Está en la página 1de 3

Teori Howard Gardner

teori ini dieprkenalkan oleh Howard Gardner.Menurut beliau kecerdasan bukanlah semata-mata diwarisi melalui aspek kecerdasan yang boleh dikesan dalam diri.Ia dapat melahirkan kreativiti melalui pengamatan dan tanggapan dalam mengaplikasikan pembelajaran bagi membantu membina kemahiran seterusnya memperoleh ilmu dan mengamalkannya.Gardner menyenaraikan lapan kecerdasan itu: 1. kecerdasan Matematik/Logika-pembelajaran dalam bentuk pengiraaan dan penaakulan menterjemah objek dan menghasilakan bentuk imaginasi memlalui minda(sense of sight) 3. kecerdasan Anggota/kinestatik- pembelajaran yang banyak berkaitan dengan gerak badan termasuk motor otak yang mengawal pergerakan anggota badan 4. Kecerdasan Muzik/ritma-pembelajaran mengetahui dan memahami melalui kepekaan pada bunyi/muzik yang pelbagai dalam persekitaran mereka 5. keverdasan Interpersonal- pembelajaran beroperasimelalui perhubungan dengan individu lain dan boleh berkomunikasi seterusnya berupaya membentuk kumpulan yang kecil 6. Kecerdasan Intrapersonal- mengetahui dan memahami diri sendiri serta mengetahui kebolehan diri sendiri yang melibatkan metakognitif dan spiritual realiti 7. Kecerdasan verbal/linguistik- mengetahui dan memahami dalam bentuk tulisan dan pertuturan,dapat menjelaskan sesuatu dengan lancar 8. Kecerdasan Natural- berkaitan perasaan sensitif dan cinta akan alam.Individu itu dapat mengenal dan mengklasifikasikan unsur yang terdapat dalam alam. kesimpulannya,kecerdasan boleh dirangsang,dididik dan ditingkatkan melalui aktiviti yang dapat menjana minda dalam pendidikan seni.

2. kecerdasan visual/spatial-pembeljaran banyak berpandukan penglihtan iaitu kebolehan

Teori Gestalt

Pengasas aliran ini ialah Max Wertheimer(1880-1943).Perkataan 'Gestalt' berasal dari German yang bermaksud organisasi,bentuk,keseluruhan dan kesempurnaan.Aliran gestalt sinonim dengan persepsi.Persepsi ialah pengertian kita tentang situasi sekarang dalam erti kata lain pengalaman kita telah lalui.Ia bermaksud penafsiran rangsangan yang telah ada dalam otak kita.Dalam menilai karya seni kita cenderung melihat entiti atau objek secara keseluruhan.Ia adalah penekanan yang diberikan dalam hukum persepsi Gestalt.Dalam alam kejiwaan tidak terdapatunsur melainkan Gestalt.Sesuatu itu akan mempunyai erti jika bersatu dalam kesatuan.Setiap bentuk dalam kesatuan itu disebut Gestalt. Aliran gestalt sebagai tindakbalas terhadap aliran strukturalisme yang wujud di Jerman.kajian ahli gestalt tertumpu kepada kognitif yang mendedahkan bagaimana otak manusia bertindak pada persepsi yang diterima daripada derai penglihatan.sebagai contoh:apabila mendengar bunyi tapak kaki seseorang itu,kita terus akan mempersepsikan ianya(bunyi tapak kaki)dengan orang yang kita kenali.oleh itu, manusia akan sentiasa membuat persepsi daripada pengalaman dimana persepsi ini adalah yang diambil secara keseluruhan dan bukan sebahagian2.

Teori Psikoanalisis-Sigmund Freud

Aliran Psikoanalisis diasaskan oleh sigmund freud.Beliau merupakan doktor saraf yang dilahirkan di Vienna,Austria tahun 1856.Aliran ini memfokuskan pada jiwa manusia.kajian mental berlaku secara terselindung.kita tidak dapat melihatnya secara nyata.Sebagai contoh kajian oleh sigmund freud yang mengutarakan teori Psikoanalisis.Beliau menyatakan di dalam minda manusia terbahagi kepada 3 bahagian:

1.

minda sedar

2. minda separa sedar

3. minda bawah sedar alam yang dinyatakan diatas,tidak dapat dilihat secara mata kasar tetapi kajian ini boleh diperkembangkan dan diterokai.Disini kita akan lihat pecahannya: Alam sedar: dimana semua manausia sedari apa tindakan yang sedang dilakukan.mengikut pendekatan psikoanalisis alam sedar yang ada dalam diri manusia ini terlalu kecil. Alam separa sedar : dimana berlakunya transisi antara alam sedar dan alam bawah sedar.cthnya:kalau kita sedang makan nasi,kita sedar perbuatan itu tetapi kita tidak berapa pasti berapa butirkah nasi yang kita makan. Alam bawah sedar : dimana kebanyakan manusia mengalaminya dan jika dilhat alam ini merupakan yang paling banyak berlaku.Alam bawah sedar merupakan pengalaman yang dialami oleh manusia itu samada dari sudut persepsinya,sensainya dan segala bentuk yang tidak disedarinya. Oleh itu,cara berfikir,perasaan, pengamatan dan intuisi kita semuanya dipengaruhi oleh prose pemikiran ini. konsep seperti id,ego dan superego diketengahkan untuk melihat personalaiti individu.Secara amnya,teori psikoanalisis merupakan pendekatan yang relevan dalam psikologi.Pada tahun 1935,Freud mengklasifikasikan fungsi otak manusia.ini dikenali sebagai teori 'iceberg' Freud:

Id- meruapakan dorongan biologikal.bertindak berbuat apa sahajayang mereka kehendaki.ia lebih kepada memenuhi kehendak naluri manusia. Superego- Superego terbahagi kepada 2 bhgian hati nurani dan ego ideal.ia merupakan nilai moral yang menjadi pegangan setiap manusia. Ego- merupakan pertimbangan antara id adan superego.Struktur personaliti yang mencari jalan dimana kehendak id dipenuhi.cth:seorang bayi kecil,lapar ia perlukan makanan,tetapi tidak tahu bagaimana untuk mendapatkan makanan.cara terbaiak adalah menangis untuk dapatkan perhatian. pendek kata, Psikoanalisis boleh dikategorikan atau disamaertikan sebagai kaedah bagi merawat seorang individu yang mengalami gangguan emosi.Freud percaya manusia dilahirkan dengan desakan naluri semula jadi. Keperluan guru memahami teori psikoanalisis ini penting kerana matlamat psikoanalisis adalah mengatasi ketengangan perasaan.Dengan mengaplikasikan teori ini,guru dapat kurangkan stress yang dialami oleh muridnya.Tetapi Freud akui,bahawa teori ini bukanlah jalan terbaik menangani masalah individu.Ia terpulang kepada kemampuan individu itu sendiri merubahnya.Teori ini hanyalah sebagai garispanduan menacri punca maslah penyesuaian manusia.

También podría gustarte