Está en la página 1de 6

Strategi Menulis Karangan

Ada lima langkah penting yang perlu anda ikut


apabila menulis karangan.

1. Memilih tajuk yang tepat


2. Mencari kunci tajuk
3. Menyediakan rangka karangan
4. Menulis karangan
5. Menyunting atau menyemak karangan.

Memilih Tajuk yang Tepat

1. Sesuai dengan pengetahuan, pemahaman, dan


keupayaan anda menghuraikannya atau
mengembangkannya sehingga menjadi
karangan yang cukup isinya.
2. Faham akan kehendak tajuk.
3. Berupaya menghuraikannya atau
mengembangkannya.
4. Pilih tajuk yang benar-benar anda kuasai supaya
karangan yang anda tulis itu tepat, padat, dan
bernas.
5. Fahami format dan laras bahasa karangan yang
hendak anda tulis.

Mencari Kunci Tajuk

1. Antara kata atau rangkai kata yang mungkin


menjadi kunci tajuk termasuklah kata atau
rangkai kata seperti bincangkan, gambarkan,
cadangkan, tulislah, andaikan, nyatakan
pendapat anda, dan sebagainya.
2. Selepas memahami kunci tajuk, rancanglah
rangka karangan anda supaya sesuai dengan
kehendak soalan.

Menyediakan Rangka Karangan

1. Rangka karangan penting supaya anda tidak


lupa akan fakta-fakta atau isi-isi penting yang
hendak anda huraikan.
2. Dengan merujuk kepada rangka isi karangan,
anda akan dapat menulis karangan secara
tersusun dan tidak menyimpang daripada
kehendak tajuk atau soalan.
3. Rangka karangan hendaklah ringkas dan sebaik-
baiknya ditulis dalam bentuk isi-isi penting.
4. Rangka karangan anda mestilah terdiri daripada

a) Pendahuluan
b) Isi-isi penting
c) Penutup

Menulis Karangan

1. Pada umumnya ada dua aspek utama yang


dinilai pada karangan anda, iaitu aspek isi dan
aspek bahasa.
2. Aspek isi dinilai dengan berdasarkan perkara-
perkara berikut:

a) pertalian antara isi-isi dengan tajuk. Isi yang


dipilih mestilah berkaitan dengan tajuk yang
dipilih.
b) kematangan fikiran anda menghuraikan dan
memberi contoh yang berkaitan dengan
tajuk yang dipilih.
c) Isi-isi perlu disusun secara tertib.

3. Aspek-aspek bahasa pula dinilai dengan


berdasarkan perkara-perkara berikut:

a) penggunaan tatabahasa
b) ejaan
c) penggunaan tanda baca
d) pembahagian perenggan
e) pemilihan kata yang tepat.

Pendahuluan

1. Pendahuluan hendaklah ditulis dalam satu


perenggan sahaja dengan menyentuh sesuatu
perkara yang ada kaitannya dengan tajuk
karangan secara umum.
2. Pendahuluan yang baik ialah yang dapat
menarik minat pembaca serta mendorongnya
untuk terus membaca.

Pembinaan Perenggan

1. Sebaik-baiknya satu perenggan harus berisi satu


isi penting sahaja. Isi penting ini pula mestilah
disertai isi-isi sampingan sebagai huraian lanjut
kepada isi penting dan disertai contoh-contoh
pula. (Isi Penting---- Huraian Lanjut ----
Contoh)
2. Huraian lanjut merupakan keterangan atau
penjelasan sama ada maklumat tambahan,
bahasan, ulasan, dan sokongan tentang isi
penting.

Penjalinan Perenggan

1. Karangan yang baik mestilah mempunyai


hubungan antara perenggan pertama dengan
perenggan-perenggan yang lain.
2. Untuk memperlihatkan perkaitan antara isi,
gunakan penanda wacana seperti namun
demikian, walau bagaimanapun, sebaliknya,
tambahan pula, dan sebagainya.

Penutup Karangan

1. Penutup karangan adalah kesimpulan karangan


anda di samping dapat membayangkan
pendirian anda tentang tajuk.
2. Kesimpulan dalam perenggan penutup mestilah
lebih umum dan padat.

Menyemak Karangan

1. Tentukan agar isi-isi penting tidak tertinggal.


2. Tambahkan contoh jika perlu.
3. Semak aspek bahasa, ejaan, tanda baca, dan
tatabahasa.
4. Semak jumlah kata dalam karangan anda.
Contoh : Belakangan ini stesen-stesen televisyen di
negara kita banyak menyiarkan rancangan hiburan
yang tidak mendorong perkembangan minda
golongan remaja. Anda ingin memperkatakan hal
tersebut serta nyatakan beberapa contoh rancangan
yang anda maksudkan itu dan kemukakan alasan
kritikan serta cadangan anda itu.

Pendahuluan

Televisyen merupakan media yang kuat pengaruhnya


kepada penonton terutamanya golongan remaja.
Terdapat beberapa rancangan yang kurang sesuai
untuk mereka.

Isi-isi

Kesan rancangan hiburan

- mendedahkan budaya barat yang bertentangan


dengan budaya timur. Remaja terpengaruh oleh
cara-cara berpakaian, pertuturan dan
sebagainya. Beri contoh
- Pemaparan unsur seks dan keganasan yang
berlebihan. Mendorong remaja melakukan
perbuatan yang tidak bermoral. Melakukan
jenayah dan merebak penyakit sosial. Beri
contoh
- Saranan rancangan yang sesuai.
- Rancangan yang berunsur keagamaan dan
menekan nilai moral
- Rancangan yang memberi pengetahuan dalam
bidang sains dan teknologi
- Rancangan yang berupaya meningkatkan
kemahiran berfikir remaja.
- Rancangan yang menampilkan kerjaya tokoh-
tokoh yang mengutamakan nilai-nilai ketimuran.

Penutup

Televisyen mestilah menjadi ciptaan sains dan


teknologi yang berupaya melahirkan manusia yang
lebih berkualiti, bukan yang rosak akhlaknya.

También podría gustarte