Está en la página 1de 15

1.0.

Pendahuluan

Mata pelajaran Kemahiran Hidup ini merupakan satu subjek yang berlainan dengan subjek-subjek lain kerana isi kandungannya lebih menekankan kepada aspek pengajaran dan pembelajaran dari segi kreativiti dan inovasi serta keusahawanan yang merupakan aset berguna dalam membentuk sumber tenaga manusia yang diperlukan oleh Malaysia pada masa hadapan. Kemahiran yang ditekankan bagi subjek ini juga berbeza dengan subjek lain. Kemahiran Hidup bukan sahaja melibatkan pengajaran teori di dalam kelas semata-mata tetapi juga melibatkan kerja-kerja amali seperti memasak, menjahit, berkebun dan sebagainya. Secara umumnya, Kemahiran Hidup melatih para pelajar bagaimana alam pekerjaan sebenar di sekolah. Dato Seri Dr. Abdul Shukor (2000) menyatakan bahawa pendidikan Kemahiran Hidup yang dijalankan di sekolah memberi penekanan kepada nilai-nilai murni dan semangat patriotik bagi menyedarkan murid akan peranan dan tanggungjawab mereka sebagai warganegara maju dan masyarakat berilmu. Murid di didik untuk berfikir, berilmu pengetahuan luas, bertataetika tinggi,bijaksana serta dapat menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi secara berkesan. Kebanyakan ibu bapa dan ada juga sesetengah guru yang mengambil ringan dengan mata pelajaran Kemahiran Hidup. Mereka beranggapan bahawa mata pelajaran ini tidak sepenting mata pelajaran lain seperti Sains dan Matematik khususnya. Daripada tinjauan yang dibuat, di dapati mata pelajaran ini tidak diambil berat dan sentiasa terganggu dengan pengisian mata pelajaran lain di atas banyak sebab atau alasan-alasan tertentu. Tetapi mereka tidak menyedari bahawa setiap pelajar itu adalah berbeza-beza. Tidak semestinya jika pelajar tidak cemerlang dalam subjek-subjek penting mereka telah dianggap gagal. Di sebabkan mata pelajara Kemahiran Hidup banyak melibatkan kerja-kerja amali dan kemahiran, ia sering dikaitkan dengan pelajar yang kurang pandai atau pelajar-pelajar dari kelas hujung. . Bagi KPM Kemahiran Hidup sangat penting kerana dapat menyediakan asas teknologi yang kukuh kepada rakyat Malaysia bagi menjayakan wawasan 2020. Kementerian juga telah memberikan penekanan tentang kaedah. pengajaran Kemahiran Hidup supaya melibatkan pembelajaran melalui pengalaman. Murid dikehendaki melakukan sendiri pelbagai

aktiviti secara aktif untuk menguasai pengalaman praktis yang dapat digunakan dalam kehidupan seharian, Proses pengajaran dan pembelajaran dalam subjek Kemahiran Hidup masa kini telah banyak berubah dan mengalami evolusinya sendiri. Jika dahulunya penggunaan lisan dan tulisan sudah menjadi kebiasaan dalam pengajaran, kini teknologi telah menjadi pemacu dalam penggunaan alatan yang lebih canggih seperti penggunaan komputer, video, dan pelbagai peralatan lain lagi yang menggabungkan elemen visual, audio dan teks. Penggunaan alat dan bahan bantu mengajar berasaskan multimedia di kalangan guru dan pengajar di Malaysia juga semakin meluas. Ramai pengajar masa kini juga lebih suka memilih untuk menggunakan kemudahan teknologi berbanding pengajaran secara konvensional. Dalam bidang teknikal dan vokasional, penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi juga kerap digunakan bagi membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Teknik dan Vokasional bermaksud menggunakan ICT secara berfikrah, terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Perisian Multimedia merupakan satu altenatif baru ke arah mempelbagaikan media pengajaran serta memberi pendedahan kepada pelajar tentang kecanggihan sistem multimedia masa kini (Ismail, 2002). Menurut Faizah et.al (2005), elemenelemen yang terdapat dalam sistem Multimedia dapat menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih menarik, berkesan, memberangsangkan serta dapat menyesuaikan dengan keperluan individu pelajar. Di samping menambahkan bahan rujukan bagi pelajar-pelajar, ia juga boleh dijadikan sebagai Alat Bahan Bantu Mengajar (ABBM). Menurut McEwan dan Cairncross (2004), multimedia mempunyai potensi untuk melahirkan sumber pembelajaran yang tinggi kualitinya. Kemampuan elemen-elemen multimedia saling berhubung boleh digunakan untuk menyampaikan maklumat yang diberi dan pengguna boleh belajar melalui saluran media serta boleh menjimatkan masa. Penggunaan koswer dalam sebagai alat dan bahan bantu mengajar akan mempengaruhi kemampuan pelajar menguasai setiap topik dalam subjek ini.

Secara umumnya, seperti yang kita semua ketahui subjek Kemahiran Hidup telah di perkenalkan dan diajari untuk semua murid di Negara kita. Tidak kira murid- murid di sekolah rendah mahupun menengah, mereka di dedahkan dengan subjek Kemahiran Hidup Bersepadu, baik disekolah rendah mahupun di sekolah menengah. Semua ini menunjukkan bahawa pihak kerajaan terutamanya Kementerian Pendidikan Malaysia mengambil berat mengenai kepentingan subjek ini. Dan Rancangan Pengajaran Tahunan yang dikelolakan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum untuk pelajaran Kemahiran Hidup juga menekankan usaha yang berterusan kearah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, jasmani, emosi dan rohani. Oleh itu, Rancangan Pengajaran Harian perlu memasukan aspek nilai nilai murni serta aspek keselamatan adalah antara kaitan nilai murni kasih sayang yang perlu diperhatian oleh semua guru kemahiran hidup. Subjek Kemahiran Hidup ini merupakan satu subjek yang amat penting dimana dengan mempelajari subjek ini murid-murid akan dapat menggunakan segala ilmu yang di pelajari untuk kehidupan harian baik di rumah mahupun untuk memasuki alam pekerjaan kelak. Contohnya, di dalam matapelajaran Kemahiran Hidup setiap murid akan belajar pelbagai benda yang sering digunakan dalam kehidupan seharian seperti memasak, membasuh, pertukangan, elektrik, bercucuk tanam, penternakan dan sebagainya. Semua pelajaran ini sudah tentu dapat diaplikasikan di dalam kehidupan harian mereka. Oleh yang demikian, perubahan dalam konteks pengajaran dan pembelajaran diterapkan.Contoh pembelajaran kontekstual iaitu kaedah pembelajaran yang menggabungkan isi kandungan dengan pengalaman harian individu, masyarakat dan alam pekerjaan. Kaedah ini menyediakan pembelajaran secara konkrit yang melibatkan aktiviti hand-on. Pembelajaran hanya akan berlaku apabila pelajar memproses maklumat atau pengetahuan baru dengan cara yang bermakna kepada pelajar. Teori ini menumpukan kepada kepelbagaian aspek persekitaran pembelajaran sama ada di bilik darjah, makmal,tempat bekerja atau kehidupan seharian.Teori ini menggalakkan pendidik (guru) memilih persekitaran pembelajaran yang merangkumi pelbagai

pengalaman sama ada dalam konteks sosial, budaya, fizikal atau psikologi bagi mencapai objektif pembelajaran yang diharapkan. Bukan ini sahaja perubahan yang harus dimainkan oleh guru kemahiran hidup untuk proses pengajaran dan pembelajaran, kaedah konstruktivitisme juga boleh digunakan iaitu memberikan kelebihan kepada murid untuk menggunakan pengetahuan sedia ada dalam proses pembelajaran. 2.0. Perubahan Konsep Dalam Konteks Pengajaran Dan Pembelajaran KHSR

Sebenarnya, matlamat KHSR tidak berubah, kebanyakan objektif mata pelajaran dikekalkan iaitu bertujuan membolehkan murid mendapat kemahiran praktik asas dan pengetahuan yang berasaskan teknologi, keusahawanan dan aspek pengurusan diri supaya mereka dapat menjalankan kerja buat sendiri serta cenderung berurusniaga dan mereka cipta. Dalam merealisasikan matlamat kerajaan kearah Negara maju menjelang 2020, maka perubahan konsep dalam kurikulum KHSR dilakukan. Perubahan tersebut melibatkan kandungan dalam rancangan pengajaran harian iaitu beberapa tajuk disusun semula bertujuan untuk mengukukuhkan kesinambungan mata pelajaran kemahiran hidup yang sedang di ajar di semua sekolah dan mengelakan pertindihan serta mengemaskini kandungan. Perubahan kandungan KHSR dilakukan untuk memberi lebih fokus kepada pencapaian murid kepada bidang rekacipta, di mana bidang rekacipta di kenali sebagai bidang kreativiti dan reka cipta. Perubahan yang telah disusun mencakupi dua bidang utama iaitu Bidang Kreativiti dan Reka Cipta serta Bidang Perniagaan dan Keusahawanan. 2.1.Perubahan Bidang Mata Pelajaran a) Reka Bentuk dan Teknologi Dalam bidang ini, penekanan yang dilakukan adalah berkaitan dengan penyerapan pengetahuan serta kemahiran teknologi oleh murid murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran kemahiran hidup. Murid akan didedahkan kepada pengenalan kreativiti dan kefungsian produk. Di mana murid akan belajar dengan menggunakan teknik dan proses pembuatan iaitu melibatkan

penggunaan bahan gabungan kayu dan bahan kitar semula bukan logam serta penghasilan projek elektrik. Selanjutnya, murid akan mempelajari topik yang berkaitan dengan penghasilan tanaman hiasan dan melakukan kerja penyelenggaraan alatan yang telah digunakan. Dan tidak lupa juga perkara yang berkaitan dengan nilai murni yang perlu ditanam dalm diri murid murid dengan memasukan penekanan keselamatan diri dan orang lain. b) Bidang Perniagaan dan Keusahawanan Manakala bidang perniagaan dan keusahawanan, penekanan kepada

pengetahuan amalan perniagaan dan keusahawanan iaitu dari perancangan dan penyediaan jualan diserapkan juga etika dalam jualan. Murid juga akan didedahkan kepada topik yang berkaitan dengan cara mempromosi jualan, melayan pelanggan dan cara merekodkan jual beli dengan lebih sistematik. Dan nilai murni yang ditekankan adalah berkaitan dengan pemupukan nilai dan sikap seperti berdikari,yakin diri, berinisiatif dan yakin pada diri dalam membentuk diri untuk menjadi seorang usahawan. Murid juga akan diajar berkaitan dengan kaedah mencari dan menggunakan peluang perniagaan dengan secara bijaksana.

2.2.Penekanan Pengajaran dan Pembelajaran Penguasaan kemahiran praktis ini meliputi beberapa kemahiran : -membuat lakaran bentuk bentuk asas -mereka bentuk dan penghasilan projek -mengenal pasti dan membezakan litar elektrik -menyenggara dan baik pulih alatan -menghasilkan tanaman hiasan -mengusaha niaga barang

Murid akan didedahkan kepada pengetahuan yang berkualiti dengan kemahiran yang hendak dikuasai. Dalam bidang ini, perubahan yang dilakukan untuk meningkatkan pemupukan nilai dan sikap seperti berdikari, inovatif, kreatif, bekerja tanpa membazir dan berminat dalam menjalankan kerja buat sendiri. Kaedah dalam pengajaran seperti tunjuk cara, simulasi, bercerita,

sumbangsaran, kaedah, main peranan, permainan, temu bual, lawatan dan temu bual digunakan berdasarkan kesesuaian keadaan. Kaedah yang akan digunakan oleh guru kemahiran hidup bergantung kepada beberapa faktor iaitu objektif pelajaran,kemudahan saiz kelas, dan taraf kebolehan murid.
a) Penggunaan Bahan Terbuang

Dalam menjalankan aktiviti atau membuat projek, guru seharusnya tidak bergantung pada bahan yang dibeli sahaja tetapi guru boleh menggunakan bahan tebuang dan mudah didapati di persekitaran. Bahan terbuang harus dikenal pasti dan digunakan seberapa banyak yang boleh seperti rotan, botol plastik, kotak kertas, reja kayu, bahagian atau komponen mesin yang tidak digunakan lagi seperti bolt, nat, skru, alas bebola dan skru. Penggunaan bahan terbuang akan menjimatkan kos di samping dapat menanamkan sifat berjimat cermat dan inovatif kepada murid dalam penjagaan alam sekitar yang lebih baik. Dengan ini murid akan lebih sedar kepada sumber yag ada di sekeliling mereka dan berupaya menggunakannya untuk perkara yang lebih berfaedah.
b) Kemahiran Berfikir

Kemahiran

berfikir

secara

kritis

dan

kreatif

(KBKK) dan

h a r u s m e n j a d i s a t u landasan dalam pengajaran dan pembelajaran yang mana daya imaginasi,kreativiti murid perlu dijanakan diperkembangkan. Contoh kemahiranberfikir yang diberi tumpuan dalam Bidang Pembelajaran "Reka Bentuk dan Teknologi termasuk :

Contoh kemahiran berfikir dalam RBT : Membezakan bentuk-bentuk asas dalam pesekitaran Menghubung kait bentuk asas dalam aktiviti membina bentuk produk Menjana idea kreatif dan inovatif Mentafsir lukisan kerja Menjana idea-idea baru untuk menyelesaikan masalah danmenghasilkan projek Membuat keputusan, memilih projek, alatan tangan danbahan yang diperlukan Mengkelaskan jenis tanaman hiasan
c) Kaedah Kajian Masa Depan

Murid Kemahiran Hidup juga perlu mengembangkan daya berfikir secara kritis dan kreatif ke arah membentuk masa depan yang lebih sempurna. Unsur penting Kajian Masa Depan harus diserapkan dalam pengajaran dan pembelajaran Kemahiran Hidup untuk merangsang daya intelek dan mengupaya murid untuk menghasilkan produk yang dapat memanfaatkan dan memberi sumbangan kea rah hala tuju masa depan. Contohnya dalam proses mereka bentuk, murid mengkaji keadaan yang sediaada, mencari alternatif, membuat pilihan dan akhirnya menghasilkan produk yang berkaitan Disamping itu murid juga boleh menjangka dan meramalkan kesan atau impak produk baru mereka dalam senario masa depan.
d) N i l a i M u r n i

Nilai murni dan sikap positif serta budaya kerja yang relevan harus merentasi aktiviti yang dikendalikan. Dengan cara ini, nilai murni dan sikap positif seperti berusaha sumber dapat mencapai dipupuk kecemerlangan, supaya menjadi berfikiran kebiasaan terbuka, dalam bersediamenimbangkan pelbagai faktor dan berhati-hati menggunakan pengendalian dan urusan hidup murid. Begitu juga dengan kesedaran

tentang kos sesuatu projek, harus diberi penekanan dalam semua projek

yang dihasilkan.Kemahiran interpersonal seperti menghargai pendapat dan usaha orang lain,berkomunikasi dengan baik, bersediamenerima kritikan membina, memberidorongan kepada orang lain yang menemui kegagalan, menjalinpersahabatan, belajar secara koperatif dan bekerja secara kumpulan danmemupuk semangat kerjasama dengan rakan sebaya perlu juga diterapkan semasa pengajaran dan pembelajaran.
e) K e r e l e v a n a n

Aktiviti amali harus dihubung kait dengan amalan kehidupan dan pekerjaan agar sesuatu pengajaran dan pembelajaraan l e b i h b e r m a k n a , menyeronokkan dan berguna kepada murid. Teknik ini boleh menarik minat murid terhadap sesuatu aktiviti atau tajuk.
f) Teknologi Maklumat dan Komunikasi

Murid perlu digalakkan menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi( I C T ) d a l a m p e m b e l a j a r a n m e r e k a t e r u t a m a n y a d a l a m p e n g u m p u l a n , pemilihan dan pemprosesan maklumat. Dengan ini kemahiran ICT murid juga boleh diperkembangkan seperti melayari laman web, menggunakan perisian, CD-ROM dan pengkalan data serta komunikasi secara elektronik. 2.3.Aras Pembelajaran Aras 1 merupakan aras asas yang mesti dikuasai oleh semua m u r i d s e b e l u m mereka meneruskan pembelajaran ke Aras 2. Aras 2 merangkumi kandungan yang perlu dipelajari oleh semua murid selepas mereka menguasai kandungan Aras 1. Aras 3 merupakan aras pengayaan untuk murid yang berupaya melepasi pembelajaran aras 1 dan aras 2. Dengan ini aras atau tingkat pembelajaran akan meningkat dari Aras 1 ke Aras 3.

3.0.Kelebihan Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer Penggunaan Teknologi Maklumat dan komunikasi dalam P&P bermaksud

menggunakan TMK secara berfikrah, terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan P&P. Komputer ialah sebuah alat elektronik yang kompleks dan mempunyai pelbagai kelebihan dan kegunaan dan ia sesuai untuk dijadikan sebagai Alat Bantu Mengajar dalam proses P&P. Ini kerana ia berkemampuan untuk menerima dan memproses data seperti penyimpanan data-data mengenai murid, akses ke internet dan sebagainya. Di samping itu, jika komputer dapat digunakan secara sistematik dan berkesan oleh guru, ia mampu menyelesaikan sebarang masalah pengajaran dan pembelajaran. Ini selaras dengan pandangan Heinich (1996) yang menyatakan bahawa komputer dapat memperkayakan teknik pengajaran. Internet atau Internasional Network of Networks merupakan sebuah rangkaian gergaji komputer di peringkat antarabangsa (TMB, 1998) dan merupakan cara computer berkomunikasi antara satu sama lain (Crumlish, 1996). Ia mengandungi lebih daripada 50 ribu rangkaian komputer di seluruh dunia, lebih daripada 6.6 juta komputer hos dan lebih daripada 50 juta pengguna dari lebih 160 buah negara (Zoraini, 1995). Negara kita telah meletakkan ICT dalam Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga (RRJP3, 20012010) sebagai media utama untuk membina pengetahuan baru dan meransang perkembangan ekonomi berasaskan pengetahuan. Berdasarkan dapatan maklumat yang telah dijperolehi, para guru mempunyai persepsi positif terhadap penggunaan perisian Kemahiran Hidup dalam pengajaran. Fowzia Osman (1991) juga mendapati bahawa guru Kemahiran Hidup mempunyai persepsi dan sikap yang positif terhadap mata pelajaran tersebut. Beliau mendapati guru faham matlamat dan objektif mata pelajaran tersebut dan berpendapat bahawa Kemahiran Hidup perlu diajar kepada semua pelajar. Pernyataan ini disokong oleh Noor Adzhar Zain (2000), bahawa keyakinan guru-guru Kemahiran Hidup dalam menggunakan komputer sebagai bahan bantuan mengajar menunjukkan sikap positif dengan maklum balas bersetuju adalah sebanyak 77.6%. Selain itu, majoriti guru berminat menggunakan perisian Kemahiran Hidup semasa proses pengajaran dan pembelajaran Kemahiran Hidup.

Di samping itu, perisian ini menyediakan teknik penyampaian isi yang tersusun dan berunsur interaktif. Guru juga bertindak sebagai pemudahcara dalam melaksanakan teknik pengajaran dan pembelajaran Kemahiran Hidup yang berkesan. Menurut Perkins (1992), peranan guru bukan lagi seperti pendita di atas pentas yang proses pembelajarannya berpusatkan guru tetapi perlu berubah kepada pembimbing di sisi (guide by the side) yang berpusatkan pelajar. Mutu perisian Kemahiran Hidup pula adalah dari aspek penerapan nilai-nilai murni, kesesuaian kandungan maklumat, bahasa, arahan yang jelas dalam perisian dan sebagainya adalah tinggi. Ini kerana perisian ini menyediakan peluang kepada para pelajar mengintegrasikan kesemua pancaindera yang dimiliki bagi mempertingkatkan proses pengamatan mereka. Bahan multimedia interaktif yang dibangunkan membolehkan pelajar berinteraksi dengan ilmu dengan penerangan yang berdasarkan kombinasi warna yang menarik dan kesan suara (Abdul Aziz & Azlida, 2000). Kesan penggunaan perisian Kemahiran Hidup boleh dilihat dari tiga sudut iaitu keberkesanan penggunaan perisian Kemahiran Hidup terhadap guru, pencapaian pelajar dan prestasi pelajar semasa penggunaan perisian Kemahairan Hidup. Guru berpendapat bahawa penggunaan perisian ini amat membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran sama ada di awal persediaan atau di akhir penutup. Menurut Sandholtz (1997) yang menyatakan bahawa penggunaan teknologi di sekolah boleh memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran. Ini selari dengan dapatan kajian Norahidah Mamat (2001) yang menyatakan bahawa penggunaan perisian kursus adalah bersesuaian dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, penggunaan perisian Kemahiran Hidup dapat membantu guru dalam membuat penerangan tentang konsep awal tentang pemahaman pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Kenyataan ini disokong oleh Draper, (1993). yang menyatakan penggunaan teknologi sebagai alat bantu pengajaran dan pembelajaran, sesuatu konsep dapat disampaikan dengan lebih berkesan dan pelajar pula mudah mengingati konsep yang disampaikan.

Di samping itu, penggunaan perisian Kemahiran Hidup menjadikan pengajaran mereka lebih berkesan berbanding dengan kaedah tradisional. Kajian yang dijalankan oleh Mohd Jasmy et. al (2003) menunjukkan hanya 10% daripada apa yang didengar mampu dipelajari manakala 80% pembelajaran terhasil daripada apa yang mereka lihat. Kajian ini jelas menunjukkan betapa pentingnya penggunaan perisian multimedia dalam dunia pendidikan. Dalam satu kajian yang diketuai oleh pengarah PPK, Dr.Sharifah Maimunah menyatakan bahawa objektif penggunaan perisian multimedia secara am adalah untuk memperbaiki tahap penguasaan pelajar dalam bahasa tersebut serta mendorong minat para pelajar mempelajarinya menerusi bahan interaktif. Secara tidak langsung, penggunaan CD-ROM multimedia interaktif ini dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan dapat membantu pelajar dalam membina minda yang cergas. Perisian Kemahiran Hidup dapat meningkatkan motivasi pelajar. Menurut Heirich (1993), komputer berkemampuan untuk mengawal dan mengurus bahan pengajaran yang banyak. Kemampuan komputer berinteraksi dengan penggunanya membolehkan guru menyampaikan isi pelajaran dengan lebih mudah dan menarik. Minat pelajar bertambah melalui penggunaan perisian Kemahiran Hidup. Pelajar yang belajar dalam suasana pembelajaran yang interaktif dan koperaktif akan sentiasa mengarahkan diri mereka untuk menggembangkan daya kreativiti dan tahap kecemerlangan. Kenyataan ini disokong oleh Irfan Naufal Umar (2004), yang menyatakan penggunaan ICT dalam proses P&P membolehkan bilik darjah bertemu dengan dunia nyata serta membolehkan pelajar-pelajar sendiri mencari maklumat dan bahan asal, memudahkan kolaboratif dan perbandingan global, dan membolehkan bahan-bahan multimedia dicipta dan disebarkan dengan mudah. Secara keseluruhannya, guru berminat menggunakan perisian Kemahiran Hidup dan selalu menggunakan perisian ini semasa mengajar. Mereka tidak mempunyai masalah untuk menggunakan perisian Kemahiran Hidup. Pelajar mudah mendapat maklumat melalui perisian ini kerana teknik penyampaian isi di dalam perisian ini adalah tersusun dan maklumat di dalamnya adalah bersesuaian dengan topik yang dipelajari di sekolah. Di samping itu, perisian juga menerapkan nilai-nilai murni dalam persembahan

pengajaran dan pembelajaran. Bahasa dan arahan yang disampaikan dalam perisian Kemahian Hidup adalah mudah difahami dan diikuti. Selain itu, elemen multimedia seperti kesan bunyi, paparan animasi dan grafik dalam perisian Kemahiran Hidup dapat menarik perhatian dan minat pelajar. Namun begitu, guru-guru berharap terdapat perisian yang berbentuk dwibahasa untuk meransangkan pengajaran dan pembelajaran. Bagi aspek keberkesanan pengunaan pula, penggunaan perisian Kemahiran Hidup mampu membantu guru dalam proses membuat perancangan pengajaran. Guru mendapati bahawa penggunaan perisian Kemahiran Hidup membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan perisian dapat menjimatkan masa pengajaran guru dan menjimatkan masa guru untuk membuat persediaan awal. Mereka bersetuju bahawa penggunaan perisian ini tidak membebankan malah menjadikan pengajaran mereka lebih berkesan berbanding dengan kaedah tradisional. Aspek yang lebih penting ialah penggunaan perisian Kemahiran Hidup dapat meningkatkan motivasi dan minat pelajar . Dalam aspek kekangan guru, didapati masa yang diambil untuk penggunaan perisian Kemahiran Hidup semasa mengajar dan penyediaan komputer dan paparan skrin adalah lama. Terdapat sekolah yang masih tidak mencukupi kemudahan perkakasan teknologi yang sempurna. Namun demikian, kebanyakkan guru mendapati perisian Kemahiran Hidup memudahkan mereka dalam mempraktikkan konsep dan amali serta tidak berlakunya situasi kekurangan interaksi antara pelajar dan guru dalam penggunaan perisian Kemahiran Hidup. Di samping itu, pihak sekolah selalu memberi galakan dalam penggunaan perisian Kemahiran Hidup. Kesimpulan dari dapatan tentang penggunaan teknologi dalam pengajaran menunjukan banyak member kelebihan samada kepada guru atau murid itu sendiri. Oleh yang demikian, guru guru seharusnya lebih cenderung untuk menggunakan komputer sebagai salah satu alat bantu mengajar dalam prose pengajaran mereka termasuklah mata pelajaran kemahiran hidup yang dianggap tidak penting. Dan yang lebih penting, pakar pakar atau guru cemerlang dalam mata pelajaran kemahiran hidup seharusnya

bersedia untuk memikirkan dalam penyediaan perisian yang berkesan demi membantu guru guru di sekolah terhadap proses pengajaran dan pembelajaran kemahiran hidup agar ianya boleh menjadi satu mata pelajaran yang diminati oleh pelajar samada sekolah rendah atau sekolah menengah. Itu pandangan yang boleh saya lontarkan demi kemajuan anak didik dalam memacu wawasan Negara ke arah negara yang maju dalam era 2020.

Kandungan

1.0. 2.0.

Pendahuluan Perubahan Konteks Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran KHSR


2.1. 2.2. 2.3.

Perubahan Bidang Mata Pelajaran Penekanan Pengajaran dan Pembelajaran Aras Pembelajaran

3.0.

Kelebihan Pengajaran Berbantukan Komputer

Bibliografi

Ismail Zain.(2009). Pembelajaran Berbantukan Komputer. Petaling Jaya, Selangor. Utusan Publications Sdn. Bhd. Mohd Aizani Marof.(2005). Teknologi Maklumat Siri III. Kuala Lumpur, Malaysia. Penerbit UTM. Rozinah Jamaludin.(2005). Multimedia dalam Pendidikan. Petaling Jaya, Selangor. Utusan Publications Sdn.Bhd. Siow.H.L.(2005). Pedagogi Merentas Kurikulum. Bentong , Pahang. PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd. Norfazlan. (2010). Keberkesanan Penggunaan Modul Multimedia Dalam Pengajaran. Diperolehi dari : http:///www.images.norfadzlan.multiply.blogspot Saridah Hussin. (2006). Keberkesanan Penggunaan perisian multimedia dalam pengajaran. Diperolehi dari : http:///www.eprints.oum.edu.my/175//

También podría gustarte