Está en la página 1de 4

1.

0 PENGENALAN Program Bina Insan Guru ( BIG) merupakan antara mata pelajaran dalam komponen Kursus Wajib yang mesti diikuti oleh semua pelajar yang mengikuti Program Pensiswazahan Guru.Program Bina Insan Guru ini diperuntukkan tiga kredit bersamaan 120 jam interaksi dan program ini direalisasikan dalam empat fasa yang dilaksanakan di tempat-tempat tertentu yang telah dipilih oleh pelajar.Program pertama yang telah dilaksanakan ialah program ceramah yang bertajukKualiti Peribadi Dan Profesionalisme Seorang Guru.Butiran mengenai program ceramah tersebut adalah seperti di bawah: Tempat : Pusat Kegiatan Guru Nilai,Sk. Dato Shah Bandar Abu Bakar Labu Hilir,Negeri Sembilan. Tarikh Masa : 26 Januari 2013 : 8.30 pagi hingga 11.00 pagi

Penceramah:Encik Ismail bin Arshad (Jemaah Nazir Jaminan Kualiti Melaka) Program ceramah seperti tajuk yang telah dipilih adalah amat sesuai dengan profesion keguruan kerana guru berperanan sebagai pembina generasi,pembentuk jati diri dan ikutan kepada masyarakat bermula daripada kanak-kanak hinggalah kepada warga emas.Berdasarkan kepada peranan dan tanggung jawab para guru yang amat berat ini,maka program ceramah seumpama ini amat bersesuaian dilaksanakan agar para guru dapat menyesuaikan diri dalam semua keadaan dan mampu menanggani semua cabaran yang sedia menanti di hadapan bersesuaian dengan era globalisasi sekarang. Melalui ceramah seumpama ini,para guru pasti memiliki kemantapan sahsiah dan kuasa professional yang tinggi dan akan sentiasa bersedia serta mampu menghadapi apa juga cabaran pada masa hadapan.Pendedahan mengenai kualiti peribadi yang mesti dimiliki oleh para guru dan profesionalisme seorang guru amat penting untuk dipamerkan oleh para guru dalam mendidik anak bangsa yang kian banyak cabarannya ketika ini.

2.0 OBJEKTIF Setiap program yang dianjurkan pasti ada objektif bagi jangka masa terdekat yang mesti dipenuhi oleh orang yang melaksanakannya. Program Ceramah yang dianjurkan ini mempunyai objektif yang jelas untuk dicapai.Antara objektif tersebut termasuklah: Bagi membina kemahiran untuk merancang sebarang aktiviti sama ada melibatkan jumlah peserta yang ramai atau sebaliknya.Seterusnya mampu untuk melaksana apa yang telah dirancang dan menguruskannya dari awal hingga ke akhir. Melaksanakan sesuatu aktiviti berasaskan semangat berpasukan yakni sanggup susah dan senang bersama-sama sepanjang tempoh pelaksanaan program.Sikap amanah dan bertanggungjawab adalah tunggak kepada kerja berpasukan tanpa mengira kaum dan jantina seseorang. Untuk meningkatkan nilai keperibadian yang patut diamalkan sepanjang masa dan memupuk nilai profesionalisme seseorang guru setelah mendengar dan memahami isi ceramah yang disampaikan. Membolehkan para guru menghayati nilai-nilai murni keguruan sepanjang masa di samping menghayati akhlak keguruan yang amat penting untuk dipamerkan oleh seseorang guru walau di mana juga para guru berada. Memastikan aktiviti ceramah yang dianjurkan itu dapat membantu para guru yang mengikuti Program Pensiswazahan Guru (PPG) lulus setelah melaksanakan kurikulum yang telah ditetapkan oleh pihak kementerian mengikut tempoh dan masa yang ditetapkan oleh pihak kementerian.

4.0 REFLEKTIF Program ceramah yang dianjurkan ini telah berjaya melatih para guru berusaha untuk merancang suatu program walau pun jarak antara guru adalah jauh sehingga menyukarkan perbincangan dan menentukan perjalanan program.Namun, usaha melalui medium seperti skype,emel,sistem pesanan ringkas(SMS) dan facebook telah memudahkan segala urusan ketika masih di tahap perancangan. Setelah diadakan perbincangan dengan panjang lebar,salah seorang daripada ahli kumpulan telah mencetuskan idea yang bernas untuk mengadakan program ceramah seperti tajuk yang dipilih memandangkan banyak maklumat yang penting berkaitan profesiaon keguruan akan diperoleh melalui ceramah yang dianjurkan.Mulai saat itu,saya dan rakan-rakan telah berusaha menyiapkan kertas kerja yang lengkap.Pengalaman selama berbelas-belas tahun menjadi pendidik telah memudahkan kami menyediakan perancangan kerana telah biasa mengendalikan program di sekolah.Walau pun terdapat percanggahan idea ketika merancang program,kami berjaya mengatasinya melalui perbincangan. Seterusnya segala keperluan seperti cendera hati,pemilihan tempat dan kesesuaian masa telah ditentukan.Terlalu banyak pengalaman yang saya kutip sepanjang tempoh tersebut seperti menyemai sikap bertolak ansur,tidak berkira soal wang ringgit,sanggup bersusah payah dan sebagainya. Selepas bertungkus lumus menyiapkan segala keperluan dan menentukan lokasi,maka terlaksanalah program tersebut pada masa dan tarikh yang ditetapkan.Namun

demikian,sebagaai seorang guru yang professional,saya merasakan perjalanan program tersebut masih boleh diperbaiki lagi.Pada dasarnya ,terdapat beberapa

kekuatan,kelemahan,peluang dan ancaman dalam pengendalian program tersebut.

KEKUATAN Antara kekuatan dalam pengendalian program ceramah tersebut ialah: kerjasama antara pelajar Program Pensiswazahan Guru amat baik.Jarak antara pelajar tidak membatas kerjasama dan mampu diatasi sama ada mengatur pertemuan atau pun berbincang melalui telefon. sikap mengambil berat terhadap tugas yang dipertanggungjawabkan terhadap seseorang juga jelas kelihatan.Apabila senarai tugasan diemelkan,masing-masing menjalankan tugas dengan dedikasi. nilai pemurah juga amat jelas terdapat dalam kalangan kumpulan kami.Semua yang terlibat dalam program ini sanggup member sumbangan bagi menyediakan kudapan dan cendera hati untuk disampaikan kepada penceramah. sikap menepati masa amat ketara diamalkan oleh ahli kumpulan.Semua yang terlibat dalam program ini telah berada di tempat yang ditentukan setengah jam sebelum program bermula bagi menanti kehadiran penceramah. para pelajar juga telah mempamerkan sikap yang baik sepanjang program berlangsung dengan member tumpuan terhadap isi ceramah yang disampaikan.Ini telah memudahakan penceramah untuk menyampaikan isi ceramahnya.

KELEMAHAN

También podría gustarte