Está en la página 1de 3

Manfaat ICT dalam P&P kelas

Information and communication Technology(ICT) ditakrifkan sebagai pelbagai bentuk atau jenis peralatan dan sistem yang digunakan untuk memproses , mengurus , memanipulasi , memindah , menyimpan dan menyebarkan maklumat melalui media elektronik.Pada era redakan maklumat ini , penggunaan ICT menjadi semakin penting.Kita amat memerlukan ICT untuk melakukan banyak tugas , dan salah satu tugas yang memerlukan ICT ialah pembelajaran dan pengajaran(P&P) dalam kelas.Penggunaan Ict telah memberikan banyak manfaat kepada masyarakat terutamanya golongan berpendidikan seperti guru,murid,pensyarah,siswazah dan sebagainya. Antara manfaat ICT terhadap P&P di dalam kelas ialah memudahkan guru untuk mengajar.Guru tidak perlu menulis di papan tulis sehingga membazirkan banyak masa.Dengan penggunaan Microsoft Power Point,guru hanya perlu menaip maklumat yang hendak disampaikan kepada murid sehari sebelum mengajar.Apabila guru hendak mengajar, dia hanya perlu menayangkan (Slide Show) yang dibuatnya melalui projektor LCD yang telah diperuntukan oleh kerajaan kepada setiap sekolah.Dengan ini,dia cuma perlu menerangkan atau memperjelaskan secara terperinci mengenai ilmu yang hendak disampaikannya.Selain itu,murid juga boleh menggunakan Pendrive untuk mengambil bahan yang guru telah sediakan. Hal ini membolehkan murid membuat ulangkaji di rumah .Justeru itu,ICT memberi impak yang begitu besar kepada pemngajaran guru. Seterusnya,penggunaan ICT boleh meningkatkan kefahaman dan penguasaan murid terhadap sesuatu subjek.Pembacaan teks yang penjang di dalam buku akan menyebabkan murid tidak faham dengan apa yang dibaca,malah teks yang panjang ini turut menyebabkan murid malas membaca.Dengan penggunaan ICT ,guru boleh menggunakan media elektronik seperti perisian komputer untuk mengubah teks yang panjang menjadi dalam bentuk audio,video animasi dan grafik untuk meningkatkan kefahaman murid.Cara ini membolehkan murid memahami subjek yang dipelajarinya.Salah satu contoh ialah mengenai pembentukan tsunami,guru boleh menggunakan video,audio,grafik dan animasi untuk menerangkan kejadian tsunami secara mendalam.Dengan ini ,murid bukan sahaja lebih memahami ,malah membolehkan mereka mengingat.Menurut kajian,90%

daripada apa yang mereka baca,dengar,lihat,sebut dan buat serentak membolehkan mereka mengingat sesuatu fakta. Penggunaan ICT juga turut mengubah stail pembelajaran di dalam kelas.Pembelajaran di dalam kelas menjadi lebih seronok dan berinformasi.Guru boleh menggunakan ICT menarik minat pelajar untuk mempelajari subjek yang diajarnya.Misalnya bagi topik hidupan marin,guru boleh menayangkan gambar hidupan marin,video mengenai hidupan marin dan sebagainya.Secara tidak langsung,murid tidak akan merasa bosan dengan pengajaran guru malah mereka akan lebih seronok dan teruja untuk belajar menyebabkan pelajar lebih menumpukan perhatian terhadap pengajaran guru.Selain itu,guru juga boleh menyelitkan unsu-unsur humor,menggunakan slide yang berwarna-warni di dalam Microsoft Power Point mereka.Hal ini akan menarik perhatian murid dan menanam minat murid untuk mempelajari sesuatu subjek. Penggunaan ICT juga turut memudahkan komunikasi antara guru dan murid.Murid yang mengulang kaji di rumah boleh terus menghantar pertanyaan mereka secara online melalui e-mel,facebook,twitter atau sebagainya secara percuma.Terutamanya bagi murid yang pasif,pemalu,atau pendiam mereka boleh terus bertanya kepada guru sekiranya mereka menghadapi masalah dalam akademik tanpa perlu bertemu dengan guru.ICT juga turut membantu golongan ini untuk mendapatkan keputusan cemerlang walaupun mereka mempunyai sifat yang agak pasif.Selain itu,guru juga boleh menyebarkan,menyampaikan dan memberitahu murid-murid mengenai kerja sekolah,maklumat dan sebagainya dengan cepat dan mudah.Melalui online,guru tidak perlu bersusah payah berjumpa dengan murid dan memberitahu mereka maklumat yang hendak disampaikan secara bersemuka.Hal ini membuktikan bahawa ICT penting untuk komunikasi antara murid dan guru. Penggunaan ICT juga melahirkan masyarakt yang celik ICT terutamanya dalam kalangan murid.Murid-murid akan didedahkan caracara penggunaan ICT yang betul.Guru akan memberitahu murid mengenai laman web yang boleh dipercayai dan tidak boleh dipercayai,tentang malware atau virus yang boleh menyerang komouter,menggunakan komputer dengan beretika dan sebagainya.Lantaran itu,murid-murid tidak akan mudah tertipu dan bijak menggunakan komputer.Mereka juga boleh melayari internet untuk mencari maklumat,mendapatkan maklumat dengan segera.Hal in menjadikan murid lebih matang,berilmu dan kreatif.Dengan ini ,penggunaan ICT amat penting dalam pembelajaran murid.

Kesimpulannya,pembelajaran & pengajaran amat bergantung kepada ICT.ICT telah memudahkan urusan guru dan murid.ICT juga turut melahirkan masyarakat yang berinformasi,berilmu,celik ICT ,matang dan sebagainya.Oleh itu ,penggunaan ICT harus dipraktikan dalam masyarakat kerana penggunaannya boleh memajukan dan membangunkan negara.Masyarakat juga harus memberikan sokongan padu dan menggalakkan generasi muda menceburi bidang pengkomputeran agar negar kita dapat melahirkan insan yang amat berjaya dalam bidang ini seperti Bill Gates.

También podría gustarte