Está en la página 1de 5

Laporan Ceramah BIG Nama Penceramah :Puan Haida Abdul Rahman Tajuk :Pengurusan Pusat Sumber Di Sekolah

Penceramah merupakan guru pusat sumber di SK Cheras jaya. Beliau banyak berkongsi tentang cara-cara pengurusan pusat sumber di sekolah. Banyak imput yang berguna telah diperoleh semasa ceramah beliau.

Salah satu isi ceramahnya ialah berkenaan dengan apa itu pusat sumber di sekolah. Pusat Sumber Sekolah (PSS) merupakan pusat perkhidmatan akses maklumat bersepadu yang mengandungi pelbagai sumber pendidikan dalam bentuk bahan cetak, bukan cetak dan digital. PSS perlu diurus secara sistematik dan efisyen bagi tujuan memupuk tabiat membaca, literasi maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat selaras dengan aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Disamping itu, beliau juga ada berkongsi mengenai peranan PSS. Antaranya ialah : Merancang dan mengurus perolehan bagi membina koleksi yang komprehensif, seimbang dan kemas kini yang selaras dengan keperluan kurikulum dan memenuhi keperluan warga sekolah Menyediakan kemudahan dan perkhidmatan akses maklumat bagi kegunaan individu atau kumpulan. Memberi panduan dan kemahiran kepada warga sekolah berkaitan proses carian, penghasilan dan penggunaan maklumat. Menyediakan kemudahan, peralatan dan bahan supaya sentiasa dalam keadaan baik dan berfungsi. Menjalin perkongsian pintar dan rangkaian strategik dengan pelbagai agensi untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan. Selain itu juga, beliau juga berkongsi mengenai Program NILAM yang dijalankan di sekolah. Program NILAM tersebut membawa maksud NILAM atau Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan penggabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai. Pelaksanaan program ini meliputi penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun dan markah dikumpulkan secara kumulatif sehinggalah mereka tamat persekolahan.Program ini ialah satu usaha Kementerian Pelajaran Malaysia dengan matlamat untuk membina tabiat membaca di kalangan murid. Bahagian Teknologi Pendidikan ialah urus setia di Kementerian Pelajaran yang ditugaskan untuk menyelaras program ini.Program ini telah mula dilaksanakan dengan Tahun Satu di sekolah rendah dan Tingkatan Satu atau Peralihan di sekolah menengah dengan rasminya pada 1999, melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pelajaran Malaysia Bil.13/1998: Program Membina Tabiat Membaca bertarikh 22 Mei 1998.

Secara kesimpulan, banyak imput positif yang telah diperoleh sepanjang ceramah yang disampaikan oleh beliau terutamanya dalam pendedahan tentang pegurusan pusat sumber di sekolah. Sebagai seorang guru, kita perlu bersedia dengan segala kemungkinan oleh kerana di sekolah kita bakal diberi pelbagai tugasan.

REFLEKSI BIG Pelaksanaan Bina Insan Guru (BIG) adalah berasaskan kepada kesedaran bahawa profesion keguruan adalah mulia dan insan guru adalah pembina generasi, pembentuk jati diri dan role model kepada masyarakat, justeru guru harus mampu

menyesuaikan diri dalam semua keadaan dan mampu menangani cabaran era globalisasi. Melalui aktiviti yang dirancang, pelajar dapat mengenal diri dan mampu mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh ke arah pembangunan diri sebagai insan guru secara berterusan. Program ini diharap dapat melahirkan guru-guru yang memiliki kemantapan sahsiah dan kuasa professional yang tinggi dan akan sentiasa bersedia di samping mampu menangani pelbagai cabaran pendidikan dalam arus globalisasi Bersyukur kepada Illahi kerana dengan izinNya, Program Bina Insan Guru Fasa Keenam bagi tahun 2013 yakni yang terakhir dalam proses pengajian, dapat dilaksanakan dengan sempurna dan baik. Sekalung penghargaan diucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung. Pada kali ini, semester 6 telah mengadakan program Penanda Arasan di SK Saujana Impian, Kajang. Sepanjang program Penanda Arasan ini diadakan, banyak imput yang

manfaat yang telah saya peroleh.Salah satu daripadanya saya belajar untuk menjadi guru yang cemerlang. Ceramah yang disampaikan oleh guru cemerlang sekolah tersebut amat menjentik semangat kepada saya sekaligus menjadi titik tolak untuk saya agar terus berusaha dan berubah untuk jadi cemerlang. Banyak tips dan pengalaman yang dikongsi oleh beliau. Antaranya, beliau mengingatkan kami semua untuk merotan hati murid dan bukannya merotan badan murid. Hal ini demikian kerana, jika jika merotan di badan ianya hanya akan menimbulkan kesakitan bahkan tidak kekal, akan tetapi jika kita berjaya merotan hati murid , lantas dapat memberi kesan yang mendalam kepada mereka bahkan berkekalan. Saya rasa amat bersyukur kerana dapat mendengar sedikit perkongsian dari beliau. Walaupun ringkas namun ianya sarat dengan isi-isi yang bermanfaat. Selain itu juga, saya juga belajar untuk mengenali dengan lebih mendalam tentang pengurusan Pusat Sumber Sekolah. Bagi saya, info ini amat berguna kerana saya kurang diberi pendedahan terhadap Pusat Sumber Sekolah ini. Disamping itu ianya juga memberi persediaan kepada saya ketika bertugas di sekolah kelak. Sebagai seorang guru, kita perlu bersedia dengan segala tugasan yang bakal diberikan di sekolah kelak. Walaupun saya bakal guru Matematik, namun tidak mustahil jika saya ditugaskan untuk menjadi guru pusat sumber. Justeru,saya perlu

lebih bersedia dengan segala selok belok dan ilmu tentang Pusat Sumber Sekolah ini. Disamping itu juga, saya juga belajar untuk menepati masa. Sepanjang program ini diadakan semuanya berkaitan dengan masa. Jika kita terlambat masuk dewan, secara tidak langsung daya fokus kita akan menurun. Setiap ceramah yang diadakan adalah selama 30 minit sahaja. Jadi setiap orang perlulah peka dengan masa agar tidak lalai. Sebagai seorang bakal guru, perkara yang paling penting ialah menepati masa. Jika kita mahu murid datang awal, kita perlu datang awal terlebih dahulu supaya dalam masa yang sama kita menjadi idol kepada murid. Pada pendapat saya, lawatan penanda aras ini amat penting dijalankan oleh guru-guru pelatih kerana mampu memberi motivasi dan semangat kepada kami untuk bersungguh-sungguh menimba ilmu dan pengalaman sebanyak mungkin sebelum bergelar guru agar kami lebih bersedia untuk membangunkan dan meningkatkan prestasi sekolah pada masa akan datang. Selain itu, lawatan ini dapat memberi ilham, info dan tips kepada saya tentang pengurusan sesebuah sekolah bagi memastikan sekolah terus berada dalam kemuncak kecemerlangan. Saya amat kagum dengan kesungguhan guru besar sekolah ini kerana cukup tegas dengan prinsip hidupnya untuk membawa sekolah ini supaya terus cemerlang. Secara keseluruhannya, saya berpendapat bahawa objektif BIG Fasa 6 ini telah berjaya dicapai. Saya berharap program seperti ini akan dapat diteruskan pada masa akan datang.

También podría gustarte