Está en la página 1de 2

SKRIP LATIHAN LAKONAN RINGKAS 2 - ARNAB DAN KURA-KURA Sketsa ringkas ini akan digemar kanak-kanak kerana ia menggunakan

watak-watak binatang yang boleh dilakonkan oleh kanak-kanak dengan kostum kegemaran mereka. Lokasi : padang atau mana-mana pandangan alam semula jadi yang menarik. Pelakon :arnab, kura-kura, harimau, gajah, rusa dan sebagainya. Keperluan tali permulaan dan penamat perlumbaan. Suara riuh rendah binatang bersorak menyokong arnah yang hidung tinggi dan angkuh menunggu kura-kura merangkak-rangkak datang. Mereka melaung-laung nama arnab arnab!! 1. Arnab: Tengok tu ! Lambat betul. Cepatlah !! Semua binatang ketawakan kura-kura dekati garis mula perlumbaan.. 2. Kura-kura: (melaung mendekati garis lumba) Sabar-lah !! 3. Rusa: (mengejek) lebih baik tak usah lawan arnab, kura-kura. Kau tentu kalah. 4. Harimau: (mengaum garang) ya lah .. Buang masa saja. Semua binatang ketawakan kura-kura. Arnab mendabek. 5. Kura-kura: Tak apa, aku nak cuba. 6. Gajah: (sambil meniup trumpet, mengalu-alukan perlumbaan) Kita mulakan perlumbaan. Beratur di garis mula. Kura-kura dan arnab beratur. 7. Gajah: Sedia. Satu .. Dua tiga. Arnab dan kura-kura mula lari. Kura-kura ditinggalkan arnab. Melihat kura-kura tertinggal arnab ketawa, (Berhenti dan perli.) 8.Arnab: (ketawa ejek) macam ni nak lumba lari dengan aku. Baik aku baring dulu. Arnab baring dan ketawakan kura-kura. Semua binatang ketawa dan bersorak-sorak arnab ! Arnab

Melihat kura-kura lambat, arnab tutup mata dan tidur sambil berdengkur. Suara sorak riuh rendah binatang tidak sedarkan arnab yang tertidur, dan ditinggalkan kura-kura, yang berpatah kembali ke garis penamat. Semua binatang bersorak pula kura-kura ! Kurakura! Yang hampir tiba di garis penamat. Arnab terjaga-jaga dari tidurnya dan terkejut Melihat kura-kura sudah hampir ke garis penamat. Arnab berkejar ke garis penamat tapi terlambat. Kura-kura menang. Semua binatang julang kura-kura dan sorak nama kura-kura. Arnab tersipu-sipu malu.

También podría gustarte