Está en la página 1de 27

Kemapanan Sumber Tidak Boleh Diperbaharui

Isu: Kemapanan Sumber Tenaga Tidak Boleh Diperbaharui Oleh: Nurul Atiqah Binti Mohamad PISMP SAINS JANUARI 2010

Di muka bumi ini terdapat dua jenis sumber tenaga iaitu sumber tenaga yang boleh diperbaharui dan sumber tenaga yang tidak boleh diperbaharui. Tenaga yang boleh diperbaharui adalah tenaga yang boleh digantikan apabila telah habis digunakan manakala sumber tenaga yang tidak boleh diganti adalah sumber tenaga yang tidak boleh diganti apabila telah habis digunakan.

Contoh sumber tenaga


Petroleum

yang tidak boleh diperbaharui

Arang Batu/ Arang Kayu

Gas Asli

Tenaga Nuklear

Nurul Atiqah Mohamad

Kemapanan Sumber Tidak Boleh Diperbaharui


Contoh sumber tenaga yang tidak boleh diperbaharui terdiri daripada bahan api fosil. Bahan api fosil merupakan sisa tinggalan tumbuh-tumbuhan dan haiwan darat dan laut yang telah lama mati dan tertimbus di bawah timbunan batuan dalam kerak bumi. Ia tersimpan kira-kira 400 juta tahun dahulu dalam keadaan tekanan dan suhu yang tinggi dan akan berubah secara semula jadi lalu membentuk arang batu, petroleum dan gas asli. (Murtedza Mohamed, 1991:11). Sumber tenaga tersebut tidak boleh digantikan dalam masa yang singkat sekiranya ia habis digunakan. Bahan api fosil terdiri daripada arang batu, petroleum dan gas asli. Bahan api fosil merupakan sumber yang tidak boleh diperbaharui. Ketiga-tiga sumber ini terhad dan akan semakin berkurangan dan pupus jika digunakan dan dieksploitasi secara berterus-terusan walaupun banyak kawasan baru ditemui. Bahan api fosil mengandungi karbon dan hidrokarbon, maka ia sesuai digunakan untuk menjana sumber tenaga. Di Malaysia, kita masih lagi bergantung kepada bahan api fosil dalam penjanaan elektrik dan pengangkutan. Selain bahan api fosil iaitu petroleum, arang batu dan gas asli, tenaga nuklear juga merupakan sumber tenaga yang tidak boleh diperbaharui. Tenaga nuklear (nuclear energy) adalah tenaga yang tersimpan dalam nucleus atom (nuckeus of an atom). Tindak balas yang menghasilkan tenaga nuklear adalah pembelahan nuklear (nuclear fission) dan pelakuran nuklear (nuclear fision) . Sumber tenaga yang tidak boleh diperbaharui yang terkenal di dunia adalah petroleum. Petroleum merupakan sumber minyak mentah yang terdapat di perut bumi. Petroleum terbentuk dari fosil-fosil hidupan bumi dan memakan masa berjuta-juta tahun untuk terbentuk. Petroleum digali di tengah laut dan juga digali di kawasan daratan di sesetengah tempat. Hasil tapisan petroleum ialah petrol, diesel, kerosin, tar dan lainlain. Perkataan Petroleum berasal daripada perkataan Greek iaitu "petros" dan Latin, "oleum" yang membawa maksud "batu" dan "minyak". Sebelum "petroleum" diberi nama oleh Mineralogist German, Georg Bauer pada tahun 1556 orang ramai menyebutnya sebagai "minyak batu". Gas asli ialah gas yang terbentuk dalam lapisan magma di dalam bumi. Gas ini terperangkap di dalam lapisan-lapisan bumi, biasanya bersama-sama petroleum.
Nurul Atiqah Mohamad 2

Kemapanan Sumber Tidak Boleh Diperbaharui


Komposisi juga hampir sama, sebatian hidrokarbon terutamanya gas Metana. Pusat Elektrik Paka berfungsi sebagai pusat pengeluaran utama gas asli. Jepun adalah merupakan pengguna gas asli cecair ang utama di dunia dan mengimport lebih separuh gas asli cecair dunia. Jepun turut mengimport gas asli cecair dari Malaysia. Seterusnya, jika tumbuh-tumbuhan mati dan tertimbus lalu terawet dalam jangka masa berjuta-juta tahun, maka tumbuhan tersebut akan menjadi pepejal hitam iaitu arang batu. Arang batu merupakan batuan yang keras dan mudah terbakar. Hal ini kerana ia mengandungi karbon dan hidrokarbon selain sebatian dan unsur-unsur lain, terutamanya sulfur. Apabila arang batu tersebut dibakar, tenaga purba yang tersimpan di dalamnya akan dilepaskan sebagai haba. Stesen jana kuasa elektrik Sultan Salahudin Abd. Aziz, dan Tanjung Bin merupakan stesen jana kuasa yang menggunakan arang. Tanjung Bin merupakan stesen jana kuasa yang terbesar di Asia. Malaysia mempunyai simpanan arang batu di negeri Sabah dan Sarawak. Namun begitu, ia hanya dilombong dalam peratusan yang kecil. Oleh itu, kebanyakan sumber arang batu diimport dari negara luar.

SEJARAH

Nurul Atiqah Mohamad

Kemapanan Sumber Tidak Boleh Diperbaharui


Dari aspek sejarah, perkembangan petroleum bermula pada pertengahan abad ke-19. Petroleum mentah diambil dari tempat dimana terdapat kebocoran naik ke permukaan bumi. Oleh kerana ianya bercampur dengan sumber air dimana binatangbinatang menghirup melepas dahaga serta bercampur dengan air dalm telaga-telaga air yang digali manusia, bahan yang hari ini disebut petroleum ini dahulunya adalah seperti menyusahkan. Pada 1850an manusia mula mengkaji kegunaan petroleum ini untuk

menjadikannya bahan penghidup api pelita. Edwin L. Drake telah menemukan simpanan petroleum pada kedalaman 21 meter pada 27 Ogos 1859. Oleh kerana petroleum memberi hasil lebih baik dari usaha penangkapan ikan (untuk membuat minyak dari lemak) dan kosnya lebih murah untuk menyalakan lampu minyak, maka sudah tersedia permintaannya dalam pasaran dagangan, lalu bermulalah era petroleum. Allah telah mengaturkan komposisi kewujudan zat petroleum ini untuk dimanfaatkan bagi pelbagai kegunaan dalam aspek kehidupan manusia. Setengah dari manfaatnya yang cukup dikenali ialah bahan api dan minyak parafin. Yang lainnya seperti dalam perusahaan lilin, penggilap, pewangi dan kosmetik, sehinggalah pada pengeluaran keju iaitu sebagai bahan awet. Tidak ketinggalan manfaat petroleum dalam pembuatan racun serangga, getah tiruan, bahan plastik, kimia bahan pencuci, malah sesetengah ubat-ubatan juga mempunyai unsur-unsur yang berasal dari petroleum. Komposisi produk tekstil juga mempunyai unsur yang berasal dari petroleum. Kisah hebat tentang petroleum yang berlarutan sehingga hari ini bermula dari proses pereputan bahan-bahan organik sejak dari jutaan tahun dahulu, diteruskan pula dengan episod pembentukan deposit petroleum pada kedalaman bumi, digantikan pula episod pengeluaran pelbagai alat dan bahan dari kilang-kilang. Dalam ayat 4-5 surah Al-Ala, tedapatnya bayangan kepada emas hitam yang dikenali petroleum. Dalam 3 ayat yang sebelumnya Allah menyebutkan bahawa tiap-tiap sesuatu itu adalah menurut aturan dan kadar (ketentuan/ aturan/ hukum/ prinsip/ formula) yang telah ditentukan olehNya iaitu:
Nurul Atiqah Mohamad 4

Kemapanan Sumber Tidak Boleh Diperbaharui

Bertasbihlah mensucikan Tuhan mu Yang Maha Tinggi Yang telah menciptakan lalu menyesuaikan dengan aturan yang tertentu Yang telah mengatur (menetapkan kadar) lalu memberi hidayah petunjuk. (Surah Al-Alaa:1-3)

Perkembangan penggunaan petroleum di Malaysia bermula pada abad ke-19. Rakyat Bumiputera di Sabah dan Sarawak telah menyedari wujudnya serapan minyak atau minyak tanah seperti dikenali di setengah-setengah tempat terutamamya di sekitar kampung Miri. Pada Julai 1882, Residen British di daerah Baram telah mencatatkan adanya penemuan minyak. Beliau mencatatkan penduduk Melayu tempatan menggunakan minyak untuk tujuan perubatan dan untuk menghidupkan lampu minyak dan juga sebagai campuran dammar untuk menampal perahu. Pada tahun 1909, syarikat minyak Anglo-Saxon iaitu syarikat asal kepada Syarikat Sarawak Shell hari ini telah diberi hak untuk mengeksploitasi sumber petroleum yang terdapat di seluruh Sarawak. Pada bulan Ogos 1910, minyak dijumpai di Kampung Miri. Pada mulanya, sebanyak 8 tong minyak sehari telah dikeluarkan. Miri dapat dikatakan sebagai tapak bermulanya industry petroleum secara komersial di Malaysia. Pada tahun 1029, pengeluaran minyak adalah sebanyak 29 000 tong sehari. Manakala aktiviti carigali minyak pula hanya tertumpu di dataran bandar Miri sahaja. Pada tahun 1941-1945, telaga minyak Miri telah rosak teruk. Pengeluaran gagal dijalankan dan terpaksa ditutup pada Oktober 1972 sehingga ke hari ini. Pada tahun 1968, telaga minyak luar pantai yang pertama, West Lutong memulakan pengeluaran. 4000 tong minyak sehari dikeluarkan pada tahun 1968. 4 medan minyak telah diusahakan.
Nurul Atiqah Mohamad 5

Kemapanan Sumber Tidak Boleh Diperbaharui

Perkembangan sumber petroleum di Malaysia Tenaga nuklear juga merupakan sumber tenaga yang tidak boleh diperbaharui. Sejarah pekembangan tenaga nuklear di Malaysia bermula dengan penubuhan sebuah Pusat Penyelidikan Atom Tun Ismail (PUSPATI), di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar pada 19 September 1972. Penubuhan pusat ini diilhamkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Ismail Dato' Abdul Rahman, yang memikirkan Malaysia perlu memainkan peranan penting dalam pembangunan sains dan teknologi untuk kegunaan secara aman. Pada 10 Ogos 1972, Jawatankuasa Perancang Pembangunan Negara (JPPN) telah bersetuju agar pusat nuklear negara yang dibangunkan ini dinamakan Pusat Penyelidikan Atom Tun Ismail (PUSPATI) bersempena dengan nama Allahyarham Tun Dr. Ismail. PUSPATI terus berkembang apabila diberikan taraf sebagai Pusat

Penyelidikan Kebangsaan pada 12 Mac 1975, setelah syor yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Penasihat Kebangsaan Mengenai Tenaga Nuklear (JPKTN) mendapat persetujuan Jemaah Menteri. Pada 16 Jun 1983, PUSPATI ditukar nama kepada Unit Tenaga Nuklear dan diletak di bawah Jabatan Perdana Menteri, dan kemudiannya dipindahkan ke Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar pada 10 Oktober 1990. Pada 10 Ogos 1994, pusat ini ditukar nama kepada Institut Penyelidikan Teknologi Nuklear Malaysia (MINT). Mulai daripada
Nurul Atiqah Mohamad 6

Kemapanan Sumber Tidak Boleh Diperbaharui


28 September 2006, ianya dikenali sebagai Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia) selaras dengan keutamaannya dalam bidang pembangunan dan penyelidikan (P&P) kepada enam bidang utama, terdiri daripada bahan termaju, pembuatan termaju, bioteknologi, teknologi maklumat dan komunikasi, sumber alternatif dan teknologi nano.

Era P&P nuklear di Malaysia mula berkembang apabila Reaktor TRIGA PUSPATI (RTP) model Triga MK 11 memulakan operasi pada 28 Jun 1982, setelah mencapai tahap kegentingan pertama. Perkataan TRIGA adalah singkatan kepada Training, Research, Isotope Production dan General Atomic. Pembinaan RTP yang dimulakan dalam bulan November 1981 ini bertujuan untuk membangunkan bidang latihan, penyelidikan dan pengeluaran radiosotop yang terdapat di Agensi Nuklear Malaysia. RTP adalah reaktor jenis kolam yang direka bentuk bagi membolehkan eksprimen dijalankan di teras reaktor. Reaktor ini di reka agar sesuai digunakan dalam pelbagai bidang sains nuklear dan pendidikan. RTP juga menyediakan kemudahan untuk penggunaan neutron termaju dan kajian sinaran gama termasuk analisis pengaktifan neutron (NAA), analisis neutron tertunda (DNA), pengeluaran radiosotop untuk kegunaan perubatan, perindustrian dan pertanian, radiografi neutron dan penyerakan neutron sudut kecil (SANS). Sejak awal penubuhan agensi ini, tujuannya bukanlah untuk membangunkan mahupun membina senjata nuklear bagi peperangan ataupun mencipta bahan yang bersifat pemusnah kepada manusia sejagat. Malaysia adalah antara negara terawal di rantau ini yang menandatangani Triti Ketiakcambahan Senjata Nuklear (NPT), Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang melarang sebarang pembangunan senjata nuklear mahupun menerima apa jua bentuk bantuan dari luar mengenai senjata nuklear; dan Triti Pengharaman Menyeluruh Ujian Senjata Nuklear (CTBT). Sebuah stesyen pemantauan CTBT telah didirikan di Malaysia bagi tujuan pemantauan dan pengesanan ujian senjata nuklear. Pengawalan ke atas penggunaan benda-benda radioaktif di negara ini bermula sejak tahun 1968 lagi, apabila Parlimen meluluskan Akta-akta Benda radio aktif 1968. Berikutan daripada perkembangan pesat aktiviti-aktiviti tenaga atom di negara
Nurul Atiqah Mohamad 7

Kemapanan Sumber Tidak Boleh Diperbaharui


ini, pada April 1984, Parlimen telah meluluskan Akta Perlesenan Tenaga Atom (Akta 304). Pada 1 Februari 1985, selaras dengan kehendak Seksyen 3, Akta 304, Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) telah ditubuhkan di bawah Jabatan Perdana Menteri. AELB bertanggungjawab terhadap peraturan dan perlaksanaan Akta Bahan-bahan Radioaktif (Radioactive Substances Act), dasar negara mengenai tenaga nuklear dan keselamatan radiasi dan keselamatan. Mulai 27 Oktober 1990 AELB telah diletakkan di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi. AELB dianggotai oleh lima orang ahli yang dilantik oleh menteri. tenaga atom. Pengumuman Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak ketika dalam lawatan rasmi ke Korea Selatan pada Jun 2009, bahawa Malaysia berminat untuk membina loji nuklear berskala kecil sebagai sumber penjanaan elektrik telah memberikan suntikan baharu dalam bidang tenaga nuklear negara yang selama ini tertumpu kepada bidang penyelidikan dan pembangunan dalam bidang perubatan, perindustrian, pertanian dan pemeliharaan alam sekitar. Tenaga nuklear kini dilihat sebagai sumber alternatif terbaik untuk menjana kuasa elektrik negara bagi menampung permintaan tenaga yang kian meningkat dan penyusutan sumber tenaga minyak. Tenaga elektrik yang dihasilkan daripada teknologi kuasa nuklear disifatkan sebagai teknologi sihat dan lebih murah daripada sumber alternatif yang lain. Sesungguhnya loji janakuasa nuklear yang dicadang dibina dengan anggaran kos RM 9.75 billion dan dijangka beroperasi pada 2021 ini dilihat mampu menyumbang ke arah kemakmuran ekonomi dan pembangunan negara. Ianya juga selaras dengan hasrat negara yang mahu bergerak ke arah ekonomi karbon-rendah bagi menangani perubahan iklim dunia akibat pembebasan karbon dioksida. Baru-baru ini Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan bahawa Malaysia akan menggunakan tenaga nuklear sebagai penjana tenaga elektrik negara. Dengan itu, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air telah diminta mengenal pasti lokasi pembinaan loji nuklear negara pertama. Loji ini dijangka mula beroperasi pada tahun 2021. Tenaga nuklear dipilih kerana ia dianggap "effisien dan efektif" apatah lagi
Nurul Atiqah Mohamad 8

Ahli-ahlinya terdiri

daripada pakar-pakar yang berkelayakan dalam bidang sains dan teknikal berkaitan

Kemapanan Sumber Tidak Boleh Diperbaharui


dalam keadaan dunia masa kini yang menunjukkan bahawa penggunaan petroleum dan arang batu untuk menjana elektrik negara sebagai tidak lagi sesuai kerana kenaikan harga kedua-dua sumber tersebut dan juga tekanan terhadap alam sekitar akibat penggunaan bahan api fosil tersebut.

Agensi Nuklear Malaysia yang bertempat di Bangi, Selangor

AGAMA

Dari aspek agama pula, dalam Al-Quran Allah SWT telah menyebut di dalam sepotong ayat berikut:

tumbuhan. hitam.

(Dan Allah) telah menumbuhkan tumbuhDan Dia menjadikannya kering (surah Al-Alaa:4-5)

Nurul Atiqah Mohamad

Kemapanan Sumber Tidak Boleh Diperbaharui

Petroleum adalah hasil proses pereputan rumput-rampai, tumbuh-tumbuhan, alga dan paku-pakis, yang mana proses ini memakan masa jutaan tahun lamanya. Proses ini terjadi apabila bahan-bahan organik yang disebutkan tadi terdedah kepada kesan-kesan kimia yang berasal dari pelbagai jenis bakteria. Hari ini petroleum dipercayai berasal dari unsur organik. Tumbuh-tumbuhan yang dijadikan Allah lebih awal dari kejadian manusia, telah ditetapkan untuk bertukar (melalui perubahan masa) dalam kerangka ekologi (yang seimbang) bumi. Sisa-sisa organik yang mempunyai sifat berminyak juga terurai/mereput dibawah dasar lautan dalam jangka waktu jutaan tahun. Zat-zat yang mempunyai ciri-ciri berminyak inilah yang telah bertukar (dengan kekuasaan Allah) menjadi bahan yang hari ini kita kenali sebagai petroleum.

Dalam ayat Al-Quran yang dinyatakan di atas, petroleum diwakili oleh terjemahan hitam dan sesetengah tafsir Quran berbahasa Inggeris menterjemahkan hitam itu sebagai blackish floodwater yang membawa maksud cecair hitam yang mengalir. Simpanan petroleum dalam bumi pada kebiasaannya akan bergerak dari tempat pembentukannya kerana ianya tidak mempunyai sifat berdiam dalam bumi. Petroleum mempunyai sifat seperti cecair. Dengan kata lain petroleum juga mengalir. Petroleum mengalir dari suatu lokasi ke lokasi lain dalam jarak yang sangat jauh lalu berkumpul di lokasi yang mana terdapat struktur batuan yang tidak mempunyai liang.
Nurul Atiqah Mohamad 10

Kemapanan Sumber Tidak Boleh Diperbaharui


Maknanya petroleum yang dicarigali hari ini adalah petroleum yang telah berkumpul akibat tersekat dari jalan alirannya dalam bumi. Secara ringkas, dapat kita ertikan tujuan perkataan hitam yang disebut Allah dalam ayat di atas ialah petroleum yang:

Terjadi dari unsur organik

Bewarna hitam

Mengalir seperti air (cecair)

KEPENTINGAN

Dari

aspek

kepentingan, oleh sumber

perkembangan tenaga ini

sumber

tenaga

tidak

boleh dunia.

diperbaharui di Malaysia tidak kurang hebatnya. Pelbagai kepentingan yang telah disumbangkan dalam menjana ekonomi Pembangunan negara Malaysia yang sedang kita nikmati ini adalah kerana dengan adanya petroleum dan gas asli. Kepentingan petroleum bukan sahaja dari aspek politik dan pertahanan tetapi ia turut mempengaruhi kehidupan kita. Maju mundurnya sesebuah negara amat bergantung kepada petroleum. Krisis tenaga pada tahun 1973-1974 menggambarkan bagaimana pentingnya petroleum bagi perkembangan sesebuh negara. Kepentingan petroleum di Malaysia adalah ia digunakan sebagai bahan bakar bagi menggerakkan kenderaan.. Selain sebagai bahan bakar dan pelincir, petroleum turut digunakan dalam pelbagai industri seperti pembuatan pelarut, baja serta racun perosak, sabun dan detergen, pewangi, plastik, bahan letupan dan lain-lain

Nurul Atiqah Mohamad

11

Kemapanan Sumber Tidak Boleh Diperbaharui


Kepentingan teknologi nuklear di Malaysia juga semakin diakui oleh ramai pihak. Terdapat beberapa kelebihan penggunaan tenaga nuklear untuk menghasilkan elektrik. Antaranya, tenaga nuklear dikatakan dapat menjana tenaga dalam jumlah yang banyak dan pada satu jangka masa yang panjang berbanding penjanaan tenaga elektrik menggunakan bahan api fosil seperti petroleum dan arang batu. Ini kerana penggunaan bahan uranium (bahan utama logi tenaga nuklear) akan menghasilkan lebih banyak tenaga untuk jangkasama yang panjang. Dikatakan, satu tan uranium boleh menghasilkan lebih banyak tenaga berbanding penggunaan beberapa million tan arang batu atau beberapa million barrel minyak. Keadaan ini pastinya merupakan satu berita baik kerana bahan api fosil semakin berkurangan. Tenaga nuklear juga dikatakan sangat mesra alam. Penghasilan tenaga elektrik dengan menggunakan tenaga nuklear tidak akan mencemarkan udara. Ini kerana logi tenaga nuklear tidak akan membebaskan gas-gas rumah hijau seperti karbon, methane, ozon dan CFC semasa beroperasi dan dengan itu tidak mencemarkan udara. Dalam hal ini, ia akan membantu mengurangkan kesan rumah hijau. Selain itu, pembinaan logi nuklear juga tidak memerlukan kawasan yang besar dan dalam jangka masa panjang, tenaga nuklear akan menghasilkan tenaga elektrik yang lebih murah kerana kos operasinya yang rendah. Ini pastinya satu berita baik kepada pengguna. Dalam Persidangan Antarabangsa Nuklear 2009, Memperkukuh Perkongsian Dalam Tenaga Nuklear (ICN 2009), Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili berkata, penggunaan tenaga nuklear dapat menjamin permintaan penggunaan tenaga negara menjangkaui tahun 2020 di samping mengurangkan kesan perubahan iklim dunia. Selain itu, jelasnya, perkembangan teknologi nuklear juga perlu dimanfaat kepada sektor-sektor yang tidak melibatkan tenaga seperti kesihatan, pertanian, perikanan serta pengurusan sumber dan penjagaan alam sekitar. "Aplikasi teknologi nuklear perlu diperluas dan dibangunkan dalam bidang-bidang yang mempunyai teknologi berkaitan seperti sains material, nanoteknologi, bioteknologi dan pelbagai bidang dalam kejuruteraan," katanya.

Nurul Atiqah Mohamad

12

Kemapanan Sumber Tidak Boleh Diperbaharui

KESAN

Dari aspek kesan, penggunaan bahan api fosil iaitu petroleum, gas asli dan Loji Nuklear arang batu dalam penjanaan tenaga elektrik di Malaysia turut membawa kesan yang negatif. Pembakaran bahan api fosil dalam penjanaan tenaga elektrik telah membebaskan asap yang mengandungi berjuta-juta ton bahan-bahan terampai seperti karbon dioksida, sulfur dioksida, hidrokarbon dan sebagainya ke udara. Masalah ini menyebabkan udara menjadi semakin tercemar kerana ditambah pula dengan pembebasan gas-gas pencemar oleh industri-industri perkilangan lain dan kenderaankenderaan bermotor. Maka, hal ini telah memburukkan lagi keadaan sehingga boleh menyebabkan berlakunya kejadian hujan asid, jerebu, dan peningkatan suhu yang juga boleh mendatangkan kesan buruk kepada manusia.

Hujan Asid
Hujan asid secara semulajadi adalah berasid. Hal ini disebabkan oleh air hujan yang turun akan bergabung dengan karbon dioksida dan gas-gas berasid contonya seperti sulfur dioksida yang terdapat di atmosfera. Pada masa kini, peningkatan penggunaan tenaga elektrik telah menyebabkan bahan api fosil dibakar dalam jumlah yang banyak. Pembakaran bahan api fosil seperti minyak dan arang batu oleh loji tenaga membebaskan banyak bahan-bahan pencemar. Bahan-bahan pencemar ini kemudiannya disebarkan oleh angin dan akan bergabung dengan titisan air yang turun sebagai air hujan lalu membentuk asid sulfurik
Nurul Atiqah Mohamad 13

Kemapanan Sumber Tidak Boleh Diperbaharui


dan asid nitrik. Hujan asid yang turun ke bumi akan terkumpul menjadi pemendapan berasid. Hal ini berlaku apabila asid terkumpul dan menjadi semakin pekat. Asid yang terlalu pekat boleh menyebabkan tumbuh-tumbuhan dan hidupan di dalam tasik mati, bangunan dan batu menjadi lemah dan rapuh, warna bangunan, kereta dan lain-lain menjadi pudar, mudah rosak, dan cepat berkarat. Selain itu, hujan asid juga merosakkan kesihatan manusia terutama kepada golongan kanan-kanak dan golongan warga emas, serta mereka yang berpenyakit seperti penghidap asma.

Proses pembentukan hujan asid

Jerebu
Jerebu pula merupakan zarah-zarah kecil yang boleh wujud secara semulajadi ataupun wujud akibat daripada aktiviti manusia. Masalah jerebu sering kali berlaku di Malaysia. Keadaan ini berpunca apabila berlaku pembakaran bahan api fosil yang tidak lengkap dari stesen jana kuasa serta proses perindustrian yang mengeluarkan asap hitam. Apabila zarah-zarah kecil ini berkumpul dalam jumlah yang banyak, bertaburan dan terapung di udara maka ia akan bertindak menyerap dan menghalang cahaya matahari dari sampai ke permukaan bumi. Keadaan ini kemudiannya akan menyekat pemandangan dan menurunkan kadar penglihatan.
Nurul Atiqah Mohamad 14

Kemapanan Sumber Tidak Boleh Diperbaharui


Jerebu adalah satu fenomena yang begitu merunsingkan pada suatu ketika dahulu. Contohnya pada 11 Ogos 2005, Malaysia pernah mengisytiharkan darurat akibat jerebu di Selangor dan Pelabuhan Klang setelah bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi paras 500. Hal ini telah menyebabkan kesihatan dan kadar penglihatan penduduk di kawasan tersebut terjejas. IPU diperolehi daripada pengukuran habuk yang halus (10 mikron ke bawah) dan beberapa jenis gas yang boleh menjejaskan kesihatan iaitu karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan ozon. Jerebu selalunya berlaku di kawasan bandar. Kesan-kesan yang akan dialami setelah terdedah secara berterusan kepada jerebu termasuklah terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk, kesukaran untuk bernafas atau kesesakan nafas, mata pula terasa pedih dan berair, hidung berair dan kerap bersin, kulit badan terasa gatal-gatal dan terasa sakit dada.

Keadaan jerebu yang berlaku di Kuala Lumpur

Peningkatan Suhu Bumi


Nurul Atiqah Mohamad 15

Kemapanan Sumber Tidak Boleh Diperbaharui

Kenaikan suhu bumi dan penipisan lapisan ozon menjadi punca kepada pemanasan global yang dapat dirasakan oleh seluruh dunia termasuk Malaysia. Kenaikan suhu bumi berlaku disebabkan oleh pembebasan gas-gas pencemar seperti gas karbon dioksida ke udara. Hal ini menyebabkan hutan tidak dapat lagi berfungsi sebagai penyerap gas karbon dioksida. Maka, kandungan gas karbon dioksida semakin meningkat dalam udara. Gas karbon dioksida yang terlalu banyak ini telah bertindak menyerap haba, maka menyebabkan haba tidak dapat terbebas ke udara dan lalu menyebabkan suhu bumi meningkat dan persekitarannya menjadi panas. Penyusutan lapisan ozon juga menyebabkan kejadian pemanasan global ini. Kesannya adalah, permukaan bumi menjadi panas, ekosistem terganggu, banjir berlaku secara kerap dan juga berlakunya kejadian alam seperti gempa bumi, letusan gunung berapi dan sebagainya.

Di sebalik kelebihan tenaga nuklear ini, terdapat juga beberapa keburukan penggunaan tenaga nuklear. Antara keburukan tersebut ialah, tenaga nuklear boleh memberi kesan tidak baik kepada kesihatan manusia. Ini kerana, tenaga nuklear menghasilkan radiasi. Radiasi ini sangat berbahaya kepada tubuh badan manusia kerana radiasi itu boleh merosakkan sel badan. Selain itu, bahan radioaktif yang terhasil daripada aktiviti penjanaan tenaga elektrik menggunakan tenaga nuklear juga amat berbahaya dan kos menguruskannya juga amat tinggi. Bahan radioaktif ini, jika dilepaskan ke alam sekitar, akan bertahan untuk satu jangka masa yang lama sebelum ia mencecah tahap selamat kepada manusia. Tenaga nuklear bergantung kepada
Nurul Atiqah Mohamad 16

Kemapanan Sumber Tidak Boleh Diperbaharui


bahan uranium. Uranium dikategorikan sebagai bahan api tidak boleh diganti ( non renewable energy) sama seperti petroleum dan arang batu. Walaupun buat masa ini, sumber uranium masih banyak tetapi ia juga akan berkurangan jika terus digunakan. Oleh itu, ia juga akan habis pada satu masa nanti. Kekurangan lain yang juga sering dikaitkan dengan penggunaan tenaga nuklear ialah risiko kemalangan di loji tenaga nuklear. Jika kemalangan ini berlaku, masalahnya sangat besar dan kesannya akan mengambil masa yang panjang untuk hilang. Sebagai contoh, kemalangan reaktor nuklear di Chernobyl pada April 1986. Dikatakan bahawa, tragedi letupan reaktor nuklear ini merupakan yang terburuk dalam sejarah dunia. Letupan ini telah membebaskan 300 kali lebih bahan radioaktif berbanding peristiwa pengeboman Bandar Hiroshima. Radioaktif itu tersebar luas hingga ke bahagian Barat Kesatuan Soviet, Timur dan Barat Eropah, daerah-daerah Scandinavia, British Isles dan Timur Amerika Utara. Di samping itu, kontaminasi teruk berlaku di kawasan-kawasan Ukraine, Belarus, dan Rusia hingga memaksa lebih daripada 336,000 orang penduduk dipindahkan dari rumah-rumah mereka. Satu laporan yang disediakan oleh International Atomic Energy Agency (IAEA) and World Health Organization (WHO), menunjukkan bahawa berlaku 56 kematian serta-merta. Manakala, dianggarkan dalam 6.6 juta orang yang telah terdedah kepada radiasi letupan itu, 9000 daripadanya dijangkakan akan mati akibat pelbagai jenis penyakit kanser. Akhir sekali, isu keselamatan. Logi nuklear berpotensi untuk disalahgunakan bagi tujuan keganasan. Sama ada keganasan berbentuk manipulasi bahan itu untuk tujuan tidak baik ataupun kemungkinan logi diserang atau diambil alih oleh pengganas. Dalam keadaan ini, kawalan keselamatan yang sangat ketat amat diperlukan. Berdasarkan penjelasan ini, nyata bahawa terdapat banyak cabaran yang perlu diambil kira jika tenaga nuklear ingin digunakan. Walaupun penggunaan tenaga nuklear punya beberapa faedah, namun timbangan baik-buruknya harus dilakukan sebaik, seadil dan secara sangat terperinci agar implementasi rancangan ini tidak membawa mudarat sama ada kepada manusia mahupun alam secara keseluruhan.

Nurul Atiqah Mohamad

17

Kemapanan Sumber Tidak Boleh Diperbaharui

PERANAN KERAJAAN DAN MASYARAKAT


Peranan kerajaan dan masyarakat adalah sangat penting bagi mengatasi masalah dan kesan-kesan negatif yang timbul akibat daripada penggunaan sumber tenaga yang tidak boleh diperbaharui. Penggunaan bahan api fosil seperti minyak, arang batu dan gas asli sebagai bahan bakar dalam penjanaan elektrik oleh stesen jana kuasa sememangnya mengundang kepada masalah pencemaran udara. Maka, langkah-langkah pencegahan dan pengawalan yang efektif telah diambil oleh pihak stesen jana kuasa untuk meminimakan pelepasan sisa gas dan cecair ke persekitaran dengan menggunakan teknologi terkini supaya ia tidak menjejaskan alam sekiatar fizikal dan alam sekitar manusia. Antara langkah-langkah yang akan diambil bagi meminimumkan pencemaran udara akibat penggunaan arang batu sebagai bahan bakar adalah melalui pemasangan Electrostatic Precipitator (ESP) iaitu sejenis perangkap habuk yang berupaya untuk memerangkap 99.7% habuk produk pembakaran dari terlepas ke udara. Di samping itu, penggunaan Flue Gas Desulphurization (FGD ) boleh diguna pakai dalam operasi stesen janakuasa bagi tujuan menyerap sulfur yang terhasil daripada pembakaran arang batu, manakala penunu rendah NOx atau Low Nox Burner pula dapat digunakan bagi mengawal kandungan Nitrogen Oksida (NOx). Seterusnya, pepejal yang terhasil daripada pembakaran arang batu seperti abu terbang dapat diguna pakai dalam industri simen. Penjana stim yang digunakan pula mempunyai rekabentuk jenis supercritical once-through, jenis panas semula yang dilengkapkan dengan relau yang disejukkan oleh air, superheater, reheater, dan economizers. Ia berfungsi menghasilkan stim bertekanan tinggi memutarkan turbin stim seterusnya menjana kuasa elektrik. Sistem
Nurul Atiqah Mohamad 18

Kemapanan Sumber Tidak Boleh Diperbaharui


pembakaran akan dilengkapi dengan penunu rendah NOx lanjutan jenis vorteks dengan senapang minyak api di tengah penunu. Pembakaran dengan menggunakan bekalan udara over-fire dilaksanakan untuk pengurangan NOx dan pembakaran zarah arang batu yang lebih lengkap. Selain itu, dari segi pengurusan air sisa buangan pula, loji jana kuasa juga perlu dilengkapi dengan sistem merawat air kumbahan bagi memastikan sisa air yang dirawat memenuhi piawaian yang telah ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS). Di stesen jana kuasa arang batu, air hujan yang terkumpul di lapangan arang batu akan dialirkan dan disimpan di dalam kolam takungan. Hal ini bagi tujuan pemendapan pepejal terampai sebelum ia dipam ke kolam abu. Manakala,air sisa buangan yang selebihnya pula akan dikumpul di loji rawatan air sisa untuk proses perawatan sebelum dilepaskan. Alat hembus campuran akan dipasang untuk melaraskan pH air buangan sebelum ia dilepaskan. Sementara itu, pemasangan stesen-stesen pengesan kualiti udara di kawasan yang berdekatan penempatan penduduk juga perlu dilakukan supaya maklumat mengenai tahap kualiti udara dapat disalurkan secara berterusan. Maklumat ini seterusnya perlulah dipantau oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) bagi memastikan tahap pencemaran udara berada pada paras yang telah ditetapkan.

CADANGAN DAN PANDANGAN


Bagi mengatasi masalah-masalah yang timbul daripada penggunaan sumber tenaga yang tidak boleh diperbaharui, terdapat beberapa cadangan dan pandangan saya mengenai langkah-langkah yang boleh dilakukan. Bagi mengurangkan masalah pencemaran udara yang berlaku daripada pembakaran petrol, rakyat Malaysia perlu menyahut seruan kerajaan untuk sama-sama berusaha menjimatkan penggunaan petrol. Antaranya adalah berkongsi kenderaan ke
Nurul Atiqah Mohamad 19

Kemapanan Sumber Tidak Boleh Diperbaharui


tempat kerja. Tindakan berkongsi kenderaan akan membantu mengurangkan jumlah kenderaan di atas jalan raya dan seterusnya akan membantu mengurangkan pencemaran udara Rakyat Malaysia boleh menggunakan kenderaan awam yang telah disediakan oleh pihak kerajaan seperti bas, komuter dan LRT. Menggunakan perkhidmatan kenderan awam juga akan turut membantu dalam mengurangkan kesesakan jalan raya. Menggunakan sumber-sumber alternatif yang dihasilkan daripada tenaga yang boleh diperbaharui juga boleh mengurangkan kesan negatif yang timbul daripada penggunaan tenaga yang tidak boleh diperbaharui ini. Contoh sumber tenaga yang boleh diperbaharui adalah: Tenaga Solar Tenaga Hidro Hidrogen

Sumber Tenaga Yang Tidak Boleh Diperbaharui Tenaga Angin

Biojisim

Tenaga Solar

Tenaga solar merupakan salah satu tenaga alternatif yang boleh diperbaharui dan tidak akan kehabisan. Tenaga solar adalah daripada cahaya matahari. Malaysia merupakan negara yang beriklim panas dan lembap sepanjang tahun. Malaysia mendapat sebanyak 10 jam tenaga suria setiap hari dan masa matahari tegak diatas kepala merupakan satu masa yang memancarkan tenaga suria secara maksimum. Oleh itu pada ketika matahari tegak diatas kepala, tenaga suria boleh dijana secara maksimum melalui penggunaan kaedah pengumpul penumpu. Dengan menggunakan kaedah ini, ia dapat menghasilkan suhu yang sangat tinggi untuk menghasilkan tenaga.

Nurul Atiqah Mohamad

20

Kemapanan Sumber Tidak Boleh Diperbaharui


Pantai barat semenanjung Malaysia dan pulau-pulau kecil di pantai barat semenanjung Malaysia mempunyai potensi yang amat luas untuk menjana tenaga solar kerana kawasan ini mendapat sinaran matahari sepanjang tahun. Hal ini adalah kerana kawasan ini tidak mengalami musim tengkujuh seperti yang berlaku di kawasan pantai timur semenanjung Malaysia yang akan mengalami musim tengkujuh sekali setiap tahun. Maka, kawasan pantai timur semenanjung Malaysia tidak sesuai untuk dijanakan tenaga suria.

Panel Solar

Tenaga Hidro

Tenaga hidro juga merupakan salah satu tenaga alternatif yang popular di negara-negara membangun untuk menggantikan bahan api fosil. Manusia telah menggunakan tenaga ini untuk menjalankan kehidupan sejak beribu-ribu tahun dahulu lagi dengan menggunakan air bagi memusingkan roda pedal untuk mengisar gandum.Tenaga ini dapat dijalankan jika terdapatnya sungai yang mempunyai aliran deras. Aliran sungai yang deras seperti air terjun membolehkan tenaga elektrik yang tinggi dihasilkan. Hal ini demikian kerana aliran air yang jatuh dari puncak air terjun membolehkan turbin digerakkan dan seterusnya menyebabkan generator elektrik
Nurul Atiqah Mohamad 21

Kemapanan Sumber Tidak Boleh Diperbaharui


menghasilkan tenaga elektrik. Malaysia mempunyai aliran sungai yang deras maka, membolehkan empangan hidroelektrik dibina. Contohnya seperti Empangan Bakun di Sarawak, Empangan Kenyir di Terengganu dan lain-lain. Maka, dapat dilihat bahawa tenaga alternatif seperti tenaga hidroelektrik kini penting kepada seluruh penduduk di dunia termasuklah Malaysia dalam pembekalan tenaga elektrik. Tenaga hidroelektrik ini juga bersih dan tidak mencemarkan

udara. Penghasilan tenaga ini tidak membebaskan gas karbon dioksida yang mampu mencemarkan kandungan udara dan bahan radio aktif atau bahan kimia lain yang boleh mencemarkan sungai. Hal ini berbeza pula dengan tenaga konvensional seperti petroleum yang mampu mencemarkan kandungan udara di sekeliling ketika proses pembakarannya di stesen jana kuasa. Tenaga hidroelektrik juga telah menjadi komersial kerana tenaga ini selamat digunakan dan sangat efisien kepada pengguna. Tambahan lagi, tenaga hidroelektrik juga amat murah untuk dijanakan. Hal ini bersesuaian dengan keadaan kewangan negara-negara membangun seperti Malaysia yang masih belum begitu kukuh. Melalui penjanaan hidroelektrik ini, ia mampu memberikan pulangan yang agak lumayan kerana tenaga ini merupakan salah satu tenaga yang komersial di dunia.

Stesen Janakuasa Hidroelektrik

Nurul Atiqah Mohamad

22

Kemapanan Sumber Tidak Boleh Diperbaharui


Hidrogen

Hidrogen merupakan unsur paling ringan, dengan dua atom hidrogen membentuk satu molekul hidrogen. Hidrogen wujud secara bebas, dan juga sebagai sebahagian daripada air, bahan galian, dan bahan organik. Hidrogen dibebaskan semula melalui elektrolisis air dan melalui pemprosesan petroleum. Hidrogen tidak terbakar, tetapi meletup apabila bercampur dengan oksigendan didedahkan kepada api. Hidrogen juga merupakan bahan pengganti kepada bahan api fosil. Hidrogen boleh digunakan sebagai sejenis bahan api untuk menggerakkan kenderaan. Hidrogen akan dibakar dalam enjin melalui kaedah yang serupa seperti kereta petrol tradisional. Dalam penukaran sel bahan api, hidrogen akan bertindak balas dengan oksigen untuk menghasilkan air dan elektrik untuk menjana motor tarikan elektrik. Kenderaan yang menggunakan hidrogen sebagai bahan bakar dapat mengurangkan pembebasan gas rumah hijau dan gas perosak lapisan ozon. Namun begitu, untuk mendapatkan bahan ini adalah sukar kerana hidrogen diperoleh melalui kaedah termokimia yang menggunakan gas asli, arang, gas petroleum cecair, dan biojisim, melalui proses termolisis atau dihasilkan dari air melalui elektrolisis. Oleh itu, hidrogen dikenali sebagai kaedah yang paling kurang cekap dan paling mahal untuk mengurangkan gas rumah hijau.

Biojisim
Nurul Atiqah Mohamad 23

Kemapanan Sumber Tidak Boleh Diperbaharui

Tenaga biomass salah satu sumber tenaga yang tertua di dunia. Tenaga biomass ini mudah diperoleh kerana merupakan sumber tenaga yang bergantung sepenuhnya dengan alam sekitar. Tenaga biomass ini juga dikenali dengan nama tenaga biojisim ataupun tenaga biogas. Pada masa dahulu masyarakat menggunakan tenaga biomass dengan mengambil kayu-kayan sebagai bahan bakar utama untuk mendapatkan tenaga. Namun kini ekoran daripada aktiviti pertanian yang giat dijalankan hasil hampas daripada sisa pertanian ini boleh digunakan sebagai sumber tenaga biomass. Contohnya negara Brazil banyak menggunakan hampas daripada tebu untuk menghasilkan tenaga elektrik daripada sumber biomass ini. Biomass juga merupakan salah satu alternatif untuk menggantikan bahan bakar fosil. Ia merujuk kepada bahan buangan dan sisa-sisa organik seperti sisa tumbuhan, sisa tanaman, sisa makanan dan najis haiwan serta sisa domestik khususnya sampah sarap. Tenaga biomass dapat di gunakan untuk pelbagai tujuan, antaranya ialah menghasilkan tenaga elektrik, menghasilkan tenaga haba secara langsung dan menghasilkan bahan api berbentuk gas, cecair dan pepejal. Biomass menghasilkan karbon dioksida yang jauh lebih sedikit jika dibandingkan dengan bahan bakar fosil yang sememangnya mencemarkan udara. Biomass dapat terurai dan sumber bahan buatan biomass adalah terjamin serta mampu mengelakkan daripada rumah hijau. Malaysia berpotensi menghasilkan tenaga biomass kerana terdapat banyak bahan buangan dan sisa organik. Bahan buangan industri sawit seperti tandan sawit dan air sisa sawit terutamanya daripada kilang minyak sawit berpotensi dapat digunakan sebagai sumber bahan bakar bagi menghasilkan tenaga elektrik dan sebagainya. Selain sisa kelapa sawit, sisa padi seperti jerami, dan sekam padi serta sisa kilang papan sperti kulit kayu, reja kayu dan habuk gergaji juga dapat digunakan untuk mengahasilkan tenaga biomass.

Nurul Atiqah Mohamad

24

Kemapanan Sumber Tidak Boleh Diperbaharui

Tenaga Angin Angin adalah udara yang bergerak. Ia tidak boleh dilihat tetapi boleh dirasai. Angin yang melalui penjana (turbin) akan memusingkannya dan pergerakan ini membolehkan tenaga elektrik dihasilkan. Ia berubah daripada tenaga kinetik kepada tenaga elektrik. Penjanaan jenis ini bergantung kepada kekuatan tiupan angin. Ia memerlukan kekuatan tiupan angin yang kuat.

Kincir Angin

Nurul Atiqah Mohamad

25

Kemapanan Sumber Tidak Boleh Diperbaharui


Sebagai kesimpulannya, sumber tenaga yang tidak boleh diperbaharui telah memberi 1001 kebaikan dan manfaat kepada kita. Walaupun penggunaannya sedikit sebanyak membawa kesan yang negatif seperti pencemaran, kita sebagai rakyat Malaysia perlulah berganding bahu bersama-sama pihak kerajaan dalam usaha menggunakan sumber tenaga ini secara berhemah dengan tidak membawa kepada kemusnahan kepada negara Malaysia yang tercinta ini.

RUJUKAN
Artikel Dewan Siswa (2011) Perkembangan Tenaga Nuklear Malaysia dipetik daripada http://www.arkib.gov.my/perkembangan-tenaga-nuklear-malaysia1 pada 30 Ogos 2013 Azrina Bt. Sobian. Tenaga Nuklear Sebagai Penjana Tenaga Elektrik Negara dipetik daripada http://www.ikim.gov.my/index.php/ms/artikel/8146-tenaga-nuklear-sebagaipenjana-tenaga-elektrik-negara pada 15 Ogos 2013 Cikgu Naza (2011) Sains 123: Tenaga Nuklear dipetik daripada http://www.sains123.cikgunaza.com/2012/07/tenaga-nuklear.html pada 1 Julai 2013 Isma (2012) Assigment Hgf3032 : Penggunaan Bahan Api Fosil Dalam Penjanaan Elektrik Di Malaysia dipetik daripada http://isma1991.blogspot.com/2012/01/assigment-hgf3032-penggunaan-bahanapi.html pada 4 Julai 2013 Samsuri, Ariffin and A. Rahman, M. Azmi Perkembangan Industri Petroleum Dan Sumbangannya Kepada Negara. In: Kongress Sains dan Teknologi Malaysia 1992, Sesi Johor, Seminar Peranan Sains dan Teknologi Dalam Pertumbuhan Industri Johor, Johor. Dipetik daripada http://eprints.utm.my/3735/ pada 6 Julai 2013

Nurul Atiqah Mohamad

26

Kemapanan Sumber Tidak Boleh Diperbaharui


Tiada Pengarang (2010) Sejarah Petronas dipetik daripada http://impossibleinformations.blogspot.com/2010/02/sejarah-petronas.html pada 20 Julai 2013 Utusan Online (2007) Bersiap Sedia Guna Tenaga Nuklear dipetik daripada http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp? y=2007&dt=1112&sec=Rencana&pg=re_01.htm pada 5 September 2013 Utusan Online (2009) Nuklear Sebagai Sumber Tenaga Alternatif dipetik daripada http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp? y=2009&dt=0630&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_20.htm pada 10 September 2013

Nurul Atiqah Mohamad

27

También podría gustarte