Está en la página 1de 1

Pada 23 Februari 2014 yang lepas saya telah mengadakan lawatan ke makmal sains di Maktab Rendah Sains MARA

Transkrian. Lawatan ini diadakan adalah bagi melengkapkan tugasan projek saya dalam subjek SCE3112 Pengurusan Makmal Sains dan Sumber. Saya berpeluang berjumpa sendiri dengan Ketua Jabatan Sains iaitu Encik Rosli bin Ab. Ghani dan pembantu makmal iaitu Encik Abdul Hamid. Mereka telah banyak membantu saya memberi maklumat tentang cara pengurusan makmal sains yang selengkapnya. Dari segi organisasi dan pengurusan makmal sains di MRSM ini, say diberitahu bahawa ianya adalah berbeza dengan sekolah menengah kebangsaan biasa di bawah Kementerian Pelajaran. Apa yang menjadi perbezaannya ialah semua pengurusan makmal sains dan peruntukannya adalah dibawah kawalan pihak MARA dan bukan daripada Kementerian Pelajaran. Jabatan Sains merupakan satu daripada 4 jabatan yang terdapat di MRSM Transkrian. Carta organisasi Jabatan Sains mempunyai 4 unit iaitu Unit Sains teras, Unit Biologi, Unit Fizik dan Unit Kimia. Jabatan ini diterajui oleh Ketua Jabatan dan dibantu oleh 4 orang makmal. guru kanan setiap unit. Makmal sains pula dibantu oleh pembantu-pembantu

También podría gustarte