Está en la página 1de 4

Abdul Rahman Talib

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Abdul Rahman Talib

Abdul Rahman Talib (1916 - 18 Oktober 1968) ialah seorang Menteri Malaysia yang telah berkhidmat dalam empat kementerian selama lapan tahun sejak kemerdekaan antara tahun 1957 dan 1965. Bagaimanapun, adalah dalam bidang pendidikan bahawa beliau mencapai kemasyhuran ketika beliau menerbitkan laporan yang dikenali sebagai Laporan Abdul Rahman Talib untuk memperbaiki sistem pendidikan Tanah Melayu dan memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Pada tahun 1962, Abdul Rahman dianugerahkan dengan Ijazah Kehormat Doktor Undang-undang oleh Universiti Malaya.

Isi kandungan
[sorokkan]

1 Kehidupan awal 2 Politik 3 Laporan Abdul Rahman Talib 4 Pautan luar

[sunting]Kehidupan

awal

Dilahirkan di Temerloh Pahang, Abdul Rahman mendapat pendidikan awal di tempat kelahirannya dan kemudian melanjutkan pengajian di Kolej Latihan Sultan Idris (SITC), Tanjung Malim, Perak. Beliau memulakan kerjayanya pada tahun 1940 sebagai seorang guru di Sekolah Abdullah, Kuantan dan lima tahun kemudian, pada tahun 1945, beliau dilantik menjadi Penolong Nazir Sekolah-sekolah Melayu Pahang. Pada tahun 1952, Abdul Rahman mengasaskan Jabatan Hal Ehwal Agama di Jabatan Pelajaran Pahang.

[sunting]Politik
Abdul Rahman sangat aktif dalam Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) dan selain daripada itu, juga merupakan Ahli Bersekutu Majlis Kebangsaan. Pada tahun 1956, beliau dilantik sebagai Timbalan Menteri

Sumber Alam Semula Jadi dan Kerajaan Tempatan dan kemudian, dilantik menjadi menteri penuh dalam berbagai-bagai kementerian:

1957: Menteri Pengangkutan 1959: Menteri Perdagangan dan Industri 1960: Menteri Pelajaran 1962: Menteri Kesihatan 1964: kembali menjadi Menteri Pelajaran.

Beliau menang bertanding dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1959 bagi kawasan Kuantan, negeri Pahang (1958-1964). Ketika itu Perdana Menteri Malaysia ialah Tunku Abdul Rahman dan Timbalan Perdana Menteri ialah Tun Abdul Razak Hussein. Pilihan raya ini adalah yang pertama selepas merdeka 31 Ogos 1957. Pilihan raya umum Tanah Melayu 1959 ini cukup hebat kerana diadakan berperingkat-peringkat , bermula dari negeri Perlis hingga Kelantan. Ketika itu Sabah dan Sarawak belum menyertai / membentuk Malaysia. Kerusi Parlimen bertambah dari 52 (1955) kepada 104 kerusi (1959). Perikatan menang 74 kerusi dan pembangkang menang 30 kerusi.

[sunting]Laporan

Abdul Rahman Talib

Semasa menjadi Menteri Pelajaran, Abdul Rahman mengemukakan satu laporan yang mengandungi usul dan saranan yang penting untuk memperbaiki sistem pendidikan di Persekutuan Tanah Melayu. Laporan itu dikenali sebagai Laporan Abdul Rahman Talib. Melalui laporan itu beliau mencadangkan supaya Bahasa Melayu dijadikan mata pelajaran wajib selain Bahasa Inggeris. Bahasa Melayu mesti diajar dari darjah satu di semua jenis sekolah rendah dan syarat lulus dalam Bahasa Melayu bagi calon-calon ke sekolah menengah, dan pusat latihan guru. Cadangannya juga termasuk pemberian insentif kepada guru-guru supaya mendapat kelulusan yang baik dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Abdul Rahman bersara pada tahun 1965 dan meninggal dunia di Kaherah, Mesir pada tahun 1968.

Laporan Abdul Rahman Talib (1960)


Laporan Talib yang diperakukan dalam Akta Pendidikan 1961 telah mengabdikan cita-cita yang terkandung dalam Laporan Razak dan menggariskan hasrat sistem pendidikan Kebangsaan yang terdapat sekarang. Terdapat empat aspek penting dalam laporan ini iaitu:Menjadi titik permulaan ke arab pelaksanaan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar utama dan proses penukaran bahasa pengantar. Mewujudkan sistem peperiksaan persekolahan yang sarna walaupun berlainan bahasa di peringkat rendah, menengah,dan menengah atas Memberi penekanan kepada pendidikan teknik dan vokasional untuk keperluan tenaga mahir Memberi penekanan kepada pendidikan moral dan keagamaan untuk keperluan kerohanian sebagai teras.

Di antara beberapa perubahan dan pindaan yang dibuat dari Laporan Razak yang dikenali dengan Laporan Rahman Talib ialah:

Pelajaran di sekolah rendah adalah percuma Sekolah rendah kebangsaan. menjadi sekolah kebangsaan dan jenis

Sekolah pelajaran lanjutan merupakan persekolahan hingga umur 15 tahun. Murid naik darjah secara otomatik Pelajaran agama Islam bagi murid-murid hendaklah sekurangkurannya 15 orang. Pendidikan akhlak dititikberatkan.

Selepas itu Sistem Pendidikan Anika Jurusan ditubuhkan pada 1965 bagi Sekolah Menengah Rendah menggantikan Sistem Pelajaran Lanjutan yang dihapuskan. Mata pelajaran aneka jurusan di sekolah menengah pada waktu itu ialah Seni Perusahaan, Sains Rumah tangga, Sains Pertanian dan Perdagangan. Walaupun hasrat dan tujuan Akta Pendidikan 1961 ini untuk menyatukan kaum yang ada di Malaysia ini, tetapi secara praktikalnya, sukar untuk mencapai matlamat itu memandangkan pola tempat tinggal yang berlainan. Misalnya orang Melayu tinggal di kampung-kampung dan pinggir pantai, kaum Cina tiggal di kawasan perlombongan dan kaum India di kawasan ladang-ladang getah. Dengan ini tentulah amat sukar untuk menyatukan mereka. Selepas dari Laporan Rahman Talib 1960, muncul pula laporanlaporan seperti Laporan Hussein Onn (1971) dan Laporan Mahathir 1976. Kedua-dua Laporan ini adalah untuk mengkaji semula Dasar Pendidikan Negara yang sebelumnya berdasarkan Laporan Razak dan Laporan Rahman Talib.

También podría gustarte