Está en la página 1de 11

Homemade Paddle Pop Ice-Cream Oleh:Watiey Abdullah LIKE: Buku Resepi 1 tin susu cair/dairy whipping cream 1/3

tin susu pekat-ikot tahap kemanisan masing2 2 sudu makan Ovalette 1 biji telur-xnak letak pon xpe *flavor strawberry,vanilla,jagung/terpulang perisa ape nak letak.. -Blend semua bahan (kecuali flavor)dlaam 10 minit.Blend sampai gebu. -Masukkan dalam bekas.Simpan dalam peti ais tempat beku lebih kurang sejam -Blend lagi sekali aiskrim tadi sampai gebu.Bahagikan kepada 3 bahagian dan masukkan flavor yang anda inginkan. -Cara untuk melapis sama mcm buat kek caramel pelangi. 3 sudu besar perasa yang pertama di tuang di tengah2 bekas.Letakkan 3 sudu besar perisa yang kedua diatas lapisan yang pertama dan seterusnya letak3 sudu besr perisa yang ke3 di atas lapisan yang kedua.Ulang proses sampai habis. -da siap letakkan dalam peti ais beku semalam..siap.

Buku Resepi

Choco Oreo Ice Cream Homemade Oleh:Ina Hasliza Othman LIKE: Buku Resepi Bahan2nya: 2 1/2 cawan/ gelas susu segar full cream dutch lady. 1/2 tin susu pekat manis ( boleh tambah atau kurangkan sbb biskut oreo sgt manis ). 1 sudu teh ovallate 2 sudu makan serbuk koko Biskut oreo dihancurkan bersama krimnya sekali. Cara2nya: 1. Putar semua bahan kecuali biskut hgga kembang dan ringan lebih kurang 15 - 20 minit. 2. Masukkan biskut oreo dan kacau sebati. 3. Masukkan dalam bekas dan sejuk bekukan semalaman didalam frezer. 4. Sedia untuk dinikmati.

KEK KARAMEL COKLAT Oleh: Isma Maisarah cc:www.facebook.com/bukuresepi Karamel: 2 sudu besar gula pasir - masak dlm acuan loyang hingga perang dgn api yg kecil. Ketepikan Puding: 1/2 tin susu sejat 70gm gula kastor 1/2 sudu teh esen vanila 3 biji kuning telur - Kacau susu & gula hingga gula larut. Kacau telur & esen vanila perlahan2. Kemudian tapis ke dlm loyang karamel td. Bakar/kukus sebentar selama lebih kurang 15 minit. KEk COKLAT 1 cwn gula perang 1 cwn susu segar biasa/perisa coklat/susu sejat 1 cwn minyak masak 3/4 cwn serbuk koko 1/2 cwn susu pekat manis 1 1/4 cwn tepung gandum 1 sudu teh baking powder 1/2 sudu teh soda bikarbonat 3 biji telur - Ayak tepung,soda bikarbonat & baking powder bersama.Masukkan serbuk koko,gula,susu segar,susu pekat & minyak ke dlm periuk &

panaskan diatas api kecil hingga semua larut. Matikan api. - Pkl telur hingga kembang & masukkan kedlm bancuhan koko berselang seli dgn tepung. Gaul sebati. Dgn menggunakan senduk, tuang perlahan adunan kek diatas puding yg telah dikukus/bakar td (pastikan puding sejuk dahulu). Kukus/bakar 1 jam @ hingga masak. Sejukkan. Barulah diterbalikkan kek tu. GUNA KAEDAH STEAM BATH JIKA INGIN BAKAR DLM OVEN-160c @ mengikut oven masing2 menggunakan api bwh saja.

Pai Epal Mini, Ringkas dan Bergaya


Pengarang :

BAHAN-BAHAN

Untuk membuat inti 2 biji epal hijau 2 cawan gula kastor Untuk membuat kulit 3 cawan tepung gandum 1/2 cawan tepung jagung 1 cawan buttercup (dipotong dadu dan disimpan di dalam peti sejuk. Dicampur ke dalam adunan sejuk-sejuk)

2 sudu teh garam 1 sudu teh gula 6-8 sudu teh air ais 1 biji telur kuning - dipukul

CARA MEMBUAT Untuk membuat inti 1) Buangkan kulit epal dan bilas epal. Parut epal hingga halus. 2) Masukkan ke dalam kuali beserta gula. Pasangkan api sederhana. 3) Masak sehingga kering sedikit air, tetapi jangan terlalu kering kerana akan

menyebabkan jem akan menjadi keras apabila sejuk. Untuk membuat kulit 1) Ramas dan gaulkan tepung gandum, tepung jagung, garam, gula dan buttercup. Adunan akan menjadi seperti serbuk roti. 2) Masukkan air ais satu sudu, kemudian gaulkan. Masukkan lagi air ais sebanyak satu sudu, gaulkan lagi. Air yang dimasukkan hanyalah sekadar untuk menjadikan adunan doh yang boleh bercantum antara satu sama lain. 3) Air yang dimasukkan terlalu banyak akan mengakibatkan doh menjadi kurang rapuh dan keras. Manakala tempoh menguli yang terlalu lama juga boleh memberi kesan kepada darjah kerapuhan kulit. 4) Letakkan adunan di atas meja dan tekan dengan tapak tangan. 5) Masukkan dalam plastik dan tekan-tekan lagi. 6) Simpan dalam peti sejuk, sekurang-kurangnya satu jam. Dan maksimum 2 hari. 7) Bentukkan bulat-bulat dan canaikan kedalam bekas pembakar. Masukkan tat jem epal ke dalamnya dan tutupkan. Masukkan semula ke dalam peti sejuk kira-kira 30 minit. 8) Sapukan telur kuning pada permukaan pai dan bakar sehingga kekuningan. Selamat Mencuba!

Bahan-bahan ( 10 orang ke atas )


6 biji epal hijau, dikupas kulit, potong 12 setiap 1 biji epal 200 g gula pasir 50 g kismis 20 g tepung jagung, bancuh dgn sedikit air UNTUK DOH PIE :500 g tepung halus (tepung gandum pun boleh......)

200 g mentega 2 biji telur Gred A, dikacau sedikit 250 g gula halus

Cara-cara
1. Dalam periuk masak gula pasir hingga cair dan keperangan. Masukkan epal dan kismis. Gaul rata. Masukkan bancuhan tepung jagung dan masak hingga pekat. Sejukkan. 2. Untuk doh pula, ayak tepung dan gaulkan dengan gula halus hingga rata. Masukkan mentega dan gaul hingga menjadi seakan2 serbuk roti. Tuang telur yg telah dikacau tadi sedikit demi sedikit sambil digaul hingga terhasil doh yg tidak melekat dimangkuk adunan. Jangan bimbang jika telur tidah habis digunakan. Bungkus dgn plastik dan sejukkan 30 minit. 3. Selepas 30 minit keluarkan doh dan biarkan sebentar. Kemudian canai doh diantara 2 plastik hingga menjadi kurang lebih 1/2 cm tebal. Doh mesti dicanai lebih besar dari mangkuk pie. 4. Perlahan-lahan tanggalkan plastik bahagian atas dan dgn cermat terbalikkan doh ke dalam mangkuk pie. Ratakan perlahan2 hingga menutupi kesemua bahagian dalam mangkuk itu. Potong lebihan doh. Tuangkan inti yang telah sejuk. 5. Tutup permukaan pie dgn lebihan doh, buat cara sama seperti cara no.4. Sapu dgn kuning telur dan larikkan dgn garfu secara bersilang utk menghasilkan corak. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 175C selama 30 minit. 6. Sejukkan pie sebelum dipotong. Selok2nya gunakan tin khas untuk membuat pie atau quiche yg dasarnya boleh ditanggal keluar. Selamat mencuba...............

Tag

FRUITS CHOCOLATE TART 250 gm coklat gelap kompaun ~ dicairkan Buah-buahan segar Acuan cawan kecil ~ ita guna silicon

Filling 250 gm cream cheese 1/4 cawan gula kastor 50 gm Non Dairy Whipping Cream Pastikan acuan benar-benar kering sebelum diisi coklat ( boleh gunakan alat pengering rambut ) Mula-mula kita cairkan coklat secara double boiler. Ita cairkan juga sedikit coklat putih untuk memberikan corak marble Ita sapukan sedikit coklat putih dalam acuan cawan kecil, kemudian tuangkan pula coklat gelap kompoun yang telah cair tadi ke dalam acuan. Ratakan coklat Hentak-hentak sedikit acuan untuk mengeluarkan gelembung udara Terbalikkan acuan untuk mengeluarkan semula lebihan coklat ~ terbalikkan dalam bekas coklat tadi Biarkan sebentar Sejukkan dalam peti ais Jika terlalu nipis ulang semula langkah tadi sehingga dapat ketebalan yg diinginkan Keluarkan coklat daripada acuan. Satukan cheese dan gula halus dan pukul hingga sebati dan bercream Pukul Non Dairy Whipping hingga kental Satukan kedua bahan tersebut dan kaup balik adunan hingga rata Masukkan adunan dalam piping bag, dan paipkan dalam cawan coklat Hiaskan dengan buah-buahan segar Sejukkan dalam peti ais hingga krim mengeras Sedia dinikmati. * Boleh juga kalau nak letak inti kastard. Kalau filling cream cheese tak boleh letak kat luar lama ye.. kalau kastard boleh dan sesuai juga buat gift.. kot untuk hari Ibu atau hari guru

Puding Roti Versi Tembikai Oleh:Naimah Md Ludin cc : www.facebook.com/bukuresepi -1 tin susu cair -1 cawan gula -1/2 cawan susu pekat -1 sudu kecik asen vanila -4 keping roti gardenia -1 biji telur -1 sudu besar butter -5 cawan air

-1 paket agar2 tali (20g) -pewarna (merah/hijau) -1/2 sudu kecil biji selasih cara masak: - masakan agar2 dengan 5cawan air dan 1 cawan gula.sampai mendidih dan agar2 hancur -bland roti gardenia,telur,susu cair,susu pekat,asen vanila& butter -campurkan bahan yg dibland dalam agar2 yg dah mendidih..kacau sebentar dlm 3minit..tutup api.. -bahagikan kepada 3 bekas dan 2 bekas dimasukkan pewarna merah dan hijau,..1 bekas biarkan tanpa pewarna -masukkan adunan merah dalam acuan (bentuk 3segi) dan taburkan biji selasih -sejukkan adunan merah dan kemudian tuang perlahan aduanan tanpa warna -akhir sekali tuang adunan warna hijau perlahan2 bila lapisan putih dah keras -sejukkan dalam peti. -dah sejuk, keluarkan dari acuan dan potong ikut kreativiti sendiri

Puding Puteri Salju Oleh:Mufidah Abdul Hadi Alyunusi cc:www.facebook.com/bukuresepi 1 peket serbuk agar2.. Sy guna brand Swallow Globe 3 1/2 cawan air untuk masak agar2 Sedikit esen vanilla 2 biji telur - asingkan putih dan kuningnya 1 cawan susu cair 1/2 cawan gula Buah2an dalam tin 1 bungkus jeli segera perasa Strawberry - sy guna brand Nona 1 1/2 cawan air untuk masak jeli Satukan 3 1/2 cawan air dengan serbuk agar-agar dan gula. Masak hingga mendidih dan sehingga gula dan agar2 larut. Kacau sekali sekala. Masukkan vanilla dan padamkan api. Asingkan 1 cawan adunan agar2 ini untuk buat lapisan putih telur. Campur lebihan adunan agar2 tadi dengan susu cair. Pukul kuning telur dengan garfu biar sebati dan perlahan2 masukkan adunan agar2 yang bercampur susu cair tadi sambil dikacau dengan cepat supaya telur tak bergentel. Masukkan ke dalam periuk dan masak hingga mendidih sambil dikacau setiap masa. Angkat dan tuangkan ke dalam bekas. Tabur buah2an dalam tin ke dalam adunan tadi. Biar sehingga separuh beku baru tuangkan adunan jeli di atasnya. Sementara menunggu adunan pertama separuh beku, sediakan lapisan jeli. Masak air hingga mendidih dan masukkan jeli segera perisa strawberry. (Boleh juga kalau nak gunakan perisa lain). Kacau sehingga larut dan padamkan api. Bila lapisan pertama separuh beku, perlahan2 masukkan lapisan jeli. Jika suka lapisan jeli yg lebih tebal, gandakan resipi ini. Sementara menunggu lapisan jeli separuh beku, sediakan lapisan terakhir iaitu lapisan putih telur. Jika 1 cawan agar2 yang diasingkan tadi telah beku, panaskan sebentar biar cair semula. Pukul putih telur hingga kembang. Masukkan agar2 yang diasingkan tadi sedikit demi sedikit ke dalam putih telur sambil dipukul hingga sebati. Tuang lapisan ini di atas lapisan jeli dan jika suka hias atasnya dengan buah- buahan dalam tin. Sejukkan dalam petiais sebelum dihidangkan.

También podría gustarte