Está en la página 1de 4

3.2.

3 TEORI KEMORALAN SOSIAL Kemoralan Sosial (atau kecenderungan untuk mengaitkan peraturan masyarakat dengan konsep etika) berkait rapat dengan peraturan masyarakat yang terdiri daripada tatahukum, tatasusila atau tatatertib masyarakat. Ia juga menitikberatkan

tanggungjawab setiap individu bagi mematuhi perintah daripada sesebuah autoriti. Teori Kemoralan Sosial mengutamakan kepentingan dan faedah masyarakat, bukan kepentingan diri seseorang individu. Peraturan masyarakat biasanya menyerupai tradisi, norma, kebiasaan atau adat, kod etika, nilai dan pantang larang. Kesemua ini adalah bagi menjaga kerukunan sosial. Contohnya, setiap kaum di negara ini mempunyai adat resam dan pantang larang bagi menjamin keutuhan dan keharmonian sesebuah masyarakat. Ciri-ciri kemoralan Sosial 1. Peraturan moral dijadikan sebagai satu kewajipan dan dikuatkuasakan oleh pemerintah supaya wajib dipatuhi.

2.
3.

Peraturan ini lebih mementingkan masyarakat secara umum, bukan individu sebagai matlamat etika. Peraturan ini juga tidak membenarkan seseorang menilai dan mengkritik peraturan moral yang telah ditetapkan oleh masyarakatnya.

Kelemahan kemoralan sosial ialah : a) Ia bersifat relatif, dimana semua masyarakat atau komuniti mempunyai peraturan moral masing-masing. Peraturan moral satu masyarakat boleh bertentangan dengan yang lain. Ini boleh mengakibatkan berlakunya pepecahan dan membawa kepada ketegangan dan konflik sekiranya setiap masyarakat terlalu agresif mempertahankan peraturan moral masing-masing. b) Kemoralan sosial juga mungkin menjadi terlalu ketat dan tidak fleksibel, contohnya kesukaran menyesuaikan peraturan masyarakat dengan situasi baru dan semasa. Peraturan yang konservatif dan mutlak tidak dapat membantu dan membimbing

seseorang menghadapi semua dilema moral baru kerana masa dan keadaan sentiasa berubah. c) Menyekat kebebasan individu yang terpaksa tunduk kepada peraturan yg dibuat oleh masyarakat. d) Kesukaran masyarakat baru menyesuaikan diri dengan sistem moral. e) Mementingkan kepatuhan individu kepada autoriti walaupun bertentangan dengan kehendak hati mereka f) Perubahan zaman yg lebih mementingkan budaya lain dan adat resam ditinggalkan g) Tidak semua peraturan yang dibuat oleh masyarakat adalah baik. Terdapat peraturan yang dibuat oleh masyarakat bersifat negatif dan membawa keburukan. Contoh: diskriminasi kaum dan lain-lain.

3.2.4

TEORI KEPERIBADIAN MULIA (VIRTUE)

Teori ini diperkenalkan oleh Aristotle bahawa kecenderungan untuk mencapai sesuatu tujuan akan menjadikan seseorang itu manusia yang sempurna. Keperibadian mulia ialah teori yang menekankan sifat peribadi untuk mencapai kehidupan yang baik. Seseorang individu perlu mengetahui kualiti dan taraf hidup yang ia inginkan. Matlamat ini akan menjadi piawai untuk individu itu menentukan keadaan dirinya. Seterusnya, keperibadian mulia dianggap tidak dihasilkan di dalam diri seseorang oleh alam semulajadi, yakni tidak dikudratkan atau dilahirkan dengan sifat baik atau jahat. Sebaliknya, cara untuk memperolehi atau memiliki keperibadian mulia adalah menerusi latihan dan pengamalan sehingga menjadi satu kebiasaan yang menyenangkan dan menyeronokkan. Konsep keperibadian mulia bermula dengan masyarakat Yunani pada abad ke-4 SM dan salah seorang pelopornya ialah Aristotle. Keperibadian mulia didefinisikan sebagai kualiti terbaik atau istimewa (excellence). Terdapat dua jenis keperibadian mulia: a. Keperibadian mulia intelektual; dan b. Keperibadian mulia moral.

Keperibadian mulia intelektual adalah kebaikan atau keistimewaan akal seperti kebolehan memahami dan membuat taakulan yang baik. Aristotle menganggap bahawa sifat intelektual ini boleh dipelajari daripada seorang guru. Sementara itu, keperibadian mulia moral tidak terhasil dalam seorang individu secara semula jadi, iaitu seseorang itu tidak dilahirkan dengan sifat baik dan jahat. Mengikut Aristotle, keperibadian mulia mewajibkan kita bertingkah laku baik. Sifat-sifat ini tidak dipelajari melalui ajaran seorang guru tetapi menerusi latihan, tindakan-tindakan yang kerap diulang sehingga menjadi satu kebiasaan, menyenangkan serta menyeronokkan. Ciri-ciri Keperibadian Mulia Seseorang dianggap berkeperibadian mulia sekiranya mempunyai ciri-ciri berikut: a. Menyedari moral adalah satu kewajipan yang tidak boleh dipersoalkan; b. Mempunyai keikhlasan dan kejujuran dari segi nilai; c. Sentiasa berusaha bersungguh-sungguh melakukan kebaikan dan mengelakkan keburukan; d. Berpegang kepada prinsip; e. Tidak mengharapkan balasan atas apa yang dilakukan; dan f. Sedia menerima dengan tenang sesuatu yang dianggap kesusahan dan kesengsaraan. Penjelasan Aristotle menerima banyak kritikan kerana beliau berpendapat bahawa keperibadian mulia itu bukan sesuatu yang semula jadi ditentang oleh golongan yang percaya kepada Tuhan. Mereka percaya bahawa sesetengah insan, seperti para nabi dan rasul, memiliki keperibadian mulia secara semula jadi kerana pemberian dan keredaan Tuhan. Pemerolehan keperibadian mulia juga boleh diperoleh menerusi pemerhatian dan pergaulan rapat dengan mereka yang mempunyai sifat-sifat mulia kerana manusia dikatakan suka meniru atau mengikut teladan. Satu lagi ciri kepribadian mulia yang dinyatakan oleh Aristotle ialah setiap keperibadian itu merupakan suatu jalan tengah iaitu tidak berlebihan dan tidak terlalu kurang.

Tindakan yang berlebihan atau terlalu kurang itu adalah tindakan yang salah, jahat, buruk dan boleh dicela. Jadual di bawah menerangkan tentang konsep Jalan Tengah. Jadual konsep jalan tengah atau virtues Aristotle Bidang lakuan Berlebihan Jalan Tengah Keberanian Terlalu kurang Perasaan atau

atau perasaan kegentaran ketakutan keyakinan Perasaan malu Perasaan marah Ucapan diri

atau Kegopohan dan

perlakuan pengcut atau penakut Terlalu malu Panas hati Cakap sombong besar Sopan Sabar / Ketulusan Kebenaran Bijak Ramah tamah Muka tebal Kurang semangat / Kata-kata rendah diri Canggung Suka gaduh

Perbuatan kasar Kelakuan sosial

Kelakar Hampakan diri

Kritikan terhadap Teori Keperibadian Mulia. Terdapat manusia seperti nabi memiliki keperibadian mulia secara semulajadi. Keperibadian mulia juga diperoleh melalui pemerhatian dan pergaulan. Teori jalan tengah sukar untuk ditentu dan dipraktikkan. Ini kerana perbuatansederhana berbeza antara individu dengan individu yg lain. Emosi manusia tidak boleh dianggap sebagai suatu kuantiti yang boleh diukur secara berterusan. Terdapat beberapa nilai yang tidak boleh diambil secara pertengahan, cth keadilan, mengumpat, bercakap benar dll