Está en la página 1de 15

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN IPGM

MODUL MATEMATIK SEKOLAH RENDAH

MTE 3107
PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA ARAS 1, ENTERPRISE BUILDING 3, BLOK 2200, PERSIARAN APEC, CYBER 6, 63000 CYBERJAYA Berkuat kuasa Jun 2012

MODUL INI DIEDARKAN UNTUK KEGUNAAN PELAJAR-PELAJAR YANG BERDAFTAR DENGAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAGI MENGIKUTI PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN. MODUL INI HANYA DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAGI PROGRAM-PROGRAM TERSEBUT.

Cetakan Jun 2012 Institut Pendidikan Guru Malaysia Kementerian Pelajaran Malaysia

Falsafah Pendidikan Kebangsaan Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara.

Falsafah Pendidikan Guru

Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu, dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif, dan berdisiplin.

Cetakan Jun 2012 Kementerian Pelajaran Malaysia


Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak ada kepentingan komersial, tidak dibenarkan sesiapa mengeluarkan atau mengulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa-apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Rektor Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia.

KANDUNGAN

MUKA SURAT

Falsafah Pendidikan Kebangsaan Falsafah Pendidikan Guru Kandungan Panduan Pelajar Pengenalan Agihan Tajuk Tajuk Pembelajaran Tajuk 1 : Perancangan Pelajaran Matematik

i i ii iv vii viii

1.1 Sinopsis 1.2 Hasil Pembelajaran 1.3 Kerangka Tajuk 1.4 Kandungan 1.4.1 Semakan Kurikulum Matematik Sekolah Rendah 1.4.2 Menyediakan Skema Kerja Tahunan/ Semester dan Rancangan Pengajaran Harian

1 1 2 2 2 3

1.4.3 Pengurusan Bilik Darjah dan Komunikasi 13 1.4.4 Pengajaran Mikro dan Makro 15

PANDUAN PELAJAR

PENGENALAN Modul pembelajaran ini disediakan untuk membantu anda menguruskan pembelajaran anda agar anda boleh belajar dengan lebih berkesan. Anda mungkin kembali semula untuk belajar secara formal selepas beberapa tahun meninggalkannya. Anda juga mungkin tidak biasa dengan mod pembelajaran arah kendiri ini. Modul pembelajaran ini memberi peluang kepada anda untuk menguruskan corak pembelajaran, sumber-sumber pembelajaran, dan masa anda.

PEMBELAJARAN ARAH KENDIRI Pembelajaran arah kendiri memerlukan anda membuat keputusan tentang pembelajaran anda. Anda perlu memahami corak dan gaya pembelajaran anda. Adalah lebih berkesan jika anda menentukan sasaran pembelajaran kendiri dan aras pencapaian anda. Dengan cara begini anda akan dapat melalui kursus ini dengan mudah. Memohon bantuan apabila diperlukan hendaklah dipertimbangkan sebagai peluang baru untuk pembelajaran dan ia bukannya tanda kelemahan diri. SASARAN KURSUS Pelajar Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian yang mendaftar dengan Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia (IPG KPM) di bawah Program Pensiswazahan Guru (PPG). JAM PEMBELAJARAN PELAJAR (JPP) Berdasarkan standard IPG KPM yang memerlukan pelajar mengumpulkan 40 jam pembelajaran bagi setiap jam kredit. Anggaran peruntukan jam pembelajaran adalah seperti dalam Jadual 1:

vi

PENGENALAN
Kursus MTE3107 iaitu Perancangan dan Pengajaran Matematik memberi

peluang kepada pelajar untuk merancang suatu pengajaran matematik yang efektif. Pelajar diajar dan dibimbing untuk menggunakan kaedah dan teknik yang sesuai dalam perancangan dengan menggunakan idea matematik yang relevan. Selain itu, aplikasi teori pembelajaran matematik diberikan perhatian dalam pengajaran dan pembelajaran matematik. Modul ini merangkumi semua tajuk iaitu Perancangan Pelajaran Matematik, Teknik dan Kaedah Pengajaran Matematik, Teori Pembelajaran Matematik, Pengetahuan Pengajaran Matematik dan Peningkatan Pembelajaran Matematik. Tajuk yang pertama iaitu Merancang Pengajaran Matematik mendedahkan pelajar kepada Kurikulum Matematik Sekolah Rendah serta memberi pengetahuan bagaimana untuk menyediakan rancangan pengajaran tahunan /semester dan rancangan pengajaran harian (RPH). Modul ini juga menerangkan secara ringkas tentang pengurusan dan komunikasi di dalam bilik darjah serta pengajaran mikro dan makro. Tajuk kedua dalam modul ini ialah Teknik dan Kaedah Pengajaran Matematik. Tajuk ini membincangkan bagaimana topik-topik matematik sekolah rendah dapat diajar dengan berkesan menggunakan teknik dan kaedah pengajaran yang berlainan. Tajuk yang ketiga, Teori Pembelajaran Matematik merangkumi implikasi Behaviorisme, Kognitivisme, Konstruktivisme dan pendekatan Humanistik dalam pembelajaran matematik. Tajuk Pengetahuan Pengajaran Matematik pula Penjelasan juga diberi tentang membincangkan secara ringkas tiga jenis pengetahuan matematik iaitu maklumat berfakta, konsep dan algoritma. membuat konjektur. melakukan matematik melalui penggunaan bahan, interaksi verbal dan Tajuk terakhir merangkumi bagaimana pembelajaran matematik dapat ditingkatkan dengan mengambilkira stail pembelajaran, perbezaan individu, konteks sosial, penyelitan seni kreatif dalam matematik, rekreasi matematik dan pembelajaran berasaskan projek. vii

AGIHAN TAJUK

Jadual di bawah menjelaskan agihan tajuk-tajuk dalam kursus ini.


Topik 1 Kandungan Perancangan Pelajaran Matematik Mengimbas kembali Kurikulum Matematik Rendah Menyediakan skema kerja o rancangan pengajaran tahunan/ semester/ mingguan dan harian o format : komponennya o garis panduan Pengurusan bilik darjah dan komunikasi Pengajaran mikro dan makro Teknik dan Kaedah Pengajaran Matematik Induksi dan deduksi Penemuan dan penyiasatan Perbincangan dan penyoalan Kerja amali Ekspositori Laboratori Demonstrasi Pembelajaran koperatif dan kolaboratif Pendekatan berpusatkan murid, berpusatkan guru dan berpusatkan media Teori Pembelajaran Matematik Behaviorisme Kognitif dan konstruktivisme Pendekatan humanisme Pengetahuan Pengajaran Matematik Maklumat berfakta Konsep Algoritma

Jam Interaksi 2

Jam

12

Melakukan Matematik (doing Mathematics)


2

Peningkatan Pembelajaran Matematik Stail pembelajaran dan perbezaan individu Konteks sosial pengajaran dan pembelajaran Matematik Seni kreatif dalam Matematik o cerita, puisi, muzik dan drama Rekreasi Matematik Pembelajaran berasaskan projek Jumlah

10

45

MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK

TAJUK 1 PERANCANGAN PELAJARAN MATEMATIK

1.1

SINOPSIS

Tajuk ini menyediakan satu kesempatan bagi pelajar untuk merancang pengajaran matematik yang berkesan. Pelajar akan tahu bagaimana untuk merancang skema pengajaran tahunan atau semester dan juga merancang rancangan pengajaran harian dengan format yang betul. Pelajar juga akan tahu pentingnya pengurusan bilik darjah matematik yang berkesan dan pentingnya komunikasi yang berkesan di dalam bilik darjah. Pada akhir modul ini pelajar perlu tahu membezakan pengajaran mikro dan makro.

1.2

HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir tajuk ini, anda dijangkakan akan dapat: (1) (2) (3) (4) (5) menerangkan kurikulum matematik sekolah rendah menyediakan skop dan urutan tajuk dari kurikulum matematik menghasilkan rancangan tahunan/semester dan rancangan pengajaran harian (RPH) dengan format yang betul mengetahui kepentingan pengurusan bilik darjah dan komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran matematik yang berkesan membezakan antara pengajaran mikro dan makro

MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK

TAJUK 2 TEKNIK DAN KAEDAH PENGAJARAN MATEMATIK


2.1 SINOPSIS Teknik dan kaedah pengajaran Matematik sentiasa berkembang dari masa ke semasa. Dengan bertambahnya kajian saintifik terhadap psikologi perkembangan kanak-kanak maka kaedah pengajaran dan pembelajaran juga turut berlaku perkembangan. Tajuk ini akan membincangkan beberapa strategi, kaedah dan teknik yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran Matematik peringkat sekolah rendah.

2.2

HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir tajuk ini, anda dijangkakan akan dapat: 1. membanding dan membezakan kepelbagaian kaedah pengajaran yang berpusatkan murid, guru dan media. 2. menghuraikan pendekatan induktif dan pendekatan deduktif. 3. membanding dan membeza kepelbagaian kaedah pengajaran seperti kaedah penemuan dan kaedah penyiasatan. 4. menggunakan kaedah perbincangan dan penyoalan dalam proses pembelajaran. 5. membanding dan membuat perbezaan antara kaedah kerja amali, ekspositori, laboratori dan demonstrasi. 6. membanding dan membezakan kepelbagaian kaedah pengajaran seperti pembelajaran koperatif dan kolaboratif.

MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK

TAJUK 3 TEORI PEMBELAJARAN MATEMATIK

3.1

SINOPSIS Kita sentiasa mendengar aduan murid-murid sekolah rendah dan menengah bahawa matematik adalah mata pelajaran yang susah. Tambahan pula, ada yang berkata bahawa matematik adalah mata pelajaran yang membosankan. Ramai ahli psikologi yang terkenal telah menjalankan kajian, tinjauan dan eksperimen terhadap pengajaran dan pembelajaran matematik dan telah mengemukakan berbagai-bagai teori pembelajaran yang membawa kesan pesat terhadap kurikulum matematik masa kini. Bab ini juga akan mengemukakan secara ringkas beberapa teori pembelajaran yang memberi sumbangan besar dalam pendidikan matematik. Kita akan meninjau secara dasarnya teori behavioris, konstruktivis dan humanistik agar kita dapat memanfaatkannya dalam pengajaran dan pembelajaran. Kita juga akan membincangkan implikasi teori teori pembelajaran terhadap proses pembelajaran dan pengajaran matematik dalam bilik darjah.

3.2

HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir modul ini, anda dijangkakan akan dapat: 1. Menghuraikan konsep penting dalam teori-teori pembelajaran yang memperkukuhkan pengetahuan pedagogi. 2. Menghuraikan teori pembelajaran Behavioris, Kognitif, Konstruktivis dan Humanistik . 3. Menjelaskan prinsip-prinsip asas pelaziman klasik dan pelaziman operan dan implikasinya kepada pembelajaran programmed. 4. Menganalisis teori Behavioris dan merumuskan implikasi teori Behavioris terhadap pengajaran dan pembelajaran matematik.

MTE 3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK

TAJUK 4 PENGETAHUAN PENGAJARAN MATEMATIK

4.1

SINOPSIS Menurut Taksonomi Bloom terdapat empat dimensi pengetahuan yang perlu dikuasai oleh pelajar bagi membina konkrit kepada abstrak. fakta, konsep, algoritma dan melakukan pengetahuan daripada matematik. Maklumat Keempat-empat dimensi tersebut adalah

berfakta merujuk kepada keupayaan pelajar mengingati fakta seperti definisi, teorem, hukum, simbol dan fakta asas pendaraban. Pelajar tidak dapat melakukan matematik tanpa mengingati rumus dan fakta seperti formula luas segitiga, perimeter ,penukaran unit dan sebagainya. Oleh itu, fakta perlu dihafal untuk digunakan dengan pantas. Keupayaan mengingat dan menghafal rumus dengan tepat dan pantas akan menjimatkan masa dalam penyelesaian masalah. Dalam topik ini, kita akan membincangkan pengetahuan pengajaran dan pembelajaran matematik dari padangan empat dimensi dan menerapkan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

4.2

HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir tajuk ini, anda dijangkakan akan dapat : 1. Menjelaskan jenis-jenis pengetahuan matematik 2. Pengajaran menggunakan pengetahuan matematik berdasarkan

maklumat berfakta dan konsep.

MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK

TAJUK 5 PENINGKATAN PEMBELAJARAN MATEMATIK

5.1

SINOPSIS Tajuk ini membincangkan perbezaan inidividu dalam pembelajaran matematik dan kaedah peningkatan pembelajaran matematik. Dalam membuat perancangan dan pengajaran matematik, guru harus mengambil kira aspek perbezaan individu. Antara aspek-aspek perbezaan individu yang memberi kesan ke atas pembelajaran matematik adalah kebolehan matematik, kebolehan spatial, gaya (stail) pembelajaran, kecenderungan dan sikap, perbezaan berkait jantina serta perbezaan etnik dan kebudayaan. Pembelajaran matematik boleh ditingkatkan melalui seni kreatif seperti cerita, puisi, muzik dan drama, permainan dan rekreasi matematik. Penggunaan kaedah Pembelajaran Berasaskan Projek pula dapat menggalakkan pemikiran matematik (mathematical thinking)

5.2

HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir tajuk ini anda dijangkakan akan dapat: 1. merancang pembelajaran matematik dengan mengambilkira aspekaspek perbezaan individu dan konteks sosial dalam pengajaran dan pembelajaran matematik. 2. meningkatkan pembelajaran matematik melalui seni kreatif, permainan dan rekreasi matematik. 3. menggunakan kaedah Pembelajaran Berasaskan Projek untuk meningkatkan pemikiran matematik (mathematical thinking).

MTE 3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK

RUJUKAN

Bobis, J., Mulligan, J. & Lowrie, T. (2004). Mathematics for children: challenging children to think mathematically. 2nd ed. New South Wales: Pearson Education Australia. Booker, G., Bond, D., Sparrow, L. & Swan, P. (2004). Teaching primary mathematics. 3rd Ed. Malaysia: Pearson Prentice Hall. Bottle, G. (2005). Teaching Continuum. mathematics in the primary school. London:

Cangelosi,J.S. (1996). Teaching mathematics in secondary and middle school: An interactive approach. (2nd ed.). Englewood Cliffs, NJ: Prentice- Hall. Cohen, A. L.. (1987). Early education : The school years. A source book for teachers. USA: P.C.P. Education series. Cathcart, W.G., Pothier, Y.M., Vance, J.H. & Bezuk N.S. (2000). Learning mathematics in elementary and middle schools. 3rd Ed. London: Allyn and Bacon. Downes, T. (1993). Exploring reality using data handling, in R. Idczak, L. Wilcock & T. Stutterd (eds), Chance and Data: Exploring Real Data. Mathematics curriculum and Teaching Curriculum Corporation, Carlton, Vic., pp3-7. Freiberg, H. & Driscoll, A. (2005). Universal teaching strategies. 4th ed. Boston: Pearson. Gan Teck Hock. (2003). Instructional games for basic skills in mathematics. Miri: IPG Sarawak. Ho, B.T., Netto-Shek, J. & Chang, S.C. (2004). Managing project work in schools: Issues and innovative practices. Singapore: Pearson Prentice Hall. Hollands, R. (1987). The development of mathematical skills. UK: Blackwell Hopkins, C. (1999). Mathematics in the Primary School. USA: David Fulton.

PANEL PENULIS PANDUAN PEMBELAJARAN PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK)
NAMA EN JALANI B. HUSSAIN Pensyarah IPG Kampus Ipoh, 31150 Hulu Kinta, Perak Darul Ridzuan KELAYAKAN Kelulusan: M.Mgt. ( Pengurusan ) UPM B.Sc (Matematik/Fizik) UTM Dip. Sains Serta Pendidikan UTM Pengalaman: Pensyarah Matematik Guru Matematik

EN JOHNSON A/L SAVARIMUTHU Pensyarah IPG Kampus Ipoh, 31150 Hulu Kinta, Perak Darul Ridzuan

Kelulusan: M.Ed. ( Pendidikan Matematik) UPSI B.Ed. (Pendidikan Matematik) UPSI Dip. Perguruan (Pengajian Tamil) MPT Pengalaman: Pensyarah Matematik Guru Matematik Kelulusan: M.Ed. ( Pendidikan Matematik ) UM Dip. Pendidikan (Matematik/TESL) UM B.Sc. Hons ( Sains Makanan dan Pemakanan ) UKM Pengalaman: Pensyarah Matematik Guru Matematik

CIK LENA A/P N.VIMALANANDAN Pensyarah IPG Kampus Ipoh, 31150 Hulu Kinta, Perak Darul Ridzuan.

EN MUAZ B GHAZALIE Pensyarah IPG Kampus Ipoh, 31150 Hulu Kinta, Perak Darul Ridzuan

Kelulusan: M.Ed. (Pendidikan Matematik ) UM B.Sc. Ed (Hons) UM Pengalaman: Pensyarah Matematik Guru Matematik Kelulusan: M.Ed (Math. Edu.) UKM B.Sc.Hons (Education) UTM Pengalaman: Pensyarah Matematik Guru Matematik

PN HJH ZAKIAH BT SALLEH Pensyarah IPG Kampus Sultan Mizan, 22200 Besut, Terengganu.

IKON
Rehat

Perbincangan

Bahan Bacaan

Buku Rujukan

Latihan

Membuat Nota

Senarai Semakan

Layari Internet

Panduan Pengguna

Mengumpul Maklumat

Tutorial

Memikir

Tamat

También podría gustarte