Está en la página 1de 15

Bercerita

- Tradisi awal medium seni persembahan Proto- Theatre Form: Teori awal asal-usul teater disampaikan dalam bentuk ucapan atau nyanyian bersumberkan epik dan syair secara persaorangan. Malaysia dikenali sebagai Selampit dan Awang Batil. Indonesia : Dalang Jemplung. Filifina : Bayuk. (Ghulam Sarwar Yousof, 1993)

Penglipur lara ialah orang yang menghiburkan hati yang duka dengan menyampaikan cerita rakyat yang berunsur jenaka, biasanya diselitkan dengan syair, pantun, seloka dan sebagainya. Ia merupakan salah satu sastera lisan orang Melayu. Pada zaman dahulu, penglipur lara dianggap sebagai budayawan tempatan yang berperanan sebagai sumber berita, hiburan dan pendidikan
Raja Yusoff Ariffin (Dewan Budaya :Mei 2012)

Bercerita adalah menyampaikan peristiwa dalam bentuk perkataan, dan imej, sering diubahsuai untuk diperindah. Cerita bersumberkan kepada kisah-kisah yang telah difahami dan dikongsi bersama dalam masyarakat. Cerita adalah sebagai hiburan, bertujuan untuk pendidikan, pemeliharaan budaya dan menetapkan nilai-nilai moral. Elemen penting dalam cerita ialah Plot, watak dan sudut pandangan. Electronic Journal of Folklore, vol. 4 (1997

Berlaku dalam keluarga dan komuniti. Dalam konteks masyarakat tradisional pencerita mendapat kedudukan dalam masyarakat. Berperanan dalam acara komuniti Membentuk budaya tersendiri

SUMBER CERITA: 1. Cerita Rakyat 2. Mitos 3. Legenda 4. Epik 5. Sejarah

TUJUAN:

1. Kritik Sosial 2. Nilai Pengajaran 3. Hiburan 4. Escapism

TUJUAN BERCERITA PADA HARI INI - Digunakan secara meluas dalam pendidikan (Membentuk peribadi) - Mengeluarkan Bakat tersembunyi dalam diri. - Membina imajinasi - Memahirkan pengucapan - Memahirkan memberi penjelasan - Mengawal dan menguasai penonton (Emosi) - Mengajar anda ketawa dan membuat orang lain ketawa.

PERSIAPAN PENCERITA. 1. Kedudukan selesa untuk pencerita: duduk, berdiri atau bersila atas lantai dengan memberikan memandang sekeliling dengan senyuman jangan sekali menundukkan wajah. 2. Ceritakan dari mana anda mendapat sumber cerita. Majalah, dari kawan, dari imaginasi, dari mimpi, dari pengalaman, dari buku dari filem dsb. 3. Membina persekitaran untuk menarik perhatian penonton atau pendengar seperti sebutan yang jelas dan lancar, tidak terlalu cepat dan tidak terlalu lambat. Membina adegan untuk penonton dengan memulakan dengan bila berlakunya cerita itu, zaman dan situasi. 4. Menggunakan ekspresi, untuk menggambarkan keadaan persekitaran, situasi watak berhadapan dengan : takut, malu, marah, gembira teruja dsb. , keadaan fizikal watak yang dipilih 5. Menggunakan tempo dan nada mengikut kesesuaian cerita. Ucapan membentuk melodi. Pastikan ucapan mesti. 6. Menggunakan tangan, bahu dan tubuh secara maksima untuk menunjukan bentuk objek, pemandangan, aksi dan perasaan Use mime and gesture to paint the story, like a picture. 7. Mengungkap sesuatu dialog pilihan dengan suara watak. Untuk membangkitkan simpati penonton kepada watak yang diceritakan.** 8. Membunyikan persekitaran, seperti angin, hujan,letupan, binatang serta mengajak penonton untuk membunyikan sama.** 9. Pause Pastikan anda berhenti seketika untuk memindahkan dari satu peristiwa kepada peristiwa yang lain, dari satu situasi kepada situasi yang lain. http://www.grtleeds.co.uk/storytelling/wendy.html

Mari kita mulakan:

Othman Putih dan Ariffin Said (1995) Utusan Publication.

Berpandukan Persiapan Pencerita pilih salah satu dari cerita berikut untuk dipersembahkan. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Lubuk Batil Mat Jenin Pak Tani Menipu Harimau Anak Yang Taat Isteri Yang Bongkak Kerana Budi Tuah Si Malang

Syarat permainan. - Tidak dibenarkan membaca - Gunakan teks sebagai asas penceritaan. - Peralatan dan Alatan bunyi-bunyian tidak dibenarkan - Pilihan aksi dan cara pengucapan dibenarkan secara minimum. - Anda boleh mengubah watak dan zaman yang bersesuaian dengan tema cerita asal. - Persembahan tidak melebihi lima minit. - Menggunakan tubuh secara maksima.

También podría gustarte