Está en la página 1de 14

1

FAKULTI SAINS SOSIAL GUNAAN (FSSG/FASS)



TUGASAN

ABSQ2103
ULUM AL-QURAN

SEMESTER:
MEI 2011




Nama & (No. Matrik) : MOHD HAFIZ BIN MOHD ARIS
( 870401015633001 )
No. K.P. : 870401-01-5633
E-mel : fiz_hariz.oum.edu.my
No. Telefon : 012-7335529
Nama Tutor : Ahmad Marzuki bin Mohamad
Pusat Pembelajaran : PPW Johor




2

ISI KANDUNGAN

BIL TAJUK MUKA SURAT

1

1.0 PENDAHULUAN


3

2

2.0 MAKNA HADITH (SUNNAH RASULULLAH)
- 2.1 Hakikat Hadith (Sunnah Rasulullah)
- 2.2 Bahagian-bahagian Hadith



5 - 6

3

3.0 PENYATAAN SUNNAH DAN AL-QURAN
- 3.1 Peranan-peranan sunnah bersama Al-Quran
3.1.1 Mentafsir dan menghurai maksud Al-Quran
3.1.2 Memperkuat dan memperkukuhkan sesuatu yang
datang di dalam al-Quran
3.1.3 Sumber bagi mengetahui nasikh dan mansukh
3.1.4 Mengeluarkan hukum-hukum yang tidak dinasakh
oleh Al-Quran (peraturan semasa)



6 - 9

4

4.0 KEAUTORITIAN SUNNAH
4.1 Taat kepada Rasulullah S.A.W adalah perintah Allah S.W.T
4.2 Rasulullah S.A.W manusia pilihan Allah untuk dicontohi
4.3 Sunnah Rasullah adalah wahyu Allah S.W.T



9 - 12

5

5.0 KESIMPULAN

13

6

SUMBER RUJUKAN


13






3

1.0 PENDAHULUAN

Kitab suci Al-Quran merupakan kitab yang terakhir diturunkan oleh Allah s.w.t kepada Nabi
Muhammad s.a.w selepas tiga kitab samawi yang lain diturukan iaitu kitab Taurat, Zabur dan Injil
kepada para Rasul yang terdahulu, kesemuanya sebagai petunjuk kepada umat manusia yang
hidup di dunia ini mengenal siapa tuhan mereka yang layak untuk disembah. Sesungguhnya
sehingga kini kitab Al-Quran adalah kitab yang menjadi pegangan kukuh bagi umat Islam agar
tidak terpesong dengan dakyah sesat yang dibawa oleh orang kafir untuk memesongkan akidah
mereka. Alangkah hebatnya kalam dari Allah ini, walaupun sudah hampir 1400 tahun Nabi
Muhammad wafat, tetapi harta yang ditinggalkan ini masih lagi kekal menjadi pegang umat Islam
seluruh dunia.

Manakala tiga kitab samawi yang lain masing-masing telah diubah penulisannya yang sebenar
sehinggakan kitab itu telah diubah segala fakta yang menyebabkan ramai umat manusia terpesong
akidahnya daripada ajaran Islam yang telah diperintah melalui kitab-kitab tersebut. Contohnya
kitab yang dahulunya dikenali sebagai kitab Injil yang diturukan kepada Nabi Isa, tetapi sekarang
kitab itu dikenali sebagai kitab Bible yang menjadi pegangan agama Kristian. Segala arahan
mahupun perintah Allah yang ditulis pada kitab tersebut semua telah diubah sesuka hati oleh
pihak yang tidak mempercayai bahawa Allah itu adalah tuhan sekalian alam.

Apabila terjadinya seperti itu maka wujudlah sebuah lagi kitab yang telah diberi nama Al-
Quran yang diturunkan oleh Allah meliputi pelbagai keseluruhan aspek kehidupan di dunia ini
mengikut landasan ajaran agama Islam yang sebenar-benarnya sebagai seorang hamba. Justeru itu
tidak diizinkan sama sekali orang-orang kafir untuk mengubah mukjizat yang ditinggalkan oleh
khatimul anbiya kepada umat manusia di dunia ini, seperti firman Allah :

Og^4C NOcO- 'uggU4 .4` 4@O^q
C^O) }g` El))OO W p)4 - E^>
E =e^^U4 +O4-EcjO _ +.-4
Cu4C =}g` +EEL- Ep) -.-
Ogg4 4O^- 4jOg^- ^g_

4

Wahai Rasul Allah! sampaikanlah apa yang telah diturunkan kepadamu dari tuhanmu; dan
jika engkau tidak melakukannya (dengan menyampaikan semuanya), maka bermakna tiadalah
engkau menyampaikan perutusanNya; dan Allah jualah akan memeliharamu dari (kejahatan)
manusia. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum Yang kafir.
(Surah Al-Maidah :67)


























5

2.0 PERBEZAAN PEMELIHARAAN KITAB AL-QURAN OLEH ALLAH DENGAN
KITAB MUQADDAS

Semestinya kaedah penjagaan kitab al-Quran mempunyai perbezaan dengan kitab-kitab
muqaddas yang lain, ini kerana tiga buah kitab terdahulu yang diturunkan sebelumnya telah
berjaya diubah oleh umat manusia yang tidak mempercayai ajaran yang dibawa oleh rasul-rasul
mereka. Oleh itu terdapat beberapa kaedah yang menjadikan kitab al-Quran ini sentiasa dijaga dan
dengan keizinan Allah ianya terpelihara sehingga hari kiamat. Diantara perbezaan pemeliharaan
kitab al-Quran dengan kitab muqaddas yang lain diantaranya ialah :

2.1 Al-Quran sentiasa dihafaz
Sesungguhnya menghafaz ayat al-Quran bukanlah sesuatu perintah yang wajib bagi Allah,
tetapi dengan izinnya telah wujud jutaan penghafaz Al-Quran di seluruh dunia. Dengan cara
seperti inilah al-Quran tetap terjaga kerana hafalannya tersimpan dalam diri sebahagian umat
Islam, dan seandainya seluruh mushaf al-Quran yang ada di bumi ini hilang atau dibakar ianya
tidak akan hilang untuk generasi al-Quran dimasa hadapan. Bukanlah semua manusia mampu
menghafaz kitab al-Quran yang agung ini, tetapi dengan mukjizat yang ada pada kitab al-Quran
itu telah dipermudahkan oleh Allah bagi sesiapa yang ikhlas untuk memelihara kesuciannya.

Ianya berbeza dengan kitab-kitab samawi yang lain, kerana ianya tidak dihafaz oleh umat
rasul-rasul yang menerima kitab dari Allah ketika itu. Kemungkinan ketika itu agama islam lebih
mementingkan seseorang itu perlu mengenal dan memahami siapa tuhan mereka yang selayaknya
untuk disembah. Selain daripada itu juga contohnya kandungan kitab Injil dikatakan empat kali
ganda panjang daripada kitab al-Quran, ini juga memungkinkan tidak ada umat Nabi Isa yang
mampu menghafaznya.

2.2 Al-Quran diturunkan dengan lafaz dan makna yang jelas
Kemunculan kitab al-Quran secara wahyu kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w
telah memberi kesan kepada umat manusia yang hidup pada zaman itu yang masih lagi kabur
dalam hidup bertuhankan patung berhala. Nescaya makna-makna yang ada pada lafaz al-Quran
telah diperjelaskan oleh Nabi kepada umat mereka dengan secara tidak langsung memberi
keyakinan kepada mereka untuk menjadikan agama Islam sebagai pegangan hidup mereka dan
6

menjadikan kalam Allah ini dipelihara dengan sebaik-baiknya oleh umat Islam sendiri,
kesemuanya ini adalah hidayah Allah kepada mahkluk ciptaannya untuk mempercayai bahawa
kitab ini di turunkan adalah cara jalan untuk umat Islam menuju ke syurga.

Kitab-kitab muqaddas yang lain lebih tertumpu kepada rekod-rekod peristiwa-peristiwa yang
dicatit di dalamnya dan disertai dengan keterangan yang menjelaskan bagaimana peristiwa-
peristiwa tersebut berhubungkait dengan penglibatan tuhan di dalam hal ehwal manusia, oleh
kerana itu pembaca-pembacanya dapat mengambil iktibar daripada peristiwa-peristiwa itu dan
juga pengajaran daripada kesilapan watak-wataknya. Sebaliknya al-Quran mengandungi lebih
banyak bahan-bahan berunsur perundangan dan keputusan hukum-hukum fikahnya berbanding
dengan kitab yang lain. Perbezaan dari segi isi kandungan yang ketara ini ialah satu sebab
mengapa kitab al-Quran senang dikaji dengan jauh lebih teliti kerana ia mempunyai lebih banyak
butiran sejarah yang boleh diuji dan dikaji-banding dengan sumber-sumber sejarah daripada kitab
terdahulu yang diturunkan.

2.3 Mempunyai struktuk Penulisan Resam Uthmani
Kaedah Resam Uthmani adalah salah satu ilmu yang menyebabkan kitab al-Quran sehingga
ke hari ini terpelihara penulisannya. Rasm Uthmani adalah berpunca daripada bimbingan dan
tunjuk ajar Rasulullah s.a.w secara langsung dan mengikut sunnah baginda s.a.w. Setiap perkara
yang dikhabarkan oleh baginda sudah tentu ia datang daripada Allah s.w.t. Rasulullah s.a.w. tidak
mengajar sesuatu kepada para sahabat melainkan setelah mendapat perintah wahyu daripada
Allah berpandukan hadis berikut sebagai sandaran:

Bermaksud : Gunakan dakwat, tajamkan pena, sempurnakan penulisan huruf ba,
pisahkan penulisan huruf sin, sempurnakan bulatan pada penulisan huruf mim,
perindahkan kalimah Allah, panjangkan sebutan al-Rahmaan, dan lagukan bacaan al-
Rahiim, letakkan pena kamu di atas telinga kirimu, maka sesungguhnya ia akan
mengingatkan kamu

Membaca Al-Quran adalah sesuatu yang digalakkan dalam Islam dan akan mendapat ganjaran
kepada yang membacanya. Setiap pembacaan yang mendapat ganjaran ialah pembacaan yang
menepati rukun. Ulama bersepakat rukun bacaan Al- Quran ada tiga dan salah satunya ialah
7

menepati salah satu mushaf-mushaf Uthmani sama ada mushaf yang dihantar ke Madinah,
Mekah, Kufah, Basrah, Syam atau mushaf Imam yang disimpan oleh Saidina Uthman sendiri.
Pembacaan yang tidak menepati rukun dikira syaz atau bacaan yang ditolak. Ulama bersepakat
tidak mengakui quraniyyat(kequranan) qiraat Syazzat dan lebih jelas qiraat syazzat dianggap
sebagai tafsir atau penjelasan terhadap qiraat yang terkenal diakui kesahihannya.

Antara keistimewaan sehingga menjadikan rasm Uthmani perlu diberi keutamaan ialah
berkaitan tujuh huruf al-Quran dan ini menjadikannya bertepatan dengan wajah qiraat yang
diajarkan Rasulullah kepada sahabat-sahabatnya. Terdapat banyak hadis berkaitan tujuh huruf dan
pelbagai pendapat utama mengenai maksudnya. Salah satu pendapat yang disepakati oleh
kebanyakan ulama ialah tujuh cara bacaan yang merangkumi unsur-unsur berikut; kata nama
sama ada iamufrad,muthanna ataujamak dan sama ada iamuzakkar ataumuannas, perselisihan
pada caraikrab (analisa nahu), perselisihan caratasrif, perselisihan mendahulu atau mentakhir
sesuatu huruf atau kalimah, perselisihan dari segiibdal, perselisihan dari segi menambah atau
mengurangkan sesuatu huruf atau kalimah dan perselisihan pada lahjah sama ada tebal atau nipis,
imalah, tashil, isymam dan sebagainya. Sekiranya rasm Uthmani tidak digunakan dalam penulisan
al-Quran pasti mushaf yang dihasilkan tidak meliputi semua huruf dan seterusnya menjadi mushaf
itu terhad dan sesuai digunakan untuk membaca qiraat mutawattiroh tertentu sahaja dan tidak bagi
qiraat-qiraat mutawattiroh yang lain.

Selain daripada itu juga ianya adalah Rasm yang bertepatan dengan pembentangan bacaan al-
Quran terakhir. Faktor ini juga penting kerana seperti dimaklumi secara pasti melalui sejarah
Islam, Rasulullah s.a.w. melakukan semakan terakhir bacaan al-Quran dengan Malaikat Jibril dan
Zaid bin Thabit, seorang sahabat yang sangat rapat dengannya turut berada bersamanya. Zaid bin
Thabit diberi tanggungjawab untuk menulis dan mengumpul al- Quran oleh dua khulafa Ar
Rashidin iaitu Saidina Abu Bakar dan Saidina Uthman menulis berdasarkan kepada
pembentangan tersebut.

2.4 Di turunkan dalam Bahasa Arab
Sesungguhnya Al-Quran telah diturunkan di dalam Bahasa Arab sejak azali lagi. Hikmah
ianya digunakan dalam Bahasa Arab telah menunjukkan pemeliharaan terhadap kitab Al-Quran
ini oleh Allah s.w.t sendiri. Ini dibuktikan daripada sejarah yang memperakui bahasa arab adalah
8

bahasa yang tertua di dunia serta mempunyai kosa kata yang menyeluruh. Justeru itu ianya telah
menjadi kepayahan kepada sesiapa yang tidak dapat memahami bahasa arab dengan baik dan
secara tidak langsung pemeliharaan itu terjamin kerana umat islam tidak perlu keliru kerana al-
Quran hanya di turunkan dalam bahasa arab sahaja sepertimana firman Allah :

U4-^-4 -)l^- ^g ^^)
+OE4UEE_ ^47O~ =O)4O4N :^UE-
]OUu> ^@
Demi Kitab Al-Quran yang menyatakan kebenaran.
Sesungguhnya Kami jadikan Kitab itu sebagai Quran yang diturunkan Dengan bahasa
Arab, supaya kamu (menggunakan akal) memahaminya.

kitab al-Quran juga tidak lari daripada cubaan pengubahannya, tetapi Allah s.w.t lebih maha
mengetahui setiap apa jua yang dilakukannya. Sehingga kini Alhamdulillah ianya masih lagi
tetulis dalam bahasa arab dan terjemahannya sahaja ditulis dalam penulisan bahasa masing-
masing untuk difahami, seperti contoh terjemahan pimpinan al-Rahman. Dalil pemeliharaan al-
Quran diturunkan dalam bahasa arab adalah :

O4 +OE4UEE_ ^-47O~ =OgE_'C
W-O7- O ;eU_ +O+-4C-47 W
OgE_'C+-47 O).4O4N4 ~ 4O- -g~--g
W-ONL4`-47 O1- E7.Eg-4 W -g~-.-4
]ON4g`uNC EO) )_g^-O-47 EO^~4 4O-4
)_^1U4 O4N _ Cj^q ]uE14LNC }g`
p~E` lOg4 ^jj
Dan kalaulah Al-Quran itu Kami jadikan (bacaan) Dalam bahasa asing, tentulah mereka
akan berkata: "Mengapa tidak dijelaskan ayat-ayatNya (dalam bahasa Yang Kami
fahami)? Patutkah Kitab itu berbahasa asing sedang Rasul Yang membawanya berbangsa
Arab?" Katakanlah (Wahai Muhammad): "Al-Quran itu, menjadi (cahaya) petunjuk serta
penawar bagi orang-orang Yang beriman; dan sebaliknya orang-orang Yang tidak
beriman, (Al-Quran itu) menjadi sebagai satu penyakit Yang menyumbat telinga mereka
(bukan penawar); dan ia juga merupakan gelap-gelita Yang menimpa (pandangan) mereka
(bukan cahaya Yang menerangi). mereka itu - (dengan perbuatan melarikan diri dari
9

ajaran Al-Quran, tidak ubahnya seperti) orang-orang Yang diseru dari tempat Yang jauh
(Masakan mereka dapat mendengar Dengan betul atau melihat Dengan nyata)".

3.0 KAEDAH PENJAGAAN AL-QURAN PADA MASA KINI

Tatkala membicarakan kaedah penjagaan Al-Quran pada masa kini amatlah membimbangkan
sekali, ini disebabkan lahirnya sistem teknologi cangih yang membolehkan fakta sebenar
berkaitan Al-Quran diubah suai tanpa ada kebenran pihak-pihak tertentu, terutamnya internet
yang membolehkan seseorang itu mendapatkan maklumat berkaitan makna Al-Quran contohnya,
hanya dengan menggunakan hujung jari sahaja terpapar makna al-quran yang dicari di skrin
komputer. Keselamatan maklumat yang terdapat di internet bila-bila masa boleh diubah faktanya,
oleh itu pelbagai kaedah telah disepakati oleh pembesar atau ketua agama bagi sesebuah Negara
untuk memelihara kesucian kitab al-quran di zaman yang serba moden ini.

3.1 Penguatkuasaan Undang-undang pengawalan percetakan Al-Quran
Untuk tidak mengelirukan umat Islam terhadap penulisan kitab Al-Quran ini, kerajaan arab
Saudi telah menubuhkan Mujammik Al-Madinah Al-Munawwarah yang berfungsi mengurus
pencetakan mashaf Al-Quran. Penubuhan ini adalah perlu memandangkan setelah percetakan Al-
Quran tersebar luas dalam bentuk perniagaan dan bukan perniagaan, didapati para penerbit dan
pencetak kurang memberikan perhatian dalam usaha memelihara, mengawal, meneliti, mentashih
dan mengulang semak Al-Quran. Sehubungan dengan itu penubuhan Mujammik ini adalah
bertepatan bagi memastikan Al-Quran dicetak dengan sempurna dan terpelihara.

Pelaksanaan ini telah dipertanggungjawabkan kepada Ahli Jawatankuasa Tertinggi Al-Quran
Universiti Islam Madinah. Sesungguhnya mengikut fakta yang telah diberikan, semakan telah
dikhatamkan lebih dari dua ratus kali ketika dibuat semakan sebelum dicetak dan telah dibaca
dengan lambat nas-nas Al-Quran, ayat-ayat, kalimah-kalimah, bahkan huruf demi huruf, harakat
demi harakat disamping penelitian terhadap istilah dan simbol yang didapati dalam Al-Quran.
Begitulah telitinya sebelum ianya akan diterima pakai oleh Negara-negara Islam yang menjadikan
Al-Quran sebagai pegangan utama kepimpinan mereka.

3.2 )Ilmu Penandaan Al-Quran) diguna secara sepakat
10

Kitab Al-Quran pada asalnya tidak diletakkan baris




3.3 Wujudnya pelbagai bahan cetakan dan teknologi yang canggih
Apabila perubahan zaman berlaku, teknologi juga sentiasa mengalami perubahan globalisasi
yang begitu pantas dalam kehidupan hidup manusia seharian. Tetapi alangkah hebatnya tidak ada
sepotong ayat mengalami perubahan mahupun penambahan tatkala dunia mengalami perubahan
teknologi globalisasi yang begitu canggih masa kini. Walau bagaimanapun teknologi yang
canggih juga dapat membantu kita mempercepatkan, memudahkan dan juga menggalakkan
seseorang itu untuk berdamping dengan kitab Al-Quran setiap masa. Contohnya Al-Quran digital,
mp3 alunan bacaan al-quran, DVD/VCD dan perisian komputer, ini kerana ianya mudah disimpan
dan dibawa, berbeza dengan naskhah Al-Quran yang ditulis di atas kertas dan dijilidkan kerana
fizikalnya mudah terkoyak dan sensitif apabila terlalu lama digunakan. untuk memastikan
kecanggihan teknologi itu benar terpelihara badan bertanggungjawab sentiasa bersedia meneliti
sesuatu bahan itu adalah tulen dan seterusnya mendapat lessen untuk dikeluarkan kepada orang
ramai.

3.4 Wujudnya Madrasah-madrasah Tahfiz Al-Quran
Untuk menjadi seorang Hafiz Al-Quran tidaklah semudah yang disangka,


4.0 PENGENALAN INSTITUSI TAHFIZ AL-QURAN DI MALAYSIA

Alhamdulillah dengan izin Allah S.W.T saya telah dapat membuat kajian berkaitan dengan
sebuah Institusi Tahfiz Al-Quran yang berada di Malaysia untuk diperkenalkan. Justeru itu saya
telah memilih sebuah Institusi Tahfiz Al-Quran yang terdapat di negeri kelahiran saya sendiri
iaitu Negeri Johor Darul Takzim. Pada 17 Jun 2011 Masihi bersamaan 15 Rejab 1432 Hijrah
(Jumaat) saya telah hadir sendiri ke salah sebuah institusi tahfiz yang swasta yang berada di
daerah Johor Bahru. Institusi tahfiz ini diberi nama Madrasah Tahfiz Al-Quran Sinaran Baru
11

yang terletak di alamat Lot 3648 Lorong Langsat Kampong Sinaran Baru 813000 Skudai
Johor.

Apabila sampainya saya di Madrasah Tahfiz tersebut saya telah diberi salam oleh beberapa
orang pelajar yang berpakaian jubah serta sarban di kepala yang serba putih. Alangkah cantik dan
bersihnya saya melihat pakaian mereka yang juga boleh dikatakan mungkin pakaian rasmi
mereka. Seterusnya saya telah dibawa oleh salah seorang pelajar tersebut untuk menuju ke bilik
guru untuk saya mendapatkan maklulmat terperinci berkaitan dengan madrasah tersebut.
Sampainya saya di bilik guru, dengan izin Allah saya telah telah diketemukan dengan rakan
senior saya ketika menuntut di Madrasah Arabiah Kota Tinggi dahulu, kini beliau adalah salah
seorang tenaga pengajar di madrasah ini. Seterusnya saya terus mendapatkan maklumat berkaitan
dengan madrasah tahfiz ini daripada Ustaz Mohd Hazim iaitu salah seorang tenaga pengajar yang
telah lama di Madrasah Tahfiz Al-Quran Sinaran Baru.

4.1 Latar Belakang Madrasah Tahfiz Al-Quran Sinaran Baru
Pada awalnya Madrasah Tahfiz Al-Quran Kampung Sinaran Baru terbina adalah daripada
seorang dermawan yang telah mewakafkan tanah miliknya yang dikenali sebagai Tuan Hj Isa
yang juga penduduk di kampung sinaran baru.

4.2 Organisasi Madrasah
Secara asasnya organisasi madrasah ini sama seperti sekolah harian biasa, kerana organisasi
madrasah ini tetap mempunyai seorang Mudir (ketua guru) yang diterajui oleh Ustaz Mohd
Faisal bin Mohd Zain serta seorang Naib Mudir iaitu Ustaz Ali dan seorang kerani dibahagian
pentadbiran, tetapi secara keseluruhannya madrasah ini dibawah pengurusan pentadbiran sendiri,
manakala Jabatan Agama Johor hanya bertindak sebagai badan yang bertangungjawab untuk
melakukan seliaan terhadap sebarang kekurangan prasarana yang diperlukan oleh pihak
madrasah, contohnya pihak Jabatan sentiasa meperuntukan bajet kewangan kepada Madrasah
Tahfiz Al-Quran Sinaran Baru, bajet kewangan tersebut adalah hasil daripada Majlis Agama
Islam Negeri Johor (MAIJ) iaitu badan yang bertangungjawab menguruskan wang zakat di Negeri
Johor khususnya. Ini kerana pihak pentadbiran sekolah hanya bergantung kepada sumbangan
orang ramai dan yuran yang dibayar oleh ibu bapa pelajar kepada pihak sekolah sahaja. Manakala
organisasi kurikulum yang digunakan adalah juga berbeza dengan sekolah harian biasa kerana
12

disebabkan madrasah ini hanya menawarkan dua bidang pengajian sahaja iaitu pengajian islam
dan tahfiz sahaja.

4.3 Objektif Penubuhan
Melahirkan para Dai dan Ulama yang berwibawa lagi bertakwa. Seterusnya melahirkan
individu-individu mukmin yang terbimbing dalam mengamalkan kehidupan yang berasaskan al-
Quran dan as-Sunnah.

Individu-individu yang terbentuk melalui proses ini akan berkemampuan untuk
menyumbangkan tenaga dalam pembangunan rohani dan jasmani umat seluruh alam walau di
mana sahaja mereka berada.

4.4 Misi dan Visi
Misi Madrasah ini ialah Mendidik Kearah Kecemerlangan Dalam Bidang Tahfiz Al-Quran.
Visi pula Menjadikan Generasi Al-Quran Yang Bermanfaat Kepada Semua Umat

4.5 Modus Operandi
Madrasah ini melaksanakan operasi pembelajaran bermula seawal jam 8.30 pagi hingga 11.30
pagi, seterusnya pelajar-pelajar akan tidur sehingga waktu makan tengahari dan seterusnya
menunaikan fardhu Zohor berjamaah. Apabila jam 2.30 petang pula mereka akan menyambung
semula pembelajaran sehingga jam 4.30 petang, begitulah perjalanan sistem yang dilaksanakan
setiap minggu. Di Madrasah ini terdapat 2 bidang aliran kelas iaitu Kelas Tahfiz mempunyai 6
kelas dan Kelas Pengajian Islam dan Bahasa Arab pula mempunyai 3 kelas. Pelajar-pelajar tahfiz
ini mempunyai target untuk menghafaz 30 juzuk ayat Al-Quran selama 3 tahun yang telah
ditetapkan oleh pihak pengurusan pentadbiran madrasah. Sekiranya pelajar tidak dapat mengusai
penghafalan dalam bidang tahfiz ianya akan ditukarkan ke kelas Pengajian Islam untuk
mengelakkan kebosanan pelajar tersebut akibat kelemahan mereka dalam bidang hafalan.

KELEBIHAN MADRASAH TAHFIZ AL-QURAN SINARAN BARU
Madrasah ini mempunyai 2blok bangunan 3tingkat serta sebuah surau yang luas yang dapat
memberi keselesaan kepada pelajar-pelajar untuk mempelajari ilmu Al-Quran dan beribadah.
Selain daripada itu juga kesemua pelajar tersebut tinggal di asrama yang selesa yang telah
13

disediakan. Seterusnya Ustaz Hazim juga memberitahu kepada saya madrasah ini mempunyai
kelebihan kerana terdapat 5 orang guru yang bersanad mempelajari kitab Sahih Bukhari
(mempelajari ilmu-ilmu hadis yang sahih daripada guru kepada guru sehingga sampai sanadnya
kepada baginda Nabi Muhammad S.A.W). Alangkah bertuahnya pelajar-pelajar tahfiz disini
kerana dapat menyambung sanad tesebut daripada guru mereka pula. Walaupun madrasah ini
dibawah pentadbiran swasta sepenuhnya, orang ramai tidak putus memberikan pelbagai bentuk
sumbangan semata-mata melihat mukjizat al-Quran itu dapat dipelihara sehingga hari kiamat.

KESIMPULAN

Walaupun kitab muaddas yang lain telah diubah oleh orang-orang kafir keseluruhanya, namun
kitab al-quran yang diturun oleh Allah kepada umat manusia seluruhnya telah menjadi pelengkap
kepada keseluruhan kitabnya.

~ '- geEE4-;_- ^e"- O}^-4
-O>4N p W-O>4C uVg) -EOE-
p-47O^- 4pO>4C g)-u1g) O4
]~E gO^u4 *u4lg -LOO)_ ^gg
Katakanlah (Wahai Muhammad): "Sesungguhnya jika sekalian manusia dan jin
berhimpun dengan tujuan hendak membuat dan mendatangkan sebanding dengan
Al-Quran ini, mereka tidak akan dapat membuat dan mendatangkan Yang sebanding
dengannya, Walaupun mereka bantu-membantu sesama sendiri".
(Surah Al-Isra:88)

(3,131 patah perkataan)

SUMBER RUJUKAN
- www.eramuslim.com/ustadz/qrn/6b09185622-kenapa-al-quran-harus-berbahasa-arab.htm




14

También podría gustarte