Está en la página 1de 26

SARJANA MUDA PENGAJARAN (PENDIDIKAN RENDAH)

SEMESTER MEI / 2013

HBEF2503

PENGGUNAAN PETA MINDA DALAM MENINGKATKAN KEFAHAMAN MURID TAHUN 4 BAGI MENGUASAI KONSEP SAINS TAJUK MENYIASAT ALAM BAHAN

NAME MATRICULATION NO IDENTITY CARD NO. TELEPHONE NO. E-MAIL LEARNING CENTRE

: : : : : :

NOOR RAZIFAH BT. ZAKARIA 801211075214001 801211-07-5214 012-3440 670 ifah670@gmail.com KEDAH LEARNING CENTRE

HBEF2503 Kaedah Penyelidikan dalam Pendidkan

ABSTRAK Penyelidikan tindakan ini adalah bertujuan untuk mengkaji penggunaan nota dalam bentuk peta minda dalam meningkatkan daya ingatan murid tahun 4 dalam topik Alam Bahan dan mengkaji peningkatan minat murid dalam penggunaan nota di dalam bentuk peta minda untuk membuat ulangkaji. Disamping itu penggunaan peta minda juga dapat meningkatkan minat dan motivasi murid dalam dalam mempelajari Sains. Selain itu, penyelidikan ini turut memberi peluang kepada saya untuk memperbaiki dan menambah baik amalan pengajaran saya dalam matapelajaran Sains. Responden bagi kajian ini melibatkan 40 murid Tahun 4 di Sekolah Kebangsaan Ibrahim, Sungai Petani, yang terdiri daripada 40 murid lelaki. Murid akan diberi ujian pra untuk melihat tahap keupayaan mereka, ujian pos untuk melihat pencapaian selepas diberi rawatan (menggunakan peta minda). Hasil ujian pra menunjukkan pencapaian awal murid kedua-dua kumpulan. Hasil ujian pos menunjukkan pencapaian kumpulan selepas menggunakan peta minda. Data kajian dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan inferens. Instrumen kajian adalah borang maklumat murid, ujian pra, ujian pos, dan soal selidik. Dapatan kajian menunjukkan pencapaian antara kumpulan pelajar yang diajar menggunakan peta minda dan kumpulan yang diajar menggunakan kaedah tradisional. Kajian juga akan menunjukkan persepsi murid terhadap peta minda. Mereka ingin belajar, suka mengikuti pelajaran sains, suka membuat latihan dan merasakan pelajaran sains amat menyeronokkan, mudah dan realistik. Dapatan menunjukkan kesediaan murid menggunakan peta minda dalam mempelajari sains, yakin serta mampu memanipulasi dan menggunakan peta minda dalam mengulangkaji pelajaran sains.

801211075214001

HBEF2503 Kaedah Penyelidikan dalam Pendidkan

BAB 1 PENGENALAN Menurut Falsafah Pendidikan Sains Negara, Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, pendidikan sains di Malaysia memupuk budaya Sains dan Teknologi dengan memberi tumpuan kepada perkembangan individu yang kompetitif, dinamik, tangkas dan berdaya tahan serta dapat menguasai ilmu sains dan keterampilan teknologi. Sebagai sebuah negara yang sedang melangkah ke arah status negara maju, Malaysia perlu mewujudkan masyarakat yang saintifik dan progresif.

Rakyatnya haruslah mempunyai daya perubahan yang tinggi, memandang jauh ke hadapan, inovatif serta menjadi penyumbang kepada tamadun sains dan teknologi masa depan. Warganegara yang begini mampu menghadapi, menangani dan memberi sumbangan dalam kehidupan yang semakin berteraskan sains dan teknologi dan dipengaruhi oleh arus globalisasi yang dipesatkan oleh perkembangan dalam teknologi maklumat pada abad ke -21.

Ini sejajar dengan wawasan 2020, iaitu visi ke arah pembentukan masyarakat Malaysia yang maju. Bagi mencapai matlamat ini kurikulum sains menekankan penyepaduan antara pemerolehan pengetahuan, penguasana kemahiran dan pengamalan sikap saintifik dan nilai murni. Warganegara yang berbudaya sains dan teknologi mempunyai semangat ingin tahu dan ingin mencuba manakala strategi pengajaran dan pembelajaran dalam kurikulum sains mengutamakan proses pemerolehan dan penguasaan kemahiran dan ilmu pengetahuan yang dapat mengembangkan minda seseorang pelajar ke tahap yang optimum. Aktiviti yang dirancangkan mestilah yang dapat mencetus pemikiran kritis dan kreatif murid.

Peta minda merupakan salah satu alat yang berfungsi seperti pemikiran visual yang dapat membantu murid mengorganisasi maklumat dengan berstruktur, memahami, mensintesis, ingat kembali dan juga menghasilkan idea-idea baru dengan mudah. Dalam kata lain, mengingat infomarsi maklumat melalui peta minda boleh membantu otak kita bekerja dengan lebih cepat (Bletsas, 2011).

801211075214001

HBEF2503 Kaedah Penyelidikan dalam Pendidkan

Penggunaan peta minda juga dapat menyeimbangkan kedua-dua belah hemisfera otak dan tidak mementingkan penggunaan mana-mana satu hemisfera otak sahaja. Menurut Tony Buzen (2009), semua kanak-kanak minat kepada benda berwarna-warni dan suka melukis. Melukis peta minda adalah satu benda yang seronok bagi kanak-kanak. Apabila kanakkanak gemar melukis peta minda, otak mereka juga akan berasa seronok dan suka terhadap peta minda tersebut.

Hasil jangka pendek yang boleh didapati adalah daya ingatan kanak-kanak akan bertambah baik dan mereka lebih gemar untuk mempelajari sesuatu benda. Penggunaan peta minda ini dapat ditingkatkan dengan menggunakan warna, gambar, kod dan dimensi untuk menambah elemen-elemen kreativiti murid itu sendiri. Penambahan elemen-elemen individu dalam peta minda dapat perkembangan kreativiti, memori dan khususnya peringatan maklumat seseorang.

Kajian mengenai penggunaan kaedah peta minda didapati bahawa peta minda boleh menghasilkan mesej yang lebih mudah dan jelas sebagai rangsangan kepada murid semasa pengajaran dan pembelajaran. Kemahiran memilih, mengumpul, mentafsir dan menilai data merupakan kemahiran yang dihasratkan dalam kurikulum sains (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2002). Ia selari dengan kaedah penggunaan peta minda ini di mana dalam fasa penerokaan pelajar akan memilih, mengumpul, mentafsir dan menilai data yang mereka perolehi. Kajian ini juga akan mengaitkan aspek kecerdasan pelbagai dalam pemilihan kumpulan pembelajaran supaya pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid lebih berkesan.

801211075214001

HBEF2503 Kaedah Penyelidikan dalam Pendidkan

PENYATAAN MASALAH KAJIAN

Murid biasanya menghadapi masalah dalam mengingat fakta Sains dan ini menyebabkan minat murid dalam mempelajari Sains semakin merosot terutamanya murid yang berprestasi rendah dalam bidang akademik. Selain dari itu, biasanya tindakan guru di dalam pengajarannya yang sering menggunakan catatan nota baris demi baris dan muka surat demi muka surat (catatan bentuk linear) pada akhir pengajaran sebagai pengukuhan pengajaran menjadikan murid akan cepat berasa bosan dan sering melupakan isi pelajaran yang diajar.

Catatan berbentuk linear kebiasannya akan menggunakan satu warna sahaja dalam penulisan iaitu warna hitam menyebabkan murid berasa bosan ditambah dengan nota yang panjang lebar dan murid hanya mempelajari sebahagian kecil dari fakta yang mereka belajar. Selain dari itu, murid juga tidak berminat untuk mengulangkaji dengan pembacaan nota berbentuk linear yang mereka buat.

Kajian telah menunjukkan nisbah murid sains dan bukan sains telah merosot daripada 31: 69 pada tahun 1986 kepada 20 : 80 pada tahun 1993 (sains : bukan sains ). Ini

bertentangan dengan matlamat dan wawasan 2020, di mana sasaran pendidikan sains ialah mewujudkan lebih ramai murid dalam jurusan sains sehingga mencapai 60 : 40. Harapan kerajaan untuk melahirkan sebuah masyarakat saintifik, progresif, inovatif tinggi serta maju dari segi sains dan teknologi menjelang 2020 merupakan satu tanda tanya kerana sikap murid yang berpendapat sains merupakan satu matapelajaran yang sukar difahami.

Penyertaan murid dalam aliran sains juga menjadi isu kerana peratusan murid dalam bidang sains di sekolah menampakkan satu trend menurun. Sekiranya ini dibiarkan maka timbullah masalah dalam arus pembangunan negara. Oleh itu penyelidik menggunakan pendekatan kaedah Peta Minda bagi meningkatkan penguasaan murid dalam pembelajaran. Penggunaan Peta Minda ini dapat mengaitkan pengetahuan, aplikasi sains, kemahiran saintifik dan nilai-nilai murni secara bersepadu dalam P & P.

801211075214001

HBEF2503 Kaedah Penyelidikan dalam Pendidkan

OBJEKTIF KAJIAN

Antara objektif-objektf kajian yang ingin dicapai adalah seperti berikut : 1. Memperkenalkan peta minda kepada murid sebagai alat bantu belajar yang baik dalam membuat catatan nota dan keberkesanannya. 2. Meningkatkan daya ingatan murid dengan menggunakan peta minda dalam topik Alam Bahan ke atas murid yang berprestasi rendah dalam matapelajaran Sains. 3. Mengkaji minat murid terhadap penggunaan nota peta minda dalam membuat ulangkaji.

PERSOALAN KAJIAN

1. Adakah peta minda dapat dikenalkan kepada murid sebagai alat bantu belajar yang baik dalam membuat catatan nota? Adakah ia berkesan? 2. Adakah penggunaan peta minda dapat meningkatkan daya ingatan murid dikalangan murid yang berprestasi rendah dalam topik Alam Bahan? 3. Adakah peta minda dapat menimbulkan minat murid dalam membuat ulangkaji?

801211075214001

HBEF2503 Kaedah Penyelidikan dalam Pendidkan

KEPENTINGAN KAJIAN

Kajian tentang penggunaan peta minda dalam pelbagai matapejaran telah banyak dijalankan di Negara kita. Pelbagai bentuk dan dapatan yang telah diperolehi dalam kajian ini untuk memantapkan penguasaan murid dalam mengingati fakta-fakta Sains. Kajian juga dapat membantu murid dalam mencari dan mengembangkan idea dalam fakta yang diberikan. Selain itu, dapatan kajian ini juga dapat digunakan sebagai panduan kepada para guru dan murid di dalam pengajaran dan pembelajaran mereka dan juga di harapkan ianya dapat membantu para pengkaji seterusnya dalam membuat penyelidikan yang lebih mendalam dan terperinci berkaitan dengan penggunaan peta minda ini.

Hasil kajian ini juga penting kepada murid yang berprestasi rendah dalam matapelajaran Sains. Kemungkinan faktir ini disebabkan oleh kaedah pengajaran guru secara trdisional dan membosankan. Dengan penggunaan kaedah peta minda yang memaparkan imej, warna, frasa, symbol serta garisan anak panah yang sesuai akan membantu murid-murid untuk menguasai kemahiran yang dipelajari dan menghindarkan rasa bosan semasa pembelajaran.

Murid akan lebih mudah untuk mengingati isi pelajaran dan fakta kerana tidak perlu membaca ayat yang panjang serta sukar difahami. Imej, warna, frasa dan sebagainya itu tidak terlalu absrtak berbanding dengan syarahan guru. Tony Buzen (2006) berpendapat secara nyata peta minda merupakan penggunaan grafik. Kata kunci dalam peta minda selalunya dihasilkan dalam bentuk gambaran atau pola kerana otak manusia lebih mudah menerima ransangan yang berbentuk pola.

801211075214001

HBEF2503 Kaedah Penyelidikan dalam Pendidkan

Kajian ini mempunyai beberapa kepentingan kepada sistem pembelajaran di negara kita. Antara kepentingannya ialah : 1. Memberi pengetahuan baru kepada guru-guru tentang kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berkesan bagi mata pelajaran sains dalam usaha memupuk budaya sains dan teknologi dikalangan murid. 2. Diharapkan dapat mengubah persepsi murid yang sentiasa menganggap matapelajaran sains itu sesuatu yang susah dan membosankan apabila guru mereka menggunakan pendekatan melaui penggunaan Peta Minda ini. 3. Kajian ini mengingatkan guru bahawa setiap murid itu istimewa dan mereka mempunyai kecerdasan mereka sendiri dan guru perlu menonjolkan keistimewaan tersebut.

BATASAN KAJIAN

Kajian ini akan menggunakan bilangan murid yang terbatas pada sekolah ini sahaja. Mereka bukan merupakan sampel perwakilan sebenar untuk sesuatu kawasan. Oleh itu, hasil dapatan kajian ini tidak dapat digeneralisasikan kepada semua murid Tahun 4.

Dalam kajian wujud kesukaran untuk mengawal pemesongan kumpulan kawalan dari memberi maklumat palsu dalam borang maklumat murid dan borang soal-selidik.

Guru menghadapi masalah antara memenuhi sukatan pelajaran yang banyak dan perlu dihabiskan untuk murid menghadapi peperiksaan atau memenuhi keperluan dalaman murid yang ingin meneroka ilmu pengetahuan sendiri. Apabila guru dan murid mengaplikasi penggunaan peta minda , murid perlu meneroka sediri ilmu pengetahuan dan guru sebagai pembimbing. Ini akan mengambil sedikit masa berbanding kaedah tradisional.

Kajian ini juga hanya dijalankan untuk murid lelaki kerana sekolah yang dipilih hanya mempunyai kesemua murid lelaki di sekolah. Kajian akan meliputi pelbagai kaum dan bangsa yang ada di sekolah tersebut. Oleh itu hasil dapatan kajian ini tidak dapat digeneralisasikan kepada populasi kawasan kerana tiada kajian terhadap murid perempuan.

801211075214001

HBEF2503 Kaedah Penyelidikan dalam Pendidkan

BAB 2 TINJAUAN LITERATUR

PENGENALAN

Kurikulum sains hari ini mengkehendaki pendekatan setara bertema yang dapat mengaitkan pengetahuan, aplikasi sains, kemahiran saintifik dan nilai-nilai murni dan bersepadu. Selaras dengan itu tumpuan diberi kepada pendekatan pengajaran pembelajaran yang menekankan penglibatan murid secara aktif untuk membolehkan murid menghadapi kehidupan harian dengan berkesan dan bermakna.

LITERATUR BERKAITAN

Untuk melihat keberkesanan penggunaan peta minda di dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah, pengkaji menggunakan teori konstruktivisme sebagai sandaran kajian. Dalam konteks pembelajran yang diasaskan oleh Lev Vygotsky ini telah merubah corak pengajaran dan pembelajaran, iaitu daripada pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan guru kepada pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan murid. Hal ini kerana teori konstruktivisme melihat proses pembelajaran sebagai suatu proses yang aktif dan bersifat sosiobudaya (Yahya et al.2009).

Mengikut teori ini, ilmu pengetahuan adalah dibina melalui proses saling pengaruh antara pembelajaran terdahulu dengan pembelajaran terbaru yang berkaitan (Mok Song Sang, 2001). Hal ini selaras dengan pendapat Snyder (2009) terhadap teori konstruktivisme yang mengatakan bahawa dengan menggabungkan informasi yang baru dengan pengetahuan sedia ada dan pengalaman, murid dapat mengkonstruk pembelajaran mereka sendiri. Di samping itu, menurut Ragbir Kaur (2005), antara cirri pembelajaran konstruktivisme ialah menggalakkan murid bertanya dan terdapat perbincangan intelektual antara murid dan guru.

801211075214001

HBEF2503 Kaedah Penyelidikan dalam Pendidkan

Kini, teori konstruktivisme dilihat sebagai salah satu teori yang mempunyai pengaruh yang kuat dalam dunia pendidikan khususnya melibatkan pengajaran dan pembelajaran murid. Hal ini kerana salah satu aspek penting yang dapat dikembangkan melalui pendekatan teori ini ialah murid aktif dalam mencariilmu pengetahuan. Menurut Subadrah dan Malar (2005), melalui proses tersebut, murid dapat meningkatkan pemahaman mereka tentang sesuatu perkara.

10

Oleh yang demikian, dalam kajian ini, gabungan teori kontrustivisme dan peta minda dipilih untuk digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran topik Alam Bahan untuk sains Tahun 4. Hal ini disokong oleh Harkirat et al. (2010), yang mengatakan secara umumnya, gabungan peta minda dan teori moden konstruktivisme dalam pembelajaran adalah sesuai.

Hal ini kerana pembelajaran menerusi teori konstruktivisme memberi penekanan terhadap penglibatan aktif murid yang memanfaatkan struktur pengetahuan sedia ada dan mengkonstruk pengetahuan baru yang diperoleh dengan mengabungjalinkan antara keduanya dalam ingatan mereka. Selain itu juga,pembelajaran menerusi teori konstruktivisme menggalakkan murid belajar secara koperatif dan kolaboratif yang dapat meningkatkan pencapaian murid di dalam pemahaman fakta sains yang lebih jelas.

Shahabudin Hashim, Mahani Razali dan Ramlah Jantan (2007) menyatakan peta minda membolehkan kita merangka, mencatat nota, merekodkan maklumat atau peristiwa, merancang aktiviti atau membuat sesuatu persembahan. Peta minda yang dibetuk biasanya pelbagai dan bergantung kepada kreativti seseorang.

Peta minda merupakan kaedah yang berkesan untuk mendapatkan semua maklumat daripada ingatan untuk ditukarkan menjadi bentuk yang boleh dilihat. Menurut Poh Swee Hiang (2006), peta minda dibentuk berdasarkan bagaimana otak manusia merakam dan memproses maklumat secara linear dan dalam masa yang sama membuat pengelolaan yang menyeluruh seperti menghubungkait, membanding, menganalisis dan sebagainya.

801211075214001

HBEF2503 Kaedah Penyelidikan dalam Pendidkan

Peta minda adalah kebiasaanya dibina di atas sehelai kertas. Idea penting atau idea utama diletakkan di tengah-tengah pusat utama dan idea lain yang berkaitan dikembangkan diluar idea utama dengan menggunakan pusat kecil, garisan, bongkah, geometri, imej, garisan, anak panah, warna dan sebagainya. Peta minda juga boleh menjimatkan masa dalam mempelajari sesuatu mata pelajaran.

11

Dalam proses pembelajaran, seseorang murid itu perlulah menyusun strategi agar segala isi pelajaran dapat diproses oleh otak dengan lebih mudah. Menurut Dilip Mukerjea (1996), melalui peta minda seseorang itu dapatlearn more, remember more, use less paper, invest less effortyang membawa maksud penggunaan peta minda dapat memperolehi ilmu pengetahuan yang lebih banyak, mempertingkatkan daya ingatan tanpa merugikan terlalu banyak kertas dan tenaga. Penggunaan peta minda lebih mudah untuk dirakamkan dalam jangka panjang. Poh Swee Hiang (2006) berpendapat, peta minda dapat membantu anda mencatat nota dengan pantas dan mengelakkan pengulangan perkataan. Nota tersebut wujud sebagai satu gambaran mental yang lengkap, bermakna dan senang diingati. Menurut Ab Fatah Hassan (1994), antaranya mengorganisasi maklumat, membantu kepada pengekalan ingatan, membantu perkaitan antara pengetahuan yang baru dengan pengetahuan sedia ada, membantu kepada pengekalan konsep baru, memperjelas dan mengvisualisasikan struktur kogitif pelajar dan menggalakkan kreativti. Faktor tersebut juga boleh menarik minat terhadap proses P&P guru.

Terdapat juga beberapa teori serta pandangan yang sesuai atau yang menyokong penggunaan peta minda dapat member manfaat kepada proses pembelajaran. Antaranya Teori Pembelajaran Gestalt / Kognitif, Teori Ausubel, dan Teori Pelbagai Kecerdasan (Gardner). Ahli-ahli psikologi gestalt atau kognitif berpendapat dalam proses pembelajaran murid membentuk struktur kognitif dalam ingatannya. Ragbir Kaur (2006) menyatakan, setiap kali seseorang individu itu belajar, dia akan menyusun segala pengalaman yang dipelajari dan menyimpannya di dalam ingatan.

801211075214001

HBEF2503 Kaedah Penyelidikan dalam Pendidkan

Penggunaan peta minda adalah selari dengan mazhab gestalt yang berpendapat bahawa manusia mempunyai keupayaan mental untuk mengelola, menyusun, menyimpan dan menggunakan semula segala pengalaman yang tersimpan untuk membolehkan dia menghubungkait pertalian antara pengalaman terpimpan dengan masalah yang dihadapi.

12

David Ausubel seorang ahli psikologi kognitif yang menekankan penguasaan makumat melalui penggunaan bahasa bermakna. Menutur Ragbir Kaur (2006), maklumat yang dipelajari secara bermakna dapat diingati dengan lebih lama berbanding dengan apa yang dipelajari secara hafazan. Dr Ismail Zain (13 Jun 2005), Utusan Malaysia, telah menyatakan pembelajaran secara hafalan tidak dapat membentuk insane yang kritis dan kreatif, malah tidak sesuai dengan zaman serba maju ini. Beliau juga berpendapat penggunaan peta minda dan pengurusan graifk adalah sesuai ke arah memudahkan otak membuat analisis untuk menghasilkan sesuatu yang bermakna.

Gardner yang terkenal dengan teori kecerdasan pelbagai menyatakan bahawa kecerdasan adalah kebolehan seseorang untuk menyelesaikan masalah. Menurut Ramlah Hamzah dan Lily Mastura Harun (2006), dalam penyelesaian masalah terdapat pelbagai cara bukan hanya tertumpu kepada satu cara tertentu sahaja dan Gardner telah mengenalpasti Sembilan kecerdasan yang ada dalam diri individu.

Dalam proses pembelajaran menggunakan peta minda adalah amat sesuai terutamanya bagi murid yang mempunayi kecerdasan visual dan ruang, kecerdasan bahasa dan kecerdasan interpersonal. Dalam sesuatu kumpulan pembelajaran yang dibentuk mungkin terdapat kumpulan yang berbeza kecerdasan. Perbezaan tersebut dapat membantu muridmurid untuk menghasilkan peta minda yang kreatif dan asli.

801211075214001

HBEF2503 Kaedah Penyelidikan dalam Pendidkan

KAJIAN BERKAITAN

13

Kajian Makarimi (2006) berkaitan penggunaan peta minda dalam pengajaran mata pelajaran Sains kepada 140 orang murid (81 orang murid lelaki dan 59 orang murid perempuan yang berumurantara 13-15 tahun) di sekolah menengah daerah Brunei Muara mendapati penggunaan peta minda dalam pendekatan pengajaran lebih berkesan berbanding dengan pendekatan pengajaran secara tradisional.

Begitu juga dengan dapatan kajian Zaharah dan Nurliah (2009) terhadap penggunaan peta konsep dalam meningkatkan pelajaran Sejarah kepada 37 orang murid (17 orang murid lelaki dan20 orang murid perempuan) di sebuah sekolah di Cheras, Malaysia. Kajian mereka mendapati penggunaan peta konsep bukan sahaja memberi kesan positif terhadap pencapaian murid, akan tetapi menunjukkan perubahan sikap, iaitu menunjukkan minat yang tinggi terhadap matapelajaran Sejarah. Selain itu, hasil daripada analisis deskriptif temu bual mereka bersama murid mendapati penggunaan peta konsep telah banyak membantu para murid meningkatkan keupayaan mengingat fakta-fakta sejarah di samping dapat menimbulkan rasa minat murid terhadap matapelajaran tersebut.

Manakala Chan (2004),telah mengkaji tentang keberkesanan penggunaan kemahiran petaminda dalam menulis karangan Bahasa Cina kepada 60 orang murid menengah satu dan menengahempat di Hong Kong. Sampel terdiri daripada pelbagai peringkat kebolehan. Kajian beliau mendapati penggunaan peta minda berjaya meningkatkan kualiti penulisan karangan murid. Di samping itu, berdasarkan rumusan temu bual beliau dengan murid menunjukkan menunjukkan peta minda dapat membantu mereka merancang dalam pelbagai cara, antaranya untuk mencari fokus yang lebih jelas, mengorganisasikan idea dengan lebih baik, memiliki idea yang jelas, memasukkan idea yanglebih berkaitan dan tepat, dapat melakarkan idea yang banyak dan dapat membuat perenggan dengan baik.

Sementara itu, Wong Pui Chze (2009) mengkaji tentang penggunaan peta minda dalam meningkatkan prestasi penulisan karangan naratif Bahasa Cina terhadap 40 orang murid Tahun 5di salah sebuah sekolah jenis kebangsaan di Kuching, Sarawak mendapati peta minda begitu berkesan sekali dalam meningkatkan prestasi penulisan karangan naratif Bahasa Cina. Dapatan kajian yang beliau lakukan itu menunjukkan 90% daripada murid yang dikaji dapat menghasilkan sebuah karangan naratif yang padat isinya dan tersusun.
801211075214001

HBEF2503 Kaedah Penyelidikan dalam Pendidkan

Selain itu, beliau berpendapat bahawa peta minda adalah satu cara yang baik dan berkesan digunakan bagi mengajar murid-murid menulis karangan.

14

Munah (2006) mengkaji strategi pembelajaran pemetaan semantik dalam kefahaman bacaan kepada 60 orang murid menengah satu di Sekolah Menengah Sultan Muhammad Jamalul Alam (SMJA), Brunei Darussalam. Kajian beliau mendapati bahawa penerapan strategi pemetaan semantik dalam P&P kefahaman bacaan, dapat meningkatkan pencapaian murid bukan sahaja bagi keseluruhan teks yang mencakup isi, bahasa dan juga teknik.

Dalam konteks penulisan karangan Bahasa Melayu, Zalekha (2005) telah mengkaji tentang perkaitan antara prestasi murid dengan penggunaan peta minda dan kata soal terhadap enam orang sampel daripada murid-murid Sekolah Kebangsaan Abang Aing, Sri Aman, Kuching, Sarawak. Hasil kajian beliau mendapati bahawa murid-murid berjaya menghasilkan karangan naratif yang tersusun dan kemas.

Freddy Xaviers (2010) dalam kajian beliau terhadapkeberkesanan penggunaan peta minda berunsurkan kata tanya telah berjaya meningkatkankemahiran mengolah isi karangan jenis keperihalan Bahasa Melayu tahun 5. Beliau menyatakanbahawa penggunaan peta minda bukan sahaja dapat membantu meningkatkan pengolahan isi penting karangan murid, akan tetapi dapat meningkatkan kemahiran beliau dalam mengajarkan karangan jenis keperihalan.

Begitu juga dengan kajian Morrission Jement (2010) mengenai kesan peta minda dalam meningkatkan kemahiran mengenalpasti isi utama dan isi huraian karangan Bahasa Melayu murid tahun 5 menunjukkan bahawa penggunaan peta minda meningkatkan kemahiran penulisankarangan murid. Di samping itu, kaedah ini juga berkesan dalam membantu murid-murid meningkatkan kecerdasan dan kemahiran mereka mengukuhkan daya ingatan dan pemahaman.

801211075214001

HBEF2503 Kaedah Penyelidikan dalam Pendidkan

Manakala Eny Sulistiyaningsih (2010) pula menjalankan kajian tentang peningkatan kemampuan menulis karangan naratif menggunakan kaedah peta minda. Sampel terdiri daripada 25 orang murid (12 lelaki dan 13 perempuan) kelas 5 SD Negeri Karangasem III Surakarta Indonesia. Dapatan kajian menunjukkan murid bukan sahaja

15

dapat meningkatkan kualiti proses pembelajaran Bahasa Indonesia dalam menulis karangan naratif, akan tetapi mampu meningkatkan kegiatan guru. Menurut beliau, peningkatan kegiatan guru dalam proses pembelajaran menulis karangan naratif menggunakan kaedah peta minda dapat dilihat melalui peningkatan perhatian guru terhadap murid, mengelola kelas dan waktu pembelajaran.

Altablig bt. Ali (2006) telah menjalankan kajian tentang penggunaan peta minda dalam mengingati konsep atau fakta sejarah ke atas 35 orang murid tingkatan 4 di Sekolah Menengah Pekan Baru, Parit Buntar, Perak. Hasil dapatan menunjukkan murid yang berpencapaian sederhana telah meningkat sebanyak 60% manakala murid yang lemah hanya 6% sahaja. Beliau merumuskan bahawa penggunaan peta minda dapat membantu murid-murid sederhana mengingat fakta sejarah bagi mendapat markah terutamanya dalam soalan struktur Kertas 2.

Asma binti Ishak (2005), telah menjalankan kajian ke atas 30 orang murid tahun 4 Arif di Sekolah Kebangsaan Jelempok. Kajian beliau, penggunaan peta minda dapat meningkatkan kemahiran mencatat nota. Dapatan kajian beliau menunjukkan berlaku peningkatan kumpulan pencapaian tinggi dalam ujian pasca menjadi 40% berbandinf ujian pra 7%. Bagi kumpulan pencapaian rendah pula menurun kepada 3% dalam ujian pasca berbanding 40% dalam ujian pra. Sehubungan itu beliau berpandangan bahawa penggunaan peta minda dalam mencatat nota adalah berjaya.

Seterusnya Rusilah Jais et.al (2004) juga telah menjalankan kajian tentang penggunaan peta minda bagi matapelajaran matematik di kalangan pelajar perakaunan. Kajian tersebut melibatkan seramai 158 responden di kalangan pelajar-pelajar matrikulasi. Hasil dapatan kajian tersebut meunjukkan berlakunya peningkatan pelajar yang mendapat Gred A sebanyak 26.6.% dalam ujian pasca berbanding 7.6% dalam ujian pra. Pelajar yang mendapat Gred B meningkat daripada 7.6% dalam ujian pra kepada 12% dalam ujian pasca. Beliau merumuskan bahawa penggunaan peta minda dalam matapelajaran matematik adalah berkesan.
801211075214001

HBEF2503 Kaedah Penyelidikan dalam Pendidkan

RUMUSAN Di samping itu, melalui penggunaan peta minda, guru lebih mudah mengembangkan aplikasi dan lebih cekap membuat penutup pembelajaran serta leih terlatih dalam mencipta suasana pembelajaran yang kondusif. Oleh itu, berdasarkan pendapat dan juga dapatandapatan di atas, penggunaan peta minda dalam pengajaran dan pembelajaran amat membantu murid dan guru dalam pengurusan nota dan fakta yang baik. Guru juga dapat meningkatkan kreativiti murid melalui penghasilan peta minda dan dapat menjadikan murid lebih mengenali kecerdasan yang ada pada diri mereka.

16

Berdasarkan literatur berkaitan dan kajian-kajian yang berkaitan telah menunjukkan bahawa kaedah penggunaan peta minda dalam sesuatu pengajaran dan pembelajaran akan memberikan kesan yang positif terhadap pencapaian murid. Peta minda yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran juga seiring dan sesuai dengan pandangan dan teoriteori pembelajaran seperti Teori Ausubel, Teori Kecerdasan Gardner dan Teori Gestalt / Kognitif.

801211075214001

HBEF2503 Kaedah Penyelidikan dalam Pendidkan

BAB 3 METODOLOGI PENYELIDIKAN

17

PENGENALAN

Kajian ini adalah mengenai kaedah penggunaan peta minda dalam meningkatkan pemahaman murid dalam fakta sains bagi tajuk Alam Bahan Tahun 4. Tujuan bab ini adalah untuk membincangkan pelbagai prosedur metadologi yang digunakan untuk menerangkan reka bentuk kajian, populasi, sampel, mengumpul data, prosedur kajian, analisis data dan kaedah pengajaran. Bab ini juga menerangkan mengenai kajian dan peringkat pengumpulan data hingga keperingkat penganalisan dan pentafsiran.

REKA BENTUK KAJIAN

Kajian ini berbentuk kuantitatif. Kajian ini menggunakan rekabentuk quasi-eksperimen dimana kajian ini membuat pemilihan subjek ke dalam kumpulan kawalan dan kumpulan eksperimen. Penyusunan semula kelas tidak akan dilakukan. Kumpulan kawalan dan kumpulan eksperimen terbentuk daripada pelajar yang tersedia ada di dalam kelas masingmasing mengikut pembahagian yang telah dilakukan oleh pihak sekolah berkenaan.

Kedua-dua kumpulan akan diberi ujian pra yang akan dijalankan pada minggu pertama. Semua pelajar akan diberitahu awal mengenai topik yang akan diuji supaya mereka dapat membuat persediaan. Selepas diberi ujian pra, semua jawapan dikumpul dan dianalisis. Seterusnya, kumpulan rawatan akan diajar menggunakan kaedah penggunaan Peta Minda untuk memperlajari tajuk Alam Bahan sementara kumpulan kawalan akan menerima tajuk yang sama dengan menggunakan kaedah konvensional sambil mengambil kira kecerdasan mereka di mana setiap ahli kumpulan hendaklah tergolong dalam kecerdasan yang sama.

Menurut Azizi Yahya et.al (2007), kumpulan rawatan biasanya menerima atau megalami satu layanan baru yang sedang dalam kajian, sementara kumpulan kawalan menerima layanan yang berbeza ataupun dikekalkan dalam bentuk biasa. Kedua-dua kumpulan tersebut akan diberi ujian pra dan ujian pasca sebelulm dan selepas kajian dijalankan. Walaupun pemilihan sampel tidak dilakukan secara rawak, pengkaji akan mengenalpasti
801211075214001

HBEF2503 Kaedah Penyelidikan dalam Pendidkan

bahawa sampel bagi kedua-dua kumpulan tersebut mempunyai kebolehan pencapaian yang hamper sama berdasarkan peperiksaan pertengahan tahun bagi matapelajaran Sains.

18

Sebelum kumpulan dibahagikan, semua pelajar akan menjawab soal selidik yang ringkas untuk mengetahui dan pembahagian kumpulan mengikut kecerdasan mereka. Sebaliknya, kumpulan kawalan diajar menggunakan kaedah biasa yang digunakan oleh guru sebelumnya. Sebaik sahaja pengajaran selesai, satu ujian pos diberikan kepada kedua-dua kumpulan untuk melihat kesan dari rawatan yang diberi. Selepas itu kumpulan eksperimen akan diberi satu soal selidik untuk mengesan persepsi pelajar terhadap pendekatan Pembelajaran Konstruktivisme melalui kaedah penggunaan Peta Minda.

Tujuan reka bentuk kuasi eksperimen ini dipilih adalah untuk mengenalpasti perbezaan pencapaian Sains untuk tajuk Alam Bahan bagi kedua-dua kumpulan, iaitu kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan. Di dalam reka bentuk kuasi eksperimen ini terdapat dua pembolehubah yang dikaji, iaitu pembolehubah bersandar dan pembolehubah tak bersandar (bebas).

Di dalam kajian ini pembolehubah bersandar adalah pencapaian Sains untuk tajuk Alam Bahab yang diperolehi melalui ujian pra dan ujian pasca, manakala pembolehubah tak bersandar ialah kaedah pengajaran menggunakan peta minda dan kaedah konvensional. Menurut Azizi Yahaya et.al (2007), satu bahagian daripada persekitaran yang dimanipulasikan adalah pembolehubah tak bersandar, manakala kesan tingkahlaku menipulasi adalah pembolehubah bersandar iaitu apa yang diukur.

Selain daripada pembolehubah bersandar dan pembolehubah tidak bersandar, terdapat pembolehubah-pembolehuabh luaran yang mungkin mengganggu keputusan kajian, seperti kaedah pemilihan sampel, interaksi antara kumpulan, jangka masa kajian dan penyediaan soalan untuk ujian yang akan dijalankan. Bagi mengawal pemboleubah-pembolehubah luaran ini beberapa langkah wajar perlu diberi perhatian. Antaranya ialah pemilihan sampel yang terdiri daripada dua kumpula murid mestilah berada pada tahap pencapaian Sains yang hamper sama. Selan itu, min ujian pra untuk kedua-dua kumpulan akan di analisis melalui ujian T untuk melihat bahawa tidak wujud perbezaan signifikan dari segi kebolehan atau pencapaian Sains sebelum kajian dijalankan. Ujian keseragaman varians juga akan dijalankan bagi menentukan homogen kumpulan.
801211075214001

HBEF2503 Kaedah Penyelidikan dalam Pendidkan

POPULASI DAN SAMPEL KAJIAN

19

Populasi kajian ini adalah melibatkan sekumpulan murid di kalangan tahun 4 di Sekolah Kebangsaan Ibrahim, Sungai Petani. Semua murid telah mengikuti matapelajaran Sains berdasarkan Huraian Sukatan Pelajaran yang telah disediakan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia. Kumpulan murid yang terlibat terdiri daripada 40 orang murid yang dibahagikan kepada dua kumpulan kecil iaitu 20 murid di dalam kumpulan rawatan dan 20 murid di dalam kumpulan kawalan.

Semua murid yang terlibat adalah daripada golongan jantina lelaki sahaja kerana di Sekolah Kebangsaan Ibrahim hanya mempunyai murid lelaki. Tiada murid perempuan yang bersekolah di sekolah ini. 40 orang murid yang dipilih adalah di kalangan murid yang berprestasi rendah dan dari kelas sederhana. Mereka terdiri daripada pelbagai kaum dan dimonopoli oleh kaum Melayu dan India. Bagi keseluruhan tahun 4 di sekolah ini hanya mempunyai 2 orang murid yang berbangsa Cina.

Murid yang dipilih untuk menjalankan kajian ini adalah terdiri daripada murid yang mempunyai latar belakang sosio ekonomi yang berbeza. Murid tidak hanya dipilih berdasarkan latar belakang sosio ekonomi yang sama sahaja sebagai contoh hanya memilih anak-anak guru untuk dijalankan kajian. Berkemungkinan juga faktor sosio ekonomi akan mempengaruhi pencapaian mereka di dalam kajian yang akan dijalankan ini.

Pemilihan sampel kajian adalah melibatkan dari satu kawasan populasi sahaja. Ini disebabkan oleh faktor masa dan kewangan. Jika populasi di jalankan di seluruh Bandar Sungai Petani ia akan mengambil masa yang lama untuk menjalankan kajian dan mendapatkan hasil. Jadi saya memilih untuk menjalankan kajian pada peringkat dalaman sahaja kerana mudah untuk berurusan dengan pihak pentadbir.

801211075214001

HBEF2503 Kaedah Penyelidikan dalam Pendidkan

INSTRUMEN KAJIAN

20

Borang maklumat Pelajar Bahagian ini mengandungi maklumat tentang latar belakang sampel kajian. Maklumat yang dikehendaki meliputi nama, jantina dan markah ujian terkini. Sampel juga akan menjawab soal-selidik ringkas yang bertujuan untuk mengenalpasti kumpulan kecerdasan mereka.

Ujian Pra dan Pos Satu set ujian pencapaian (ujian pra dan ujian pasca). Ujian pencapaian ini terdiri daripada 30 soalan objektif aneka pilihan dengan tiga pilihan jawapan (A, B dan C), yang berkaitan dengan tajuk Alam Bahan. Semua item ujian pencapaian ini telah dibina sendiri oleh pengkaji berdasarkan Sukatan Pelajaran Sains, Huraian Sukatan Pelajaran Sains Tahun 4, dan buku teks Sains KBSR Tahun 4.

Bagi menentukan kesahan kandungan, pengkaji telah membina item-item dalam alat kajian ini berdasarkan jadual penentu ujian (JPU) mengikut aras Taksonomi Bloom. Bagi meningkatkan lagi kesahan kandungannya, pengkaji telah merujuk kepada beberapa orang guru yang berpengalaman dalam pengajaran dan pembelajaran Sains bagi mendapatkan pandangan dank omen mereka. Berdasarkan ulasan guru-guru tersebut, pengkaji telah membaiki dan menggantikan beberapa item yang kurang sesuai.

Sampel kajian Kajian ini dijalankan ke atas murid tahun 4 di sebuah sekolah rendah di kawasan bandar. Seramai 40 orang murid akan terlibat dan 20 orang murid sebagai ahli kumpulan rawatan dan 20 murid adalah ahli kumpulan kawalan.

Borang soal-selidik Soal selidik dibina untuk mengetahui persepsi dan pendapat pelajar mengenai kaedah penggunaan peta minda. Ia hanya dikhaskan kepada kumpulan kawalan. Soal-selidik kajian mengandungi 10 item yang dikemukakan berdasarkan Skala Likert

801211075214001

HBEF2503 Kaedah Penyelidikan dalam Pendidkan

Jadual Jadual keputusan ujian pra, ujian pos, dapatan hasil dari soal-selidik.

21

PROSEDUR PENGUMPULAN DATA

Kajian akan dijalankan di Sekolah Kebangsaan Ibrahim yang melibatkan 40 orang sampel yang dibahagikan kepada kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan. Kedua-dua kumpulan dikehendaki menduduki ujian pra. Pengkaji akan menguruskan sendiri ujian pra tersebut dan pengkaji menyemak skor yang diperolehi oleh sampel bagi kedua-dua kumpulan.

Pengkaji akan melibatkan diri secara langsung dengan mengajar kedua-dua kumpulan tersebut. Kumpulan kawalan diajar dengan menggunakan kaedah konvensional sementara kumpulan rawatan menggunakan kaedah peta minda. Kedua-dua kaedah pengajaran ini akan dijalankan dalam masa empat minggu. Pada hari terakhir kajian, semua murid dalam kumpulan rawatan dan kawalan akan menduudki ujian pasca dengan menggunakan set yang sama dengan ujian pra. Seterusnya skor ujian pasca akan dikumpulkan untuk dianalisis oleh pengkaji.

Bagi ujian pos jumlah skor menunjukkan tahap pengetahuan pelajar setelah menggunakan kaedah peta minda. Kesemua skor akan ditukarkan kepada peratus dan sekiranya pelajar mendapat skor di bawah 30 % bermakna pelajar belum menguasasi topik ini dan begitulah sebaliknya jika pelajar mendapat skor melebihi 30% tetapi di bawah 70%, ini menunjukkan pelajar menguasai tajuk ini di tahap sederhana dan jika melebihi 70% bermaksud pelajar menguasai sepenuhnya tajuk ini.

Daripada jadual di bawah, skor minimum ialah 0. Skor maksimum pula ialah 100. Skorskor yang diperolehi dikategorikan kepada tahap-tahap penguasaan murid dalam tajuk Alam Bahan seperti dalam jadual di bawah. Markah 0% - 30% 31% - 70% 71%-100% Tahap Penguasaan Rendah Sederhana Tinggi

801211075214001

HBEF2503 Kaedah Penyelidikan dalam Pendidkan

TATACARA PENGANALISAAN DATA KAJIAN

22

Peta minda yang akan dibina adalah berpandukan kepada jawapan ujian pra dan merujuk kepada sukatan pelajaran yang disediakan . Program power point akan digunakan dan ditambah dengan animasi, grafik, teks dan aliran mengikut isi pelajaran bagi menghidupkan lagi persembahan serta memotivasikan murid untuk lebih memberikan tumpuan pada pembelajaran. Penerangan dibuat dengan memasukkan unsur-unsur animasi dan grafik serta bunyi agar murid dapat melihat dengan lebih jelas sesuatu proses itu berjalan. Teks dimasukkan dengan menekankan kepada isi-isi penting agar ianya jelas dan mudah difahami murid. Murid boleh melihat dan boleh membaca keterangan yang disediakan. Murid juga boleh melihat semula mana-mana bahagian daripada peta minda ini untuk mendapat kefahaman yang lebih jelas.

Bagi analisis ujian akan di jalankan dengan menggunakan cara berikut : a. Mengira bilangan dan peratus murid yang tidak memahami sesuatu item. b. Mengira bilangan murid yang lulus atau gagal secara keseluruhan. c. Melakukan analisis bilangan murid yang mencapai tahap minima. d. Melakukan analisis bilangan murid yang menjawab soalan yang dikemukakan. e. Mengenalpasti item yang susah dan item yang senang untuk memperolehi indeks kesusahan.

801211075214001

HBEF2503 Kaedah Penyelidikan dalam Pendidkan

RUMUSAN

23

Kajian ini adalah kajian berbentuk kuasi eksperimen yang melibatkan dua kumpulan sampel, iaitu kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan. Sampel kajian terdiri daripada 40 orang murid tahun 4 di Sekolah Kebangsaan Ibrahim. Kedua-dua kumpulan tersebut akan menduduki ujian pra sebelum ujian dan ujian pasca pada akhir kajian.

Hasil daripada penganalisaan statik ke atas data yang diperolehi akan memberikan pengkaji keputusan samada proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan peta minda bagi topik Alam Bahan dalam matapelajaran Sains tahun 4 berkesan atau tidak berkesan bagi meningkatkan kefahaman murid di dalam fakta dan isi pelajaran Sains seterusnya meningkatkan pencapaian Sains bagi golongan murid yang berprestasi rendah.

801211075214001

HBEF2503 Kaedah Penyelidikan dalam Pendidkan

RUJUKAN

24

Ab Fatah Hassan. 1994. Penggunaan minda yang optimum dalam pembelajaran. Kuala Lumpur : Universiti Teknologi Malaysia.

Aminuddin Mansor (10 Mac 2006). Daya ingatan penting semasa belajar. [atas talian] http://www.islam.gov.my/e-rujukan (31 Mei 2007)

Altablig Ali. 2006. Penggunaan peta minda dalam meningkatkan konsep atau fakta sejarah-Bab 1 tingkatan 4. Prosiding Seminar Penyelidikan Pendidikan. Jabatan Pendidikan Perak hlm 87 99

Asma Ishak. 2005. Meningkatkan kemahiran mencatat isi-isi penting di kalangan murid tahun 4 dengan menggunakan peta minda. Jurnal Kajian Tindakan Guru. Institut Perguruan Perlis : 133-145 Azizi Yahaya et.al . 2007. Menguasai penyelidikan dalam pendidikan teori, analisis & interpretasi data. Kuala Lumpur : PTS Professional. Dilip Mukerjea. 1996. Superbrain Train Your Brain and Unleash The Genius Within. Singapore : Oxford University Press.

Ismail Zain, Dr. Kepentingan Penggunaan Peta Minda. http://www.tutor.com.my (31 Mei 2007). Ismail Zain, Dr. (13 Jun 2005). Belajar Berkesan dengan Peta Minda. Utusan Malaysia. (Kuala Lumpur) Johanna A. Sobrey. (25 Jun 2007). Peta Minda Pak Samad. Kosmo. (Kuala Lumpur): 18-19.

Kementerian Pelajaran Malaysia. 2002. Sains Tahun 4 Sekolah Rendah. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

801211075214001

HBEF2503 Kaedah Penyelidikan dalam Pendidkan

Kementerian Pelajaran Malaysia. 2002. Sukatan Pelajaran Sains Tahun 4. Kuala Lumpur : Pusat Perkembangan Kurikulum.

25

Mohd Majid Konting. 2004. Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka

Pelajar

Terbaik

SPM

2007

(23

Mac

2007).

(atas

talian)

http://ppdbesut.net/nuke/modules.php?name=News&file=article&sid=4 (15 Julai 2007). Poh Swee Hiang. 2006. Kemahiran Berfikir Kurikulum Kursus Persediaan Program Sarjana Muda Pendidikan. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn Bhd.

Ragbir Kaur a/p Joginder Singh. 2006. Panduan Ulangkaji Ilmu Pendidikan untuk Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI)-Sekolah Rendah dan Menengah. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn Bhd.

Ramlan Hamzah & Lily Mastura Harun. 2006. Panduan Ulangkaji Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn Bhd.

Rusilah Jais et.al. 2004. Penggunaan peta minda bagi matapelajaran matematik di kalangan pelajar perakaunan. http://www.kmph.edu.my/WebRnD/ (11 Julai 2007).

Shahbudin Hashim, Mahani Razali & Ramlah Jantan. 2007. Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur : PTS Professional.

Tony Buzan.2006. Mind Mapping England : BBC Active.

Kick-Start Creativity and Transform Your Life.

Pusat Perkembangan Kurikulum. (2001). Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran. Kuala Lumpur : Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pusat Perkembangan Kurikulum. (2002). Modul 3 Pengajaran dan Pembelajaran. Kuala Lumpur : Kementerian Pendidikan Malaysia.

801211075214001

HBEF2503 Kaedah Penyelidikan dalam Pendidkan

Ee Ah Meng, 1991. Psikologi Perkembangan . Aplikasi Dalam Bilik Darjah. Petaling Jaya. Fajar Bakti Sdn. Bhd.

26

Lee Shok Meng , 1995. Asas Pendidikan 2. Murid Dan Proses Pembelajaran. Kuala Lumpur. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

801211075214001

También podría gustarte