Está en la página 1de 11

BAB 1 : PENGENALAN

Reka bentuk pengajaran atau nama singkatannya RP telah wujud 40 tahun lalu dan ia pada mulanya adalah digunakan untuk membangunkan pelbagai jenis pengajaran seperti bahan bercetak, pengajaran berbantukan komputer serta melalui televisyen. Reka bentuk pengajaran telah dibuat beberapa kajian terhadapnya dan terdapat pelbagai pendapat yang berlainan mengenai reka bentuk pengajaran ini. Menurut Dick dan Reiser (1989 ), reka bentuk pengajaran ialah suatu proses sistematik untuk mereka bentuk, membangun, melaksana dan menilai pengajaran. Terdapat juga pendapat lain iaitu daripada Richey (1986 ), di mana beliau menyatakan reka bentuk pengajaran ialah sains untuk mencipta spesifikasi pengajaran dengan terperinci untuk pengembangan, penilaian dan penyelenggaraan sesuatu unit pembelajaran tidak kira sama ada ia kecil atau besar dalam sesuatu pembelajaran. Walaupun terdapat banyak pendapat yang berlainan, satu kesimpulan yang dapat dibuat di sini ialah reka bentuk pengajaran itu mencakupi seluruh proses pengajaran iaitu mereka bentuk, membina, meliputi dan keseluruhan pembelajaran. Media berkait rapat dengan reka bentuk pengajaran kerana bahan media perlu digunakan semasa proses pengajaran dijalankan. Media boleh dikatakan sebagai medium di mana ia merupakan saluran komunikasi yang membawa maklumat. Penerima akan menerima maklumat yang ingin disampaikan melalui saluran komunikasi yang dikenali sebagai media ini. Media terdiri daripada pelbagai jenis iaitu radio, televisyen, rakaman audio, gambar foto, slaid, bahan-bahan bercetak dan komputer. Kelebihan penggunaan media ini ialah ia mampu menarik minat pelajar untuk mengikuti proses pengajaran dan secara tidak langsung ia juga dapat meningkatkan pemahaman pelajar terhadap isi pelajaran.

1.1

DEFINISI DAN KONSEP REKA BENTUK PENGAJARAN Reka bentuk pengajaran ialah suatu proses sistematik untuk mereka

bentuk, membangun, melaksana dan menilai pengajaran. Terdapat enam perkara yang menjadi asas di mana ia merangkumi seluruh proses pengajaran iaitu : Menentukan keperluan pelajar Menentukan matlamat dan objektif Membina prosedur penilaian Mereka bentuk dan memilih strategi penyampaian Mencuba sistem pengajaran Menilai keseluruhan sistem

Konsep reka bentuk pengajaran secara umumnya mempunyai tiga kategori iaitu reka bentuk pengajaran sebagai satu proses, reka bentuk pengajaran sebagai satu disiplin dan reka bentuk pengajaran sebagai satu sains. Sebagai satu proses, bermaksud reka bentuk pengajaran merupakan pembinaan perancangan pengajaran secara sistematis dengan mengaplikasikan teori pengajaran dan pembelajaran. Sebagai satu disiplin pula ialah reka bentuk pengajaran merupakan satu cabang ilmu pengetahuan yang berkait dengan penyelidikan dan teori tentang strategi pengajaran termasuk proses pelaksanaan strategi pengajaran. Manakala sebagai satu sains pula ialah reka bentuk pengajaran merupakan satu kaedah merancang secara terperinci untuk membentuk, melaksana, menilai dan menyelenggarakan situasi yang dapat menggalakkan pembelajaran bagi unit pembelajaran pada semua peringkat.

1.2

HURAIAN LANGKAH-LANGKAH MODEL ASSURE Model ASSURE boleh digunakan oleh seseorang guru sebagai panduan

untuk menyediakan rancangan pengajaran yang sesuai dengan ciri-ciri dan keupayaan pelajar. Aplikasi model ini mengandungi enam langkah yang dapat menjamin kejayaan iaitu : A Analyse learners(Analisis pelajar) S State objectives(Nyatakan Objektif) S Select methods,media and materials(Pilih kaedah, media dan bahan sumber. U Ultilize media and materials(Gunakan media dan bahan sumber) R Require learner participation(Libatkan pelajar dalam pembelajaran) E Evaluate and revise(Nilai dan semak)

1.2.1 ANALISIS PELAJAR

Menganalisis kumpulan sasaran atau pelajar adalah penting untuk membantu kita merancang pengajaran pembelajaran yang sesuai bagi mereka. Namun bagi mengenal pasti keperluan setiap pelajar adalah sesuatu yang sukar jadi terdapat garis panduan yang boleh digunakan untuk kita menganalisis pelajar serta kita dapat memilih strategi, bahan sumber dan media yang paling wajar untuk mencapai objektif pengajaran
3

dan pembelajaran. Panduan yang ada ialah pelajar boleh dianalisis melalui ciri-ciri umumnya, pengetahuan sedia ada dan gaya belajar.

1.2.2 NYATAKAN OBJEKTIF

Objektif yang hendak dicapai perlulah dinyatakan dengan jelas serta secara khusus. Pernyataan objektif dapat membantu guru memilih media dan kaedah penyampaian yang sesuai. Ia juga dapat membantu guru untuk menyediakan persekitaran pembelajaran yang memberangsangkan. Penilaian juga akan dapat dilakukan dengan adanya objektif yang ditentukan.

1.2.3 PEMILIHAN KAEDAH MEDIA DAN BAHAN SUMBER

Setiap perancangan pengajaran yang baik akan memerlukan pemilihan media, kaedah dan bahan sumber dibuat secara sistematis dan juga terancang. Proses tersebut merangkumi tiga langkah-langkah berikut iaitu : - Membuat keputusan tentang kaedah yang paling sesuai. - Memilih format media yang sesuai dengan kaedah. - Memilih, mengubahsuai atau mereka bentuk bahan sumber.

1.2.4 GUNAKAN MEDIA DAN BAHAN SUMBER


4

Media dan bahan sumber yang akan digunakan hendaklah disemak terlebih dahulu supaya guru dapat merancang penggunaannya di dalam kelas. Kemudian semua kelengkapan yang perlu haruslah disediakan oleh guru. Persekitaran yang sesuai perlulah disediakan dengan penyusunan yang sesuai. Guru hendaklah menguasai pelbagai kaedah dan teknik penyampaian supaya pelajar mendapat pengalaman pembelajaran yang optimum. Menjadi tanggungjawab guru juga untuk menyediakan pelajar untuk mendapat manfaat daripada bahan sumber. Induksi yang terancang dan memotivasikan dapat menimbulkan rasa ingin tahu pelajar untuk belajar. 1.2.5 LIBATKAN PELAJAR DALAM PEMBELAJARAN

Libatkan pelajar dalam pembelajaran melalui aktiviti berpusatkan pelajar berasaskan bahan dapat memotivasikan dan mengekalkan perubahan tingkah laku pelajar. Ini disokong oleh semua teori pembelajaran baik teori behavioris mahupun teori kognitif. Pengalaman rasa berjaya pelajar akan dapat mengekalkan motivasi pelajar terhadap aktiviti pembelajaran. Lantaran itu guru hendaklah memberi maklum balas seperti pujian sebaik sahaja pelajar menunjukkan kejayaan. Aktiviti-aktiviti yang boleh mengekalkan penglibatan aktif daripada pelajar ialah seperti perbincangan, latih tubi, latihan bertulis, permainan bahasa dan sebagainya. Pemilihan media dan bahan sumber yang sesuai sebenarnya dapat membantu dan mengekalkan penglibatan pelajar dalam proses belajar.

1.2.6 NILAI DAN SEMAK


5

Langkah akhir bagi seseorang guru yang menggunakan model ASSURE ialah dengan membuat penilaian dan menyemak semula perancangan. Kebiasaannya penilaian yang dilakukan selalu dianggap hanyalah berfungsi untuk menilai pencapaian pelajar sahaja semata-mata tetapi sebenarnya ianya berfungsi kepada dua jenis pencapaian iaitu kepada pencapaian pembelajaran dan juga pencapaian pengajaran. Penilaian seharusnya dibuat sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran untuk memastikan semua langkah-langkah yang dilakukan sebelum ini masih dapat mencapai objektif pembelajaran atau tidak. Melalui penilaian yang dilakukan ini, guru boleh mengubah teknik, memudahkan bahasa atau mengambil alternatif lain dalam usaha menyesuaikan penyampaian di dalam kelas. 1.3 PERANCANGAN PENGAJARAN MELIBATKAN MEDIA

Perancangan pengajaran yang dibina di mana ia melibatkan media iaitu video dapat menarik minat pelajar kerana mengandungi gabungan kepelbagaian warna serta audio yang dapat menimbulkan rasa ingin tahu pelajar. Namun begitu guru perlu peka dengan penyampaian yang melibatkan media ini supaya ia sesuai dan sekaligus dapat mencapai objektif pengajaran. Jadi garis panduan sebanyak 6 langkah dalam model ASSURE boleh digunakan sepenuhnya. Berdasarkan perancangan pengajaran saya di bawah subjek Pendidikan Kesihatan bertemakan Penyalahgunaan Bahan di mana mempunyai sub tajuk pengambilan dadah, langkah-langkah di bawah boleh diambil sebelum perancangan pembelajaran dibina.

Langkah 1 Ciri-ciri umum pelajar


6

Pelajar semestinya tertarik dengan sebarang persembahan video kerana naluri semula jadi seorang kanak-kanak yang sentiasa mempunyai sifat ingin tahu. Pengetahuan sedia ada Pelajar telah sedia maklum tentang isu penyalahgunaan dadah di dalam negara. Gaya Belajar Gaya pembelajaran pelajar yang mampu membezakan perkara yang baik dan buruk.

Langkah 2 Siapa yang akan mencapai objektif Kumpulan pelajar yang terlibat perlu dapat menyatakan baik buruk pengambilan dadah serta kesannya terhadap negara. Bentuk tingkah laku baru Pelajar seharusnya akan dapat menilai keburukan dadah dan akan berusaha menjauhinya dengan mengenal pasti kelakuan positif dan negatif. Situasi
7

Perlakuan baru pelajar yang dibentuk dapat dilihat melalui aktiviti main peranan seperti lakonan. Darjah tahap pencapaian minimum perlakuan Pencapaian diukur secara kualitatif

Langkah 3 Penentuan kaedah Kaedah simulasi sesuai digunakan kerana pelajar mempunyai gaya pembelajaran yang kinestatik. Pemilihan format media Bentuk kumpulan pelajar yang berkumpul adalah sesuai untuk membuat tayangan. Pemilihan bahan sumber Tahap pelajar adalah sesuai untuk menerima serta membincangkan tentang isu dadah yang membelenggu negara ini.

Langkah 4 Terdapat kemudahan LCD untuk digunakan di dalam kelas. Penyediaan untuk penggunaan bahan sumber adalah mudah. Persekitaran bilik darjah yang sesuai di mana penyusunan meja dan kerusi yang berkelompok memudahkan pelajar menonton tayangan secara berkumpulan.

Langkah 5
8

Perbincangan akan dilakukan semasa tayangan video dilakukan dan guru akan dapat mengekalkan penglibatan aktif pelajar dalam proses pembelajaran.

Langkah 6 Penilaian akan dilakukan pada akhir pembelajaran dengan menggunakan kaedah soal jawab atau latih tubi. Penilaian kepada proses pengajaran yang disediakan oleh guru juga boleh dilakukan dengan meenganalisis sejauh mana objektif telah tercapai.

1.4

KESESUAIAN PEMILIHAN MEDIA DENGAN ELEMEN-ELEMEN YANG DIGUNAKAN

Pemilihan media iaitu dengan menggunakan tayangan video untuk meyampaikan isi pengajaran adalah sesuai kerana faktor umur pelajar yang terlibat. Pelajar yang terlibat adalah daripada tahap 2 di mana mereka mampu untuk memahami isi kandungan video yang disampaikan. Selain itu mereka juga mudah tertarik dengan persembahan video kerana mereka mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi yang akan membuatkan mereka lebih menumpukan perhatian terhadap apa yang disampaikan.

1.5

PENJELASAN AKTIVITI-AKTIVITI GURU DAN MURID

Aktiviti-aktiviti yang dilakukan dalam proses pembelajaran dengan menggunakan tayangan video ini ialah perbincangan di mana guru akan menerangkan isi kandungan pembelajaran seiring dengan tayangan video.
9

Kemudian kaedah perbincangan akan diaplikasikan apabila pelajar diminta untuk memberikan pendapat masing-masing tentang apa yang dilihat dalam tayangan video tersebut. Kaedah soal jawab pula boleh diadakan di akhir pembelajaran untuk mengenal pasti sama ada objektif telah tercapai atau tidak.

REFLEKSI

Alhamdulillah saya dapat juga menyiapkan kerja tugasan subjek Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran ini pada masa yang ditetapkan. Saya telah dapat menyelesaikan semua masalah yang timbul semasa sedang menyiapkan tugasan ini kerana bantuan daripada rakan-rakan yang selalu berfikiran terbuka untuk sama-sama berbincang mencari jalan penyelesaian. Pensyarah bimbingan juga banyak memberi panduan-panduan yang penting di mana merupakan sebuah dorongan bagi saya menyiapkan tugasan dengan lebih sempurna. Sepanjang tempoh masa saya menyiapkan tugasan ini, sebenarnya saya telah mendapat banyak input-input yang boleh digunakan apabila saya mula bertugas sebagai seorang guru kelak. Ini kerana semua hasil kerja pembentangan yang telah dilakukan sebelum ini mempunyai perkaitan yang rapat dengan alam persekolahan dan banyak mendedahkan dengan kaedah-kaedah yang boleh saya praktikkan semasa di sekolah nanti. Contohnya berkenaan dengan model ASSURE yang saya kaji untuk menyiapkan kerja tugasan ini, saya boleh menggunakan informasi yang berguna seperti cara apa yang terbaik untuk saya gunakan untuk menggalakkan anak murid saya supaya lebih berkeinginan untuk belajar. Jadi saya telah memahami bahawa untuk mencapai objektif tersebut saya perlu mempunyai kemahiran terlebih dahulu untuk menjadikan rancangan pengajaran yang saya bina dapat mencapai objektif pengajaran yang telah ditetapkan. Di sini pelajar akan mendapat faedah kerana kaedah yang dilakukan ini akan memberikan mereka lebih pengetahuan dan dapat memantapkan pengetahuan yang sedia ada. Saya harap dengan pengetahuan yang saya peroleh melalui kerja tugasan yang dilakukan ini dapat saya gunakan semasa menjadi guru sebenar kelak.
10

BIBLIOGRAFI
1. Yusup Hashim, Teknologi Pengajaran, Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd, Shah Alam 1998.
2. http://www.scribd.com/doc/17563561/Hbef3103-Reka-Bentuk-Pengajaran

3. Noriati A. Rashid, Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran, Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd, shah Alam 2009.
4. http://www.geocities.com/ishamnurul/ge6353tug3.htm 5. http://www.scribd.com/doc/14989824/TEKNOLOGI-PENGAJARAN

11

También podría gustarte