Está en la página 1de 7

Kasih Tidak Bertempat Seperti biasa sebelum aku memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran, aku akan menanda

kehadiran setiap murid. Namun setiap kali aku menanda kehadiran, baru aku terperasan bahawa terdapat satu nama murid yang sering tidak menghadirkan diri. Dalam seminggu, hanya sekali dua sahaja, dia menghadirkan dirinya ke sekolah. Sudahlah begitu, aku dimaklumkan, dia boleh sampai ke sekolah selepas pukul 8.00 pagi sedangkan sesi sekolah bermula jam 7.40 pagi. Akupun mula mengambil tindakan dengan memaklumkan perkara itu kepada Penolong Kanan HEM sekolahku. Aku menjelaskan kepadanya bahawa ada seorang murid ini betul-betul bermasalah dalam perihal masalah ponteng sekolah.Sudahlah begitu, datang sekali sekala pula pun terlalu lewat sampai di sekolah. Aku pun menulis surat amaran pertama untuk dihantar kepada ibu atau ayahnya di rumah. Aku menyatakan dalam surat berkenaan bahawa anak tuan selalu tidak dapat hadir ke sekolah lebih 7 hari berturut-turut tanpa sebarang sebab, surat sakit atau surat pengakuan daripada ibu bapa. Aku meminta pembantu pejabat sekolahku untuk menghantar surat berkenaan kepada bapanya secara register. Pada minggu berikutnya, ketika aku hendak menjalankan rutin tugasku seperti biasa. Aku nampak, murid berkenaan ada di dalam kelas. Aku rasa, ayahnya ada membaca surat amaran pertama yang aku serah dahulu. Aku pun segera menghampirinya dan bertanya khabar. Assalammualaikum Megat, apa khabar, sihat ke hari ini? tanya aku. Lalu dia menjawab, Waalaikummussalam cikgu, saya sihat. Akupun terus bertanya kepadanya, Megat, minggu yang lepas -lepas tu, cikgu lihat banyak hari kamu tidak hadir ke sekolah, kenapa dengan engkau, Megat, sakit ke atau ada pergi ke mana-mana? Megat hanya mendiamkan diri sahaja tanpa memberi sebarang jawapan. Mungkin dia tengah memikirkan apa jawapan yang sesuai yang boleh diberikan kepada cikgunya itu nanti.

Aku pun mengusul pertanyaan lagi, Megat, boleh tak, kamu cerita kat cikgu, kenapa kamu ni asyik tak datang tempohari? Dengan rasa bersalah Megat pun menjawab, katanya, Maafkan saya cikgu, saya ponteng sekolah bukanlah kerana saya sakit cikgu, dan sayapun tidak ke mana-mana pun, saya ada di rumah katanya selamba. Haaada di rumah, buat apa kamu di rumah tu? Tanya aku. Tak buat apa-apa cikgu, saya terlewat bangun jer, katanya. Terlewat bangun, kenapalah kamu terlewat bangun, bukankah hari-hari itu, hari sekolah, apa emak ayah kamu tak kejut ke? Namun Megat tidak mahu menjawab, dia hanya mendiamkan diri sahaja. Pastinya macam ada sesuatu perkara disembunyikan di luar pengetahuan gurunya. Dia berasa hal keluarganya tidak mahu diketahui atau dikongsi dengan orang lain. Apapun pada hari tersebut, terasa lega juga hati saya kerana Megat masih boleh datang ke sekolah pada hari itu. Kemudian, aku pun terus mengajar di kelas berkenaan seperti biasa. Semasa aku mengajar di dalam kelas itu, tidak lama kemudian aku terlihat, Megat hilang tumpuan. Kepalanya tersenggut-senggut

macam orang hendak tidur. Malah kadang-kadang aku nampak, dia boleh tidur lena di dalam kelas tanpa pedulikan langsung sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas berkenaan. Namun pada hari itu, aku diamkan sahaja perangai negatifnya itu di dalam kelas, dan pasti akan aku tegur pada hari yang lain. Sementara itu, aku hendak melihat perkembangannya lain pada hari keesokannya pulak. Dalam hati, aku berharap agar masalah Megat yang selalu ponteng sekolah dan tidur dalam kelas dapat di atasi dengan segera. Kadang-kadang bukan apa, cuma takut ia merebak dan berjangkit pula kepada murid yang lain. Jadi, sebab itu, aku selaku guru kelas perlu mengawal perkara-perkara negatif daripada menjadi penghalang ke arah meningkatkan prestasi dan pencapaian yang cemerlang di kalangan murid-murid kami.

Pada hari keesokannya, akupun masuk kelas seperti biasa dan terus menanda buku jadual kedatangan murid. Dalam waktu yang sama, akupun terus mencari-cari Megat. Dalam hati aku tertanya-tanya, Eh, mana Si Megat ni, tak nampak pun. Tak datang ke hari ini atau masih lambat lagi hadir ke sekolah, bisik hati aku. Akupun terus menanya pada murid-murid yang lain dalam kelas berkenaan. Kelas, cikgu nak tanya ni, mana pergi Megat, dia datang tak hari ini? Tanya aku kepada murid-murid. Merekapun lantas menjawab, Tak datang cikgu!, kata mereka. Aduh, ke mana pulak si Megat ni! bisik hatiku. Sedang aku tertanya-tanya, tiba-tiba, Tuk tuk tukAssalammualaikum Cikgu!. Eh, kamu Megat, kenapa baru sampai? Dia menjawab, Maaf cikgu, ayah lewat hantar. Dalam hati aku terkata, Eh, ada juga perangai bapa budak macam ni, macam tak tahu undang-undang je. Apa dia ingat, ini sekolah bapak dia ke, kata hatiku melepas geram. Sejurus itu, Megatpun mengambil tempat duduknya di dalam kelas. Akupun meneruskan terlebih dahulu sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Selepas selesai mengajar, akupun mengambil kesempatan untuk menemu bual Megat lagi. Sebenarnya aku masih tidak puas hati dengan masalah yang ditimbulkan olehnya itu dan aku tetap berharap agar masalah ponteng dan lewat datang ke sekolah dapat diselesaikan dengan segera. Lalu aku pun terus menyoalnya lagi, Kataku, Megat, cikgu nak tahu ni, apa masalahnya yang kamu ni asyik datang lewat je ke sekolah hampir setiap hari, apa masalah kamu sebenarnya, cubalah awak cerita sedikit kat cikgu, pujuk aku.

Dia tetap dengan jawapan yang sama seperti tadi, Ayah lewat hantar, cikgu. Adoi, apa nak jadi dengan ayah kamu ni, Megat, kata hatiku. Seterusnya dalam hati aku tercetus juga, ingin datang berjumpa dengan bapanya untuk berbincang tentang masalah anaknya itu. Anaknya itu, bukan sahaja bermasalah dalam hal ponteng dan datang lewat ke sekolah malah menimbulkan masalah lain pula, iaitu, tidur dalam kelas dan tidak siap kerja sekolah dan banyak tertinggal tajuk-tajuk penting pelajaran. Jika banyak masalah macam tu adalah sukar baginya untuk mencapai tahap lulus dalam semua matapelajaran apatah lagi untuk meraih kejayaan yang lebih cemerlang. Keesokan harinya pula, Megat semakin menjadi fokus aku di dalam kelas. Aku harap-harap dia akan berubah menjadi murid yang lebih baik dan maju dalam pelajaran. Setelah aku bagi surat amaran pertama tentang ponteng tempohari itu, harap-harap dia akan terus berubah dan menjadi murid yang boleh diharapkan sekurang-kurang mencapai tahap lulus semua matapelajaran. Namun malang

sekali, jangkaan aku pada hari itu sama sekali meleset. Dia tidak datang pulak le sekolah. Esoknya pula, akupun menunggu kehadirannya lagi. Malangnya, dia pun tidak datang jugak. Aduh Megat, ke manalah engkau pergi, bisik hatiku. Begitulah hari -hari seterusnya, selama 7 hari dia tidak muncul-muncul tanpa notis kepada aku selaku guru kelasnya dan juga pada pihak sekolah. Tiada khabar berita langsung darinya. Untuk kali kedua ini, aku tidak ada pilihan, akupun terus maklumkan kepada PK HEM sekolah aku tentang masalah kehadiran Megat yang semakin teruk ke sekolah. Aku menyatakan kepada PK HEM bahawa aku hendak menghantar surat amaran kedua untuk pengetahuan ibu atau bapanya di rumah. Namun, PK HEM menjelaskan agar menyerahkan masalah itu kepadanya dan juga kepada Guru Bimbingan dan Kaunseling sekolah kami. Dalam masa yang sama, pihak sekolahpun menghantar surat amaran kedua itu kepada ayah Megat secara register juga. Dengan cara demikian, kami dapat memastikan surat itu akan dibaca oleh ayah Megat di rumah.

Namun kami pun tidak pasti sejauh mana keluarga Megat membaca surat berkenaan dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap masalah yang sedang berlaku. Selang beberapa hari, nampaknya tiada tanda-tanda positif Megat akan hadir ke sekolah. Akupun tertunggu-tunggu juga di dalam kelas. Eh, apahal pulak la si Megat ni, terus-terusan ponteng dan tidak mahu datang ke sekolah. Aku rasa ada sesuatu yang tak kena ni telah berlaku di rumahnya, bisik hatiku yang kurang senang dengan apa yang berlaku. Dalam hatiku, walaupun Megat itu hanyalah anak muridku di dalam kelas,

namun sekurang-kurangnya aku tidak mahu anak didik bangsaku sendiri bakal menjadi seorang mundur dan tidak ada masa depan. Aku tidak rela anak-anak bangsaku terkulai begitu sahaja, bodoh dan tidak ada wawasan serta masa depan terjamin. Apa yang aku harapkan agar mereka semua dapat sama-sama bersaing dalam menuju ke arah dunia yang semakin maju dalam era globalisasi kini. Sekali lagi aku berjumpa dengan PK HEM untuk menanyakan sejauhmana tindakan pihak sekolah telah lakukan untuk mengatasi masalah budak ponteng itu. PK HEM menjelaskan bahawa beliau bersama Guru Bimbingan dan Kaunseling akan melawat ke rumahnya dalam masa terdekat ini. Sebenarnya dalam masa yang sama, kami ada juga bertanya pada rakan-rakan Megat yang lain, kenapa Megat tidak mahu ke sekolah. Mereka menyatakan Megat ada di rumah dan tidak buat apapun cuma saja-saja tidak mahu ke sekolah. Hari yang berikutnya, aku, PK HEM dan Guru kaunselingpun bertandang ke rumah Megat. Jam pada waktu itu baru pukul 8.00 pagi dan kami memang sengaja hendak pergi awal ke rumah Megat pada hari berkenaan. Lantas, kamipun memberi salam dan mengetuk pintu rumah mereka. Rupa-rupanya mereka satu keluarga dan satu rumah belum bangkit dari tidur lagi. Sebaik sahaja mereka sedar kehadiran kami, kelam-kabutlah mereka mengemas rumah, menggulung tilam dan sebagainya. Rupa-rupanya mereka sekeluarga masih tidur bergelempangan di ruang tamu rumah mereka.

Dalam hatiku, Oh, patutlah Megat selalu datang lewat dan kini sudah lama tidak hadir ke sekolah. Mereka tidak ada pilihan dan terpaksa juga menerima kehadiran kami. Kamipun berbual-bual dengan bapa Megat tentang masalah Megat yang telah lama tidak hadir ke sekolah. Ayah Megat mengakui bahawa dia ada menerima dua surat amaran dari pihak sekolah tentang masalah ponteng Megat itu. Namun, dia tidak ambil pedulipun tentang surat-surat berkenaan. Baginya itu tidak penting. Pada mulanya kami menanyakan dahulu tentang Megat yang dulu selalu datang lewat dan kini telah dua minggu tidak hadir ke sekolah. Kamipun cuba mencungkil rahsia tentang apa sebenarnya yang berlaku sehingga Megat selalu lewat dan ponteng ke sekolah. Akhirnya ayah Megat mengakui bahawa mereka sekeluarga gemar menonton video hingga larut malam. Dia sebagai bapa tidak pernah melarangpun anakanaknya turut serta menonton video hingga larut malam. Tidak kira apa movie dari negara mana sekalipun semua ditontonnya ramai-ramai. Kesan daripada faktor itulah mereka sekeluarga sukar untuk bangun awal pagi. Selalunya ayahnya tersedar dari tidurpun selepas jam 8.00 pagi dan kemudian terus bergegas ke tempat kerja. Jadi, macam manalah si ayah itu hendak ada masa untuk menghantar Megat ke sekolah. Tambah lagi katanya, dia tidak sampai hati hendak mengejutkan Megat bangun awal-awal pagi kerana kasihan kepada anaknya itu yang masih tidur nyenyak di awal pagi itu. Inilah yang dikatakan kasih tidak bertempat. Habislah masa depan anak-anak ini jika sebegini sikap ayah dan ibunya terhadap anak-anak mereka. Sehingga hendak mengejutkan anak bangunpun rasa kasihan padahal mereka perlu diasuh dan dididik serta dihantar belajar secara formal di sekolah. Memandangkan keadaan sedemikian, PK HEM akupun terus memberi nasihat dan peringatan sewajarnya kepada bapa si Megat tentang peri pentingnya pendidikan kepada anak-anak. Katanya kepada bapa Megat, Kalau Encik Megat betul-betul sayangkan anakanak, encik mesti bertanggungjawab menghantar anak-anak encik setiap hari ke sekolah, biar kami ajar mereka di sekolah, encik pula bimbing dan asuh mereka di

rumah, anak-anak adalah amanah Allah dan sayangilah masa depan mereka, ujar PK HEM aku. Jangan biarkan mereka lalai dengan pelajaran dan kurangkanlah menonton televisyen apatah lagi menonton movie yang bukan-bukan, katanya lagi. Ayah Megat terkedu tidak terkata apa, dia hanya tunduk mendengar sahaja. Sebelum kami balik, PK HEM mengingatkan lagi kepada ayah Si Megat, Di bawah Seksyen 29A, Akta Pendidikan 1996, sekiranya bapa atau penjaga dengan sengaja tidak mahu mendaftarkan dan menyekolahkan anaknya di mana-mana sekolah yang berhampiran maka si ayah atau penjaga jika disabit kesalahan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 6 bulan atau didenda tidak melebihi RM5,000.00 atau kedua-duanya. Sebaik sahaja mendengar peringatan tentang akta itu, riak muka ayah Megat tiba-tiba menjadi merah, dia tergamam, terkejut dan gementar mendengarnya seolah-olah siapa yang termakan cili, dialah yang terasa pedasnya. Semenjak hari itu, kedatangan Megat ke sekolah cukup baik malah dia dapat datang ke sekolah dengan lebih awal lagi berbanding murid-murid yang lain. Dari sehari ke sehari prestasi pelajarannya juga bertambah baik dan dapat bersaing dengan murid-murid yang lain seangkatan dengannya. Mungkin inilah yang dikatakan Hidayah Allah telah sampai dan meresap ke jiwa sanubari ayah Megat kesan daripada kunjungan kami ke rumahnya dan teguran dari PK HEM aku sedikit masa dahulu. Aku berasa bersyukur sangat ke hadrat Allah SWT kerana bukan sahaja dapat menyelesaikan masalah ponteng dan datang lewat si Megat malah telah dapat menyedarkan kealpaan ayah Megat daripada seorang ayah yang lalai kepada ayah yang penuh dengan tanggungjawab.

Tamat

También podría gustarte