Está en la página 1de 10

“ ISU MASALAH KUALITI AIR DI MALAYSIA“

© SEPTEMBER 2009
Hak Cipta Terpelihara

RICKY MARDEN
C 5305 Kejuruteraan Bekalan Air dan sisa
Politeknik Kota Kinabalu
© September 2009
Hak Cipta Terpelihara

1
Isi kandungan

Perkara m/s

Pernyataan tajuk 1

A. Isu yang dipilih 2

B. Kaedah Yang Boleh Diambil 5


Bagi Mencegah dan Mengawal

C. Tanggungjawab Yang Boleh 6


Diambil Oleh Masyarakat dan Pihak Berkuasa

D. Perkaitan Isu Yang Dipilih 7


Dengan Ujian Baki Klorin dan Ujian Bakteria

E. Kesimpulan 9

F. Rujukan 10

2
A. Isu yang dipilih

Keratan 1 . Isu masalah kualiti Air 1

Sebatang sungai yang wujud di sesebuah kawasan kebiasaannya menjadi


tumpuan utama untuk dijadikan kawasan petempatan. Jika dilihat secara keseluruhan,
sejak permulaan kehidupan manusia, sungai telah memberikan banyak jasa kepada
kehidupan sejagat. Apa tidaknya, ia bukan sahaja membekalkan sumber makanan,
malah ia telah dikaji dan membolehkan ia digunakan untuk penjana elektrik.

Namun apa yang berlaku, jasa baik sungai tidak lagi dimanfaatkan sebagai
kemudahan kita. Sungai telah disalahpakai oleh kehidupan manusia.

Mengulas kejadian yang berlaku pada Keratan 1, Sungai Serai pada mulanya
digunakan punca utama penduduk sekeliling. Dahulunya, sungai tersebut di gunakan
sebagai punca utama sumber minuman harian, namun apa yang tinggal hanyalah
sebuah sejarah. Daripada isu yang berlaku dalam keratan ini, kita boleh mendapati

3
punca utama yang melanda Sungai Serai ialah berpunca kegiatan manusia yang
tidak bertanggungjawab. Melalui kenyataan pada keratan akhbar tersebut, Sungai
Serai di Hulu Langat ini dijadikan tempat untuk mencuci pasir dan ini telah berlarutan
sehingga 7 tahun. Bayangkan selama 7 tahun ia digunakan sebagai kawasan mencuci
pasir, apakah nasib yang akan ditimpa oleh penduduk Hulu Langat yang berdekatan
dengan Sungai Serai. Apa yang dilhat sini, aktiviti mencuci pasir ini telah menjejsakan
kualiti air mentah di negara kita.

Walaubagaimana pun, masalah kualiti air yang melanda Sungai Serai


seharusnya tidak dilihat pada satu pandangan sahaja. Seharusnya ia juga dilihat
kepada punca lain yang boleh menyebabkan masalah kualiti air terjejas. Antara punca
lain yang boleh menjejaskan kualiti air ialah ;

a) Aktiviti manusia (*Selain mencuci pasir) ;


• Pembangunan tanah yang kurang mengambilkira pemeliharaan alam sekitar
• Pembalakan
• Pertanian
• Perumahan
• Industri
• pencerobohan rizab sungai
• perlombongan

b) Sisa buangan
• Sisa buangan domestik ; sampah sarap daripada kawasan perumahan,
perkampungan, setinggan dan lain-lain penempatan.
• sisa buangan racun/kimia ; dari kawasan pertanian dan industri serta
kumbahan yang tidak dirawat dengan sempurna.
• buangan minyak daripada bengkel-bengkel kenderaaan,
• buangan daripada pasar basah/restoran/gerai,

4
B. Kaedah Yang Boleh Diambil Bagi Mencegah dan Mengawal

Masalah kualiti air ini seharusnya dikawal dan dicegah bagi mengekalkan
ekosistem di dalam negara. Dalam mengatur langkah yang tepat, satu langkah yang
paling utama yang seharusnya dilakukan ialah kajian semasa. Apabila kajian semasa
dilakukan, kita bukan sahaja menemui langkah pengawalan dan pencegahan, malah ia
membolehkan kita menambahkan pengetahuan dan pada kemungkinan yang lain kajian
tersebut menemukan kita kepada ubat-ubatan atau pun bahan ganti lain kepada
sumber lain.

Berikut merupakan antara kaedah yang boleh diambil;


a) Semua punca yang menghasilkan pencemaran perlu membina sistem
rawatan bagi memenuhi had piawaian yang dicadangkan iaitu;-
• Parameter PH -Had piawaian 5.5 - 9.0
• Parameter BOD mg/l -Had piawaian 50
• Parameter COD mg/l -Had piawaian 100
• Parameter SS mg/l - Had piawaian 100

b) Semua industri yang menghasilkan pencemaran air perlu menyediakan alat


kawalan pencemaran bagi merawat pencemaran air supaya memenuhi had
piawai yang ditetapkan.
c) Semua kawasan perumahan perlu menyediakan sistem rangkaian logi
rawatan kumbahan berpusat dan merawat kumbahan yang terhasil.
d) Air basuhan dari semua aktiviti perniagaan yang menghasilkan pencemaran
air seperti kompleks menjala makanan, restoran, kedai makanan dan
sebagainya perlu dikumpul dan dirawat sebelum melepaskan air basuhan
ke dalam parit.

5
C. Tanggungjawab Yang Boleh Diambil Oleh Masyarakat dan Pihak Berkuasa

Selain mengatur langkah secara umum bagi mencegah dan mengawal masalah
ini, pendekatan yang lebih baik dapat dilakukan bagi melihat pendekatan menangani
masalah pada tanggungjawab oleh masyarakat dan pihak berkuasa.

Dalam konteks masyarakat ; pendekatan yang boleh dilakukan ialah dengan


menjalankan gotong-royong sekeliling kawasan sungai bagi mengekalkan daya
tarikan pada sungai dan sumber asli yang ada pada sungai. Pendekatan seterusnya
ialah dengan mewujudkan satu jawatankuasa perlindungan sungai. Wujudnya
jawatan kuasa perlindungan sungai, satu rangka perancangan perlindungan kawasan
sungai akan ada dan ini menunjukkan kemampuan kita untuk menjaga sungai kita
sendiri. Pendekatan seperti mewujudkan satu jawatankuasa sungai dapat dilakukan
pada perumahan/perkampungan /petempatan berdekatan dengan sungai

Tanggungjawab yang boleh digalas oleh pihak berkuasa ialah dengan


memperketatkan lagi sistem undang-undang perlindungan sungai sekaligus
mengenakan saman atau denda yang sangat berat kepada pesalah bagi.

6
D. Perkaitan Isu Yang Dipilih Dengan Ujian Baki Klorin dan Ujian Bakteria.

Sebelum menggunakan sesuatuu sumber air sebagai kegunaan, adalah baiknya


sumber air tersebut diuji bagi mengetahui keadaannya lebih-lebih lagi sekiranya air
mentah tersebut digunakan sebagai kegunaan domestik. Seperti Sungai Serai,ia turut
digunakan oleh penduduk yang berdekatan sebagai punca bekalan air minum, adalah
sebaik-baiknya air tersebut ujian kualiti air dilakukan setelah ia telah dicemari oleh
aktiviti mencuci pasir.

Ujian kualiti air yang digunapakai ialah ujian baki klorin dan ujian bakteria.
Sebenarnya, ujian kualiti air ini adalah bertujuan memastikan semua air yang
dibekalkan/digunakan cukup jernih dan diklorinkan sepenuhnya, untuk memastikan
bahawa kualiti air mentah dan air terawat/bersih diperiksa oleh pemeriksa bakteriologi
setiap selang masa yang ditetapkan dan untuk memastikan bahawa punca atau potensi
pencemaran diketahui.

Ujian Baki Klorin

i. Tujuan utama ialah mendapatkan bacaan klorin bebas dan klorin bergabung dari
sampel sumber air sungai Serai dengan menggunakan kaedah titratan atau
menggunakan radas iaitu alat perbandingan Lovibond.
ii. Klorin digunakan meluas sebagai bahan pembasmi kuman kerana ia sangat
berkesan pada kepekatan yang rendah dan juga meninggalkan baki dalam air
jika dos yang mencukupi dikenakan.

7
Ujian Bakteria

Kaedah untuk menentukan bakteria(menentukan paras pencemaran sesuatu air)


Dua kaedah:

1. kaedah kiraan plat agar ;


o digunakan menentukan sama ada bakteria atau tidak di dalam suatu sampel air
o kelemahan;tidak dapat membezakan kumpulan sesuatu bakteria yang hadir.

2. Kaedah nombor paling mungkin(MPN)


o kaedah biasa dilakukan bagi menentukan bilangan koliform yang hadir dalam
sampel.
o bertujuan :menentukan kualti air yang terdapat parameter
mikrobiologi(bakteria,virus,protozoa,alga & fungi)

8
E. Kesimpulan

Secara keseluruhannya, masalah kualiti air di dalam keratan akhbar ini


merupakan satu masalah yang seharusnya di selesaikan dengan segera. Sekiranya
masalah ini berlarutan, bukan sahaja kita akan kekurangan sumber bekalan air mentah,
malah akan memburukkan keadaan semasa negara kita dan sekaligus menambahkan
buruk lagi tahap pencemaran di negara kita.

Walaupun kita telah menggariskan langkah dan apa jua kaedah yang harus
diambil dalam mengatasi masalah, namun jika dilihat di perspektif yang berbeza
komitmen awal kita harus dipupuk iaitu dalam diri kita masing-masing. Melalui
memupuk nilai cinta akan alam sekitar, kita sendiri akan bertindak sebagai pelindung
dan penjaga alam sekitar, iaitu melaporkan setiap aktiviti yang boleh menjejaskan kualiti
air mentah di negara kita dan lebih dekat lagi dengan tidak sengaja membuang apa
juga jenis buangan ke dalam sungai.

Maka, seharusnya kita melantik diri kita sebagai rakan alam sekitar dan
menunjukkan keprihatinan kita terhadap alam sekitar. Jagalah kebersihan alam sekitar
kita.

9
F. Rujukan

i. Sungaijuru.com
ii. Doe.gov.my
iii. Modul kejuruteraan bekalan air dan air sisa C5305

10

También podría gustarte