Está en la página 1de 9

APA ITU TAMADUN?

Tamadun berasal dari perkataan Arab maddana, mudun, madain yang bererti pembukaan bandar atau masyarakat yang mempunyai kemajuan dari segi lahiriah dan rohaniah. Perkataan tamadun dapat diertikan kepada keadaan hidup bermasyarakat yang bertambah maju. Istilahistilah lain yang sama pengertiannya dengan tamadun adalah: umran, hadarah, madaniyah. Dalam bahasa Inggeris, istilah yang hampir sama dengan tamadun ialah culture and civilization atau kebudayaan dalam bahasa Melayu. Perkataan civilization dalam bahasa inggeris berasal dari bahasa Greek civitas yang bermaksud bandar. Para sarjana telah membahas persamaan dan perbezaan istilah-istilah tersebut. Istilah Tamadun banyak digunakan dalam penulisan Tamadun Islam.

WUJUD TAMADUN MALAYSIA Tamadun Malaysia yang wujud hari ini merupakan hasil dari satu proses sejarah yang berkesinambungan yang dapat dibuktikan melalui pelbagai sumber sejarah dan kaedah arkeologi. Dari segi sejarah, terbuktilah bahawa wilayah politik atau negara bangsa Malaysia merupakan lanjutan dari politik-politik atau kerajaan-kerajaan Melayusebelumnya. Politikpolitik Melayu ini juga merupakan kesinambungan dari beberapa buah kerajaan atau pusat tamadun Melayu seperti Srivijaya, Temasik, Melaka, Johor-Ria, Lingga dan sebagainya(Zainal Abidin, 2001:196;Abdul Aziz, 2001, 23-33).Hari ini, Malaysia merupakan sebuah negara bangsa berbentuk persekutuan yang mengandungi komponen beberapa buah negeri Melayu yang pernah menjadi Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu dan Negeri-negeri Selat.

Manusia merupakan pembangun sesebuah tamadun, sesuai dengan hakikat kejadiannya sebagai al-insan madaniyyun lil tabiyy. Oleh itu, tamadun mempunyai ciri-ciri dan nilai-nilai sejagat sesuai dengan fitrah dan keperluan asas kehidupan manusia. Manusia sudah difitrahkan hidup dengan mempunyai pegangan dan kepercayaan. Namun kepercayaan antara kelompok manusia adalah berbeza. Perbezaan wujud pada sudut fahaman dan anutan serta cara melahirkan ketundukan dan kepatuhan, kesan dari latar belakang, persekitaran dan pengalaman hidup yang berbeza. Perbezaan ini merangkumi persoalan falsafah dan konsep sesuatu pegangan dan kepercayaan. Dalam konteks Malaysia, perbezaan tetap wujud walaupun etnik yang berbeza ini sama-sama berada dalam satu unit politik yang sama. Persamaan ini pula merujuk kepada persamaan persoalan pokok, iaitu mempunyai pegangan dan kepercayaan serta amalan-amalan dari sesuatu kepercayaan.

FAKTOR WUJUDNYA TAMADUN LAIN DALAM TAMADUN MALAYSIA

1. Kedudukan geografi Kedudukan geografi melibatkan bentuk muka bumi dan kemudahan perhubungan dalam sesebuah masyarakat bertamadun. Sejarah membuktikan kedudukan geografi memainkan peranan sebagai pembentuk interaksi antara tamadun. Contohnya seperti pelabuhan Melaka. Kedudukan geografi yang strategik dan terlindung dari angin monsun menjadikan pelabuhan ini tempat tumpuan dan persinggahan para pedagang. Semasa singgah di pelabuhan ini para pedagang telah menjalankan aktiviti perniagaan di pelabuhan Melaka. 2. Perkahwinan Perkahwinan juga memainkan peranan penting dalam pembentukan interaksi antara tamadun Asia. Contoh yang jelas dapat dilihat pada lembaran sejarah dan salasilah masyarakat di rantau Alam Melayu. Penduduk tempatan telah menjalinkan interaksi dengan pedagang Arab sahingga terdapat sebilangan pedagang yang telah berkahwin dengan gadis tempatan kerana telah bermukim di pelabuhan Alam Melayu dalam beberapa waktu sementara menunggu angin monsun. Secara tidak langsung perkembangan ini telah menjurus ke arah proses Islamisasi kerana bagi membolehkan wanita tempatan berkahwin dengan pedagang Arab yang beragama Islam, wanita tersebut mesti diislamkan terlebih dahulu. Sejarah turut mencatatkan, perkahwinan ini tidak sahaja mengislamkan gadis tempatan yang dikahwini pedagang Arab, tetapi kaum keluarga gadis turut menerima Islam. Selain itu, perkahwinan bukan sahaja berlaku di kalangan rakyat jelata, malah juga berlaku di kalangan golongan bangsawan dan pemerintah. Sebagai contohnya, perkahwinan Megat Iskandar Shah dengan Puteri Pasai. 3. Perdagangan Contoh lain ialah interaksi yang terjalin antara tamadun Alam Melayu di Asia Tenggara dengan negara Arab. Jalinan ini berlaku secara tidak langsung apabila pedagang Arab yang menuju ke Cina terpaksa singgah ke Alam Melayu untuk menunggu angin yang sesuai sebelum ke Cina atau pulang ke Arab. Persinggahan ini telah menghasilkan interaksi baru di rantau Alam Melayu. Hal yang lebih menguntungkan ialah berlakunya proses Islamisasi di pelabuhan ini sebagaimana

catatan Marco Polo tentang pengislaman Perlak pada tahun 1292 M. Para pedagang telah berjaya menarik minat penduduk Perlak terhadap Islam dan akhirnya mereka bersediaanutan baru ini. Kejayaan para pedagang yang boleh dikatakan sebagai serampang dua mata banyak bergantung kepada keyakinan mereka kepada hadis Rasulullah SAW yang bermaksud "Sampaikan dariku walaupun satu ayat." Selain itu, wujud juga interaksi antara Tamadun India dengan rantau Alam Melayu sejak kurun pertama masihi lagi. Kesan interaksi ini menyebabkan nama wilayah Asia Tenggara dicatat dalam kitab Ramayana seperti isrilah Suvarnadvipa yang bermaksud Semenanjung Emas dan Suvarnabhumi yang bermaksud Bumi Emas.

4. Misi Politik Faktor misi politik turut menggalakkan berlakunya interaksi dalam suasana harmoni sebagaimana yang dapat dilihat pada hubungan diplomatik antara Alam Melayu dengan Cina. Berdasarkan catatan sejarah Melaka hubungan diplomatik dengan Cina telah terjalin sejak tahun 1404 M. Pada tahun-tahun berikutnya, Melaka telah menerima beberapa utusan dari Cina yang kemudiannya Melaka telah membalas utusan tersebut. Tujuan Melaka mengadakan hubungan baik dengan Cina adalah untuk mendapat perlindungan dari ancaman Siam. Persetujuan Cina terbukti dengan penghantaran Laksamana Cheng Ho yang beragama Islam ke Melaka. Dasar perlindungan Cina terhadap negeri-negeri di rantau Alam Melayu yang bertujuan politik secara tidak langsung menggalakkan Islamisasi di rantau Alam Melayu. Perlindungan ini juga memberikan impak yang sama kepada negeri-negeri di Kepulauan Melayu yang lain seperti Kedah, Johor, Kampar dan sebagainya.

KESAN POSITIF DAN NEGATIF MENGAMALKAN TAMADUN LAIN DALAM TAMADUN MALAYSIA Interaksi antara tamadun di Malaysia wujud kerana masyarakat Malaysia terdiri daripada tiga bangsa dominan yang berasal dari kelompok Tamadun Asia. Peribumi Melayu mewakili pembina Tamadun Melayu, etnik Cina mewarisi Tamadun Cina dari Tanah Besar Cina dan etnik India mewakili Tamadun India dari Benua Kecil India. Kepelbagaian bangsa yang mendiami Malaysia pasti memberi pelbagai kesan dalam hidup bermasyarakat. Kesan ini dikategorikan kepada kesan positif mahupun negatif.

Kesan Positif Kesan positif telah wujud sejak dari awal interaksi bangsa di Malaysia yang berlaku sebelum merdeka hinggalah pada zaman kemerdekaan, selepas merdeka dan hingga kini. Kesan ini telah menghasilkan hubungan harmoni antara kaum di Malaysia. Berdasarkan pengalaman ini kerajaan Malaysia telah terdorong menggubal beberapa dasar untuk mengukuhkan lagi jalinan ini. 1. Bahasa : Pertambahan bahasa dan kosa kata Melayu dalam pelbagai aspek.

Kosa kata dalam Bahasa Melayu telah bertambah sehari ke sehari sejak berlakunya interaksi antara bangsa. Makanan dan buahan Bakmi, me, mesua, cincau, kueh, bepang, taugeh, kanar, kuaci, kucai, angki (pisang kaki), tauhu, kincam (sayur kering), lai, laici, teh, behon, toyu, samsu, tamar. Pakaian dan barang dagangan Cukin, tocang, lo cuan, kekwa (bunga) koyok, cat, gimpai, gincu, tahil, koyan, d ( 1/10 tahil ), hun ( 1/100 tahil) , 1 inci), tohar, tokok, angklong, candu, kaci. Rumah dan peralatan Loting, pangkin, angloh, loceng, langkan, kangka, bangsal, tongkang, jong, sampan, beca, langca, pongkis, sempua, sia, tanglong, tangsi, takpi, cawan, tekoh, uncoi, dacing, kok (belenggu tengkok haiwan ), cacing, kincir. Manusia dan ehwalnya Apek, loki, nyonya, cempiang, taukeh, kongsi, kicak, cinggeh, cincau, ampau, taijin, kuntau, gua, lu, sengse, samsing, lancau, suwe, toa pekong, tokong, tekong, banci, cuak, culai, lancong. Permainan Ceki, pakau, capjeki, congkak, cukai, mahjong. 2. Teknologi Tamadun Malaysia mempelajari teknologi percetakan, teknologi pembuatan kertas, teknologi logam, pembuatan tembikar dan mengenai kompas melalui tamadun China.

3. Pendidikan Dalam bidang Matematik, penggunaan sempoa (abacus) disebut buat pertama kali pada kurun ke-2 dalam karya ahli matematik Xu Yue. Sempoa terhasil daripada

tamadun China yang juga telah diguna pakai oleh masyarakat Malaysia dalam bidang pendidikan.

4. Bidang Astronomi Pada zaman Dinasti Zhou, orang Cina mampu menyediakan katalog bintang, mencatat rekod tepat tentang gerhana dan komet. Sumbangan terbesar ahli astronomi Cina ialah penghasilan peralatan astronomi dan penyelenggaraan rekod astronomi yang sempurna, tepat dan sempurna. Sistem kalendar Cina juga salah satu sistem yang paling awal, maju dan tepat. Di Malaysia juga, penggunaan kalendar Cina diguna pakai oleh kaum Cina di Malaysia.

5. Kekeluargaan

Aspek kekeluargaan dan masyarakat diterima oleh hampir semua tamadun di dunia. Tamadun Islam meletakkan institusi keluarga sebagai asas pembentukan sebuah masyarakat. Apabila masyarakat baik, maka wujudlah ummah dan negara yang baik.

Ajaran Konfusius yang menjadi asas Tamadun Cina menekankan pentingnya hubungan kasih sayang dan hiraki kuasa dalam hubungan sesama manusia. Kasih sayang mewujudkan hubungan harmoni dalam masyarakat. Konfusius memperkenalkan konsep Li yang menekan lima jalinan hubungan sesama manusia seperti berikut: * Hubungan maharaja dengan rakyat * Hubungan bapa dengan anak * Hubungan abang dengan adik * Hubungan suami dengan isteri * Hubungan kawan dengan kawan

Kekeluargaan dalam Tamadun Melayu pula berasaskan kepada fahaman ajaran Islam. Hubungan yang terjalin antara ahli keluarga begitu erat. Ibu, bapa, anak-anak dan sanak saudara menjalankan tugas dan memahami tanggungjawab masing-masing. Fahaman mengenai setiap tanggungjawab amat berkait rapat dengan ajaran agama Islam. Sebagai contohnya, tanggungjawab bapa mencari rezeki dan memberi perlindungan kepada keluarga terlaksana dengan jayanya. Demikian juga tanggungjawab ibu mendidik anak ditunaikan dengan sempurna.

6. Kebudayaan Kebudayaan Hasil interaksi antara bangsa turut melahirkan budaya campuran yang diamalkan oleh satu komuniti masyarakat di Malaysia. Antara komuniti tersebut adalah seperti berikut: i. Budaya Baba-Nyonya Pada awal kurun ke 17 sekitar tahun 1613 M, komuniti China telah menetap di Melaka. Oleh kerana tiada pendatang Cina dari kalangan wanita mereka berkahwin dengan wanita tempatan. Justeru itu bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar dalam urusan perniagaan tetapi dalam institusi keluarga.Lahirlah satu budaya kacukan yang dipanggil Baba dan Nyonya. Masyarakat Baba dan Nyonya dikenali kerana mereka memperkenalkan diri mereka sebagai Baba atau Peranakan. Selain itu, mereka bertutur

dalam bahasa Melayu gaya mereka yang kemudiannya dikenali sebagai bahasa Melayu Baba. Justeru itu, masakan Baba dipengaruhi oleh masakan Melayu. Mereka turut meniru gaya makan orang Melayu menggunakan tangan. Generasi yang lebih tua pula berminat menggunakan kain sarung dan kebaya sebagai pakaian seharian.

7. Kesenian Kesenian Hasil interaksi antara Tamadun Melayu dan Tamadun Cina di Tanah Melayu pada zaman awal amat ketara pada aspek seni bina. Unsur seni bina Cina diserap dalam pembinaan masjid. Antara ciri khusus serapan ialah pada reka bentuk bumbung masjid yang menyerupai seni bina Pagoda. Contoh yang jelas dapat dilihat pada Masjid Tanjung Kling dan Masjid Tengkera, di Melaka. Demikian juga masjid Kampong Laut di Kelantan, masjid Demak di Jawa Timur dan beberapa tempat lain di rantau Alam Melayu. Malah, identiti reka bentuk masjid pada zaman sebelum Malaysia merdeka adalah bumbung bertingkat yang diilhamkan dari bangunan Pagoda. Reka bentuk bumbung masjid-masjid ini dihasilkan secara bertingkat-tingkat. Sekurang-kurangnya terdapat 3 tingkat bumbung masjid.

Kesan negatif

Pada era globalisasi ini, dunia Barat atau Tamadun Barat secara drastiknya telah mencabar tamadun Islam dan tamadun Asia. Tanpa kita sedari, kesan hegemoni Barat pada masarakat Malaysia sangat mendalam sehingga hampir menghilangkan identiti masyarakat di Malaysia. Menurut Osman Bakar (2009) dalam buku yang berjudul Tamadun Islam dan Tamadun Asia karya Ros Aiza Mohd Mokhtar, ada menjelaskan bahawa meskipun kini kebanyakan negara atau masyarakat Islam dan Asia telah merdeka, tetapi kesan pemerintahan dan dominasi penjajahan masih ketara. Ironinya, masyarakat Islam dan Asia sukar dikenali dengan ciri-ciri kebangsaan yang tersendiri termasuklah gaya hidup sehinggakan melibatkan kedaulatan negara. Misalnya dalam membuat keputusan menentukan haluan kehidupan dan masa depan mereka dikongkong oleh pelbagai bentuk dominasi baru.

Seperti yang kita boleh lihat pada hari ini, terdapat banyak kesan hegemoni Barat yang berlaku pada satu dunia khususnya di Malaysia dalam pelbagai aspek antaranya dari sudut media, ekonomi pemikiran, budaya dan sosial.

1. Kesan dari sudut media massa Dari sudut media massa, operasi media tidak lagi terhad kepada sempadan dalam sesebuah negara. Program media dalam televisyen sering memaparkan nilai-nilai yang bercanggah dengan nilai-nilai ketimuran di Malaysia. Contohnya, kini semakin banyak cerita filem dan lagu-lagu Barat yang telah diserap masuk ke Malaysia. Kebanyakkan filem ini juga mengandungi unsur-unsur ganas yang mampu mempengaruhi minda anak muda di Malaysia. Tidak cukup dengan itu terdapat lagu-lagu Barat yang berunsur sesat seperti Black Metal telah tersebar kepada remaja pada masa kini sehingga mereka terikut-ikut dengan cara pemakaian yang bercanggah dengan cara pemakaian masyarakat Malaysia.

2. Kesan dari sudut budaya dan sosial Dari segi budaya dan sosial pula, pelbagai jenis hiburan yang dibawa dari tamadun Barat seperti nyanyian, tarian, filem, komik dan sebagainya telah menembusi dunia tanpa kawalan. Muzik-muzik Barat semakin digilai oleh anak-anak muda sekarang. Selain itu, masyarakat Malaysia terutamanya anak muda terpengaruh dengan fesyen-fesyen yang ditonjolkan oleh Barat dan terdapat fesyen yang amat menjolok mata. Hal ini bertentangan dengan masyarakat Malaysia yang seharusnya mengamalkan budaya ketimuran dengan berpakaian sopan. Mereka menganggap bahawa pakaian sopan sebagai ketinggalan zaman. Mereka lebih mencari pakaian yang berjenama dan mahal dari negara-negara Barat seperti Bonia, Padini, Calro Rino dan sebagainya. Jenama alat-alat solek dari Barat seperti Avon, Christian Dior, Gucci dan sebagainya turut menjadi buruan masyarakat dunia termasuk Malaysia sehingga sanggup membelinya walaupun dengan harga yang mahal.

3. Kesan dari sudut gaya pemakanan Dari segi gaya pemakanan pula, hampir menyeluruh jenama makanan boleh didapati dalam mana-mana bandar di dunia ialah Pizza Hut, Kentucky Fried Chicken, Mc Donald dan lain-

lain yang merupakan makanan segera yang diperkenalkan oleh negara Barat. Makanan segera ini jika sering diamalkan, mampu memudaratkan kesihatan mereka.

KESIMPULAN Walau bagaimanapun, kehidupan yang kita alami pada era ini amat dipengaruhi oleh kehidupan Barat. Terdapat banyak kesan hegemoni Barat kepada rakyat Malaysia iaitu dari segi ekonomi, media, budaya dan sosial serta pemikiran. Kesan ini juga memberikan banyak kesan negatif berbanding kesan positif. Oleh itu, sebagai masyarakat Malaysia, kita seharusnya perlu mengikut acuan kita sendiri dengan mengamalkan ciri-ciri ketimuran kita dan tidak mudah terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat yang lebih berfikiran terbuka.

También podría gustarte