Está en la página 1de 4

KAEDAH PEMARKAHAN HOLISTIK Holistik atau Global bermaksud menyeluruh.

Pemarkahan jawapandengan kaedah holistik untuk menentukan pencapaian pelajar dalam ujiansubjektif didasarkan pada andaian

bahawakeseluruhan lebih pentingdaripadabahagian-bahagian sesuatu jawapan esei. Kaedah ini menekankanaspek yang baik, bukan yang buruk, dalam sesuatu jawapan. Oleh itukaedah ini sesuai digunakan untuk memeriksa karangan bahasa dan mudahdilaksanakan kerana skema pemarkahan yang terperinci tidak disediakan. Cara ini amat subjektif, memerlukan pemeriksa yang cukup mahir danberkebolehan membaca secara kritikal. Amat subjektif bermaknakebolehpercayaan pemarkahan amat rendah. Bagaimanapun,kebolehpercayaan pemarkahan pemeriksa itu dapat ditinggikan sedikitmelalui penyelarasan antara para pemeriksa dan penyediaan model jawapanuntuk rujukan bersama. Pemarkahan juga boleh melalui perbandingan. Dengan teknik inipemeriksa membaca karangan berkenaan sekali lalu dan menyusunnyamengikut kualiti. Karangan terbaik diletakkan di ata s dan yang paling lemahdiletakkan di bawah sekali. Kesemua karangan itu dibaca sekali lagi untukmemastikan kedudukannya. Kemudian ditentukan peratus A, B, C dan seterusnya. Teknik bandingan ini sesuai untuk memarkah esei panjangseperti kerja projek. Teknik ini juga sesuai untuk memilih esei, cerpen, sajak,novel dan lain-lain bagi sesuatu peraduan, terutamanya pada peringkat saringan. Dalam pemarkahan kaedah holistik ini, ada dua jenis kaedah yang lazim digunakan iaitu secaraordi nal dan nominal.

1. Kaedah Ordinal Sekiranya pemarkahan secara holistik dibuat dengan menggunakan kaedah ordinal, pemeriksa perlu mengikuti langkah-langkah yang berikut: (i) Memeriksa setiap skrip jawapan pelajar secara keseluruhan.

(ii)

Menyusun skrip-skrip jawapan pelajar mengikutprestasinya, iaitu prestasi terbaik diletakkan di atas danprestasi terburuk diletakkan di bawah.

(iii) (iv)

Menentukan berapa peratus pelajar yang patut diberi gred A, B, C, D dan E sebagainya. Memberikan gred kepada skrip jawapan mengikut kumpulanberdasarkan peratusan pelajar yang telah dipertimbangkanuntuk setiap gred.

2. Kaedah Nominal Dalam pemarkahan yang menggunakan kaedah nominal, pemeriksa perlu mengikuti langkah-langkah yang berikut: (i) Menentukan skema pemarkahan terlebih dahulu sama adamenggunakan markah atau gred. Misalnya, gred A =Cemerlang, B = Kepujian, C = Lulus, D = Gagal. Gredberdasarkan kriteria kandungan, kriteria pengolahan, dankriteria proses. (ii) Pemeriksa dikehendaki membaca skrip jawapan pelajarsekali lalu untuk memperoleh gambaran setinggi manatahap jawapan pelajar, berdasarkan kriteria kandungan,kriteria pengolahan, dan kriteria proses. (iii) Pemeriksa kemudian dikehendaki membaca skrip kalikedua untuk menetapkan gred yang difikirkan sesuaidiberikan kepada skrip tersebut berdasarkan skemapemarkahan yang disediakan. (iv) Pemeriksa dikehendaki membaca skrip kali ketiga untukmembuat pengubahsuaian, jika ada, pada gred-gred yangtelah diberikan.

Proses pemarkahan secara holistik amat subjektif sifatnya. Olehsebab itu pemarkahan cara ini memerlukan pemeriksa yang berpengalamanserta menguasai bidang berkenaan. Ciri keobjektifan pemarkahan secaraholistik ini dapat ditingkatkan dengan mengadakan mesyuarat penyelarasanantara ketua pemeriksa dengan pemeriksa-pemeriksa. Pada mesyuarat itupemeriksa akan diberi taklimat dan panduan tentang cara memeriksa skripjawapan dan kemudian berlatih memeriksa beberapa contoh skrip jawapan.Dengan cara ini, perselisihan dalam pemberian markah dan penentuan gredantara

pemeriksa dapat dikurangkan. Dengan yang demikian, mutupemeriksaan skrip jawapan esei dapat dikawal dan keobjektifan ujian itudapat ditingkatkan.

Contoh Skema Pemarkahan Kaedah Holistik Berdasarkan Kaedah Nominal Contoh Skema Pemarkahan Karangan Bahasa

Gred/Markah Ciri-ciri dalam jawapan Gred A (75% - 100%) Takrif yang tepat terhadap tajuk karangan yang dipilih. Bahasa lancar dan bersih daripada segala aspek kesalahan. Terdapat keragaman struktur ayat dengan susunan yang sangat menarik. Isinya cukup dan berkembang dengan contoh yang sesuai. Gred B (60% - 74%) Takrif terhadap tajuk karangan yang dipilih masih tepat. Isinya cukup dan pengolahan agak menarik. Bahasa memuaskan. Keragaman struktur ayat agak sedikit. Masih terdapat ciri-ciri kematangan fikiran dalam penulisan. Gred C (40% - 59%) Takrif terhadap tajuk karangan yang dipilih kurang tepat. Isinya kurang, ada yang sesuai dan ada yang tidak. Terdapat beberapa kesalahan bahasa yang dapat dimaafkan. Tiada keragaman struktur ayat. Kosa kata agak terhad.

Gred D (30% - 39%) Takrif terhadap tajuk karangan kurang difahami. Isinya terpesong sipi. Pengolahannya agak lemah dan kurangteratur. Terdapat beberapa kesalahan bahasa yang tidak dapatdimaafkan. Penguasaan bahasa dan kosa kata kurang cekap. Gred E (0% - 29%) Takrif terhadap tajuk karangan tidak difahami langsung. Isinya terpesong sama sekali. Pengolahannya tidak teratur. Penguasaan bahasanya lemah dengan susunan ayat yang kelam kabut dan kesalahan kosa kata yang banyak. Kelebihan Kaedah Holistik (i) Memeriksa skrip jawapan tidak mengambil masa yang panjang. (ii) Dapat menilai jawapan secara keseluruhan dalam aspekpenguasaan pengetahuan serta dapat menilai kemahiran yanglain terutamanya kemahira n aras tinggi seperti kebolehanmengolah idea dan membuat rumusan tentang sesuatu perkaraatau keadaan. (iii) Penilaian jawapan dibuat oleh lebih daripada seorangpemeriksa atau pemarkahan dibandingkan antara pemeriksadalam kumpulan. Kelemahan Kaedah Holistik. (i) Terdapat perselisihan memberikan markah antara pemeriksa dan sukar diselaraskan. (ii) Pemarkahan kurang objektif. Pemeriksa mudah dipengaruhioleh faktor lain yang tidak relevan seperti bentuk tulisan dankekemasan skrip jawapan. (ii) Pemeriksaan hanya sesuai dijalankan oleh orang yangmenguasai bidang berkenaan dan yang berpengalamansahaja. (iii) Kesanhalo dan kesanhorn akan berlaku apabila pemeriksadipengaruhi oleh pengetahuannya tentang latar belakangpelajar. Kesanhalo merujuk kepada situasi pemeriksamemberikan markah tinggi untuk satu jawapan yang sederhanaatau kurang baik kerana pelajar dikenalinya sebagai pelajaryang cergas. Sebaliknya kesanhorn merujuk kepada keadaansatu jawapan baik diberi markah yang rendah kerana jawapanitu datangnya daripada pelajar yang dianggap kurangberkebolehan.

También podría gustarte