Está en la página 1de 33

PSV 3111

PENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

JENIS- JENIS PENTAKSIRAN


PENTAKSIRAN AUTENTIK PENTAKSIRAN HASIL PEMBELAJARAN PENTASIRAN PERFORMED BASED

PENTAKSIRAN AUTENTIK

Definisi :

Pentaksiran autentik bererti mengevaluasi pengetahuan atau keahlian pelajar dalam konteks yang mendekati dunia sebenar atau kehidupan nyata sedekat mungkin.

Rudner & Boston, 1994

Pentaksiran autentik adalah proses yang memerlukan kanak-kanak mendemonstrasikan pengetahuan, kemahiran dan strategi dengan memberi maklum balas dan atau hasilan dalam konteks atau realiti yang bermakna

Pentaksiran autentik digunakan seperti yang disebut oleh Hills (1993)

"In real life, children are most themselves when they are in familiar environments with adults and children whom they know and trust, engaged in tasks that allow them to use the modalities with which they are most comfortable. In such situations they will most likely demonstrate the knowledge, skill, and attitudes that time represent their attainments. When we introduce strange people, unfamiliar surroundings, demands for responses to atypical t asks, and constrictions on their usual behaviors, we will likely elicit behaviors that are neither valid nor

Terjemahan kepada Bahasa Melayu

Dalam kehidupan nyata, anak-anak yang paling sendiri ketika mereka berada di persekitaran yang akrab dengan orang dewasa dan anakanak yang mereka kenal dan percaya, terlibat dalam tugas-tugas yang membolehkan mereka untuk menggunakan modalitas yang mereka paling selesa. Dalam situasi seperti mereka kemungkinan besar akan menunjukkan pengetahuan, kemahiran , dan sikap bahawa masa merupakan pencapaian mereka Ketika kami memperkenalkan orang-orang aneh, persekitaran yang tidak dikenalnya,. tuntutan untuk jawapan untuk t atipikal bertanya, dan constrictions pada perilaku mereka yang biasa, kita mungkin akan menimbulkan perilaku yang tidak sah atau sampel yang dapat diandalkan pembangunan anak-anak dan belajar. "

Ringkasnya pentaksiran autentik merupakan satu sistem penilaian yang sesuai untuk dicadangkan sebagai satu sistem yang bermakna dalam bidang pendidikan seni visual dengan rasional lain seperti yang berikut:

a) Perlu ada sistem yang mentaksir secara autentik atau bermakna untuk perkembangan kanak-kanak: - Eisner (1980) kanak-kanak membuat pengamatan, membuat tafsiran dan tanggapan seterusnya melahirkan konsep. - Brown (1980) mendapati bahawa pengalaman kanak-kanak dalam memerhati ketika melukis atau membuat lakaran mengembangkan pemikiran yang kritis

b) Perlu diperkenalkan sistem pentaksiran yang telus untuk ibu bapa dan kanak-kanak
c) Perlu ada program jambatan di sekolah dengan program di sekolah dan kesinambungan subjek.

CIRI- CIRI PENTAKSIRAN AUTENTIK


Pentaksiran autentik adalah untuk pemahaman yang lebih jelas dalam menganalisis keperluan kaedah penilaian ini dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak. Antara ciri-cirinya ialah: a) Menilai pemahaman melalui penampilan tugasan yang dilaksanakan. b) Indikator profisensi melalui aktiviti melakukannya. c) Subjek menganalisis, mensintesis dan mengaplikasi. d) Subjek membina maksud yang tersirat. e) Berpusatkan kanak-kanak.

Contoh- contoh pentaksiran autentik


Persembahan tarian Mempersembahkan karya tulis asli kepada rakan- rakan sebaya Mendemostrasikan hasil karya dalam pameran seperti Science fair (pameran Sains) atau Art show ( pertunjukan Seni) Menunjukkan keterampilan yang dimiliki dalam bentuk pengumpulan portfolio.

Kebaikan kepada pelajar:


Dapat mengungkapkan secara total seberapa baik pemahaman akademik mereka. Menghubungkan pembelajaran dengan pengalaman mereka sendiri, dunia mereka dan masyarakat luas. Mengungkapkan dan memperkuatkan penguasaan kompetensi mereka. Menangani teknologi dan berfikir sistematik.

Kebaikan kepada guru:


Menjadi

indikator yang komprehensif mengenai kemampuanpelajar dan seberapa efektif kaedah yang diberikan kepada murid yang dijalankan

Kesimpulan Pentaksiran Autentik


Pentaksiran autentik yang disarankan dalam artikel ini mengukur kemajuan kanak-kanak dari pelbagai aspek perkembangan kanak-kanak. dapat memperbaiki penyediaan guru dalam proses pernbelajaran dan perkembangan kanak-kanak untuk kesediaan ke alam persekolahan yang lebih tinggi.

PENTAKSIRAN HASIL PEMBELAJARAN

Definisi:
Proses

pengumpulan data yang memberitahu sama ada aktiviti atau pengalaman yang disediakan telah memberi kesan kepada mereka yang terlibat @ dalam kata lain, adakah hasil yang dipelajari mampu memberi perubahan kepada individu yang terlibat.

Pentaksiran berasaskan hasil pembelajaran :MONTGOMERY


Sekolah yang terlibat sebagai pihak yang menentukan hasil pembelajaran yang diharapkan. Tidak hanya memilih matapelajaran yang tertentu sahaja. Keputusan yang diperolehi mestilah berdasarkan nilai keberkesanan aktiviti yang dijalankan bukan kepada sesorang individu sahaja.

Pihak

sekolah menggunakan maklumat yang diperoleh untuk menentukan kaedah yang terbaik untuk membantu menangani masalah yang dirasakan perlu. Penilaian yang diadakan mestilah bersifat berterusan. Pihak penilai mestilah berakauntabiliti dan berkepimpinan dalam menjalankan penilaian.

Pendektan yang dikemukan oleh MONTGOMERY tentang pentaksiran berasaskan hasil pembelajaran :
Student learning outcomes (SLO) - Jangkaan hasil pembelajaran yang diperoleh dengan memberi penekanan kepada pertambahan ilmu pengetahuan , kemahiran dan sikap.
1.

2. Student progress outcomes (SPO) - Berterusan iaitu murid dapat melakukan perubahan yang lebih baik dalam peringkat yang seterusnya. - Penilaian tidak dilakukan pada satu tahap semata- mata. - Pembelajaran bersifat berterusan maka pentaksiran juga bersifat berterusan.

Kebaikan kepada pelajar:


Faham kehendak hasil pembelajaran yag diharapkan. Pentaksiran lebih konsisten dan telus. Pentaksiran menggalakan pembelajaran merentas kurikulum. Murid dapat menentukan pekara yang terbaik untuk memperoleh hasil pembelajaran yang terbaik.

Kebaikan kepada penilai:


Menentukan sama ada hasil pembelajaran yang diharapkan tercapai atau tidak. Dapat menerangkan keadaan murid dengan lebih terperinci. Memberikan bukti kukuh dalam kejayaan sesuatu hasil pembelajaran.

Kebaikan kepada sekolah


Bukti komitmen berterusan sekolah dalam usaha memperkembangkan potensi murid. Menyediakan maklumat bertepatan untuk rujukan yang akan datang. Menerapkan nilai akaunbiliti dalam mengumpulkan maklumat berkaitan perkembangan murid. Memberi maklumat berguna untuk merancang tindakan susulan dalam usaha meningkatkan keberkesanan hasil pembelajaran.

Kesimpulan pentaksiran hasil pembelajaran:


Pentaksiran ini mempertingkatkan pembelajaran berdasarkan penilaian yang sistematik. Murid akan cuba menguasai hasil pembelajaran yang spesifik. Pentaksiran ini memacu sekolah ke arah yang lebih cemerlang.

Pembelajaran yang berterusan akan berlaku kerana penilaian bersifat berterusan. Pentaksiran lebih terarah kepada program yang afektif bukan bebentuk individu.

PENTAKSIRAN
PERFORMANCE BASED

DEFINISI:
Pentasiran

Performaced Based ialah proses yang menggunakan subjek penglibatan murid dalam sesuatu aktiviti yang dijalankan.

Jenis- jenis pentaksiran Performanced Based: 1. Portfolio (dapatan hasil kerja)


Kaedah ini selalu digunakan untuk menilai pencapaian individu murid dari semasa ke semasa. Ianya juga suatu cara yang membolehkan penilaian terhadap murid dibuat secara keseluruhannya.

2. Kaedah pentaksiran berpusat (simulasi berdasarkan situasi sebenar)


Pentaksiran akan dibuat berdasarkan kepada penglibatan murid dan keberkesanan penyelesaian masalah dalam sesuatu situasi yang diberikan.

3. Mengukur berdasarkan keupayaan.


Pentaksiran ini dapat dinilaikan seperti bahan contoh daripada murid seperti :Bahan penulisan Persembahan Gerak kerja projek

RUJUKAN

http://www.slideshare.net/artventure/konsep-pentaksiran http://www.scribd.com/doc/3282502/P entaksiran

Sekian, terima kasih

También podría gustarte