http://lesungpipit-jc.blogspot.com/2011/07/nota-edu3108.

html BAB 5 PERANAN GURU SEKOLAH RENDAH

1) Peranan Guru • Pengamal Ilmu dan Kemahiran • Pembimbing • Pengamal Reflektif • Penyelidik • Agen Sosial • Agen Perubahan • Pengganti Ibu Bapa • Pembentuk Tingkah Laku • Pengurus Pembelajaran 2) Pengamal Ilmu dan Kemahiran - Pengamal pengetahuan kandungan pedagogi. - Menstruktur pengajaran dengan mengintegrasikan unsur kemahiran dan nilai. - Mempunyai peranan memindahkan ilmu dan meninggikan adab murid. - Mempraktikkan budaya ilmu – membaca, berfikir, membuat penyelidikan & mencari idea baru. 3) Pembimbing - Menyemai minat dan motivasi terhadap mata pelajaran. - Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid. - Menanamkan minat dan sikap yang sihat pada alam persekolahan & amalan seharian. - Mengenal pasti & membantu murid yang mengalami masalah spt pelajaran, sosioemosi & kesihatan.

4) Pengamal Reflektif - Membantu guru permulaan menstruktur pemikiran bagi menguasai aspek kandungan pengetahuan. - Meningkatkan tahap profesional guru. - Menambahbaik aktiviti P&P. - Jika diterapkan kepada murid membolehkan mereka memperoleh kemahiran berfikir kritis & kreatif. 5) Penyelidik - Dapat meningkatkan kualiti P&P. - Menjalankan pelbagai jenis penyelidikan yang berkaitan amalan P&P.

.Mengawal sikap penyayang . . BBM dan membuat rujukan pada bahan lain yang terkini.Guru bukan sahaja menyampaikan pengetahuan tetapi perlu menupuk sahsiah. nilai agama. sikap dan nilai selaras dengan kehendak budaya masyarakat.Menggunakan strategi pemusatan murid . . . 7) Agen Perubahan .Guru agen sosialisasi. prejudis atau diskriminasi.Bilik darjah yang efektif menekankan pembentuk tingkah laku (kesungguhan. toleransi dan kesabaran).Memupuk nilai persahabatan. persahabatan.Menguruskan persediaan mengajar teratur dan sistematik seperti RHP.Oleh itu guru perlu membina kesepaduan ilmu. .Bersikap proaktif . nilai terminal & nilai instrumental bagi membentuk tingkah laku murid. . .Mengurus perancangan penilaian termasuk prosedur dan BBM. 6) Agen Sosial .Guru boleh menjaalankan penyelidikan biasa menggunakan kaedah kes. . . kerajinan. . . pemerhatian & temubual. kemahiran dan nilai kepada murid.Guru berperanan mengawal kepincangan ini. toleransi dalam kalangan pelajar. . . 9) Pembentuk Tingkah Laku . . ketekunan. soal selidik.Mengurus pelbagai rutin bilik darjah dan rutin aktiviti murid.Menerapkan nilai kepimpinan demokratik.Bersedia menghadapi perubahan 8) Pengganti Ibu BapA .Menggunakan BBM dan mengkaji keberkesanannya melalui kajian penyelidikan tindakan. .Peranan guru sebagai agen perubahan meliputi .Guru menyampaikan nilai moral.Guru perlu mendapat kefahaman sosiobudaya anak muridnya. .Masalah sosial masyarakat satu cabaran besar kepada tanggungjawab guru.Pelajar tidak merasakan adanya pilih kasih dan diskriminasi.Murid perlu diberi dorongan dan bimbingan tanpa batasan pilih kasih. kerjasama.Mempengaruhi perkembangan emosi dan sosial pelajar.Memudahkan guru mendapat sokongan dan kerjasama yang baik daripada pelajar.Guru hendak peka dengan emosi. . keperluan dan perubahan sikap & tingkah laku murid.Guru berperanan sebagai pembudayaan masyarakat. . 10) Pengurus Pembelajaran .Meningkatkan keyakinan dan pencapaian pelajar dalam bidang akademik dan sosial..

guru terbabit dilaporkan „naik berang‟ dan terus memukul kepala mangsa dan menggongcangkan badan serta menolaknya dengan kuat ke dinding. tindakan guru berkenaan sama sekali tidak masuk akal dan tidak boleh diterima oleh sesiapa juga. mangsa ditangkap dan diikat pada tingkap asrama dan dibelasah.http://www. Dan apabila mangsa berjaya melepaskan diri.html Sunday.amaljaya. Isu yang ingin saya ulas dan analisis berlaku di sebuah Sekolah Agama Rakyat. Pelbagai isu yang berkait dengan guru dan keguruan sering dibincang melalui media massa. boleh menyebabkan murid didera dengan sedemikian teruk? Perkara ini patut diberi perhatian serius oleh pihak . Di manakah perginya sifat kemanusiaan seorang guru apatah lagi seorang digelar guru agama ataupun ustaz? Hanya kerana RM 7. 2 September 2012 Murid Dibelasah Guru Mati Selepas 3 hari Koma Dunia pendidikan semakin mencabar pada hari ini. kekerasan guru sperti kejadian guru memukul murid sering boleh kami baca melalui surat khabar. Sekolah Agama Rakyat adalah berbeza dengan Sekolah Menengah Agama Negeri dan Sekolah Menengah Agama Kebangsaan yang ditadbir oleh Kementerian Pendidikan.pdf http://3l1c. Saiful mengalami pendarahan dalaman kerana dipercayai dibelasah teruk oleh guru lelaki berusia 26 tahun yang juga warden asrama sekolah agama itu selepas dituduh terbabit dalam kes mencuri RM 7 milik rakan sekelasnya. Hanya kerana RM 7. Ini dipercayai menjadi punca utama mangsa mengalami pendarahan dalam kepala dan komplikasi jantung.blogspot. Murid berkenaan. Isu kelayakan guru.com/guru/wp-content/uploads/2011/09/tajuk-5_peranan-guru-sekolahrendah. Dalam kejadian ini. Sekolah Rendah Islam Al-Furqan di Jejawi. Perbuatan guru yang begitu kejam ini menimbulkan tanda tanya di dalam hati kita. Kejadian ini berlaku di sebuah Sekolah Agama Rakyat. Sekolah Agama Rakyat adalah sekolah persendirian yang menawarkan pendidikan formal dan sepenuh masa di peringkat rendah dan menengah dalam bidang agama Islam. Seorang murid agama dibelasah guru sehingga mati selepas koma tiga hari di hospital.com/2012/09/murid-dibelasah-guru-mati-selepas-3. Sekolah Agama Rakyat tertakluk di bawah Enakmen Negeri dan perlu berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Negeri. Saiful Syazani Saiful Sofidee yang berumur tujuh tahun merupakan seorang anak yatim kerana kematian ibu sejak umur 2 tahun. Perlis pada tahun yang lalu.

adalah wajar peranan Bahagian Pendidikan Islam (BPI). Mereka tidak mempunyai pengalaman menjaga hal ehwal sekolah. Pihak pentadbir sekolah haruslah memainkan peranan mereka dan membantu guru-guru agar dapat menumpuh cabaran dalam mendidik dan mendisiplinkan pelajar. Namun. Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia seharusnya menyiasat dan menyimpan maklumat semua sekolah persendirian bagi tujuan pemantau dan tidak menyerahkan tanggungjawab berkenaan kepada pihak lain termasuk kerajaan negeri. Ada lebih banyak cara yang lebih efektif dan berkesan yang boleh digunakan. hanya syak. Mencabut nyawa seseorang dengan tangan sendiri. Tindakan membelasah pelajar terbabit memang sangat kejam dan tidak berperikemanusiaan. Kementerian Pelajaran diperluaskan menerusi peruntukan undang-undang agar pembukaan sekolah persendirian mendapat kelulusan kementerian supaya perkembangannya dapat dipantau dari semasa ke semasa. Lebih-lagi seorang guru yang berlatarkan pendidikan agama. pihak berkuasa seharusnya mengemaskinikan senarai semua sekolah yang bukan di bawah kelolaan Kementerian Pelajaran terutama sekolah agama persendirian. Justuru. guru-guru baru . hanya kerana atas syak dan wasangka. hakikat bagi peristiwa yang berlaku di Sekolah Agama Rakyat berpunca daripada sikap guru atau kegagalan guru tersebut mengawal perasaan marahnya. Peristiwa yang berlaku oleh guru ini harus ditengok dengan memperbesarkan. Tenaga pengajar. Selain itu. tidakkah diajar dalam agama mengenai cara mengatasi masalah dan juga mengajar? Kes ini sangat berat. adalah tindakan yang paling dangkal sekali yang dibuat oleh seorang manusia. warden asrama serta aspek kebajikan pelajar harus diteliti. Mereka hendaklah memastikan bahawa pada peringkat awal. Untuk mengelakkan daripada berlakunya peristiwa sedih yang sama. Kawalan emosi seharusnya telah dikuasai. Guru-guru seharusnya telah dilengkapi dengan semua kemahiran sebelum habis pengajian. Dengan erti kata lain.berkuasa. sehingga menyebabkan pelantikan guru dan warden dibuat tanpa mengikut peraturan dan kelayakan tertentu. Sebarang usaha memperbaiki keadaan tidak harus hanya nampak serius apabila berlakunya sesuatu kes penderaan. tetapi selepas itu kembali menyepi. Ia tidak harus dianggap terpencil semata-mata kejadian ini berlaku di sekolah persendirian. Lebih-lebih lagi kalau dakwaan datang hanya daripada percakapan pelajarpelajar yang lain. guru tersebut juga tidak boleh bertindak tanpa alasan dan bukti yang kukuh.

Robiah K. Bukan pelajar sahaja harus dimotivasi tetapi para guru pun perlu diberikan kata-kata semangat untuk terus berjuang mendidik anak bangsa dengan niat yang ikhlas. tekanan atau stress menyebabkan guru keterlaluan dalam tindakan mendisiplinkan pelajar. guru juga perlu menunjukkan ketegasan dalam kelembutan (Harian Metro. Dalam pada itu. dalam usaha mempertingkatkan kualiti guru dan menyediakan guru dengan pelbagai ilmu pengajaran . Kes memukul murid sehingga mati di Jejawi ini merupakan satu contoh yang boleh dijadikan iktibar oleh pentadbir sekolah. seorang pakar motivasi sendiri mengakui bahawa jalan terbaik menangani masalah disiplin ialah guru pandai mengawal emosi. terutamanya dalam hal-hal berkaitan cara dan kaedah menangani pelajar bermasalah dan tindakan yang wajar dalam mendisiplin pelajar. Selain itu. guru harus diberi pendedahan dan ilmu pengawalan emosi dan tekanan supaya mereka lebih bersedia andai terpaksa berdepan dengan perlakuan . Namun . Adakalanya tekanan menyebabkan mereka tidak dapat mengawal emosi dan hilang sabar dalam menghadapi kerenah pelajar-pelajar yang nakal. Isnin 6 Ogos 2007) Jesteru.dan tidak berpengalaman tidak dibebani dengan tugas dan tanggungjawab yang besar dalam mendidik dan mendisiplinkan pelajar seperti menjadi guru disiplin atau warden. seharusnya pihak pentadbir sekolah memberi peluang kepada guru-guru baru untuk menimba pengalaman daripada guru-guru yang telah lama bertugas. Mungkin kejadian memukul murid sehingga mati ini tidak berlaku sekiranya yang menangani masalah ialah guru yang lebih berpengalaman. Dalam hal ini. Kemungkinan guru tersebut menghadapi tekanan dan akhirnya mengambil tindakan mengikut emosi. kursus pengawalan emosi dan tekanan juga dapat membantu guru dalam menjalankan tugas mereka. Dr. Hamzah. Melalui cara ini. Kadang kala. Guru perlu dimotivasi supaya rasa cinta akan profesion mereka akan terus mekar di hati biarpun pelbagai cabaran terpaksa ditempuh . pada masa yang sama. Tanggungjawab yang diberikan kepada guru muda ini tentunya amat berat. para guru akan lebih tabah menghadapi cabaran yang mendatang. Guru yang berumur baru 26 tahun telah diberi tugas sebagai warden asrama. Cabaran yang dihadapi oleh guru pada era globalisasi ini amat besar . Perkembangan staff untuk para guru dan wajib diadakan di sekolah hendaklah diisi juga dengan kursus-kursus motivasi. perhatian juga harus diberi terhadap faktor rohani guru. Biarlah mereka menjalankan tugas sebagai penolong atau AJK bukannya ketua dalam sesuatu tugas yang berat seperti tugas sebagai warden asrama.

iaitu Perkara 8. Ibu bapa perlu menaruh kepercayaan kepada guru-guru tetapi tidak bersikap lepas tangan. Kursus jangka pendek tentang kaedah dan cara mendisiplinkan pelajar oleh guru-guru yang berpengalaman terutamanya guru-guru disiplin wajar juga diadakan. Kursus pengawalan emosi dan tekanan mampu membuka minda para guru. Caba ran mendidik dan mendisiplinkan pelajar bukanlah tugas yang mudah. Sesungguhnya tugas mendidik dan mendisiplin pelajar tidak harus hanya dihadapi oleh golongan guru dan pentadbir sekolah sahaja. menumbuk. Guru seharusnya diberi peluang untuk „bernafas‟. (b) di mana guru boleh merotan pelajar di tapak tangan atau di punggung dengan arahan Guru Besar tanpa mendatangkan kecederaan. Biarpun para guru (terutama guru baru) telah didedahkan dengan teori-teori psikologi kanak-kanak dan remaja sewaktu menjalani latihan perguruan namun situasi yang berlaku di sekolah ada kalanya di luar jangkaan. Apabila anakanak diasuh dengan baik dan diberi perhatian. guru-guru yang berpengalaman sedar bahawa penguatkuasaan peraturan sekolah perlu dilaksanakan dengan cara yang berhemah. Beliau bimbang semangat berkobar-kobar guru akan merundum. Mereka tidak sanggup menerima hukuman secara membuta tuli dan akan bertindak menentang.( Harian Metro. Sesungguhnya. untuk menangani salah laku pelajar. Maka peristiwa memukul murid sehingga mati tidak seharunya terjadi pada pendidikan zaman kini. ada benarnya. Tanggungjawab mereka memberi kasih sayang dan didikan agama kepada anak-anak mereka harus dijadikan agenda utama dalam membentuk keluarga yang bahagia. Ditakuti sikap kurang ajar pelajar akan mencantas dedikasi guru memberi ilmu dan hal ini tentunya merugikan pelbagai pihak terutamanya ketika negara menuju Wawasan 2020. Justeru itu. Sudah pastinya emosi yang stabil dan fikiran yang tenang membolehkan guru mendidik dan mendisiplin pelajar dengan cara lebih berkesan. Pelajar-pelajar sekarang mudah menentang sekiranya pendekatan yang digunakan guru bertentangan dengan jiwa mereka. Masyarakat tidak seharusnya hanya menunding jari kepada guru setiap kali timbul masalah disiplin dalam kalangan pelajar-pelajar. usaha guru membudayakan ilmu lebih . Diharapkan agar ilmu mendisiplinkan pelajar dan menangani pelajar bermasalah hasil daripada pengalaman-pengalaman guru-guru lama dapat dikongsi bersama-sama terutamanya dengan guru-guru yang baru dan tidak berpengalaman. mencubit. Kebimbangan Ruhaiza Rusmin yang dinyatakan dalam tulisannya “Guru Emosi. Pelajar Melenting”.3.melampau batas pelajar-pelajar. hukuman deraan lain seperti menampar. mengetuk atau tindakan lain yang seumpamanya adalah dilarang sama sekali. Lazimnya. Isnin 6 Ogos 2007). Kementerian Pelajaran telah mengeluarkan garis panduan melalui Peraturan-Peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959.1.

Pengarah Pelajaran Perak. ibu bapa dan penjaga harus bekerjasama dengan mengambil berat terhadap segala aktiviti yang disertai anak mereka sama ada di sekolah atau di luar sekolah ( Berita Harian. cemerlang dan gemilang di abad ini. Bagi pendapat saya. tebalkan kesabaran. saya tidak menafikan kenakalan dan kedegilan kanakkanak tersebut kadang-kadang meruntuhkan kesabaran dan mengoyahkan keimanan kita untuk mendidik. Jika ada yang tersentuh dengan pandangan ini. Hal ini demikian kerana kanak-kanak pada era ini terlalu manja dan tidak tahan lasak. kecerdasan emosi dan afektif ataupun mengaplikasikan Teori Pembelajaran Behaviorisme dan lain-lain. Saya tidak dapat bayangkan betapa sakitnya rasa dipukul oleh guru seorang murid yang baru berusia 7 tahun. jadikanlah sebagai . Sekiranya masih tidak dapat mengatasi masalah. namun seboleh-bolennya kita janganlah menggunakan kekerasan untuk mendisiplinkan mereka. Guru boleh mengunakan aplikasi dan strategi komunikasi di dalam bilik darjah. Menururt beliau lagi. Guru boleh menggunakan banyak cara untuk menangani masalah disipiln murid dan bukannya menggunakan kekerasan. jurutera mahupun angkasawan yang bakal memacak nama Malaysia di persada dunia pada masa depan. Tentunya masalah disiplin pelajar tidak timbul malah misi disiplin sifar akan lebih mudah dicapai. Akan tetapi. Kita harus banyakkan membaca buku-buku yang berkaitan dengan pedagogi untuk menjadi pendidik yang baik. Pada era ini cara kita mendisiplinkan dan mendidik anak-anak didik hendaklah diubah. demi kesejahteraan dan kebahagiaan anak-anak didik kita. emosi dan pengaruh persekitaran. Biar guru kaunseling yang berpengalaman menangani masalah dan bukannya menggunakan kekarasan.mudah dilaksanakan. maaf dan ampun dipohon. tebalkan rasa perikemanusiaan. namun bagi saya sendiri. jika pendapat ini ada kebaikannya. Tindakan menggunakan kekerasan mungkin akan memburukkan lagi keadaan dan akhirnya menyebabkan kematian. 19 Disember 2006). Pandangan ini mungkin ada kelemahannya atau ada biasnya pada orang lain. Pandangan ini merupakan cetusan minda peribadi yang tidak memihak atau merendah-rendahkan sesiapa. Tebalkan rasa sayang. semua yang terlukis dan tertulis ini adalah lahir dari hati. Datuk Mohamed Zakaria Mohd Noor ketika hadir majlis perasmian Siri Jelajah Kempen Menangani Gejala Displin Murid Di Sekolah turut menegaskan bahawa ibu bapa atau penjaga harus memainkan peranan penting dan tidak harus terlalu bergantung kepada sekolah dalam menangani masalah disiplin yang berlaku dalam kalangan pelajar. Kita tidak lagi boleh berpegang kepada cara lama untuk melahirkan doktor. guru boleh menyerahkan murid bermasalah kepada guru kaunseling.

dan nuetral dari nilai-nilai yang bersifat dogmatik dalam menafsirkan hakikat realiti. kejujuran. 8/4/2011 Nordin Tahir 5 Pengamal Ilmu dan Kemahiran . terbuka. ujun S. menyandarkan kekuatan penghujahan. tanpa kepentingan langsung. sebagai seorang pengamal ilmu. seseorang guru harus mempunyai tanggungjawab profesional yang mencakupi asas kebenaran. objektif. • Guru atau para pendidik juga seharusnya mempunyai dedikasi dan komitmen terhadap profesion serta tanggunggungjawab moral mereka sebagai seorang guru.panduan kita bersama untuk menaikkan martabat dan darjat profesion perguruan di mata dunia. rasional. Suriasumantri (1990). pragmatis. kritis.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful