Está en la página 1de 20

Tempura

Pengenalan Alat bertali mempunyai 4 tali. Tiga daripadanya ialah dawai besi waja dan yang satu lagi daripada perunggu. Badannya dibuat daripada kayu nangka. Bentuknya bulat dan belakangnya melengkong. 2 pemulas tali atau pelaras ialah disisi lelehernya dan 2 daripadanya tegak dihadapan. Papan jarinya berbentuk belakang kura-kura. Tali-tali melalui atas kekuda titian tali di tengah-tengah dada. Fungsi Digunakan dalam muzik vokal dan instrumental India. Untuk mengeluarkan dengung iringan. Cara Dipegang Erh-Hu tegak dan dipetik dengan jari-jari sebelah Bermain tangan.

Pengenalan Erh-Hu adalah alatan bertali jenis lute dibuat dalam tiga saiz; kecil, sedang dan besar. Fungsi Alat ini digunakan sebagai alat solo untuk hiburan, dan juga digunakan dalam orkestra untuk mengiringi opera Cina. Cara Bermain Erh-Hu didirikan tegap pada riba pemain semasa di main. Tali digesek dengan sebalah tangan manakala jari-jari tangan lainnya memetik pada tali-tali untuk mengeluarkan berbagai pic, lantai dan digesek seperti cello Gambus

Pengenalan Sejenis gitar bertali 6 dan membengkak di bahagian badannya hampir-hampir separuh bulat. Tali gitar diperbuat dari perut binatang atau loyang yang dipetik dengan kuku tenggiling. Badannya diukir dari sebatang kayu nangka yang berongga di dalamnya. Lehernya ditutup dengan sekeping kayu nipis dan permukaan badannya ditutup dengan kulit kambing atau kulit biawak. Fungsi Gambus lazimnya dimainkan untuk hiburan persendirian, pemuzik gazal dan muziknya menyerupai tarian Melayu seperti joget dan zapin di Johor. Cara Dipetik Pipa bagaimana cara bermain Bermain guitar.

Pengenalan Pipa adalah alat bertali mempunyai 4 tali logam. Badan dibuat dari kayu; dadanya bulat dan belakangnya cembong tetapi permukaan dadanya mendatar. Beberapa kekuda titian tali dari kayu dipasang pada papan jari seperti fret. Tali-tali diikat kepada hujung bahagian bawah badan dan pada 4 pemulas melaras disisi papan jari. Bahagian kepalanya berukir. Fungsi Pipa digunakan dalam orkestra untuk mengiringi opera Cina; juga sebagai alat solo atau mengiringi nyanyian. Cara Bermain Cara bermain dengan memegang berdiri atas pahu pemain. Tali-tali dipetik dengan hujung-hujung jari dan kuku. Jari-jari tangan sebelah lagi diletak pada tali-tali antara fretnya untuk mengeluarkan berbagai pic bila tali-tali dipetik. Rehab

Pengenalan Alat Muzik bertali menggunakan penggesek dan mempunyai tiga utas tali daripada dawai logam. Lazimnya badan dibuat daripada kayu nangka dan berongga di bahagian dalam. Bentuk badannya lebar di bahagian atas dan liras sedikit ke bawah. Dadanya ditutup dengan kulit diperbuat daripada perut lembu yang dikeringkan. Busut kecil yang dibuat dari lilin lebah ditampal pada sebelah kiri dadanya dipanggil "susu". Disisi bahagian atas lehernya dipasang pemulas bagi melaras suaranya. Leher atau papan jari dipasang pada bahagian atas badannya. Pada bahagian atas kepalanya berukiran dan dipanggil `Pucuk Rebung'. Lehernya memanjang ke bawah menerusi badan dan hujungnya menjadi pancang dibahagian bawah di mana alat itu diletakkan berdiri bila ia dimainkan. Kayu kekuda titian tadi diletak pada tengah dadanya dan boleh diubah kedudukannya. Penggesek dibuat dari kayu dan melengkong sedikit. Tali penggesek ialah urat daripada selapuk balutan mayang kelapa dan kini digunakan tali tangsi. Fungsi Digunakan dalam muzik mengiringi Mak Yong, Peteri dan Selampit di Kelantan. Cara Bermain Rebab diletak berdiri didepan pemain yang duduk bersila dilantai. Rebab digesek dan sambil menggesek jari-jarinya mengawal ketegangan tali-tali penggesek. Jari-jari tangan sebelah lagi memetik atau menekan pada tali?tali di bahagian leher untuk mengeluarkan berbagai pic. Ketiga?tiga tali dilaras pada jeda perfect 4 th atau pada jeda perfect 4 th dan perfect 5 th. Sapeh

Pengenalan Berbentuk seperti gambus panjang bertali empat. Badannya panjang dan berbentuk hampir empat segi dan diperbuat dari kayu jokuvang. Dipermukaan sapeh ini kebiasaannya didapati ukiran bermotif orang Iban Sarawak serta diwarnakan samada merah atau hitam. Fungsi Alat ini popular di kalangan kaum Kenyah dan Kelabit di Sarawak.

Cara Bermain Sapeh diriba seperti gitar dan dipetik dengan jari-jari sebelah tangan manakala jari-jari sebelah tangan lagi menekan tali-tali pada berbagai peringkat mengikut alunan iramanya. Satong

Pengenalan Diperbuat daripada seruas buluh betong. Kulit buluh dicungkil sebagai tali sebanyak empat utas seperti gitar. Fungsi Dimainkan Cara Tali Sitar ini dipetik ketika dengan mengisi jari dan masa berbunyi agak lapang. Bermain perlahan.

Pengenalan Alat bertali mempunyai 5 hingga 7 tali dawai (2 hingga 4 tali digunakan untuk memainkan melodi, dan 3 tali untuk dengung). Diperbuat dari kayu yang berbentuk bujur seakan sebelah buah pear. Fungsi Diletak melentang dan dipetik dengan jari-jari sebelah tangan. Jari-jari tangan sebelah lagi menekan dan menarik pada berbagai kedudukan di tali-tali yang mengeluarkan berbagai tingkat suara dan melodi. Cara Bermain Dimainkan dalam kumpulan instrumental kecil atau sebagai alat solo. Sundatang

Pengenalan Diperbuat dari kayu bernama tembailing atau kayu nangka. Ia mempunyai dua atau tiga tali loyang diperbuat dari akar polon. Fungsi Di Tambunan ianya dimainkan untuk mengiring tarian sundatang magarang. Ianya dimainkan juga untuk hiburan persendirian dimainkan secara solo tanpa diiringi oleh suara. Cara Bermain Ia dimainkan dengan memetik tali loyang dan nada tali-talinya dibetulkan dengan memutarkan skru kayu telinga di atas alat ini. Venna

Pengenalan Alat bertali mempunyai empat tali untuk melodi dan tiga tali untuk dengung. Badan dibuat dari kayu, dadanya bulat dan belakangdya cembung. Kekudatitian tali yang tinggi dipasang di tengah dadanya. Bilah?bilah fret logam dilekatkan pada papan jari dengan menggunakan lilin lebah. Tali?tali dipasang di atas daripada fret-fret dan diikat pada pemulas melaras pada sisi leher, kepala dan labu berukir dipasang pada hujung penghabisan lehernya. Dalam kepala ialah tempat menyimpan minyak kelapa yang digosokkan untuk melicinkan hujung? hujung jari pemain. Fungsi Digunakan untuk muzik solo bagi hiburan.

Cara Bermain Diletak melintang. Tali-tali dipetik dengan jari sebelah tangan. Jari-jari tangan yang sebelah lagi menekan dan menarik tali-tali diberbagai bahagian untuk mengeluarkan berbagai tingkat suara dan bunga-bunga melodinya. Gong

Gong adalah alat muzik yang kerap digunakan dalam muzik Melayu tradisional. Sebenarnya, gong adalah sebuah alat muzik yang diperbuat daripada logam dan bunyi yang disuarakan adalah hasil pukulan tukul. Biasanya, gong digunkan dalam muzik keroncong untuk dijadikan penanda masa ataupun tempoh rentak. Sitar

Sitar adalah salah satu jenis alat muzik yang berasal dari Asia Selatan. Alat muzik klasik Hindustan yang menggunakan dawai/tali. Alat muzik ini menggunakan dawai halus bersama dengan dawai biasa dan ruang resonansi menggunakan gourd (sejenis buah-buahan yang dikeringkan dan berongga di dalamnya) sehingga menghasilkan bunyi yang unik. Sitar merupakan alat muzik yang sering digunakan dalam seni muzik klasik hindustan sejak Zaman Pertengahan. Dholak

Dholak ataupun dholaki ialah sebuah alat muzik klasikal India Utara (Hindustan). Ia dimain dengan menggunakan tangan and mudah dipikul oleh pemainya. Bunyi yang dihasilkan oleh dholak berasal daripada hasil pukulan tangan keatas permukaan yang diperbuat daripada kulit haiwan. Dholak biasanya digunakan dalam penghasilan rentak untuk lagu-lagu filem dan sebagainya. Kompang

Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu. Ia tergolong dalam kumpulan alat muzik gendang. Kulit kompang biasanya diperbuat daripada kulit kambing. Pada kebiasaannya, seurat rotan akan diselit dari bahagian belakang antara kulit dan bingkai kayu bertujuan menengangkan permukaan kompang, bertujuan menguatkan bunyi kompang. Kini, gelung plastik turut digunakan. Alat muzik ini berasal dari dunia Arab dan dipercayai dibawa masuk ke Tanah Melayu sama ada ketika zaman Kesultanan Melaka oleh pedagang India Muslim, atau melalui Jawa pada abad ke-13 oleh pedagang Arab. Kompang biasanya berukuran enam belas inci ukur lilit dan ditutup dengan kepingan kulit pada sebelah permukaan. Ia mempunyai bukaan cetek dan dimainkan dengan memegang dengan sebelah tangan sementara dipalu dengan sebelah tangan yang lain.

Gambar belakang bahagian kompang. Cara memalu kompang ialah dengan menepuk kulit kompang dengan bahagian jari-jari atau tapak tangan mengikut rentak. Kompang biasanya dimainkan semasa perarakan, kenduri dan upacara-upacara tradisi lain. Bunyi yang berlainan dihasilkan dengan membezakan cara bukaan tapak tangan. Bunyi 'bum' di perolehi dengan tepukan di sisi kompang dan tapak tangan dikuncup/rapat. Bunyi 'cak' di perolehi dengan tepukan di tengah kompang dengan jari tangan yang terbuka.

Rebana

Rebana ialah sejenis alat muzik tradisional yang sering dimainkan bagi mengiringi lagu-lagu budaya. Bagi masyarakat Melayu di negeri Pahang, permainan rebana sangat popular, terutamanya di kalangan penduduk di sekitar Sungai Pahang. Tepukan rebana adalah bagi mengiringi lagu-lagu tradisional seperti indong-indong, burung kenek-kenek, dan pelanduk-pelanduk. Tapi Rebana juga sering dimainkan di pulau JAWA. Selain daripada rebana bersaiz biasa, terdapat juga rebana besar yang dimainkan pada hari keraian begai pertandingan menghasilkan bunyi dan irama yang dikenali sebagai Rebana

Beduk

Bunyi Alat Muzik Pengenalan Sejenis gendang yang berpasangan (ibu dan anak). Diperbuat dari kayu nangka yang berongga dan kedua-dua permukaan dipasang dengan belulang lembu atau kambing. Hanya satu permukaan sahaja yang digunakan. Sebelah lagi digunakan setelah permukaan satu lagi rosak. Pada satu bahagian badan dipasang dua bilah kayu atau buluh yang dijadikan kaki. Fungsi Digunakan untuk tujuan persembahan wayang kulit, majlis keagamaan dan istiadat di kampung-kampung. Cara Bermain Dipalu dengan pemalu kayu pada satu permukaan sahaja. Lain-lain Gambar

Gedombak

Bunyi Alat Muzik Pengenalan Gedombak didapati dalam dua ukuran besar; ibu dan anak. Badannya dibuat dari kayu nangka yang berongga. Permukaannya dipasang dengan belulang kambing dengan siratan tali rotan pada cincin besi yang berhampiran dengan lehernya. Fungsi Dimainkan dalam pancaragam wayang kulit dan Menora. Cara Bermain Gedombak diletak melintang di atas riba pemain dan dipikul dengan sebelah tangan. Sebelah tangan lagi membuka dan menutup dengungya. Lain-lain Gambar

Geduk

Bunyi Alat Muzik Pengenalan Geduk dibuat dari kayu nangka yang berongga dan mempunyai dua permukaan yang dipasang dengan belulang lembu atau kambing. Pada satu bahagian badan dipasang dua bilah kayu atau buluh yang lebih panjang dari badannya yang dijadikan kaki. Alat ini boleh didirikan muka ke atas mengikut kedudukan masa bermain. Didapati dalam dua ukuran iaitu satu besar dan satu lagi kecil, dipanggil ibu dan anak. Fungsi Dimainkan dalam pancaragam wayang kulit dan Menora. Cara Bermain Geduk didirikan mukanya ke atas mengadap pemain. Mukanya dipalu dengan sepasang pemalu kayu. Lain-lain Gambar

Gendang Jawa

Pengenalan Gendang Jawa berbentuk bujur dan panjangnya berukuran tiga kaki dengan saiz kedua-dua permukaan yang berbeza. Kedua-dua permukaan ditutup dengan kulit lembu atau kulit kambing. Fungsi Digunakan untuk persembahan kuda kepang.

Cara Bermain Gendang Jawa di palu dengan kedua belah tangan.

Jidur

Bunyi Alat Muzik Pengenalan Jidur di perbuat dari batang kelapa yang berongga dan kedua-dua permukaan berukuran lilit yang sama diditutup dengan kulit lembu atau kulit kambing. Jidur berbentuk tong kecil setinggi anggaran 16 inci. Fungsi Digunakan untuk persembahan kuda kepang.

Cara Bermain Jidur dipalu dengan menggunakan dua batang kayu

Kompang

Bunyi Alat Muzik Pengenalan Sejenis alat muzik paluan serumpun dengan gendang. Ianya dimainkan bersama dalam beberapa alatan lain dalam persembahan tarian dan nyanyian. Fungsi Kompang dimainkan mengikut iramanya sendiri ketika mengarak pengantin, atau pembesar negara atau disatu majlis rasmi. Kompang juga masyur di kalangan masyarakat islam di Sabah dan dikalangan suku Bajau

Cara Bermain Alat ini dimainkan dengan memukul dan mengetuk kulit dengan tangan atau jari

Maruas

Bunyi Alat Muzik Pengenalan Gendang dua muka. Badannya dibuat daripada kayu dalam bentuk leger dan pendek. Belulang dipasang di kedua-dua belah mukanya disirat dengan tali di antara satu muka dengan lain dan dirambing untuk menegangkannya. Fungsi Digunakan dalam muzik mengiringi tarian zapin.

Cara Bermain Maruas dipegang dan diampu dengan sebelah tangan dan dipalu dengan perut jari tangan sebelah lagi.

Nahara

Bunyi Alat Muzik Pengenalan Gendang satu muka berukuran 12 inci panjang dan berukuran lilit 36 inci. Badannya diperbuat dari kayu merbau yang berongga dan permukaannya ditutup dengan kulit kijang. Fungsi Dimainkan dalam muzik nobat dalam majlis hiburan kaum kerabat diRaja, mengiringi istiadat-istiadat istana, istiadat pertabalan, hari keputeraan Sultan, perkahwinan diRaja dan upacara sambutan diRaja.

Cara Bermain Nahara dimainkan dengan memalu permukaan dengan dua batang rotan halus berukuran 17 inci panjang. Semasa dimainkan sebatang kayu anggaran 70 inci panjang yang dibalut dengan kain baldu kuning diletakkan di bawah nahara supaya permukaan nahara mudah dipalu.

Rebana Besar

Bunyi Alat Muzik Pengenalan Rebana mempunyai satu muka berbentuk bulat. Belulang kerbau dipasang dan disirat dengan pasak-pasak kayu yang terdapat di kakinya. Ada tiga saiz. Fungsi Digunakan untuk mengiringi nyanyian korus oleh penyanyi-penyanyi lelaki. Di Kelantan digunakan untuk Dikir Rebana Besar di Majlis Perkahwinan atau apa? apa keramaian. Cara Bermain

Rebana digantung melintang dan dipalu dengan tangan. Satu setnya mengandungi tiga buah. Lain-lain Gambar

Rebana Ubi

Bunyi Alat Muzik Pengenalan Rebana mempunyai satu muka berbentuk bulat. Belulang kerbau dipasang dan disirat dengan pasak-pasak kayu yang terdapat di kakinya. Ada tiga saiz. Fungsi Digunakan untuk mengiringi nyanyian korus oleh penyanyi-penyanyi lelaki. Di Kelantan digunakan untuk Dikir Rebana Besar di Majlis Perkahwinan atau apa? apa keramaian. Cara Bermain

Rebana digantung melintang dan dipalu dengan tangan. Satu setnya mengandungi tiga buah. Lain-lain Gambar

Tabla

Bunyi Alat Muzik Pengenalan Tabla adalah gendang satu muka. Badannya dibuat dari kayu. Dimukanya ditampal dengan tampalan untuk menguasai perubahan bunyi. Fungsi Sangat popular dikalangan kaum India. Alat ini dikatakan diturunkan dari Gendang Mridanga. Cara Bermain Dimainkan dengan diletakkan berdiri di atas lantai di hadapan pemain. Dipalu dengan jari-jari dan tapak tangan.

Lain-lain Gambar

También podría gustarte