Está en la página 1de 4

REFLEKSI (MOHAMAD DANIAL OTHMAN) Menurut Mok Soon Sang (2008), pengajaran mikro ialah suatu teknik pengajaran

dalam masa di antara lima hingga lima belas minit untuk mengajar sesuatu kemahiran pelajaran bagi sekumpulan guru pelatih, biasanya terdiri daripada lima hingga sepuluh orang sahaja. Dalam pengajaran mikro, saya telah memilih tema tentang Malaysia Negaraku yang menerangkan subtema Kenali Malaysia. Mikro pengajaran ini dibuat dalam masa tidak lebih daripada 60 minit. Saya telah memilih langkah pengajaran inkuiri penemuan dalam pengajaran mikro ini. Sebagai kekuatan kepada set induksi yang dijalankan, penggunaan gambar bersiri dapat merangsang murid-murid untuk berfikir dan cuba membuat andaian. Ini secara tidak langsung meningkatkan kemahiran berfikir murid secara kritis. Selain itu, gambar yang ditunjukkan juga bersesuaian dengan isi pelajaran yang hendak diajar. Namun demikian, saya boleh menambahkan lagi daya tarikan dan minat murid sekiranya gambar yang ditunjukkan digantikan dengan rakaman pendek. Ini lebih membantu murid terutamanya yang lemah untuk lebih faham sekiranya dibuat dalam bentuk audio dan visual dan menampakkan situasi yang lebih nyata. Selain daripada itu, penggunaan kad perkataan juga dapat membantu murid untuk mengingat semula pelajaran yang sudah dipelajari. Dengan penyediaan kad perkataan yang berwarna boleh menarik minat murid untuk menumpukan perhatian mereka semasa memlihat kad-kad imbasan tersebut. Sebagai meningkatkan lagi mutu pengajaran, saya boleh menggunakan gambar atau nyanyian untuk memberikan lebih keseronokan bagi menggantikan penggunaan kad imbasan. Namun begitu, terdapat juga kelemahan dalam pengajaran mikro. Dalam melaksanakan set induksi sebagai permulaan pengajaran, saya mendapati tempoh masa yang diambil terlalu panjang dan melebihi masa yang dirancang. Dalam perancangan sepatutnya saya melaksanakan set induksi itu selama lima minit tetapi ia telah dijalankan hampir sepuluh minit.

Sebagai tindakan susulan untuk memperbaiki pengajaran, saya perlu bijak menguruskan masa dan merancang set induksi agar tidak mengambil masa yang terlalu lama. Selain itu, saya juga agak lambat mengaitkan set induksi yang dilaksanakan dengan isi atau tajuk pelajaran yang hendak diajar. Ini menjadikan pelaksanaan pengajaran mikro menjadi terlalu lama dan membuatkan para pelajar mungkin tertanya-tanya akan pelajaran yang dipelajari. Dengan demikian, saya perlulah memperbaiki pengajaran supaya lebih tahu tempoh masa yang sesuai untuk mengaitkan isi pelajaran. Penggunaan gambar bersiri sebagai bahan bantu pengajaran juga agak mengelirukan sehingga menyebabkan pelajar memberikan jawapan atau maklum balas yang kurang tepat. Sebagai tindakan susulan saya haruslah menyediakan bahan bantu mengajar terutamanya gambar yang lebih jelas agar tidak menimbulkan sebarang kekeliruan. Di samping itu, penggunaan alat bantu mengajar yang terlalu banyak juga boleh mengganggu kelancaran pelaksanaan set induksi sehingga menjejaskan pengurusan masa yang ditetapkan. Justeru itu, saya seharusnya menggunakan bahan yang bersesuaian dan tidak terlalu banyak agar masa dapat dihadkan dan menjadikan pelaksanaan set induksi lebih lancar. Kelemahan para pelajar dalam mengingati pelajaran lepas yang telah dipelajari juga mengganggu kelancaran set induksi. Oleh yang demikian, saya terpaksa membantu pelajar agar lebih mengingati pelajaran lepas dengan tepat. Sebagai memperbaiki mutu pengajaran, saya hendaklah lebih menilai keberkesanan pencapaian objektif pelajaran yang hendak dicapai. Selain itu, murid-murid juga agak malu dan pasif dalam memberikan respon atau maklum balas kepada soalan guru. Hal ini mungkin berlaku kerana para pelajar kurang menguasai pelajaran yang lepas. Oleh itu, saya haruslah memperbaiki pengajaran agar memastikan murid-murid lebih aktif dan berani dengan pendekatan yang lebih berpusatkan murid dan teknik penyoalan yang lebih baik. Selain memanggil nama murid dan memberi peluang untuk menjawab, saya juga boleh merangsang minat dan

penglibatan murid dengan memberikan peneguhan positif dan pujian seperti baik, bagus dan sebagainya untuk memberi galakan dan motivasi kepada mereka. Makro bermaksud awalan yang banyak. Pengajaran makro merangkumi segala proses pengajaran,sekurang-kurangya satu unit kemahiran,dalam sesuatu waktu pelajaran. Di dalam proses makro meliputi tiga peringkat pemulaan pengajaran,perkembangan dan penutup. Selain itu, pengajaran makro juga merupakan simulasi satu pengajaran yang lengkap kpd satu kelas biasa.simulasi boleh dilakukan di dalam bilik darjah,makmal atau bilik previu. Disamping itu, pengajaran makro merupakan kesepaduan teknik-teknik pengajaran mikro yg disokong oleh perancangan pengajaran pembelajaran yg sekian lama dipelajari. Terdapat beberapa kekuatan yang menjurus ke arah keberkesanan pengajaran.Kekuatan pengajaran makro adalah seperti permulaan set induksi yang begitu menarik minat murid dengan penggunaan kaedah audio . Muridmurid begitu bersemangat dan aktif kerana masing-masing cuba hendak menelaah nama negeri yang terdapat dalam lirik lagu tersebut. Penggunaan alat bantuan mengajar seperti lembaran petikan , kad gambar, kad perkataan dan bahan maujud dapat menambahkan kefahaman murid di samping dapat memudahkan murid untuk memahami tajuk yang dipelajari. Selain itu, keadaan kelas yang konduksif dan selesa serta layanan guru yang mesra memberi rasa keyakinan pelajar untuk mengikuti pengajaran dengan baik. Disamping itu, penggunaan lembaran kerja memudahkan kerja guru dan pelajar di mana pelajar tidak perlu bersusah payah menyalin di papan hitam. Seterusnya, teknik penyoalan guru tidak membebankan murid di mana guru meminta secara suka rela murid untuk menjawap soalan tanpa ada rasa terpaksa. Namun begitu, terdapat juga kelemahan dalam pengajaran makro. Masalah kekurangan bilik darjah, ruang dan kelengkapan peralatan yang diperlukan adalah amat ketara dalam beberapa kes. Sesi pelaksanaan pengajaran mikro sebaik-baiknya memerlukan penggunaan alat-alat teknologi

pendidikan seperti kamera, perakam video, televisyen dan lain-lain lagi. Peralatan ini bukan sahaja mahal dan rumit tetapi juga memerlukan perbelanjaan yang tinggi untuk penjagaan dan penyenggaraannya. Selain itu, hal-hal pentadbiran seperti penyesuaian masa untuk mengadakan kelas. Disamping itu, masalah-masalah lain seperti personaliti dan sikap turut mempengaruhi pelaksanaan pengajaran makro. Jika diberi peluang mengajar sekali lagi mungkin banyak benda yang akan diubasuai mengikut tahap penguasaan murid. Penambahbaikan yang akan dibuat adalah: 1. Set Induksi atau langkah mencungkil idea.

Menukar kaedah pengajaran teka-teki yang meneka batu di dalam genggam guru kepada meneka benda di dalam kotak hitam ala ahli sihir menggunakan tongkat sakti. Tujuan untuk memberansangkan lagi minat murid serta memberi kesediaan belajar yang menyeronokkan. 2. Bahagian langkah aplikasi idea sepatutnya saya tukar teknik yang lebih menyeronokkan iaitu menubuhkan beberapa kumpulan kecil bagi menyusun atau memadan gambar bendera dan jata negeri pada peta Malaysia supaya betul berdasarkan gambar yang diberi. Jadi kumpulan yang dapat menyiapkan dengan cepat dan betul akan di beri ganjaran. 3. Pada akhir langkah pengajaran atau semasa membuat rumusan , saya rasa pertandingan kuiz adalah sangat sesuai bagi menguji tahap pemahaman murid terhadap apa yang telah dipelajari sama ada mereka dapat mengingati dengan baik atau tidak . Jika mereka masih belum dapat menjawap soalan kuiz yang dikemukakan bermakna objektif pengajaran pada hari itu tidak dapat di capai dengan sepenuhnya. Maklum balas daripada murid-murid begitu memberansangkan kerana penglibatan murid secara aktif dan saling bekerjasama dalam pembelajaran. Faktor ini adalah sangat penting agar sesi pembelajaran saya lebih bermakna dan berkesan seterusnya dapat memberi saya lebih keyakinan untuk menjadi seorang guru yang baik di masa hadapan.

También podría gustarte