Está en la página 1de 6

PERANAN EMOSI PEMIMPIN DALAM MEMPENGARUHI CORAK KEPIMPINAN DI SEKOLAH

Noorsuadah Mohd Nawawi, Dr.M. Khata Jabor Universiti Teknologi Malaysia Johor Darul Takzim adahawie@yahoo.com

ABSTRAK Kepimpinan memainkan peranan penting dalam usaha membudayakan etika dan integriti di kalangan ahli organisasi. Sehubungan itu konsep kepemimpinan beretika adalah permulaan kepada usaha membudayakan etika di dalam struktur organisasi. Kajian ini meneliti pengaruh emosi pemimpin dalam menentukan corak kepimpinan sekolah. Kajian ini juga ingin mengaitkan pengaruh emosi dalam struktur organisasi. Pendekatan yang biasa digunakan untuk mengumpul maklumat dalam kajian diskriptif ialah kaedah tinjauan keratan rentas (crosssectional survey) berdasarkan soal selidik yang dijawab oleh responden. Populasi bagi kajian ini ialah sekolah-sekolah berprestasi tinggi dan sekolah bukan berprestasi tinggi di zon utara, semenanjung Malaysia iaitu negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak. Daripada hasil kajian yang telah dijalankan ianya mendapati pengaruh emosi memainkan peranan yang penting dalam membentuk organisasi kepimpinan. Dapatan kajian mengaitkan dapatan-dapatan yang signifikan dengan kajian-kajian lepas dan aspek aspek teoritikal kajian. Bagaimanapun wujud perbezaan dari segi faktor demografi iaitu umur dan jantina bagi pemimpin di sekolah beprestasi tinggi dan sekolah bukan berprestasi tinggi dalam tahap kompetensi emosi pemimpin. Dapatan menunjukkan pemimpin di sekolah beprestasi tinggi mencapai tahap kompetensi emosi pemimpin dan kepemimpinan Transformasi yang lebih tinggi dan signifikan daripada pemimpin di sekolah bukan berprestasi tinggi

PENGENALAN Perubahan dan keberkesanan pelaksanaan sistem pendidikan dalam sesebuah negara sering kali dikaitkan dengan kecemerlangan kepemimpinan dan kualiti guru guru dalam sesebuah sekolah (Kantrowitz & Wingert, 2000). Malah pembangunan dan kemajuan negara pada masa depan bergantung kepada sistem pendidikan, kepemimpinan sekolah, guru-guru dan rupa bentuk pelajar yang akan dihasilkan (Wan Mohd Zahid Wan Nordin, 1993; Abdul Shukur Abdullah,1995, 1996, 1998). Dalam hal ini, kekukuhan dan penyuburan perkembangan diri pemimpin yang stabil dari aspek psikologi bagi meningkatkan penglibatan kendiri yang optimum dalam kemahiran berinteraksi dengan guru-guru dan pelajar harus diutamakan (Mariani Md Nor, 2002). Bentuk kepemimpinan yang diaplikasikan oleh pemimpin sekolah akan mendatangkan impak yang bersifat emosi seperti sokongan, moral, intergriti, keselamatan, menggalakan kerjasama, rangsangan intelektual, dorongan pembelajaran, rundingan dan perkongsian dalam membuat keputusan (Leithwood, Louis, Anderson, & Wahlstrom, 2004). Berdasarkan asas tersebut, persoalan emosi dilihat sebagai antara elemen utama proses reformasi kepemimpinan sekolah ke arah merealisasikan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) (2006 2010). Antara lain, memperkasakan sekolah-sekolah kebangsaan yang

merupakan Teras Strategik PIPP. Malah menurut Hargreaves (1997) sekiranya aspek emosi diketepikan dalam proses perubahan kepemimpinan sekolah, maka emosi dan perasaan akan dinyatakan melalui tingkah laku yang tidak sihat misalnya dengan cara memprotes terhadap usaha-usaha pemimpin dan juga penurunan dalam kualiti serta motivasi bekerja subordinat. Halhal yang sedemikian sudah tentu akan memberi kesan negatif kepada usaha KPM dalam merealisasikan PIPP di Malaysia. Sekiranya, pemimpin dapat menguasai emosi dan sikap yang positif, akan lebih mudah untuk berinteraksi, kurang agresif, lebih senang membantu orang lain, membuat komen yang membina dan mengambil tindakan yang dapat meningkatkan kepuasan kerja guru (Noran Fauziah Yaakub & Sharifah Mohd Noor, 1990). Pemimpin sekolah yang dapat bekerja dalam mood yang positif dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan guru-guru dan stafnya seterusnya mewujudkan sekolah yang berkesan. Hal ini bebeza jika dibandingkan dengan pemimpin yang kurang berpengalaman dalam mengurus emosi (George & Bettenhausen, 1990).

PENYATAAN MASALAH Pemimpin sekolah adalah kumpulan yang penting dan bertanggungjawab dalam memperkasakan sekolah-sekolah kebangsaan seperti mana yang dinyatakan dalam PIPP. Kejayaan pemimpin sekolah untuk memacu keberkesanan sesebuah sekolah seringkali dihubungkaitkan dengan kualiti kepemimpinan sekolah (Ishak Sin, 2002; Abd Karim, 1989). Menurut, kajian Mohammed Sani Ibrahim dan Mohd Jasmy Abd. Rahman (2002) mendapati hanya 23.9% pemimpin sekolah yang mengambil berat dan memberi sokongan terhadap pelaksanaan program perintis kecemerlangan Sekolah Bestari. Hal ini menjadi lebih sulit apabila kajian yang telah dilakukan oleh Baharom Mohamad (2002) mendapati hanya 24% guru sekolah rendah yang menunjukkan tahap kepuasan tinggi terhadap kualiti kepimpinan di kalangan guru besar mereka. Mohammad Sani Ibrahim (2002) membayangkan jika pemimpin sekolah bersikap demikian, maka hasrat Kementerian Pelajaran untuk meningkatkan jumlah sekolah yang berkesan di Malaysia tidak akan tercapai. Jika diteliti berdasarkan keputusan penarafan sekolah berdasarkan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM-Sekolah) agak tidak memberangsangkan. Sekolah-sekolah kebangsaan di zon utara Malaysia iaitu Kedah, Perlis, Perak dan Pulau Pinang, bilangan sekolah berprestasi tinggi dan sekolah bukan berpretasi tinggi menunjukkan jurang perbezaan yang amat ketara. Analisis jumlah sekolah berprestasi tinggi dan sekolah bukan berpretasi tinggi mengikut negeri zon utara Malaysia adalah seperti dalam Jadual 1.1 Jadual 1.1: Analisis Pencapaian Sekolah Berdasarkan Penarafan SKPM-Sekolah NEGERI JUMLAHBILANGAN Negeri Jumlah Sekolah Bilangan Sekolah Bilangan Sekolah Berprestasi Tinggi bukan berprestasi Tinggi KEDAH 281 11 17 PERAK 846 8 83 PERLIS 58 7 16 P.PINANG 105 18 24 Sumber: JPN Kedah, Perlis, Perak dan Pulau Pinang, 2006.

Di Malaysia, petunjuk sekolah berprestasi tinggi dirujuk kepada hala tuju kepimpinan, pengurusan organisasi, pengurusan program pendidikan dan kemenjadian murid (Jemaah Nazir Sekolah, 2004). Peranan pemimpin untuk meningkatkan kecemerlangan dalam empat aspek tersebut menuntut komitmen dan usaha gigih daripada guru-guru yang terlibat secara langsung dengan pelajar-pelajar. Hal ini melibatkan kemampuan guru untuk berhadapan dan mengawal situasi yang ekstrim di dalam dan di luar bilik darjah semasa berhubungan dengan pelajar (Creemer,1991; Scheerens, 1992; Van Der Zee & Schakel, 2002.

PELAKSANAAN Kajian ini lebih berbentuk diskriptif-korelasi yang melibatkan pengumpulan data bagi tujuan menyediakan ciri-ciri kompetensi emosi pemimpin sekolah dan hubunganya dengan variabel yang lain (Johnson & Christensen, 2005). Pendekatan yang biasa digunakan untuk mengumpul maklumat dalam kajian diskriptif ialah kaedah tinjauan keratan rentas (cross-sectional survey) berdasarkan soal selidik yang dijawab oleh responden (Johnson & Christensen, 2005). Oleh kerana kajian ini melibatkan responden yang agakbesar maka ia lebih sesuai menggunakan kaedah kuantitatif (Cohen et al., 2000). Kelebihan reka bentuk ini membolehkan banyak maklumat dikumpul pada satu-satu masa, kos yang rendah dan mudah dikendalikan (Creswell, 1997; Hofstede, Neuijen, Ohayv, & Sander, 1990). Populasi bagi kajian ini ialah sekolah- sekolah berprestasi tinggi dan sekolah bukan berpretasi tinggi di zon utara, semenanjung Malaysia iaitu negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak. Jumlah sekolah rendah yang dipilih sebagai sampel kajian ini ialah 40 buah sekolah berprestasi tinggi dan 40 buah sekolah bukan berprestasi tinggi. Kriteria lokasi pemilihan sekolah sama ada bandar atau luar bandar tidak diambil kira dalam kajian ini kerana ianya didapati tidak mempengaruhi aspek kompetensi emosi pemimpin. Teknik persampelan yang digunakan dalam kajian ini ialah rawak berstratafikasi (Barbie, 1990) di mana sekolah berprestasi tinggi dan sekolah bukan berpretasi tinggi dikelompokkan mengikut daerah mengikut daerah di negeri masing-masing. Bagi tujuan kajian ini jumlah daerah yang dipilih ialah tiga daerah di Perlis, tujuh daerah di Kedah, enam daerah di Pulau Pinang dan lima daerah di Perak.

HASIL KAJIAN DAN PERBINCANGAN Perbincangan bab ini menyentuh berkaitan dapatan kajian iaitu pertama: kompetensi emosi pemimpin memainkan peranan yang penting dalam sesebuah sekolah dan kepentingan peranan ini dapat dilihat berdasarkan hubungannya dengan pembolehubah kajian iaitu kepemimpinan Transformasi. Namun begitu, kompetensi emosi didapati tidak mempunyai hubungan dengan kepemimpinan Transaksi dan kepemimpinan Laissez-Faire di kalangan pemimpin bagi keduadua katogeri sekolah tersebut. Kedua, wujud perbezaan dari segi faktor umur dan jantina dalam kompetensi emosi di kalangan pemimpin di sekolah berprestasi tinggi dan sekolah bukan berpretasi tinggi manakala dari segi pengalaman pentadbiran didapati tidak mempunyai perbezaan yang signifikan. Ketiga, wujud perbezaan bagi kompetensi emosi dan kepemimpinan Transformasi antara pemimpin sekolah berprestasi tinggi dan sekolah bukan berpretasi tinggi kecuali bagi kepemimpinan Transaksi.

Keempat, hasil analisis telah mengenal pasti subskalasubskala kompetensi emosi yang merupakan penyumbang signifikan kepada kepemimpinan sekolah di sekolah berkesan dan sekolah kurang berkesan sekolah berprestasi tinggi dan sekolah bukan berpretasi tinggi. Namun begitu analisis regresi berganda gagal menolak hipotesis ke lima belas dan hipotesis nol ke enam belas iaitu tidak terdapat hubungan yang signifikan dan positif antara subskala-subskala kompetensi emosi pemimpin dengan kepemimpinan Transaksi dan Laissez-Faire di sekolah kurang berkesan.

KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, hasil kajian ini telah mencapai objektif dan soalan kajian yang telah ditetapkan. Dapatan kajian membuktikan bahawa kompetensi emosi pemimpin memainkan peranan penting dalam kepemimpinan di kalangan pemimpin sekolah masa kini. Kepentingan kompetensi emosi pemimpin ini dilihat dari segi pengaruhnya terhadap pemimpin sekolah yang akan dapat meningkatkan kemahiran dan penguasaan di dalam kepemimpinan Transformasional seterusnya meningkatkan jumlah sekolah-sekolah yang berprestasi tinggi di Malaysia. Kajian ini juga memerihalkan tentang subskala-subskala kompetensi emosi yang berpengaruh dan berkesan sebagai sumber pengukuhan di dalam kepemimpinan . Di sekolah berprestasi tinggi, hasil kajian mendapati subskala kebolehsuaian dan pengaruh merupakan subskala utama yang mempengaruhi pengukuhan kepemimpinan Transformasi. Melalui pengetahuan subskala kompetensi emosi yang berpengaruh ini memungkinkan peningkatan dan pengekalan kepemimpinan yang lebih tinggi dan berkesan. Namun begitu, dalam masa yang sama, subskalasubskala kompetensi lain perlulah juga dipertingkatkan. Antaranya ialah subskala kesedaran emosi, empati, kesedaran organisasi, orientasi pencapaian, sikap optimis, inisiatif, kepemimpinan berinspirasi, pemangkin perubahan, pengurusan konflik dan kerja kumpulan kolaborasi. Hasil kajian menunjukkan subskala-subskala kompetensi emosi tersebut juga perlu dipertingkatkan di sekolah bukan berprestasi tinggi. Aspek-aspek lain yang perlu diberi penekanan ialah aspek demografi iaitu umur dan jantina pemimpin sekolah. Ini adalah kerana dapatan kajian menunjukkan kedua-dua faktor tersebut berbeza di dalam tahap kompetensi emosi pemimpin sama ada di sekolah berprestasi tinggi dan sekolah bukan berpretasi tinggi.

RUJUKAN Abdul Karim Mohd Nor (1989). Characteristic of effective rural secondary school in Malaysia. Dissertasi EdD. University of Winconsin, Madison, USA. Abdul Shukur Abdullah (1995). Membina sekolah yang berkesan. Aplikasi Dasar. Kertas Kerja Seminar Sekolah Efektif. Kementerian Pendidikan Malaysia, Institut Aminuddin Baki. Abdul Shukur Abdullah (1996). Pengetua berkesan; sekolah berkesan; Cabaran pembangunan sistem pendidikan negara. Kertas kerja seminar kecemerlangan sekolah-sekolah negeri selangor, 15 Jun 1988, petaling Jaya Selangor. Abdul Shukur Abdullah (1996b). Membina sekolah yang berkesan: Pengurusan setempat, empowement dan kepimpinan sebagai inisiatif polisi. Kertas kerja seminar ke 2 sekolah effektik, Kementerian Pelajaran Malaysia; Institut Aminuddin Baki. Abdul Shukur Abdullah (1998). Pengetua Berkesan, cabaran pembangunan system pendidikan negara. Kertas kerja seminar kecemerlangan sekolah-sekolah negeri Selangor., 15 Jun 1998, Petaling Jaya, Selangor. Baharom Mohamad. (2002). In Mohamad Sani Ibrahim & Mohd Jasmy AbdRahman.. Pengetua dan pembestarian sekolah. Kertas kerja dibentangkan diS em inar Nasional P en gurusan Kepim pi nan dan Pendidi ka n di Hot el Pan Pacific pada 16 19 Disember 2002 Barbie, E. (1990). Survey research method (2nd. Ed.) Belmont CA: Wadsworth Publishing Company. Cohen, L. (2000) Research methods in education. 5th ed. London : RoutledgeFalmer Creemers, B. P. M. (1991). Effective instruction, an empirical contribution to the improvement of classroom education. The Hague: SVO Balansreeks. Creswell, J. W. (1997). Qualitative inquiry and research designs: Choosing among five traditions. Thousand Oaks, CA: Sage. George, J.M. & Bettenhausen, K. (1990). Understanding prosocial behavior, sales performance, and turnover: A group level analysis in a service context. Journal of Applied Psychology, 75, 698-709. Hargreaves, A. (Ed.) (1997). Rethinking educational change with Heart and mind. The 1997 ASCD Yearbook. Alexandria,VA: Association for Supervision and Curriculum Development. Hofstede, G., Neujin, B., Ohayv, D. D., & Sanders, G. (1990). Measuring organizational culture: A qualitative and quantitative study across twenty cases. Administrative Science Quarterly, 35, 286 316.

Ishak Sin (2002). Tingkahlaku kepimpinan yang digemari: Satu kajian kes-kes hipotetikal. Kertas kerja dibentangkan di Seminar Nasional Pengurusan dan kepimpinan Pendidikan Ke-11. Hotel Pan Pacific KLIA, Sepang, Selangor. Jemaah Nazir Sekolah (2004). Standard kualiti pendidikan Malaysia Sekolah; Instrumen Pemastian Standard. Kementerian Pelajaran Malaysia; Putrajaya. Johnson, B., & Christensen, L. (2005). Educational research: Quantitative, qualitative, and mixed approaches (2nd edition). Boston, MA: Pearson Education Inc. Kantrowitz, B., & Wingert, P. (2000). Curing senioritis. Newsweek, 136(24), 60-61. Leithwood, K., Louis, K. S., Anderson, S., & Wahlstrom, K. (2004). Review of research: How leadership influences student learning. The Wallace Foundation. http.www.wallacefoundation.org. Mariani Md Nor (2002). Kepimpinan psikologi dalam organisasi sekolah: Kesedaran psikologi dalam kepimpinan sekolah. Dalam Sufean Husin (Ed.), Inovasi dasar pendidikan: Perspektif sistem dan organisasi, (hal. 177 -189). Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. Mohamad Sani Ibrahim & Mohd Jasmy Abd Rahman. (2002). Pengetua dan pembestarian sekolah. Kertas kerja dibentangkan di Seminar NasionalPengurusan Kepimpinan dan Pendidikan di Hotel Pan Pacific pada 16 19Disember 2002 Noran Fauziah Yaakub & Sharifah Mohd. Nor (1990). Kepuasan Kerja Guru Di Dua Jenis Sekolah. Jurnal Psikologi Malaysia Schereen, J. (1992). Effective schooling: Research theory and practice. London, Cassell. Van Der Zee, K., Thijs, M., & Schakel, L. (2002). The relationship of emotional intelligence with academic intelligence and the big five. European Journal of Personality, 16, 103125. 165 Wan Mohd Zahid Wan Nordin (1993). Wawasan Pendidikan: Agenda pengisian. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise.

También podría gustarte