Está en la página 1de 6

Ancaman Sekularisme in Pengamalan Budaya Ketepatan Dalam Gagasan 1Malaysia : Transformasi Ke Arah Pembentukan Negara Maju.

Author : Profesor Dr. Nik Azis Nik Pa Penerbit: Akademi Kenegaraan BTN (Putrajaya) Date of Publications: 2012 Istilah sekularisme terbentuk daripada gabungan dua perkataan, iaitu sekular dan isme. Perkataan isme bermaksud faham,pendirian, atau kepercayaan; manakala perkataan secular pula berasal daripada perkataan Inggeris Zaman Pertengahan,iaitu secular , daripada perkataan Inggeris-Perancis, iaitu seculer ,daripada perkataan Latin Zaman Akhir, iaitu saecularis yang bermaksud hal duniawi, dan daripada perkataan Latin, iaitu saeculum yang bermaksud generasi atau zaman. Oleh itu,daripada asal usul perkataan, sekularisme bermaksud fahamyang bertumpu kepada perkara atau fenomena pada masa kini di sini, dalam mana masa kini bererti masa sekarang atau masa hidup, bukan masa akhirat atau masa lepas mati; dan di sini pula bermaksud di dunia ini, bukan di alam lain. Dengan kata lain, sekularisme membabitkan persoalan bila (waktu) dan di mana (lokasi). Ringkasnya, istilah sekularisme merujuk faham yangmenolak atau memisahkan agama daripada kehidupan duniaseperti politik, pentadbiran, ekonomi, perniagaan, moral,dan pendidikan. Faham ini menganggap urusan keagamaan, 70

keimanan, ketakwaan, atau ketuhanan tidak perlu dicampurkan dengan urusan negara, politik, pentadbiran, ekonomi, danpendidikan. Pendukung sekularisme berpendapat bahawaagama adalah hal peribadi yang tidak ada kaitan dengan halawam seperti urusan negara dan urusan pendidikan. Secarakasar, pendapat ini boleh digambarkan sebagai urusan kaisarserahkan saja kepada kaisar, dan urusan Tuhan serahkankepada Tuhan. Sekularisme melibatkan pembebasan manusiadaripada kawalan agama dan metafizik terhadap pemikiran,penaakulan, dan bahasa mereka. Melalui pendirian bahawakehidupan duniawi tidak ada hubungan dengan kehidupanberagama, dan nilai keagamaan perlu ditolak daripadakehidupan sosial, pendukung sekularisme menyempitkanruang lingkup agama. Perbuatan menyempit ruang lingkupagama atau mengamalkan sebahagian ajaran agama, bukankeseluruhannya dicela dengan keras oleh Allah (surah al-Baqarah 2:85), dan orang yang beriman disuruh untuk menerima danmengamalkan ajaran agama secara menyeluruh (surah al- Baqarah 2:208). Sekularisme membabitkan beberapa perkara asas: (a) tempat, iaitu alam nyata, alam kebendaan, atau di dunia inisahaja, bukan alam ghaib, alam kerohanian, atau alam akhirat;(b) waktu, iaitu masa kini, sekarang, atau kehidupan di dunia,bukan masa akan datang atau kehidupan di akhirat; dan (c) sumber pertimbangan, iaitu fikiran rasional dan pengalamanempiris, bukan gabungan ajaran agama, fikiran rasional,dan pengalaman empiris; (d) nilai, iaitu nilai kebendaanyang berpusatkan manusia, bukan nilai keagamaan yangberpusatkan Tuhan; dan (e) orientasi, iaitu keduniaan

dankebendaan, bukan keagamaan dan kerohanian. Dengan katalain,sekularisme merujuk faham atau pendirian yang bertumpukepada kehidupan duniawi semata-mata dan menolak nilaikeagamaan dalam kehidupan sosial dan politik. Ia mengubahperhatian manusia daripada hidup sebelum dan selepas matikepada hidup sebelum mati dalam alam kebendaan semata-mata. Fokusnya adalah kepada urusan duniawi yang bebas 71

daripada ajaran agama, dalammana nilai keluhuran keagamaandigantikan dengan nilai kemajuan kebendaan. Sekularisasi berlaku dalam fikiran manusia dan memberikesan yang buruk kepada masyarakat dan negara. Prosessekularisasi membabitkan perkembangan pembebasan dalammana produk akhir ialah relativisme, yakni semua perkaraberubah mengikut masa dan tempat, termasuk sistem nilaidan standard peribadi atau masyarakat. Menurut Syed Muhammad Naquib (1978), sekularisasi mengandungi tiga komponen utama: penyahpesonaan alam (disenchantment of nature ), penyahsucian politik (desacralization of politics ), dan penyahtahbisan nilai (deconsecration of values ). Ungkapan penyahpesonaan alam merujuk proses membebaskan alamdaripada implikasi keagamaan atau mengosongkan alamdaripada makna kerohanian sehingga Tuhan terpisah daripadaalam dan segala kandungannya, termasuk insan. Akibatnya,manusia mungkin tidak lagi menganggap alam sebagai suatuyang dicipta oleh Tuhan. Pandangan ini membenarkan danmemberi kuasa kepada manusia untuk bertindak dengan bebasterhadap alam mengikut kehendak hawa nafsu masing-masingdan mengeksploitasikan khazanah alam mengikut rancangandan kemahuan diri. Ungkapan penyahsucian politik pula merujuk prosesmenghapuskanpengesahtarafan autoriti dan kuasa politikberdasarkan ajaran agama atau menyingkirkan pengesahankekuasaan dan kewibawaan politik dengan berpandukansumber agama dan kerohanian. Akibatnya, konsep khalifahAllah di muka bumi dan konsep pemerintahan, pengawasan,dan pengawalan manusia oleh autoriti keagamaan disingkirkandari arena politik. Khalifah atau wakil Allah ialah seseorangyang dipertanggungjawabkan oleh Allah untuk mengaturkehidupan manusia di bumi dengan berpandukan syariah danperaturan Allah supaya kehidupan manusia menjadi teratur,bermanfaat, produktif, konstruktif, dan mempunyai tujuanmurni untuk memperoleh keredaan Allah (surah al-Baqarah 2:30). Akhir sekali, ungkapan penyahtahbisan nilai merujuk proses mentafsirkan sebarang sistem nilai, termasuk agama, sebagai 72

sistem yang bersifat sementara, berubah-ubah, dan relatif; danmenyingkirkan nilai keagamaan daripada kehidupan manusia. Akibat proses sekularisasi, dualisme menjadi ciri utama bagi paradigma dan sistem nilai dalam kehidupan sekular. Dualisme berlaku apabila dua perkara dilihat sebagaibertentangan, terpisah, dan

tidak dapat dicantumkan secara harmoni. Misalnya, urusan agama dipisahkan daripada urusandunia, kerohanian dipisahkan daripada kebendaan, wahyudipisahkan daripada akal, tradisional dipisahkan daripadakontemporari, duniawi dipisahkan daripada ukhrawi, danperkara peribadi atau persendirian dipisahkan daripadaperkara awam atau sivil. Akibatnya, individu dan masyarakatsekular membentuk sikap tidak percaya dan tidak peduli kepadaagama (disenchantment and indifference toward religion ) dan merekaberpegang sepenuhnya kepada akal rasional dan pengalamanempiris dalam menghuraikan segala persoalan hidup sehinggaterbentuk satu keadaan yang disebut sebagai pendewaanmanusia. Pada hakikatnya, sekularisme adalah satu faham yangbukan sahaja bertentangan dengan ajaran Islam, bahkanmenentang Islam. Misalnya, ajaran Islam menganjurkanprinsip akidah, ibadah, akhlak, nilai, dan undang-undang yangditetapkan sendiri oleh Tuhan, sedangkan cara hidup yangdianjurkan oleh sekularisme pula ditetapkan sepenuhnya olehfikiran manusia. Sekularisme yang menganjurkan amalan tidakbersepadu yang menolak ajaran agama boleh menyesatkanmanusia. Misalnya, peminggiran ajaran agama dalamkehidupan manusia membuat realiti dan kebenaran yangdibentuk oleh fikiran rasional semata-mata dicirikan dengankerelatifan dan ketidakpastian. Seterusnya, akibat ketidakpercayaan terhadap ajaranagama dan peminggiran unsur metafizik, segala persepsi dankonsepsimanusia tentangalam, realiti, kehidupan, pengetahuan,pembangunan, kemajuan, dan perubahan menjadi sekular 73

dan materialistik. Misalnya, pandangan bahawa perbuatanmanusia dihakimi sekali sahaja semasa hidup di dunia membuatmanusia sekular berusaha mencari keseronokan hawa nafsu dankesenangan kebendaan sebanyak mungkin serta membentuksikap keterlaluan dalam menikmati kehidupan duniawi. Sikapdan tingkah laku seperti ini digambarkan sebagai mendewakanmanusia dan memanusiakan Tuhan (man is deified and God is humanized ). Tujuan utama sekularisme ialah supaya agamatidak campur tangan dalamurusan keduniaan. Untuk mencapaitujuan ini, sekularisme menganjurkan gagasan pembebasanalam daripada unsur keagamaan. Segala perkara yang bersifattransenden atau metafizik diketepikan dan perhatian hanyadiberi kepada perkara yang bersifat keduniaan dan kekinian.Melalui tindakan seperti ini, sekularisme membuat manusiamenjadi tuhan, bukan menjadi wakil Allah di bumi. Konsepmanusia sebagai tuhan di bumi berbeza dengan konsepmanusia sebagai wakil Allah di bumi. Misalnya, sebagai tuhandi bumi, manusia mentadbir, mengurus, dan membangunkanbumi ini mengikut peraturan ciptaan sendiri (rekaan manusia),sedangkan sebagai wakil Allah di bumi, manusia mentadbir,mengurus, memakmurkan, dan membangunkan bumiberdasarkan syariah dan peraturan ciptaan Allah (surah Faatir 35:39; surah Saad 39:26). Tugas sebagai khalifah Allah di bumiadalah satu amanah (tugas yang diserahkan oleh Allah kepadamanusia untuk dilaksanakan dengan berpandukan prinsip danperaturan yang ditetapkan oleh Allah) dan manusia akan disoaltentang cara mereka memenuhi amanah tersebut pada hariakhirat, sedangkan idea manusia sebagai tuhan di bumi yangdimajukan oleh sekularisme adalah bebas daripada sebarangnilai keagamaan termasuk nilai amanah.

Ringkasnya, pandangan Islam bertentangan denganpandangan sekularisme. Menurut Islam, Allah mencipta,menguasai, dan mengawal seluruh alam; mengetahui semuaperkara yang ada atau berlaku dalam alam ini dan mengatursetiap kejadian; dan mengutus para rasul dan nabi sertamenurunkan kitab suci (wahyu) bagi membimbing manusia 74

kepada kebaikan, mengeluarkan mereka daripada kegelapankekufuran kepada cahaya kebenaran, dan memimpin merekauntuk mencapai kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat.Manusia perlu melaksanakan hubungan mencancang denganAllah (hablumminallah ) dan hubungan mengufuk dengan manusia (hablumminannas ) dengan berpandukan ajaran agama. Kaedahepistemologi Islam pula menekankan hierarki ilmu dan hierarkisumber ilmu yang meletakkan wahyu sebagai sumber utama.Melalui sumber tersebut, manusia dapat mengetahui perkarayang benar dan pasti. Dari sudut ontologi pula, manusia yangterbentuk daripada unsur rohani dan jasmani harus menjalanikehidupan sementara di dunia ini bagi mendapat bekalan untukkehidupan di akhirat yang kekal abadi. Oleh itu, perubahan,pertumbuhan, pembangunan, dan kemajuan merujuk perkaraatau usaha yang dilakukan oleh individu dan masyarakat untukkembali kepada ajaran Islam yang sebenar dan juga merujukdiri insan dan cara untuk seseorang insan kembali kepada sifatasalnya (fitrah) dan agama Islam. Setiap manusia mempunyaipotensi semula jadi (fitrah) untuk tumbuh dan berkembangmenjadi insan yang baik. Namun begitu, tanpa bimbingan danhidayah daripada Allah, manusia akan dihanyutkan oleh arushawa nafsu dan bisikan syaitan. Dalam keadaan hati (al-qalb ) yang gelap dan tercemar,potensi semula jadi atau potensi intelek sukar untuk berkembangdengan baik. Walaupun manusia bersifat fitrah (mulia danbersih), tingkah laku mereka yang gagal mematuhi suruhandan larangan Allah akan menyebabkan mereka terkeluardaripada aturan ketentuan fitrah. Oleh itu, amal soleh adalahsangat penting. Amal soleh menggambarkan daya intelek yangdipraktikkan dalam kehidupan seharian dengan berasaskancara yang betul dan niat yang ikhlas. Ungkapan keikhlasan niat merujuk niat yang tulus ikhlas untuk melakukan sesuatu bagimemperoleh keredaan Allah semata-mata. Dalam konteks ini,iman (kekuatan akidah) dan ilmu (kekuatan ilmu) merupakanfaktor penentu dalampelaksanaan amal yang soleh. Ringkasnya,iman, ilmu, dan amal mempunyai saling hubungan yang sangat 75

rapat. Hubungan ini boleh digambarkan dengan menggunakan metafora pokok , dalam mana akar pokok itu terbentuk daripadakekuatan akidah; batang, dahan, dan daun pokok itu terbentukdaripada kekuatan ilmu; dan buah pokok itu terbentuk daripadakekuatan amal soleh (lihat surah Ibrahim 14:24-26). Dalam al-Quran, Allah mendorong manusia untuk mengerjakan amalsoleh atau amal kebajikan dengan sebaikbaiknya:

Sesiapa yang beramal soleh, daripada lelaki atauperempuan, sedang ia beriman (tetap berimanhingga akhir hayatnya), maka sesungguhnyaKami akan menghidupkan dia dengan kehidupanyang baik (di dunia ini); dan sesungguhnya Kamiakan membalas mereka (di akhirat nanti) denganmemberikan pahala yang lebih baik daripada apayang mereka telah kerjakan (surahAn-Nahl 16:97). Perlu ditekankan bahawa Islam tidak menolakpembangunan dan kemajuan kebendaan, tetapi menolakkecenderungan sekularisme untuk menjadikan akal rasionaldan pengalaman empiris sematamata sebagai kayu pengukurdalam menentukan betul salah, benar batil, baik buruk, halalharam, dan maju mundur sesuatu usaha pembangunan. Secarakhusus, kemajuan membabitkan suatu arah yang jelas, pasti,dan selaras dengan tujuan terakhir yang hendak dicapai dalamkehidupan ini, bukan arah tuju yang masih kabur dan tujuanyang selaras dengan perkara yang belum muktamad (SyedMuhammad Naquib, 1992). Istilah daya maju pula merujuktindakan atau perkara yang membolehkan individu ataumasyarakat untuk mencapai matlamat tertentu dalam pelbagaikonteks tindakan atau perkara tersebut dilakukan, yang selarasdengan tujuan terakhir yang hendak dicapai dalam kehidupanini, iaitu pengabdian diri kepada Allah (surah Al-Dhariyaat 51:56). Pada hakikatnya, pengabdian diri kepada Allah hanyadapat dicapai melalui pematuhan segala suruhan dan larangAllah. Dalam al-Quran, Allah menjelaskan keadaan orang yangberjaya memenuhi tuntutan pengabdian diri kepada Allah: 76 Wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepadaTuhan mu dalam keadaan kamu reda dan diredai.Masuklah kamu dalam pengabdian Ku (kumpulanhamba Ku yang berbahagia), dan masuklah kedalam syurga Ku (surah al-Fajr : 89: 27-30). (Iaitu) orang yang beriman dan tenang tenteramhati mereka dengan mengingati Allah. Ketahuilah,hanya dengan mengintai Allah, hati menjaditenteram. Orang yang beriman dan beramal solehberoleh kebahagiaan yang amat menggembirakandan tempat kembali yang sebaik-baiknya (surahar- Rad 13: 28-29). Menurut Islam, manusia dicipta oleh Allah dengan satutujuan, iaitu beribadah kepada Allah. Istilahibadah mempunyaipengertian yang amat luas dan menyeluruh, bukan sekadarpelaksanaan amalan ritual. Misalnya, ibadah membabitkanperendahan diri, ketundukan, kepatuhan, dan ketaatan kepadaAllah dengan melaksanakan segala suruhan-Nya dan menjauhisegala larangan-Nya melalui hati, jiwa, akal, lisan, danperbuatan. Rasa takut, mengharap, cinta, syukur, dan tawakaladalah contoh ibadah hati dan jiwa; fikir, refleksi, penaakulan,analisis, sintesis, perbandingan, penilaian, dan abstraksi yangselaras dengan ajaran Islam adalah contoh ibadah akal; tasbih,tahlil, memberi syarahan, memberi salam, danmemberi ucapanyang selaras dengan ajaran Islam adalah contoh ibadah lisan;dan solat, zakat, haji, dan memberi bantuan adalah contoh ibadah perbuatan.

Dengan kata lain, konsep ibadah meliputi segala usahayang dilakukan oleh manusia untuk mencapai kebahagiaanhidup di dunia dan di akhirat. Ini termasuklah usaha untukmemakmurkan bumi, membangunkan keluarga, memperteguhakhlak, menghasilkan karya, dan membudayakan amalanketepatan. Dalam melaksanakan usaha ini, kata-kata SayidinaAli wajar diberi perhatian, Kebenaran yang tidak bersistem 77

boleh dikalahkan oleh kepalsuan yang bersistem. Dengankata lain, kebenaran adalah satu daripada dua perkara pentingbagi mencapai kejayaan, manakala perkara yang satu lagi ialahberdisiplin, bersistem, beradab, dan kemas dalam menjalankansetiap tugas. Membuat kerja secara sembarangan, asal jadi,asal ada, asal buat kerja, atau lepas batuk di tanggaadalah contoh kerja yang kurang berdisiplin. Sebagai kesimpulan, sekularisme bukan satu faham yangbersifatneutral terhadapajaranagamadanancamansekularismetidak boleh dipandang remeh. Konsepsi sekularisme tentangmanusia, kemajuan, pembangunan, dan kesejahteraan bolehmenyesatkan dan merosakkan kehidupan insan. Penyingkiranagama daripada politik bererti mengetepikan nilai keagamaan,membuang unsur keimanan dan ketakwaan, menolak unsurkebaikan, danmembiarkan pembangunan dikawal oleh akal danhawa nafsu semata-mata. Tanpa bimbingan agama, kehidupanmanusia akan dilanda oleh arus kerelatifan, prasangka, danketidakpastian. Baik buruk, halal haram, danbenar batilmenjadiperkara relatif dan subjektif yang bergantung sepenuhnya padakeinginan individu dan cita rasa masyarakat.

78