Está en la página 1de 10

Islam Sebagai Sistem Akhlak

Oleh Hafidz Hurmat, LC

Istilah akhlak bukanlah hal yang baru, tetapi hal yang klasik dalam islam. Rasulullah SAW bersabda Sesungguhnya aku diutus ke muka bumi ini hanya untuk memperbaiki akhlak Akhlak merupakan sebuah atura yang mengatur hubungan manusia dengan Kholik, hubungan dengan Rasulullah, manusia, diri sendiri, orang lain dan Alam. Istilah lain dari Akhlak, diantaranya adalah: 1) Adab (etika) Kata ini berasal dari bahasa arab, yang memiliki arti yaitu etika. Adab juga merupakan sebuah hal yang harus diperhatikan.. 2) Moral 3) Etika 4) Sopan 5) Susila. Ungkapan-ungkapan ini bersifat lokal. Maksudnya adalah dapat berbeda antara satu tempat dengan tempat yang lain. Misalnya, kumpul kebo tidak dianggap sebagai susila dan nikah tidak dianggap sakral dalam suatu daerah. Sedangkan, Akhlak bersifat universal adalah sifatnya umum tetapi tidak kaku. Akhlak merupakan sebuah cabang dari iman. Rasulullah SAW Tauhid itu banyak cabangnya, paling tinggi adalah laillaha illalahu, dan yang paling rendah adalah adalah membuang sampah dari jalan. dan salah satu cabang dari iman adalah rasa malu untuk melakukan maksiat. Islam sudah jauh-jauh hari mengharamkan segala bentuk kerusakan dan mortalitas yag buruk. Contohnya adalah minum khamer dan judi; zinah; durhaka kepada orang tua; mengganggu tetangga. Masyarakat islam memiliki peradaban tinggi untuk negara-negara yang ada di dunia. Islam mengarahkan masyarakat untuk ber-amar maruf nahi munkar, dimana kebaikan harus dominan dimiliki dalam masyarakat dan mencegah tersebarnya keburukan. Motivasi yang dipegang adalah ikhlas kepada Allah SWT, karena ikhlas akan menghantarkan kita kepada kepentingan Akhlak yang lebih baik. Salah satu contoh Akhlak lainnya adalah Taubat. Ketika seseorang melakukakn kesalahan dan segera mungkin untuk bertaubat dan menggantikannya dengan perbuatan baik, maka dia akan mendapatkan kemuliaan di sisi Allah SWT. Ada beberapa klasifikasi akhlak, yaitu sebagai berikut: 1) Akhlak terhadap Allah SWT dilakukan dengan cara meyakini dengan benar keesaannya. Hal ini ada di dalam surat Al-Ikhlas : Katakanlah: Dia-lah Allah, yang Maha Esa. Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu. Dia tidak beranak dan tidak pula di peranakkan. Dan tidak ada seorangpun yang satara dengan Dia. Selain itu hal yang dapat dilakukan adalah dengan ikhlas dalam beribadah, berdoa dan meminta hanya kepada Allah SWT, tidak ridho jika terjadi kemungkaran. Remember: perbedaan Akhlak dengan Tauhid dan akidah akhlak merupakan sebuah tampilan / perilaku dan merupakan buahnya tauhid, akidah dan iman. Tauhid merupakan sebuah pondasi dan akhlak adalah bangunannya. 2) Akhlak Kepada Rasul Akhlak kepada rasul dilakukan dengan cara mengimaninya, mencintai orang yang

dicinitainya, menghormatinya, dan banyak bershalawat kepadanya. 3) Akhlak Kepada Diri Sendiri Akhlak kepada diri sendiri dapat dilakukan dengan tidak melupakan kebaikan untuk dirinya sendiri, menjaga kesehatannya, tidak merusak tubuhya, dan tidak membunuh dirinya. 4) Akhlak Kepada Orang Lain Akhlak kepada orang lain, seperti orang tua, suami / istri, tetangga, dan teman sejawat. 5) Akhlak Terhadap Alam Akhlak kepada alam yang paling umum adalah tidak merusaknya. Bahkan ketika perang pun pasukan Islam dikarang merusak pohon, sawah, dan ladang. Inti Akhlak 1) Mengikis / membersihkan Sifat-sifat Buruk Membersihkan sifat-sifat buruk merupakan sebuah proses untuk naik kepada kesempurnaan manusiawi. Role model dari proses ini adalah Rasulullah SAW. Aisya r.a pernah berkata jika mau tahu akhlaknya Rasulullah maka bacalah Al-Quran, analoginya Rasulullah merupakan sebuah al-quran berjalan dan beliau juga mencetak al-quran berjalan lainnya. 2) Menghiasi diri dengan sifat-sifat yang utama Jangan coba-coba untuk bersifat buruk karena akan sulit menghilangkannya dan jangan cobacoba untuk menghilangkan sifat baik, karena ketika sifat baik hilang maka kita akan mengulangnya dari awal lagi.

----------http://nuranifkmui.com/index.php/artikel/120-islam-sebagai-sistem-akhlak

Tajuk: Islam dan Dakwah Bab: Sistem Akhlak dalam Islam Menurut Dr Abdul Karim Zaidan, akhlak dalam Islam ditakrifkan sebagai nilai-nilai atau sifat-sifat yang telah sebati dalam diri seseorang dan menjadi kayu ukur bagi insan untuk menilai baik-buruknya sesuatu perbuatan. Akhlak berfungsi sebagai pengatur tingkah laku manusia. Ini berikutan tulisan Imam alGhazali dalam Ihya Ulumuddin iaitu, Setiap sifat yang tersemat dalam hati akan tercerna kesannya pada anggota badan dan akan bergerak menurut sifat ini. Kata-kata Imam alGhazali boleh diumpamakan sebagai akar yang subur yang menghasilkan pokok yang rendang dan tegap. Manakala akar yang sakit akan dapat dikesan pada pokok yang kelihatan lesu dengan dedaun yang kekuningan. Pertimbangan seseorang bergantung kepada sejauhmana manusia merasai kepentingan nilai tersebut. Jika manusia mengambil berat terhadap nilai-nilai yang tersemat dalam hatinya, pertimbangannya juga turut ke arah kebaikan. Hakikatnya Islam sentiasa ingatkan penganutnya agar menyematkan akhlak-akhlak yang terpuji dalam hati sehingga merasakannya sebati dan dapat mempengaruhi segala tingkah laku manusia.

Islam meletakkan akhlak di tempat yang tinggi. Bukti kepada pengiktirafan kedudukan akhlak dalam agama Islam dapat dilihat atas beberapa sebab: 1. Matlamat pengutusan Rasulullah S.A.W. adalah untuk memperbaiki akhlak manuisa sebagaimana dalam hadith baginda yang bermaksud: Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia. 2. Dalam hadith lain Nabi S.A.W. telah menyebut bahawa perkara yang paling berat timbangannya di akhirat kelak ialah akhlak yang baik. 3. Islam meletakkan orang yang berakhlak baik sebagai mempunyai darjat keimanan yang tinggi. 4. Orang yang berakhlak lebih dikasihi oleh Rasulullah S.A.W. di hari akhirat kelak. 5. Nabi S.A.W. sendiri, walaupun telah diketahui umum sebagai insan yang paling tinggi akhlaknya, masih memohon kepada Allah agar diperelokkan akhlaknya.

Kesyumulan Akhlak Islam

Menurut Dr. Abdul Karim Zaidan lagi, satu ciri yang khusus dalam sistem akhlak Islam ialah kesyumulannya atau ruang lingkup yang dirangkuminya secara menyeluruh. Berbeza dengan pegangan sistem yang ada pada hari ini, akhlak dikesampingkan. Contohnya, dalam hal hubungan antarabangsa. Oleh kerana hubungan yang dijalin tidak berlandaskan prinsip akhlak, amalan pengkhianatan sering berlaku, malah telah dianggap sebagai satu seni dalam berpolitik. Islam dari awal lagi meletakkan nilai akhlak sebagai suatu dasar negara. Ini dinyatakan dengan jelas dalam firman Allah s.w.t. dalam ayat ke-58 surah Al-Anfaal yang bermaksud jika timbul pengkhianatan dalam perjanjian, maka hendaklah dinyatakan kepada mereka dengan jelas, walaupun ia dilakukan oleh orang bukan Islam mahupun orang Islam sendiri. Pernah berlaku dalam Perjanjian Hudaibiyyah antara Nabi s.a.w. dan pihak musyrikin, seorang Quraisy yang bernama Abu Jandal memeluk Islam lalu meminta supaya Nabi s.a.w. melindunginya. Oleh kerana perjanjian yang termeterai tidak membenarkan orang Quraisy yang memeluk Islam dilindungi dan hendaklah dikembalikan ke Mekkah, maka Nabi dengan tegas mematuhi perjanjian tersebut. Baginda bersabda, Kita telah memeterai perjanjian dengan mereka (musyrikin Mekkah). Kita mematuhi perjanjian ini dan mereka juga mematuhinya. Kita tidak akan mengkhianati mereka. Sistem akhlak Islam juga berpegang kepada nilai akhlak pada matlamat dan cara. Tiada ruang dalam sistem akhlak Islam untuk matlamat menghalalkan cara. Walaupun umat Islam diwajibkan membantu saudara seagama yang dizalimi, namun jika pertolongan tersebut melanggar perjanjian yang termeterai dengan orang yang menzalimi, ia tidak dibolehkan. Hal ini ditegaskan dalam ayat ke-72 surah Al-Anfaal yang bermaksud, Dan jika mereka meminta pertolongan kepada kamu dalam perkara (menentang musuh untuk membela) agama, maka wajiblah kamu menolongnya, kecuali terhadap kaum yang ada perjanjian di antara kamu dengan mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Melihat akan apa yang kamu lakukan. Hubungan Akhlak dengan Iman Akhlak yang buruk dan iman tidak boleh hidup bersama. Ini kerana iman akan mengalakkan akhlak yang baik. Orang yang benar-benar beriman tidak akan melakukan sesuatu perkara yang bertentangan dengan tatasusila kerana sistem akhlak dalam Islam tertegakkan melalui balasan sama ada hukuman atau ganjaran. Hukuman atau ganjaran boleh dikenakan di dunia atau di akhirat. Keyakinan terhadap sistem balasan ini banyak bergantung kepada iman seseorang. Menurut Dr. Abdul Karim Zaidan, pada asasnya akhlak seseorang boleh dibentuk dan diubah. Allah s.w.t. telah memerintahkan manusia agar menjauhi akhlak yang buruk dan berusaha memiliki akhlak yang baik. Perintah Allah ini membuktikan bahawa manusia mampu memilih sama ada untuk berakhlak baik atau buruk. Hal ini bertepatan pula dengan kaedah fiqh iaitu taklif hanya menurut kemampuan dan tidak ditaklifkan suatu yang mustahil. Allah s.w.t. berfirman di dalam surah As-Shams yang bermaksud, Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa (jalan) kejahatan dan ketaqwaan. Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang membersihkan jiwa. Dan sesungguhnya rugilah orang-orang yang mengotorkannya. Walaubagaimanapun, kemampuan manusia untuk mengubah akhlak

mereka adalah berbeza-beza. Sesetengah manusia telah dikurniakan oleh-Nya dengan sifatsifat yang terpuji secara semulajadi. Sifat-sifat ini membantunya memilih jalan yang lurus. Akhlak boleh dibentuk melalui beberapa kaedah. Pertama, tidak menurut perasaan marah. Secara tidak langsung, ia mengelakan kesan-kesan negatif akibat sifat marah. Namun, kita tidak berupaya membuang sifat tersebut kerana sifat ammarah adalah sifat semulajadi manusia. Kita hanya boleh mengawal dan menyalurkan sifat itu ke arah yang sewajarnya. Nabi s.a.w. bersabda, Orang yang kuat bukan diukur dengan beradu tenaga tetapi orang yang kuat ialah orang yang mengawal dirinya ketika marah. Kaedah kedua ialah mendidik jiwa dengan membuang sifat-sifat yang keji dan menggantikannya dengan sifat terpuji. Cara mendidik jiwa agar membuat amalan-amalan kebaikan dapat dilakukan apabila manusia memahami agama Islam sebagaimana saaabda Nabi s.a.w. , Manusia ini umpama logam, yang terbaik di kalangan mereka di zaman jahiliyyah adalah juga yang terbaik di zaman Islam apabila mereka memahami (agama ini).

--------http://tarbiyahpewaris.blogspot.com/2008/01/sistem-akhlak-dalam-islam.html

SISTEM AKHLAK DALAM ISLAM


(sumber: http://www.geocities.com/kmbedu/sisakhlakislam.html)

PENDAHULUAN Permasalahan akhlak adalah merupakan permasalahan besar yang dihadapi oleh semua umat Islam di dunia, kerana akhlak adalah merupakan tunggak pembangunan atau keruntuhan sesuatu Ummah. Di pandang dari sudut realiti masyarakat dunia hari ini, ternyata sekali bahawa dunia sedang menghadapi keruntuhan akhlak yang amat tenat. Nilai-nilai kemanusiaan, kebaikan telah dan sedang tergugat. Neraca yang digunakan oleh masyarakat dan individu dalam menilai sesuatu yang baik buruk tidak lagi menurut lunas-lunas yang sepatutnya, malah kebanyakkannya adalah menurut runtunan hawa nafsu yang dilahirkan oleh fahamanfahaman yang bersifat kebendaan.

DEFINASI AKHLAK Menurut istilah bahasa akhlak bererti tabiat, kebiasaan dan marwah. Ilmu akhlak adalah sejenis ilmu falsafah amaliah, disebut juga dengan falsafah akhlak. Menurut istilah ilmu akhlak, akhlak memberi erti : serumpun nilai-nilai dan sifat-sifat yang sebati di dalam diri seseorang. PENTINGNYA AKHLAK Akhlak amatlah penting kepada kehidupan manusia kerana : 1. Akhlak amat besar pengaruh dan kesannya terhadap tindak tanduk dan gerak langkah seseorang. Baik dan buruknya perlakuan seseorang adalah bergantung kepada nilai akhlak mereka. 2. Untuk meningkatkan insaniah insan sehingga ke tahap sesuatu ummah insaniah yang benar-benar tinggi dan berkualiti. 3. Untuk membuat penilaian yang tepat terhadap sesuatu perbuatan. Bertolak dari titik ini, salah atau benarnya penilaian yang dilakukan oleh seseorang adalah bergantung rapat dengan buruk atau baiknya nilai-nilai akhlak yang terdapat dalam diri seseorang. Penilaian yang dilakukannya ini akan sejajar dengan nilai-nilai akhlak yang terdapat dalam dirinya. 4. Untuk keharmonian, kesejahteraan, kedamaian, keamanan dan kebahagiaan semua anggota dalam masyarakat dari perbagai lapisan dan darjat satu kedudukan.

KEDUDUKAN AKHLAK DALAM Akhlak mendapat kedudukan yang tinggi dalam Islam, ini dapat dilihat dari beberapa sebab: 1. Islam telah menjadikan akhlak sebagai illat (alasan) kenapa agama Islam diturunkan. Hal ini jelas dalam sabda Rasulullah : Maksudnya : Aku diutus hanyalah semata-mata untuk menyempurnakan akhlak-akhlak yang mulia. 2. Islam menganggap orang yang paling tinggi darjat keimanan ialah mereka yang paling mulia akhlaknya. Dalam hadis telah dinyatakan : Maksudnya : Telah dikatakan Ya Rasulullah, mukmin yang manakah paling afdhal imannya, Rasulullah s.a.w. bersabda orang yang paling baik akhlaknya antara mereka. 3. Islam telah mentakrifkan Addin dengan akhlak yang baik. Dalam hadis telah dinyatakan bahawa telah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. Maksudnya : Apakah Addin itu ? Sabda Rasulullah, akhlak yang baik Ini bererti bahawa akhlak itu dianggap sebagai rukun Islam samalah keadaannya dengan wukuf di pandang Arafah dalam bulan Haji berdasarkan kepada sabda Rasulullah: Haji itu (amal haji) ialah wukuf di Padang Arafah, Wukuf di padang Arafah adalah dianggap sebagai salah satu rukun amal haji, demikian juga keadaannya pada akhlak. 4. Islam menganggap bahawa akhlak yang baik adalah merupakan amalan yang utama dapat memberatkan neraca amal baik di akhirat kelak. Hal ini telah dinyatakan dengan jelasnya dalam hadis Rasulullah : Perkara yang lebih berat diletakkan dalam neraca hari akhirat ialah takwa kepada Allah dan akhlak yang baik Dari hadis ini jelas kepada kita bahawa timbangan amal baik kita di akhirat dapat ditambah beratnya dengan akhlak yang baik. Di samping itu kita ketahui juga bahawa akhlak dan takwa sama statusnya dari sudut ini, yang mana kedua-duanya merupakan perkara paling berat yang diletakkan dalam neraca akhirat. 5. Dalam ajaran Islam dinyatakan bahawa mereka yang berjaya memenangi kasih sayang Rasulullah dan mendapat sesuatu kedudukan yang hampir dengan Rasulullah pada hari akhirat ialah orang yang lebih baik akhlaknya. Dalam hadis Rasulullah s.a.w. telah bersabda : Maksudnya : Yang paling aku kasihi di antara kamu dan yang paling dekat kedudukannya padaku di hari akhirat orang yang paling baik akhlaknya di antara kamu. 6. Dalam ajaran Islam juga dinyatakan bahawa akhlak adalah merupakan syarat untuk membebaskan diri dari azab nereka dan memenangi syurga. Dalam hadis Rasulullah s.a.w. telah dinyatakan bahawa telah berkata kepada Rasulullah : Maksudnya : Engkau sipulanah sentiasa berpuasa di siang hari dan bangun malam untuk sembahyang sunat tetapi beliau jahat akhlaknya, beliau sentiasa menyakiti jirannya. Rasulullah bersabda Tiada kebaikan padanya, dia tergolong dalam golongan ahli neraka. Jelas sekali dalam hadis ini bahawa ibadah puasa sunat dan sembahyang sunat di malam hari tidak dapat menebus dan menutup akhlak yang jahat, seperti yang berlaku kepada perempuan

yang diceritakan dalam hadis di atas. 7. Rasulullah sentiasa berdoa kepada Allah supaya memperbaiki akhlaknya, sedangkan beliau tergolong dalam golongan mereka yang baik akhlaknya. Sebagaimana yang terdapat dalam firman Allah dalam Surah Al-Qalam ayat 4 : Maksudnya : Sesungguhnya engkau berbudi perkerti agong. Beliau sering berdoa : Maksudnya : Tuhanku, tunjukilah aku akhlak yang paling baik. 8. Allah telah memuji Rasulnya Muhammad S.A.W. kerana akhlaknya yang mulia, Firman Allah dalam surah Al-Qalam ayat 4 : Maksudnya : Sesungguhnya engkau berbudi pekerti agong. Pujian yang berdasarkan kepada akhlak yan agong ini menunjukkan betapa tingginya kedudukan akhlak pada pandangan Allah. 9. Banyak terdapat ayat-ayat Al-Quran yang menyentuh persoalan akhlak, baik dengan cara memerintah supaya berakhlak mulia atau menegah dari akhlak yang rendah dan keji sebagai contoh : a. Berbudi baik kepada ibu bapa Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 83 Maksudnya : Dan berbuat baik kepada kedua ibu bapa b. Menunaikan janji firman Allah dalam Surah Al-Israk ayat 34 : Maksudnya : Tunaikanlah janji sesungguhnya janji itu satu tanggungjawab. c. Tegahan dari bersifat bakhil : Maksudnya : Dan jangan biarkan bangsa kamu berpunca dilengkok kamu dan banyak lagi contohcontoh yang lain. JALAN PEMBENTUKAN AKHLAK Di sana banyak terdapat jalan-jalan yang dapat digunakan dalam usahausaha membentuk akhlak. Antaranya : 1. Ilmu, yakni mengetahui jenis-jenis akhlak yang mulia dan keji. Tanpa ilmu Muslim tidak akan dapat membezakan antara akhlak yang baik dan buruk. Islam telah menjelaskan akhlak yang baik dan yang buruk. Kewajipan seseorang muslim hanyalah untuk mempelajari dan mengoreksi dirinya, melihat di mana kedudukannya berbanding dengan akhlak-akhlak tersebut, dan seterusnya bertindak melakukan perlaksanaannya. 2. Mengetahui betapa pentingnya akhlak-akhlak tersebut pada dirinya, kerana permasalahan akhlak berhubung terus dengan masalah iman dan takwa. Di samping itu beliau haruslah mengetahui apakah keburukan yang akan diterimanya akibat dari akhlak yang buruk dan keji. 3. Menyemadikan nilai-nilai akhlak yang mulia dalam ingatan, sehingga beliau sentiasa waspada dan hati-hati dalam tindakannya. Melupai nilai-nilai akhlak yang mulia ini boleh membuat seseorang itu melakukan akhlak yang keji, kerana lupa adalah penyakit ilmu. Penyakit ilmu ialah lupa. Inilah yang telah berlaku kepada Adam Alaihissalam sebagaimana yang terdapat dalam Firman Allah : Sesungguhnya sebelum ini kami menjanjikan kepada Adam (tetapi) beliau lupa. 4. Bersungguh-sungguh memperkuatkan pengertian akidah islamiah dalam jiwa, terutama pengertian-pengertian yang bersangkut dengan hari kiamat, dan akan menemui mati lambat laun.

Dengan memperkuat dan memperdalamkan pengertian akidah islamiah, akhlak seseorang itu akan kokoh, kerana soal akhlak berhubung dengan masalah iman dan takwa. Seseorang yang benar-benar kuat pegangan akidahnya tidak akan merasa hina, kerana beliau sedar bahawa beliau berhubung terus dengan sesuatu kekuatan yang benar-benar agong, iaitu kekuatan Allah. Seseorang yang benar-benar mukmin tidak akan takut kepada sesama makhluk kerana beliau sedar bahawa segala sesuatu itu daripada Allah belaka, rezeki, celaka, manafaat dan nikmat malah hidup dan mati adalah di tangan Allah. Dengan itu beliau tidak akan bersikap mengampu, rasa hina diri dan hidup berpura-pura. Seseorang yang benar-benar mukmin tidak akan keluk kesah, kerana beliau sering mengingati Allah. Firman Allah dalam surah Ar-Read ayat 30; Ingatlah . dengan mengingati Allah hati akan tenang 5. Melakukan amal-amal yang dapat mendorong kepada akhlak yang baik di samping dapat memudahkan jiwa menerima akhlak yang mulia. Firman Allah dalam surah Asy-Syamsi ayat 9: Telah berjaya orang yang telah membersihkannya (jiwa) dan telah rugilah orang yang mencemarkannya. 6. Menunaikan ibadah yang fardhu dan sunat, kerana ibadat-ibadat ini dapat mentazkiahkan diri. Firman Allah dalam surah Al-Ankabut ayat 45 : Sesungguhnya sembahyang itu dapat mencegah dari kejahatan dan kemungkaran Firman Allah lagi dalam surah At-Taubah ayat 104 : Ambillah dari harta mereka itu sedekah yang dapat membersih dosa mendahkiahkan mereka. Ibadat-ibadat ini amat besar pengarahnya pada jiwa manusia. Ibadat puasa misalnya ; dapat membentuk sifat-sifat sabar dan membina kekuatan iradah (kemahuan), begitu juga ibadah haji adalah merupakan tarbiah amaliah (latihan amali) kepada jiwa dan roh demikianlah seterusnya ibadat-ibadat lain. 7. Melakukan perbuatan yang bertentangan dengan tuntutan sifat-sifat keji. Misalnya, untuk mengubati sifat hasad dengki boleh dilakukan dengan mengucapkan istigfar dan mendoakan kebajikan kepada orang yang didengki. Sifat takbur umpamanya dapat diubati dengan bercampurgaul dengan golongan miskin dan muhrim, duduk di barisan belakang dalam majlis. 8. Memaksa diri melakukan sesuatu sifat yang dikehendaki, hinggalah sifat tersebut menjadi sebati dengan dirinya. 9. Bergaul dengan orang-orang mukmin yang berakhlak mulia, pergaulan ini akan dapat menularkan sifat-sifat mereka yang mulia itu sedikit demi sedikit. Rasulullah telah bersabda : Janganlah kamu bersahabat kecuali dengan orang yang beriman dan makanan kamu janganlah di makan kecuali oleh orang yang bertakwa 10. Berusaha sedapat daya menuruti pimpinan yang baik. Pimpinan yang baik secara mutlak ialah Rasulullah s.a.w. Firman Allah dalam surah Ai-Ahzab ayat 21 : Sesungguhnya pada Rasulullah itu ikutan yang baik bagi kamu Selain dari Rasulullah s.a.w. ialah para sahabat, terutama para khulafa-urrashidin. Rasulullah s.a.w. telah bersabda : Para sahabatku seperti bintang, yang mana satu antara mereka kamu ikut, kamu akan dapat petunjuk. 11. Meninggalkan suasana yang telah rosak akhlaknya dan mencampuri suasana atau jamaah yang saleh. Meninggalkan suasana yang rosak akhlak di sini bukanlah bererti meninggalkan masyarakat, yang dimaksudkan ialah menghijrahkan perasaan kita dari masyarakat yang telah rosak itu di samping berusaha mendampingi jamaah-jamaah yang baik akhlaknya. 12. Mengambil berat tentang akhlak yang mulia dan menganggapnya sebagai mutiara mahal

yang harus dimiliki. 13. Melatih diri menerima nasihat orang. Pada hakikatnya orang yang memberi nasihat berhak menerima terima kasih kita, kerana kita selalunya berterima kasih kepada orang yang menyelamatkan kita dari bahaya. Demikianlah juga orang yang memberi nasihat telah cuba menyelamatkan kita dari bahaya keburukan akhlak yang kita lakukan. KESIMPULAN Dari penjelasan ini kita dapat membuat beberapa kesimpulan :1. Akhlak amat penting dalam penghidupan manusia memandangkan besarnya pengaruh akhlak kepada tindak tanduk manusia, sehingga pada ketika-ketikanya nilai-nilai akhlak yang terdapat pada diri seseorang itu bertindak menjadi neraca penilai kepada sesuatu perbuatan. 2. Akhlak mendapat kedudukan yang tinggi pada pandangan Islam. 3. Sistem akhlak dalam Islam dapat membezakan dirinya dengan sistem akhlak yang lain melalui ciri-cirinya yang khusus. 4. Akhlak dapat dicapai dan dibentuk melalui daya usaha manusia sendiri melalui cara dan wasilah mencapai dan membentuk akhlak dalam diri. PENUTUP Dengan penjelasan ini juga kita telah mengetahui serba sedikit tentang sistem akhlak dalam Islam. Pengetahuan kita yang serba sedikit ini menuntut kita bertindak melakukan perlaksanaannya dalam kehidupan kita, kerana dengan mengetahui sahaja tanpa dituruti dengan tindakan perlaksanaan ianya tidak akan mendatangkan faedah yang diharapkan. Oleh yang demikian kita berkewajipan bertindak melaksanakan tuntutan pengetahuan kita, kita mulakan dari diri kita, keluarga kita, masyarakat kita seterusnya negara kita. Andainya kita sungguh-sungguh dalam mengusahakan perlaksanaan ini Allah akan menolong kita. Firman Allah dalam surah Al-Ankabut ayat 69 : Dan mereka yang berjihad pada (jalan) kami, kamu akan tunjukkan kepada mereka jalanjalan kami Itulah janji Allah, dan Allah tidak akan mungkin janji. Dalam kita bertindak untuk melaksanakan tuntutan ini kita akan menghadapi tentangan dari masyarakat jahiliah yang berada disekeliling kita. Tentangan ini adalah menjadi sunnah Allah kepada hambanya, sebab itu Allah berfirman dalam surah Al-Ankabut ayat 2 : Apakah manusia menyangka bahawa mereka dibiarkan menyatakan kami telah beriman sedang mereka tidak akan diuji lagi. Ujian-ujian yang berupa tentangan ini harus kita hadapi demi membuktikan keimanan kita yang kuat kepada Allah. Moga-moga kita tergolong dalam golongan orang-orang yang baik dan mulia.
http://drnizam.com/2009/03/sistem-akhlak-dalam-islam/

También podría gustarte