Está en la página 1de 74

MENGKAJI KAEDAH PENGAJARAN KONSTRUKTIVISME BAGI PELAJAR

TINGKATAN SATU BERTAJUK PENYELESAIAN MASALAH TAMBAH DI


SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SRI MAHARAJA, PASIR PUTEH
KELANTAN.

FAZLIZA BT MD.RASHID
740210035644001

Laporan Projek ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian


Daripada Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan
( Matematik ) Dengan Kepujian.

Fakulti Sains dan Teknologi


UNIVERSITI TERBUKA MALAYSIA

SEPTEMBER

2008

Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan-nukilan dan
rumusan-rumusan yang setiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan

: ________________________

Nama Penulis

: FAZLIZA BT MD.RASHID

Tarikh

: 22 NOVEMBER 2008

Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memenuhi dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana
Muda Pendidikan Matematik dengan Kepujian .

Tandatangan

: __________________________

Nama Penyelia

: EN. JAAFAR B. SULAIMAN

Tarikh

: 22 NOVEMBER 2008

ii

DEDIKASI

Buat ayahanda dan bonda yang dikasihi


Md.Rashid @ Mohd.Rahim b. Mat Amin
Selamah @ Sepinah bt. Dollah
Terima kasih di atas segalanya
Berkat didikan dan doa restumu selama ini.
Buat suami tercinta,
Mohd.Rosli b. Salleh,
Segala pengorbanan, kesetiaan dan kesabaranmu,
Menjadi pendorong kejayaanku.
Buat anakku
Nik Zul Iman (Meninggal dunia)
Kenangan bersama masih segar dalam ingatan.
Buat anakku
Nur Irdina Khadijah bt. Mohd.Rosli
Jadilah insan yang berguna kepada agama, bangsa, dan negara.
Semoga Allah akan sentiasa memberkati hidupmu.
Serta semua keluarga dan sahabat yang diingati,
Terima kasih di atas segala pertolongan,
Semoga Allah merahmati kita semua.

iii

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, dengan izin dan limpah kurniaNya dapat saya menyempurnakan


kertas projek ini. Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada penyelia
projek, En. Jaafar b. Sulaiman di atas tunjuk ajar dan bimbingan yang telah diberikan
sepanjang tempoh penyeliaan kajian ini.
Saya juga merakamkan ucapan setinggi terima kasih kepada Bahagian
Perancangan dan Penyelidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia yang telah meluluskan
permohonan kajian ini serta Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan yang membenarkan
kajian dibuat di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Maharaja, Pasir Puteh, Kelantan.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih juga diberikan kepada pengetua,
guru pembimbing Pn. Normadina bt. Mohd Nor, dan pelajar-pelajar tingkatan 1 iaitu 1
Gigih dan 1 Tekun di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Maharaja yang telah
memberikan kerjasama menjayakan kajian ini.
Akhir sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua sahabat di
Universiti Terbuka Malaysia atas bantuan dalam menyiapkan penyelidikan ini. Semoga
kesemuanya diberkati Allah. Wassalam.

iv

ABSTRAK
Tujuan kajian ini adalah untuk memastikan sejauhmana kaedah pengajaran dan
pembelajaran secara konstruktivisme dapat membantu meningkatkan pencapaian pelajar
tingkatan sati dalam mata pelajaran matematik. Tajuk yang difokuskan ialah Solve
problems involving addition of whole numbers . Kajian ini juga menyaksikan
penggunaan kaedah kontruktivisme yang dianggap bersesuaian dengan kehendak dan
kognitif pelajar yang dipilih.Bahan-bahan yang digunakan untuk tajuk ini telah
disediakan oleh pengkaji juga bantuan dari pihak sekolah. Pelajar-pelajar diberi ujian
sebelum dan selepas pengajaran . Data kajian dianalisis dengan menggunakan frekunsi
dan peratusan, dan perbandingan pencapaian dan kefahaman pelajar sebelum dan selepas
konstruktivisme dikaji utuk menentukan keberkesanan penggunaan kaedah ini.

ABSTRACT
The purpose of this research is to determine the effectiveness of using constructivism in
teaching and learning Mathematics form one in the classroom. The subject had been
focus about Solve problems involving addition of whole numbers. This research had
found out how the constructivism teaching strategy is used and how it enhanced the
students attention. The researcher showed how the constructivism which is suitable for
students need and cognitive is. The research instrument before and after the
constructivism teaching strategy. These research instruments were such as questionnaires,
and test. The data had been analyzed using frequency and percentage to differentiate
between the students understanding and achievement. Using the constructivism teaching
strategy in order to determine the effectiveness of using this strategy.

vi

KANDUNGAN
BAB

PERKARA

MUKA SURAT

PENGAKUAN

PERAKUAN

II

DEDIKASI

III

PENGHARGAAN

IV

ABSTRAK

ABSTRACT

VI

KANDUNGAN

VII

SENARAI JADUAL

XI

SENARAI RAJAH

BAB 1

XII

SENARAI CARTA

XII

SENARAI SINGKATAN

XIII

SENARAI LAMPIRAN

XIV

PERNYATAAN MASALAH
1.0

Pendahuluan

1.1

Latarbelakang Masalah

1.2

Pernyataan Masalah

1.3

Kerangka konseptual

1.4

Tujuan Kajian

1.5

Objektif Kajian

1.6

Persoalan Kajian

1.7

Hipotesis Kajian

1.8

Kepentingan Kaian

1.9

Batasan-batasan Kajian

10

1.10

Takrifan Istilah

11

1.10.1 Penyelesaian Masalah

11

1.10.2 Pembelajaran Konstruktivisme

11

1.15

1.10.3 Pencapaian

14

1.10.4 Pendekatan Pengajaran tradisional

14

Ringkasan

14

BAB II

TINJAUAN LITERATUR

2.0

Pengenalan

15

2.1

Kajian Berkaitan

15

2.2

Ringkasan

16

BAB III

METODOLOGI KAJIAN

3.0

Pengenalan

17

3.1

Reka Bentuk Kajian

17

3.2

Sampel Kajian

18

3.3

Instrumen Kajian

19

3.3.1

Soal Selidik

19

3.3.2

Ujian

20

3.3.3

Pemboleh Ubah Kajian

21

3.4

Prosedur Kajian

22

3.5

Prosedur Pengumpulan Data

22

3.6

Prosedur Analisis Data

24

3.7

Ringkasan

25
viii

BAB 1V

DAPATAN KAJIAN

4.0

Pendahuluan

26

4.1

Profil Sampel

26

4.1.1

Taburan Sampel Kajian

26

4.1.2

Taburan Pendapatan ibu bapa

27

4.1.3

Taburan Pencapaian pelajar dalam mata

4.1.4
4.2

28

Taburan peruntukan masa mengulangkaji

29

Bahagian B Analisis keputusan ujian


4.2.1
4.2.2

4.3

pelajaran matematik UPSR

Keputusan ujian
( Ujian Pra dan Ujian Pos )

30

Keputusan ujian soal selidik

31

Kesimpulan

BAB V

30

34

PERBINCANGAN DAN IMPLIKASI

5.0

Pengenalan

35

5.1

Ringkasan Kajian

35

5.2

Perbincangan Dapatan Kajian

35

5.3

Kesimpulan Dapatan Kajian

36

5.4

Implikasi Dapatan Kajian

38

5.4.1

Pelajar

38

5.4.2

Guru

39

5.4.3

Pentadbir Sekolah

40

5.4.4

Kementerian Pelajaran

40

5.5

Cadangan Kajian Lanjutan

41

5.6

Rumusan

41

RUJUKAN

43

LAMPIRAN

45

SENARAI JADUAL
NO. JADUAL

TAJUK

MUKA SURAT

3.5

Prosedur pengumpulan data

23

4.1.1 (a)

Taburan bilangan sampel kajian

26

4.1.2

Taburan pendapatan ibu bapa sampel kajian


sebulan

27

4.1.3 (a)

Pencapaian pelajar dalam Matematik UPSR

28

4.1.4 (a)

Taburan responden mengikut peruntukan masa


mengulangkaji pelajaran matematik

4.2.2 (a)

29

Analisis Item Berdasarkan Maklum Balas


Responden Sebelum Pengajaran Menggunakan
Kaedah Kontruktivisme bagi kelas Eksperimen

4.2.2 (b)

31

Analisis Item Berdasarkan Maklum Balas


Responden Selepas Pengajaran Menggunakan
Kaedah Kontruktivisme bagi kelas Eksperimen

4.2.2 (c)

32

Analisis Jumlah skor Purata Berdasarkan Maklum


balas responden sebelum dan selepas pengajaran
menggunakan kaedah konstruktivisme bagi
kelas eksperimen.

33

xi

SENARAI RAJAH
NO. RAJAH
3.6

TAJUK

MUKA SURAT

Skor bagi item

25

SENARAI CARTA
NO. CARTA

TAJUK

MUKA SURAT

4.1.1 (b)

Taburan bilangan sampel kajian

27

4.1.3 (b)

Pencapaian pelajar dalam Matematik UPSR

28

4.1.4 (b)

Taburan responden mengikut peruntukan masa


mengulangkaji pelajaran matematik

4.2.2 (c)

29

Analisis Jumlah skor purata Berdasarkan


Maklum Balas Responden Sebelum danSelepas
Pengajaran Menggunakan Kaedah
Kontruktivisme bagi kelas Eksperimen

xii

33

SENARAI SINGKATAN

KBSR - Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah


KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia
JERI

- Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek

UPSR - Ujian Penilaian Sekolah Rendah

xiii

SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN

TAJUK

Latar belakang responden

Soal selidik minat terhadap mata pelajaran matematik

Analisa keputusan pra ujian

Analisa keputusan ujian pos

Contoh soalan pra ujian

Contoh soalan ujian pos

Surat kebenaran Menjalankan kajian di sekolah dari Kementerian


Pelajaran Malaysia.

xiv

BAB 1
PERNYATAAN MASALAH
1.0

PENDAHULUAN

Peranan yang dimainkan oleh guru dalam satu proses pengajaran dan pembelajaran
adalah satu tugas yang amat besar. Guru harus sedar yang semua murid mampu untuk
belajar, dengan itu guru harus memberi peluang yang mencukupi untuk murid menguasai
sesuatu hasil pembelajaran.

Dalam hal ini berbagai keadah dan strategi harus dipilih

oleh guru bagi menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaran menghasilkan pulangan
yang semaksimun mungkin.

Pendekatan pengajaran konstruktivisme merupakan satu

kaedah yang boleh guru gunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Sebagai pendidik yang akan menentukan hala tuju murid, guru hendaklah lebih peka
dengan perubahan dunia pendidikan yang sentiasa berubah mengikut peredaran masa,
teknologi dan pelbagai ledakan ilmu.

Oleh itu, kaedah dan teknik pengajaran secara

tradisional chalk and talk hendaklah diberi sentuhan atau nafas baru dengan
mempelbagaikan lagi gaya pengajaran dan pembelajaran.
dan merangsang minda murid untuk terus belajar.

Ini bertujuan menarik minat

Pembelajaran Konstruktivisme

merupakan satu alternatif yang mampu meningkatkan tahap pembelajaran murid.

Pendekatan Konstruktivisme ini merupakan pandangan baru tentang ilmu pengetahuan


dan suatu cara bagaimana manusia memperoleh ilmu pengetahuan,

kini telah mula

menarik perhatian para pendidik seluruh dunia. Pandangan baru ini bersifat menganggap
murid bukan hanya menerima pengetahuan
berupaya

secara pasif

daripada

gurunya

tetapi

membina pengetahuannya melalui interaksi dengan persekitarannya.

Akhirnya, diharap dapat melahirkan warganegara yang akan berupaya menghadapi


sebarang kemungkinan persaingan pasaran modal insan di masa hadapan
Pengajaran dan pembelajaran adalah satu proses dalam sistem pendidikan.

Proses ini

melibatkan dua pihak iaitu guru dan murid. Guru bertanggungjawab untuk menyampai

dan memindahkan maklumat kepada murid. Pengajaran melibatkan usaha mencari dan
mengenal pasti salah tafsir murid terhadap sesuatu yang diajarkan, mengambil tindakan
untuk memastikan perubahan kefahaman dan mencipta konteks pembelajaran yang
berkesan (Ramsden, 1993; Trigwei, Prosser & Lyons, 1997).

Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Baru Sekolah Menengah
(KBSM) mempunyai matlamat memperkembangkan fungsi murid secara menyeluruh dan
bersepadu bagi mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani supaya mereka dapat menjalani kehidupan seharian dengan berkesan
dan penuh tanggungjawab. Untuk mencapai matlamat ini, guru-guru perlu mempunyai
kemahiran memilih kaedah pengajaran dan pembelajaran dengan bijaksana supaya
kaedah yang dipilih itu sesuai dengan tuntutan murid-murid yang pelbagai kebolehan dan
minat.
Guru ialah pendidik yang berilmu pengetahuan yang dilatih untuk menguasai kemahiran
mengajar dan diberi tugas menyampaikan ilmu kepada murid-muridnya. Guru berkesan
ialah guru yang mempunyai pengetahuan khusus dan berkemahiran merancang
pengajararan seperti :
a)

Menguasai ilmu pengetahuan dalam teori pembelajaran dan psikologi


manusia.

b)

Menunjukkan sikap jujur yang dapat menggalakkan pembelajaran serta


mewujudkan interaksi yang positif dalam pelbagai hala.

c)

Memperoleh ilmu pengetahuan yang lengkap dan mendalam dalam mata


pelajaran yang diajar.

d)

Menggunakan kaedah dan teknik mengajar yang sesuai dan memudahkan


pelajar-pelajar menjalankan aktiviti pembelajaran mereka.

Perubahan peranan guru hari ini adalah seiring dengan perubahan strategi pengajaran dan
pembelajaran yang tertumpu dalam bilik darjah.

Untuk menghadapi cabaran dan

tuntutan daripada perubahan strategi perancangan pengajaran dan pembelajaran yang


lebih berkesan, guru hari ini hendaklah sentiasa berusaha melengkapkan diri dengan

mengemas kini ilmu pengetahuan dan kemahiran mengajar dari masa ke semasa ( Mok
Soon Sang, 2000).
Menguasai kaedah dan kepelbagaian teknik pengajaran baru bagi memerlukan perubahan
sikap dan orientasi semula corak pemikiran terhadap sesuatu perkara, melibatkan tingkah
laku dan membantu pelajar menyesuaikan diri mereka supaya lebih selesa dengan
kaedah-kaedah baru ini (Ramaiah, A, L., 1999).

Perancangan yang teliti yang

disesuaikan dengan penggunaan kaedah tertentu boleh meningkatkan pemahaman dan


minat pelajar untuk belajar.
Kandungan dalam Falsafah Pendidikan Negara memberi peranan utama kepada pihak
guru dalam memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar bagi
membentuk insan seperti yang dikehendaki.

Ilmu pengetahuan murid tidak semuanya

berasal daripada maklumat deria yang wujud secara dalam persekitaran yang diserap ke
dalam fikiran murid melalui pengalaman pancaindera atau kewujudan pengetahuan
semulajadi dalam mental, tetapi ilmu pengetahuan itu diperolehi dengan cara membina
sendiri oleh setiap murid melalui pengalaman, renungan dan pengabstrakan.
Guru-guru menganggap murid-murid yang datang ke situasi pembelajaran sebagai bekas
kosong yang perlu diisi penuh oleh guru dengan pelbagai ilmu pengetahuan. Murid-murid
dalam bilik darjah hanya menjadi pendengar yang pasif tanpa melakukan apa-apa aktiviti
pembelajaran. Mereka hanya bertanggungjawab mengeluarkan semula pelbagai ilmu
yang diajar semasa menjawab soalan-soalan ujian atau peperiksaan.
Pandangan-pandangan yang tersebut di atas sudah dianggap sebagai sesuatu yang sudah
tidak sesuai lagi dalam amalan pembelajaran masa kini. Guru-guru perlu menukarkan
paradigma mereka kepada pengajaran berpusatkan murid dan berpusatkan bahan. Muridmurid disediakan dengan aktivti-aktiviti pembelajaran yang boleh memperkembangkan
daya intelek mereka disamping menggalakkan berfikir secara kritis dan kreatif. Guruguru perlu menyediakan alat bantu mengajar yang sesuai dengan pelajaran yang diajar
supaya suasana pembelajaran yang menarik, bermakna dan seronok dapat dihasilkan

Dalam pendekatan konstruktivisme murid digalakkan membina pengetahuan secara aktif


berdasarkan kepada pengetahuan sedia. Individu ini tidak menyerap secara pasif sebarang
pengetahuan yang disampaikan oleh gurunya.

Murid akan menyesuaikan sebarang

maklumat baru dengan pengetahuan sedia ada mereka untuk membentuk pengetahuan
baru dalam mindanya dengan bantuan interaksi sosial bersama rakan dan gurunya.

Di Malaysia, usaha mengembangkan Kajian Tindakan dipelopori oleh Bahagian


Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kajian ini adalah untuk mewujudkan budaya penyelidikan di kalangan guru, khususnya
melakukan kajian dan perubahan dalam pengajaran dan pembelajaran bagi perkembangan
dan penilaian semula kurikulum berasaskan sekolah. Matlamat utama kurikulum
Matematik adalah untuk memperkembangkan pemikiran logik, analitis, kritis, dan
bersistem, kemahiran penyelesaian masalah serta kebolehan menggunakan pengetahuan
matematik dalam kehidupan seharian supaya pelajar dapat berfungsi dengan berkesan dan
penuh tanggungjawab serta menghargai kepentingan dan keindahan matematik.
(Kementerian Pendidikan Malaysia , 1988). Oleh itu, diharapkan kajian Kaedah
Pendekatan Pengajaran Konstruktivisme melalui teknik penyelesaian masalah dalam
menguasai kemahiran matematik dan dapat memberi manfaat kepada pelajar kerana
melalui kaedah ini pelajar membina sendiri pengetahuan berdasarkan pengetahuan yang
sedia ada.

1.1

Latarbelakang Masalah

Mata pelajaran matematik merupakan salah satu mata pelajaran wajib Kurikulum
Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang ditawarkan di setiap sekolah menengah di
bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Mata pelajaran ini ditawarkan untuk
memenuhi keperluan falsafah pendidikan negara di samping melengkapkan diri, memberi
pengetahuan. Susunan kandungan mata pelajaran matematik KBSMini berdasarkan

kepada global yang mana seterusnya, pelajar akan diperkenalkan kepada cabang
matematik dan hubungkaitnya dengan kehidupan seharian.

Para pelajar seharusnya dibimbing untuk mengguna dan memperkembangkan potensi


mereka secara maksimun untuk memperolehi pengetahuan dan kemahiran. Maka, guru
hendaklah memilih strategi pengajaran berdasarkan pertimbangan terhadap teori
pembelajaran, pendekatan kaedah dan teknik mengajar. Guru juga harus bijak
menggunakan kaedah atau teknik penyampaian yang sesuai. Kaedah atau teknik yang
sesuai, yang digunakan mengikut objektif pngajaran meninggalkan impak yang
berpanjangan ke atas pemahaman dan motivasi belajar bagi pelajar-pelajar. Satu sesi
pengajaran yang baik perlu melibatkan kemahiran guru memadankan kaedah pengajaran
dengan objektif pembelajaran pelajar dan juga gaya pembelajaran mereka.

Jadi guru hendaklah mempunyai pelbagai kaedah dan teknik pengajaran yang boleh
digunakan dalam situasi yang berbeza dan murid-murid yang berbeza. Oleh yang
demikian, pengajaran dan pembelajaran memerlukan transformasi dan kaedah yang lebih
efektif supaya dapat menarik serta meningkatkan minat pelajar terutamanya daripada
golongan pelajar yang berkebolehan sederhana dalam aliran perdana supaya meminati
mata pelajaran matematik.

Oleh yang demikian, strategi pengajaran guru hendaklah berubah daripada hanya
memberi nota dan kuliah kepada akriviti-aktiviti seperti perbincangan dan soal selidik.
Tetapi masih ada segelintir guru-guru yang kekurangan dari segi penguasaan
pelbagaikaedah

pengajaran.

Penguasaan

terhadap

pelbagai

kaedah

pengajaran

membolehkan guru-guru mengaplikasikan segala pengetahuan yang ada padanya untuk


menyampaikan isi pelajaran yang lebih berkesan kepada pelajar-pelajar. Azlan (2000)
pula, dalam kajian beliau mendapati guru yang berpengalaman dalam pengajaran amat
kurang diberi pendedahan berkaiatan dengan kaedah pengajaran dan ini menimbulkan
permasalahan dalam pengajaran.

Antara masalah-masalah dalam pengajaran adalah merangkumi sukatan pelajaran yang


diajar, jadual waktu yang disusun dan saiz kelas yang diajar. Masalah dalam proses
pengajaran wujud apabila sebahagian pelajar berasa bosan mengikuti pengajaran guru
kerana guru jarang menggunakan kaedah pengajaran yang berbeza untuk menarik minat
dan perhatian mereka. Jadi tanggungjawab guru untuk meningkatkan pengetahuan dan
kemahiran sendiri. Sehubungan itu, guru-guru adalah digalakkan untuk melibatkan diri
dalam pelbagai kursus dan seminar yang memberi pendedahan kepada ilmu pengetahuan
dan kemahiran supaya dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran masing-masing.

1.2

Pernyataan Masalah

Masalah utama kajian ini adalah untuk mengkaji keberkesanan teknik pengajaran
Konstruktivisme dalam Pengajaran dan pembelajaran matematik melalui kaedah
penyelesaian masalah bagi murid-murid tingkatan satu yang bertajuk penyelesaian
masalah tambah,solve problems involving addition of whole numbers.

1.3

Kerangka Konseptual

Satu kerangka konsepual telah dibina bagi menunjukkan proses perjalanan pengkajian
ini. Kerangka ini dibina berdasarkan dari beberapa kerangka model pembelajaran yang
diubah suai. Rajah 1.1 menunjukkan kerangka konseptual yang telah dibina.

Pendekatan pengajaran

Strategi pengajaran

Kontruktivisme

Pengajaran Konvensional

Kemahiran Penyelesaian
masalah tambah

Kemahiran Penyelesaian
masalah tambah

Penilaian

Maklumbalas

Rajah 1.1 : Kerangka Konseptual Kajian

1.4

Tujuan Kajian

Kajian ini bertujuan menentukan sejauhmana strategi pengajaran kontruktivisme melalui


teknik penyelesaian masalah boleh meningkatkan keupayaan pelajar dalam menguasai

kemahiran matematik serta menambah minat pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran
matematik.
1.5

Objektif Kajian

Kajian ini adalah bertujuan untuk mencapai objektif berikut:


a.

Menentukan keberkesanan Kaedah Kontruktivisme.

b.

Membandingkan keberkesanan Kaedah kontruktivisme dengan kaedah tradisional.

c.

Mengkaji kesan kaedah kontruktivisme terhadap minat pelajar.

1.6

Persoalan Kajian

Untuk mencapai tujuan dan objektif kajian, persoalan kajian adalah seperti berikut:
a.

Adakah teknik Kontruktivisme melalui kaedah penyelesaian masalah berkesan dalam


proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran matematik tingkatan 1?

b.

Adakah kaedah Kontruktivisme ini lebih berkesan daripada kaedah tradisional?

c.

Bolehkah teknik pengajaran kontruktivisme melalui kaedah penyelesaian masalah


meningkatkan minat pelajar terhadap mata pelajaran matematik?

1.7

Hipotesis Kajian

Kajian adalah sesuatu yang luas. Hipotesis kajian dibina berpandukan kepada objektif
kajian. Dengan hipotesis, kajian ini akan dapat membantu dalam mencapai objektif dan
tujuan kajian. Ianya juga dapat mengelakkan pengkaji dari hilang tumpuan kepada tujuan
utama kajian. Antara beberapa hipotesis yang telah dibuat untuk kajian ini ialah :
Hipotesis 1
Tiada perbezaan pencapaian dalam matematik sebelum kajian antara kumpulan
eksperimen dan kumpulan kawalan.

Hipotesis 2
Tiada perbezaan pencapaian dalam subjek matematik bagi kumpulan eksperimen antara
sebelum dan selepas pengajaran kontruktivisme.

Hipotesis 3
Tiada perbezaan pencapaian dalam matematik bagi kumpulan kawalan antara sebelum
dan selepas pengajaran tradisional.

Hipoesis 4
Tiada perbezaan pencapaian murid dalam matematik selepas kajian antara kumpulan
eksperimen dengan kumpulan kawalan.

Hipotesis 5
Tiada perbezaan minat pelajar terhadap matematik sebelum kajian antara kumpulan
eksperimen dengan kumpulan kawalan.

Hipotesis 6
Tiada

perbezaan minat pelajar terhadap matematik selepas kajian antara kumpulan

eksperimen dengan kumpulan kawalan.

1.8

Kepentingan Kajian

Hasil kajian ini nanti sangat penting dan akan menjadi bahan yang sangat berguna kepada
guru matematik, pelajar dan penggubal kurikulum. Hasil daripada kajian ini
membolehkan guru mengenal pasti kelemahan dan mencari kaedah pengajaran yang
berkesan ke atas situasi pelajar yang dikaji. Guru juga akan merancang pengajaran dan

pembelajaran yang lebih berkesan dengan menggunakan pelbagai kaedah pengajaran


yang telah disediakan.
Kajian ini penting untuk memastikan kekurangan penguasaan tahap kemahiran
matematik dalam mata pelajaran matematik. Di samping itu juga kaedah pengajaran ini
dilaksanakan untuk memupuk minat murid dalam mempelajari mata pelajaran matematik.
Sekiranya kaedah pengajaran ini berkesan dalam meningkatkan kemahiran matematik, ini
akan membantu pelajar sederhana menjadi cemerlang dan membantu pelajar yang gagal
untuk lulus.
Hasil daripada kajian ini akan dapat menyumbangkan cadangan-cadangan untuk
meningkatkan keberkesanan kaedah pengajaran yang berpusatkan pelajar dan seterusnya
melatih

pelajar

menggunakan

pengalaman

lalu

untuk

menghasilkan

sesuatu

pengetahuanyang baru.
Dapatan daripada hasil kajian ini jugaakan memberikan kefahaman yang jelas tentang
penggunaan teknik pengajaranyang berpusatkan pelajar dan seterusnya melatih pelajar
menggunakan pengalaman lalu untuk menghasilkansesuatuu pengetahuan yang baru.
Hasil kajian ini juga boleh digunakan oleh pihak sekolah terlibat untuk mengenal pasti
strategi yang berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran. Cara kajian yang akan
dijalankan ini juga boleh digunakan oleh guru-guru lain untuk membuat kajian dalam
kelas masing-masing demi meningkatkan lagi prose pengajaran dan pembelajaran mata
pelajaran matematik.
1.9

Batasan-Batasan Kajian

Kajian ini tertumpu kepada masalah pengajaran dan pembelajarn matematik, dan kajian
ini mempunyai batasan seperti berikut:
a.

Kajian ini dijalankan hanya di salah sebuah sekolah luar Bandar di daerah Pasir
Puteh dengan jumlah murid lebih kurang 35 orang setiap kelas.

b. Kajian ini akan menggunakan bilangan pelajar yang sedikit dan terbatas pada sebuah
sekolah sahaja. Mereka bukan merupakan sampel yang mewakili kawasan sebenar
sesuatu kawasan. Oleh itu, hasil dapatan kajian ini tidak dapat digeneralisasikan
kepada semua pelajar tingkatan 1.
c. Dalam kajian wujud kesukaran untuk mengawal pembolehubah luar yang memesong
dari tujuan kajian. misalnya maklumat palsu yang mungkin diberi oleh sampel kajian.
d. Seramai 35 orang pelajar telah dipilih sebagai sampel kajian bagi mengajar subjek
matematik mengikut teknik Kontruktivisme melalui kaedah penyelesaian masalah .
e.

Kaedah pengajaran yang digunakan semasa kajian ini dijalankan hanyalah bagi tajuk
yang dipilih sahaja. Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berlaian bagi tajuk
yang berlainan mungkin memberi dapatan kajian yang berlainan.

1.10

Takrifan Istilah

1.10.1 Penyelesaian masalah


Penyelesaian masalah merupakan aktiviti-aktiviti yang melibatkan masalah berbentuk
perkataan, masalah bukan mekanis, teka-teki, kuiz, atau menggunakan kemahiran
matematik dalam situasi yang sebenar.
Mengikut definisi Lester, seorang ahli matematik yang terkenal dalam tahun
1970an,Masalah merupakan suatu situasi apabila seseorang individu atau kumpulan itu
dikehendaki melaksanakan kerja penyelesaiannya. Mereka hendaklah menentukan
strategi dan kaedah penyelesaian masalah terlebih dahulu sebelum melaksanakan kerja
penyelesaiannya. Strategi penyelesaian masalah itu harus melibatkan perlaksanaan suatu
set aktiviti yang boleh memberi penyelesaiannya.

1.10.2 Pembelajaran Konstruktivisme


Konstruktivisme boleh diertikan sebagai kedudukan psikologi yang berpegang kepada
sebarang kebenaran yang kebanyakannya terjadi serta merta dan konkrit. Ini bermakna
bahawa ilmu pengetahuan dibina oleh individu-individu melalui pengamatan kepada

fenomena alam. Watzlawick (1984), mentakrifkan konstruktivisme sebagai kedudukan


psikologikal yang percaya apa saja kebenaran adalah paling serta merta dan makna yang
konkrit; pembinaan mental yang percaya mereka sudah menemui dan menyiasat. Dengan
lain perkataan, dapatan adalah rekaan di mana pereka tidak sedar tentang rekaannya dan
beranggapan sesuatu wujud bersendirian daripadanya; rekaan itu kemudian menjadi asas
pandangan sejagat dan tindakan.
Konstrukitvisme memberi penekanan kepada proses murid-murid membina pengetahuan
melalui proses psikologi yang aktif. Ilmu pengetahuan dibina ke- dalam struktur kognitif
kanak-kanak tersebut hasil pengalaman mereka dengan alam. Struktur pengetahuan ini
kadang-kadang menjadi penghalang yang kuat kepada pembelajaran dan perubahan
konseptual murid-murid. Dari perspektif konstruktivis , pembelajaran bermakna adalah
dibina di dalam diri pelajar hasil daripada pengalaman pancainderanya dengan alam.
Murid-murid akan bertindak kepada pengalaman-pengalaman pancaindera dengan cara
membina di dalam minda mereka skema atau struktur kognitif yang mana akan
membentuk makna dan kefahaman mereka. Individu-individu akan memberi makna
kepada situasi atau fenomena dan mengakibatkan pembentukan proses yang mengambil
tempat dalam mida individu tersebut.
Menurut Resnick (1983), makna adalah dibina oleh alat-alat kognitif pelajar. Oleh itu,
ianya bukan dihubungkan oleh guru kepada murid. Dengan kata lain, makna adalah
diwujudkan dalam minda pelajar sebagai hail ineteraksi pancaindera mereka dengan
dunianya. Sehubungan dengan itu, Tubin et.al (1990) telah menggariskan beberapa
implikasi kepada pengajaran berasaskan konstruktivisme. Usaha untuk mengenalkan
guru-guru dengan idea konstruktivisme memerlukan guru-guru berubah bukan sahaja
perubahan kepada pandangan mereka mengenai pembelajaran malahan juga amalanamalan mereka dalam bilik darjah.
Keberkesanan pembelajaran dalam bilik darjah banyak bergantung kepada amalan
pengajaran guru. Oleh itu, supaya pembelajaran berjaya dan mencapai objektifnya;
amalan pembelajaran guru-guru dalam bilik perlu berorientasikan kepada pembelajaran
melalui pengalaman sedia ada murid berasaskan kepada aktiviti yang menyeronokan.
Guru-guru yang mengamalkan pembelajaran konstruktivisme dalam pengajaran mereka

mepunyai ciri-ciri tertentu. Menurut Ken Appleton dan Hilary Asoko (1996), guru-guru
yang mengamalkan pembelajaran secara konstruktivisme mempunyai bilik darjah yang
mempunyai kriteria-kriteria seperti berikut :

1. Guru tersebut mempunyai kesedaran bahawa murid-murid yang datang ke situasi


pembelajaran membawa bersama idea terdahulu yang mereka miliki dan mereka
mencuba untuk mengeluarkan idea tersebut.
2. Semasa mengajar guru-guru mempunyai matlamat konseptual yang jelas untuk pelajarpelajar dan mempunyai kefahaman bagaimana pelajar-pelajar mesti bergerak ke arah
mencapainya.
3. Guru-guru juga menggunakan strategi-strategi pengajaran yang mencabar pengetahuan
sedia ada murid-murid atau memperkembangkan idea awal mereka dan menyediakan
cara supaya idea baru senang diterima oleh mereka.
4. Menyediakan peluang kepada murid-murid untuk menggunakan dengan sebaikbaiknya idea baru yang mereka perolehi.
5. Guru-guru juga menyediakan suasana bilik darjah yang menggalakkan murid-murid
mengeluarkan pendapat dan membincangkan idea mereka.

Kesimpulannya, konstruktivisme adalah satu teori mengenai pengetahuan yang sangat


berhubungkait dengan cara seseorang individu membina pengetahuan.

Ahli-ahli

konstruktivisme menyatakan bahawa manusia membina sendiri pengetahuannya didalam


skemata kognitif masing-masing. Dalam konteks pembelajaran, konstruktivisme
mengkaji bagaimana cara dan gaya murid-murid memperolehi ilmu pengetahuan. Hari ini
konstruktivisme adalah idea yang sangat bertenaga mengenai bagaimana murid-murid
belajar dan ianya mempunyai impak yang kuat ke atas pendidikan sains. Konstruktivisme
bukan sahaja mengkaji bagaimana murid membina ilmu pengetahuan tetapi juga
melibatkan cara perubahan konseptual berlaku dan dapat dilakukan dalam pembelajaran.

Konstruktivisme juga adalah satu model pembelajaran yang berasaskan kepada


kepercayaan bahawa pemahaman pengetahuan tidak diperolehi secara siap-sedia (readymate) tetapi ianya adalah hasil interaksi murid-murid dengan alam keliling. Tegasnya,
pengetahuan diperolehi dengan cara dibina oleh kombinasi yang dihasilkan oleh
persekitaran dan pelajar sendiri. Murid-murid membina pengetahuan mereka sendiri
dengan menyepadukan maklumat dan idea baru ke dalam struktur pengetahuan yang
sudah sedia ada. Apabila berlaku pertentangan diantara idea lama dengan idea baru,
pelajar-pelajar akan membuat analisis mengenai idea baru mereka.
Dalam proses ini, kebanyakan idea lama mereka perlu ditukar atau distruktur semula
dengan idea baru. Jadi mengikut fahaman konstruktivisme, pembelajaran berlaku apabila
murid-murid membina kefahamannya sendiri dengan membuat perkaitan antara idea baru
dengan pengetahuan sedia ada. Oleh itu, pembelajaran konstruktivisme memberi
penekanan kepada pembelajaran yang bermakna, penyusunan kurikulum, konsep asas,
menggalakkan murid-murid membuat penyiasatan dan menilai unutk memandu
pembelajaran mereka.
1.10.3

Pencapaian

Pencapaian adalah peringkat atau tahap kejayaan pelajar dalam akedemik yang diukur
melalui

peperiksaan

atau

ujian.

Kejayaan

yang

cemerlang

dalam

akademik

menggambarkan kefahaman pelajar terhadap pengajaran guru dan menunjukkan


pencapaian yang tinggi.
1.10.4

Pendekatan Pengajaran Tradisional

Pendekatan pengajaran tradisional adalah satu kaedah berpusatkan guru sementar


pengelibatan pelajar adalah kurang. Pendekatan ini juga dikenali sebagai chalk

and

talk iaitu guru hanya mengajar dengan bercakap dan menggunakan kapur.
1.11

Ringkasan

Bab ini menerangkan rasional, objektif dan juga kepentingan kajian ini. selain dari itu , ia
juga menerangkan kaedah konstruktivisme adalah satu cara yang boleh digunakan oleh
guru untuk mengatasi masalah penguasaan pelajar dalam menguasai kemahiran matemati

BAB II
TINJAUAN LITERATUR
2.0

Pengenalan

Tinjauan literatur bertujuan memahami bidang kajian dengan lebih mendalam meliputi
penjelasan tentang konsep-konsep penting, teori-teori yang berkaitan serta model-model
dan prinsip-prinsip yang boleh diguna pakai dalam kajian.
Dalam bahagian tinjauan literatur beberapa literatur berkaian dikemukakan yang
merupakan kajian lepas yang dijalankan di Malaysia kerana skop kajian adalah hanya
mengenai keberkesanan teknik Kontruktivisme dalam pengajaran dan pembelajaran
melalui kaedah penyelesaian masalah. Dalam tinjauan liteatur ini juga akan
mengemukakan dapatan-dapatan kajian lama dan baru serta alat-alat kajian yang akan
dijadikan panduan.

2.1

Kajian Berkaitan

Murid selalunya sukar untuk memberi tumpuan yang lebih apabila guru mengajar dengan
menggunakan satu kaedah tanpa mempelbagaikannya dalam satu jangkamasa
pembelajaran termasuklah apabila pembelajaran matematik.

Biasanya untuk satu sesi

pengajaran matematik memakan masa selama 40 atau 60 minit. Bagi pembelajaran


selama satu jam, adalah mustahil pelajar dapat menumpukan sepenuh perhatian
mengikuti sesi pengajaran dengan tekun dalam tempoh masa tersebut.
Sebagai seorang guru yang berpengalaman dan bijak menggunakan pelbagai kaedah,
perancangan yang teliti dapat dibuat dalam sesi pembelajaran. Menurut Stalling (1973),
pembelajaran berlaku harus melibatkan perubahan tingkah laku dan harus menghasilkan
perubahan melalui pengalaman dan latihan. Evens dan Herr (1978) pula mencadangkan

supaya guru mempelbagaikan teknik pengajaran supaya dapat memenuhi pelbagai gaya
pembelajaran murid.
Dalam hal ini guru dapat memilih pelbagai strategi dan kaedah seperti penggunaan media
(carta, peta minda, slaid projektor, Liquid Crystal Display - LCD dan lain-lain) bahan
sebenar, perbincangan, kerja kumpulan dan sebagainya yang dapat menimbulkan rasa
minat murid untuk mengikuti pelajaran.

Menurut Mok Soon Sang (1993), guru harus

bijak mengemukakan pelbagai kaedah yang sesuai untuk dipilih oleh murid atau diubah
suai menjadi strategi pengajaran.

Adalah ditegaskan bahawa guru perlu menyesuaikan

soalan pelbagai aras sesuai dengan kaedah mengikut perkembangan kognitif murid agar
proses pengajaran akan lebih mencabar.
Murid-murid sentiasa aktif dalam membina pengetahuan baru melalui interaksi dengan
orang lain dan melalui pengolahan pengetahuan dan pengalaman yang telah mereka
kuasai sebelum ini (Billet 1996; Kerka 1997).

Kebanyakan murid mempunyai potensi

dan keupayaan yang tinggi dalam pembelajaran, tetapi kebolehan ini tidak dapat dicapai
kerana tidak semua murid dapat memahami permasalahan pembelajaran dengan baik.
Murid-murid perlu dibimbing untuk berfikir dan berusaha untuk memperolehi sejumlah
pengalaman yang cukup bermutu (Pullias dan Young, 1968).
2.2

Ringkasan

Daripada tinjauan literatur yang dibuat, kaedah pengajaran yang digunakan haruslah
sesuai dengan keadaan pelajar. Kegagalan dalam menguasai kaedah pengajaran yang
menyebabkan situasi pengajaran menjadi kaku dan tidak bermaya, dan seterusnya
menyebabkan kegagalan kepada proses pengajaran tersebut. Hasil daripada tinjauan
literatur ini juga menunjukkan kaedah pengajaran kontruktivisme melalui teknik
penyelesaian masalah boleh mempertingkatkan keupayaan pelajar untuk menguasai
sesuatu kemahiran. Ini kerana pelajar dibiarkan melibatkan diri secara langsung dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, kaedah ini seharusnya digunakan dan
diperbaiki lagi bagi menghasilkan hasil suatu pengajaran dan pembelajaran yang penuh
bermakna.

BAB III
METODOLOGI KAJIAN
3.0 Pengenalan
Bab ini akan membincangkan pelbagai prosedur metodologi yang digunakan untuk
mengumpul data, prosedur kajian, analisis data dan kaedah pengajaran. Bab ini juga
menerangkan mengenai kajian dan peringkat pengumpulan data hingga ke peringkat
penganalisan dan pentafsiran. Kajian ini bertujuan untuk menentukan keberkesanan
pengajaran

dan

pembelajaran

dengan

menggunakan

kaedah

Pembelajaran

Konstruktivisme dalam matematik melalui teknik penyelesaian masalah.


Kajian ini adalah bertujuan untuk menguji keberkesanan pendekatan dalam pengajaran
menggunakan kaedah Pembelajaran konstruktivisme dalam mata pelajaran matematik
tingkatan satu. Kaedah ini adalah bersesuaian dengan matlamat dan rasional dalam
matematik di mana pengajaran dalam mata pelajaran ini harus berpusat kepada murid dan
berorientasikan aktiviti yang dijalankan di dalam bilik darjah atau di luar bilik darjah.
3.1

Reka Bentuk Kajian

Kajian ini menggunakan teknik penyelesaian masalah supaya kajian ini akan dapat
melihat kesan penggunaan teknik pengajaran kontruktivisme terhadap penguasaan
kemahiran matematik dan penguasaan pelajar terhadap konsep-konsep matematik.
Pemilihan pelajar adalah berdasarkan tahap pencapaian mereka di dalam ujian yang telah
ditetapkan oleh pihak sekolah. sampel pelajar yang telah dipilih adalah pelajar yang
sederhana dan kebanyakkan tahap kebolehan matematik mereka adalah setara. Pelajarpelajar terdiri daripada dua buah kelas iaitu kumpulan eksperimen yang menggunakan
teknik kontruktivisme dan kumpulan kawalan yang menggunakan teknik pengajaran
tradisional.

Kedua-dua kumpulan akan diberi pra ujian yang berkaiatn dengan tajuk penyelesaian
masalah tambah. Jawapan pelajar akan dikumpul dan dianalisa untuk mengenal pasti
tahap pencapaian dan skor yang diperolehi selepas pengajaran dan pembelajaran
dilaksanakan. Selepas itu, pengajaran melalui teknik kontruktivisme melalui kaedah
penyelesaian masalah dilaksanakan bagi kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan
akan meneruskan pembelajaran dengan menggunakan kaedah tradisional. Rajah di bawah
menunjukkan reka bentuk kajian untuk melihat kesan dan perkembangan kajian.

Ujian Pra

Kumpulan Eksperimen
Pembelajaran menggunakan
kaedah kontruktivisme
(Penyelesaian masalah)

Kumpulan Kawalan
Pembelajaran menggunakan
kaedah konvensional
(tradisional)

Ujian Pasca
Soalselidik

3.2

Sampel Kajian

Sampel kajian tidak dipilih secara rawak dan terdiri daripada 70 orang pelajar tingkatan
satu di Sekolah Menengah Sri Maharaja, Pasir Puteh. Kelas ini adalah kelas sederhana
yang mana pencapaian pelajarnya adalah setara. Kelas 1 Tekun seramai 35 orang adalah
kumpulan kajian dan kelas 1 Gigih iaitu 33 orang adalah kumpulan kawalan.Kumpulan
kajian akan diajar kaedah kontruktivisme manakala kumpulan kawalan diajar dengan
menggunakan kaedah tradisional bagi tajuk yang sama.

3.3

Instrumen Kajian

Instrumen kajian adalah merupakan aspek yang penting bagi sesebuah penyelidikan
kerana hasil atau kesimpulan bagi sesebuah penyelidikan adalah berdasarkan kepada jenis
maklumat dan data yang dikumpul adalah keseluruhannya bergantung kepada intrumen
yang dibina oleh seseorang penyelidik (Ranjit, 1999).
Dalam kajian ini, instrumen kajian pelajar adalah terdiri daripada borang maklumat
pelajar, dua kertas ujian iaitu ujian pra, kertas ujian pasca dan borang soal selidik. Ujian
Pra adalah untuk mengesan masalah yang timbul semasa pengajaran. Ujian Pasca pula
adalah untuk mengukur tahap penguasaan kemahiran matematik terhadap pelajar
tingkatan satu di Sekolah Menengah Sri Maharaja. Manakala borang soal selidik pula
adalah untuk menentukan pepsepsi pelajar terhadap keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran mengguanakan kaedah kontruktivisme melalui teknik penyelesaian
masalah.
Instrumen kajian yang akan digunakan ialah dua instrumen iaitu :

3.3.1

a)

Soal Selidik

b)

Ujian

Soal Selidik

Soal selidik yang

digunakan akan

diisi oleh murid sebagai responden untuk

mendapatkan maklumat. Set soalan yang disediakan terbahagi kepada Bahagian A dan
Bahagian B.
Bahagian A mengandungi 5 soalan berkaitan dengan biodata responden (pelajar).
Bahagian B mengandungi 10 soalan yang berkaitan dengan respon kepada setiap
pernyataan mengenai penggunaan kaedah konstruktisme dalam pembelajaran Matematik
dan pemahaman tentang tajuk Penyelesaian masalah tambah menggunakan skala jeda
(interval) mengikut skala Likert.

Menurut Mutchnick dan Berg (1996:107), dengan skala Likert, responden diminta
merujuk darjah persetujuan atau tidak kesetujuan bagi setiap pernyataan dalam instrumen
menggunakan skala 5. Nilai numerikal 1 hingga 5 diberikan berdasarkan kepada bentuk
sesuatu item. Contoh soalan dilampirkan di bahagian lampiran.
Soal Selidik ini untuk mengetahui :
a)

Mengetahui keberkesanan kaedah pembelajaran konstruktivisme

b)

Mengetahui sama ada murid lebih mudah untuk memahami sesuatu topik
berdasarkan kaedah pembelajaran konstruktivisme.

c)

Mengetahui sama ada aktiviti dan teknik yang digunakan guru boleh
menarik minat murid untuk terus menumpukan perhatian kepada
pelajaran.

3.3.2

Ujian

Instrumen kedua yang akan digunakan dalam kajian ini ialah ujian.

Kaedah ini

menggunakan ujian pra dan ujian pos. Ujian pra akan dijalankan sebelum semua sampel
didedahkan dengan pengajaran konstruktivisme. Manakala ujian pos akan dilaksanakan
setelah semua sampel menjalani pembelajaran konstruktivime. Kaedah ini digunakan
kepada semua 35 orang responden.

Pemilihan kepada semua responden ini adalah

berasaskan andaian bahawa kesemua responden tersebut telah belajar unit-unit dan tema
dalam pelajaran matematik sebelum dan selepas pengajaran dan pembelajaran yang
menggunakan kaedah konstruktivisme.
Ujian ialah adalah alat pengukur penguasaan responden dalam suatu mata pelajaran.
Daripada ujian ini, penyelidik dapat menganalisis keputusan yang diperolehi oleh semua
responden yang terlibat. Keputusan yang tinggi membuktikan kaedah pengajaran yang
dipilih adalah sangat sesuai dengan topik yang diajar atau sebaliknya.

Selepas proses pengajaran dan pembelajaran ujian diperlukan agar dapat menentukan
kesalahan dan kelemahan konsep asas murid setelah ianya dianalisis.

Mc Nergy

(1988) menyatakan guru-guru sepatutnya bertanggapan bahawa ujian akan membantu


pengajaran mereka. Hasil analisis ujian dapat menentukan di manakah kesilapan sesuatu
pengajaran agar dapat diperbaiki bagi meningkatkan lagi prestasi murid.

Ujian juga

dapat mengenal pasti kelemahan dan kekuatan murid-murid.

Menurut Cousin Leithwood (1986), perkara pertama yang mesti dititikberatkan dalam
penggunaan penilaian ialah penyemakan kertas jawapan ujian.

Semua kertas jawapan

perlu disemak dengan menggunakan kertas pemarkahan yang disediakan. Kesalahan


setiap murid harus dicatatkan pada kertas jawapan agar murid dapat mengetahui di mana
kesilapan mereka.

Setiap guru perlu membuat analisis terhadap markah-markah ujian. Hasil analisis ujian
ini akan memberikan petunjuk tentang keberkesanan perancangan proses pengajaran dan
pembelajaran, kelemahan dan kekuatan murid dan strategi perancangan pengajaran dan
pembelajaran (Ismail, 1993). Hasil ujian perlu direkod untuk memastikan murid-murid
mengetahui perkembangan pembelajaran mereka berdasarkan markah ujian yang mereka
dapati sebagaimana yang ditunjukkan dalam rekod yang disediakan (Bruno, 1989).

3.3.3 Pemboleh ubah kajian


Pemboleh ubah kajian terbahagi kepada dua ,iaitu ;
1. Pemboleh ubah tak bersandar atau pemboleh ubah bebas iaitu berkaiatan dengan
pengukuran keberkesanan penggunaan kaedah kontruktivisme yang dijalankan di dalam
kelas.
2. Pemboleh ubah bersandar iaitu berkaiatan dengan skor peningkatan markah ujian pra
dan pasca bagi tajuk penuelesaian masalah tambah dengan menggunakan kaedah
kontruktivisme. Pemboleh ubah bersandar juga berkaitan dengan skor peningkatan minat

dan motivasi, perasaan kasih sayang, sikap kerjasama dan perasaan ingin mencuba dalam
diri pelajar.
3.4

Prosedur Kajian

Pengkaji akan menyediakan ujian pasca dan ujian pra berdasarkan kemahiran matematik
mereka. Ujian Pra adalah untuk membuat analisis terhadap penguasaan kemahiran
matematik mereka.
Pelajar kumpulan eksperimen akan dilibatkan dengan kaedah pengajaran Kontruktivisme
manakala pelajar kawalan akan dilibatkan dengan pengajaran tradisional. Pengkaji juga
akan melibatkan diri di dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk melihat sejauh
mana keberkesanan pengajaran kaedah Kontruktivisme dalam Penyelesaian Masalah
Tambah. Ujian Pasca akan diberikan kepada pelajar eksperimen bersama-sama borang
kaji selidik manakala pelajar kawalan hanya akan diberikan Ujian Pasca sahaja. Semua
jawapan tadi akan dipungut untuk dianalisis.
3.5

Prosedur Pengumpulan Data

Sebelum mentadbir soal selidik sepanjang kajian dijalankan, pengkaji terlebih dahulu
meminta kebenaran daripada semua pihak yang terlibat seperti Kementerian Pendidikan
Malaysia, Fakulti Sains dan pendidikan Asas Universiti Terbuka Malaysia dan pengetua
sekolah yang terlibat dalam kajian ini, iaitu Sekolah Menengah Sri Maharaja Pasir Puteh,
Kelantan.
Setelah mendapat kelulusan daripada pihak yang berkenaan barulah kajian akan
dimulakan dengan mengadakan sesi penerangan dengan pihak pentadbir sekolah tentang
kajian yang akan dijalankan diikuti dengan perjumpaan dengan guru penyelia dan
pelajar-pelajar yang terlibat.
Pada hari pertama guru masuk ke kelas, guru akan mengedarkan borang soal selidik latar
belakang(lihat lampiran 1) untuk mendapatkan maklumat tentang peribadi dan keluarga.
Pelajar akan diberi set soalan ujian pra(lihat lampiran 2) untuk mengetahui sejauh mana

pengetahuan mereka tentang matematik.

Selepas itu, murid akan diajar mengikut

kaedah pembelajaran konstruktivisme berdasarkan tajuk yang dipilih. Kemudian, ujian


pos(lihat lampiran 3) akan dilaksanakan kepada murid-murid tersebut setelah selesainya
pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan kaedah Pengajaran Konstruktivisme.
Masa yang diberikan ialah 40 minit.
Data-data yang diperolehi akan dianalisis untuk menilai tahap penguasaan pelajar dalam
mata pelajaran Matematik sebelum dan selepas pengajaran dan pembelajaran
menggunakan kaedah Pembelajaran Konstruktivisme.
Kajian ini

akan menggunakan set soalan soal selidik sebagai alat kajian bagi

memastikan jawapan yang diberikan kepada responden adalah tepat, soal selidik yang
akan dijalankan secara serentak dan ditadbirkan oleh pengkaji bagi memudahkan
responden dapat bertanya terus kepada pengkaji mengenai mana-mana soalan yang
kuran difahami oleh pelajar dan memerlukan penjelasan dari pengkaji.

Responden

diberi masa selama 20 minit untuk menjawab soalan soal selidik. Setelah selesai borang
akan dikumpul untuk dianalisa.
Jadual 3.5 : Prosedur pengumpulan data
Bil
Kumpulan

1.

Pelajar

Eksperimen

2.
3.
.
.
35

Kumpulan

1.

Kawalan

2.
3.
.
.

Skor Ujian Pra

Skor ujian Pos

Skor Minat

3.6

Prosedur Analisis Data

Prosedur analisis data dilakukan dengan menggunakan program Statistik Excel,


Microsoft Office Excel 2003, untuk menjalankan ujian t dan ujian kolerasi. Ujian t akan
digunakan untuk membandingkan peningkatan skor kumpulan eksperimen.
Proses pertama yang akan dilakukan dalam kajian ini ialah menjalankan ujian pra.
Selepas itu, proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) bagi tajuk yang dipilih iaitu
Solve problem involving addition of whole numbers akan diteruskan.

Selesai proses

P&P, ujian pos akan dilaksanakan bagi mengesan kebeerkesanan kaedah konstruktivisme
dalam P&P Matematik.
Di samping itu, soal selidik secara bertulis akan dilaksanakan.

Soal selidik yang

diberikan kepada responden di mana responden perlu menjawab dengan jujur soalansoalan yang ditanya tanpa dipengaruhi oleh pihak lain. Maklumat- maklumat ini
dikumpul sebagai data dalam soal selidik.
Setelah data diperolehi, penyelidik perlu mengemas dan menyusun data asal supaya
mudah dikendalikan. Menurut Mohd Majid (1994), penganalisis data merupakan teknik
untuk mengumpul, mengolah, menganalisa, menyimpan dan mengeluarkan data. Data
daripada soal selidik yang diperolehi dianalisa bagi mendapat nilai jumlah dan peratusan.
Nilai kekerapan dan min digunakan untuk mewakili atau menerangkan ciri kumpulan
sesuatu data serta menerangkan kandungan sesuatu set soalan. Min sesuai digunakan
untuk memudahkan tugas analisis (Mohd Najib, 1998).
Setelah data diperolehi, penyelidik perlu mengemas dan menyusun data asal supaya
mudah dikendalikan. Menurut Mohd Majid (1994), penganalisis data merupakan teknik
untuk mengumpul, mengolah, menganalisa, menyimpan dan mengeluarkan data. Data
daripada soal selidik yang diperolehi dianalisa bagi mendapat nilai jumlah dan peratusan.

Soalan-soalan pra ujian akan dikira markah, markah penuh adalah 100%. Setiap soalan
yang betul akan diberi 5 markah dan jawapan yang salah adalah 0 markah. Markahmarkah kumpulan kawalan dan kumpulan eksperimen diasing dan dimasukkan ke dalam
borang pemarkahan.
Soalan soal selidik pula menggunakan skala Linket. Skala Linket memerlukan kepada
sesuatu respon yang digredkan kepada setiap kenyataan yang berkaitan dengan
penggunaan kaedah kontruktivisme. Jadual di bawah menunjukkan pemeringkatan skala
likert yang digunakan untuk memudahkan analisa dilakukan terhadap data.

SKALA LIKERT
Sangat Tidak Setuju

Tidak Setuju

Tidak Pasti

Setuju

Sangat Setuju

3.7

SKOR

5
Rajah 3.6 : Skor bagi item

Ringkasan

Dalam kajian ini terdapat kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan. Kedua-dua
kumpulan ini menduduki ujian pra. Kumpulan Eksperimen akan dilaksanakan dengan
kaedah Kontruktivisme, manakala kumpulan kawalan akan mengikuti pengajaran secara
konvesional. Setelah melalui proses pengajaran dan pembelajaran, kedua-dua kumpulan
ini akan diberi ujian pasca. Borang soal selidik hanya akan diberikan kepada kumpulan
kajian untuk dianalisis.

BAB IV
DAPATAN KAJIAN
4.0

PENDAHULUAN

Bab ini akan membincangkan hasil kajian berdasarkan objektif dan persoalan kajian.
Analisis statistik deskriptif telah digunakan ke atas data-data kajian. Hasil kajian
dipersembahkan dalam bentuk frekuensi dan peratusan.
Hasil keputusan dalam kajian ini bertujuan untuk menjawab persoalan-persoalan kajian
yang telah dikemukakan . Bahagian A akan menerangkan tentang latar belakang sampel.
Manakala bahagian B menerangkan tentang keputusan-keputusan ujian yang telah
diadakan di dalam menentukan keberkesanan kaedah kontruktivisme. Akhir sekali
bahagian C akan membincangkan maklum balas responden terhadap pembelajaran dan
pengajaran menggunakan kaedah kontruktivisme.

4.1

PROFIL SAMPEL KAJIAN

4.1.1 Taburan sample kajian


Sampel kajian terdiri 68 orang pelajar Tingkatan Satu dari Sekolah Menengah
Kebangsaan Sri Maharaja, Pasir Puteh Kelantan. Mereka terdiri daripada dua kelas iaitu
tingkatan Satu Tekun seramai

35 orang pelajar (20 orang lelaki dan 15 orang

perempuan) dan tingkatan Satu Gigih seramai 33 orang pelajar (21 orang lelaki dan 12
orang perempuan).
JADUAL 4.1.1 (a) : Taburan bilangan sampel kajian
KELAS

LELAKI

PEREMPUAN

JUMLAH

Satu Tekun
( Eksperimen )

20

15

35

Satu Gigih
( Kawalan )

21

12

33

41

27

68

JUMLAH

25
20
15
Satu Tekun ( Eksperimen )
10

Satu Gigih ( Kawalan )

5
0

LELAKI

PEREMPUAN

Carta 4.1.1 (b) : Taburan bilangan sampel kajian

4.1.2 Pendapatan ibu bapa sebulan


JADUAL 4.1.2 : TaburanPendapatan ibubapa sampel kajian sebulan
KUMPULAN EKSPERIMEN

KUMPULAN KAWALAN

PENDAPATAN
SEBULAN
( RM )

KEKERAPAN

PERATUS

KEKERAPAN

PERATUS

Kurang 1000
1001 1500
1501 2000
2001 2500
2501 3000

31
3
1
-

88.57
8.57
2.86
-

29
3
1

87.87
9.10
3.03

JUMLAH

35

100

33

100

Jadual 4.2 menunjukkan analisis pendapatan ibubapa sampel kajian sebulan. Ibu bapa
yang pendapatan kurang daripada RM1000.00 dari kumpulan eksperimen adalah 31
orang (88.57%) sementara 29 orang (87.87%) daripada kumpulan kawalan.
Jadual 4.2 juga menunjukkan pendapatan ibu bapa pelajar dari kedua-dua kumpulan
adalah lebih kurang sama di mana lebih 80% daripada mereka berpendapatan kurang
daripada RM 1000.00. Berdasarkan data-data yang dikumpulkan melalui soalan soal-

selidik kebanyakan ibu bapa mereka bekerja sendiri, petani dan nelayan. Hanya segelintir
sahaja yang bekerja dengan kerajaan dan swasta.
4.1.3 Pencapaian pelajar dalam mata pelajaran matematik UPSR
JADUAL 4.1.3(a) : Taburan gred mata pelajaran matematik UPSR sampel kajian

GRED

KUMPULAN

KUMPULAN KAWALAN

EKSPERIMEN
A

15 (42.86 %)

6 (18.18 %)

10 (28.57 %)

13 ( 39.40 %)

7 (20 %)

7 (21.21 %)

3 ( 8.57 %)

7 (21.21 %)

JUMLAH

35

33

16
14
12
10

2
0

KUMPULAN EKSPERIMEN

KUM PULAN KAWALAN

CARTA 4.1.3(b) : Taburan gred mata pelajaran matematik UPSR sampel kajian
Pencapaian pelajar dalam matematik UPSR bagi kumpulan eksperimen pencapaiannya
agak baik berbanding dengan kumpulan kawalan. Seramai 15 orang (42.86 %) daripada
kumpulan eksperimen memperolehi gred A, 10 orang (28.57 5) mendapat gred B, 7 orang
(20 %) mendapat gred C dan 3 orang (8.57 %) mendapat gred D. Manakala bagi
kumpulan kawalan pula seramai 6 orang (18.18 %) mendapat gred A, 13 orang (39.40 %)
gred B, 7 orang (21.21 %) mendapat gred C dan 7 orang (21.21 %) mendapat gred D.

4.1.4

Taburan Responden Mengikut Peruntukan Masa mengulangkaji Pelajaran


Matematik

Jadual 4.1.4(a) : Taburan Responden Mengikut Peruntukan Masa Mengulangkaji


Pelajaran Matematik KBSM
Masa

Bilangan

Peratus

( Orang)

(%)

Kurang 1 jam

20

29.41

1 2 jam

30

44.12

2 3 jam

10

14.71

3 4 jam

7.35

Lebih 4 jam

4.41

Jumlah

68

100

Carta 4.1.4(b) : Taburan Responden Mengikut Peruntukan Masa Mengulangkaji


Pelajaran Matematik KBSM
30
25
Kurang 1 jam

20

1 2 jam

15

2 3 jam

10

3 4 jam
Lebih 4 jam

5
0

Bilangan ( Orang)

Taburan responden mengikut peruntukan masa mengulangkaji pelajaran Matematik


ditunjukan dalam jadual 4.4 dan carta. Daripada analisis yang dibuat didapati 29.41% (20
orang) memperuntukan masa 1 jam untuk mengulangkaji pelajaran, sebanyak 44.12% (30
orang) memperuntukan masa 1 2 jam, sebanyak 14.71% ( 10 orang) memperuntukan

masa 2 3 jam, sebanyak 7.35% (5 orang) memperuntukan masa 3 4 jam dan sebanyak
4.41% (3 orang) memperuntukan masa lebih dari 4 jam.

4.2

Bahagian B Analisis Keputusan ujian

Bahagian ini akan menganalisa 2 keputusan ujian yang telah diberikan kepada responden.
Soalan ujian adalah untuk kedua-dua ujian adalah soalan yang sama. Ujian pertama
diberikan selepas proses pengajaran dan pembelajaran mengikut kaedah konvensional
( kapur tulis) manakala ujian yang kedua selepas pengajaran dan pembelajaran mengikut
kaedah kontruktivisme untuk kelas eksperimen.

4.2.1

Keputusan Ujian ( pra ujian dan ujian pos )

Jadual 4.5 (a)(sila lihat lampiran) menunjukkan analisis keputusan pra ujian yang telah
diberikan kepada responden. Analisis menunjukkan terdapat peningkatan markah bagi
semua responden selepas pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah
kontruktivisme. Ujian ini diberikan kepada dua kumpulan iaitu Kelas Kawalan (KK) dan
Kelas Eksperimen (KE).
Jadual 4.5 (b)(sila lihat lampiran) menunjukkan analisis keputusan ujian pos responden
antara KK dan KE dengan menggunakan kaedah yang berbeza iaitu konvensional dan
kaedah kontruktivisme. Analisis mendapati 74.29% responden mendapat gred A bagi KE
berbanding KK hanya mendapat 15.15 % sahaja yang mendapat A. Untuk gred B,
sebanyak 25.71% responden KE berbanding 66.67% bagi KK. Analisis mendapati
keseluruhan bagi KK adalah mendapat gred B dengan 18.18% mendapat gred C.Daripada
analisis mendapati kaedah kontruktivisme yang digunakan pada Kumpulan Eksperimen
telah menunjukkan peningkatan markah berdasarkan kepada keputusan ujian yang telah
dijalankan.

4.2.2

Keputusan ujian soal selidik

Jadual 4.2.2 (a) : Analisis Item Berdasarkan Maklum Balas Responden Sebelum
Pengajaran Menggunakan Kaedah Kontruktivisme bagi kelas Eksperimen.
No.
Item
1
2
3
4
5

6
7
8
9
10

Sangat
tidak
setuju
%

Tidak
setuju
%

Tidak
Pasti
%

Setuju
%

Amat
Setuju
%

11.1

22.2

55.6

11.1

5.6

11.1

55.6

27.7

11.1

22.2

38.9

22.2

5.6

11.1

23.9

44.4

20.6

Saya dapat menjawab soalan


latihan yang diberi oleh guru
dengan baik sama ada secara
lisan atau bertulis.
Kaedah mengajar guru yang
disampaikan oleh guru amat
menarik
Matematik sangat berguna dalam
kehidupan seharian
Saya suka belajar mata pelajaran
Matematik
Guru mengajar matematik
dengan pelbagai cara
Guru menggunakan alat/bahan
semasa pengajaran

23.3

16.7

32.2

22.2

5.6

5.6

11.1

50

22.2

11.1

11.1

38.9

20

25

16.7

50.4

32.9

11.1

11.1

19

36.6

22.2

10.5

10.5

44.4

23.5

11.1

Jumlah skor Purata

9.4

15.7

42.9

23.9

8.1

Soalan
Matematik adalah mata pelajaran
yang amat menyeronokkan
Saya faham segala isi pelajaran
yang disampaikan oleh guru
Saya dapat mengikuti sesi
pengajaran dan pembelajaran
dengan baik
Saya dapat mengangati formula
dan istilah-istilah matematik
dengan baik

Jadual 4.2.2 (b) : Analisis Item Berdasarkan Maklum Balas Responden Selepas
Pengajaran Menggunakan Kaedah Kontruktivisme bagi kelas Eksperimen.
No.

Soalan

Sangat
tidak

Tidak

Tidak

Setuju

Amat

Item
1
2
3
4
5

6
7
8
9
10

Matematik adalah mata pelajaran


yang amat menyeronokkan
Saya faham segala isi pelajaran
yang disampaikan oleh guru
Saya dapat mengikuti sesi
pengajaran dan pembelajaran
dengan baik
Saya dapat mengangati formula
dan istilah-istilah matematik
dengan baik
Saya dapat menjawab soalan
latihan yang diberi oleh guru
dengan baik sama ada secara
lisan atau bertulis.
Kaedah mengajar guru yang
disampaikan oleh guru amat
menarik
Matematik sangat berguna dalam
kehidupan seharian
Saya suka belajar mata pelajaran
Matematik
Guru mengajar matematik
dengan pelbagai cara
Guru menggunakan alat/bahan
semasa pengajaran

setuju
%
0

setuju
%
11.1

Pasti
%
22.2

%
55.6

Setuju
%
11.1

5.6

27.8

55.6

11.1

11.1

5.6

66.7

16.7

5.6

16.7

55.6

22.2

5.6

16.7

55.6

22.2

16.7

61.1

22.2

11.1

38.9

50.0

44.4

55.6

44.4

55.6

11.1

66.7

22.2

3.9

17.2

55.6

23.3

Jumlah skor Purata

Jadual 4.2.2 (c) : Analisis Jumlah skor Purata Berdasarkan Maklumbalas


Responden Sebelum dan Selepas Menggunakan Kaedah Kontruktivisme bagi kelas
Eksperimen.

Sebelum

Selepas

Peningkatan

(%)

(%)

(%)

Sangat tidak setuju

9.4

9.4

Tidak setuju

15.7

3.9

11.8

Tidak pasti

42.9

17.2

25.7

Setuju

23.9

55.6

31.7

Amat setuju

8.1

23.3

15.2

Carta 4.2.2 (c) : Analisis Jumlah skor Purata Berdasarkan Maklumbalas


Responden Sebelum dan Selepas Menggunakan Kaedah Kontruktivisme bagi kelas
Eksperimen.

60
50
40
30

Sangat tidak
setuju
Tidak setuju
Tidak pasti

20

Setuju

10

Amat setuju

Jadual dan carta di atas menunjukkan analisis item dan jumlah skor purata berdasarkan
maklumbalas responden sebelum dan selepas pengajaran dan pembelajaran menggunakan
kaedah konstruktivisme. Daripada jadual didapati sebelum pengajaran peratus pelajar

yang sangat tidak setuju ialah 9.4 % dan berlaku perubahan selepas pengajaran menjadi 0
%. Di sini terdapat peningkatan kepercayaan pelajar terhadap matapelajaran matematik.
Sebanyak 15.7 % pelajar tidak setuju sebelum pengajaran dan selepas menggunakan
kaedah konstruktivisme, keadaan telah berubah menjadi 3.9 %. Terdapat peningkatan
sebanyak 11.8 %. Kebanyakkan pelajar iaitu sebanyak 42.9 % memilih jawapan tidak
pasti sebelum menggunakan kaedah kontruktivisme. Keadaan telah berubah, dimana
selepas pengajaran menggunakan kaedah ini, hanya 17.2 % yang memilih jawapan tidak
pasti.
Peningkatan yang ketara dapat dilihat pada item setuju dan dapat dilihat berdasarkan
carta. 23.9 % pelajar memilih setuju sebelum pengajaran dan selepas menggunakan
kaedah konstruktivisme berlaku pertambahan kepada 55.6 %. Berlaku peningkatan
sebanyak 31.7 %. Peningkatan juga dapat dilihat pada item amat setuju. Sebelum
menggunakan kaedah konstruktivisme, hanya 8.1 % memilih amat setuju. Selepas
pengajaran, sebanyak 23.3 % pelajar yang memilih jawapan amat setuju. Ada
peningkatan sebanyak 15.2 %.

4.3

Kesimpulan

Secara keseluruhannya, pengkaji mendapati bahawa 53.1 % responden bersetuju bahawa


di dalam kaedah kontruktivisme dalam Mata Pelajaran Matematik KBSM adalah
berkesan dan sesuai sekali dalam pengajaran dan pembelajaran berbanding hanya 25.7 %
responden yang tidak pasti dan sebanyak 21.2 % responden tidak setuju. Setelah dianalisa
didapati ramai responden bersetuju bahawa kaedah kontruktivisme adalah sesuai dalam
proses pengajaran dan pembelajaran matematik. Jadi kaedah ini sangat sesuai digunakan
dalam mata pelajaran Matematik Tingkatan 1.

BAB V
PERBINCANGAN DAN IMPLIKASI

5.0

PENGENALAN

Bab ini meliputi perbincangan hasil-hasil dari analisis yang telah dilakukan di dalam bab
keempat. Skop perbincangan merangkumi persoalan-persoalan yang telah ditimbulkan di
bab awal seperti kesan pendekatan kontruktivisme ke atas pencapaian dan minat pelajar
dalam mata pelajaran matematik, implikasi kajian kepada bidang pendidikan cadangan
kajian lanjutan dan kesimpulan.

5.1

RINGKASAN KAJIAN

Kajian yang telah dilakukan ke atas 68 orang pelajar Tingkatan Satu dari Sekolah
Menengah Kebangsaan Sri Maharaja, Pasir Puteh Kelantan. Mereka terdiri daripada dua
kelas iaitu tingkatan Satu Tekun seramai

35 orang pelajar (20 orang lelaki dan 15 orang

perempuan) dan tingkatan Satu Gigih seramai 33 orang pelajar (21 orang lelaki dan 12
orang perempuan).
Kajian

ini

dilaksanakan

bertujuan

untuk

menentukan

keberkesanan

Kaedah

Kontruktivisme ,membandingkan keberkesanan kaedah kontruktivisme dengan kaedah


tradisional dan mengkaji kesan kaedah kontruktivisme terhadap minat pelajar. Data
dikutip daripada pelajar sebanyak dua (2) kali, iaitu kali pertama sebelum mereka
mengikuti kaedah pengajaran secara konstruktivisme dan kali kedua selepas mereka
tamat mengikuti kaedah pengajaran secara konstruktivisme.
5.2

PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN

Bahagian ini membincangkan dapatan kajian dari segi sokongannya terhadap dapatan
kajian lepas dan juga menjelaskan dapatan kajian ini dengan menggunakan model, teori,
dapatan kajian lepas, pengalaman dan rasional.
Analisis dari ujian pra menunjukkan pencapaian awal pelajar antara kumpulan
eksperimen (kontruktivisme) dan kumpulan kawalan (tradisional) adalah sama. Selepas
rawatan, kumpulan eksperimen( 78.63 %) menunjukkan pencapaian yang lebih tingi
berbanding dengan pencapaian kumpulan kawalan( 66.48 %). Ini bermakna pendekatan
kontruktivisme lebih berkesan bagi meningkatkan pencapaian pelajar dalam matematik.

Pendekatan pengajaran berkesan dapat dilihat dengan peningkatan skor pelajar dalam
mata pelajaran tersebut. Ini selaras dengan kajian yang dilakukan oleh Driver et.al (1995)
menyatakan dalam proses pengajaran berkesan, guru menggalakkan perbincangan
dikalangan pelajar-pelajar bagi membolehkan mereka menilai kefahaman mereka dan
guru membimbing mereka membina kefahaman mereka dan seterusnya menguasai asas
pendidikan matematik. Menurut Abdul Rahim (2003) menyatakan bahawa dalam
pendidikan di Malaysia, pencapaian dalam peperiksaan adalah menjadi kriteria dan
ukuran utama kepada guru-guru, pihak kementerian pendidikan dan ibu bapa. Pencapaian
yang cemerlang dalam peperiksaan merupakan satu indikasi utama menunjukkan
keberkesanan pengurusan sekolah dan guru-guru terutamanya dalam proses pengajaran
dan pembelajaran.
Dapatan kajian juga menunjukkan tiada perbezaan minat antara kumpulan eksperimen
dan kawalan sebelum pengajaran. Ujian secara terperinci mengikut tema juga
menunjukkan tiada perbezaan minat terhadap matematik. Persamaan ini disebabkan latar
belakang yang sama antara kedua-dua kumpulan.
Hasil analisis juga menunjukkan minat pelajar kumpulan eksperimen terhadap matematik
selepas rawatan menunjukkan peningkatan peningkatan yang lebih tinggi iaitu 4.67%
(positif) berbanding dengan kumpulan rawatan 3.23% (sederhana positif).

5.3

KESIMPULAN DAPATAN KAJIAN

Bahagian ini menyenaraikan semua dapatan kajian sebagai kesimpulan kepada hasil
kajian ini. Kajian ini mendapati :
a) Pencapaian pelajar dalam kumpulan eksperimen yang didedahkan dengan pendekatan
kontruktivisme menunjukkan ada peningkatan dalam mata pelajaran matematik,
khususnya dalam tajuk Solve problems involving addition of whole number berbanding
dengan pelajar dari kumpulan tradisional. Walau bagaimanapun pendekatan secara
tradisional juga berjaya meningkatkan pencapaian pelajar dalam matematik. Ini bermakna
guru-guru haruslah pandai memilih tajuk yang sesuai untuk digunakan dengan sebarang
pendekatan. Menurut Rashidi & Abdul Razak (1998), menyatakan bahawa kaedah

pengajaran secara tradisional seperti kaedah kuliah tidak semestinya tidak sesuai
digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ia boleh digunakan secara
berkesan sekiranya dirancangkan dengan baik bersesuaian dengan tajuk dan objektif
pengajaran.
b) Pendekatan kontruktivisme telah menunjukkan keberkesanannya ke atas perubahan
minat pelajar ke arah lebih positif terhadap mata pelajaran matematik. Ini dapat dilihat
dengan peningkatan min skor terhadap matematik sebelum dan selepas sesi pengajaran.
c) Tujuan kajian untuk melihat keberkesanan pendekatan kontruktivisme dalam
meningkatkan pencapaian pelajar tingkatan satu dalam mata pelajaran matematik dan
juga untuk melihat adakah terdapat perubahan minat pelajar terhadap mata pelajaran
tersebut sebelum dan selepas mengikuti pendekatan secara kontruktivisme juga telah
tercapai.
d) Objektif dan persoalan dalam kajian ini juga berjaya dicapai dan dijawab berdasarkan
keputusan yang telah diperolehi. Dapatan kajian yang telah dibincangkan menunjukkan
tiada perbezaan minat dan juga pencapaian antara pelajar-pelajar dari kumpulan
eksperimen dan kumpulan kawalan sebelum sesi pengajaran dijalankan. Selepas
pengajaran dijalankan, terdapat peningkatan dalam pencapaian yang ditunjukkan oleh
kedua-dua kumpulan. Walau bagaimanapun pelajar-pelajar dari kumpulan eksperimen
menunjukkan pencapaian yang lebih baik berbanding dengan pencapaian pelajar dari
kumpulan kawalan. Minat pelajar dari kumpulan eksperimen juga menunjukkan lebih
posotif berbanding kumpulan kawalan terhadap mata pelajaran matematik.
e) Kebanyakan murid mempunyai potensi dan keupayaan yang tinggi dalam
pembelajaran, tetapi kebolehan ini tidak dapat dicapai kerana tidak semua murid dapat
memahami permasalahan pembelajaran dengan baik. Menurut Pullias dan Young (1968),
bahawa murid-murid perlu dibimbing untuk berfikir dan berusaha untuk memperolehi
sejumlah pengalaman yang cukup bermutu.
5.4

IMPLIKASI DAPATAN KAJIAN

5.4.1

Implikasi terhadap pelajar

i.

Pemahaman pelajar

Aktiviti yang dijalankan adalah bercorak hands -on membolehkan pelajar membina
pengetahuan dalam minda mereka sendiri dan proses ini dinamakan minds on. Pelajar
akan lebih mengingati apabila membuat sendiri berbanding dengan mendengar sahaja. Ini
selaras dengan kajian yang dilakukan Dale (1946) menyatakan jika pelajar membuat dan
melakukan perkara sebenar, mereka akan mengingati fakta atau konsep yang dipelajari
antara 90% - 100%.
ii.

Kesesuaian peringkat kognitif

Aktiviti yang dirancang hendaklah bersesuaian dengan peringkat kognitif pelajar supaya
pelajar-pelajar lebih senang mengikutinya dan seterusnya membina konsep-konsep yang
betul atas apa yang telah dipelajarinya.
Pengalaman pembelajaran bermula dengan pertembungan perkara baru di mana muridmurid menterjemah dan memberi erti kepada apa yang telah wujud dalam struktur
kognitif mereka. Menurut Osborne & Wittrock

(1983),

pengalaman pembelajaran

mereka di bilik darjah akan mempengaruhi struktur kognitif pelajar yang digunakan
untuk menterjemahkan pengalaman bagi membina makna kepada pengalaman tersebut.
iii.

Dorongan dalaman

Untuk menjadikan aktiviti pengajaran lebih berjaya, guru-guru mestilah menyediakan


suatu sauasana yang membolehkan pelajar-pelajar berfikir tentang proses pengajaran dan
pembelajaran. Hal ini menyebabkan timbulnya dorongan dalaman kepada pelajar untuk
belajar matematik kerana bidang matematik adalah satu bidang yang berkait rapat dengan
kehidupan seharian. Ini selaras dengan Kementerian Pendidikan Malaysia

(1988),

dimana matlamat utama kurikulum Matematik adalah untuk memperkembangkan


pemikiran logik, analitis, kritis, dan bersistem, kemahiran penyelesaian masalah serta
kebolehan menggunakan pengetahuan matematik dalam kehidupan seharian supaya
pelajar dapat berfungsi dengan berkesan dan penuh tanggungjawab serta menghargai
kepentingan dan keindahan matematik.
5.4.2

Guru

Pengamal teori konstruktif berpendapat bahawa guru adalah sebagai pengurus bilik
darjah. Guru seharusnya menerima murid sebagai individu yang mempunyai ciri-ciri
perlakuan yang berbeza di mana setiap individu itu penting dalam proses pengajaran dan
pembelajaran tanpa menafikan hak mereka di dalam mengutarakan sebarang pendapat
mahupun idea yang berkaitan dengan pembelajaran pada waktu itu. Keadaan ini secara
tidak langsung menjadi penyokong kepada minat murid dalam pembelajaran dan akan
terhapusnya situasi keterasingan di kalangan pelajar dan murid-murid sendiri.Kefahaman
murid terhadap fakta akan lebih berkesan dan mantap dengan mengabung jalinkan antara
pengalaman sedia ada dan fakta yang sedang dibina.
Selain dari itu guru perlu mengelakan diri dari beranggapan bahawa

minda murid

sebagai tin kosong yang hanya cukup diisi dengan fakta dan pengetahuan baru sebaliknya
mengambil

kira,menilai,mengukur

keterlibatan

dan

kefahaman

mereka

dalam

mengembangkan maklumat yang disampaikan sewaktu proses P&P.Peranan guru sebagai


pembimbing dan fasilitator juga dapat membantu dalam mengawal disiplin para pelajar
dengan baik. Di dalam menghadapi situasi di mana kewujudan murid yang enggan
melibatkan diri di dalam aktiviti P&P,Golongan pendidik seharusnya lebih kreatif dalam
mempelbagaikan aktiviti serta mengajukan pelbagai persoalan sebagai ransangan terbaik
sebagai jaminan keterlibatan aktif murid-murid dalam menemukan idea-idea terbaru.
Melalui teori konstruktif ini kita tidak lagi melihat aktiviti P&P berpusatkan murid.
Implikasi kajian ini kepada guru-guru adalah mereka dapat mempelbagaikan pendekatan
berpusatkan kepada pelajar seperti pendekatan kontruktivisme. Guru-guru juga akan
mendapat gambaran sebenar bagaimana pendekatan kontruktivisme diaplikasikan dalam
proses pengajaran dan pembelajaran.
Perubahan peranan guru hari ini adalah seiring dengan perubahan strategi pengajaran dan
pembelajaran yang tertumpu dalam bilik darjah. Menurut Mok Soon Sang (2000), untuk
menghadapi cabaran dan tuntutan daripada perubahan strategi perancangan pengajaran
dan pembelajaran yang lebih berkesan, guru hari ini hendaklah sentiasa berusaha
melengkapkan diri dengan mengemas kini ilmu pengetahuan dan kemahiran mengajar
dari masa ke semasa .

5.4.3

Pentadbir sekolah

Kajian ini diharapkan dapat memberi kefahaman secara menyeluruh terhadap pendekatan
kontruktivisme kepada pihak pentadbir sekolah. Kefahaman ini penting kerana corak
pendekatan ini berbeza dengan pendekatan tradisional. Sebagai contohnya dari segi
kawalan kelas. Kelas yang mengikuti pendekatan kontruktivisme ini agak bising dan
seolah-olah guru tidak mengajar di dalam kelas. Kefahaman ini akan mengelakkan salah
anggapan pihak pentadbir kepada guru-guru yang menggunakan kaedah ini untuk
mengajar.
Pihak sekolah perlu selalu mengadakan latihan dalaman kepada guru-guru di dalam
meningkatkan lagi kemahiran kaedah konstruktivisme. Pemantauan dari pihak sekolah
juga perlu dilakukan untuk memastikan kaedah kontruktivisme yang dilakukan oleh guru
berjaya dan mencapai objektif yang ditetapkan.
5.4.4

Kementerian pendididkan

Kepada Kementerian Pendidikan adalah diharapkan dapat menjadi maklumat sokongan


apabila proses penyemakan kurikulum yang diadakan lima tahun sekali dijalankan.
Maklumat ini penting kerana penyemakan yang akan dilakukan nanti akan lebih mantap
dan dapat mencapai hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang bermatlamat
melahirkan insan yang seimbang dari segi (JERI) jasmani, emosi, rohani dan intelek.
Pihak Kementerian Pendidikan perlulah mengeluarkan satu modul pengajaran yang betul
dalam mata pelajaran Matematik KBSM supaya guru dapat mengaplikasikannya dalam
pengajaran dan pembelajaran. Kursus juga perlu dijalankan secara berterusan serta
dipelbagaikan konsepnya supaya guru-guru memperolehi pengetahuan dan kemahiran
konstruktivisme yang secukupnya.
5.5

CADANGAN KAJIAN LANJUTAN

Kajian ini telah dijalankan dengan beberapa batasan kajian. Berasaskan kepada batasanbatasan ini, berikut dicadangkan beberapa kajian lanjutan:

a) Kajian ini hanya melibatkan pelajar-pelajar sekolah menengah yang berada di kawasan
luar bandar.Kajian lanjutan dicadangkan supayah melibatkan pelajar sekolah menengah
yang berada di kawasan bandar dan pinggir bandar dan juga pelajar-pelajar sekolah
rendah. Ini penting dilakukan supaya mendapat kesahan luaran.
b) Kekangan masa, tenaga dan kebenaran pihak sekolah menyebabkan kajian ini boleh
dilakukan dalam masa enam minggu. Kajian yang seelok-eloknya untuk melihat
perubahan pelajar ialah selama tiga bulan. Kajian akan datang seharusnya
memperuntukkan masa yang lebih lama supaya hasil dapatan yang diperolehi lebih tepat.
c) Kajian perlu dibuat ke atas pelajar yang lemah supaya mereka dapat meningkatkan lagi
pencapaian.
d) Kajian ini boleh diteruskan dengan melihat kepada perbandingan pencapaian di antara
pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah konvensional dengan kaedah
konstruktivisme. Dengan ini pengkaji akan dapat melihat perbezaan dan keberkesanan
antara dua kaedah tersebut.
e) Dicadangkan juga agar pengkaji menggunakan kaedah temubual dengan responden
untuk mendapatkan reaksi dari mereka. Cara ini akan memperolehi kenyataan dan
pendapat yang lebih jelas dan menyeluruh.

5.6

RUMUSAN

Bab ini telah memberikan ringkasan kajian, membincangkan dapatan-dapatan kajian,


memberi kesimpulan dapatan kajian, membincangkan implikasi dapatan-dapatan kajian
dan mencadangkan beberapa kajian lanjutan. Dalam bab ini juga, penyelidik telah
merumuskan dan membincangkan keseluruhan dapatan kajian. Hasil kajian mendapati di
dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk matapelajaran matematik tingkatan satu
(1), kaedah yang sesuai digunakan adalah kaedah konstruktivisme berbanding dengan
kaedah

lain.

Di

samping

itu,

segala

cadangan

yang

dikemukakan

dalam

mempertingkatkan keberkesanan pembelajaran ini, dapat diambil perhatian serius supaya

ia dapat meningkatkan lagi pencapaian pelajar. semua pihak harus bekerja keras untuk
mendapatkan hasil yang terbaik.

RUJUKAN

Abd. Ghafar Md. Din (2003). Prinsip dan Amalan Pengajaran. Kuala Lumpur: Utusan
Publication & Distributors Sdn. Bhd.

Ang, H.B. (1999). Konsep dan Kaedah Pengajaran Dengan Penekanan Pendidikan
Inklusi. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.
Atan Long (1982). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka
Bab 12.
Best, J. W. (1981).

Research In Education. 4th ed. Englewood Cliffs, New Jersey:

Prentice-Hall, Inc.
Bloom, B.S. 1981. All Our Children Learning. New York: McGraw-Hill.
Charles A Bragg (2000). Constructivism Learning. Syracuse University.
Cohen, L. dan Manion, L. (1994). Research Methods In Education. London: CroomHelm.
Ee, A. M. (1995). Psikologi Perkembangan : Aplikasi Dalam Bilik Darjah. Petaling
Jaya: Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Esah Sulaiman (2003).

Asas Pedagogi.

Fakulti Pendidikan.

Universiti Teknologi

Malaysia, Johor.
Levine, D. (1985). Improving Student Achievement Through Constructivism Learning
Programs. San Francisco: Jossey-Bass.

Mohamad Najib Abdul Ghafar (1999), Penyelidikan Pendidikan.

Johor Bharu :

Penerbitan Universiti Teknologi Malaysia.


Mohd Majid Konting (1990). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Musa Daia (1992). Kaedah dan Teknik Pengajaran. Cetakan Pertama, Kuala Lumpur:
Badan Bookstore Sdn. Bhd.

Nik Aziz Nik Pa (1999).

Pendekatan Konstruktivisme Radikal Dalam Pendidikan

Matematik. Kuala Lumpur. Penerbit Universiti Malaya.


Sharifah Alwiah Alsagoff (1992). Teknologi Pengajaran. Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Sushkin, N. (1999).[online]Available:
http://carbon.cudenver.edu/~mryder/itc data/construktivism.html
Wan Zah Wan Ali (2000).

Memahami Pembelajaran.

Publications and Distributors Sdn. Bhd.

Kuala Lumpur : Utusan

LAMPIRAN A
BAHAGIAN A : Latar belakang responden
Panduan : Sila tandakan ( ) pada pilihan yang berkaitan.
NAMA : ___________________________________
1. Jantina

Lelaki
Perempuan

2. Tingkatan

Tingkatan 1 Gigih
Tingkatan 1 Tekun
Tingkatan 1 Usaha

3. Gred Matematik UPSR

4. Pendapatan bapa/penjaga sebulan

< RM 1000
RM 1000 RM 1500
RM 1501 RM 2000
RM 2001 - RM 2500
RM 2501 RM 3000
> RM 3000

5. Peruntukan masa dalam mengulangkaji Mata Pelajaran Matematik


Kurang 1 jam

2 3 jam

1 2 jam

3 4 jam

Lebih 4 jam

LAMPIRAN B
SOAL SELIDIK MINAT MURID
TERHADAP MATA PELAJARAN MATEMATIK

Baca pernyataan yang diberi dengan teliti. Gunakan nombor yang diberi untuk mewakili
tahap persetujuan anda bagi pernyataan. Bulatkan nombor berkenaan.
1

Sangat tidak setuju

2.

Tidak setuju

3.

Tidak Pasti

4.

Setuju

5.

Sangat setuju

1. Matematik adalah mata pelajaran yang amat menyeronokkan.

1 2 3 4 5

2. Saya faham segala isi pelajaran yang disampaikan oleh guru.

1 2 3 4 5

3. Saya dapat mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran dengan baik.

1 2 3 4 5

4. Saya dapat mengangati formula dan istilah-istilah matematik dengan bai 1 2 3 4 5


5. Saya dapat menjawab soalan latihan yang diberi oleh guru dengan
baik sama ada secara lisan atau bertulis.

1 2 3 4 5

6. Kaedah mengajar guru yang disampaikan oleh guru amat menarik

1 2 3 4 5

7. Matematik sangat berguna dalam kehidupan seharian

1 2 3 4 5

8. Saya suka belajar mata pelajaran Matematik

1 2 3 4 5

9. Guru mengajar matematik dengan pelbagai cara

1 2 3 4 5

10. Guru menggunakan alat/bahan semasa pengajaran

1 2 3 4 5

LAMPIRAN C
Jadual 4.5 (a): Analisa Keputusan Pra Ujian Markah Ujian Selepas Penggunaan
Kaedah Konstruktivisme
Responden
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35

Kelas Kawalan
56
78
68
78
56
68
56
54
88
78
82
84
76
56
66
68
78
80
56
78
54
76
68
64
76
73
60
60
71
56
68
56
68

Kelas Eksperimen
78
90
88
86
76
74
68
78
90
96
90
94
78
78
84
86
96
86
78
95
78
78
74
74
78
75
74
74
73
78
76
74
76
78
79

Min

68.30

80.8

LAMPIRAN D
Jadual 4.5 (a): Analisa Keputusan Ujian Pos Markah Selepas Penggunaan Kaedah
Konstruktivisme
Responden
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35

Kelas Kawalan
57
78
70
79
59
68
57
55
90
80
84
84
78
60
70
67
79
80
60
78
55
78
70
65
77
75
66
67
74
60
70
58
68

Kelas Eksperimen
80
95
90
88
80
76
70
80
95
95
96
98
80
80
84
86
96
86
80
95
80
80
88
88
84
80
78
78
74
68
74
80
75
78
80

Min

70.18

81.23

LAMPIRAN E
UJIAN POS
SECTION A
Each question below is followed by four possible answers.Choose the correct answer for
each question.

1. Ahmad saves 3480 pictures in the computer. Nina saves 4460 pictures and Selvi saves
1960 pictures. How many pictures do they have altogether?
A. 7940

B. 9800

C. 7640

D. 9900

2. Jamilah has 480 rose plants, 1249 hibiscus plants and 746 carnation plants in her
nursery. Find the sum of flower plants in Jamilahs nursery.
A. 1542

B. 994

C. 2520

D. 2650

3. Puan Siti sold 2400 eggs in the first week, 1380 eggs in the second week and 1969
eggs in the third week. How many eggs did Puan Siti sell altogether?
A. 3780

B. 4369

C. 5749

D. 6749

4.
Type of car
A
B
C
D

Price (RM)
32 645
58 293
108 410
215 110

A company bought 4 cars for its marketing staffs. The cost of the cars are shown in
the table given. Calculate the total amount that the company has to pay.
A. 90938

B. 199348

C. 414444

D. 414458

5. A lorry is carrying a load of fruits made up of 2490 kg of bananas, 1785 kg of


pineapples and 864 kg of rambutans. Find the total mass of the fruits in the lorry.
A. 5133

B. 5155

C. 5141

D. 5139

6. A supermarket sells 850 red and yellow T-shirts altogether. The supermarket sells 152
more red T-shirts than yellow T-shirts. How many yellow T-shirts does the supermarket
sell.
A. 321

B.339

C. 340

D. 349

7. An orchard produced 11525 stalks of orchid, 3583 staiks of roses and 10516 stalks of
carnations. Find the total number of flowers produced by the orchard.
A 20614

B. 25624

C. 26014

D. 29754

8. Mr. Nathan sold 1224 magazines in February and 2234 magazines in March. What is
the total number of magazines sold?
A. 3458

B.1010

C. 2450

D. 3455

9. A lorry carries 1268 durians. Another lorry carries 721 durians. What is the total
number of durians in these lorries?
A. 1989

B. 2346

B. 1987

D. 3344

10. The table shows the number of cards sold in three months.

Month
Card sold

October
103 246

November
214 479

December
77 889

Find the total number of cards sold in the three months.


A. 395641

B. 395461

C. 395614

C. 396541

11. A charity concert was held in the town hall last week. 1459 adults and 928 children
attended the concert. Find the total number of people who attended the concert.
A. 2000

B. 2387

C. 531

D. 1000

12. Asrul has 3192 stamps. His father gave him 5680 stamps on his birthday. Asrul also
received 696 stamps from his uncle. How many stamps does Asrul have now?
A. 8872

B.5676

C. 9568

D.1788

13. . Suria Bakery bakes 4269 muffins and 359 chocolate cakes everday. How many
muffins and chocolate cakes are baked from Monday to Saturday?
A. 27679

B. 27768

C. 27786

D. 27876

14. Moggie has 964 marbles and Mei Ling has 3469 marbles. How many marbles do they
have altogether?
A. 2505

B.4433

C. 4422

D.2345

15.
Town

Male

Female

P
Q

0.81 million
1.52 million

370 512
186 394

The table shows the population in towns P and Q. Find thetotal population of the two
towns.
A. 2886906

B. 2886900

C. 2889606

D. 288890

SECTION B
Answer all the question.
1.
Year
2003
2004
2005
2006

Number of tourists
980 152
0.85 million
1.7 million
875 188

Find the total number of tourists who visited an island from 2003 to 2006.

2. The diagram shows three bottles of marbles. The number of marbles in bottle Z is the
same as the total number of marbles in bottles X and Y.

327

198

Find the total number of marbles in the three bottles.

3. A factory produces 438 932, 389 817, 400 925, and 489 110 compact discs between
May and August. How many compact discs arebproduced by the factory in the four
months ?

4. A factory produced 130 500 and 98 750 tins of milk in January and February
respectively. The number of tins produced in March increased by 60 800 compared to
the number of tin Produced in January and February. How many tin of milk were
produced in the three months?

5. Malik sold 329 buttons on Monday, 435 buttons on Tuesday and 617 buttons on
Wednesday. How many buttons did he sell altogether ?

LAMPIRAN F
UJIAN PRA
SECTION A
Each question below is followed by four possible answers.Choose the correct answer for
each question.

1. Mr. Nathan sold 1224 magazines in February and 2234 magazines in March. What is
the total number of magazines sold?
A. 3458

B.1010

C. 2450

D. 3455

2. Moggie has 964 marbles and Mei Ling has 3469 marbles. How many marbles do they
have altogether?
A. 2505

B.4433

C. 4422

D.2345

3. Puan Siti sold 2400 eggs in the first week, 1380 eggs in the second week and 1969
eggs in the third week. How many eggs did Puan Siti sell altogether?
A. 3780

B. 4369

C. 5749

D. 6749

4. A lorry carries 1268 durians. Another lorry carries 721 durians. What is the total
number of durians in these lorries?
A. 1989

B. 2346

B. 1987

D. 3344

5. Ahmad saves 3480 pictures in the computer. Nina saves 4460 pictures and Selvi saves
1960 pictures. How many pictures do they have altogether?
A. 7940

B. 9800

C. 7640

D. 9900

6. Asrul has 3192 stamps. His father gave him 5680 stamps on his birthday. Asrul also
received 696 stamps from his uncle. How many stamps does Asrul have now?
A. 8872

B.5676

C. 9568

D.178

7. A charity concert was held in the town hall last week. 1459 adults and 928 children
attended the concert. Find the total number of people who attended the concert.

A. 2000

B. 2387

C. 531

D. 1000

8. Jamilah has 480 rose plants, 1249 hibiscus plants and 746 carnation plants in her
nursery. Find the sum of flower plants in Jamilahs nursery.
A. 1542

B. 994

C. 2520

D. 2650

9. A lorry is carrying a load of fruits made up of 2490 kg of bananas, 1785 kg of


pineapples and 864 kg of rambutans. Find the total mass of the fruits in the lorry.
A. 5133

B. 5155

C. 5141

D. 5139

10.
Type of car
A
B
C
D

Price (RM)
32 645
58 293
108 410
215 110

A company bought 4 cars for its marketing staffs. The cost of the cars are shown in
the table given. Calculate the total amount that the company has to pay.
A. 90938

B. 199348

C. 414444

D. 414458

11. Suria Bakery bakes 4269 muffins and 359 chocolate cakes everday. How many
muffins and chocolate cakes are baked from Monday to Saturday?
A. 27679

B. 27768

C. 27786

D. 27876

12. The table shows the number of cards sold in three months.

Month
Card sold

October
103 246

November
214 479

December
77 889

Find the total number of cards sold in the three months.


A. 395641

B. 395461

C. 395614

C. 396541

13. An orchard produced 11525 stalks of orchid, 3583 staiks of roses and 10516 stalks of
carnations. Find the total number of flowers produced by the orchard.
A 20614

B. 25624

C. 26014

D. 29754

14.
Town
P
Q

Male
0.81 million
1.52 million

Female
370 512
186 394

The table shows the population in towns P and Q. Find thetotal population of the two
towns.
A. 2886906

B. 2886900

C. 2889606

D. 2888906

15. A supermarket sells 850 red and yellow T-shirts altogether. The supermarket sells
152 more red T-shirts than yellow T-shirts. How many yellow T-shirts does the
supermarket
sell.
A. 321

B.339

C. 340

D. 349

SECTION B
Answer the question.
1. A factory produced 130 500 and 98 750 tins of milk in January and February
respectively. The number of tins produced in March increased by 60 800 compared to the
number of tin Produced in January and February. How many tin of milk were produced
in the three months?

2.
Year
2003
2004
2005
2006

Number of tourists
980 152
0.85 million
1.7 million
875 188

Find the total number of tourists who visited an island from 2003 to 2006.

3. Malik sold 329 buttons on Monday, 435 buttons on Tuesday and 617 buttons on
Wednesday. How many buttons did he sell altogether ?

4. The diagram shows three bottles of marbles. The number of marbles in bottle Z is the
same as the total number of marbles in bottles X and Y.

327

198

Find the total number of marbles in the three bottles.

5. A factory produces 438 932, 389 817, 400 925, and 489 110 compact discs between
May and August. How many compact discs arebproduced by the factory in the four
months ?

También podría gustarte