Está en la página 1de 5

Tajuk amali : Proses Penyediaan Sabun Tujuan : Menyediakan sabun melalui proses saponifikasi Teori : Dalam bidang kimia,

sabun merupakan garam asid lemak. Sabun digunakan secara meluas dalam kehidupan untuk mencuci, mandi dan pembersihan serta pemisahan tekstil dan merupakan komponen penting pelincir. Sabun diperolehi dengan merawat minyak dan lemak sayur-sayuran serta haiwan dengan larutan alkali. Lemak dan minyak terdiri daripada trigliserida iaitu tiga molekul asid lemak. Kebanyakan campuran sabun terdiri daripad sebatian garam natrium atau kaium yag dihasilkan daripada asid lemak yang bertindak balas dengan larutan beralkali dalam proses yang dikenali sebagai saponifikasi. Lemak-lemak tersebut kemudian dihidrolisiskan oelh bahan bes yang menghasilkan gliserol dan sabun. Radas / bahan : 1. Minyak sawit 2. 70 ml 50 mol dm-3 larutan natrium hidroksida pekat, NaOH 3. Serbuk natrium klorida, NaCl 4. Air suling 5. Bikar 100 ml 6. Rod kaca 7. Tungku kaki tiga 8. Kasa dawai 9. Penunu Bunsen 10. Spatula 11. Silinder penyukat , 100 cm3 12. Corong turas 13. Kertas turas 14. Tabung uji

Prosedur : 1. Kira-kira 70 ml larutan natrium hidroksida, NaOH, telah dimasukkan ke dalam sebuah bikar 150 ml. 2. Kemudian, larutan tersebut ditambahkan dengan 10 ml minyak sawit secara sedikit demi sedikit. 3. Campuran tersebut telah didihkan perlahan-perlahan sambil dikacau dengan rod kaca sehingga terbentuknya pepejal putih. Campuran tersebut dielakkan daripada berbuih. 4. Apabila pepejal putih telah terbentuk, pemanasan dihentikan dan kemudian campuran tersebut terus di kacau sehingga sejuk. 5. Pepejal putih yang terhasil dibasuhkan dengan sedikit air suling dan kemudiannya dituras ke dalam sebuah bikar. 6. Campuran air yang telah dituraskan ditambahkan dengan natrium klorida (garam biasa) dan kemudiaanya dituraskan sekali lagi untuk mendapatkan sabun. 7. Pepejal putih telah diuji dengan ujian : disentuh dengan jari sedikit pepejal putih digoncang bersama-sama air dalam tabung uji

8. Pemerhatian telah dicatat. 9. Rajah prosedur ditunjukkan seperti rajah di bawah.

Pemerhatian : Ujian ke atas pepejal putih Sentuh dengan jari Goncang dengan air Pemerhatian Licin Banyak buih yang terhasil

Perbincangan : 1. Pepejal putih yang terhasil daripada campuran natrium hidroksida dan minyak sawit merupakan sabun yang bersifat alkali. 2. Pada peringkat permulaan, molekul minyak telah dipecahkan kepada asid lemak dan gliserol oleh air dengan kehadiran alkali sebagai mangkin.

Asid lemak 3. Tujuan larutan natrium hidroksida ditambahkan adalah supaya proses

saponifikasi berlaku untuk menghasilkan garam natrium asid lemak iaitu sabun.

Asid lemak + natrium hidroksida

garam natrium asid lemak + air

Asid lemak Proses saponifikasi

Garam natrium asid lemak

4. Proses pendidihan minyak sayuran dengan larutan alkali juga menyebabkan hidrolisis minyak. 5. Persamaan tindak balas pembentukan sabun adalah seperti berikut : Minyak kelapa sawit +natrium hidroksida (alkali) gliserol garam natrium asid lemak +

minyak sawit

Alkali

6. Natrium klorida (garam biasa) ditambahkan untuk merendahkan keterlarutan sabun dalam air supaya sabun dapat termendak keluar. 7. Tujuan air suling digunakan adalah bertujuan untuk membuang bendasing yang terbentuk di atas permukaan larutan. 8. Sifat-sifat sabun ialah terasa licin apabila menyentuhnya dan kelihatan berbuih apabila digoncangkan dengan air. Kesimpulan : 1. Sabun dapat dihasilkan atau disediakan melalui proses saponifikasi iaitu dengan mendidihkan minyak sawit bersama larutan natrium hidroksida. 2. Sabun mempunyai sifat iaitu licin dan juga berbuih.

También podría gustarte