Está en la página 1de 6

6.

0 PERUBAHAN PERUBAHAN TERKINI DALAM KURIKULUM SEKOLAH RENDAH Kurikulum adalah rancangan pendidikan yang sentiasa mengalami perubahan. Dalam konteks pendidikan di Malaysia, perancangan dan pembentukan kurikulum adalah didasari oleh falsafah dan matlamat pendidikan negara yang menentukan arah haluan, asas dan sumber inspirasi kepada semua usaha dan rancangan dalam bidang pendidikan. Kurikulum ataupun skop kandungan sesuatu pelajaran adalah asas penting dalam sistem pendidikan sesebuah negara. Sebagai sebuah negara yang sedang pesat membangun, Malaysia memerlukan suatu kurikulum yang kemas dan sesuai untuk mewujudkan sistem pendidikan yang dinamik serta selaras dengan cita-cita dan kehendak negara (Kamaruddin Haji Hussin, 1994) Transformasi kurikulum digubal berasaskan dua standard utama, iaitu pertama Standard Kandungan yang merujuk kepada penyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. Kedua pula ialah Standard Pembelajaran yang merupakan satu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan. 6.1 Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Melalui tranformasi kurikulum, Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) diperkukuh serta ditambah baik dan dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Jadi, tranformasi kurikulum persekolahan merupakan usaha dalam menyusun semula dan menambah baik kurikulum sedia ada bagi memastikan murid murid dapat dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan dengan keperluan semasa bagi menghadapi cabaran pendidikan pada abad ke-21. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah membuat penandaarasan dengan kurikulum negara maju bagi memastikan kurikulum persekolahan kebangsaan setanding dengan pendidikan global.

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) merupakan bentuk kurikulum yang telah dilakukan penambahbaikkan dalam struktur Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) merupakan satu bentuk kurikulum yang melibatkan tujuh jenis perubahan iaitu perubahan dari segi bentuk, organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum di sekolah. Tiga elemen nilai tambah telah mula diterapkan dalam KSSR iaitu elemen kreatif dan inovasi, keusahawanan, teknologi maklumat dan komunikasi (ICI) yang bertujuan untuk memenuhi keperluan murid dalam membangunkan modal insan yang holistik, berpengetahuan, berfikiran kreatif, kritis dan berinovasi, berkemahiran tinggi serta berkeperibadian mulia. Elemen nilai tambah yang diperkenalkan di dalam KSSR merupakan satu langkah pertama dalam membentuk modal insan yang lebih berpontensi untuk merealisasikan dasar-dasar negara seperti Wawasan 2020, Cabaran Abad ke-21, dan Model Ekonomi Baru pada masa hadapan. Kreatif dan inovasi secara realitinya telah dilaksanakan oleh negara negara maju dalam system pendidikan mereka kerana mereka menyedari elemen ini merupakan kunci untuk berjaya dalam pelbagai bidang terutamanya yang berasaskan penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam bidang sains. Kurikulum ini merupakan kurikulum yang menyepadukan beberapa disiplin ilmu untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran (P&P) lebih menarik, menyeronokkan dan bermakna. Standard kandungan merupakan pernyataan lebih terperinci mengenai perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam satu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. Manakala standard pembelajaran pula merupakan satu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan. KSSR diorganisasikan dalam bentuk modular di mana kandungan pembelajaran disediakan dalam bentuk unit kendiri-lengkap (self-contained) yang dinamakan sebagai modul. Setiap unit adalah tersendiri dan mengandungi pengetahuan, kemahiran dan nilai yang telah dikenal pasti untuk dikuasai murid.

Perubahan yang dilakukan dalam memantapkan kurikulum mengikut perkembangan dunia pendidikan iaitu reka bentuk kurikulum yang sebelum ini dalam KBSR yang hanya berasaskan tiga bidang sahaja iaitu komunikasi, manusia dan alam sekeliling serta perkembangan individu berubah kepada reka bentuk kurikulum KSSR yang berasaskan enam tunjang iaitu komunikasi, kerohanian, sikap dan nilai, kemanusiaan, perkembangan fizikal dan estetika, sains dan teknologi serta keterampilan diri. Komunikasi merupakan satu bentuk penggabung aliran kemahiran bahasa secara lisan dan bukan lisan semasa berinteraksi. Kerohanian, sikap dan nilai pula merupakan suatu penghayatan amalan agama, kepercayaan, sikap nilai terhadap diri sendiri. Kemanusiaan pula berkait rapat dengan pengguasaan ilmu dan amalan tentang kemasyarakatan dan alam sekitar setempat, negara dan global. Seterusnya keterampilan diri merujuk kepada pemupukan kepimpinan dan sahsiah diri melalui aktiviti kurikulum dan kokurikulum. Seterusnya perkembangan fizikal dan estetika merupakan perkembangan jasmani dan kesihatan untuk kesejahteraan diri. Ia turut dapat membuatkan murid dalam memupuk daya imaginasi, kreativiti, bakat dan apresiasi diri sendiri. Sains dan teknologi dibentuk kurikulum bagi mempertingkat penguasaan pengetahuan sains, kemahiran dan sikap saintifik dalam kalangan murid dan penguasaan pengetahuan dan kemahiran matematik serta kemahiran berasaskan teknologi. Dalam pengajaran KBSR, bahan kurikulum yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah mengikut sukatan pelajaran namun berubah dalam KSSR yang hanya mengikut dokumen standard kurikulum. Ini memudahkan dalam pengajaran supaya lebih mudah dan berkesan. Reka bentuk kurikulum KSSR merupakan berbentuk modular berbanding bentuk kurikulum dalam KBSR yang berbentuk linear yang hanya mengikut garis panduan pengajaran.

Seterusnya perubahan kurikulum dalam organisasi kurikulum KSSR yang terbahagi kepada dua tahap iaitu tahap I bagi tahun 1, 2 dan 3 merupakan modul teras asas, modul teras tema dan modul elektif berbanding KBSR yang hanya mempunyai mata pelajaran teras, wajib dan tambahan. Bagi tahap II pula iaitu bagi tahun 4, 5 dan 6 mempunyai mata pelajaran teras dan elektif bagi KSSR berbeza KBSR yang hanya mempunyai mata pelajaran teras, wajib dan tambahan sahaja. 6.2 Penambahbaikkan Kurikulum Pendidikan Khas Kurikulum Pendidikan Khas merupakan satu bentuk kurikulum yang melibatkan tiga cabang utama, iaitu Masalah Pembelajaran, Masalah Penglihatan dan Masalah Pendengaran terdapat beberapa penambahan dan pengubahsuaian terhadap beberapa mata pelajaran dalam menjadikan proses P&P berjalan lebih teratur dan menepati keperluan murid murid keperluan khas. Penambahbaikkan kurikulum Pendidikan Khas bagi Masalah Penglihatan, mata pelajaran yang ditambah ialah Kemahiran Asas Individu Masalah Penglihatan. Selain itu, dua mata pelajaran yang diubahsuai bagi Masalah Penglihatan ialah Pendidikan Jasmani Suaian dan Dunia Seni Visual Suaian. Bagi Pendidikan Khas Masalah Pendengaran pula, ia dilengkapi dengan penambahan mata pelajaran Bahasa Isyarat Komunikasi selain daripada mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, dan Pendidikan Islam yang telah diubahsuai. Sementara bagi Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran, kesemua mata pelajarannya dibuahsuai termasuklah: 1. Pengurusan Kehidupan (Komponen Pengurusan Diri, Pengurusan Tingkah Laku, Kemahiran Manipulatif) 2. Asas 3M (Membaca, Menulis, mengira) melibatkan komponen bahasa Malaysia, bahasa Inggeris dan matematik 3. Pendidikan Seni Kreatif (Komponen Seni Visual, Seni Muzik) 4. Pendidikan Islam atau Pendidikan Moral 5. Pendidikan Jasmani.

Pengubahsuaian dan penambahan ini dilakukan bagi meningkatkan lagi kualiti pengajaran dan pembelajaran murid murid kurang upaya supaya mereka tidak ketinggalan dalam arus perubahan perdidikan dan transformasi yang dilakukan oleh kerajaan. Penambahan mata pelajaran baru diwujudkan bertujuan untuk memberi pendedahan awal mengenai kemahiran asas yang amat diperlukan oleh murid-murid berkeperluan khas ini.

6.3 Pemansuhan PPSMI dan Perlaksanaan Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan Penguasaan Bahasa Inggeris (MBMMBI) PPSMI ialah pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris. Dasar ini mula dilaksanakan pada tahun 2003. Disebabkan beberapa faktor dasar PPSMI akan dimansuhkan berdasarkan keputusan Mesyuarat Kabinet pada 8 Julai 2009, pemansuhan dilakukan secara berperingkat-peringkat mulai 2012 bagi tahun 1, tahun 4, tingkatan 1 dan tingkatan 4. Perlaksanaan mekanisme soft landing untuk pengajaran dan pembelajaran (P&P) Sains dan Matematik dalam membantu murid murid mengatasi peralihan dasar tersebut yang telah dipersetujui oleh Mesyuarat Jemaah Menteri pada 5 Ogos 2009. Mekanisme soft landing yang dimaksudkan ialah : 1. P&P Sains dan Matematik boleh dilaksanakan dalam dwibahasa mulai tahun 2010 di sekolah rendah dan menengah. Dwibahasa bereerti penggunaan bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris dan P&P Sains dan Matematik bagi sekolah kebangsaan dan sekolah menengah. Bagi SJK (C) dan SJK (T) mereka boleh menggunakan bahasa ibunda dan bahasa Inggeris. 2. Dasar ini dilaksanakan bermula pada tahun 2012 bagi pelajar pelajar Tahun , Tahun 4, Tingkatan 1 dan Tingkatan 4. 3. Peperiksaan UPSR bagi Matematik akan terus dilaksanakan dalam dwibahasa sehingga 2016.

6.4 Program LINUS ( Literacy and Numeracy Screening) Sekolah National Key Result Areas (NKRA) Kementerian Pelajaran Malaysia telah menyasarkan bahawa semua murid yang tidak mempunyai masalah pembelajaran berkeupayaan menguasai asas literasi dan numerasi selepas 3 tahun mengikuti pendidikan rendah menjelang 2012. Program ini mula dilaksanakan pada tahun 2010 yang mana melibatkan murid Tahun 1 di sekolah rendah. Numerasi merupakan operasi asas matematik yang digubal khusus bagi menangani masalah yang dihadapi oleh murid dalam menguasai kemahiran asas mengira serta memahami idea matematik yang mudah dan mengaplikasikan pengetahuan serta kemahiran matematik dalam kehidupan seharian. Kandungan program ini dipilih dan disusun supaya dapat memberikan pengalaman yang cukup terhadap murid dalam membina kemahiran asas yang kukuh dalam proses pengiraan seterusnya dapat mengikuti pembelajaran matematik dengan berkesan. Program LINUS digubal bagi murid murid yang masih belum dapat menguasai sepenuhnya kemahiran asas 3M. program yang telah dilaksanakan ialah : 1. Program KIA2M iaitu Kelas Intervensi Awal Membaca dan Menulis untuk murid Tahun 1 yang mula dilaksanakan pada 2006. 2. Program Pemulihan untuk murid Tahun 2 dan 3 yang dikendalikan oleh guru pemulihan khas di sekolah masing masing. 3. Program Pemulihan Asas Kemahiran Membaca, Menulis dan Mengira (PROTIM) untuk murid Tahap II.

También podría gustarte