Está en la página 1de 6

Rukun Islam dan Huraiannya 1.

Mengucap Dua Kalimah Syahadah: Suatu pengakuan tentang adanya Allah dan keesaanNya, dan satu pengakuan tentang kerasulan Nabi Muhammad SAW. Mengucapkan dua kalimah syahadah bermaksud kesaksian terhadap dua perkara. Pertama, hanya Allah SWT sahajalah Tuhan yang wajib disembah dan ditaati. Kedua, mengakui setulusnya bahawa Muhammad SAW sebagai nabi dan rasul yang dibangkitkan Allah SWT kepada kita. 'Aku bersaksi tiada Tuhan yang di sembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad pesuruhNya'. Pengertian syahadah ialah mengabdikan diri, hati serta pengakuan lidah bahawa tiada Tuhan yang Maha Esa melainkan Allah dan Nabi Muhammad adalah rasul-Nya. Pesan Rasulullah SAW: Daripada Itban bin Malik r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: Tiada seorang pun yang mempersaksikan bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan sesungguhnya aku adalah utusan Allah lalu ia masuk neraka ataupun neraka membakarnya. (al-Bukhari dan Muslim) Hadis di atas menjelaskan, mereka yang mengucapkan dua kalimah syahadah dengan penuh kefahaman dan ketulusan, maka ia dapat menyelamatkan mereka daripada bakaran api neraka. Sebaliknya, mereka yang berpura-pura sahajalah, yang akan menjadi bakaran neraka Allah, waliyazubillah! Ucapan syahadah bukanlah ucapan biasa, ia disertai dengan tiga perkara yang akan menjadi pembeza iman dan kufur, iaitu: a. Diikrarkan dengan lidah b. Ditasdikkan (diakui) dengan hati c. Dibuktikan dengan amal

2. Solat lima waktu ialah: Ibadat yang mengandungi perkataan dan perbuatan yang dimulai dengan takbir dan diakhiri dengan salam. Ia wajib ditunaikan lima waktu iaitu: Zuhur, Asar, Maghrib, Isya' dan Subuh. Solat ialah perbuatan dan perkataan yang dimulai dengan niat dan diakhiri dengan salam. Dengan mengerjakan solat kita telah menyerahkan seluruh jiwa raga meyembah Tuhan yang Esa di mulai lidah yang berzikir, tangan yang bergerak, mata, telinga dan fikiran yang berpusat dengan susunan rukun solat seperti yang diajarkan oleh Rasulullah. Mendirikan solat lima waktu merupakan kewajipan paling utama. Ia jelas dipaparkan di dalam hadishadis Nabi Muhammad SAW, misalnya: Ajaklah mereka (penduduk Yaman) menyaksikan (syahadah) bahawa tiada Tuhan selain Allah dan bahawa aku utusan Allah. Jika mereka telah mematuhinya, maka ajarkanlah kepada mereka bahawa Allah mewajibkan mereka solat lima waktu sehari semalam. (Hadis Daripada Muadz bin Jabal, riwayat Muslim)

Solat yang dididirikan dengan sempurna, maka dapat mencegah diri si pelakunya daripada cenderung melakukan maksiat dan menuruti hawa nafsu seksnya. Firman Tuhan: Bacalah apa yang telah diwahyukan kepadamu, iaitu al-Kitab (al-Quran) dan dirikanlah solat. Sesungguhnya solat itu mencegah daripada (perbuatan-perbuatan) keji dan mungkar. Dan sesungguhnya mengingat Allah (solat) adalah lebih besar (keutamaannya dari ibadatibadat yang lain). Dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan. (al-Ankabut (29): 45)

3. Mengeluarkan Zakat: Ibadat dengan cara mengeluarkan sebahagian harta yang tertentu, diberikan kepada orang yang tertentu, dengan syarat tertentu. Zakat tersebut ialah Zakat Fitrah dan Zakat Harta. Zakat adalah salah satu daripada rukun Islam yang lima. Ianya diwajibkan ke atas tiap-tiap orang Islam yang cukup syarat-syaratnya. Rukun yang lain ialah Syahadah, Sembahyang, Puasa dan Haji ke Mekah. Zakat adalah diwajibkan ke atas Muslim yang layak untuk membantu golongan-golongan yang memerlukan bantuan. Zakat mula diwajibkan pada tahun kedua Hijrah. Menunaikan zakat apabila cukup segala syaratnya. Zakat diindikasikan rukun ketiga, kerana ia sering digandingkan dengan solat demi menunjukkan Islam amat mengutamakan amalan ijtimai (kemasyarakatan) dalam kehidupan umatnya. Nabi menyatakan: Apabila yang demikian telah mereka lakukan (bersyahadah dan bersolat), sampaikanlah kepada mereka (penduduk Yaman) bahawa Allah mewajibkan mereka membayar zakat, diambil daripada orang-orang kaya lalu diberikan kepada orangorang fakir, (Hadis Ibn Abbas r.a, Riwayat Muslim) Zakat adalah amalan yang mempunyai nilai ukhuwwah dan juga solidariti yang tinggi. Zakat juga mempunyai konotasi pembersihan harta, penyucian jiwa dan peningkatan peribadi yang terpuji. Orang yang istiqamah menunaikan zakat, maka mereka diberikan keberkatan dalam kehidupan di dunia dan keuntungan di hari akhirat yang tidak ternilai harganya.

4. Berpuasa bulan Ramadhan ialah: Ibadat dengan cara menahan diri daripada perkaraperkara yang membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar hingga terbenam matahari disertakan dengan niat. Ia wajib ditunaikan selama sebulan dalam bulan Ramadhan. Pengertian puasa mengikut istilah hukum Syara' adalah: " Menahan diri daripada perkaraperkar yang tertentu oleh orang-orang yang tertentu pada waktu-waktu yang tertentu dengan beberapa syarat. " Berpuasa di bulan Ramadan adalah rukun Islam yang bersifat mendidik jiwa. Allah SWT sendiri mejamin akan memberikan pahala yang tidak terhad jumlahnya kepada mereka yang berpuasa, kerana amalan ini bersifat tersembunyi dan tidak dapat dilihat seperti solat, haji dan zakat. Hanya orang berkenaan sahaja yang tahu sama ada dia berpuasa atau tidak. Rasulullah SAW menukilkan: Semua amal anak Adam a.s dilipatgandakan kebaikan (pahala) dari 10 sampai 700 kali ganda; kecuali ibadah puasa. Ada pun puasa itu adalah untuk Allah

s.w.t.. dan Dia akan terus memberikan pahala kepada sekalian (yang mengerjakannya), (Riwayat Muslim) Berpuasa mampu melentur nafsu agar tunduk kepada Allah SWT. Bahkan puasa juga adalah suatu kaedah paling baik mengawal perut, kerana di situlah punca segala penyakit.

5. Menunaikan haji bagi yang berkuasa: Ibadat yang wajib ditunaikan di Mekah sekali dalam seumur hidup ke atas orang yang mampu, dengan syarat tertentu dan pada waktu yang tertentu. Menunaikan haji di Baitullah adalah kemuncak kepada rukun Islam yang lima. Haji pada syarak ialah mengunjungi Baitullah Al-Haram dalam bulan-bulan haji kerana mengerjakan tawaf, sai'e dan wukuf di Arafah dengan menurut syarat-syaratnya serta menunaikan segala wajib-wajibnya. Ia menjadi bukti agung keIslaman seseorang, namun hanya mereka yang mampu sahaja diwajibkan. Dengan menunaikan haji, maka lengkaplah sudah rukun Islam kita. Dari Jabir bin Abdullah r.a, katanya: Kami pergi haji dengan Rasulullah SAW, bersama-sama dengan wanita dan anak-anak. Setelah sampai di Mekah, kami tawaf di Baitullah, saie antara Safa dan Marwah (Hadis Riwayat Muslim) Namun begitu, Nabi SAW sendiri hanya menunaikan haji sekali dalam usianya. Ini menunjukkan, yang penting bukan berapa kali naik haji melainkan hikmah dan i ktibar di sebalik perlakuan haji. Jika rukun Islam yang lain, lebih lembut dan sederhana sifatnya, namun haji adalah perlakuan ibadah yang menzahirkan kesepaduan, kekuatan ummah dan kehebatan individu muslim. Sebab itulah haji mewajibkan ihram sebagai busananya, menzahirkan tubuh badan yang sihat dan kuat. Semuanya berihram, bukti kita ini hakikatnya sama sahaja tarafnya di sisi Allah SWT. Perlakuan haji juga memerlukan kekuatan tubuh badan, berlarian antara Safa dan Marwah, melontar ketulan batu, bermalam di Muzdalifah dan sebagainya. Paling agung, haji adalah kongres umat Islam sedunia. Tempat saling kenal-mengenali, mencipta kekuatan ummah dan juga medan pernyataan emosi yang tidak terbatas. Apa lagi yang tidak dinamakan demontrasi jika masing-masing mengelilingi Kaabah dan berarak sambil mengucapkan talbiyahLabbaikallahu malabaik!!!

Rukun Islam Rukun Islam ada lima perkara iaitu: Mengucap dua kalimah syahadat Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu adalah pesuruh-Nya Dengan syahadat, kita mengabdikan diri dengan hati dan sanubari dan dengan pengakuan lidah bahawa Tuhan yang Maha Esa itu adalah Allah s.w.t dan Nabi Muhammad adalah pesuruh-Nya. Solat Lima Waktu Sehari Semalam Solat adalah rukun Islam yang kedua yang wajib ditunaikan oleh setiap orang Islam. Sesiapa yang mendirikan solat akan mendapat pahala dan sesiapa yang meninggalkannya mendapat dosa dan azab yang pedih di akhirat. Solat ialah beberapa perkataan dan perbuatan yang dimulakan dengan takbiraktul ihram dan disudahi dengan memberi salam. Allah s.w.t berfirman: Dirikanlah solat. Sesungguhnya solat itu satu kewajiban yang ditentukan waktu ke atas orang yang beriman Solat Fardhu yang wajib didirikan ialah solat ima waktu sehari semalam. Solat Jumaat difardhukan kepada muslim pada setiap hari Jumaat. Solat amat penting bagi setiap individu muslim. Oleh itu anak-anak hendaklah dilatih mengerjakan solat sebagaimana hadith Rasullah s.a.w iaitu: Suruhlah anak-anak kamu solat ketika mereka berumur 7 tahun dan pukullah mereka sekiranya meninggalkannya ketika berumur sepuluh tahun. Asingkanlah mereka (lelaki dan perempuan) daripada tempat tidur Dengan sembahyang kita mengabdikan seluruh tubuh badan kita menyembah-Nya. Mulai dari lidah yang membaca, tangan bergerak, mata , telinga dan fikiran terpusat dengan susunan rukun sembahyang yang diajar oleh Nabi Muhammad s.a.w. Mengeluarkan Zakat Zakat dari segi bahasa boleh diertikan sebagai tumbuh dan bertambah. Ia juga bererti zakat dan baik, suci dan subur. Ia membawa makna pembersihan dan kesuburan, kerana dengan mengeluarkan zakat, maka harta pencarian dan simpanan menjadi bersih; bersih dari sesuatu yang haram dimiliki, iaitu hak-hak orang lain yang telah diwajibkan kita mengeluarkannya, serta hasil pencarian dan pendapatan tersebut akan diberkati Allah.

Zakat dari segi syara bermaksud nama daripada harta-harta tertentu yang diberikan kepada orang-orang tertentu dengan syarat-syarat yang tertentu. Pembayaran zakat dibuat oleh seseorang Muslim dari harta/ pendapatan/ perniagaan/ tanaman/ ternakannya sama ada dalam bentuk wang atau bijian atau ternakan, dengan kadar tertentu (2.5% atau 5% atau 10%) bergantung kepada jenis harta, yang diserah kepada pihak berkuasa yang mengutip zakat, untuk diagih kepada 8 asnaf golongangolongan yang berhak menerima zakat. Zakat juga boleh dibayar terus sekiranya tiada pihak berkuasa menguruskannya. Dengan zakat, kita mengabdikan kepada Allah dengan menyerahkan sebahagian daripada harta milik kita kepada mereka yang berhak menerimanya. Berpuasa di Bulan Ramadan Firman Allah s.w.t Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orangorang yang bertaqwa. Bersabda Rasulullah s.a.w. maksudnya Orang-orang yang berpuasa pada bulan Ramadan kerana didorong oleh rasa keimanan kepada Allah dan dengan penuh kesedaran, maka akan diampunkan oleh Allah akan dosadosanya yang telah lalu. Puasa ertinya menahan diri daripada makan dan minum dan dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar hinggalah terbenam matahari. Dengan berpuasa, kita mengabdikan hawa nafsu dan segala keinginan kita kepada Allah dengan menahan nafsu makan dan minum serta menjauhkan larangan-Nya. Ini secara langsung akan melahirkan rasa keinsafan serta meningkatkan ketaqwaan kepada Allah s.w.t. Mengerjakan Haji Di Baitullah Haji dalam syarak ialah mengunjungi Baitullah Al-Haram di dalam bulan haji kerana mengerjakan tawaf, saie dan wukuf di Arafah dengan menurut syaratsyaratnya serta menunaikan segala yang wajibnya.

Dengan mengerjakan haji, kita menyembah Allah dengan harta kekayaan milik kita dan mengunjungi ke Baitullah kepada mereka yang mempunyai kemampuan sekurangkurangnya sekali dalam hidup.

También podría gustarte