Documentos de Académico
Documentos de Profesional
Documentos de Cultura
KATEGORI PERTAMA
Terjemahannya:
“ Dan tentu mereka akan mengatakan (pula): ‘ Hidup hanyalah kehidupan kita di dunia
saja, dan kita sekali-kali tidak akan dibangkitkan “ ( Surah Al An’aam: 29)
KATEGORI KEDUA
KATEGORI KETIGA
Golongan yang menganggap bahawa dunia ini sebgai ladang tanaman untuk
1
mendapat hasilnya di akhirat kelak. Golongan ini benar-benar beriman dengan
Allah s.w.t. Mereka mengetahui hakikat hidup serta nilai dunia berbanding
dengan Hari Akhirat. Allah s.w.t membandingkan mereka seperti dalam
FirmanNya:
Terjemahannya:-
“ Dan tiadalah kehidupan dunia ini selain dari main-main dan senda gurau belaka.
Dan sungguh kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Maka
tidakkah kamu memahaminya ? “ (Surah Al An’aam : 32)
Bagi menjamin supaya urusan hidup ini terarah menurut lunas-lunas Islam
maka sewajarnya difahami dan dihayati beberapa kewajipan iaitu:-
Terjemahannya:-
“ Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka
menyembahKu “
( Surah Adz Dzaariat : 56)
2
Terjemahannya:
Terjemahannya: -
“ Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sungguhnya pada hari
kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barang siapa dijauhkan dari neraka
dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan
dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan “ ( Surah Ali
‘Imran : 185)
3
aliran dan perancangannya. Disamping itu mendedahkan akibat serta
keburukan Jahiliyah. Dengan memahaminya barulah orang-orang
beriman tidak terperangkap ke dalam jaring-jaringnya. Ini selaras dengan
sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
“ Sesiapa yang mempelajari bahasa sesuatu kaum, ia terselamat dari tipu daya
mereka”
Dalam pegangan hidup manusia, hendaklah diambil neraca dan nilai syara’ dan
tidak seharusnya diambil nilai-nilai yang lain. Kebaikan dan keburukan
hendaklah diperhatikan menurut pandangan syara’ berdasarkan kepada kaedah:
“ Yang Baik Ialah Apa Yang Dipandang Baik Oleh Syara’ dan Yang Buruk Ialah Apa
Yang Dipandang Buruk Oleh Syara”
Terdapat banyak perintah Allah yang memerintahkan kita agar mengambil nilai
syara’ dan melarang dari mengambil nilai yang lain daripada nilai syara’.
Antaranya Firman Allah s.w.t:
(i)
Terjemahannya:
“ Kemudian Kami jadikan kamu berada di atas suatu syariat (peraturan) dari urusan
(agama) itu, maka ikutilah syariat itu dan janganlah kamu ikuti hawa nafsu orang-orang
yang tidak mengetahui “ (Surah Al Jaatsiyah: 18)
(ii)
4
Terjemahannya:
“ Ikutilah apa yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu dan janganlah kamu
mengikuti pemimpin-pemimpin selainNya. Amat sedikitlah kamu mengambil
pengajaran (daripadanya) “ (Surah Al A’raaf : 3)
(iii)
Terjemahannya:
“ Apakah kamu tidak memperhatikan orang-orang yang mengaku dirinya telah beriman
kepada apa yang diturunkan kepaamu dan kepda apa yang diturunkan sebelum kamu?.
Mereka hendak berhakim kepada thaghut, padahal mereka telah diperintahkan
mengingkari thaghut itu. Dan syaitan bermaksud menyesatkan mereka (dengan)
penyesatan yang sejauh-jauhnya “ (Surah An Nisaa’ : 60)
(i)
5
Terjemahannya:
“ Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang yang di muka bumi ini, niscaya
mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti
persangkaan belaka, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah) “ (Surah
Al An’aam: 116)
(ii)
Terjemahannya:
“ Dan tidaklah patut bagi lelaki yang mukmin dan tidak pula bagi perempuan yang
mukmin, apabila Allah dan RasulNya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi
mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka. Dan barangsiapa mendurhakai Allah
dan RasulNya maka sungguhlah dia telah sesat, sesat yang nyata. “ (Surah Al Ahzab:
36)
Nilai Islam adalah nilai yang tetap dan tidak berubah-ubah meskipun zaman
beredar dan berubah. Dalam hal ini al Allamah Abu al’Ala al Maududi telah
menyatakan daalam risalahnya, Ila Ayy Syai’Yad’u al Islam, bahawa Allah s.w.t
tidak semata-mata menurunkan undang-undang tertinggi (Supreme Law)
melalui RasulNya, bahkan diturunkan bersama-samanya nilai yang tetap
(Thabitah = Permanent Values). Sesuatu yang telah ditetapkan baik di dalam al
Quran dan Sunnah Rasul itu adalah baik selama-lamanya.
Demikian juga sebaliknya, sesuatu yang ditetapkan buruk itu, maka ia tetap
buruk selama-lamanya. Begitu juga yang halal tetap halal dan yang haram tetap
haram. Ketetapan tersebut tidak boleh dipinda, ditambah, dikurangkan atau
dihapuskan. Hanya yang berani membuat pindaan dan pembatalan itu ialah
golongan atau jamaah yang melepas dan membebaskan diri daripada Islam.
6
Hal yang sama juga telah dihuraikan dengan panjang lebar oleh As Syahid
Sayyid Qutb dalam kitabnya yang sangat bernilai, Khasais at Tasawwur al Islami
Wa Muqawamatuha, dalam satu tajuk, Ath Thabat (Nilai Yang Tetap). Perlu
diperingatkan sekiranya ketetapan Allah s.w.t itu tidak dipatuhi maka akan
berlakulah kerosakan demi kerosakan di alam ini.
Terjemahannya:
“ Andaikata kebenaran itu menurut hawa nafsu mereka, pasti binasalah langit dan bumi
ini, dan semua yang ada di dalamnya. Sebenarnya Kami telah mendatangkan kepada
mereka kebanggaan (Al Quran) mereka tetapi mereka berpaling dari kebanggaan itu
“ (Surah Al Mu’minuun: 71)
NILAI ALLAH
Islam telah ditetapkan oleh Allah s.w.t sebagai satu sistem hidup yang
sempurna. Telah ditentukan bahawa penilaian yang tinggi dan keuntungan
hanya diberikan kepada mereka yang beriman serta menghayati Islam dalam
kehidupan mereka. Hal ini telah ditegaskan oleh Allah s.w.t dalam firmanNya:
Terjemahannya:
“ Demi Masa, Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian, kecuali
orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati supaya
mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran “ (Surah Al
7
Asr : 1 – 3)
As Syahid Sayyid Qutb ketika menghuraikan ayat ini telah menjelaskan bahawa
Iman merupakan dasar hidup yang amat penting bagi membuahkan hasil yang
baik dan bernilai dalam seluruh cabang hidup. Mana-mana amalan yang tidak
lahir dari keimanan, maka ia tidak bernilai di sisi Allah s.w.t. Allah s.w.t telah
membuat perbandingan di dalam Firmannya :
(i)
Terjemahannya:
“Orang-orang yang kafir kepada Tuhannya, amalan-amalan mereka adalah seperti abu
yang ditiup angin dengan keras pada suatu hari yang berangin kencang. Mereka tidak
dapat mengambil menafaat sedikitpun dari apa yang telah mereka usahakan (di dunia).
Yang demikian itu adalah kesesatan yang jauh “ (Surah Ibrahim : 18)
(ii)
Terjemahannya:
“ Dan orang-orang yang kafir amal-amal mereka adalah laksana fatamorgana di tanah
yang datar, yang disangka air oleh orang-orang yang dahaga, tetapi bila didatanginya air
8
itu dia tidak mendapatinya suatu apapun. Dan didapati nya (ketetapan) Allah disisinya,
lalu Allah memberikan kepadanya perhitungan amal-amal dengan cukup dan Allah
adalah sangat cepat perhitunganNya. “ (Surah An Nur:39)
Amalan Soleh itu adalah buah Iman, Iman itu hidup dan bergerak melahirkan
amalan yang soleh. Inilah Iman Islam. Iman itu bergerak, bekerja dan
membangun menuju kepada matlamat Ilahi. Ia tidak semata-mata tersimpan
beku di lubuk hati. Ia juga bukan semata-mata angan-angan atau sekadar niat
baik sahaja tanpa diamalkan.
PEMBENTUKAN JAMAAH
Hendaklah kita sedari bahawa memperkatakan yang haq itu adalah suatu yang
wajib, namun terpaksa menghadapi berbagai-bagai kesukaran serta halangan.
Din atau sistem Islam itu adalah haq(kebenaran) yang wajib dibangunkan,
tetapi ia tidak dapat tertegak melainkan di dalam kawalan jamaah yang sudah
terbentuk.
SABAR
Perlu juga diinsafi bahawa kerja-kerja menegakkan Iman, Amal Soleh dan
mengawal yang haq itu adalah kerja yang amat sukar bagi individu dan jamaah.
Maka ia memerlukan kepada satu senjata, iaitu kesabaran. Yakni sabar dalam
jihad samada jihad hawa nafsu atau lain-lainnya,, sabar menanggung
penderitaan dan kesukaran, sabar menghadapi kemungkaran dan kemaksiatan
yang berleluasa, sabar melalui masa yang panjang dan peningkatan yang lambat
dan sabar untuk menurju matlamat yang jauh di dalam perjuangan hidup ini.
Hal ini memerlukan kepada jamaah yang mana anggota-anggotanya hidup
dalam ukhuwwah dan bimbing membimbing dengan kesabaran. Dalam suasan
ini barulah Sistem Islam boleh hidup subur dan menghasilkan buah-buah
(natijah) yang baik lagi bernilai.
MODEL
9
Model jamaah yang tinggi dan agung telah lahir di saman Rasulullah s.a.w dan
para sahabat. Adalah perlu sekali kita mengambil contoh teladan mereka dalam
usaha kita membentuk jamaah kini. Generasi pertama tersebut telah memiliki
sifat-sifat dan ciri-ciri penting hingga melayakkan mereka menjadi ummat
terbaik.
Berikut disenaraikan beberapa ciri yang terpenting seperti yang dijelaskan oleh
Al Allamah Abu al Hasan Ali al Husni an Nadawi dalam kitabnya, Maza
Khasira al ‘Alam Bi Inhitat al Muslimin. Rumusan beliau ialah:-
10
Terjemahannya:
“ Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan
mengerjakan amal-amal yang soleh bahawa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan
mereka berkuasa di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum
mereka berkuasa, dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah
diridhaiNya untuk mereka, dan Dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka,
sesudah mereka berada dalam ketakutan menjadi aman sentosa. Mereka tetap
menyembahKu dengan tiada mempersekutukan sesuatu apapun dengan Aku. Dan
barangsiapa yang (tetap) kafir sesudah (janji) itu, maka mereka itulah orang-orang yang
fasiq. “ (Surah An Nur : 55)
Erti memperhambakan diri kepada Allah s.w.t itu menurut tafsirannya ialah
tetap berjalan di atas sistem dan peraturan Allah s.w.t. Inilah manhaj yang
digunapakai oleh mereka dalam semua bidang kehidupan.
11