Refleksi (M1) Topik pertama dalam subjek WAJ3104, Literasi Bahasa adalah

melaksanakan aktiviti prabacaan. Kesediaan membaca merujuk kepada kemampuan seseorang murid

menerima pengajaran dan pembelajaran dari segi mental, emosi dan fizikal, yang melibatkan peringkat mendirikan asas membaca, memperkukuh asas membaca dan seterusnya. Bentuk prabacaan melibatkan tiga jenis pengamatan, iaitu pengamatan pengliatan, pengamatan pendengaran dan pergerakan tangan dan mata. Pensyarah menggunakan cara „brain storming‟ untuk membincangkan definisi pengamatan dari pandangan kami semua. Pada pendapat saya, pengamatan merupakan proses

untuk mendapat maklumat dan pengetahuan yang baru daripada tindak balas pancaindera yang kita miliki dan juga merupakan satu proses yang menerima maklumat, merakam maklumat, memproses maklumat dan bertindak balas atau respon terhadap sesuatu situasi. Melalui itu, saya lebih memahami terhadap pengamatan dari segi penglihatan, pendengaran dan pergerakan tangan dan mata. Menurut Syed Abu Bakar (1994), beliau menyatakan bahawa “jika tahap ini tidak dicapai terlebih dahulu, usaha untuk mengajarkan kemahiran membaca bukan sahaja sia-sia, malah boleh menimbulkan kesan yang amat buruk kepada kanakkanak, ibu bapa dan guru”. Saya juga mendapati aktiviti yang dilaksanakan oleh guru di dalam bilik darjah amat penting kerana ia akan memberi kesan kepada murid-murid.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful