Está en la página 1de 22

Mengenalpasti, memahami dan mengetahui konsep bagi unsur-unsur asas dalam muzik dan selanjutnya berkebolehan membaca, menulis

dan menganalisis muzik. Berkait rapat dengan elemen muzik. Mempraktikkan dan mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tersebut dalam aktiviti membaca, menulis, mereka cipta dan mengapresiasi muzik.

Menerapkan aktiviti : mendengar, mengajuk, merasa, memberi respon, membuat lakuan, menyanyi, memainkan alat muzik, membaca dan menulis Menerangkan konsep-konsep asas mengenai muzik irama, melodi, harmoni, tekstur, bentuk, ekspresi & notasi = bahasa muzik Memotivasikan murid untuk terlibat dengan aktif semasa kelas muzik = membentuk kognitif/pemahaman. Langkah awal memastikan murid berupaya untuk memahami skor lagu dan permainan alat


Menyatakan nama bagi setiap not dan nilainya. Melakukan aktiviti bagi mengenalpasti irama dan bentuk sesebuah lagu. Menyanyikan lagu mengikut tempo yang pelbagai.


Tidak boleh dipandang remeh : Langkah awal mendedahkan murid kepada dunia muzik. Boleh mempengaruhi corak pembelajaran murid dalam bidang muzik. Menyediakan murid untuk mengeksplorasi muzik dengan lebih baik. Membina keyakinan dan keseronokan dalam mempelajari subjek muzik.


Memberi pendapat terhadap hasil karya dan persembahan muzik masyarakat Malaysia dan menyatakan budaya yang berkaitan dengannya. Menggunakan pengetahuan dan pengalaman muzikal untuk menyatakan idea, perasaaan, pendapat dan kecenderungan diri terhadap bahan muzik melalui laporan, penerangan dan huraian secara lisan dan bertulis.


Melibatkan kecerdasan kognitif dan emosi murid dalam masa yang sama. Mengenalpasti, menganalisis dan memperkatakan ciri-ciri positif dan negatif hasil karya dan persembahan muzik dari segi elemen muzik dan teknik persembahan. Memberi kebebasan kepada murid untuk menyatakan pandangan masing-masing. Membentuk murid yang kritis dan kreatif = komen dan cadangan terhadap lagu yang didengari


Memberi laporan dan penerangan terhadap sesebuah karya muzik yang didengar atau persembahan muzik yang disaksikan. Menilai susunan melodi dan irama sesebuah lagu untuk diubah. Memberi komen terhadap persembahan rakan.


Memberi peluang kepada murid untuk menyatakan pandangan dengan terbuka. Mendidik cara berfikir yang kritis dan kreatif. Memupuk sifat penerokaan yang lebih baik. Mewujudkan sikap kerjasama dan tolong-menolong melalui sistem berkongsi pendapat. Langkah untuk menggunakan input yang diperoleh dalam ekspresi estetika.

Biola ] Flute Gitar Cuk (Asalnya Ukelele) Cello Double Bass

Kesinambungan alat-alat ini sangat

penting kerana ia memerlukan antara satu sama lain.

Setiap alat akan dimainkan mengikut rentak masing-masing kerana ia

mempunyai peranan tersendiri.

Ia mempunyai 4tali yang diperbuat dari dawai dan dilaras dengan tali terbuka dari tertinggi. -Tali pertama-E -Tali kedua- A

-Tali ketiga D
-Tali keempat- G

Biola berperanan sebagai alat yang membawa melodi atau pemimpin.

Adakalanya ia dimainkan iringan secara counter


melody atau melodi pengiring. Pemain biola juga haruslah mengkaji dan memahami cara mengiringi yang bercorak keroncong iaitu ada not-not hiasan (bunga-bunga), asli yang digunakan dalam permainan muzik keroncong sahaja.

Pada asalnya permainan keroncong menggunakan seruling dan akhirnya ditukar kepada flute. Hal ini kerana pemain lebih bebas bermain flute disebabkan oleh kemampuan alat itu yang mempunyai kompas yang tinggi.

peranan flute sama seperti biola iaitu memainkan melodi dan juga mengiringi secara 'counter melody' serta memainkan not-not hiasan. Adakalanya flute dan juga biola bermain secara duet sama ada secara harmonik atau unisen.

Alat ini menggunakan 8 tali nilon yang mempunyai fungsi yang sama dengan Ukulele. Selain itu, Cuk dimainkan untuk mengiringi lagu secara kord, dipetik secara 'strumming'. Cara itu sudah berubah kepada memainkan secara petikan dan 'arpegio' dengan kord yang berasaskan kord yang sedang dimainkan. Terdapat juga kumpulan keroncong yang menggunakan dua alat Cuk dalam persembahan mereka. Biasanya petikan tiap-tiap pemain berlainan dan bertingkah.

Gitar memainkan iringan yang berbentuk counter melody atau adakalanya rangkaian not-not yang naik ke atas menurun berasaskan kod yang dimainkan. Kord saja yang yang jarang di petik melainkan untuk memberi tekanan kepada sesuatu lagu ataupun pada permulaan lagu.

Cello ialah alat yang tergolong dari keluarga


biola tetapi dalam keroncong asli ia dipetik

(pizzicato).
Ia mempunyai peranan yang lebih dinamik dan lincah untuk menambahkan ketegasan rentak.

http://keroncongkami.blogspot.com/2010/08/alatkeroncong_24.html http://www.staripoh.com/muat_turun/Bahan%20PPK/sp /sp_muzik_f4n5.pdf http://akses.skseriampang.net/SP/10_Pendidikan_Muzik /sp_kbsr_muzik.pdf http://cikgumala.blogspot.com/2011/01/peranan-muzikdalam-pendidikan.html http://premlata84.blogspot.com/2012/12/1-persepsiestetik.html

También podría gustarte