Está en la página 1de 1

PERANAN POLITIK PERGERAKAN ARYA SAMAJ

Arya Samaj yang diasaskan oleh pemimpin Gujerat iaitu Dayananda Sarasvati telah berjaya menarik minat golongan professional seperti ahli-ahli perniagaan baru, golongan yang berpendidikan Barat dan parti-parti politik lain melalui pengenalan doktrinnya. Prinsip utama yang dipegang dalam doktrinnya iaitu tetap mempertahankan asal-usul agama Hindu walaupun mereka menerima kuasa Kristian iaitu British di India dan terdapat kritikan tentang perkaraperkara dalam agama tradisi itu.1 Dayananda juga dikatakan seorang reformis sosial yang telah membela hak golongan pariah dan juga hak wanita.2 Hal ini menyebabkan Arya Samaj menjadi sebuah pertubuhan yang boleh diterima umum kerana doktrin yang menegakkan agama Hindu dianggap sebagai tugas mulia oleh orang India pada ketika itu.

1 2

Ninian Smart. (1999). Falsafah Dunia. Kuala Lumpur: ITNM. Hlm 459 Ibid. hlm 459

También podría gustarte