah rendah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Linn, R.L. & Gronlund, N.E. (2000). Measurement and assessment in teaching (8th
ed.) New Jersey: Prentice Hall.
Stuffebeam, D.L. (1971). Evaluation s enlightment for decision making in Beatty,
W.H (Ed.) Improving educational assessment and an inventory of measures of
affective behaviour. Washington D.C: ASCD.

También podría gustarte