Está en la página 1de 2

Kupasan Konflik Pulau Ligitan dan Pulau Sipadan.

Pertikaian status keatas dua pulau iaitu, Pulau Ligitan dan Pulau Sipadan. Perebutan terjadi diantara Malaysia dan Indonesia. Kedua-dua pulau ini terletak di Kepulauan Makassar, Pulau Sipadan ini berkeluasan anggaran 50.000 meter persegi dan Pulau Ligitan Berkeluasan kira-kira 180.00 meter persegi ini terletak di Tawau, Sabah. Konflik ini mula timbul pada tau 1967 semasa pertemuan teknikal undangundang laut apabila Malaysia dan Indonesia saling memasukkan Pulau Sipadan dan Pulau Ligitan ke dalam peta wilayah masin-masing. Setelah kejadian tiu kedua-dua buah negara bersetuju untuk meletakkan kedua-dua pulau tersebut di dalam status quo. Namun pengertian keatas status quo oleh kedua-dua buah Negara tersebut adalah berbeza. Bagi pihak Malaysia apabila status quo diletakkan keatas Pulau Ligitan dan Pulau Sipadan, bererti pihak Malaysia akan terus menguruskan pulau tersebut. Tetapi bagi pihak Indonesia, apabila Pulau Sipadan dan Ligitan diletakkan diatas status quo, tidak boleh diduduki oleh mana-mana pihak sehingga persoalan tenteng hak pemilikan kedaulatan keatas Pulai Ligitan dan Sipadan terjawab. Oleh kerana perselisihan faham terhadap status quo, Malaysia sempat membina beberapa cottage diatas pulau tersebut untuk dijadikan tempat penginapan pelancong. Oleh kerana Indonesia merasakan pulau tersebut adalah miliknya, Indonesia terus menghantar notis bantahan ke Kuala Lumpur, agar pembangunan yang sedang dijalankan akan terus dihentikan dahulu kerana persengketaan keduadua buah pulau ini masih belum selesai. Pada tahun 1976 Perjanjian Persahabatan dan kerjasama di Asia Tenggara dalam sidang kemuncak pertama ASEAN memberi cadangan untuk membantu Malaysia dan Indonesia menyelesaikan kes pertindihan pulau tersebut. Tetapi cadangan tersebut ditolak oleh pihak Malaysia. Malaysia memberi alasan bahawa Malaysia sedang terlibat dengan konflik pertindihan tuntutan wilayah keatas Pulau Batu Puteh, Middle Rocks dan South Ledge dengan Singapura.

También podría gustarte