Está en la página 1de 10

AMALI 4

TAJUK: Pergerakan Bulan HIPOTESIS: 1. Bulan boleh kelihatan pada siang hari 2. Jika hari berbeza, saiz fasa bulan berbeza TEORI: Bulan merupakan salah satu ahli dalam sietem suria. Ia berbeza kerana sifatnya yang memantul cahaya matahari. Planet dalam system suria mempunyai bilangan bulan atau satelit semulajadi yang berbeza, ada planet yang tidak mempunyai bulan seperti Utarid dan Zuhrah dan ada planet yang mempunyai 16 bulan seperti Musytari Fasa bulan ialah peringkat perubahan bentuk bulan yang bercahaya sepanjang pusingan di orbitnya mengelilingi bumi iaitu sebulan ijtimak. Oleh kerana bumi beredar mengelilingi matahari di satah ekliptik, maka kedudukan bumi relatif dengan kedudukan bulan dan matahari sentiasa berubah-ubah. Perubahan ini mengakibatkan permukaan bulan yang bercahaya dilihat dari bumi dalam keadaan yang berbeza-beza bentuk. Akibatnya terjadilah fasa-fasa bulan.

Dalam tempoh peredaran bulan, wujud empat fasa utama bulan yang dapat dilihat dari bumi: Fasa Pertama: Ijtimak dan hilal Fasa kedua: Fasa Ketiga: Bulan pada suku pertama Bulan pada suku kedua (bulan Purnama)

Fasa Keempat: Bulan pada suku ketiga

MENGAPA TERJADINYA FASA FASA BULAN Fasa fasa bulan terjadi kerana beberapa faktor:.
1

1) Pergerakan bulan berputar sambil beredar mengelilingi matahari 2) Sifat bulan sebagai pemantul cahaya 3) Sifat bulan sebagai objek legap Bentuk bulan kelihatan berubah-ubah jika diperhatikan dari bumi. Kedudukan relatif bumi, bulan dan matahari menyebabkan hanya sebahagian daripada permukaan bulan yang menerima cahaya matahari dapat dilihat dari bumi. Perubahan bentuk bulan ini mengikut satu kitaran yang mengambil masa lebih kurang satu bulan

Tempoh bagi kewujudan fasa yang sama ialah 29.5 hari. Separuh daripada permukaan bumi dan bulan sentiasa menerima cahaya matahari. Walau di mana pun kedudukan bulan, sentiasa separuh dari permukaannya menerima cahaya matahari . Kedudukan bulan yang berubah-ubah semasa mengorbit bumi menyebabkan kita tidak sentiasa dapat melihat keseluruhan permukaan bulan yang disinari cahaya matahari

Bulan merupakan satu jasad samawi yang mengikuti bumi. Bulan tidak mengeluarkan dan memancarkan cahayanya sendiri sebaliknya ia memantulkan cahaya matahari. Cahaya yang diterima dari matahari ini dipantulkan ke segenap arah sehinggakan kita melihat bulan sebagai satu objek yang bersinar. ALATAN: Kamera, computer, perisisan ECU PROSEDUR: 1. Cari tempat yang sesuai untuk memerhati Bulan (gunakan temapat dan masa yang sama sepanjang tempoh 14 hari pemerhatian itu). // Gunakan perisian ECU. 2. Catatkan (azimuth,altitude,bentuk bulan,permukaan bulan,orientasi bulan dan saiz bulan) dalam bentuk jadual.Daatkan sekurang-kurangnya 6 bacaan untuk setiap har, selang 20 atau 30 minit) 3. Analisis dan tafsirkan pemerhatian anda. Gunakan graf untuk membantu kefahaman anda.

4. Tuliskan satu laporan untuk amali ini dengan mengaitkan data pemerhatian dan analisis data dengan teori. KEPUTUSAN: TARIKH 30/7 31/7 1/8 2/8 3/8 4/8 5/8 6/8 7/8 8/8 MASA TERBIT 0.26 am 1.13 am 2.00 am 2.48 am 3.35 am 4.23 am 5.10 am 5.57 am 6.43 am 7.29 am Jadual 1
Masa Terbit 8 7 6 5 4 3 2 1 0 30 31 1 2 3 4 5 6 7 8 Julai Julai Ogos Ogos Ogos Ogos Ogos Ogos Ogos Ogos Tarikh Masa terbit

Masa Terbit Bulan

Rajah 1

Berdasarkan data yang telah dikumpul di dapati bahawa setiap hari dalam tempoh penyiasatan bulan terbit pada sebelah siang hari . Ianya bermula pada 30 Julai hinggalah 8 Ogos. Pada 30 Julai Bulan terbit pada waktu tengah malam iaitu selapas pukul 12, iaitu pada pukul 12.26 am (0.26 am). Ianya dikuti pada 31 Julai pula pada pukul 1.13 pagi. Seterusnya pada 1 Ogos hingga 8 Ogos , masing masing antara pukul 2.00 pagi hinggalah pukul 7.30 pagi. Pada pukul 7.30 pagi bulan mula terbit, maka sudah tentulah Bulan akan dapat dlihat pada waktu siang tersebut. Begitulah juga dengan tarikh-tarikh yang lain. Kita dapat melihat bulan di waktu siang kerana mata kita tepat ke arah cahaya pantul. Pandangan mata kita adalah terhad. Ini bererti bukan selamanya mata kita mengarah ke cahaya pantul. Ini bermakna adakalanya mata kita dapat melihat bulan di siang hari dan adakalanya tidak. Adakala bulan tidak akan terbit atau terbenam dalam satu jangka masa bergantung kepada sesuatu tempat. Dalam tempoh 24 jam, bulan akan terbit atau terbenam bila-bila masa dan adakalanya bulan dapat dilihat pada siang hari, dan adakalanya malam tanpa bulan.

Terbit dan terbenam bulan berkait rapat dengan perubahan fasanya. Selepas ijtimak bulan akan terbit selepas matahari terbit, dan kelihatan rendah di ufuk barat selepas matahari terbenam. Semakin hari bulan akan terbit semakin lewat pada kadar purata 51 minit setiap hari. Ini dapat dilihat dalam Jadual 1. Masa terbit setiap hari bagi bulan adalah berbeza setiap hari. Perubahan masa terbit dapat dilihat dengan jelas dalam Rajah 1. Bulan mengorbit atau mengelilingi bumi setiap 29 hari waktu Bumi. Pada setiap waktu, setengah dari Bulan diterangi oleh Matahari. Sisi lain dari Bulan menghadap membelakangi Matahari dan berada dalam kegelapan. Selama Bulan mengorbit di sekitar Bumi, kita dapat melihat lebih banyak pada sisi terangnya. Perlahan-lahan penampakan bulan mengalami perubahan. Perubahan ini disebut dengan fasa Bulan. Fasa bulan terjadi akibat perubahan sudut dari garis yang menghubungkan Matahari,Bumi, dan Bulan sewaktu Bulan mengorbit Bumi.Ini ditunjukkan seperti dalam Rajah 2.
4

Rajah 2

Jadual 1 merupakan dapatan dari pemerhatian yang telah selama 10 hari di Tampin, Negeri Sembilan bermula dari 30 Julai 2013 hingga 8Ogos 2013.

TARIKH

NAMA FASA

BENTUK FASA BULAN

30 Julai 2013

31 Julai 2013

01 Ogos 2013

02 Ogos 2013

03 Ogos 2013

04 Ogos 2013

05 Ogos 2013

06 Ogos 2013

Anak Bulan (New Moon)

07 Ogos 2013

08 Ogos 2013

Jadual 2 Bulan memiliki banyak fasa, yang umum kita ketahui diantaranya, anak bulan, bulan sabit, bulan separa dan bulan purnama. Selama sebulan kita melihat perubahan bulan dari anak bulan ke purnama dan begitu seterusnya. Perubahan dalam bentuk dan ukuran ini adalah diakibatkan oleh keadaan pencahayaan yang berbeza. Oleh kerana bulan berputar mengelilingi bumi, maka muncul bentuk yang berbeza yang dikenali fasa-fasa bulan.Setiap fasa bulan akan terbit pada waktu-waktu seperti dalam Jadual.3. Fasa Anak Bulan Suku Pertama Bulan Purnama Suku Ketiga Masa Terbit Subuh Tengah hari Senja Tengah malam Jadual 3 Masa Terbenam Senja Tengah malam Subuh Tengah hari

Dalam sehari, bulan beredar pada kadar 13 atau 0.5 per jam. Secara berperingkat, sedikit demi sedikit bahagian bulan yang bercahaya mula kelihatan dan bumi sebagai anak bulan (hilal). Selepas tujuh hari, fasa bulan menjadi suku muda. pada hari ke-14 atau 15, fasa bulan menjadi purnama. Dari segi fizikal, fasa purnama berlaku apabila bulan berada pada kedudukan setentang dengan matahari. Ketika ini bahagian bulan yang menerima cahaya matahari menghadap ke arah bumi sepenuhnya. Lebih kurang tujuh hari selepas fasa bulan purnama, fasa berikutnya ialah suku tua atau suku ketiga. Ketika ini bulan telah mendekati matahari pada sebelah barat. Apabila bulan sekali lagi berada di tengah-tengah di antara bumi dengan matahari, maka berlaku sekali lagi proses ijtimak bagi fasa bulan berikutnya. Ianya dibuktikan seperti Rajah 3.

Rajah 3

Berdasarkan data terkumpul, didapati bahawa tarikh di antara 30 Julai hingga 05 Ogos, fasa bulan yang terbentuk adalah Fasa Bulan Sabit. Fasa-fasa bulan adalah
8

mengikut Takwim Qamari. Satu hari setelah bulan baru, sepotong cahaya yang tipis dapat dilihat, fasa ini dikenal dalam kalangan umat Islam dengan sebutan datangnya Hilal. Semakin hari, semakin banyak sisi bulan yang diterangi matahari terlihat. Setelah tujuh hari, kita melihat setengah dari bulan purnama. Ini merupakan setengah lingkaran yang terkena sinar matahari dan terlihat dari bumi. Hal ini disebut suku pertama. Tujuh hari setelah suku pertama, bulan bergerak ke tempat di antara Bumi dan Matahari berada. Fasa ini adalah bulan purnama. Tujuh hari setelah bulan purnama, kita melihat setengah bulan purnama sekali lagi. Ini dikenal sebagai suku terakhir atau ketiga. Setelah satu minggu lagi, bulan kembali ke fasa bulan baru.

Ketika bulan berada di antara matahari dan bumi, bulan tidak memantulkan cahaya matahari, sehingga sisi bumi yang mengalami malam hari tidak dapat melihat munculnya bulan itu. Hal ini disebabkan karena sisi bulan yang terkena sinar matahari adalah hanya bahagian yang menghadap matahari dan posisi bulan yang

membelakangi sisi gelap bumi. Fasa ini disebut dengan Anak Bulan yang dapat dilihat pada 06 Julai dalam Jadual 2. KESIMPULAN

RUJUKAN

www.al-azim.com/~smkdolsaid/bulanorbit.htm http://budakfisika.blogspot.com/2013/03/fisika-menjawab-mengapa-penampakan.html http://lamanfalak.blogspot.com/2011/10/bolehkah-bulan-di-lihat-di-siang-hari http://spektrumku.wordpress.com/2008/05/20/mengapa-kita-tidak-bisa-setiap-malammelihat-bulan/ http://astronomi.angkasa.gov.my/cms3/page/index/id/14

10

También podría gustarte