Está en la página 1de 35

Sistem Keselarasan Huruf Vokal

Keselarasan huruf vokal bererti keselarasan atau kesesuaian dua huruf vokal yang
membentuk dua suku kata pada kata dasar, iaitu pasangan antara huruf vokal di
suku kata praakhir dengan huruf vokal pada suku kata akhir tertutup. Prinsip
keselarasan huruf vokal ini berlaku dengan syarat yang berikut:

i. Keselarasan di antara dua huruf vokal pada kata dasar.


ii. Kata dasar hendaklah berakhir dengan suku kata tertutup.
iii. Bagi kata yang mengandungi suku kata yang lebih daripada dua, aturan
tentang sistem keselarasan huruf vokal ini dikenakan pada dua suku kata
yang terakhir sahaja, iaitu suku kata praakhir dengan suku kata akhir
tertutup.

Berdasarkan maklumat di perenggan di atas, sistem keselarasan huruf vokal


memberikan erti, antara lain, seperti yang di bawah.

i.Huruf vokal e taling atau o di kata ekasuku tidak berubah apabila kata
tersebut diimbuhi awalan yang mengandungi huruf vokal e pepet. Contohnya:

bom: mengebom bukan mengebum

syor: mengesyorkan bukan mengesyurkan

ii.Huruf vokal e taling atau o di mana-mana suku kata terbuka tidak berubah
sekiranya digunakan huruf vokal a, e pepet, i atau u di suku kata sebelumnya.
Contohnya:

belerang anggota
daerah gelora
kaedah kelopak
kecewa kuno
mereka pidato
pendekar sekolah
selera semboyan
temberang semoga

iii. Huruf vokal a di suku kata akhir tidak mengubah atau mempengaruhi huruf
vokal e taling atau o di suku kata sebelumnya. Contohnya:

e-a: beta cetak gelenggang


meja dewan selempang
reka dendang selendang
sewa semak terendak
o-a: goda borang berontak
kota hormat gelombang
ronda johan kerongsang
rongga rosak terompah
iv. Huruf vokal e taling dan o yang membentuk pasangan keselarasan e-e, e-
o, o-e dan o-o tidak berubah kerana tidak dapat dipengaruhi oleh huruf
vokal a, e pepet, i, atau u di suku kata sebelumnya. Contohnya:

e-e: cerewet, kelengkeng, tempeleng


e-o: kerekot, pelecok, selekoh
o-e: celoreng, kerobek, temponek
o-o: ceroboh, kelompok, pelopor

Dalam Sistem Ejaan Za’ba, cara mengeja perkataan tidak didasarkan pada keselarasan
vokal. Vokal yang hadir pada suku kata pertama tidak diselaraskan dengan vokal yang
hadir pada suku kata kedua. Misalnya ejaan bagi "burong" (bu + rong), "untok" (un +
tok) dan "bilek" (bi + lek) tidak diselaraskan vokal dalam suku kata pertama dengan
suku kata kedua tertutup menjadi "burung" (bu + rung) seperti yang dilakukan dalam
Sistem Ejaan Baharu. Contoh:
Ejaan Lama & Ejaan Baharu

sayor jalor salor bubor balek kueh kuih


sayur jalur salur bubur balik

Dalam Sistem Ejaaan Baharu, perkatan yang terdiri daripada tiga perkataan atau
lebih, keselarasan vokal juga digunakan. Dua suku kata akhir pada perkataan yang
terdiri daripada tiga suku kata atau lebih itu diselaraskan dengan vokalnya. Vokal yang
hadir dalam suku kata terbuka, diselaraskan dengan vokal yang hadir dalam suku kata
tertutup, dan vokal yang hadir dalam suku kata tertutup juga diselaraskan dengan vokal
yang hadir dalam suku kata tertutup. Contohnya:

Ejaan Lama & Ejaan Baharu

pereksa = periksa

sembeleh = sembelih

perengkat = peringkat

Prinsip Keselarasan Huruf Vokal

Ringkasnya keselarasan vokal bererti keselarasan atau kesesuaian dua huruf vokal
yang membentuk dua suku kata pada kata dasar, iaitu pasangan di antara huruf vokal
pada suku kata praakhir dengan huruf vokal pada suku kata akhir tertutup. Prinsip
keselarasan huruf vokal ini berlaku dengan syarat berikut:
i. Keselarasan di antara dua huruf vokal pada kata dasar.

ii. Kata dasar hendaklah berakhirkan suku kata tertutup.

iii. Bagi kata yang mengandungi lebih daripada dua suku kata, yang terlibat dengan
sistem keselarasan huruf vokal hanyalah dua suku kata yang terakhir sahaja.
Pola Keselarasan Huruf Vokal
Dalam Sistem Ejaan Rumi Baharu Bahasa Melayu, terdapat 18 pola keselarasan huruf
vokal.

Pola Keselarasan

Dalam sistem ejaan Rumi sekarang, terdapat 18 pola keselarasan huruf vokal
yang utama (primer) seperti yang berikut:

Bil. Pola Keselarasan Contoh


Suku Suku Kata Penggunaan
Kata Akhir
Praakhir Tertutup

(1) a — a asah, balak, halaman


(2) a — i alih, balik, sumbangsih
(3) a — u asuh, datuk, lembayung

(4) e pepet — a emas, kelam, cemerlang

(5) e pepet — i lebih, betik, sembelih


(6) e pepet — u telur, tempuh, temenggung

(7) e taling — a elak, dewan, belerang


(8) e taling — e taling leceh, gelek, selekeh
(9) e taling — o esok, telor, selekoh
( i — a ingat, kilang, selinap
10)
(11) i — i intip, sisih, belimbing
( i — u riuh, tidur, periuk
12)
( o — a otak, borang, sekolah
13)
( o — e taling oleh, boleh, celoteh
14)
( o — o obor, borong, kelompok
15)
( u — a ubat, tumpang, ketupat
16)
( u — i usik, kuih, gerusih
17)
( u — u untuk, tunduk, tengkujuh
18)

Daripada 18 pola itu, ada lapan pola yang berupa pola-pola yang berubah daripada
sistem ejaan Rumi lama (sebelum tahun 1972). Dasar mengenai perubahan ini
menetapkan supaya digunakan huruf vokal i atau u di suku kata akhir tertutup sekiranya
digunakan huruf vokal a, e pepet, i atau u di suku kata praakhir.

Ejaan Rumi Lama Ejaan Rumi Sekarang


Pola Ejaan Contoh Pola Ejaan Contoh
(1) a - e taling aleh a-i alih
(2) a - o batok a-u batuk
(3) e pepet - e lebeh e-i lebih
taling
(4) e pepet - o tempoh e-u tempuh
(5) i - e taling pileh i-i pilih
(6) i-o tidor i-u tidur
(7) u - e taling usek u-i usik
(8) u-o untong u-u Untung

Catatan: Kata-kata yang mengalami perubahan tersebut biasanya


mengandungi huruf konsonan akhir h, k, ng atau r.

Mengenai pola-pola keselarasan huruf vokal yang tidak berubah daripada


sistem ejaan lama, dasar keselarasan huruf vokal menetapkan supaya
digunakan huruf vokal e taling atau o di suku kata akhir tertutup sekiranya
digunakan huruf vokal e taling atau o juga di suku kata praakhir.

Pola Ejaan Contoh


(1) e taling - e taling leceh, gelek, teleng, keledek, selekeh
(2) e taling - o tempoh, belok, telor, selekoh, kerekot
(3) o - e taling oleh, boleh, ponteng, celoteh, celoreng
(4) o-o obor, pokok, borong, kelompok, seloroh

Di samping 18pola kelesaran huruf vokal tersebut, dalam sistem ejaan Rumi sekarang
terdapat juga lapan pola kelesarasan huruf vokal seperti yang digunakan dalam ejaan
lama itu (lihat perenggan 7.4), iaitu untuk mengeja kata-kata yang diserap daripada
bahasa asing, khususnya daripada bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa Eropah yang
lain serta beberapa bahasa di Nusantara.Selainitu, ada sepuluh pola keselarasan huruf
vokal lagi yang biasa digunakan untuk mengeja kata-kata serapan dalam bahasa
Melayu. Pasangan huruf vokal yang 18 pola ini ialah pola-pola sekunder dalam sistem
keselarasan huruf vokal.

Pola Ejaan Contoh Kata daripada Bahasa di Nusantara Contoh Kata


daripada
Bahasa Inggeris
(1) a-e taling aneh, awet, kaget, laden, pamer, raden kabaret, jaket
(2) a-o barong, calon, lakon, lancong, lapor, keraton, atom, kontraktor
perabot, rampok
(3) e pepet-e gembleng setem
taling
(4) e pepet-o bendok,jempol gabenor,
interkom
(5) i-e taling imlek tiket, kriket
(6) i-o ijon, pilon diftong, transistor
(7) u-e taling tulen, ulet subjek
(8) u-o bunglon, buron, lelucon kupon, konduktor
(9) a-e pepet pakem teater, plaster
( etaling-i hipotesis, objektif
10)
(11) e taling-u petroleum,
spektrum
( e pepet-e demdem, pepet
12) pepet
( i-e pepet iseng artikel, filem,
13) dividen
( o-i fosil, hipokrit
14)
( o-u bonus, forum
15)
( u-e pepet lumer skuter, snuker
16)
( e taling-e meter
17) pepet
( o-e pepet Oktober, broker
18)

Suku kata Suku kata Contoh

Praakhir Akhir Tertutup Pemakaian

1. a-a asah, balak, panas

2. a-i alih, balik, habis

3. a-u asuh, basuh, larut


4. e pepet - a emak, telan, tembelang

5. e pepet - i benih, lebih, sembelih

6. e taling - u telur, benih, temenggung

7. e taling - a enak, dewan, belerang

8. e taling - e taling gelek, heret, selekeh


9. e taling - o elok, esok, selekoh
10. i-a ingat, bilang, selinap

11. i-i intip, pilih , belimbing

12. i-u cium, riuh, tiup

13. o-a olah, otak, sekolah

14. o-e taling boleh, korek, celoteh


15. o-o botol, kotor, kelompok

16. u-a ulat, ubat, ketupat


17. u-i usik, pulih, tulis

18. u-u ukur, tujuh, tengkujuh

Pola Keselarasan Yang Mengalami Perubahan

Daripada 18 pola itu, terdapat lapan pola yang berupa pola-pola yang berubah
daripada sistem ejaan Lama (Za’ba). Dasar mengenai perubahan ini menetapkan
supaya dipakai huruf vokal i dan u pada suku kata akhir tertutup sekiranya suku kata
praakhir memakai huruf vokal a, e pepet, i atau u.

Ejaan Lama & Ejaan Baharu

Pola Contoh

1. a --- e taling aleh a --- i alih


2. a ---- o batok a --- u batuk

3. e pepet -- e taling lebeh e --- i lebih

4. e pepet -- o tempoh e --- u tempuh

5. i --- e taling pileh i --- i pilih

6. i --- o tidor i --- u tidur


7. u --- e taling usek u --- i usik

8. u --- o untong u --- u untung

Kata-kata yang terlibat biasanya mengandungi huruf konsonan akhir h,k,ng atau r.

Pola Keselarasan Yang Tidak Mengalami Perubahan


Pola-pola yang tidak berubah daripada ejaan lama, dasar keselarasan huruf vokal
menetapkan supaya dipakai huruf vokal e taling atau o pada suku kata akhir tertutup
sekiranya suku kata praakhir memakai huruf vokal e taling atau o juga.

Pola Contoh
1. e taling -- e taling leceh, gelek, teleng, keledek, selekeh

2. e taling -- o tempoh, belok, telor, selekoh, kerekot

3. o --- e taling oleh, boleh, ponteng, celoteh, celoreng


4. o -- o obor, pokok, borong, kelompok, seloroh

Peranan Sistem Keselarasan Vokal

Sistem keselerasan huruf vokal memberi erti atau memainkan peranan, antara lain
seperti berikut :
i). Huruf vokal e taling atau o pada kata ekasuku tidak berubah apabila kata tersebut
menerima imbuhan awalan yang mengandungi huruf vokal e pepet.

Contohnya:

syor : mengesyorkan bukan mengesyurkan

ii). Huruf vokal e taling atau o pada mana-mana suku kata terbuka tidak
berubah sekiranya sukukata sebelumnya memakai huruf vokal a, e pepet, i atau u.

Contohnya:

Belerang, anggota

Daerah, gelora

Kecewa, kelopak

iii). Huruf vokal a pada suku kata akhir tidak mengubah atau mempengaruhi huruf vokal
e taling atau o pada suku kata sebelumnya. Contohnya:

beta, cetak, gelenggang

e-a meja, dewan, selempang

goda, boring, berontak

o-a kota, hormat, gelombang


iv). Huruf vokal e taling dan o yang membentuk pasangan keselarasan e - e,
e - o, o - e dan o - o tidak berubah kerana tidak dapat dipengaruhi oleh huruf vokal a, e
pepet , i, atau u pada suku kata sebelumnya. Contohnya:
e-e: cerewet, kelengkeng, tempeleng

e-o: kerekot, pelecok

o-e: celoreng, kerobek, temponek

o-o: ceroboh, kelompok, pelopor

Kekecualian Keselarasan Vokal


Dalam Sistem Ejaan Baharu terdapat beberapa perkataan yang dikecualikan daripada
pola keselarasan vokal. Perkataan-perkataan yang termasuk ke dalam kekecualian ini
adalah perkataan-perkataan yang dipinjam daripada bahasa-bahasa di Nusantara dan
bahasa Inggeris seperti yang berikut:
Daripada

Pola Vokal Bahasa di Nusantara Bahasa Inggeris


1. a-e awet, pamer, kaset panel, kabaret

2. a-o lakon, lapor atom, operator

3. e pepet -e taling gembeleng

4. e pepet - o jempol gabenor, interkom


5. i - e taling imlek parlimen, simen, tiket

6. i-o ijon, pilon transistor, diftong


7. u - e taling tulen, ulet subjek, dokumen
8. u-o bunglon, lelucon kupon, konduktor
9. a - e pepet pakem teater
10. e taling - i - potesis, objektif

11. e taling - u tulen petroleum

12. e pepet – e pepet demdem, pepet -

13. i - e pepet iseng filem, artikel,

14. o-i- hipokrit, fosil

15. o-u- forum, bonus

16. u - e pepet lumer skuter

Ejaan Bagi Kata Pinjaman

Penyesuaian Ejaan

Ejaan Kata Serapan daripada Bahasa Inggeris dan Bahasa-bahasa Eropah

Penyesuaian ejaan bagi kata serapan daripada bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa
Eropah yang lain yang ditulis dengan huruf Roman dibuat menurut peraturan
penyesuaian huruf seperti dalam daftar contoh yang di bawah:

Bahasa Bahasa Contoh Penggunaan


Inggeris Melayu
(1) a a abstract: abstrak
plate: plat
(2) ae ae aerial: aerial
aerograph: aerograf
(3) ae e aesthetics: estetika
haematite: hematit
(4) ai ai aileron: aileron
trailer: trailer
(5) au au automatic: automatik
auditorium: auditorium
(6) b, bb b barbecue: barbeku
lobby: lobi
(7) c s cent: sen
cylinder: silinder
(8) c, cc k carbon: karbon
classic: klasik
(9) cc ks accent: aksen
vaccine: vaksin
(10) ch s echelon: eselon
machine: mesin
(11) ch, cch k chelore: kolera
technique: teknik
(12) d, dd d dividend: dividen
(13) e e effective: efektif
system: sistem
(14) ea ea bearing: bearing
idealist: idealis
(15) ea i beaker: bikar
grease: gris
(16) ee i beer: bir
jamboree: jambori
(17) ei ei atheist: ateis
protein: protein
(18) eo eo geometry: geometri
stereo: stereo
(19) eu eu europium: europium
petroleum: petroleum
(20) f, ff f factor: faktor
traffic: trafik
(21) g, gg g geology: geologi
aggressive: agresif
(22) h h harmony: harmoni
hotel: hotel
(23) i i identity: identiti
textile: tekstil
(24) ia ia dialect: dialek
criteria: kriteria
(25) ie i calorie: kalori
(26) ie ai pie: pai
(27) ie ie diesel: diesel
diet: diet
(28) io io iodine: iodin
(29) iu iu premium: premium
stadium: stadium
(30) j, jj j journal: jurnal
jury: juri
(31) k, kk k kilo: kilo
(32) kh kh khaki: khaki
(33) l, ll l liberalism: liberalisme
pill: pil
(34) m, mm m mammal: mamalia
optimism: optisme
(35) n, nn n neon: neon
tennis: tenis
(36) ng ng congress: kongres
linguistics: linguistik
(37) o o operator: operator
orthodox: ortodoks
(38) oa o cardboard: kadbod
coat: kot
(39) oe e foetus: fetus
gonorrhoea: gonorea
(40) oi oi alkaloid: alkaloid
duboisine: duboisin
(41) oo oo zoo: zoo
(42) oo u cartoon: kartun
kangaroo: kanggaru
(43) ou au accountant: akauntan
pound: paun
(44) ou u coupon: kupon
serious: serius
(45) p, pp p apple: epal
passport: pasport
(46) ph f graph: graf
phoneme: fonem
(47) q k quality: kualiti
technique: teknik
(48) r, rr r lorry: lori
recruit: rekrut
(49) rh r rhetoric: retorik
rhythm: ritma
(50) s, ss s express: ekspres
status: status
(51) sc s proscenium: prosenium
science: sains
(52) sc sk scooter: skuter
telescope: teleskop
(53) sch sk scheme: skim
scholastic: skolastik
(54) t, tt t battery: bateri
tractor: traktor
(55) th t anthropology: antropologi
theory: teori
(56) u u republic: republik
unit: unit
(57) ua ua aquarium: akuarium
dualism: dualisme
(58) ue u accrue: akru
tissue: tisu
(59) ue ue duet: duet
(60) ue digugurkan catalogue: katalog
cheque: cek
(61) ui ui annuity: anuiti
equinox: ekuinoks
(62) uo uo quorum: kuorum
quota: kuota
(63) uu u continuum: kontinum
vacuum: vakum
(64) v v novel: novel
university: universiti
(65) w w kiwi: kiwi
wire: wayar
(66) wh w whisky: wiski
whistle: wisel
(67) x Ks express: ekspres
taxi: teksi
(68) x x xenon: xenon
(69) y i dynasty: dinasti
psychology: psikologi
(70) y y royalty: royalti
yankee: yangki
(71) z, zz z jazz: jaz
zodiac: zodiak

Penyesuaian Ejaan Mengikut Dasar

Penyesuaian ejaan daripada bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa Eropah yang lain ke
dalam bahasa Melayu dilakukan dengan mengutamakan dasar-dasar berikut:

i). Ejaan berdasarkan bentuk ejaan atau bentuk visualnya. Oleh itu perubahan fonem
asing ke dalam bahasa Melayu hanya dilakukan bila diperlukan sahaja.

Contohnya:

Bahasa Inggeris Bahasa Melayu

carbon jadi karbon bukan karban

cartoon jadi kartun bukan katun

dialogue jadi dialog bukan dailog


ii). Kata pinjaman daripada bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa Eropah
yang lain adalah dikecualikan daripada peraturan sistem keselerasan
huruf vokal menurut Sistem Ejaan Baru. Contohnya:

Bahasa Inggeris Bahasa Melayu

atom tetap atom bukan atum

bonus tetap bonus bukan bonos

pistol tetap pistol bukan pistul

iii). Ejaan gugus konsonan yang terdapat dalam bahasa Inggeris tetap
dikekalkan bentuknya dalam bahasa Melayu dengan beberapa
penyesuaian. Contohnya:

Bahasa Inggeris Bahasa Melayu

block jadi blok bukan belok

clinic jadi klinik bukan kelinik

drama jadi drama bukan derama

iv). Unsur asing (selain daripada gugus konsonan) yang sudah serasi atau
diserap ke dalam bahasa Melayu dan lazim dieja secara Melayu, tidak lagi
diubah ejaannya. Contohnya:

Bahasa Inggeris Bahasa Melayu


bureau jadi biro bukan bureau

pension jadi pencen bukan pension

station jadi stesen bukan stasion

v). Semua huruf g yang diucapkan /j/ dalam kata istilah Inggeris tetap
diterima sebagai huruf g juga dalam bahasa Melayu. Contohnya:

Bahasa Inggeris Bahasa Melayu

agenda tetap agenda bukan ajenda

technology jadi teknologi bukan teknoloji

tragedy jadi tragedi bukan trajedi

Sebagai kekecualian, huruf g yang diucapkan /j/ menurut sebutan dalam


bahasa Inggeris yang disesuaikan jadi huruf j dalam bahasa Melayu
terdapat pada kata-kata berikut. Contohnya:

Bahasa Inggeris Bahasa Melayu

agent jadi ejen

college jadi kolej

engine jadi enjin

2.6.3 Penyesuaian Penyebutan Atau Lafaz


Penyebutan atau lafaz bagi kata atau istilah pinjaman hendaklah
disesuaikan dengan sistem bunyi bahasa Melayu -iaitu memberikan nilai
bunyi bagi setiap huruf, sesuai dengan fonem yang dilambangkannya.
Contohnya :

Bahasa Melayu Sebutan

April /ap-ril/ bukan /ep-ral/

radio /ra-di-yo/ bukan /re-di-yo/

teknologi /tek-no-lo-gi/ bukan /tek-no-lo-ji/

nasional /na-si-yo-nal/ bukan /ne-sye-nal/

2.7 Ejaan Bagi Kata Dasar Dan Kata Terbitan

2.7.1 Kata Dasar

Kata yang berupa kata dasar ditulis sebagai satu perkataan yang
berasingan. Contohnya :
Ayah percaya kamu tahu.

Kedai kasut penuh sesak.

Saya ada basikal baru.

Datuk beli baju kemeja.

2.7.2 Kata Terbitan


a. Kata terbitan atau kata turunan ialah

i) kata dasar yang memakai imbuhan (awalan,sisipan,akhiran)


ii) kata yang memakai bentuk terikat seperti maha- dan tata-

iii) kata dasar yang ditulis serangkai dengan bentuk atau bentuk-

bentuk kata yang lain.

b. Semua imbuhan (awalan,sisipan,akhiran) ditulis serangkai atau

bersambung dengan kata dasarnya.

i) Imbuhan awalan yang sering digunakan dalam bahasa

Melayu ialah beR-, di-, ke-, meN-, peN-, se-, dan teR-.

ii) Imbuhan akhiran yang sering digunakan ialah –an, -I, dan

-kan.

iii) Imbuhan awalan-akhiran yang sering digunakan ialah beR-an

di-i, di-kan, ke-an, meN-i, meN-kan, dan peN-an.

c. Peraturan penulisan imbuhan yang berubah daripada ejaan

lama dalam bahasa Melayu adalah seperti berikut :

i) Tanda sempang (-) pada awalan di- dalam ejaan lama

digugurkan. Contohnya :
Ejaan Lama & Ejaan Baharu
di-makan = dimakan

di-pandang = dipandang

di-selideki = diselidiki

Fungsi di- sebagai kata depan atau sendi nama (Rujuk 2.10).

ii) Awalan sa- dalam ejaan lama diubah menjadi se dan ditulis
serangkai dengan kata dasar yang mengikutinya.

Tanda sempang (-) digugurkan. Contohnya :

Ejaan Lama & Ejaan Baharu


sa-bagaimana = sebagaimana
sa-belas = sebelas

sa-saorang = seseorang

sa-umpama = seumpama

d. Disamping imbuhan awalan dan akhiran yang digunakan, bahasa

Melayu juga memiliki bentuk-bentuk terikat yang lain yang ditulis

serangkai dengan kata dasar. Kebanyakan bentuk terikat ini adalah

unsur pinjaman daripada bahasa asing.Contohnya :

abnormal, kolonialisme

antikerajaan, mahasiswa

antitoksin, mikrofilem
autobiografi, pancaindera

biadab, prasangka

biduanita, reaksi

dasawarsa, semiprofesional

2.8 Ejaan Bagi Kata Majmuk

Kata majmuk ialah kata yang terbentuk daripada dua kata dasar atau lebih yang
membawa satu makna. Hubungan makna antara kata-kata dasar yang membentuk kata
majmuk itu sangat erat bentuknya hinggakan tidak boleh menerima sebarang
penyisipan

unsur lain. Pengejaan kata majmuk dilakukan melalui dua cara iaitu cara terpisah dan

cara bercantum.

2.8.1 Ejaan Cara Terpisah

i) Kata majmuk yang dieja secara terpisah terdiri daripada kata majmuk
yang terbentuk daripada dua bentuk kata bebas seperti berikut:
air batu empat puluh lima peti besi

air terjun gempa bumi periuk nasi

baju kemeja guru besar ratu cantik

duta besar imam besar topi keledar

ii) Kata majmuk yang terdiri daripada kata-kata istilah khusus dieja secara
terpisah. Contohnya :

batu kapur kanta tangan kaedah bayar balik


kultur mutiara min jangka masa susu pekat manis

tanah gambut tempoh pinjaman telefon dail terus

i. Kata majmuk yang terbentuk daripada kata yang digunakan sebagai

gelaran juga dieja secara terpisah. Contohnya :

Duta Besar, Menteri Besar, Naib Presiden

Ketua Menteri, Pegawai Daerah, Profesor Madya,

Ketua Setiausaha Negara, Raja Muda, Perdana Menteri

2.8.2 Ejaan Cara Bercantum

Dalam bahasa Melayu terdapat sebilangan kecil kata majmuk yang sudah
dianggap mantap sebagai satu perkataan yang utuh, walaupun kata
tersebut ternyata mengandungi dua kata dasar. Antara kata majmuk yang
dieja secara bercantum adalah seperti berikut :

Setiausaha, sukarela, barangkali

Bumiputera, tandatangan, matahari

Dinihari, peribahasa, apabila

Antarabangsa, tandatangan, sukacita

Pesuruhjaya, warganegara, suruhanjaya


2.8.3 Ejaan Penggandaan Kata Majmuk

Penggandaan kata majmuk melibatkan unsur pertama kata majmuk itu


sahaja dan ejaannya ditulis dengan meletakkan tanda sempang (-) pada
kata yang digandakan. Contohnya :

alat-alat tulis, balai-balai raya, kereta-kereta lumba

Guru-Guru Besar, Menteri-Menteri Besar

Timbalan-Timbalan Perdana Menteri

2.9 Ejaan Bagi Kata Ulang

2.9.1 Pengguguran Angka 2

Penggunaan angka 2 bagi menandakan kata itu diulang atau diganda


dalam ejaan Za’ba tidak lagi digunakan dalam ejaan Rumi baharu, dan
diganti dengan tanda sempang (-). Contohnya:
Ejaan Lama & Ejaan Baharu
budak2 budak-budak

buah2an buah-buahan

berlapis2 berlapis-lapis

2.9.2 Ada tiga jenis kata ulang dalam bahasa Melayu yang semuanya ditulis dengan
menggunakan tanda sempang. Tanda sempang dibubuh pada bahagian kata yang
diulang.
i) Kata ulang penuh atau ulangan penuh dapat terdiri daripada kata
ulang semu atau kata ulang jamak. Contohnya:
anai-anai, anak-anak

biri-biri, botol-botol

hati-hati, jawatan-jawatan

ii) Bagi kata terbitan yang kata dasarnya diulang, tanda sempang dibubuh antara
bahagian-bahagian kata yang diulang itu. Contohnya:

anak-anakan akhir-akhirnya

berjalan-jalan bersiri-siri

karang-mengarang menulis-nulis

iii) Kata ulang yang dalam pengulangannya mengalami perubahan bunyi


atau fonem, tanda sempang dibubuh antara kata dasar dan kata yang
diulang. Contohnya:
bolak-balik, gerak-geri

gunung-ganang, huru-hara

kucar-kacir, lauk-pauk

Apabila kata ulang ini dijadikan bentuk dasar yang sekaligus mendapat
awalan dan akhiran, tanda sempang sebagai tanda ulangan tetap dipakai.
Contohnya:
dikucar-kacirkan, disia-siakan

keramah-tamahan, menggembar-gemburkan

memporak-perandakan, kebudak-budakan
2.10 Ejaan Bagi Kata Depan di Dan ke

a. Kata depan di dan ke ditulis terpisah daripada kata yang


mengikutinya.Dalam hal ini terdapat empat jenis kata yang lazim
mengikuti kata depan di dan ke , iaitu :

i. kata nama yang menunjukkan atau mengenai arah atau menunjukkan

kedudukan sesuatu kata nama, seperti tepi : di tepi, ke tepi.

ii. kata nama umum, seperti sekolah : ke sekolah, di sekolah.

iii. kata bilangan atau kata yang menunjukkan jumlah sebagai kata bantu
tempat

dan kata nama umum seperti beberapa: di beberapa tempat, ke


beberapa tempat.

iv. kata nama tempat atau nama khas yang lain, seperti Alor Setar dan

Universiti Putra Malaysia : di Alor Setar, ke Universiti Putra Malaysia.

b. Peraturan penulisan kata depan yang berubah daripada ejaan Za’ba


(lama) dalam bahasa Melayu adalah seperti berikut :

i. Kata depan di dalam ejaan Za’ba ditulis di-, dengan menggunakan


tanda

sempang (-), iatu sama bentuknya dengan awalan di-. Apabila tanda

sempang digugurkan dalam Ejaan Rumi Baharu, kata depan di ditulis

sebagai satu kata yang berasingan. Contohnya:


Ejaan Lama & Ejaan Baharu

di-dalam, di dalam

di-selatan, di selatan

di-Hotel Merlin, di Hotel Merlin

di-jalan raya, di jalan raya

ii. Kata depan ka- dalam ejaan Za’ba diubah menjadi ke dan ditulis
terpisah

daripada kata yang mengikutinya. Tanda sempang (-) dihapuskan.


Contohnya:

Ejaan Lama & Ejaan Baharu

ka-dalam, ke dalam

ka-jalan raya, ke jalan raya

ka-Kedah, ke Kedah

ka-pejabat, ke pejabat

iii. Kata kapada dalam ejaan Za’ba diubah menjadi kepada. Kata depan
dari,

daripada, kepada, pada dan sebagainya, ditulis sebagai kata yang


berasingan.
2.11 Ejaan Bagi Kata Ganti Singkat

a. Terdapat empat jenis kata ganti singkat dalam bahasa Melayu , iaitu kau, ku,
mu, dan nya.
b. Kata ganti singkat kau dan ku sebagai awalan penanda pasif ditulis serangkai

dengan kata dasar yang mengikutinya. Contohnya :

Ejaan Lama & Ejaan Baharu

kau-dengar, kau dengar

kau-ambil, kauambil

ku-lihat, kulihat

ku-terima, kuterima

c. Kata ganti singkat ku, mu, dan nya sebagai akhiran ditulis serangkai atau
dicantumkan dengan kata yang mendahuluinya. Contohnya:

Ejaan Lama & Ejaan Baharu

kasih-mu, kasihmu

cinta-ku, cintaku

hati-mu, hatimu

letak-nya, letaknya
d. Kata ganti bagi mu dan nya bagi nama Tuhan menggunakan huruf besar

sebagai huruf pertama dan ditulis dengan menggunakan tanda sempang


(-). Contohnya:
Ejaan Lama & Ejaan Baharu

hamba Mu, hamba-Mu

petunjuk Nya, petunjuk-Nya

rahmat Mu, rahmat-Mu

2.12 Ejaan Bagi Kata Berakhiran Kan

Ejaan lama bagi kata yang memakai akhiran kan dieja dengan menggunakan
sempang(-). Dalam Sistem Ejaan Baharu, tanda sempang itu tidak digunakan lagi.
Ejaannya dicantumkan atau dirapatkan akhiran itu dengan kata dasar. Contohnya:

Ejaan Lama & Ejaan Baharu

menjalankan-kan menjalankan

mencantik-kan mencantikkan

menghina-kan menghinakan

2.13 Ejaan Bagi Partikel

Ada empat partikel dalam bahasa Melayu , iaitu lah, kah, tah dan pun.

a). Partikel -lah, -kah, dan -tah yang menggunakan tanda sempang
dalam ejaan lama Za’ba ditulis serangkai dengan kata dasar yang
mendahuluinya, tanpa tanda sempang, dalam Ejaan Rumi Baharu.
Contohnya:
Ejaan Lama & Ejaan Baharu

ada-lah adalah

tolong-lah tolonglah

apa-kah apakah

benar-kah benarkah

b). Terdapat dua cara menulis partikel pun.

i. Partikel pun yang bereti "juga" ditulis terpisah daripada kata yang

mendahuluinya.Contohnya:

Apa pun yang dimakannya, ia tetap kurus.

Jangankan dua kali, sekali pun engkau belum pernah datang ke sini.

Jika ayah pergi, adik pun ingin pergi.

ii. Ada 13 perkataan yang telah ditetapkan ejaannya supaya ditulis


serangkai

dengan partikel pun, iaitu:

adapun ataupun

andaipun bagaimanapun

biarpun kalaupun
kendatipun lagipun

mahupun meskipun

2.14 Penggunaan Tanda Sempang

Tanda sempang (-) di dalam bahasa Melayu digunakan untuk tujuan-tujuan seperti
berikut :

a). Tanda sempang digunakan untuk menulis kata ulang.(Rujuk 7.2)

b). Tanda sempang digunakan untuk menyambung suku kata yang dipisahkan oleh

penggantian baris. Contohnya:

.......menangguhkan penyeleng-garaan projek.

c). Tanda sempang digunakan untuk memperjelaskan ungkapan. Contohnya:

ber-evolusi dengan ber-revolusi

d). Tanda sempang digunakan untuk merangkaikan huruf kecil dengan huruf besar
pada kata yang sama. Contohnya:

anti-Rusia, hamba-Mu

pan-Afrikanisme, pro-Malaysia

kepada-Nya, kurnia-Nya

e). Tanda sempang digunakan untuk merangkaikan awalan ke dengan angka.


Contohnya :
ke-12 (kedua belas)

ke-215 (kedua ratus lima belas)


ke-1000 000 (kesejuta)

ke-101 (keseratus satu)

f). Tanda sempang digunakan apabila awalan se- diikuti oleh kata nama khas yang
huruf awalnya huruf besar. Contohnya :

se-Nusantara
se-Malaysia
se-Tanah Melayu

g). Tanda sempang digunakan untuk merangkaikan angka yang menunjukkan tahun
dengan akhiran -an. Contohnya:
tahun 50-an (tahun lima puluhan)

tahun 70-an (tahun tujuh puluhan)

tahun 80-an (tahun lapan puluhan)


h). Tanda sempang digunakan untuk menyatakan hubungan di antara kata-kata pada
rangkai kata setara tertentu atau rangkai kata istilah. Contohnya:
alat pandang-dengar

duti-anti-lambak (anti-dumping duty)

semi-berdaulat (semi-sovereign)

suai-iklim (acclimation)

larutan-Krebs-Ringer (Kerbs-Ringer solution)

2.15Penulisan Bagi Gabungan Kata

Gabungan kata dalam bahasa Melayu dapat ditulis sebagai rangkai kata atau
ditulis serangkai. Kata-kata yang membentuk rangkai kata ditulis terpisah antara satu
sama lain. Kata-kata yang ditulis serangkai biasanya disebut kata majmuk.
a. Terdapat tiga cara gabungan kata yang unsur-unsurnya ditulis terpisah.

i. Kata-kata bebas yang membentuk rangkai kata umum, termasuk rangkai


kata istilah khusus, ditulis terpisah antara satu sama lain. Contohnya :

air hujan duta besar

balai raya enam puluh dua

bom tangan luar biasa

gempa bumi latihan jasmani

guru besar model linear

jalan raya nuzul Quran

jam tangan rukun tetangga

kapal terbang susu pekat manis

kereta kebal telefon dail terus

ii. Gabungan kata yang dihasilkan daripada hubungan praktis, atau yang
disebut rangkaikata setara, ditulis secara terpisah. Contohnya :

hidup mati bijak pandai

adik kakak cantik molek

ibu bapa kampung halaman

makan minum rupa paras


tua muda tunjuk ajar

iii. Gabungan kata yang merupakan simpulan bahasa hendaklah ditulis


secara terpisah. Contohnya :

buah hati anak emas


duit kopi kaki bangku

bulan madu cakar ayam

makan angin makan hati

pilih kasih putih mata

b. Ada beberapa kaedah untuk menentukan penulisan gabungan kata yang


serangkai.

i. Rangkai kata umum yang ditulis terpisah, termasuk istilah khusus, rangkai
kata setara atau simpulan bahasa yang sekaligus mendapat awalan dan
akhiran hendaklah ditulis serangkai. Contohnya :

ambil alih jadi pengambilalihan

ijab kabul jadi diijabkabulkan

sama rata jadi menyamaratakan

tidak adil jadi ketidakadilan

Namun begitu apabila awalan dan akhiran tersebut digugurkan, bentuk


dasarnya hendaklah ditulis secara terpisah.
ii. Gabungan kata yang telah dianggap sebagai suku kata hendaklah ditulis
serangkai. Contohnya :

beritahu warganegara
sukacita aturcara

kemaskini isipadu

citarasa hakcipta

lalulintas kemaskini

3.0 PENUTUP

Berdasarkan penjelasan di atas, maka jelaslah kepada kita bahawa perubahan yang
nyata dalam Sistem Ejaan Rumi Baharu ini ialah perubahan 8 pola keselarasan vokal
daripada 18 pola semuanya. Walupun begitu perubahan dalam aspek-aspek lain dalam
ejaan baru ini amat perlu difahami sebaik mungkin bagi menyediakan diri ke arah
penulisan (ejaan) bahasa Melayu yang tepat dan betul. Seandainya kita memberikan
perhatian yang serius terhadap perubahan ejaan Rumi bahasa Melayu ini, maka tidak
timbul apa-apa masalah untuk menguasainya.

Ringkasnya, kalau hendak dikatakan ejaan Rumi Bahasa Melayu terlalu rumit, tentulah
tidak benar sama sekali . Ejaan Bahasa Melayu adalah antara yang termudah di dunia
kerana hampir seratus peratus bersifat fonemik.