Está en la página 1de 6

1.

1 Peneguhan

Positif dan peneguhan Negatif Menurut Skinner ( 1930 ), tingkah laku boleh diajarkan dan dipelajari melalui satu stimuli yang sesuai yang diberi sebaik saja wujunya tingkah laku operan itu. Peneguhan boleh berupa positif dan negatif.

Peneguhan Positif

Guru-guru yang mahir selalu menggunakan ganjaran yang efektif dan ganjaran yang sesuai (stimulus) untuk meningkatkan respon positif. Ganjaran ini boleh berlaku dalam bentuk hadiah materialistik atau dalam bentuk penerimaan sosial di dalam bilik darjah. Peneguhan positif ialah satu proses di mana guru-guru akan cuba mengawal tingkah laku murid dengan motivasi, hadiah dan sentuhan serta kata-kata perangsang yang dapat membaiki/ mengubah tingkah laku murid-muridnya. Peneguhan positif juga berfungsi sebagai ganjaran yang mendorong individu mengulangi tingkah laku berulang-ulang. Terdapat dua jenis ganjaran/ peneguhan positif iaitu: i) ii) Ganjaran primer ( susu, makanan, gula-gula) Ganjaran terlazim (bintang, token, markah tinggi, penerimaan sosial dan

sentuhan, perkataan (lisan dan bertulis), permainan dan aktiviti, ekspresi dan wajah guru (muka atau badan). iii) Dalam peneguhan sosial, seorang guru boleh melafazkan kata-kata pujian seperti berikut: saya suka cara kamu melaksanakan kerja awak dalam aktiviti berkumpulan, sangat bagus, itu adalah satu soalan yang baik.

Memberi pujian (memberitahu murid-murid yang lain atau menyebut nama murid-murid yang menunjukkan tingkah laku yang baik semasa perhimpunan sekolah); dan memuji kebolehan murid-murid kepada ibu bapa. Peneguhan positif yang lain adalah motivasi dan sentuhan serta penggunaan perkataan-perkataan inspirasi yang boleh meningkatkan atau mengubah tingkah laku murid-murid. Beberapacontoh peneguhan positif yang boleh digunakan oleh guru ialah: i) ii) Murid di suruh untuk menjadi pembantu guru; 5 hingga 10 minit aktiviti bebas (muri-murid boleh membuat apa sahaja aktiviti

yang mereka suka); iii) iv) v) vi) vii) Guru menulis nota pujian kepada ibu bapa murid; Murid diberikan masa bebas untuk pergi ke perpustakaan Murid diberikan peluang menjadi ketua aktiviti kumpulan; Murid mendengar cerita yang dirakan oleh guru; Murid mendapat senyuman daripada guru setelah memberi respon yang betul;

Peneguhan Negatif

Jikalau peneguhan positif tidak berkesan, maka guru-guru perlu menggunakan peneguhan negatif untuk mengawal tingkah laku murid seperti dendaan, memarahi murid, menggunakan kata-kata kesat atau menyuruh mereka menjalani time out. Peneguhan negatif berfungsi mengelakkan dari tingkah laku yang tidak diingini berulang lagi supaya tingkah laku positif dapat dikuatkan lagi. Peneguhan negatif meningkatkan kemungkinan berlaku sesuatu respon. Guru-guru juga boleh menggunakan peneguhan negatif untuk meningkatkan kemungkinan berlaku sesuatu tingkah laku yang positif. Jika peneguhan positif masih tidak berkesan, guru-guru perlu menggunakan kaedah

disiplin yang lebih tegas seperti menghantar murid-murid bermasalah kepada guru disiplin.

1.2 Denda dan Peneguhan

Dendaan/hukuman adalah satu lagi teknik modofikasi tingkah laku yang boleh ditadbirkan kepada murid-murid untuk mengawal tingkah laku negatif. Hukuman merupakan stimulus yang dapat mengurangkan kekerapan frekuensi satu respons. Jester itu, hukuman efektif dalam mengurangkan tingkah laku negatif. Denda dilakukan unuk mengelakkan tingkah laku yang tidak diingini berulang. Dengan erti kata lain ialah menghentikan perbuatan atau tingkah laku yang tidak baik daripada dilakukan lagi. Ia biasanya hanya memberi kesan yang singkat sahaja. Apabila individu terlupa, ia akan mengulangi semula perbuatan atau tingkah laku tersebut. Semua hukuman harus dimaklumkan kepada murid-murid dan pihak sekolah dan mesti menentukan bahawa sesuatu hukuman itu dilaksanakan sekiranya guru telah menyatakannya kepada muridmurid semasa memodifikasi tingkah lakunya. Beberapa contoh dendaan yang boleh dilaksanakan di sekolah ialah seperti berikut: i) ii) iii) Dimarahi oeh guru, guru disiplin dan Guru Besar; Diberikan amaran; Hukuman dengan membuat kerja di kawasan sekolah seperti mengutip

sampah atau mencuci tandas; iv) v) vi) time out sama ada di dalam bilik darjah atau di luar bilik darjah; Di hantar ke bilik Guru Besar; Dan ibu bapa murid yang menunjukkan tingkah laku bermasalah di suruh

datang ke sekolah untuk membincangkan masalah murid tersebut.

Peneguhan pula sekadar memberi dorongan agar tingkah laku yang diingini atau sebaliknya berfungsi dengan sebaiknya.

Modifikasi tingkah laku adalah suatu pendekatan yang bersistematik untuk mengubah tingkah laku melalui aplikasi prinsip-prinsip pelaziman. Berikut adalah teknik modifikasi yang dapat digunakan bagi menangani masalah tingkah laku murid. Antara teknik modifikasi adalah seperti berikut: 1. Peneguhan Positif dan peneguhan Negatif Menurut Skinner ( 1930 ), tingkah laku boleh diajarkan dan dipelajari melalui satu stimuli yang sesuai yang diberi sebaik saja wujudnya tingkah laku operan itu. Peneguhan boleh berupa positif dan negatif. Peneguhan Positif Peneguhan positif berfungsi sebagai ganjaran yang mendorong individu mengulangi tingkah laku berulang-ulang. Peneguhan positif ialah stimulus atau peristiwa yang menyebabkan kemajuan dalam pembelajaran ataupun perubahan kelakuan positif. Peneguhan ini lazimnya menggembirakan dan dipanggil sebagai ganjaran. Menurut Skinner lagi, tingkah laku juga sebenarnya merujuk kepada langkahlangkah yang digunakan guru untuk melakukan peneguhan yang berkala. Cara peneguhan yang diberi akan memberi kesan terhadap tingkah laku yang seterusnya. Contohnya seorang guru ingin membantu salah seorang muridnya yang pemalu. Guru tersebut perlu menggunakan peneguhan yang tetap dan berkala. Cara peneguhan yang telah diberi oleh guru akan mempengaruhi tingkah lakunya selepas itu. Setiap kali murid yang pemalu tersebut mengangkat tangan atau menjawab dengan betul guru mestiah memberikan pujian dan sokongan kepada beliau. Hal ini kerana peneguhan ini akan membuatkan murid tersebut menjadi lebih berani dan berkeyakinan untuk menjawab soalan pada masa akan datang. Ia juga sekaligus dapat mengurangkan rasa malu dalam dirinya. Selain itu, guru yang ingin menggunakan model ini perlu menganalisa tingkah laku setiap murid di dalam bilik darjah tersebut. Guru perlu menyenaraikan tingkah laku yang diingini pada masa sekarang dan masa akan datang. Dalam konteks ini, guru mesti mengkaji sesuatu tingkah laku itu dahulu sebelum melakukan peneguhan ke atas seseorang murid tersebut. Guru juga perlu membuat pelan modifikasi tingkah laku dengan menyenaraikan beberapa tingkah laku yang yang perlu diberi perkataan yang

khusus. Peraturan dan peneguhan tersebut juga perlu dikenalpasti agar guru lebih mudah untuk melaksanakannya di dalam bilik darjah. Penggunaan peneguhan positif sangat dititikberatkan dan perlu dilakukan sekerap mungkin apabila murid melakukan tingkah laku yang diingini Peneguhan Negatif Peneguhan negatif berfungsi mengelakkan dari tingkah laku yang tidak diingini berulang lagi supaya tingkah laku positif dapat dikuatkan lagi. Peneguhan negatif adalah stimulus atau peristiwa yang juga menyebabkan kemajuan dalam suatu tingkah laku tetapi untuk mengelak daripada berlaku sesuatu yang tidak dikehendaki. Contonya, seorang pemandu mematuhi arahan had laju jalanraya kerana tidak mahu disaman. Saman di sini merupakan peneguhan negatif. Antara jenis peneguhan, terdapat peneguhan utama dan peneguhan sekunder. Peneguhan utama terdiri daripada benda ataupun peristiwa yang memberi kesan langsung kepada kelakuan seseorang dan tidak bergantung pada pembelajaran bagi kuasa peneguhan. Contohnya, gula-gula dan mainan. Sekiranya kanak-kanak diberikan gula-gula apabila dia berkelakuan baik akan terus berkelakuan baik kerana mereka tahu mereka akan mendapat ganjaran itu. Peneguhan utama ini diberikan kepada pelajar kerana mereka belum tahu cara bertindak apabila mendapat peneguhan sekunder. Peneguhan sekunder ialah stimulus atau peristiwa yang memperkukuhkan sesuatu respons melalui pembelajaran. Peneguhan ini selalunya bersifat linguistik ataupun sosial. Contohnya pujian daripada guru, perhatian guru, markah, senyuman daripada guru ataupun apa-apa isyarat pengiktirafan daripada guru. Selain itu, peneguhan negatif pula adalah tingkah laku diulangi kerana individu hendak mengekalkan ataupun melepaskan diri daripada tindakan susulan yang tidak menyeronokkan ataupun menyakitkan. Contohnya Ridhwan mengemaskan semula mainannya kerana tidak mahu dimarahi oleh ibunya. Tingkah laku yang dikehendaki adalah mengemaskan mainannya.

CARA-CARA MENGGALAKKAN TINGKAH LAKU NEGATIF. PENEGUHAN NEGATIF : - Murid-murid berada dalam keadaan tidak menyenangkan mereka DILEPASKAN daripada keadaan itu apabila tingkahlaku berubah. - Contoh : Guru tidak membenarkan murid-murid rehat selagi murid-murid tidak duduk diam atau beratur. - Contoh : Selagi murid-murid tidak habiskan latihan, mereka tidak dibenarkan menonton tayangan video. - Keadaan tidak menyenangkan buat latihan / tidak duduk diam. - DILEPASKAN membenarkan rehat / menonton video.

- Tujuan :kukuhkan t.laku yg dikehendaki (duduk diam, beratur dan siapkan latihan) - Peneguhan diberi dgn cara keluarkan sesuatu yg kurang menyenangkan a.bila t.laku yg dikehendaki dilakukan. - PENGELUARAN sesuatu rangsangan adalah peneguhan negatif. - Peneguhan negatif memberi peluang kepada murid-murid kawal keadaan. Contohnya : walaupun tidak dapat rehat dan menonton video murid-murid masih berpeluang kawal keadaan - Bila murid-murid melakukan tingkahlaku yang diinginkan, pengalaman yang kurang menyenangkan akan hilang.

También podría gustarte