Está en la página 1de 117

BMZ 1034 PENGANTAR BAHASA MELAYU

SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

PPISMP SEMESTER 1 AMBILAN JUN 2013 / PENDIDIKAN KHAS


ENCIK ISHAK BIN IBRAHIM

1.1.1 Konsep Bahasa Melayu

(a) Definisi Awal Istilah Melayu


Istilah Melayu baru dijumpai daripada kesan sejarah. Melayu merujuk orang dan bahasa, iaitu penduduk

peribumi yang mendiami rantau Asia seperti


Semenanjung Malaysia, Malaysia Timur (Sabah dan Sarawak), Singapura, bahagian selatan Thailand dan Brunei.

Istilah ini timbul buat pertama kalinya dalam tulisan Cina pada tahun antara 644 Masihi dengan 645 Masihi.

Tulisan menyebut orang Mo-lo-yeu mengirimkan utusan ke negeri China untuk mempersembahkan hasil bumi kepada raja Cina.

Ada

yang mengatakan Kerajaan Mo-lo yeu

terletak di Semenanjung Tanah Melayu atau di Jambi, Sumatera sempena nama sebatang sungai, iaitu Sungai Melayu.

Sejarah ada mengatakan terdapat satu kerajaan Melayu yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pemerintahan.

Bukti konkrit pertama tentang bentuk dan sifat bahasa Melayu hanya terdapat sejak

tahun 683 Masihi dengan terjumpanya


batu bersurat.

Catatan I-Tsing, pengembara China (Rahib Budha) : Menyatakan bahawa bahasa Melayu telah digunakan secara meluas di Palembang.

Godinho de Erachia, pengembara Portugis : Menyatakan bahawa bahasa Melayu digunakan sebagai lingua franca di Kepulauan Melayu.

Kerajaan Melayu Melaka : Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa perhubungan di Kepulauan Melayu dengan orang asing.

Van Der Tuuk :

Mohd Dahlan Mansoer :


- Perkataan Melayu - Berasal dari nama sebatang sungai iaitu

bermaksud menyeberang.
- Merujuk kepada orang Melayu yang menukar agama HinduBudha kepada agama Islam.

Sungai Melayu.

Pengkaji : - Perkataan Melayu berasal daripada perkataan Jawa Kuno, iaitu mlayu. - mlayu bermaksud mengembara. - Merujuk kepada orang Melayu yang mengembara dari Yunan ke selatan dan mendarat di kepulauan Sumatera.

Definisi Perkataan Melayu Dari Segi Etimologi


Zuber Osman : Catatan pada Batu Bersurat Bukit

- Berasal daripada perkataan


Malaya iaitu kependekan daripada perkataan Himalaya. - Hima bermaksud salji. - Laya bermaksud tempat. - Orang melayu berasal dari pergunungan Himalaya.

Gombak Satu di Sumatera Barat : - Perkataan Malayaputra bermaksud Kota Melayu. - Perkataan Melayu mungkin berasal daripada perkataan Malayputra.

1. Asal usul nenek moyang orang Melayu yang


berasal dari Asia Tengah yang berpindah ke

selatan sejak 2500 Sebelum Masihi.


2. Perpindahan orang Austronesia dalam dua

kumpulan, iaitu Melayu-Proto (2500 SM) dan


Melayu-Deutro (1500 SM) dari daerah Yunan.

3. Pada tahun 1972, UNESCO telah menetapkan istilah bahasa Melayu adalah merujuk kepada suku bangsa Melayu di Semenanjung, Thailand, Indonesia, Filipina dan Madagaskar. 4. Di Malaysia, istilah bahasa Melayu berfungsi sebagai kesatuan bahasa dan bangsa, iaitu bahasa Melayu diwakili oleh bangsa Melayu.

1.1.2 Salasilah Bahasa Melayu

1. Orang Melayu dipercayai berasal daripada induk


Austronesia yang menuturkan bahasa

Austronesia.
2. Para pengkaji telah menggunakan faktor usia untuk menentukan perkembangan bahasa.

3. Rumpun bahasa Austronesia telah tersebar luas dari Formosa (utara) hingga ke New Zealand (selatan) dan dari Madagaskar (barat) hingga ke Kepulauan Easter (timur).

Cabang kelompok bahasa yang berumur kurang daripada 2500 tahun

Rumpun kelompok bahasa yang berumur antara 2500 hingga 5000 tahun

ISTILAH PENTING
Bahasa sekeluarga bahasa yang ada persamaan dari segi Filum kelompok bahasa besar yang berumur 5000 tahun

pembentukan kata, bunyi dan


golongan kata

4. Pemeringkatan bahasa telah dibahagikan kepada 3 iaitu filum, rumpun, dan keluarga bahasa.

Contoh : Filum
Rumpun

Austris
Austronesia

Cabang
Golongan

Nusantara
Sumatera

Bahasa

Melayu

5. Bahasa Austronesia merupakan satu rumpun bahasa dalam satu keluarga besar iaitu filum bahasa Austris. 6. Rumpun lain dalam filum ini ialah rumpun Austroasia dan rumpun bahasa Tibet-China.

7. Rumpun Bahasa Austronesia terbahagi kepada 4 keluarga, iaitu kumpulan bahasa di Kepulauan Melayu (Nusantara), kumpulan bahasa Polinesia (antaranya bahasa Hawaii, Tonga dan Maori), kumpulan bahasa Melanesia (antaranya bahasa di kepulauan Fiji, New Caledonia dan Irian) dan bahasa Mikronesia (antaranya bahasa di Kepulauan Mariana, Marshall, Corolina dan Gibert).

Rumpun Bahasa Austroasia

Rumpun Bahasa Tibet-China

Rumpun Bahasa Austronesia

Cabang/ keluarga Nusantara/Indonesia

Cabang/ keluarga Mikronesia

Cabang/ keluarga Melanesia

Cabang/ keluarga Polinesia

Sumatera

Kalimantan

Jawa

Bali-Sasak

Melayu

Acheh

Minang

Batak

8. Cabang Nusantara mempunyai jumlah bahasa paling banyak, iaitu kira-kira 200-300 bahasa, iaitu terdiri daripada golongan tertentu seperti : (a) Golongan Sumatera : Acheh, Melayu, bahasa bahasa Batak (Karo, Anloka Mendailing), Minangkabau, Nias, Lampung. (b) Golongan Kalimantan : Iban, Kenya-Kayan dan Melanau.

(c) Golongan Jawa : Sunda, Jawa dan Madura.


(d) Golongan Bali-Sasak : Bali, Sasak dan Sumbawa.

(e) Golongan Filipina : Tagalog, Iloko, Bikol, Bisaya,


Sulu, Pulau dan Tombulu.

(f) Golongan Gorontolo : Gorontolo, Bulanga, Kaiipan


dan Buol.

(g) Golongan Tomini : Tomini, Tolitoli, Tinombo,


Umalasa, dan Dampelasa.

(h) Golongan Toraja : Kaili, Baree dan Wotu. (i) Golongan Loinang: Loinang dan Banggai. (j) Golongan Bunku-Laki : Laki, Landawe, Mori dan Mapute. (k) Golongan Sulawesi Selatan : Makasar, Bugis, dan Seko. (l) Golongan Muna-Butung : Muna-Butung, Butung

Selata Kerompa, dan Wolio.

(m) Golongan Bima-Sumba : Bima, Manggarai, Timur, Alor, Roti, Solor,

Kroe dan Kupang.


(n) Golongan Ambon-Timur : Sula, Bacon, dan

Taliabo.
(o) Golongan Halmehara Selatan-Irian Jaya :

Halmahera Selatan, Nufur dan Kowiai.

9. Penelitian menunjukkan bahasa-bahasa itu mempunyai asas yang sama.

10. Banyak perbendaharaan kata sama tetapi


disebut dengan bunyi atau intonasi yang

berlainan.
11. Bahasa Melayu tergolong dalam cabang Nusantara, iaitu satu daripada kira-kira 200 bahasa dalam cabang Nusantara.

(a) Bilangan penutur asalnya sederhana. (b) Sejarah membuktikan bahasa Melayu telah menjadi

lingua franca daerah Kepulauan Melayu dan bahasa


orang-orang pendatang seperti pedagang Eropah,

Asia Barat, pengembara China dan India.


(c) Bahasa Sanskrit digunakan dengan meluas. Menurut Ismail Hussein, melalui pengaruh bahasa Sanskrit, bahasa Melayu mengalami evolusinya yang pertama.

Digunakan oleh masyarakat bangsawan, orang yang terpelajar dan ahli agama sahaja. Masyarakat biasa tidak menguasainya

Dihormati oleh semua masyarakat

KEISTIMEWAAN BAHASA SANSKRIT

Bahasa kebudayaan yang paling penting

Dianggap satu daripada dua bahasa sarjana India kuno di samping bahasa Veda

Tidak ada perbezaan taraf

Dapat dibentuk untuk sebarang keperluan

Faktor Bahasa Melayu Menjadi Bahasa Lingua Franca


Senang untuk dipelajari

Bersifat sederhana

1.1.3 Hipotesis Tentang Tempat Asal Bangsa dan Bahasa Melayu

(a) Kawasan Asia Tengah


1. Hipotesis pertama mengatakan bahawa orang Melayu berasal dari bahagian selatan China. 2. Penghijrahan yang berlaku dari bahagian selatan China telah menurunkan kelompok Melayu. Kelompok Melayu pertama sampai ke kawasan Nusantara dinamakan Melayu Proto. Kelompok ini dikatakan menduduki Nusantara sekitar tahun 2000 SM.

3. Pada tahun 1500 SM, kelompok Melayu kedua telah sampai di Nusantara dan dikenali sebagai Melayu-Deutro. Kemasukan kelompok kedua ini

menyebabkan kelompok Melayu-Proto berundur


ke hutan dan pergunungan.

4. Golongan Melayu-Deutro telah mewariskan

golongan Melayu moden. Mereka lebih pandai


daripada Melayu-Proto.

5. Melayu-Deutro mempunyai kemahiran dalam


bidang pelayaran dan mereka membuka petempatan di persisir pantai.

6. Walau bagaimanapun, terdapat percanggahan daripada segi bukti arkeologi yang mengatakan kelompok Melayu bukan berasal dari selatan China. 7. Setelah dibuat penelitian, didapati tiada satu pun persamaan dari segi bahasa pertuturan dan kebudayaan yang asas antara penduduk selatan China dengan rumpun Melayu di alam Melayu.

(b) Kawasan Nusantara


1. Asal usul orang Melayu, iaitu penutur asli bahasa Melayu masih kabur.

2. Secara kasar, latar belakang dan pergerakan


masyarakat Melayu kuno, iaitu melalui nenek

moyang orang Melayu.

3. Antara sarjana yang aktif mengkaji asal usul bahasa Melayu ini ialah Hendrik Kern, Von Heine-Geldem, Nicolaas J. Krom, Van Ronkel, N.H. Kerne, Hallander, dan Reinhold Rost. 4. Antara teori mengatakan penutur bahasa Melayu berasal daripada golongan manusia yang diberi nama Austronesia.

TEORI AWAL
1. Teori Von Heine-Geldern mengatakan bahawa orang Melayu dan bahasa Melayu mempunyai hubungan rapat dengan orang-orang Mon-Khmer.

Sejarah bahasa orang Melayu, iaitu sekitar Khmer


atau Kemboja.

2. Teori Hendrik Kern pula mengatakan bahawa orang Melayu berasal dari Tanah Tinggi Yunan. Teori ini lebih diterima umum. Orang Melayu dikatakan berasal dari daerah Yunan di China Selatan yang mengembara ke selatan melalui beberapa gelombang pergerakan manusia dan menduduki wilayah Asia Tenggara kira-kira 2500 hingga 1500 tahun SM.

3. Gelombang pergerakan pertama, iaitu golongan Melayu-Proto yang berlaku sejak

tahun 2500 SM. Mereka mendiami


kawasan pinggir sungai dan hutan yang subur.

Gelombang pergerakan kedua, iaitu


golongan Melayu-Deutro kira-kira dalam tahun

1500 SM. Mereka mendiami kawasan pesisir


pantai.

TEORI TERBAHARU
1. Tempat asal orang Melayu ialah Pulau Borneo. 2. Dari Pulau Borneo mereka merebak menjadi 3 kelompok besar melalui 3 arah, iaitu ke Barat (arah ke Sumatera Utara), ke Timur Laut (menghala ke Kepulauan Filipina dan Taiwan) dan ke Barat Daya (Sumatera Selatan dan Jawa Barat).

3. Perjalanan mereka dibuat secara beransur ansur, mengikut jalan laut sehingga membawa mereka ke Filipina, Guam sehinggalah ke Kepulauan Mikronesia, Malenesia dan Polinesia.

4. Orang-orang Melayu-Deutro ini pada mulanya mempunyai bahasa yang sama untuk berkomunikasi namun bahasa tersebut berkembang menjadi bahasa yang berlainan kerana mereka terpisah dengan kumpulan yang lain. Bahasa asal mereka mengalami perubahan kerana menerima pengaruh luar disebabkan keperluan setempat dan corak ekonomi.

5. Perkembangan bahasa yang berbeza-beza itu menyebabkan bahasa yang asal melahirkan bahasa atau dialek yang berlainan. Penelitian menunjukkan walaupun bahasa-bahasa itu berbeza-beza, tetapi mempunyai asas yang sama.

6. Ahli bahasa telah membahagikan perkembangan bahasa Melayu kepada tiga tahap utama iaitu:

(a) Bahasa Melayu Kuno

(b) Bahasa Melayu Klasik


(c) Bahasa Melayu Moden

1.2.1 Konsep Bahasa Melayu Kuno

1. Sebelum kedatangan pedagang India ke

Kepulauan Melayu, bahasa yang digunakan oleh


masyarakat setempat dikenali sebagai Bahasa Melayu Purba. 2. Bahasa ini kemudiannya dinamakan Bahasa

Melayu Kuno setelah mendapat pengaruh India.

3. Bahasa Melayu Kuno mencapai kegemilangannya dari abad ke-7 hingga abad ke-13 pada zaman kerajaan Sriwijaya sebagai lingua franca dan bahasa pentadbiran.

TIDAK TERIKAT KEPADA PERBEZAAN SUSUN LAPIS MASYARAKAT

MEMPUNYAI SISITEM YANG LEBIH MUDAH BERBANDING BAHASA JAWA

FAKTOR BAHASA MELAYU KUNO DITERIMA RAMAI

MUDAH MENERIMA PENGARUH LUAR

BERSIFAT SEDERHANA

1.2.2 Ciri-Ciri Bahasa Melayu Kuno

(a) Sistem Tulisan dan Ejaan


1. Pengaruh daripada bahasa Sanskrit terutama dari segi kata pinjaman. Hal ini demikian kerana bahasa Melayu tidak mempunyai perkataan yang sesuai untuk memperkatakan konsep baharu yang dibawa oleh kebudayaan asing.

2. Batu bersurat awal yang dijumpai semasa pemerintahan kerajaan Sriwijaya ini menggunakan tulisan Pallava. 3. Tulisan Pallava merupakan tulisan India Selatan purba yang digunakan untuk penyebaran agama Hindu.

4. Tulisan lain yang digunakan dalam bahasa Melayu Kuno ialah tulisan Kawi yang bermaksud penyair dalam bahasa Sanskrit . Tulisan Kawi pada peringkat awal ditulis pada daun lontar dan kemudian diukir pada batu. 5. Tulisan Nagiri berasal dari utara India dan tulisan ini digunakan pada Batu Bersurat Gandasuli.

1. Bahasa ini menggunakan fonem [w] / geluncuran [w] pada

beberapa perkataan yang sekarang menggunakan fonem b] /


letupan bibir [b]. Contohnya :
wulan (bulan), wuat (buat), wuat (buat) wuluh (buluh), watu (batu), wunuh ( bunuh)

2. Bahasa ini tidak mempunyai e pepet. Contohnya :


dgan atau dangan (dengan), lapas (lepas)

3. Awalan ber- muncul sebagai mar-. Contohnya :

marlapas (berlepas), marwuat (berbuat)

4. Awalan di- sebagai ni-. Contohnya:

nitanam (ditanam), niwuat (dibuat) niwunuh (dibunuh)

5. Awalan per- sebagai par-. Contohnya :


parwuat (perbuat)

6. Banyak konsonan diucapkan dan dieja dengan aspirasi seperti bh, ph, dh dan kh. Contohnya :
bhumi (bumi), dhuka (duka), khita (kita), sukhacitta (sukacita)

7. Penggunaan fonem [h] / bunyi [h] dalam perkataan. Contohnya :


sahaya (saya), tuha (tua), samuha (semua)

8. Fonem [n] untuk perkataan menggunakan fonem konsonan gabungan [ny]. Contohnya :
wuahna (buahnya), wuatna (buatnya)

1.2.3 Bahan Bukti

1. Bekas tulisan yang dijumpai di kaki-kaki gunung berdekatan Bogor dan di daerah Tanjung Periuk berdekatan Jakarta sejak tahun 450 Masihi. Tulisan pada batu-batu tersebut didapati sama ada dalam bahasa Jawa Kuno atau Sanskrit.

2. Batu-batu bersurat yang menggunakan bahasa Melayu bertarikh sekitar abad ketujuh, kesemuanya diturunkan dalam huruf Pallava dan membuktikan kewujudan bahasa Melayu kuno. Batu-batu bersurat tersebut ialah :

- Ditemukan oleh L.C.Westenek pada tahun 1920. - Mempunyai 14 baris ayat yang dipahat. - Batu bersurat ini turut mengandungi doa supaya hasil pertanian dan ternakan rakyat mendapat hasil yang

banyak.

- Ditemui oleh J.K.Van Der Meulen - Mengandungi 10 baris ayat.

- Banyak perkataan Melayu yang masih digunakan


sehingga kini seperti aku, batu, banyak, bunuh. - Batu bersurat ini lebih berbentuk piagam persumpahan daripada pemerintah Sriwijaya terhadap kerajaan di Pulau Jawa.

- Dijumpai oleh L. Berkhout.


- Pada batu bersurat ini tertulis sesiapa yang memusnahkan batu yang dipasang ini akan dibunuh dan dihukum segera. Persumpahan ini telah diumumkan dan telah dipahatkan di perbatasan sewaktu tentera Sriwijaya dihantar menakluk bumi Jawa yang tidak tunduk kepada Sriwijaya.

1.3.1 Konsep Bahasa Melayu Klasik

1. Selepas mengalami zaman bahasa Melayu kuno, bahasa Melayu memasuki zaman baru, iaitu

zaman bahasa Melayu klasik.


2. Zaman Melayu klasik bermula antara abad ke-14

hingga abad ke-19. Bahasa Melayu klasik


mencapai kegemilangannya pada 3 zaman iaitu kerajaan Melayu Melaka, kerajaan Acheh dan kerajaan Johor-Riau.

3. Bahasa Melayu mencapai keagungannya pada zaman Melaka kerana pengaruh politik Melayu

yang memudahkan penyebarannya. Bahasa


Melayu digunakan sebagai alat penyebaran

agama Islam dan perkembangan pesat tulisan


Jawi dan perbendaharaan kata Arab dalam

bidang kesusasteraan sejarah dan undang undang.

4. Bahasa Melayu klasik berperanan sebagai bahasa perantaraan atau lingua franca.

Buktinya :
(a) Francois Valentijn, pendeta dan ahli sejarah

Belanda pada awal abad ke-18 mencatatkan


bahawa bahasa Melayu dituturkan secara

meluas di Kepulauan Melayu yang mana


tidak ubah seperti bahasa Perancis atau bahasa

Latin di Eropah.

(b) Daftar Kata Melayu-Itali yang disusun oleh Antonio Pigafetta pada tahun 1521 membuktikan bahasa Melayu sebagai bahasa lingua franca. Penyusunan daftar kata ini memudahkan hubungan perdagangan antara

orang Barat dengan penduduk tempatan dan


daftar kata ini disusun berdasarkan bahasa

yang dituturkan oleh penduduk di Pulau Tidore.

(c) Catatan Jan Huygen Van Linschotten, rakyat Belanda yang pernah tinggal di Indonesia antara tahun 1586-1592. Catatannya ialah bahasa Melayu bukan sahaja harum namanya tetapi juga dianggap antara bahasa Timur lain yang paling dihormati sehingga sesiapa yang tidak mengetahui bahasa ini disamakan dengan orang yang tidak tahu bahasa Perancis di Belanda ketika itu.

1.3.2 Perkembangan sistem Tulisan dan Ejaan

1. Sistem tulisan masih menampakkan pengaruh kebudayaan India dan masih menggunakan huruf yang berasal dari India.

Contohya pada Batu Bersurat Pagar Ruyung


dan Batu Bersurat Minye Tujuh, Acheh.

2. Sistem tulisan berubah sedikit demi sedikit

apabila kebudayaan Islam mula bertapak.


Bahasa yang diigunakan ialah bahasa Arab,

tulisan Arab berbentuk Kufi. Contohnya pada


Batu Bersurat Pekan, Pahang dan Batu

Bersurat Wilayah Phanrang, Champa.

3. Tulisan Arab mula digunakan dalam bahasa Melayu, iaitu tulisan Jawi yang terdapat pada Batu Bersurat di Sungai Teresat, Terengganu (1303 M). 4. Tulisan Jawi ialah sistem tulisan yang menggunakan abjad Arab dan enam abjad tambahan ciptaan orang Melayu. Sistem tulisan ditulis dari kanan ke kiri dan tidak mempunyai huruf besar atau huruf kecil. Bentuk huruf akan berubah apabila ditulis secara tunggal atau bersambung.

Banyak menggunakan partikel pun dan lah

CIRI-CIRI BAHASA MELAYU KLASIK

Ayat panjang, berbelit-belit dan menggunakan ayat pasif

Banyak menggunakan perkataan perdu (kata pangkal ayat) seperti alkisah, hatta

Menggunakan bahasa istana seperti tuanku, baginda, bersiram dan mangkat

Banyak menggunakan ayat songsang

1.3.3 Fungsi Bahasa Melayu Klasik

(A) LINGUA FRANCA - Bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa perdaganagan. - Menjadi bahasa pertuturan masyarakat sehari-hari kerana sifatnya yang lebih mudah dipelajari.

(B) BAHASA PENTADBIRAN - Digunakan dalam pentadbiran menerusi

pelaksanaan undang-undang.
- Pemerintah juga menggunakan bahasa

Melayu klasik untuk berinteraksi dengan


masyarakat.

(C) BAHASA ILMU (AGAMA) - Perkembangan agama Islam meningkatkan status bahasa Melayu klasik.

- Tulisan Jawi tersebar.

(D) BAHASA PERSURATAN - Raja-raja Melayu mengirim surat kepada pembesar atau pedagang luar menggunakan tulisan jawi.

(E) BAHASA UNDANG-UNDANG


- Hukum kanun Melaka dan Hukum Kanun

Pahang ditulis dalam tulisan Jawi.


- Bukti bahawa bahasa Melayu klasik

digunakan dalam undang-undang.

1.4.1 Konsep Bahasa Melayu Moden

Bermula abad ke19 dan ke-20.

KONSEP BAHASA MELAYU MODEN

Berasaskan kepada pembaharuan oleh Abdulah bin Abdul Kadir Munsyi (Abdulah (abdulah Munsyi).

Melalui karya Kitab Adat Segala Rajaraja Melayu

Segala Negeri (1837) Hikayat Abdulah (1838) Kisah Pelayaran Abdullah ke Kelantan (1838) Kisah Pelayaran Abdulah ke Jeddah (1854)

1.4.2 Perkembangan Sistem Tulisan dan Ejaan

Wilkson (1940)

Sistem Ejaan Zaba (1949)

Sistem Ejaan Kongres / Asas 50 (1956)

Sistem Ejaan Baharu (1972)

Sistem Ejaan Malindo (1959)

Sistem Ejaan PBMUM (Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya) (1960)

1.4.3 Fungsi Bahasa Melayu Moden

Perpaduan atau solidariti dapat ditafsirkan sebagai satu proses yang menyatupadukan rakyat dan seluruh masyarakat dan negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan bangga akan tanah air iaitu selaras dengan konsep 1 Malaysia. Bahasa yang menjadi lambang penyatuan suara yang digunakan sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia yang berfungsi sebagai alat menyatupadukan rakyat yang berbilang kaum dalam sesebuah negara.

Bahasa Melayu tetap mempunyai peranan sebagai bahasa ilmu dalam dunia abad ke-21. Namun, kejayaan bahasa Melayu dalam tugas ini amat bergantung kepada kesediaan pengamal bahasa Melayu untuk menggunakan bahasa tersebut sebagai bahasa ilmu. Peranan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu pengetahuan moden akan tetap kekal berfungsi walaupun bahasa Inggeris turut digunakan untuk menimba ilmu. Jika rasa megah terhadap bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu tidak ada, lama-kelamaan fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu akan berkurangan.

Tetapi, kerana orang Melayu memang optimistik sifatnya, potensi bagi bahasa Melayu untuk kekal sebagai bahasa ilmu amat cerah.

Dijadikan sebagai bahasa komunikasi atau bahasa perhubungan antara rakyat jelata kerana bahasa itu dapat dipelajari dengan senang

Bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan dan bahasa perhubungan rakyat jelata

Menjadi fungsi pembinaan jati diri akan tetap dimainkan oleh bahasa ini kerana pembinaan jati diri mempunyai ikatan yang erat dengan emosi

1.5.1 Latar Belakang Pengaruh Bahasa Asing dalam Bahasa Melayu

Bahasa tertua yang dipinjam oleh Bahasa Melayu ialah bahasa dari India, iaitu Bahasa Sanskrit. Bahasa ini merupakan bahasa elit India yang digunakan oleh golongan istana dan bangsawan. Sanskrit datang menerusi agama dan budaya Hindu yang mendominasi kebudayaan alam Melayu pada lebih 2,000 tahun dahulu. Peminjaman berlaku semenjak abad ke-7 lagi apabila bahasa Melayu kuno menggunakannya untuk keperluan mengungkapkan pelbagai makna dan mesej pada batu-batu bersurat. Pada ketika itu kerajaan Hindu Sriwijaya berada pada puncak kegemilangannya.

Bahasa India lain yang turut menyerap masuk ke dalam bahasa Melayu ialah Bahasa Tamil (bahasa golongan bawahan dari selatan India), bahasa Hindustani, dan bahasa Telegu. Bahasa-bahasa ini datang melalui aktiviti perdagangan di kepulauan Melayu.

Bahasa yang kuat pengaruh dari Asia Barat ialah Bahasa Arab. Kedatangan pengaruh Islam ke Nusantara pada abad ke-13 menyerapkan perbendaharaan katanya ke dalam bahasa Melayu. Bahasa ini menghadiahkan sistem aksaranya yang digunakan oleh bahasa Melayu, dikenali sebagai tulisan Jawi di Malaysia dan tulisan Melayu-Arab di Indonesia. Selain bentuk tulisan, susuk ayat Arab juga terserap dengan ketara dalam penulisan kitab dan kesusasteraan Melayu pada abad ke-16 hingga ke-18. Selain itu, Bahasa Farsi turut dipinjam oleh bahasa Melayu, yang tersebar melalui kegiatan perdagangan. Kehadiran penjajah Barat juga memaksa bahasa Melayu menerima kosa kata bahasa-bahasa dari Eropah. Bahasa-bahasa itu ialah bahasa Portugis, bahasa Belanda, dan bahasa Inggeris. Namun, kosa kata bahasa Inggeris lebih mempengaruhi bahasa Melayu kerana pembudayaan yang mendalam melalui sistem pendidikan, tempoh penjajahan yang panjang semenjak pendudukan di Pulau Pinang sehingga Malaysia mencapai kemerdekaan, dan penerimaan aspek dan bidang moden yang diasaskan oleh tamadun Barat yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai Bahasa Antarabangsa.

Pinjaman juga melibatkan bahasa Cina. Hal ini terjadi kerana pergaulan dengan orang Cina, khususnya melalui perniagaan di Semenanjung Tanah Melayu semenjak pendudukan Inggeris di Pulau Pinang dan penubuhan Negeri-Negeri Selat.

Bahasa Melayu turut menerima pengaruh daripada bahasa Nusantara, iaitu bahasa Jawa, bahasa Sunda, bahasa Bugis, bahasa Sumatera, dan lain-lain lagi. Bahasa-bahasa ini mula dipinjam pada zaman kerajaan Melayu Melaka, kerana pergaulan dan hubungan perdagangan serantau. Bahasa lain di Asia Tenggara yang turut dipinjam ialah bahasa Siam, tetapi sangat kecil.

Keperluan dalam dunia baru terutama dalam hal untuk memberi namanama baru atau istilahistilah baru yang menepati kehendak pengisian masa Untuk memantapkan dan keadaan pada waktu lagi struktur sesuatu itu. bahasa itu. Proses peminjaman FAKTORPerkembangan sebenarnya boleh FAKTOR dalam urusan mendatangkan perniagaan pengukuhan kepada PEMINJAMAN dan bahasa yang BAHASA perdagangan. meminjam. Seterusnya ASING bahasa tersebut akan terus berkembang dan hidup dalam sebarang masa dan keadaan. Faktor psikologi masyarakat peminjam. Masyarakat penutur akan meminjam daripada bahasa yang dianggap lebih tinggi tarafnya daripada bahasa ibundanya sendiri.

Unsur perkataan (kosa kata/ perbendaharaan kata) Bentuk huruf dan sistem tulisan

Peribahasa

UNSUR YANG TELAH DIPINJAM OLEH BAHASA MELAYU

Imbuhan

Sistem bunyi

Pertembungan antara penutur yang menggunakan bahasa yang berlainan boleh berlaku dalam hal-hal seperti di bawah:
Melalui proses peperangan dan penjajahan politik

Melalui aspek pendidikan dan penyebaran agama.

Proses perniagaan dan urusan perdagangan.

Melalui hubungan penjiranan dan persahabatan.

Peminjaman Tulen

Peminjaman Maksud

Peminjaman Kacukan

Peminjaman Pemerian

Peminjaman Perpindahan

Peminjaman Dialek

Peminjaman Kuno

Peminjaman unsur bahasa asing dalam bahasa Melayu memberi kesan kepada sesuatu bahasa terutama apabila berlaku penyesuaian dan perubahan terhadap kosa kata bahasa peminjam. Peminjaman perlu dikawal kerana peminjaman yang berlebihlebihan akan mengakibatkan keaslian bahasa peminjam itu sendiri dan campur aduk struktur akan berlaku.
Pertembungan sesuatu bahasa dengan bahasa yang lain akan mengakibatkan perubahan bunyi atau fonologi, bentuk kata atau morfologi dan bentuk ayat atau sintaksis. Dalam bahasa Melayu, perubahan fonologi berlaku apabila bahasa Melayu bertembung dengan bahasa Arab dan bahasa Inggeris.

1.5.2 Bahasa Sumber Kata Pinjaman

Pedagang-pedagang India yang datang berdagang dengan Tanah Melayu menggunakan bahasa Sanskrit. Paling utama ialah golongan pengembang agama Buddha yang datang untuk mengembangkan agama Buddha di rantau Asia Tenggara ini. Mereka akan menggunakan bahasa Sanskrit.

Arak Gangsa Curiga Bahara


Perdagangan dan Barangan

Angsa Gajah Serigala Jelawat


Haiwan dan Margastua

Selsema Demam Kusta


Penyakit

Desa Maharaja Permaisuri Kota


Kenegaraan

Bumi Bayu Suria Cahaya


Alam Semula Jadi

Anggota Bahu Muka Nadi


Bahagian Tubuh Badan

Bangsa Dara Saudara Isteri


Hubungan Kekeluargaan

Syurga Bidadari Dewa Sakti


Agama dan Falsafah

Cempaka Melati
Bunga dan Tumbuhan

Asmara Bencana Cinta Dusta


Istilah Abstrak

Apabila Islam dianuti oleh golongan kerabat istana dan rakyat Melaka, peminjaman kata-kata Arab mula meresap masuk ke dalam bahasa Melayu. Semasa Melaka di bawah tampuk pemerintahan Sultan Muzafar Syah (1446-1459), Islam diletakkan sebagai asas pemerintahannya. Kesannya, pengaruh bahasa Arab menular masuk bukan sahaja dalam aspek-aspek keagamaaan, tetapi juga meliputi aspek pentadbiran dan kelimuan. Melaka menjadi pusat perdagangan di Kepulauan Melayu. Bahasa Melayu pula memainkan peranan utama sebagai bahasa penyebaran ajaran ajaran Islam. Sistem tulisan yang diperkenalkan ialah tulisan Jawi. Sistem tulisan Jawi pada awalnya menggunakan 30 huruf-huruf Arab, iaiatu daripada alif sehingga ya. Untuk menampung keperluan lidah Melayu, 5 huruf lagi diperkenalkan hasil penyesuaian daripada bahasa Parsi, iaitu huruf ca, nga, pa, ga, dan nya.

Syak Ikhlas Ijtihad Aib


Berkenaan Fikiran dan Perasaan

Islam Iman Rukun Malaikat

Agama

Nahu Surat Jahil Fikir Huruf Kertas Baki

Hukum Hakim Wilayah Sultan


Hukuman dan peraturan

Ilmu

Fitnah Berkat Sihat Kuat

Nahas Roh Kubur Darurat

Haiwan Insan Wajah Wujud

Nikah Muhrim Syukur Martabat


Adat Pergaulan Manusia

Kelakuan

Kejadian

Benda

Agar Pasar Temasya

Ikhtiar Saudagar Takhta

Bazar Syah Andai

Landai Teliti Rapi Bahasa Ragu Sumatera Malahan Teuku

Rogol Sumsum Waras Sumur Bahasa Cerdas Jawa dan Enak Sunda Obor Nona

Bihun Cincau Mi Laici


Makanan

Candu Gincu Kekwa Tahil


Pakaian dan Barang Dagang

Nyonya Samseng Tauke Kongsi


Manusia dan Hal Ehwal

Teko Beca Dacing Loteng


Rumah dan perkakasan

Congkak Poh Toa Cukai


Permainan

Ayah
Nelayan

Macam
Tirai Segala

Cuci
Modal Pinggan

Kedai
Koko

Bangku
Beranda Sepatu

Meja
Gereja Nanas

Bendera
Paderi Minggu

Lampu
Pita Kemeja

Dam

Duit
Sekopong

Pelekat

Kamar

Peluit Laci

Ongkos
Rokok

Senapang

Campur tangan Inggeris di negeri-negeri Melayu banyak membawa kesan kepada kedudukan bahasa Melayu. Bahasa Inggeris dijadikan bahasa rasmi, bahasa pentadbiran, dan bahasa pengantar bidang pendidikan. Orang yang dapat menguasai bahasa Inggeris akan mendapat keutamaan. Keperluan terhadap ilmu dan desakan zaman yang berubah, menyebabkan banyak perkataan bahasa Inggeris menyerap masuk ke dalam bahasa Melayu. Pinjaman perkataan daripada bahasa Eropah terutamanya bahasa Inggeris terus berlaku. Hal ini demikian kerana bahasa Melayu memerlukan istilah sejajar dengan perkembangan semasa, terutamanya dalam bidang sains dan teknologi.

..TAMAT..

También podría gustarte