Está en la página 1de 38

KELAS PEMULIHAN BAHASA MALAYSIA DI SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (SJK) TAHUN 4 6

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN

DRAF

Garis Panduan Pelaksanaan Malaysia Tahun 4 hingga 6

Kelas

Pemulihan

Bahasa

SULIT
1

1.0

PENGENALAN Penguasaan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis merupakan kemahiran asas Bahasa Malaysia. Kegagalan murid menguasai kemahiran ini menyebabkan mereka tidak dapat mengikuti pendidikan formal dalam kelas aliran perdana. Sehubungan dengan itu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam Gelombang 1 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2015 memberi tumpuan kepada penambahbaikan sistem sedia ada, iaitu memperkenalkan pelaksanaan Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia untuk murid Tahun 4 hingga Tahun 6. Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia merupakan inisiatif KPM bagi memastikan murid yang mempunyai masalah berbahasa dalam Bahasa Malaysia dapat menguasai kemahiran berbahasa dengan baik. Dalam tempoh ini, murid yang mempunyai masalah dalam Bahasa Malaysia akan mendapat bimbingan secara berfokus melalui modul Program Membaca, Menulis, dan Mengira (ProTiM). Pelaksanaan Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia bertujuan memartabatkan Bahasa Malaysia sebagai bahasa ilmu selaras dengan dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI).

2.0

LATAR BELAKANG 2.1 KPM prihatin terhadap penguasaan kemahiran berbahasa terutamanya Bahasa Malaysia (BM) dalam kalangan murid. PPPM (2013-2025) menyatakan tentang pelaksanaan Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia untuk murid Tahun 4 hingga Tahun 6 yang mengalami masalah membaca, dan menulis dalam Bahasa Malaysia. Inisiatif ini terkandung dalam Gelombang 1 PPPM 2013-2015, iaitu memperkukuh sistem sedia ada. Pelaksanaan Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia ini juga selaras dengan dasar MBMMBI.

2.2

2.3 Program membasmi masalah membaca, menulis dan mengira (3M) ini turut menjadi fokus utama dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 20062010 . 2.4 Bahasa Melayu merupakan bahasa pengantar di semua sekolah kebangsaan. Hal ini termaktub dalam Laporan Razak 1957 dan Laporan Rahman Talib 1961. Oleh itu, penguasaan kemahiran Bahasa Malaysia penting untuk memastikan semua murid dapat berinteraksi dengan baik dan sebagai wahana merealisasikan perpaduan kaum.

Garis Panduan Pelaksanaan Malaysia Tahun 4 hingga 6

Kelas

Pemulihan

Bahasa

SULIT
2

3.0

RASIONAL 3.1 3.2 3.3 3.4 3.5 3.6 3.7 Memastikan setiap murid mahir dan cekap berbahasa dalam Bahasa Malaysia. Menyediakan murid dengan kemahiran 3M (Membaca, Menulis dan Menaakul) sebelum ke sekolah menengah. Merapatkan jurang pencapaian murid antara jenis dan lokasi sekolah. Menerapkan nilai-nilai murni dalam kalangan murid semasa berkomunikasi. Mengeratkan perpaduan antara kaum. Membina jati diri murid. Memartabatkan bahasa kebangsaan.

4.0

KUMPULAN SASARAN Pelaksanaan Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia Tahun 4 hingga Tahun 6 di sekolah hanya akan dijalankan jika masih terdapat dalam kalangan murid: i. ii. iii. Tidak menguasai literasi (LINUS) Saringan 2 Tahun 3 Tahap Penguasaan (TP) 1 dan TP 2 Bahasa Malaysia dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Tidak melepasi penguasaan praujian dan pascaujian ProTiM (2M)

5.0

KERANGKA KONSEP

INPUT/SUMBER a) Kelas Linus (Murid tidak menguasai kemahiran literasi saringan 2 Tahun 3) b) KSSR Bahasa Malaysia (Murid Tahun 3 yang berada pada TP 1 dan 2 ) c) ProTiM (Praujian - murid yang belum menguasai kemahiran Bahasa Malaysia)

PROSES Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia di luar jadual waktu

OUTPUT/KELUARAN Pencapaian 100% murid dalam kemahiran Bahasa Malaysia pada tahun 2015 Tahun Pencapaian 2014 4 94% 2015 5 100%

OUTCOME/HASIL Murid menguasai kemahiran literasi dan kemahiran Bahasa Malaysia

*Tidak termasuk murid berkeperluan khas

Garis Panduan Pelaksanaan Malaysia Tahun 4 hingga 6

Kelas

Pemulihan

Bahasa

SULIT
3

6.0

OBJEKTIF 6.1 6.2 6.3 6.4 Memastikan 100 peratus murid normal Tahun 3 kohort 2013 menguasai kemahiran Bahasa Malaysia pada tahun 2015. Memastikan semua murid menguasai kemahiran berbahasa terutamanya Bahasa Malaysia. Memastikan standard Bahasa Malaysia dapat diselaraskan di semua sekolah. Memartabatkan Bahasa Malaysia di SJK sebagai bahasa rasmi, bahasa kebangsaan, bahasa ilmu dan bahasa perpaduan di bawah dasar MBMMBI.

7.0

MATLAMAT Merealisasikan visi dan misi PPPM (2013-2025) serta meningkatkan prestasi pencapaian Bahasa Malaysia dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).

8.0

PERANAN PENTADBIR 8.1 Peranan KPM 8.1.1 8.1.2 8.1.3 8.1.4 8.1.5 8.1.6 8.1.7 8.1.8 8.1.9 Membentuk Jawatankuasa Kerja pelaksanaan Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia Tahun 4 hingga Tahun 6 pada peringkat kebangsaan. Mengadakan mesyuarat penyelarasan Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia Tahun 4 hingga Tahun 6 bersama-sama bahagian di KPM. Mengadakan mesyuarat pelaksanaan Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia Tahun 4 hingga Tahun 6 bersama-sama Jabatan Pendidikan Negeri (JPN). Menyediakan garis panduan pelaksanaan Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia Tahun 4 hingga Tahun 6. Menyediakan modul untuk pembelajaran dan pengajaran Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia Tahun 4 hingga Tahun 6 (modul ProTiM). Menerangkan prosedur pelaksanaan Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia Tahun 4 hingga Tahun 6 kepada semua JPN. Menyediakan latihan dalam perkhidmatan kepada guru-guru yang mengendalikan Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia Tahun 4 hingga Tahun 6. Memantau pelaksanaan Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia Tahun 4 hingga Tahun 6 pada peringkat sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan JPN. Mengadakan dialog prestasi Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia Tahun 4 hingga Tahun 6 dengan pengarah JPN.
Kelas Pemulihan Bahasa

Garis Panduan Pelaksanaan Malaysia Tahun 4 hingga 6

SULIT
4

8.10 8.1.11

Mengumpulkan pelaporan pelaksanaan Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia Tahun 4 hingga 6 daripada pihak JPN. Melaporkan pencapaian pelaksanaan Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia Tahun 4 hingga Tahun 6 kepada pihak Pengurusan Tertinggi KPM.

8.2

Peranan JPN 8.2.1 8.2.2 8.2.3 8.2.4 8.2.5 8.2.6 8.2.7 8.2.8 8.2.9 8.2.10 8.2.11 Membentuk jawatankuasa kerja pelaksanaan Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia Tahun 4 hingga Tahun 6 pada peringkat negeri. Mengadakan mesyuarat penyelarasan Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia Tahun 4 hingga Tahun 6 bersama-sama PPD. Menerangkan prosedur pelaksanaan Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia Tahun 4 hingga Tahun 6 kepada PPD . Menjadikan pencapaian Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia sebagai Sasaran Kerja Tahunan (SKT) Pengarah Pendidikan Negeri. Memastikan semua guru besar / pentadbir memahami prosedur pelaksanaan Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia Tahun 4 hingga Tahun 6. Mengumpul, menyemak dan membuat analisis data berkaitan Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia Tahun 4 hingga Tahun 6. Membuat unjuran bilangan murid yang belum menguasai kemahiran berbahasa Bahasa Malaysia di peringkat JPN. Memastikan sekolah melaksanakan Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia Tahun 4 hingga Tahun 6 di luar jadual waktu persekolahan. Memantau pelaksanaan Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia Tahun 4 hingga Tahun 6 secara berkala. Mengadakan dialog prestasi Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia Tahun 4 hingga Tahun 6 dengan pegawai pelajaran daerah. Melaporkan secara berkala pencapaian murid Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia Tahun 4 hingga Tahun 6 kepada KPM.

Garis Panduan Pelaksanaan Malaysia Tahun 4 hingga 6

Kelas

Pemulihan

Bahasa

SULIT
5

8.3

Peranan PPD 8.3.1 8.3.2 8.3.3 8.3.4 8.3.5 8.3.6 8.3.7 8.3.8 8.3.9 8.3.10 Membentuk jawatankuasa kerja pelaksanaan Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia Tahun 4 hingga Tahun 6 pada peringkat daerah. Mengadakan mesyuarat pelaksanaan Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia Tahun 4 hingga Tahun 6 bersama-sama guru besar. Menerangkan prosedur pelaksanaan Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia Tahun 4 hingga Tahun 6 kepada guru besar dan ketua panitia Bahasa Malaysia. Memantau dan membimbing secara berterusan pelaksanaan Kelas Pemuliha n Bahasa Ma laysia Tahun 4 hingga Tahun 6. Mengadakan dialog prestasi berkaitan Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia Tahun 4 hingga Tahun 6 dengan guru besar. Menjadikan pencapaian murid Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia Tahun 4 hingga Tahun 6 sebagai Sasaran Kerja Tahunan (SKT) PPD. Membuat unjuran bilangan murid yang belum menguasai k e m a hira n Ba ha sa M a lay s ia pa da pe ring k at da e ra h. Memastikan sekolah melaksanakan Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia dengan berkesan. Memastikan sekolah melaksanakan Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia dijalankan di luar jadual waktu persekolahan. Melaporkan secara berkala pencapaian murid Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia Tahun 4 hingga Tahun 6 kepada JPN.

8.4

Peranan Guru Besar 8.4.1 8.4.2 8.4.3 8.4.4 8.4.5 8.4.6 8.4.7 Membentuk jawatankuasa kerja pelaksanaan Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia Tahun 4 hingga Tahun 6 pada peringkat sekolah. Memastikan Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia Tahun 4 hingga Tahun 6 dijalankan mengikut garis panduan yang dikeluarkan oleh KPM. Mengadakan mesyuarat pelaksanaan Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia Tahun 4 hingga Tahun 6 bersama-sama guru di sekolah. Menerangkan prosedur pelaksanaan Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia Tahun 4 hingga Tahun 6 kepada guru di sekolah. Menjadikan pencapaian murid Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia Tahun 4 hingga Tahun 6 sebagai Sasaran Kerja Tahunan (SKT) guru besar. Memastikan data murid Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia Tahun 4 hingga Tahun 6 dikemukakan ke Pejabat Pelajaran Daerah pada waktu yang ditetapkan. Membuat unjuran bilangan murid yang belum menguasai kemahiran berbahasa terutamanya Bahasa Malaysia di peringkat JPN.
Kelas Pemulihan Bahasa

Garis Panduan Pelaksanaan Malaysia Tahun 4 hingga 6

SULIT
6

8.4.8 8.4.9 8.4.10 8.4.11 8.4.12 8.4.13 8.4.14 8.4.16 8.4.17 8.4.18 8.4.19 8.5 Peranan Guru 8.5.1 8.5.2 8.5.3 8.5.4 8.5.5 8.5.6

Memantau pelaksanaan Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia Tahun 4 hingga Tahun 6 secara berterusan. Mencerap pembelajaran dan pengajaran (PdP) guru di Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia Tahun 4 hingga Tahun 6 secara berkala. Mengenal pasti murid yang terlibat dalam kelas pemulihan Tahun 4 hingga Tahun 6 dengan melaksanakan ujian/saringan. Melantik guru untuk mengajar Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia Tahun 4 hingga Tahun 6. Memastikan tempat pelaksanaan yang sesuai dan kondusif bagi Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia Tahun 4 hingga Tahun 6 di sekolah. Menyediakan jadual Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia Tahun 4 hing ga Ta hun 6 di lua r ja dua l wa kt u pe rs ek ola ha n. Mendapatkan kebenaran daripada ibu bapa murid yang terlibat dalam Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia Tahun 4 hingga Tahun 6. Memastikan murid menghadiri Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia sepenuhnya. Menyebar luas pelaksanaan Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia kepada ibu bapa dan komuniti. Memastikan pelaksanaan/pelaporan /pencapaian Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia menjadi agenda mesyuarat profesionalisme di sekolah. Menyediakan pelan alternatif untuk murid yang tidak mencapai tahap penguasaan berbahasa Malaysia.

Merancang dan melaksanakan Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia Tahun 4 hingga Tahun 6 mengikut garis panduan yang telah ditetapkan. Menyediakan rancangan pengajaran Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia. Menjadikan pencapaian Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia murid Tahun 4 hingga Tahun sebagai Sasaran Kerja Tahunan (SKT) guru. Memastikan dan merekodkan kehadiran murid ke Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia sepenuhnya. Memastikan data murid Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia Tahun 4 hingga Tahun 6 dihantar kepada guru besar pada waktu yang ditetapkan. Melaporkan pencapaian murid Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia Tahun 4 hingga Tahun 6 kepada guru besar secara berterusan.
Kelas Pemulihan Bahasa

Garis Panduan Pelaksanaan Malaysia Tahun 4 hingga 6

SULIT
7

8.5.7 8.5.8 8.6

Menyediakan pelan alternatif untuk murid yang tidak mencapai sasaran. Menyediakan bahan sokongan yang bersesuaian dengan keperluan murid.

Peranan Guru Pemulihan Khas 8.6.1 8.6.2 8.6.3 8.6.4 Menjadi ahli jawatankuasa Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia. Menjalankan PdP Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia sekiranya bilangan waktu mengajar kurang daripada 30 waktu seminggu. Memberi khidmat bimbingan kepada guru Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia. Menyediakan rancangan pengajaran Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia.

8.7

Peranan Ibu Bapa/Penjaga 8.7.1 8.7.2 Menyokong dan memberi kerjasama dalam pelaksanaan Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia Tahun 4 hingga Tahun 6 yang dijalankan di sekolah. Memastikan anak jagaan hadir dan mengikuti Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia Tahun 4 hingga Tahun 6 yang dijalankan di sekolah.

8.8

Peranan PIBG 8.8.1 8.8.2 8.8.3 8.8.4 Menyokong pelaksanaan Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia murid Tahun 4 hingga Tahun 6 di peringkat sekolah sama ada dari segi kewangan dan sokongan moral. M e ny e ba r l ua s pe la k s a na a n K e la s P e m uli ha n Ba ha s a Malaysia murid Tahun 4 hingga Tahun 6 kepada semua ibu bapa. Menjadi perantara antara pihak sekolah dengan ibu bapa murid Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia Tahun 4 hingga Tahun 6 yang terlibat. Memastikan setiap murid pemulihan yang terpilih mengikuti kelas pemulihan yang dirancang.

8.9

Peranan Komuniti 8.9.1 Menyokong pelaksanaan Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia murid Tahun 4 hingga Tahun 6 pada peringkat sekolah sama ada kewangan atau pun sokongan moral.

Garis Panduan Pelaksanaan Malaysia Tahun 4 hingga 6

Kelas

Pemulihan

Bahasa

SULIT
8

9.0

PROSEDUR STANDARD OPERASI 9.1 Pentadbiran 9.1.1 Jadual Waktu i. Agihan Waktu Mengajar a) Dilaksanakan di luar jadual waktu persekolahan. b) 2 hingga 5 jam seminggu. c) Pengajaran dan pembelajaran boleh dilaksanakan sebelum atau selepas sesi persekolahan. d) Jadual waktu hendaklah diberikan kepada guru, murid dan ibu bapa yang terlibat. e) Bekerjasama dengan jawatankuasa induk jadual waktu. ii. Bilangan Murid Maksimum 5 orang murid bagi setiap Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia. iii. Penyediaan jadual waktu a) b) c) d) iv. seorang guru untuk 2 hingga 5 jam PdP seminggu; atau lima orang guru untuk 2 hingga 5 jam PdP seminggu; atau seorang guru berdasarkan kemahiran; atau p i l i h a n - p i l i h a n l a i n b e r da s a rk a n k e b ij a k s a n a a n G u r u Besar.

Pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas pemulihan Bahasa Malaysia Tahun 4 hingga Tahun 6 mestilah menggunakan Bahasa Malaysia sepenuhnya.

9.1.2 Pengurusan Fail i. Fail Induk Pengurusan ! Pelan Tindakan ! Takwim ! Carta Gantt ! Jadual Waktu ! Surat Keluar / Masuk ! Borang Tindakan Susulan

Garis Panduan Pelaksanaan Malaysia Tahun 4 hingga 6

Kelas

Pemulihan

Bahasa

SULIT
9

ii.

Fail Individu Murid ! Borang Pencalonan ! Profil Murid ! Salinan Surat Persetujuan Ibu Bapa Fail Guru ! Data Prestasi Murid (Individu) ! Data Praujian ProTiM ! Data Pascaujian ProTiM ! Rekod Pencapaian Murid ! Rekod Persediaan Mengajar (Boleh ditulis dalam bentuk helaian) ! Rekod Kedatangan Murid

iii.

9.1.3

Rekod Kedatangan Murid Rekod Kedatangan Murid di Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia hendaklah disediakan bagi merekodkan kehadiran murid setiap kali kelas dijalankan.

9.2.

Sumber Kewangan 9.2.1 Pihak Pentadbir sekolah disarankan merujuk kepada Pekeliling Kewangan Bil:2/91KP1573/17/ jld.8 (78) bth. 11 Feb. 1991 ( Di bawah Bantuan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling) 9.2.2 Pihak pentadbir sekolah perlu memastikan peruntukan PCG bagi Bahasa Malaysia diguna sama untuk penyediaan bahan bantu mengajar Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia. 9.2.3 Pihak pentadbir sekolah boleh memohon bantuan kewangan daripada PIBG/Komuniti.

9.3

Pelantikan Guru Semua guru boleh dilantik sebagai guru Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia Tahun 4 hingga Tahun 6. Guru yang dilantik mestilah berkemahiran Bahasa Malaysia dengan baik.

9.4

Pencalonan Murid Pencalonan i. ii. iii. murid adalah berdasarkan kepada pencapaian Kelas LINUS (belum menguasai literasi) KSSR Bahasa Malaysia (TP 1 dan TP 2) ProTiM (Praujian) dalam:

Garis Panduan Pelaksanaan Malaysia Tahun 4 hingga 6

Kelas

Pemulihan

Bahasa

SULIT
10

9.5

Pelaksanaan program Bermula pada tahun 2014 selepas praujian ProTim

9.6

Bahan sokongan 9.6.1 Modul ProTiM yang disediakan oleh Bahagian Kurikulum (BPK). 9.6.2 Bahan-bahan sokongan lain yang sesuai Pembangunan

Garis Panduan Pelaksanaan Malaysia Tahun 4 hingga 6

Kelas

Pemulihan

Bahasa

SULIT
11

10.0

CARTA ALIR CARTA ALIR PELAKSANAAN KELAS PEMULIHAN BAHASA MALAYSIA


Murid LINUS (Saringan 2 Tahun 3) KSSR ( TP 1 & 2)

Praujian ProTiM

Sudah menguasai

Keputusan Praujian ProTiM Belum menguasai Pengajaran dan pembelajaran Pascaujian ProTiM

Belum menguasai kemahiran berbahasa meneruskan pengajaran pemulihan Bahasa Malaysia

Murid belajar seperti biasa

Keputusan Pascaujian ProTiM

Garis Panduan Pelaksanaan Malaysia Tahun 4 hingga 6

Kelas

Pemulihan

Bahasa

SULIT
12

11.0

SOP GURU PEMULIHAN BAHASA MALAYSIA TAHUN 4 HINGGA TAHUN 6

Menyediakan perancangan strategik untuk peningkatan pencapaian murid yang tidak menguasai kemahiran membaca dan menulis Bahasa Malaysia Waktu PdP guru pemulihan Bahasa Malaysia Tahun 4 hingga 6 selama 2 hingga 5 jam seminggu di luar PdP. Membantu murid Tahun 4 hingga 6 yang tidak menguasai kemahiran asas bertutur, membaca, menulis dan menaakul.

SOP GURU PEMULIHAN BAHASA MALAYSIA TAHUN 4 HINGGA TAHUN 6

Kelas Pemulihan Bilangan murid dalam PdP tidak melebihi 5 orang untuk seorang guru. (Nisbah Guru : Murid; 1 : 5)

Menyediakan BBM untuk murid pemulihan Bahasa Malaysia

Mengadakan Program Intervensi untuk murid pemulihan BM

Garis Panduan Pelaksanaan Malaysia Tahun 4 hingga 6

Kelas

Pemulihan

Bahasa

SULIT
13

12.0

PROSES KERJA GURU KELAS PEMULIHAN BAHASA MALAYSIA TAHUN 4 HINGGA TAHUN 6 PROSES KERJA GURU KELAS PEMULIHAN BM Mula

Menghadiri mesyuarat jawatankuasa pelaksana Kelas Pemulihan BM

Mendapat data murid yang tidak menguasai LINUS/KSSR TP 1 dan TP 2 daripada guru BM tahun 3 sebelumnya Menjalankan praujian ProTiM kepada murid yang telah dikenal pasti

Menyediakan pelan tindakan/intervensi untuk murid Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia

Melaksanakan PdP murid Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia yang telah dikenal pasti

Melaksanakan pascaujian ProTiM

Membuat analisis kepada murid pemulihan selepas selesai pelaksanaan modul ProTiM

Membuat pelaporan pencapaian Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia (Murid menguasai BM masuk arus perdana, belum menguasai BM akan meneruskan PdP pemulihan pada tahun yang berikutnya)
Garis Panduan Pelaksanaan Malaysia Tahun 4 hingga 6 Kelas Pemulihan Bahasa

SULIT
14

13.0 SOP GURU KELAS PEMULIHAN BAHASA MALAYSIA TAHUN 4 HINGGA TAHUN 6 SEMASA PdP

SOP GURU KELAS PEMULIHAN BM SEMASA PdP Mula

Merekod kehadiran murid pemulihan BM

Melaksanakan PdP kepada murid pemulihan BM

Membuat refleksi PdP

Garis Panduan Pelaksanaan Malaysia Tahun 4 hingga 6

Kelas

Pemulihan

Bahasa

SULIT
15

14.0 PROSES KERJA GURU KELAS PEMULIHAN BAHASA MALAYSIA TAHUN 4 HINGGA TAHUN 6 SELEPAS PROSES PdP PROSES KERJA GURU KELAS PEMULIHAN BM SELEPAS PROSES PdP Mula

Memaklumkan hasil dapatan bimbingan dan tahap pencapaian murid kelas pemulihan kepada pihak pentadbir sekolah

Mengumpul, merekod dan menyimpan maklumat hasil dapatan selepas bimbingan

Melaporkan perkembangan dan pencapaian kepada pentadbir, PPD, JPN

Merangka pelan tindakan susulan/intervensi

Garis Panduan Pelaksanaan Malaysia Tahun 4 hingga 6

Kelas

Pemulihan

Bahasa

SULIT
16

15.0

CARTA ORGANISASI JAWATANKUASA KELAS PEMULIHAN BAHASA MALAYSIA TAHUN 4 HINGGA TAHUN 6 CARTA ORGANISASI JAWATANKUASA KELAS PEMULIHAN BM

Pengerusi Guru Besar Timbalan Pengerusi PK Kurikulum

Naib Pengerusi PK HEM PK Petang PK Pendidikan Khas Setiausaha Ketua Panitia BM AJK Semua Guru yang Dilantik Guru Pemulihan

Garis Panduan Pelaksanaan Malaysia Tahun 4 hingga 6

Kelas

Pemulihan

Bahasa

SULIT
17

16.0 TERMA RUJUKAN (TOR) BIL 1 TERMA Jenis dan lokasi sekolah Mengeratkan perpaduan antara kaum Unjuran bilangan murid Pegawai Pendidikan Daerah Melaporkan secara berkala Jawatankuasa kerja Tempat pelaksanaan Garis panduan yang ditetapkan KETERANGAN Jenis SJK(C) dan SJK(T) Lokasi bandar, luar bandar dan pedalaman PPPM 20132025, EMIS RUJUKAN

3 4 5 6 7 8 9 10

Semangat penyatuan antara Melayu, Cina, Kamus India, Bumiputera dan lain-lain melalui Dewan, Bahasa Malaysia PPPM 20132025 Jangkaan pengurangan murid yang belum LINUS, menguasai kemahiran berbahasa Bahasa KSSR-PBS, Malaysia ProTiM Ketua Jabatan di Pejabat Pendidikan Daerah

Setiap bulan kepada guru besar, PPD , JPN dan KPM Kumpulan pelaksana pada peringkat KPM, JPN, PPD dan sekolah Bilik darjah atau mana-mana ruang yang sesuai dan kondusif untuk PdP Garis panduan yang dikeluarkan oleh KPM dan perlu dipatuhi

Semua murid Kelas Pemulihan Bahasa Kehadiran sepenuhnya Malaysia wajib hadir dan direkodkan Fail induk pengurusan Dimasukkan di dalam Fail Induk Panitia Bahasa Malaysia Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia yang dirancang di luar jadual waktu (Penetapan guru, kelas, murid dan jadual waktu)

11

Kelas Pemulihan yang dirancang

Garis Panduan Pelaksanaan Malaysia Tahun 4 hingga 6

Kelas

Pemulihan

Bahasa

SULIT
18

BIL 12 13

TERMA Semua guru boleh dilantik Pentadbir sekolah

Semua guru terlatih boleh dilantik. Guru pelatih, guru ganti dan guru sandaran tidak terlatih tidak boleh dilantik Guru besar, penolong-penolong kanan Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia bermula Tahun 2014. 2014 2015 2016 2017 2018 Tahun Tahun Tahun 4 5 6 Tahun Tahun Tahun 4 5 6 Tahun Tahun Tahun 4 5 6 Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), Pertubuhan Swasta, Masyarakat Setempat, JKKK, MGB, Pejabat Daerah dan lain-lain. Program Tiga M( Membaca, menulis dan mengira) Program Literasi dan Numerasi Kurikulum Standard Sekolah Rendah Tahap Penguasaan 1 Sangat Terhad Tahap Penguasaan 2 Terhad

KETERANGAN

RUJUKAN

14

Pelaksanaan Kelas Pemulihan BM

15 16 17 18

Komuniti ProTiM LINUS KSSR Tahap Penguasaan 1 dan Tahap Penguasaan 2 (TP) Luar jadual waktu Standard Bahasa Malaysia PIBG

Buku Program LINUS

19

Sebelum atau selepas waktu persekolahan sehingga 2 hingga 5 jam seminggu. Buku Panduan Tidak boleh mengganggu waktu PdP PPPM 2013murid. 2025, Bentuk bahasa yang betul/gramatis dan diterima oleh semua penutur Persatuan Ibu Bapa dan Guru Kamus Dewan Edisi Keempat

20 21

Garis Panduan Pelaksanaan Malaysia Tahun 4 hingga 6

Kelas

Pemulihan

Bahasa

SULIT
19

BIL 22

TERMA Pelantikan guru

KETERANGAN Surat pelantikan yang ditandatangani oleh guru besar Prosedur tertentu yang ditetapkan bagi menjamin kualiti dan kredibiliti yang ditetapkan untuk mencapai sasaran Garis panduan pengurusan kewangan peruntukan bantuan persekolahan ke sekolah berdasarkan per kapita dan enrolmen murid. Langkah-langkah tindakan yang diambil untuk mencapai satu tujuan Tindakan awal dalam mengesan keupayaan murid dan mengambil langkah membantu mengatasi masalah yang dikesan Mencadangkan atau mengemukakan nama murid untuk mengikuti Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia Hasil daripada proses mengesan murid yang layak mengikuti Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia Proses kerja yang disediakan mengikut prosedur yang ditetapkan

RUJUKAN

23

Standard operasi

Perfomance Standard DBP SP Kewangan Bil. 8 /2012 Kamus Dewan Edisi Keempat

24

Peruntukan PCG

25

Pelan tindakan

26

Intervensi

27

Pencalonan murid

28 29

Saringan Prosedur kerja

Garis Panduan Pelaksanaan Malaysia Tahun 4 hingga 6

Kelas

Pemulihan

Bahasa

SULIT
20

BIL

TERMA Jam 5 jam

KETERANGAN ! ! 4 Jam 3 jam 2 Jam ! ! ! ! Bil 1 2 Deskripsi Murid Linus yang tidak menguasai Konstruk 1-2 Murid Tahap Penguasaan (TP) 1 dan TP 2 dalam KSSR Murid Linus yang tidak menguasai Kontruk 3-6 Murid Linus yang tidak menguasai konstruk 7-10 Murid Linus yang tidak menguasai konstruk 11-12

RUJUKAN

30

2 jam hingga 5 jam

31

Semua guru boleh dilantik 3

Kriteria Guru Bahasa Malaysia Bukan guru Bahasa Malaysia perlu sekurang-kurangnya memperoleh gred B4 atau Bdalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia atau setaraf dengannya (bagi sekolah yang kurang guru opsyen BM). Guru yang mengikuti kursus bahasa Malaysia jangka pendek yang dianjurkan oleh IPG/ Universiti

Garis Panduan Pelaksanaan Malaysia Tahun 4 hingga 6

Kelas

Pemulihan

Bahasa

SULIT
21

17.0

RUMUSAN Garis Panduan ini menjadi panduan kepada semua pihak yang terlibat dalam pelaksanaan Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia Tahun 4 hingga Tahun 6 mulai tahun 2014. Diharapkan Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia ini dapat memberi manfaat kepada semua pihak demimembantu murid-murid yang menghadapi masalah penguasaan kemahiran berbahasa Bahasa Malaysia, selaras dengan hasrat yang terkandung dalam PPPM 2013-2025.

Garis Panduan Pelaksanaan Malaysia Tahun 4 hingga 6

Kelas

Pemulihan

Bahasa

SULIT
22

Soalan Lazim 1. Apakah Objektif pelaksanaan kelas pemulihan Bahasa Malaysia Tahun 4 hingga Tahun 6 di SJK? Objektif pelaksanaan kelas pemulihan Bahasa Malaysia Tahun 4 hingga Tahun 6 di SJK adalah untuk Memastikan 100 peratus murid normal Tahun 3 kohort 2013 menguasai kemahiran Bahasa Malaysia pada tahun 2015, menguasai kemahiran berbahasa Bahasa Malaysia, memastikan standard Bahasa Malaysia dapat diselaraskan di semua sekolah dan memartabatkan Bahasa Malaysia di SJK sebagai bahasa rasmi, bahasa kebangsaan, bahasa ilmu dan bahasa perpaduan di bawah dasar MBMMBI. 2. Siapakah murid yang terlibat dengan kelas pemulihan Bahasa Malaysia Tahun 4 hingga Tahun 6 di SJK? Murid yang terlibat dengan kelas pemulihan Bahasa Malaysia Tahun 4 hingga Tahun 6 di SJK ialah murid tidak menguasai kemahiran Literasi (LINUS) saringan 2 Tahun 3, m urid Tahun 3 yang berada pada TP 1 dan 2 dalam KSSR dan murid yang belum menguasai kemahiran Bahasa Malaysia semasa praujian ProTim. 3. Berapa lama masa pelaksanaan kelas pemulihan Bahasa Malaysia Tahun 4 hingga Tahun 6 di SJK? Pelaksanaan kelas pemulihan Bahasa Malaysia Tahun 4 hingga Tahun 6 di SJK mengambil masa 2 jam hingga 5 jam mengikut keperluan murid. 4. Siapakah guru yang terlibat dengan kelas pemulihan Bahasa Malaysia Tahun 4 hingga Tahun 6 di SJK? Guru yang terlibat dengan kelas pemulihan Bahasa Malaysia Tahun 4 hingga Tahun 6 di SJK ialah semua guru terutamanya guru bahasa Malaysia, guru yang memperoleh keputusan Bahasa Malaysia SPM sekurang-kurang B4 atau B- dan guru yang pernah atau telah mengikuti kursus Bahasa Malaysia jangka pendek yang dianjurkan oleh IPGM/ Universiti. 5. Bagaimanakah pemilihan murid ke kelas pemulihan Bahasa Malaysia Tahun 4 hingga Tahun 6 di SJK? Pemilihan murid ke kelas pemulihan Bahasa Malaysia Tahun 4 hingga Tahun 6 di SJK adalah melalui keputusan Linus saringan 2 tahun 3, Keputusan PBS tahun 3, murid yang dicalonkan oleh guru. Kesemua murid ini akan mengambil praujian ProTim dan mereka yang tidak melapas pra ujian inilah yang akan terlibat dalam kelas pemulihan Bahasa Malaysia.
Garis Panduan Pelaksanaan Malaysia Tahun 4 hingga 6 Kelas Pemulihan Bahasa

SULIT
23

6. Adakah murid berkeperluan khas terlibat dalam pelaksanaan kelas pemulihan Bahasa Malaysia Tahun 4 hingga Tahun 6 di SJK? Murid berkeperluan khas tidak terlibat dalam pelaksanaan kelas pemulihan Bahasa Malaysia Tahun 4 hingga Tahun 6 di SJK. 7. Bilakah kelas pemulihan Bahasa Malaysia Tahun 4 hingga Tahun 6 di SJK dijalankan? Kelas pemulihan Bahasa Malaysia Tahun 4 hingga Tahun 6 di SJK akan bermula pada tahun 2014. 8. Adakah kelas pemulihan Bahasa Malaysia Tahun 4 hingga Tahun 6 di SJK dijalankan dalam waktu PdP atau di luar PdP? Kelas pemulihan Bahasa Malaysia Tahun 4 hingga Tahun 6 di SJK dijalankan di luar PdP. 9. Berapa orang murid yang terlibat dalam satu kelas pemulihan Bahasa Malaysia Tahun 4 hingga Tahun 6 di SJK? Murid yang terlibat dalam satu kelas pemulihan Bahasa Malaysia Tahun 4 hingga Tahun 6 di SJK ialah seramai 5 orang.

Garis Panduan Pelaksanaan Malaysia Tahun 4 hingga 6

Kelas

Pemulihan

Bahasa

SULIT
24

LAMPIRAN A BORANG PENCALONAN KEMASUKAN KE KELAS PEMULIHAN BAHASA MALAYSIA TAHUN 20.... 1. Nama Sekolah 3. Nama Murid 4. Jantina 6. Kaum / Bangsa 7. No. Sijil Lahir 8. Umur 9. Jantina
(Tahun Sebelumnya)

: .............................................................. 2. Kelas : ......................................... : ........................................................................................................................ : L : P Melayu Cina 5. Tarikh Lahir : ................................ India Lain-lain

: ............................................................................................. : ............................................................................................. : .............................................................................................

10. Jumlah Kedatangan : ............................................................................................ 11. Sebab-sebab dicalonkan ke Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia (Tandakan ! pada kotak yang sesuai) 11.1. Tidak Menguasai Saringan LINUS 11.2. Tidak melepasi Ujian PraProTiM 11.3. Tidak melepasi TP KSSR 11.4. Masalah Kesihatan 11.4 Cadangan guru mata pelajaran 11.5. Permintaan ibu bapa 11.6. Cadangan Guru Besar 11.7. Lain-lain Nyatakan: .................................................................................................................................. Tandatangan Guru Kelas Tarikh : ............................... Konstruk .......................... Markah ............................ TP .................................... Nyatakan:............................

Garis Panduan Pelaksanaan Malaysia Tahun 4 hingga 6

Kelas

Pemulihan

Bahasa

SULIT
25

LAMPIRAN B BORANG PROFIL MURID KELAS PEMULIHAN BAHASA MALAYSIA TAHUN 20.............

-photo-

1. Nama Sekolah 3. Nama Murid 4. Jantina 6. Kaum / Bangsa 7. No. Sijil Lahir 9. Bil. Adik-beradik

: .............................................................. 2. Kelas : ......................................... : ........................................................................................................................ : L : P Melayu Cina 5. Tarikh Lahir : ................................ India Umur Lain-lain

: ......................................

: .......................................................

: ....................... anak ke : ...............

10. Tarikh Masuk Sekolah:.............. 11. Alamat Rumah : ........................................................................................................................ ........................................................................................................................ 12. Bandar/Luar Bandar: ................................ 13. Cara ke sekolah 14. Nama ibu/bapa Jarak dari sekolah: ....................................................

: ........................................................................................................................ : ........................................................................................................................ 16. Pekerjaan ibu/bapa: ..........................

15. Nombor Telefon Bimbit: ...............................................

17. Latar belakang Pendidikan Ibu bapa/penjaga: ................................................................................ (Sekolah Rendah, Menengah, Maktab, Universiti) Tandatangan guru .......................................
Garis Panduan Pelaksanaan Malaysia Tahun 4 hingga 6 Kelas Pemulihan Bahasa

Tarikh:

SULIT
26

Contoh Borang Ujian Saringan (Praujian ProTiM) MATA PELAJARAN : BAHASA MALAYSIA TAHUN :...............................
BIL KEMAHIRAN (IKUT UNIT)

LAMPIRAN C

Skor Keseluruhan

NAMA MURID

Garis Panduan Pelaksanaan Malaysia Tahun 4 hingga 6

Kelas

Pemulihan

Bahasa

SULIT
27

Lampiran D Contoh Borang Hasil Penilaian yang telah dijalankan (Pascaujian ProTiM) NAMA TAHUN SEKOLAH : ________________ : ________________ : ________________
JANTINA L P KAUM C I

BIL NAMA MURID

MARKAH LULUS MENGIKUT UNIT


2 3 4 5 6 7 8 9

10

Disediakan oleh: ...................................... Nama: Guru Kelas Pemulihan BM

Disahkan oleh: ............................... Guru Besar

Garis Panduan Pelaksanaan Malaysia Tahun 4 hingga 6

Kelas

Pemulihan

Bahasa

SULIT
28

Lampiran E Contoh Rancangan Pengajaran CONTOH 1 - PENULISAN RANCANGAN MENGAJAR KELAS PEMULIHAN BAHASA MALAYSIA Tajuk Objektif : Membaca dan menulis suku kata terbuka : Di akhir proses pembelajaran dan pengajaran, 1. Murid dapat membaca suku kata terbuka 2. Murid dapat menulis suku kata terbuka : 1. Guru mengedarkan 10 gambar yang terdapat suku kata terbuka Contohnya pasu, keju, baja, kerusi, kereta 2. Murid diminta menyebut nama gambar tersebut secara individu dan kumpulan 3. Murid boleh menyebut suku kata terbuka mengikut gambar 4. Murid melengkapkan suku kata berdasarkan gambar Semua murid boleh membaca dan menulis suku kata terbuka dengan betul.

Aktiviti

Refleksi

Garis Panduan Pelaksanaan Malaysia Tahun 4 hingga 6

Kelas

Pemulihan

Bahasa

SULIT
29

Lampiran F

CONTOH2 - PENULISAN RANCANGAN MENGAJAR KELAS PEMULIHAN BAHASA MALAYSIA Tajuk Objektif Aktiviti : : : Membaca Ayat Tunggal dengan sebutan yang betul serta intonasi yang jelas dan lancar Di akhir proses pembelajaran dan pengajaran, murid dapat membaca 5 ayat tunggal yang ditunjukkan dengan betul dan lancar 1. Guru mengedarkan beberapa keping kad perkataan. Contohnya: perpustakaan , menghias , membuat 2. Murid diminta menyebut perkataan tersebut (sebutan lancar dan jelas) 3. Guru menunjukkan kad ayat tunggal 4. Guru meminta murid membaca bersama-sama (bacaan mekanis) 5. Murid diminta membaca secara individu (penilaian) Semua murid boleh membaca 5 ayat yang diberi dengan jelas dan lancar

Refleksi

Garis Panduan Pelaksanaan Malaysia Tahun 4 hingga 6

Kelas

Pemulihan

Bahasa

SULIT
30

Lampiran G

CONTOH 3 - PENULISAN RANCANGAN MENGAJAR KELAS PEMULIHAN BAHASA MALAYSIA Tajuk Objektif : : Membaca dan menulis perkataan diftong Di akhir proses pembelajaran dan pengajaran, 1. Murid dapat membaca 6 perkataan diftong 2. Murid boleh menulis 6 perkataan diftong 1. Murid mengambil kad perkataan yang mengandungi diftong Contoh: pulau, kedai, pakai, helai, lebai, boroi, pukau 2. Murid menyebut perkataan diftong secara individu dan kumpulan 3. Murid mengeja perkataan diftong dengan betul 4. Murid melengkapkan dan menulis perkataan diftong Semua murid dapat membaca dan menulis perkataan diftong

Aktiviti

Refleksi

Garis Panduan Pelaksanaan Malaysia Tahun 4 hingga 6

Kelas

Pemulihan

Bahasa

SULIT
31

Lampiran H CONTOH 4 - PENULISAN RANCANGAN MENGAJAR KELAS PEMULIHAN BAHASA MALAYSIA Tajuk Objektif : : Bapaku pulang dari kota Di akhir proses pembelajaran dan pengajaran, 1. Murid dapat membaca cerita pendek yang diberi dengan intonasi dan sebutan yang jelas dan lancar 2. Murid boleh menjawab 5 soalan pemahaman yang diberi dengan tepat dan betul . 1. Guru mengedarkan petikan cerita pendek bertajuk 'Bapaku pulang dari kota' 2. Guru meminta murid membaca bersama-sama petikan yang diberi (bacaan mekanis) 3. Murid diminta membaca secara individu (penilaian) 4. Murid diberikan soalan pemahaman dan diminta untuk menjawab 5. Berbincang mengenai jawapan dan semakan jawapan pelajar (penilaian) 1. Semua murid boleh membaca petikan yang diberi dengan jelas dan lancar 2. Semua murid boleh menjawab 5 soalan pemahaman dengan tepat dan Betul

Aktiviti

Refleksi

Garis Panduan Pelaksanaan Malaysia Tahun 4 hingga 6

Kelas

Pemulihan

Bahasa

SULIT
32

Lampiran I CONTOH 5 - PENULISAN RANCANGAN MENGAJAR KELAS PEMULIHAN BAHASA MALAYSIA Tajuk Objektif Aktiviti : : : Menulis ayat dalam perenggan Di akhir proses pembelajaran dan pengajaran, Murid dapat menulis ayat dalam bentuk perenggan 1. Guru mempamerkan lima gambar pada papan tulis 2. Murid mengambil kad ayat yang disediakan dan padankan dengan gambar 3. Murid membaca ayat yang lengkap berdasarkan gambar mengikut urutan 4. Murid menulis ayat yang lengkap berdasarkan kad ayat mengikut urutan dalam satu perenggan Semua murid dapat menulis ayat dalam satu perenggan

Refleksi

Garis Panduan Pelaksanaan Malaysia Tahun 4 hingga 6

Kelas

Pemulihan

Bahasa

SULIT
33

Cadangan Jadual Waktu A (sekolah 2 sesi) Hari/masa 6.30-7.00 pagi ( 30 minit) (Sabah & Sarawak) Ahad Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Cadangan Jadual Waktu B Hari/masa 6.30-7.00 pagi ( 30 minit) (Sabah & Sarawak) Ahad Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Cadangan Jadual Waktu C (sekolah satu sesi) Hari/masa 6.30-7.00 pagi ( 30 minit) (Sabah & Sarawak) Ahad Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat 7.15-7.45 pagi (30 minit) (Semenanjung) 7.15-7.45 pagi (30 minit) (Semenanjung) 7.15-7.45 pagi (30 minit) (Semenanjung)

Lampiran J

2.00-3.00 petang (1 jam) (Semenanjung)

2.00-3.00 petang (1 jam) (Semenanjung)

2.00-3.00 petang (1 jam) (Semenanjung)

Garis Panduan Pelaksanaan Malaysia Tahun 4 hingga 6

Kelas

Pemulihan

Bahasa

SULIT
34

Cadangan Jadual Waktu D Hari/masa 6.30-7.00 pagi ( 30 minit) (Sabah & Sarawak) Ahad Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat 7.15-7.45 pagi (30 minit) (Semenanjung)

Lampiran K
2.00-3.00 petang (1 jam) (Semenanjung)

Nota : 1. Bagi negeri Kelantan, Terengganu dan Kedah Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia bermula pada hari Ahad hingga Khamis, manakala negeri-negeri lain kelas pemulihan bermula pada hari Isnin hingga Jumaat. 2. Masa diperuntukkan adalah 2 hingga 5 jam seminggu. 3. Pindaan jadual tertakluk kepada pihak pengurusan sekolah.

Garis Panduan Pelaksanaan Malaysia Tahun 4 hingga 6

Kelas

Pemulihan

Bahasa

SULIT
35

Lampiran L Contoh Surat Pelantikan Guru Pemulihan Bahasa Malaysia


KEPALA SURAT SEKOLAH Rujukan: Tarikh : Tuan/Puan/Encik/Cik ------------------------------------------------------------------Tuan/Puan, PELANTIKAN GURU PEMULIHAN BAHASA MALAYSIA Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas. 2. (No. KP :.............................) telah dilantik sebagai Guru Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia di SJK........................................................................ mulai ................................. Sukacita dimaklumkan bahawa Tuan/Puan/Encik/Cik ................................................................

3. Sehubungan dengan itu, tuan/puan dikehendaki melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia di luar waktu pengajaran dan pembelajaran agar matlamat Kelas pemulihan Bahasa Malaysia untuk mengatasi masalah penguasaan kemahiran Bahasa Malaysia (menulis dan membaca) tercapai. 4. Pelantikan ini hendaklah dipatuhi. Sebarang pertukaran Guru Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia mestilah dirujuk kepada pentadbir sekolah untuk kelulusan. Sekian, terima kasih. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA Saya yang menurut perintah, .................................................. ( )
Garis Panduan Pelaksanaan Malaysia Tahun 4 hingga 6 Kelas Pemulihan Bahasa

SULIT
36

Lampiran M Contoh Surat Makluman Ibu Bapa


KEPALA SURAT SEKOLAH Rujukan: Tarikh : Tuan/Puan/Encik/Cik ------------------------------------------------------------------Tuan/Puan, PELAKSANAAN KELAS PEMULIHAN BAHASA MALAYSIA 2014 Saya dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk. 2. (No. Sijil Lahir :.............................) telah dikenal pasti untuk mengikutiKelas Pemulihan Bahasa Malaysia tahun ............................... mulai ................................. Sukacita dimaklumkan bahawa anak Tuan/Puan/Encik/Cik .............................................................

3. Sehubungan dengan itu, anak tuan/puan dikehendaki hadir mengikuti Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia. Kelas ini akan dijalankan di luar waktu pembelajaran supaya anak tuan/puan dapat menguasai kemahiran berbahasa Bahasa Malaysia dengan baik. 4. Kerjasama tuan/puan sangat dihargai. Sebarang pertanyaan sila hubungi _______________ melalui talian ________________. Sekian, terima kasih. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA Saya yang menurut perintah, .................................................. ( )

Garis Panduan Pelaksanaan Malaysia Tahun 4 hingga 6

Kelas

Pemulihan

Bahasa

SULIT
37

Pengurus Program
Rusdi bin Mat Nor

Jawatankuasa Kerja Penyediaan Buku Garis Panduan Pelaksanaan Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia
Bahagian Pengurusan Sekolah Harian

Ahli Panel Dr Roziah binti Abdullah Dr Jafri bin Abu Hjh Tuslah binti Abdan

Ismail bin Ibrahim Norhafizah binti Kamaruddin Norliah binti Mohd Amin Shafiron bin Hashim Suaini binti Mohd Amin Khawidah binti Abd Samad Tajudin bin Abdullah Hjh Siti Khadijah binti Hj Mion Aishah binti Othman Nor Zalina binti Nasir Norhayati binti Aziz@Esa Siti Nafsiah binti Ismail Nordin bin Ismail Mubarak Ali bin Rakhir Mohamed Kamarozaman bin Hj Ahmad Zoraimi bin Shariff Rubiaton binti Ibrahim Nasri bin Ramli Harun bin Mahbut Hesam bin Mohd Kasron Mohamad Hashim bin Ismail Ab. Abid bin Mohamad Meor Mohamad Zain bin Meor Jadi Hanri bin Hamden Noorartini binti Hj Arjikal Azizah binti Jupri Afandi bin Nasir Muhammad Aris bin Shuib Cheng Yew Teck Sitha A/P Thangavaloo Chong Not Mooi Mariyamal A/P Sinathamby Nadarajah Chng Sim Imm Goh Ai Guat T Hanaseelan A/L N. Seethapathy Chin Ah Soon Arasirani A/P Chelliah Chew Hock Jin A. Rajendra Devi Malarkodi A/P Krishnan

Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Bahagian Pengurusan Sekolah Harian

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan Bahagian Perkembangan Kurikulum Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti Lembaga Peperiksaan Bahagian Buku Teks Bahagian Pendidikan Guru Bahagian Sukan Bahagian Kokurikulum Bahagian Teknologi Pendidikan Bahagian Pendidikan Khas Intitut Aminuddin Baki Institut Pendidikan Guru Malaysia Jabatan Pendidikan Negeri Perlis Jabatan Pendidikan Negeri Kedah Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang Jabatan Pendidikan Negeri Perak Jabatan Pendidikan Negeri Selangor Jabatan Pendidikan Negeri Negeri Sembilan Jabatan Pendidikan Negeri Melaka Jabatan Pendidikan Negeri Johor Jabatan Pendidikan Negeri Pahang Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak Jabatan Pendidikan Negeri Sabah Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya Guru Besar SJK(C) Kepong 1, Kuala Lumpur Guru Besar SJK(T) Ladang Bukit Jalil, Kuala Lumpur Guru Besar SJK(C)Nan Yik Lee Rubber, Kuala Lumpur Guru Besar SJK(T) Sungai Besi, Kuala Lumpur Guru Besar SJK(C)Yoke Nam Oug, Kuala Lumpur Guru Besar SJK(C)Chung Hua Klang, Kota Kemuning, Selangor Guru Besar SJK(T) Ladang Rinching Guru Besar SJK(C) On Pong 2, Hulu Langat Selangor Guru Besar SJK(T) Batu Caves, Selangor Guru Besar SJK(C) Subang, Selangor Guru Besar SJK(T) Bestari Jaya, Selangor Pen. Kanan (HEM) SJK(T) Jalan San Peng, Kuala Lumpur

Garis Panduan Pelaksanaan Malaysia Tahun 4 hingga 6

Kelas

Pemulihan

Bahasa

SULIT
38

También podría gustarte