Está en la página 1de 25

M1 Aktiviti prabacaan

Aktiviti prabacaan = aktiviti yang dijalankan untuk tujuan memberikan asas kepada
kanak-kanak sebelum mereka boleh membaca.
Pengamatan
kemahiran yang boleh dikembangkan dan dipelajari
berkait rapat dengan kecerdasan seseorang kanak2
satu proses yang menimbulkan makna kepada tugas-tugas
pancaindera dengan bantuan pengalaman2 lalu dan mempunyai
hubungan rapat dgn pemikiran kita
terdapat 3 peringkat:
1. proses penerimaan
2. pemprosesan data
3. proses tindak balas
terdapat 3 jenis pengamatan:
1. penglihatan = perbezaan saiz, perbezaan bentuk, mengecam
bentuk tentang pembalikan sesuatu projek
= penyelesaian : latihan aktiviti memadan
2. pendengaran = masalah untuk membezakan bunyi, bunyi
phonological (diskriminasi pendengaran),
mengingat apa yang didengar, mengingat urutan
(ingatan pendengaran) dan membentuk perkataan
dari gabungan abjad (intergrasi visual
pendengaran).
= penyelesaian : memperkenalkan huruf-huruf
dengan bunyinya,
memperkenalkan sebahagian
perkataan yang penting kepada
pelajar, mengajar huruf bersama-
sama dengan ayat, bertutur
dengan kanak-kanak atau
membaca kepada kanak-kanak.
3. pergerakan tangan dan mata = penyelesaian : mewarna,
memberi permainan yang
menggunakan kecil seperti set
bongkah yang dapat membantu
dalam perkembangan motor.

Ciri2 murid yg mengalami kesukaran pengamatan
lambat membuat pengolahan
sukar kaitkan perkara yg diketahui dgn situasi baru
cepat lupa dan memerlukan aktiviti ulangan yg kerap
bertindak terburu-buru tanpa berfikir
lemah koordinasi motor, iaitu antara mata dan tangan
tidak mampu membuat keputusan secara am
tidak mahu melibatkan diri dalam aktiviti kumpulan
tidak mahir dalam melaksanakan kerja kreatif
mengharapkan orang lain semasa membuat keputusan
banyak menghafal tanpa faham maksud
terlalu lama berfikir semasa membuat sesuatu
kurang sifat kerjasama
sering melanggar peralatan di dalam bilik darjah
membuat sesuatu kerja tanpa mengetahui di mana harus henti
Punca2 kelemahan pengamatan
1. Faktor internal/dalaman
minat dan kecenderungan serta perhatian kanak2
keupayaan tenaga, tekanan emosi dan penglihatan
kerosakan pendengaran dan penglihatan
2. Faktor external/luaran
kurang pendedahan
kurang rangsangan

Ciri2 kesukaran pengamatan penglihatan dapat dikesan melalui aktiviti berikut:
diskriminasi
ingat kembali
orientasi kedudukan
turutan
menyudahkan dan melengkapkan
menyalin
rajah latar belakang
koordinasi tangan dan mata
pertalian jarak
gambar bersiri
pembalikan
mencari jalan keluar
benda tersembunyi
Langkah2 menangani kesukaran komponen pengamatan
penggunanan bahan mauwujud
mempelbagaikan kaedah pengajaran
memberi sebanyak mungkin siri latihan pengamatan penglihatan





















M2
Kaedah membaca terbahagi kepada 3 jenis
1) Kaedah fonetik
2) Kaedah abjad
3) Kaedah pandang sebut

1) Kaedah fonetik
kaedah asas membaca yg menekankan hubungan antara huruf
dengan bunyi.
sesuai untuk kanak2 yang baru mengenal huruf
Konsep kaedah fonetik
memerlukan seseorang murid bersedia lebih awal dalam mengetahui
bunyi2 huruf, boleh menyebut dgn baik serta dapat meningatinya dalam
tempoh masa panjang.
kenal huruf berkenaan dari segi bentuk, rupa dan cara menulis huruf
tersebut di samping dapat mengaitkan huruf yang dilihat dengan bunyi
yang dilafazkan.
hanya mensyaratkan kanak-kanak mengenal dan mengingat hanya 25
huruf dan bunyinya sahaja
penggunaan teknik asosiasi = gambar dan bunyi
memperkenalkan bunyi vokal a, i, u dahulu, bunyi konsanan yang
diperkenalkan dahulu pula ialah k, s, t, d, r, l, m, g dan n.
Kelebihan
murid dapat mengaitkan huruf yg dilihat dengan bunyi
mengurangkan beban kepada memori murid2
tidak perlu perkenalkan semua huruf vokal dan konsonan sekali gus
penggunaan teknik asosiasi bunyi dan gambar mempercepat proses
mengingat
Kelemahan
tidak sesuai untuk murid2 slow learner
sesuai untuk murid2 pandai sahaja
murid perlu membuat persiapan awal sebelum membaca
murid perlu mengetahui bunyi dan bentuk huruf terlebih dahulu
hanya sesuai untuk murid2 yg telah mahir menyebut dan boleh mengingat
bunyi huruf yg diajarkan
Latihan/Aktiviti yang boleh dijalankan:
Latihan membunyikan huruf dan asosiasi benda dengan bunyi huruf
Latihan membatang suku kata dan perkataan
Latihan membaca frasa dan ayat

2) Kaedah Abjad
kaedah asas membaca yang paling tua digunakan
pengajaran bacaan dimulai dengan pengenalan huruf atau abjad yg diikuti
dengan membunyikan huruf2
dari cantuman huruf, murid2 akan diperkenalkan dgn bunyi2 atau suku
kata yg digabungkan menjadi perkataan
Konsep kaedah abjad
+ Kaedah Abjad lebih menegaskan hafalan-hafalan yang agak kurang
bermakna bagi kanak-kanak.
a) Murid diajar mengenal, menyebut dan mneghafal nama huruf A
hingga Z.
b) Selepas beberapa minggu, huruf-huruf vokal : a,e,i,o,u dibunyikan.
c) Selepas itu, diikuti dengan suku-suku kata dan mengeja perkataan.
d) Kemudian baru diberi latihan membaca ayat-ayat pendek.
Kelebihan
penggunaannya sesuai dgn sistem bahasa melayu
murid boleh membaca perkataan baharu walaupun belum
mempelajarinya
memberi kemahiran asas dan binaan yang kukuh dalam aktiviti asas
membaca
membantu murid2 mencapai tahap kecekapan yg tinggi dalam
membaca serta memberi kenyakinan kpd mereka untuk terus
membaca
Kelemahan
menghafal tanpa memahami makna
tidak sesuai dengan kehendak pendidikan dan psikologi murid2
kerana pengajaran tidak secara keseluruhan yg bermakna
membosankan murid atas latih tubi yg berlebihan
lebih kepada aktiviti hafalan dan kurang penghayatan
membatas tahap perbendaharaan kata
Latihan/aktiviti yg boleh dijalankan
a) menyebut nama huruf abjad a-z dalam huruf besar dan huruf kecil
b) Perkenalkan huruf A-Z mengikut urutan
c) Latihan Menyebut Suku Kata V dan KV
d) Latihan membaca ayat

3) Kaedah pandang dan sebut
o Pengajaran bacaan tidaklah dimulakan dengan mengenal dan menghafal
atau abjad satu persatu tetapi murid terus diperkenalkan dengan seluruh
perkataan dan disertai dengan gambar.
o Bertujuan untuk murid membiasakan diri mengecam perkataan tanpa
perlu mengeja dan ia dapat memendekkan masa murid untuk mengeja.
Konsep
Murid-murid menyebut perkataan pada kad-kad imbasan yang ditunjukkan
oleh guru.
Murid mengecam gambar dan menyebut perkataan. Tidak ada cerakinan
dibuat terhadap perkataan.
Murid diperkenalkan kumpulan huruf yang membentuk perkataan tersebut.
Murid menyebut perkataan tersebut berulang kali.
Kebaikan
Menjimatkan masa kerana murid tidak perlu belajar mengeja perkataan.
Murid-murid didedahkan dengan bahan yang konkrit.
Mereka tidak dikehendaki menghafal huruf.
Mereka memahami maksud perkataan
Kaedah ini merupakan kaedah terpantas untuk mempelajari kemahiran
membaca
Kelemahan
Murid pandai menyebut perkataan tetapi tidak pandai mengeja.
Perbendaharaan kata murid terbatas.
Gagal menyebut bunyi perkataan baharu sebab tiada pendedahan
sesuai untuk murid-murid pandai sahaja
Kadang-kadang mereka keliru dengan gambar yang kurang jelas.
Cara pelaksanaan
1) Latihan Menyebut Perkataan disertakan dengan gambar.
2) Latihan Mencerakinkan Perkataan Menjadi Suku Kata
3) Latihan Membina dan Membaca Ayat
























M5
Menulis Terbahagi kepada tiga peringkat iaitu:
1. Peringkat pratulisan
2. Peringkat mekanis
3. Peringkat untuk pelahiran

Aktiviti pratulisan
merujuk kepada latihan-latihan yang dilakukan untuk pergerakan tangan.
kanak-kanak menguasai gerak tangan yang bebas supaya boleh menulis dengan
selesa dan sempurna.
kanak-kanak juga dapat melakukan latihan-latihan pergerakan mata serta
melakukan latihan-latihan kordinasi tangan.
aktiviti contengan dilakukan ke atas permukaan benda sedia ada dalam
persekitaran mereka dari contengan bebas kepada contengan terkawal

empat aktiviti asas yang perlu dikuasai oleh murid-murid dalam
memperkenalkan proses pratulisan.
menyambung titik2 atas kertas
melukis garis lintang dari kiri ke kanan
melukis garis condong
menyalin corak mudah dan bentuk2
tingkah laku yang dijadikan petunjuk oleh guru bagi mengesan murid-murid yang
menghadapi masalah dalam tulisan
menggenggam pensel
cara memegang pensel yang salah
kedudukan badan yang canggung semasa menulis
mengelak latihan menulis seperti menggunakan taktik melengah-lengah
hasil tulisan tidak banyak berbanding umur, keupayaan membaca, dan
keupayaan bertutur
terlalu kerap memadam
kerap merujuk kepada carta huruf untuk menyemak bentuk huruf
keliru dengan arah, misalnya tulisan cermin atau menulis terbalik, dan
lemah dalam menggunakan ruang, misalnya huruf atau perkataan terlalu rapat
atau berjauhan.

Objektif:
melatih pergerakan tangan dan jari
melatih pergerakan mata
melatih koordinasi mata dan tangan
mengenal bentuk huruf dan perkataan
menulis huruf dan perkataan

Kaedah2 yg digunakan
gunakan pendekatan mudah, menyeluruh dan menarik
penggunaan bahan yg tepat dan sesuai
carta suku kata yg pelbagai dan tersusun
aktiviti pengayaan dilaksanakan
perkenalkan huruf kecil dahulu kemudian huruf besar

Latihan/aktiviti yg boleh dijalankan
aktiviti pergerakan jari dan tangan = menampal, menjahit, menguntai
aktiviti mencari jalan keluar, memadan huruf/bentuk/gambar
aktiviti menyambung titik dan membuat corak
aktiviti membentuk huruf



















M6
Tulisan Mekanis
Satu kemahiran yang dilaksanakan kepada murid-murid setelah mereka melalui
aktiviti dan latihan kemahiran pratulisan

Tujuan
Membimbing murid-murid supaya menguasai kemahiran membentuk huruf besar
dan kecil dengan tepat dan betul.

Objektif
Menguasai kemahiran menulis mekanis supaya mudah dibaca.
Memperkembangkan pergerakan latihan tangan, otot, jari bagi perkembangan
diri kanakkanak yang sempurna dari segi fizikal. (Pra Tulisan)
Muridmurid dapat menulis bentuk abjad mengikut arah yang tertentu untuk
penulisan yang teratur.

Kepentingan
Membolehkan kanak-kanak menyusun huruf-huruf menjadi suku kata,
perkataan dan ayat sebagai alat komunikasi.
Membolehkan kanak-kanak berkemahiran dalam satu lagi komponen bahasa
dan meluaskan pengetahuan, perhubungan serta matlamat hidup.
Mendirikan asas menulis yang kukuh bagi agar kanak-kanak dapat menulis
dengan baik, cekap dan pantas.
Mempertingkatkan fleksibiliti pergerakan tangan kanak-kanak.
Membolehkan kanak-kanak melahirkan fikiran dan perasaan dengan sempurna
dalam bentuk tulisan dan seterusnya mendedahkan kanak-
kanak cara penulisan yang betul.
Kaedah:
Guru mengajar dengan menggunakan pergerakan tangan menulis di awang-
awang udara, atas pasir atau pada papan tulis.
Melatih murid menulis unsur-unsur huruf perkataan.
Mengawasi tulisan murid bentuk, saiz, tegak atau condong untuk melatih murid
menulis cepat, senang dan kemas.

Peringkat
Murid disediakan dengan aktiviti menulis sebelum mereka dapat menulis huruf
dengan kemas dan betul.
Pada peringkat ini, murid diajar menguasai kemahiran membentuk huruf besar
dan kecil dalam abjad.
Latihan otot tangan dan jari serta koordinasi tangan dan mata diberikan kepada
murid.

Latihan yg boleh dijalankan
Memadankan Huruf Kecil dengan Huruf Besar
Menyesuaikan Nama Huruf dengan Huruf
Memadankan Nama Huruf dengan Bunyi Huruf
Mengisi Tempat Kosong dengan Huruf yang Tertinggal
Menulis Huruf Mengikut Urutan
Menulis suku kata,perkataan dan ayat tunggal





































M7
Penyerapan Mata Pelajaran Pendidikan Muzik
Pendidikan muzik berupaya mengembangkan kreatif dan daya estetika
melalui nyanyian, pergerakan, pendengaran, penciptaan, permainan alat
muzik dan respon kepada visual dan verbal bunyi-bunyian.
Pendidikan muzik juga membantu perkembangan kanak-kanak dari segi
intelek, emosi, sosial dan fizikal
Pendidikan muzik juga boleh meregangkan emosi yang terganggu dan
menjadi perantaraan untuk bersosial
Konsep muzik yang perlu difahami oleh seorang pendidik iaitu irama,
melodi, harmoni, tekstur.
Kanak-kanak mudah terangsang kepada irama muzik.
Kanak-kanak berasa selesa untuk melahirkan ekpresi melalui muzik,
irama dan ton.
Penggunaan muzik seperti aktiviti nyanyian dalam pendidikan literasi
boleh merangsang minat murid-murid untuk belajar dan hasilnya boleh
dilihat dalam tempoh yang singkat.

Konsep
Elemen-elemen muzik terdiri daripada melodi, irama, tekstur, warna ton,
dinamik dan bentuk.
Muzik juga ialah media yang sesuai dan berkesan sebagai bahasa
universal untuk menyampaikan sesuatu maksud dan mood.
Muzik juga boleh menimbulkan perasaan, syahdu, melankolik, semangat
dan rangsangan kepada pendengar.
Muzik boleh dinikmati oleh pelbagai strata masyarakat
Muzik dapat memberikan penghayatan terhadap cetusan idea dan luahan
rasa yang ingin disampaikan oleh pencipta dan penggubah.

Sebab Utama Mengapa Muzik Penting dalam Sistem Pendidikan Menurut
Choksy
Muzik sebagai hiburan, rekreasi dan pemberi pengalaman yang
berbeza kerana Muzik boleh menenangkan fikiran dan boleh mengubah
emosi seserong kepada situasi yang ceria dan gembira.
Muzik sebagai satu kerjaya. Seorang yang berkecimpung dalam bidang
muzik boleh menjadi pencipta, pengajar dan penggiat muzik profesional.
Muzik sebagai pendidikan holistik kerana muzik berupaya
mengembangkan potensi otak kiri dan otak kanan murid-murid.
Muzik sebagai pengaruh sosial
Muzik dapat menyentuh perasaan dan nilai estetik dan memberikan
peluang mengeluarkan perasaan dan membangkitkan semangat.
Elemen Pendidikan Muzik
a) pengetahuan
memberikan tumpuan kepada kebolehan murid mengetahui dan
memahami konsep muzik berasaskan tiga komponen iaitu irama,
melodi dan ekspresi.
b) kemahiran muzik
memberi tumpuan kepada pembinaan kemahiran murid untuk
mendengar muzik, mengapresiasi muzik, kreativiti, membaca dan
menulis muzik, menyanyi dan menghasilkan muzik instrumental.
c) nilai
Kaedah mengajar nyayian yg perlu diberi perhatian
Pilihlan lagu yang mudah dan sesuai dengan suara murid
Pastikan tempo, bentuk, irama, ekspresi dan lirik lagu mudah diikuti.
Pilih seni kata lagu yang mempunyai hubungan dengan persekitaran
murid dan kemahiran yang hendak diajar.
Pastikan pernafasan, penghasilan ton dan ekspresi betul semaktu
menyanyi.
Kenal pasti konsep muzik yang ingin difokuskan sama ada pada seni
katanya, irama, melodi atau sebagainya.
Kenal pasti cara mudah untuk mengajar menyanyi
Penyediaan carta lagu supaya murid-murid mudah mengingatinya.
Pastikan seni kata mempunyai perkataan yang berulang-ulang.

Prinsip pemilihan lagu
Lagu yang dipilih perlulah sesuai dengan suara dan tahap murid.
Nadanya sederhana, iaitu tidak terlalu tinggi atau rendah.
Irama lagu yang dipilih mestilah mudah dan menarik.
Seni kata tentang kegembiraan dan bukannya kesedihan.
Ada terkandung cerita atau peristiwa dalam lagu berkenaan.
Mempunyai perkaitan tentang kehidupan harian mereka.
Seni kata yang berulang-ulang supaya murid-murid mudah mengingat.
Iramanya juga perlulah berulang-ulang.
Melodinya menarik.
Mood lagunya hendaklah riang, ceria dan pelbagai.
SENI KATA LAGU UNTUK PENGAJARAN
Pemilihan lagu tradisional terutama yang bercirikan negeri-negeri lebih
memberikan impak dan berkesan.
Murid-murid telah terdedah dengan irama berkenaan sejak kecil lagi.
Guru tidak perlukan masa yang lebih untuk memperdengar irama lagu dan
seni kata kerana murid telah lancar.
Lagu tradisional dapat dibahagikan kepada 2 jenis.
a) lagu tradisional berkonsepkan serumpun
cth: Damak, Seri Mersing, Seri
Sarawak, Lela Manja
b) lagu tradisi yang menjadi identiti negeri
cth: Lemak Manis (Negeri Sembilan) , Pak Ngah Balik (Johor)
PROSEDUR PEMILIHAN LAGU
^ kumpulan sasaran dan objektif pengajaran dan pembelajaran yang
hendak dicapai.
^ pemilihan dan penggunaan seni kata yang menepati objektif pengajaran
dan pembelajaran yang hendak dicapai.
Lagu2 yg sesuai dgn tujuan
a) Lagu program rasmi negara
b) Lagu musim perayaan
c) Lagu nasyid dan berunsur nasihat
d) Lagu mengandungi cerita, kisah dan teladan
e) Lagu patriotik
f) Lagu irama tradisioanl dan asli
g) Lagu jenaka
h) Lagu pop
i) Lagu kanak-kanak
Kaedah mengajar lagu
pembelajaran secara hafalan, murid-murid mempelajari sesebuah lagu
secara mengajuk dan penguasaan lagu bergantung kepada daya ingatan
mereka
Kaedah keseluruhan lagu = untuk murid pandai
Kaedah baris demi baris = untuk murid tidak pandai
ASPEK YANG PERLU DIPERTIMBANGKAN SEMASA MENGAJAR
NYANYIAN
Memilih tajuk dan objektif yang ingin dicapai.
Menyesuaikan lagu dengan tema atau tajuk mingguan
Memilih lagu yang sesuai dengan tahap murid.
Mempelbagaikan teknik mengajar nyanyian.
PEMILIHAN ALAT MUZIK YANG SESUAI
a) Alat Muzik Berpic = melodian dan gitar akustik
b) Alat Muzik Tanpa Berpic = mempunyai hanya satu irama sahaja.
Peralatan muzik yang perlu dipalu, ditepuk atau diketuk seperti dram,
gendang tradisional, yang perlu digoncang atau digoyang, seperti
marakas kayu, syaker, cabasa, loceng dan tamborin, Peralatan muzik
yang perlu digesel atau digores seperti guiro dan simbal tangan.


























M8
Penyerapan Pemulihan Membaca Dan Menulis Mata Pelajaran Pendidikan
Seni Visual
memberi peluang kpd murid2 memperkembangkan bakat semula jadi
mereka dalam bidang seni
menekankan: penglibatan, pemikiran dan daya kreatif
4 bidang utama yg ditekankan:
a) melukis dan membuat gambar
b) membuat rekaan corak
c) membentuk dan membuat binaan
d) kraf tradisional

Aspek estetika dalam PSV
menekankan unsur peniruan
ekspresi dalam perasaan dan emosi
penggunaan kaedah formalistik = penguasaan murid terhadap unsur2 seni
seperti garisan, warna, ruang, jalinan,
bentuk dan rupa
keaslian, keunggulan idea dan gagasan bahan

Kepentingan Pendidikan Seni Visual Dalam Aktiviti Penyerapan Pemulihan
Menulis Dan Membaca
Murid-murid dapat mengekspresikan diri melalui seni.
Dapat mengembangkan potensi diri kanak-kanak.
Mengadunkan pemikiran kanak-kanak dengan guru dalam satu kumpulan
dengan harmoni.
Sebagai panduan dan peringatan kepada guru tentang perbezaan dan
keupayaan seseorang kanak-kanak.

4 elemen dalam penyerapan PSV dalam literasi bahasa
bahan pengajaran mestilah berguna
penglibatan murid secara maksimum dalam proses P&P
proses pembelajaran perlu memasukkan unsur pemikiran kritis dan kreatif
murid2
penggunaan bahan secara maksimum dalam proses P&P
Aktiviti2 yg boleh dilaksanakan
kolaj
mozek
anyaman
ukiran
mewarna




















M9
Penyerapan Mata Pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
Konsep
Satu proses asas pembelajaran kemahiran menulis dan membaca melalui
aktiviti fizikal yg diperkukuh dgn pengalaman murid
Bertujuan memberikan maklumat, mengubah sikap dan mempengaruhi
tingkah laku.

Kepentingan PJK kepada murid-murid
Membantu membangunkan tahap kecergasan melalui aktivti fizikal.
Membangunkan kemahiran asas, kreatif, sukan dan gimnastik sambil
mempelajari literasi bahasa.
Memberikan kefahaman tentang keselamatan diri dan orang lain,
peralatan dan tempat aktiviti sambil mempelajari literasi bahasa.
Memberikan peluang kepada murid-murid untuk mengenali diri dan
penjagaan kebersihan diri.
Memberikan pendedahan dan pengetahuan kepada kanak-kanak tentang
Gaya Hidup Cergas dan Gaya Hidup Sihat.
Mengenal pasti isu semasa PJK yang boleh mempengaruhi kehidupan
seharian murid.
Aktiviti2 yg boleh dilaksanakan
a) pancing suku kata
b) permainan teng teng perkataan
c) boling suku kata
d) lari berganti-ganti






M10
1. Pemintal lidah = bahan pengajaran bukan elektronik
ungkapan yang direka bentuk mengandungi kata-kata yang mempunyai suku
kata mudah, mempunyai persamaan rima dan ada kaitan ceritanya tetapi susah
untuk disebut dengan cepat dan pantas.
Kelebihan
Melatih murid-murid untuk bercakap dengan baik.
Memberi keyakinan tinggi kepada murid-murid semasa cakap.
Berfikir secara kreatif dan kritis.
Mengelakkan perasaan malu.
Menambah perbendaharaan kata sedia ada murid-murid terlibat.
Kelemahan
Sesuai kepada murid-murid bahasa pertama sahaja.
Kurang menyeluruh kerana kerana tidak sesuai untuk murid-murid yang cacat
lidah.
Perlukan latihan secara berterusan.

2. Pasangan minimal
merupakan sepasang kata daripada bahasa sama dan terhasil hanya dibezakan
oleh satu bunyi yang kecil tetapi dituturkan semula oleh para penuturnya
sebagai dua perkataan yang berbeza.
sesuai digunakan untuk memperbetulkan cara sebutan murid-murid terutama
penutur bahasa kedua.
juga sesuai digunakan untuk mereka yang bercita-cita menjadi pemidato atau
pembahas yang baik.
Kelebihan
Melatih murid-murid untuk sebutan yang betul.
Memberi keyakinan tinggi kepada murid-murid menghadapi masalah sebutan.
Mengelakkan perasaan malu dalam kalangan murid.
Menambah perbendaharaan kata sedia ada murid-murid.


Kelemahan
Hanya sesuai kepada murid-murid bahasa kedua dan bermasalah pembelajaran.
Kurang menyeluruh kerana tidak sesuai untuk murid-murid yang cacat lidah atau
bibir.
Perlukan latihan tubi secara berterusan.
Perlukan murid menguasai asas suku kata terlebih dahulu.
Ciri2 pemilihan kata
pemilihan perkataan berdasarkan aspek kelemahan murid
mulakan dengan perkataan yg bilangan huruf sedikit
pilih perkataan yg lazim didengar dan mudah disebut
buat latih tubi untuk fonem yg bermasalah
rima bebas
gunakan gambar untuk tujuan pemahaman

3. Lakonan
merupakan salah satu teknik dan alat bantu pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan.
Kanak-kanak perlu bertutur atau melakonkan watak-watak berkenaan dalam
satu situasi.
Teknik main peranan bertujuan untuk mengekalkan perhatian dan tumpuan,
menarik minat kanak-kanak serta untuk membangkitkan rasa ingin tahu kanak-
kanak terhadap sesuatu perkara.
Kelebihan
Memperkembangkan unsur bahasa, unsur paralinguistik iaitu jeda, nada dan
intonasi.
Lakonan juga boleh memperkembangkan unsur bukan linguistik seperti mimik
muka, gerak tangan, kepala, badan dan lain-lain.





M11
Boneka
adalah objek-objek yang diukir untuk mewakili watak-watak cerita.
Penggunaan boneka tidak hanya terhad kepada bentuk orang.
Pengaplikasian permainan boneka juga akan mendedahkan murid untuk
berkomunikasi dengan berkesan serta melahirkan idea kreatif dalam penciptaan
cerita, merangsang imaginasi dan untuk berkerjasama secara berkumpulan.
Jenis2 boneka
a) Boneka jari
b) Boneka tangan
c) Wayang kulit
d) Boneka tali
e) Boneka berbatang
Tujuan penggunaan boneka
mempelajari bahasa dalam suasana menarik
pengalaman sebenar
cepat memudahkan pemahaman
memupuk daya kreativiti
penglibatan secara aktif dalam bilik darjah
membina kenyakinan diri
memupuk semangat kerjasama dan berkongsi pengalaman
teransang dan berminat untuk belajar
Kebaikan
belajar dambl berhibur
menggunakan pelbagai deria
menggunakan kemahiran bahasa secara serentak
memperkukuh kemahiran mata pelajaran lain
mempercepat pemahaman
penglibatan diri secara aktif
memupuk daya kreativiti


M12
Simulasi
Satu situasi yang diwujudkan menyerupai keadaan sebenar
Ia memerlukan murid berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan masing-
masing dalam membuat keputusan, menyelesaikan masalah, isu atau tugasan
tertentu dalam keadaan yang terkawal dan selamat.
Tujuan
Murid-murid dapat menggunakan bahasa dengan lebih berfungsi
Murid-murid berupaya berkomunikasi dengan lebih berkesan
Murid-murid dapat memahami bidang pengetahuan dan situasi yang dihadapi
Murid-murid akan berbincang dan mengeluarkan pemikiran yang kreatif, analitis
dan kritis
Murid-murid boleh membuat laporan dengan berkesan
Murid-murid boleh membuat keputusan dan menyelesaikan masalah yang
dihadapi.
Mengalami sendiri keputusan dan menyelesaikan masalah yang dihadapi
Murid-murid akan mengalami sendiri situasi yang diberikan
Murid-murid lebih berkenyakinan diri
Jenis2 simulasi
a) Secara Individu
+ mengawal kelancaran pembelajaran sendiri
+ melaksanakan tanggungjawab secara bersendirian
+ hasilan belajar mempunyai hubungan rapat dengan bahan yang
digunakan
b) Secara Berpasangan
+ Murid yang sama pandai untuk tujuan pengayaan
+ Murid yang pandai membimbing murid lemah
c) Secara Berkumpulan
+ Melibatkan lebih dari 2 orang murid yang bekerjasama merancang corak
pembelajaran serta bersedia memberikan maklum balas tentang
pembelajaran


M13
Powerpoin = bahan pengajaran elektronik
digunakan sebagai alat persembahan
Keistimewaan powerpoin
Boleh digunakan untuk membuat persembahan
Kesan animasi dapat dimasukkan kepada teks dan objek dalam persembahan
Melukis carta atau jadual dengan lebih cepat
Mempaparkan data dengan jelas
Tujuan powerpoin
Sebagai saluran maklumat
Meyakinkan pendengar
Menarik perhatian
Menghiburkan pendengar
Kebaikan PowerPoint
Menarik
Jelas dan mudah difahami
Mendapatkan perhatian daripada sasaran
Merangsangkan minda
Menjimatkan masa penggunaan
Penggunaan secara maksimum
Mudah disimpan dan dibawa.
Kelemahan PowerPoint
Memakan masa yang agak panjang
Memerlukan alat lain seperti komputer riba dan projektor untuk tayangan
persembahan.
Bermasalah apabila menghadapi bekalan elektrik terputus.



Ciri2 powerpoin yg berkualiti
latar belakang
huruf
gambar
hiasan
elemen powerpoin
bunyi atau sound






























M14
Rakaman bunyi:
Proses memindahkan bunyi di persekitaran murid ke dalam pita rakaman.
Hasil rakaman yang dilakukan dalam makmal khas lebih baik kerana lazimnya
kedap bunyi dan keadaan ini membolehkan data bunyi yang dirakam tidak
terjejas oleh bunyi-bunyi lain yang tidak dikehendaki.
Jenis2 bunyi
a) bunyi alam
b) bunyi mekanikal
c) bunyi abjad
alat2 untuk merakam
a) Notebook dan mikrofon
b) telefon bimbit
c) kamera
d) video kamera

También podría gustarte