Está en la página 1de 6

Definisi Kemahiran Bertutur

Kemahiran Bertutur Kemahiran bertutur merupakan proses komunikasi yang amat kompleks. Semasa bertutur, seseorang itu akan menghasilkan bunyi bahasa dengan menggunakan unsur-unsur prosodi (intonasi, tekanan sebutan dan jeda) dan para linguistik (bagi bahasa isyarat dan pergerakan badan). Walau bagaimanapun, selain menggerakkan alat pertuturan untuk mengeluarkan bunyi bahasa yang bermakna, proses bertutur juga melibatkan proses mental: memahami, menaakul, memadan, menyesuaikan dan memberi gerak balas tertentu mengikut situasi sesuatu komunikasi. Penutur yang baik akan mengkoordinasi keupayaan mendengar dan memperoleh maklumat bagi tujuan menghasilkan bunyi-bunyi bahasa dengan menggunakan unsur-unsur prosidi dan melaksanakan proses mental mendengar dan membaca secara berkesan.

Definisi Kemahiran Mendengar

Mengapa kemahiran mendengar? Mengapa kemahiran mendengar penting? Apa masalahnya, sekiranya seseorang itu menghadapi masalah pendengaran yang serius? Hakikatnya kemahiran mendengar merupakan kemahiran utama dan pertama yang perlu dikuasai oleh kanak-kanak sebelum ia boleh mengujarkan perkataan atau bunyi awal tertentu dalam proses belajar berkomunikasi atau bercakap. Tentu sekali sebelum kanakkanak ini boleh berkomunikasi atau bercakap, ia telah terlebih dahulu terdedah kepada berbagai-bagai bunyi bahasa dan bukan bahasa. Sebenarnya, kanak-kanak sentiasa berkomunikasi dengan alam sekelilingnya, mengusai bahasa memperoleh, mempelajari, mengajuk dan meniru daripada apa yang didengar dan dialaminya daripada orang-orang yang berada di sekelilingnya. Mereka meniru, mengajuk, mencuba dan mengungkapkan perkataan tertentu secara berulang kali sebelum sesuatu perkataan itu tekal dalam ingatan dan dapat digunakan dalam konteks maknanya yang sebenar. Justeru, alam persekitaran merupakan model penting pembelajaran bahasa dalam kalangan kanak-kanak ini. Ini bermakna, kanak-kanak yang hidup dalam kerangka model alam persekitaran yang baik, cenderung untuk menguasai kemahiran berbahasa: bertutur dan mendengar yang baik mengikut standard tertentu.

Keperluan Kemahiran Mendengar

Kemahiran mendengar merupakan kemahiran menerima menaakul dan memproses maklumat dalam komunikasi secara lisan. Di sekolah, murid-murid perlu mendengar untuk menerima dan memahami idea yang disampaikan dalam perbualan, perbincangan, dialog, mesyuarat dan penjelasan dalam proses pengajaran guru. Manakala dalam kehidupan harian pula, aktiviti mendengar sentiasa wujud dalam interaksi sosial (perbualan, perbincangan dan mesyuarat); untuk mendapat hiburan (radio, televisyen, filem), memperoleh maklumat (pengajaran guru, berita di radio dan televisyen) serta pernyataan perasaan dan apresiasi seni (drama, lakonan, dialog dan kesusasteraan).

Peringkat Peringkat Kemahiran Bertutur

Untuk

mencapai

objektif

pengajaran

bertutur,

iaitu

bertutur

dengan

fasih

dan

dapat mengeluarkan buah fikiran dengan menggunakan bahasa yang tepat dan sesuai mengikut situasi perhubungan di sekolah dan dalam kalangan masyarakat. Hal ini menegaskan betapa perlunya kemahiran bertutur itu perlu dikuasai secara berperingkatperingkat, yakni peringkat awalnya melibatkan pertuturan di antara murid dengan murid dalam bilik darjah sehinggalah murid boleh bertutur dengan ahli masyarakat di luar bilik darjah. Dengan demikian, pengelompokan pengajaran kemahiran bertutur dapat diklasifikasi

mengikut peringkat: peringkat awal, pertengahan dan maju.

Peringkat awal (a) Melafazkan pengucapan bert atasusila; (b) Mengajuk perkataan dan ayat yang didengar; (c) Menyoal untuk mendapatkan maklumat; (d) Membuat teguran atau kenyataan mengenai sesuatu situasi; (e) Menyoal soalan-soalan mudah berdasarkan situasi-situasi tertentu; (f) Bertindak terhadap soalan-soalan mudah;

(g) Memberi arahan; (h) Membuat ayat tentang diri, rakan, ibu dan bapa; dan (i) Membuat ayat-ayat daripada gambar.

Peringkat pertengahan (a) Membuat deskripsi tentang objek atau gambar; (b) Bercerita berdasarkan satu siri gambar atau gambar-gambar bersiri; (c) Mendeskripsi pengalaman atau sesuatu peristiwa; (d) Memberi satu siri arahan untuk membuat sesuatu; (e) Menyoal dan menjawab soalan-soalan misalnya, berhubung dengan peribadi seseorang, masa bersekolah, persekitaran dan di rumah; (f) Membaca iklan, peraturan-peraturan; (g) Memberi ucapan pendek dan mudah; (h) Mengambil bahagian dalam perbualan mudah; (i) Memberi komen secara mudah; dan (j) Membuat ulasan, memberi pendapat atau pandangan secara mudah.

Peringkat maju (a) Mendeskripsi sesuatu peristiwa, kejadian, pengalaman, objek, permainan, proses dan sebagainya; (b) Bercerita dengan menggunakan alat pandang atau tanpa menggunakannya; (c) Mengambil bahagian dalam perbincangan, perbualan atau dialog; (d) Bertanya untuk mendapatkan maklumat; (e) Menerangkan proses, kejadian, prosedur dan peraturan; (f) Memberitahu arah atau hala sesuatu tempat; (g) Memberi ceramah, syarahan (yang disediakan); (h) Mengambil bahagian dalam perbahasan, diskusi, forum, perbincangan, seminar dan lainlain; (i) Mengambil bahagian dalam drama dan lakonan; (j) Mendeklamsi puisi; (k) Menyampaikan komen, laporan atau ulasan; dan (l) Mengkritik cerpen, pendapat, puisi, novel dan sebagainya.

Peringkat-Peringkat Penguasaan Kemahiran Lisan - Mendengar dan bertutur

(a) Peringkat Penerimaan (mendengar dan memahami)

Sebelum murid diberi peluang berlatih bertutur, mereka perlu diberi kefahaman mendengar. Pada peringkat ini latihan diberi kepada murid-murid, tidak memerlukan mereka bertindak balas dalam bentuk pertuturan. Bahan-bahan yang diperdengarkan hendaklah mencerminkan penggunaan bahasa yang baik dan boleh dijadikan model dalam kalangan murid-murid berkenaan.

(b) Penghasilan Semula (bertindak balas)

Pada peringkat ini, latihan yang diberi memerlukan murid bertindak balas secara pertuturan. Semasa bertutur banyak aspek yang terlibat, seperti intonasi frasa dan ayat, aspek sebutan, kelancaran, kefasihan, tatabahasa, gaya dan isi penyampaian.

Terdapat beberapa faktor yang cukup mempengaruhi keberkesanan pengajaran dan pembelajaran kemahiran lisan. Antara lain, faktor,

(a) Kecerdasan: Hal ini merujuk kepada tahap kecerdasan otak yang menentukan keupayaan berfikir dalam proses memperoleh, menyampai dan memproses maklumat - aspek penting dalam pertumbuhan dan perkembangan bahasa;

(b) Kesihatan: Hal ini merujuk kepada tahap kesihatan yang cukup menentukan tahap dan keupayaan berbahasa dalam kalangan murid-murid. Murid yang tidak sihat atau sakit berpanjangan akan mengalami gangguan dalam proses pemerolehan bahasa, bahkan gagal berfikir dan berkomunikasi secara berkesan;

(c) Fizikal: Hal ini, terutamanya yang berkaitan dengan aspek tubuh badan yang berhubung langsung dengan proses mendengar seperti telinga dan alat artikulasi: lidah, gigi, gusi dan seumpamanya akan menjejaskan proses penglahiran bunyibunyi bahasa, makna dan tahap pemahaman maklumat yang hendak disampaikan. Kanak-kanak yang pekak atau menghadapi masalah pendengaran, terencat anggota badan dan seumpamanya akan mengehadkan pergaulan, dan dengan demikian kerap kali menghadapi masalah kosa kata dalam proses pertuturan;

(d) Persekitaran: Hal ini terutamanya yanag melibatkan dalam kalangan ahli keluarga ibu, bapa dan ahli keluarga keseluruhannya, jiran tetangga, tahap pendidikan, lokasi petempatan sama ada di bandar atau di luar bandar, tahap dan status sosioekonomi akan mempengaruhi tahap penguasaan bahasa kanak-kanak. Umumnya, benak fikiran kanak-kanak yang hidup dalam kalangan masyarakat petani dan nelayan mempunyai kosa kata terhad berbanding dengan kanak-kanak yang hidup dan membesar dalam kalangan masyarakat di bandar-bandar;

(e) Jantina: Faktor yang menentukan tahap pertumbuhan dan perkembangan kanakkanak berbeza-beza. Kajian menunjukkan kadar pertumbuhan kanak-kanak perempuan jauh lebih cepat berbanding dengan kadar pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak lelaki. Hal ini demikian kerana urat saraf pertuturan dalam kalangan kanak-kanak perempuan berkembang jauh lebih cepat berbanding kanakkanak lelaki; dan

(f) Dwibahasa: Kajian mendapati kanak-kanak ekabahasa biasanya boleh bertutur jauh lebih baikberbanding dangan kanak-kanak dwibahasa. Ini kerana, dalam proses pertuturan, kanakkanak dwibahasa kerap kali mengalami gangguan daripada bahasa ibundanya. Konsep Kemahiran Lisan: Mendengar dan Bertutur

Definisi Konsep Kemahiran lisan secara umum dirujuk kepada keupayaan seseorang atau beberapa orang bertutur, berkomunikasi / berinteraksi menyampaikan idea, pandangan, mahupun

pendapat dalam percakapan dan perbualan. Dalam apa-apapun keadaan, di mana atau bagaimana proses ini berlaku, orang yang terlibat akan saling menghantar dan menerima, yakni memberi gerak balas @ respon tertentu. Ini bermakna dalam proses lisan itu, komponan kemahiran mendengar dan bertutur yang tidak kurang pentingnya. Dalam konteks ini, kemahiran mendengar ialah proses yang melibatkan aktiviti pemerolehan mesej atau maklumat; manakala kemahiran bertutur menghasilkan penghasilan maklumat. pula melibatkan proses menjana dan

Kebolehan untuk mendengar dan bertutur dengan baik dan berkesan sangat penting dalam kehidupan seharian. Ini bermakna, seorang pendengar yang baik dapat memahami dan memperoses maklumat yang didengarinya dalam sesuatu interaksi. Begitu juga, seorang penutur yang baik dapat menyampaikan perasaan dan pemikirannya dengan tepat dan berkesan dalam interaksi tersebut. Kemahiran Bertutur: Konsep Pertuturan

Konsep Pertuturan (a) Pertuturan merupakan gabungan daripada bunyi-bunyi bahasa yang dilafazkan. Misalkan bunyi-bunyi, /b/, /a/, /t/, /u/ digabungkan menghasilkan bunyi [batu];

(b) Pertuturan berlaku di peringkat produksi, yakni setelah penutur dapat mendengar dan memahami dengan baik apa-apa yang didengarinya;

(c) Individu banyak belajar kemahiran bertutur daripada pengalaman kecerdasan otaknya;

(d) Aspek fizikal, kesihatan, kecerdasan otak, persekitaran, jantina dan tahap sosioekonomi boleh mempengaruhi tahap pertuturan kanak-kanak; dan

(e) Kemahiran bertutur yang baik boleh dikuasai dengan memberi perhatian kepada aspek fonologi, struktur, intonasi dan penguasan aspek bunyi yang lain.

También podría gustarte