Está en la página 1de 33

Perancangan Pusat ICT Bagi Masyarakat Luar Bandar / 1

SIRI SYARAHAN PERDANA PROFESOR


PERANCANGAN PUSAT ICT BAGI MASYARAKAT LUAR BANDAR DI SEMENANJUNG MALAYSIA Oleh Profesor Dr. Noor Sharifah bt Sutan Saidi

PENGENALAN

Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) merupakan teras pembangunan negara ke arah mencapai taraf negara maju. Peranannya penting sebagai pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi negara dalam meningkatkan keberkesanan pasaran, produktiviti, daya saing serta peningkatan kualiti hidup penduduk. Kesungguhan kerajaan dalam pembangunan teknologi maklumat dibuktikan dengan jelas melalui pembangunan Koridor Raya Multimedia (MSC), Putrajaya dan Cyberjaya yang menyediakan infrastruktur teknologi terkini dan canggih. Dalam arus kepesatan pembangunan negara kawasan luar bandar tidak seharusnya tertinggal atau dipinggirkan. Usaha dalam bentuk dasar dan program telah dilaksanakan oleh pelbagai pihak terutama agensi kerajaan, namun masih banyak perkara yang perlu dipertingkatkan. Kertas ini bertujuan untuk membincangkan aspek penyediaan kemudahan ICT bagi masyarakat luar bandar sebagai satu kemudahan yang perlu pada masa kini. Antara perkara yang disentuh ialah Agenda IT Negara, masalah jurang digital, beberapa pengalaman luar negara, penilaian program ICT luar bandar di negara ini dan cadangan bagi penyediaan kemudahan pusat ICT luar bandar di negara ini, khususnya di Semenanjung Malaysia. Kajian dijalankan menggunakan data primer dan sekunder. Data sekunder diperolehi daripada laporan kajian, keratan akhbar dan maklumat daripada pihak yang terlibat dengan pembangunan ICT luar bandar. Data daripada sumber kaji selidik turut digunakan dalam menilai

2 / Siri Syarahan Perdana Profesor


keadaan semasa berhubung pendedahan penduduk terhadap ICT. Penilaian program ICT desa dibuat berdasarkan pemerhatian dan temu bual dengan pihak-pihak yang bertanggung jawab dalam pengendalian pusat ICT desa semasa lawatan ke pusat-pusat berkenaan. Sementara kajian mengenai pusat-pusat ICT luar bandar di luar negara dibuat melalui maklumat yang diperolehi daripada internet. AGENDA TEKNOLOGI MAKLUMAT NEGARA (NITA) DAN MASALAH ICT LUAR BANDAR Cabaran keenam Wawasan 2020 ialah mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, mempunyai daya perubahan yang tinggi dan sentiasa memandang ke hadapan. Selaras dengan hasrat berkenaan, Agenda IT Negara telah digubal, bermatlamat untuk membangun bangsa dan negara. Agenda Teknologi Maklumat Negara (NITA) Agenda Teknologi Maklumat Negara (NITA), telah dilancarkan oleh bekas Perdana Menteri Y.A.B Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad pada tahun 1996, bertujuan untuk membudaya dan merangsang kesedaran serta penggunaan ICT di kalangan setiap lapisan masyarakat di bandar dan desa. Dengan bertemakan menukar riak menjadi gelombang, NITA mengandungi panduan luas bagi pembangunan rangka kerja teknologi maklumat (IT) kebangsaan. Agenda IT Negara digubal supaya pembangunan seimbang dapat diwujudkan antara insan, prasarana maklumat (infostruktur) dan aplikasi. Agenda IT ialah asas perjalanan menuju ke arah pembentukan masyarakat maju berasaskan nilai, menekankan kepada kepentingan mencapai matlamat keadilan dan persamaan bagi mencapai maklumat, penciptaan nilai-nilai murni serta pertukaran masyarakat secara kualitatif (MIMOS, tiada tarikh). Rancangan Malaysia Kelapan menggariskan lima (5) strategi pelaksanaan Dasar IT Negara, iaitu melalui: (i) (ii) (iii) (iv) (v) E- ekonomi E- perkhidmatan Awam E- komuniti E- pembelajaran E- kedaulatan.

Keseluruhan sektor dalam ekonomi dijangka dapat mencipta nilai dan kekayaan melalui penyertaan yang berkesan dalam arus kemunculan

Perancangan Pusat ICT Bagi Masyarakat Luar Bandar / 3


ekonomi global. Tumpuan diberi kepada penyediaan perkhidmatan elektronik yang mesra pelanggan, mewujudkan masyarakat yang berilmu dan tidak ketinggalan dalam arus pembangunan, pemupukan pembelajaran sepanjang hayat serta tumpuan kepada pembinaan identiti yang tidak luntur dalam menghadapi cabaran besar oleh negara (Rancangan Malaysia Ke-8, 2001). Dalam rangka pembangunan IT negara, tiga (3) unsur utama ditekankan, iaitu: MANUSIA, INFOSTRUKTUR dan APLIKASI (Rajah 1) yang digabungkan ke arah mewujudkan masyarakat yang berasaskan nilai dan pengetahuan. Strategi pembangunan infostruktur ialah melalui rangkaian, peralatan termampu, undang-undang dan peraturan. Pembangunan aplikasi melibatkan pembangunan kandungan asli (perisian) melalui kesalingaktifan, infohiburan dan infokomunikasi sesuai dengan konteks tempatan. Rancangan Malaysia Kelapan memberi penekanan kepada usaha meluaskan infrastruktur ICT terutama di kawasan luar bandar untuk mengurangkan jurang digital dan seterusnya mencapai pembangunan seimbang. Antara strategi dan program yang dilaksanakan ialah strategi pembangunan manusia melalui pendidikan, pembangunan kemahiran dan pembudayaan.

PEOPLE
s ive ion at t tit ma ua or Q nsf a Tr

Ac c Eq ess ui an ty d

ValuesBased KnowledgeSociety

INFOSTRUCTURE

CreatingValue

APPLICATIONS

Rajah 1 Unsur utama pembangunan ICT negara

Antara program yang dirancang ialah Program Perkhidmatan Sejagat, kempen pemilikan komputer, Program Pusat Internet Desa dan pembangunan kandungan tempatan, e-komuniti dan program kesedaran masyarakat tentang kepentingan komputer.

4 / Siri Syarahan Perdana Profesor


Jurang Digital Jurang digital bermaksud perbezaan yang berlaku antara golongan yang kenal, faham serta dapat mengguna IT dengan yang tidak, atau dalam erti kata lain antara yang kaya maklumat dengan yang miskin maklumat. Masalah jurang digital boleh dilihat dari pelbagai dimensi seperti antara negara, kawasan bandar dengan luar bandar, golongan etnik, gender, status ekonomi dan sebagainya. Antara ukuran atau kriteria yang sering diguna dalam mengukur jurang digital ialah pemilikan komputer, akses kepada internet, talian telekomunikasi dan tahap pengetahuan dalam bidang komputer. Berbanding dengan beberapa negara di dunia, Malaysia didapati agak ketinggalan dari segi penggunaan komputer dan internet. Jumlah pengguna internet di Malaysia pada tahun 2001 ialah sebanyak 15% daripada jumlah penduduk berbanding dengan Singapura (49.1%), Korea Selatan (40.3%), Hong Kong (40%), New Zealand (39.2%), Australia (34.9%), Jepun (34.1%) dan Taiwan (28.2%) (Asiaweek, 2001). Dalam konteks negara, pengagihan komputer di kawasan Lembah Klang adalah tertinggi (65%) berbanding dengan bandar lain seperti Georgetown (14%), Johor Bahru (11%), Kuching dan Kota Kinabalu (7%) dan lain-lain bandar utama (2%). Dianggarkan bahawa kadar pemilikan komputer bagi kawasan luar bandar di negara ini adalah jauh lebih rendah berbanding dengan bandar-bandar berkenaan. Pemilikan Komputer Penduduk Kampung Kaji selidik penduduk di kampung-kampung cemerlang yang dijalankan pada tahun 2002 (Noor Sharifah, et al., 2003) menunjukkan pemilikan komputer dikalangan penduduk luar bandar pada umumnya adalah rendah. Daripada seramai 1,652 isi rumah yang dikaji, hanya 18.6% responden memiliki komputer di rumah dan hanya 6.7% mempunyai talian internet (Rajah 2 dan Rajah 3).
2000 1800 1600 1400 1200 1000 800 600 400 200 0 100 81.4

1652 1344 18.6 308 Ada Tiada Jumlah

Rajah 2 Talian internet - isi rumah

Perancangan Pusat ICT Bagi Masyarakat Luar Bandar / 5


2000 1800 1600 1400 1200 1000 800 600 400 200 0

93.3

100

1542 6.7 110 Ada Tiada rekuens ratusan

1652

Jumlah

Rajah 3 Penggunaan komputer penduduk luar bandar

Kajian berkenaan juga menunjukkan lebih kurang 82.8% ketua isi rumah dan 82.7% isteri tidak tahu mengguna komputer, 12.3% ketua keluarga dan 11.2% isteri mempunyai pengetahuan asas. Hanya 4.2% ketua keluarga dan 3.0% isteri menyatakan mahir mengguna komputer. Pengetahuan komputer di kalangan anak responden walau bagaimanapun, menunjukkan keadaan yang memberangsangkan kerana lebih kurang 84.9% anak responden tahu mengguna komputer, dengan 23.2% menyatakan mahir. Kadar kemahiran komputer didapati meningkat mengikut kedudukan anak, iaitu peratusan paling tinggi di kalangan anak pertama dan menurun bagi anak yang berikutnya. Kegunaan komputer paling tinggi ialah bagi melaksanakan tugasan sekolah (38.5%) diikuti oleh keperluan kerja (33.3%), melayari internet (14.8%) dan bermain games 0.6% (Rajah 4).
1200 1000 800 600 400 200 0 Tugasan Sekolah Bidang Kerja 38.5 401 33.3 348 14.8 154 Internet 12.8 133 Games/ Permainan Komputer Peratusan 0.6 6 Lain-lain Jumlah 1042

100

Bilangan

Rajah 4 Penggunaan komputer di kalangan pengusaha industri kecil

6 / Siri Syarahan Perdana Profesor


Hasil kajian menunjukkan kadar pemilikan, penggunaan dan tahap kemahiran komputer di kalangan pengusaha luar bandar masih rendah. Sebanyak 73.8% pengusaha industri kecil luar bandar tidak mengguna komputer, 17.9% mempunyai sebuah komputer, 6% dua buah komputer dan 2% mempunyai 3-5 buah komputer (Rajah 5).
200 180 160 140 120 100 80 60 40 20 0

100 73.8

62

17.9 15 1Buah

6 5 2Buah Bilangan

84 2.4 2 3-5Buah Jumlah

TidakGuna

Peratusan

Rajah 5 Penggunaan komputer oleh pengusaha

Perisian yang paling popular digunakan ialah Words dan Excel (8.3%), Words sahaja (7.1%), Words, Excel dan Lotus (4.8%) dan yang lain-lain hanya 1.2% sahaja. Sebanyak 15.6% pengusaha mengguna komputer bagi tujuan surat menyurat, dan 1% masing-masing bagi tujuan mendapat maklumat, khidmat nasihat, akaun, laporan jualan, gaji, inventori, dan website serta promosi syarikat. Kebanyakan pengusaha mengendali sendiri komputer (19.1%) dan sebanyak 7.1% menggajikan pekerja untuk mengendali komputer bagi keperluan perusahaan masing-masing (Rajah 6).
90 80 70 60 50 40 30 20 10 0 78 62

16

19.1 6 7.1 TidakBerkenaan

Sendiri

Pekerja Bilangan Peratusan

Rajah 6 Pengendalian sendiri & menggaji pekerja

Perancangan Pusat ICT Bagi Masyarakat Luar Bandar / 7


Kelemahan Pelaksanaan Agenda ICT Luar Bandar Pusat-pusat ICT luar bandar yang terawal dilaksanakan pada tahun 1997. Namun kajian yang dijalankan ke atas pusat-pusat ICT pada tahun 2001 menunjukkan hanya 75.9% sahaja pusat berkenaan yang beroperasi, selebihnya tidak dapat beroperasi disebabkan masalah kerosakan komputer dan ketiadaan tenaga pengajar untuk mengendalikan kursus. Ada pihak berpendapat terdapat kelemahan dari segi pendekatan pelaksanaan. Antara kelemahan berkenaan ialah pihak kerajaan terlalu memberi penekanan kepada usaha membentuk kesedaran dan pendedahan masyarakat desa, bukannya terhadap agenda ekonomi serta pelaksanaan program yang bergantung kepada sumbangan pihak tertentu yang mungkin mempunyai agenda tersendiri. Faedah ekonomi ICT dalam masa jangka panjang hanya berdasarkan andaian, tidak diterap secara pasti. Terdapat anggapan sesetengah pihak bahawa penyediaan kemudahan infrastruktur ICT adalah sebagai kos, bukannya pelaburan (Mohamad Awang Lah, 2000). Berdasarkan masalah di atas, jelas menunjukkan perlunya pelaksanaan Agenda IT Negara bagi kawasan luar bandar di negara ini dikaji semula dan satu perancangan yang bersepadu dan menyeluruh dilaksanakan. MODEL PUSAT ICT KOMUNITI BEBERAPA NEGARA MAJU Kajian pusat ICT beberapa negara maju seperti Kanada, United Kingdom, Amerika Syarikat, Australia, Jepun, Hungary, Perancis dan Afrika Selatan menunjukkan terdapatnya beberapa ciri menarik yang boleh dicontohi. 1. Community Skills Center (CSC), British Columbia, Canada

Pusat ini dibangunkan oleh Consortium British Columbia pada Jun, 1996, bertujuan untuk menggalakkan penduduk luar bandar mendalami ICT dalam kehidupan seharian. Terdapat 19 pusat CSC dan pusat utama ialah Alberni Valley Community Skills Center (AVCSC). (i) Pendekatan Pusat ICT ini berfungsi sebagai tempat memberi pendedahan, latihan dan telecenter. Pusat ini menyediakan modul yang lengkap dan sistematik, kemudahan video conferencing , latihan peningkatan kemahiran dan penyewaan peralatan. Latihan IT disediakan secara berperingkat, iaitu peringkat asas, pertengahan dan lanjutan.

8 / Siri Syarahan Perdana Profesor


(ii) Ciri Penting Pusat ini menyediakan modul latihan yang diiktiraf oleh Microsoft, agensi kerajaan dan swasta. Pusat ini juga merupakan pusat latihan IT bagi penduduk di pendalaman. Keistimewaan pusat ICT ini ialah menyediakan data base/ pangkalan data mengenai luar bandar. Antara pangkalan data yang disediakan ialah mengenai perkhidmatan, perhubungan, maklumat syarikat, para peniaga luar bandar untuk berinteraksi dengan pihak luar, pekerjaan secara maya, pendidikan jarak jauh dan promosi kawasan luar bandar. Khidmat lain yang disediakan ialah program Ask the Expert dan perpustakaan maya.

Community skills center, British Columbia, Canada

Selain berperanan sebagai pusat latihan dan telecenter, pusat ICT ini juga memberi kemudahan kepada pihak berkuasa tempatan bagi membuat perancangan kawasan luar bandar melalui pangkalan data di pusat berkenaan. 2. (i) Teleconner, Hungary Pendekatan Pendekatan yang digunakan bagi pusat ICT ini ialah memberi penekanan kepada penyediaan maklumat berhubung ekonomi, perkhidmatan e-mel, teleshopping , telebanking dan televillage centre. (ii) Ciri Penting Keistimewaan pusat ini ialah ia dirancang berdasarkan piawaian sebuah teleconner bagi setiap 100 hingga 1,000 orang penduduk.

Perancangan Pusat ICT Bagi Masyarakat Luar Bandar / 9


3. (i) Oztal Telecenter, Perancis Pendekatan Pusat ini disediakan sebagai tempat mengadakan kelas komputer. Di samping itu, pusat ini turut memainkan pelbagai peranan. (ii) Ciri Penting Keistimewaan pusat ini ialah ia mempunyai program IT For Farmers, program perladangan maya, perisian perakaunan, pengurusan, surat menyurat, grafik, teknik perhubungan awam, pemasaran, modul untuk peladang wanita dan sebagainya. 4. Rural Information Technology Employment Link (RITE Link), South Dakota, Amerika Syarikat

Rural Information Technology Employment Link dibangunkan dengan usahasama University of South Dakota pada Januari, 1996 dengan tujuan membangunkan masyarakat luar bandar di South Dakota sebagai masyarakat yang mempunyai kemahiran yang tinggi dalam ICT bagi menampung kekurangan 1.5 juta pekerja dalam sektor ICT di Amerika Syarikat. (i) Pendekatan Kemudahan yang disediakan di pusat ini ialah latihan pendedahan tentang ICT, latihan kemahiran dan sebagai telecenter bagi masyarakat setempat. Pusat ini juga digunakan bagi tujuan mempromosi kawasan luar bandar kepada dunia luar serta sebagai pusat bank data mengenai kawasan luar bandar. Matlamat utamanya adalah untuk menerapkan idea telekerja kepada masyarakat luar bandar. (ii) Ciri Penting Ciri penting pusat ICT ini ialah menyediakan latihan untuk memenuhi permintaan pekerja IT di Amerika. Kursus dan latihan dijalankan di luar waktu pejabat dengan menggunakan kemudahan ICT sedia ada seperti di sekolah dan telecenter. Peserta yang telah menamatkan latihan ditawarkan pekerjaan oleh syarikat swasta yang terlibat dengan RITE Link. 5. (i) Community Technology Center, Nebraska, Amerika Syarikat Pendekatan Pusat ini juga dijadikan sebagai pusat latihan ICT dan sebagai pusat telecenter.

10 / Siri Syarahan Perdana Profesor


(ii) Ciri Penting Antara ciri penting pusat ini ialah sebagai pusat pekerjaan atau telekerja. 6. (i) Warwickshire Rural Enterprise Network (WREN), Warwickshire, England Pendekatan Warwickshire Rural Enterprise Network adalah projek National Rural Enterprise Center (NERC) yang dibangunkan pada Ogos, 1991. Pusat ini berperanan sebagai pusat latihan dan telecenter. WREN merupakan pusat kemudahan yang lengkap dan bersepadu sebagai pusat telecenter, telekerja, pusat latihan, pusat maklumat, dan pusat penjagaan kanak-kanak. Projek ini turut memberi penekanan kepada usaha meningkatkan kemahiran kepada suri rumah dalam bidang ICT. WREN bekerjasama dengan pertubuhan Rural Women Back To Business (RWBB). Di pusat ini juga dijalankan RAVAN program yang menyediakan kemudahan bagi mempromosi Small Rural Enterprise di kawasan luar bandar. (ii) Ciri Penting Pusat ICT berkenaan mempunyai kemudahan lengkap, iaitu mempunyai tempat latihan, pusat maklumat, perpustakaan, nurseri dan bilik teleconferencing . Pakej kursus IT yang disediakan membolehkan penduduk luar bandar mendapat sijil dan diploma dalam bidang IT.

Warwickshire Rural Enterprise Network (WREN), Warwickshire

Perancangan Pusat ICT Bagi Masyarakat Luar Bandar / 11


7. (i) Southern Queensland Institute of TAFE (SQIT) Rural Training Centre, Australia Pendekatan Institut TAFE menyediakan kemudahan latihan dan pendedahan komputer bagi penduduk luar bandar. Pusat ini menyediakan modul yang sistematik dan khusus bagi keperluan masyarakat luar bandar. (ii) Ciri Penting Pusat berkenaan menyediakan kursus yang membolehkan peserta mendapat sijil dan diploma dalam bidang IT dari pusat yang tetap dan perkhidmatan unit bergerak. 8. (i) Shitara Aichi Telecottage, Jepun Pendekatan Shitara Aichi Telecottage berperanan memberi latihan dan tempat pekerjaan kepada penduduk luar bandar. Pusat ini dilengkapi dengan ruang pejabat, bilik komputer, bilik mesyuarat, perpustakaan, dan kemudahan peralatan seperti mesin faks dan pencetak. (ii) Ciri Penting Pusat ICT Shitara Aichi memberi peluang pekerjaan kepada suri rumah dan golongan profesional luar bandar mendapat pekerjaan dan menambah pendapatan. 9. (i) Kgautswane ICT Centre, Afrika Selatan Pendekatan Pusat ICT Kgautswane memberi pendedahan dan latihan kepada penduduk luar bandar di Afrika Selatan, dan sering digunakan bagi menghasilkan dokumen untuk pembangunan komuniti. Penduduk juga boleh mendapat akses kepada Perpustakaan Digital Afrika Selatan melalui pusat ICT tersebut. (ii) Ciri Penting Keistimewaan pusat ICT Kgautswane ialah menggunakan generator sebagai bekalan tenaga dan penggunaan solar bagi lampu.

12 / Siri Syarahan Perdana Profesor


Berdasarkan daripada tinjauan ke atas pusat-pusat ICT luar negara di atas, beberapa perkara boleh dicontohi, antaranya ialah penempatan lokasi pusat ICT sebaiknya berdekatan dengan tempat tumpuan penduduk/kemudahan masyarakat yang lain, mempunyai peralatan lengkap, modul pengajaran yang sistematik dan diiktiraf, latihan yang berkesan, mampu berperanan sebagai tempat bekerja, dan menjana sumber ekonomi dan pembangunan sosial bagi masyarakat luar bandar. PROGRAM ICT LUAR BANDAR DI SEMENANJUNG MALAYSIA Pada tahun 2001, terdapat lebih kurang 58 projek komputer luar bandar di negara ini yang dilaksanakan oleh pelbagai pihak seperti Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Kementerian Tenaga, Telekomunikasi dan Multimedia, Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat, Lembaga Kemajuan Wilayah, kerajaan negeri, universiti, pihak swasta serta pertubuhan bukan kerajaan /(NGO) (Noor Sharifah, 2001). Antara program penting yang dijalankan ialah Internet Desa, KEMAS-IT-In-Touch, Medan Infodesa, Smart Masyarakat atau SMASY, Pusat Komuniti IT, Pusat E-Komuniti IT-Mas, KomIT, E-Bario E-Desa dan sebagainya. Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) berperanan penting dalam pembangunan e-komuniti luar bandar. Dua (2) program utama yang dilaksanakan oleh kementerian berkenaan ialah Program Kemas-IT-In-Touch dan Medan Infodesa (MID). 1. (i) KEMAS-IT-In-Touch (KPLB) Pendekatan Program ini dimulakan sebagai projek ICT secara kerjasama antara KEMAS dengan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (sekarang dikendalikan sepenuhnya oleh KEMAS). Projek ini memfokus usaha mewujudkan pusat komputer di setiap negeri di Malaysia bertujuan untuk memberi latihan kepada tiga (3) kumpulan sasar, iaitu kakitangan KEMAS, kakitangan kerajaan atau swasta dan masyarakat setempat tanpa mengira umur serta pekerjaan. Penekanan ialah memberikan pendedahan tentang latihan asas komputer seperti Microsoft Word, Excel, Power Point, dan sebagainya. Pejabat KEMAS Negeri dipertanggungjawabkan menyelia dan mengawal perjalanan program ini. (ii) Lokasi dan Kemudahan Pusat ini ditempatkan di bangunan milik KEMAS. Pada peringkat permulaan terdapat 26 buah pusat KEMAS IT-In-Touch di seluruh

Perancangan Pusat ICT Bagi Masyarakat Luar Bandar / 13


negara. Kemudahan berkenaan biasanya ditempatkan di bilik berhawa dingin, dilengkapi dengan lebih kurang 15-20 buah komputer, beberapa buah pencetak, backups serta meja dan kerusi secukupnya.

KEMAS-IT-In-Touch

(iii)

Penilaian Program Pusat ICT KEMAS-IT-In-Touch didapati sangat sesuai sebagai tempat latihan, bagaimanapun tidak dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh penduduk desa kerana kemudahan yang ada sering digunakan bagi tujuan melatih kakitangan KEMAS dan lain-lain agensi kerajaan. Kemudahan komputer yang disediakan pada umumnya adalah lengkap dan berada dalam keadaan baik. Selain peralatan komputer serta ruang yang selesa, beberapa pusat berkenaan mempunyai kemudahan lain seperti pusat sumber dan kutub khanah desa yang ditempatkan berhampiran.

2. (i)

Medan Info Desa (MID) Pendekatan Program Medan Info Desa dilaksanakan oleh Institut Kemajuan Desa, dengan kerjasama Bahagian Sistem Maklumat (MIS), Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Medan Info Desa dibangunkan sebagai pusat maklumat, latihan dan penggunaan komputer oleh masyarakat desa. Mengikut perancangan awal penubuhannya, maklumat yang akan ditempatkan di pusat ini berkaitan dengan pendidikan, ekonomi desa seperti pertanian, industri desa, pelancongan, keagamaan, kesihatan, keusahawanan, alam sekitar, kebudayaan dan sebagainya.

14 / Siri Syarahan Perdana Profesor


(ii) Lokasi dan Kemudahan Menerusi projek ini beberapa buah kampung dipilih menjadi projek perintis. Kampung yang terpilih ialah Kampung Parit Tengah, Johor; Kampung Kok Klang, Perlis; Kampung Bujang, Kedah; Kampung Sungai Gulang-Gulang, Kuala Selangor, Selangor; Kampung Bayangan, Keningau, Sabah dan Kampung Buntal, Santubung, Sarawak. Medan Info Desa Kok Klang, Perlis satu-satunya pusat MID yang menyediakan program melatih belia dalam bidang kemahiran pemasangan komputer dengan bantuan tenaga pakar dari Universiti Utara Malaysia.

Pusat ICT Medan Info Desa (MID).

Antara kemudahan yang disediakan ialah bilik berhawa dingin memuatkan lebih kurang 15 - 20 buah komputer yang dilengkapi dengan perisian dan peralatan. Di beberapa MID terdapat kemudahan lain seperti surau, tadika, kutub khanah dan pusat sumber ditempatkan di kawasan berhampiran. (iii) Penilaian Program Kekuatan program ini ialah keupayaannya untuk memberi kemudahan dan bimbingan kepada penduduk desa secara lengkap, iaitu sebagai tempat latihan komputer, pusat mendapat maklumat, serta kegiatan ekonomi. Namun begitu, program MID ini masih belum mampu berfungsi sepenuhnya sepertimana yang dirancang disebabkan oleh sistem jaringan dan sistem aplikasi komputer yang belum dapat dibangunkan kerana kekurangan tenaga pakar.

Perancangan Pusat ICT Bagi Masyarakat Luar Bandar / 15


3. Internet Desa (Jabatan Pos Malaysia, Kementerian Tenaga, Telekomunikasi dan Multimedia)

Kementerian Tenaga, Telekomunikasi dan Multimedia turut berperanan dalam usaha membudayakan ICT di kalangan masyarakat luar bandar. Antara projek utama yang dilaksanakan oleh kementerian berkenaan ialah projek Internet Desa oleh Jabatan Pos dan Unit Internet Bergerak oleh MIMOS. (i) Pendekatan Program Internet Desa dilaksanakan oleh Jabatan Pos, Malaysia Berhad dengan kerjasama Telekom Malaysia Bhd., Intel, Maxis, INTAN dan INFRA. Di samping itu, program ini melibatkan kerjasama kerajaan dan sektor swasta. Program ini disusun berdasarkan tiga (3) pendekatan utama iaitu, kesedaran masyarakat, latihan secara amali dan pembangunan laman web. Program berkenaan dikendalikan oleh Pejabat Pos dengan dipandu satu jawatankuasa penyelaras pada peringkat tempatan secara berterusan. Keahlian dalam jawatankuasa terdiri dari Ketua Pos, wakil pendidikan, pertanian, wanita, usahawan, pertubuhan bukan kerajaan, agama, belia, pelajar dan kesihatan. Tugas penting jawatankuasa ialah memperluas pengetahuan komputer di kalangan masyarakat desa.

Internet Desa

(ii)

Lokasi dan Kemudahan Internet Desa ditempatkan di Pejabat Pos yang terletak di bandar kecil. Di bawah program ini beberapa projek perintis dilaksanakan antaranya ialah di Pejabat Pos Sungai Air Tawar, Selangor; Kanowit, Sarawak; Kubang Pasu, Kedah; Kepala Batas, Pulau Pinang; Pejabat Pos Batu Kikir, Negeri Sembilan; Pejabat Pos

16 / Siri Syarahan Perdana Profesor


Sungai Rambai, Melaka; Pejabat Pos Lurah Bilut, Pahang; Pejabat Pos Mata Air, Perlis; Pejabat Pos Pengkalan Hulu, Perak; Pejabat Pos Kuala Berang, Terengganu; Pejabat Pos Gua Musang, Kelantan; dan Pejabat Pos Benut, Johor. Di setiap Pejabat Pos berkenaan diletakkan dua (2) buah komputer dengan perisian seperti Word, Excel, dan sebagainya. (iii) Penilaian Program Kajian menunjukkan bahawa pada peringkat awal, program ini mendapat sambutan yang menggalakkan terutama di kalangan pelajar, namun kebelakangan ini didapati kurang mendapat sambutan disebabkan permasalahan kerosakan komputer dan pengurusan. Tinjauan ke atas Pejabat Pos yang ke atas melaksanakan program ini menunjukkan terdapat beberapa masalah yang sering dihadapi, antaranya masalah pengurusan oleh kakitangan Pejabat Pos yang mempunyai tugas lain untuk dilaksanakan, masalah kewangan bagi kerja penyelenggaraan dan ketiadaan tenaga mahir bagi membaikpulih komputer. Selain daripada itu, maklumat mengenai penduduk desa tidak dapat dibangunkan. Lokasi projek tidak sesuai kerana berada di bandar dan sukar dikunjungi penduduk desa. Di samping itu, bilangan komputer yang diperuntukkan sebanyak dua (2) buah adalah tidak mencukupi. Keadaan ini sering menyebabkan pengunjung perlu beratur untuk menunggu giliran. Selain itu, ketiadaan kakitangan bagi memberi bimbingan secara khusus menyebabkan kemudahan berkenaan tidak dapat menarik minat golongan dewasa desa untuk menggunakannya. 4. (i) Program Unit Internet Bergerak ( Mobile Internet Uni t) (MIMOS) Pendekatan Program ini mula dilaksana dengan kerjasama pihak MIMOS Berhad, Kementerian Pendidikan Malaysia, United Nations Development Programme dan Automotive Corporation Malaysia Sdn. Bhd. di bawah Program E-learning. Sekarang program ini dilaksanakan sepenuhnya oleh MIMOS. Konsep yang diketengahkan program ini ialah penyediaan komputer dengan aplikasi termasuk internet kepada penduduk luar bandar terutamanya sekolah. Melalui konsep ini sebuah bas yang dilengkapi dengan kemudahan komputer dan internet memberikan perkhidmatan kepada sekolah luar bandar yang tidak mendapat kemudahan komputer. Perkhidmatan bergerak

Perancangan Pusat ICT Bagi Masyarakat Luar Bandar / 17


ini dikendalikan oleh dua orang fasilitator, untuk membimbing dan melatih pelajar dan juga guru luar bandar mengenai cara penggunaan internet dan lain-lain aplikasi komputer. Modul latihan disediakan oleh pihak MIMOS Berhad, yang diserahkan kepada guru terlibat apabila latihan selesai. Unit bas bergerak ini seterusnya akan pergi pula ke tempat lain untuk memberi latihan. (ii) Lokasi dan Kemudahan

Unit Internet Bergerak

Sebuah bas dilengkapi dengan 20 buah komputer dan internet. Bas berkenaan juga dibekalkan dengan beberapa buah buku bacaan dan rujukan pelajar. Mengikut perancangan awal, beberapa sekolah terpencil di Negeri Selangor dipilih, selepas itu sekolah terpinggir di negeri lain pula akan mendapat kemudahan ini. (iii) Penilaian Projek Projek ini hanya berjaya dilaksanakan di beberapa buah sekolah di Negeri Selangor. Projek ini tidak lagi diteruskan ke negerinegeri lain disebabkan masalah kewangan. Namun demikian, unit bergerak yang sedia ada masih meneruskan perkhidmatan ke tempat-tempat tertentu atas permintaan. Baiknya konsep ini mula mendapat perhatian pihak lain. Beberapa perpustakaan Perpustakaan negeri contohnya mula menerapkan konsep ini dengan nama E-pustaka. Antara negeri yang melaksanakannya ialah Kedah, Melaka, Pahang, Selangor dan Sarawak. 5. (i) Pusat Pendidikan Komuniti Parlimen Kubang Pasu, Kedah Pendekatan Pusat Pendidikan Komuniti Kubang Pasu ditubuh dan

18 / Siri Syarahan Perdana Profesor


dilaksanakan oleh kerajaan Negeri Kedah dengan kerjasama Universiti Utara Malaysia. Pusat ICT ini menyediakan kemudahan bagi membangunkan aspek pendidikan, ekonomi dan pembangunan masyarakat. Peranan utama pusat ini ialah sebagai pusat siber (internet), khidmat masyarakat, khidmat kaunseling pelajar dan khidmat kaunseling masyarakat. Pusat ini menyediakan modul dan perisian mengikut kategori kumpulan pengguna. Bagi golongan pelajar sekolah perisian yang dibekalkan berupa bahan sokongan kepada pembelajaran, mempelajari IT sebagai ilmu, IT sebagai sumber maklumat dan modul meningkatkan kemahiran. Bagi golongan remaja lepasan sekolah, disediakan kemudahan bagi kemahiran keusahawanan dan kursus pendek sebagai nilai tambah. Bagi golongan dewasa, kemudahan yang disediakan ialah bagi carian maklumat untuk tujuan self-enhancement, komunikasi dan aktiviti mengisi keperluan harian.

Pusat Pendidikan Komuniti Parlimen Kubang Pasu

(ii)

Lokasi dan Kemudahan Pusat ini terletak di Bandar Jitra, Kedah, di sebuah bangunan yang asalnya merupakan sebuah pasar basah yang diubahsuai. Di bangunan berkenaan disediakan kemudahan infrastruktur berupa bilik makmal komputer, pusat sumber, pejabat, bilik mesyuarat, dewan, ruang pameran, bilik kaunseling dan bilik bengkel bagi latihan memasang dan membaik pulih komputer.

Perancangan Pusat ICT Bagi Masyarakat Luar Bandar / 19


Bilik maklumat komputer dilengkapi beberapa buah komputer beserta peralatan komputer dan talian internet. (iii) Penilaian Program Keistimewaan pusat komputer ini ialah tempatnya yang menarik dengan bangunan dan perabot yang direkabentuk khusus serta berwarna-warni. Kemudahan lain yang turut disediakan ialah dewan, tempat perbincangan dan ruang pameran. Lebih penting tempat berkenaan menyediakan perkhidmatan kaunseling dan juga latihan kemahiran. Walau bagaimanapun, pusat ICT ini didapati kurang digunakan oleh golongan dewasa kampung kerana kedudukannya yang agak jauh dari kawasan perkampungan. Namun demikian, pusat ICT ini sungguh bermakna bagi golongan kanak-kanak dan remaja. 6. (i) Pusat Komuniti IT Kanchong Darat, Negeri Selangor Pendekatan Pusat ICT ini dibiayai oleh kerajaan Negeri Selangor. Pengendalian dilaksanakan oleh masyarakat desa di bawah pengelolaan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK). Pusat ICT ini menggunakan pendekatan bersepadu, iaitu sebagai pusat maklumat dan kemudahan masyarakat setempat. Pusat ICT ini juga menyediakan latihan dari semasa ke semasa bagi penduduk kampung dan kanakkanak sekolah. (ii) Lokasi dan Kemudahan Pusat ini ditempatkan di satu bangunan yang berhawa dingin dilengkapi dengan 20 buah komputer beserta peralatan yang diperlukan. Selain kemudahan komputer, terdapat juga kemudahan pusat sumber, bilik gerakan JKKK dan pejabat projek K3P di bangunan yang sama. (iii) Penilaian Program Lokasi Pusat ICT ini sesuai kerana berada di tepi jalan utama, mudah dikunjungi serta terletak di tengah-tengah kawasan perkampungan. Keistimewaannya terletak bersebelahan dengan Pejabat JKKK, membolehkan aktiviti pengawasannya dapat dilaksanakan dengan baik, dan dibuka secara berterusan.

20 / Siri Syarahan Perdana Profesor

Pusat Komuniti IT Kanchong Darat, Selangor

7.

Pusat E-Desa Negeri Johor

Negeri Johor turut merancang program e-komuniti bagi masyarakat luar bandar dengan pembangunan pusat E-Desa yang dilancarkan pada bulan Ogos, 2003. Kerajaan Negeri mengikut perancangan awalnya merancang untuk mengadakan pusat berkenaan bagi kesemua 40 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) menjelang akhir tahun 2003 dan 16 kawasan DUN yang baru setelah selesai proses persempadanan semula (Berita Harian, 14 Ogos, 2003).

Pusat E-Desa Negeri Johor

(i)

Pendekatan Projek ini di biayai oleh Unit Perancang Ekonomi, Negeri Johor. Pengendalian dan penyelenggaraan dilakukan oleh pihak JKKK. Kesemua pusat berkenaan dibangunkan oleh Mysysnet Sdn. Bhd., syarikat yang dilantik mengenalpasti, menyedia tempat, perkakasan, kemudahan prasarana ICT dan kemudahan internet. Pusat ini dirancang untuk berperanan sebagai pusat penggunaan dan latihan kemahiran komputer bagi penduduk desa.

Perancangan Pusat ICT Bagi Masyarakat Luar Bandar / 21


(ii) Lokasi dan Kemudahan Sehingga Disember, 2003, sebanyak sembilan (9) pusat E-Desa sudah beroperasi sepenuhnya, antaranya seperti Kampung Triang Besar, Endau; Kampung Jawa, Segamat dan Kampung Sri Pantai, Jemaluang, Mersing. Kampung-kampung lain yang akan mendapat kemudahan berkenaan ialah Kampung Serkat, Pontian; Kampung Sungai Kapal, Penggerang, Kota Tinggi; Kampung Parit Bakong, Senggarang, Batu Pahat; Kampung Serom 3, Tangkak, Segamat; Kampung Pasir Putih, Pasir Gudang dan Kampung Bentong, Kluang. (iii) Penilaian Program Kemudahan yang disediakan adalah baik kerana dilengkapi dengan komputer, peralatan dan perabot. Keistimewaan program ini ialah sifat menyeluruh pelaksanaannya iaitu di semua kawasan Ahli Dewan Undangan Negeri. Sekiranya projek ini berjaya dilaksanakan bermakna semua kawasan luar bandar di Negeri Johor akan mendapat kemudahan komputer. 8. Program E-Komuniti Jerangau dan IT MAS Muktafi Billah, Terengganu (KETENGAH)

Beberapa Lembaga Kemajuan Wilayah turut melaksanakan program IT bagi penduduk luar bandar di kawasannya. Antara projek berkenaan ialah Pusat E-Komuniti Jerangau dan Pusat IT MAS, oleh KETENGAH dan pada tahun 2003, KEJORA turut memulakan projek ICT komuniti. (i) Pendekatan Pusat E-Komuniti Jerangau dibiayai oleh Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) dengan dikelolakan oleh JKKK kampung. Pusat ini dirancang bagi menyediakan kemudahan komputer, talian internet serta latihan bagi penduduk.

Pusat E-Komuniti Jerangau, Terengganu (KETENGAH)

22 / Siri Syarahan Perdana Profesor


(ii) Lokasi dan Kemudahan Pusat E-Komuniti ditempatkan di sebuah bangunan yang dilengkapi dengan penghawa dingin. Keadaan tempat didapati sangat selesa dan mudah untuk dikunjungi kerana terletak di tepi jalan. Di pusat berkenaan terdapat lebih kurang 15 buah komputer lengkap dengan internet dan pencetak. Pusat IT MAS pula ditempatkan di sebuah kompleks sukan. (iii) Penilaian Program Keistimewaan projek IT-Mas ialah lokasinya di kompleks sukan, menjadikan ia daya tarikan kepada golongan pelajar dan belia untuk mengunjunginya. 9. Smart Masyarakat (SMASY), Kampung Raja Musa, Selangor

Satu-satunya program yang melibatkan pertubuhan antarabangsa ialah SMART Masyarakat atau SMASY. (i) Pendekatan Smart Masyarakat (SMASY) telah dibangunkan oleh World View Foundations selaku pihak yang membekalkan teknologi dengan kerjasama Pejabat Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Kuala Selangor dan Aincom Computer Center di bawah geran Demonstator Application Grant Scheme. Matlamat SMASY ialah untuk membawa masyarakat luar bandar ke era IT serta mewujudkan masyarakat bermaklumat. SMASY berkonsepkan pusat ICT yang menyediakan kemudahan infrastruktur, computer hardware, software serta pangkalan data dalam bentuk portal. Masyarakat kampung boleh mendapat maklumat asas yang terdapat dalam pangkalan data SMASY secara percuma. World View Foundation berperanan sebagai pihak yang menyediakan kios, Aincom pula berperanan melatih penduduk, sementara pihak KEMAS Kuala Selangor sebagai ejen perubahan dengan menjalankan aktiviti pembangunan masyarakat. Masyarakat kampung telah diberi penerangan mengenai SMASY dan cara memanfaatkannya. Sebahagian besar masyarakat telah diberi kursus Pengenalan Kepada Internet dan membina laman web. Ahli Jawatankuasa SMASY diberi latihan bagi mengambil alih penguasaan kios dan kumpulan tersebut bertanggungjawab dalam mengemas kini maklumat dalam pangkalan data serta penjualan smart card.

Perancangan Pusat ICT Bagi Masyarakat Luar Bandar / 23


(ii) Lokasi dan Kemudahan Kampung Raja Musa, Kuala Selangor (lebih kurang 20 km dari Tanjung Karang) telah dipilih sebagai kawasan percubaan projek. Pemilihannya berasaskan sebagai kawasan pembangunan yang terancang dan kawasan pertanian yang penting di Malaysia. Kampung Raja Musa mempunyai kemudahan infrastruktur yang baik seperti jalan berturap, sistem pengairan dan saliran dan bekalan elektrik. Sebanyak 80% keluarga mempunyai kemudahan telefon. Kawasan ini adalah antara kawasan pengeluar hasil pertanian yang tertinggi di Malaysia. Kajian awal menunjukkan penduduk Kampung Raja Musa bersedia menerima pembangunan IT. Maklumat yang disediakan berkaitan dengan pertanian, kesihatan, pelancongan, pembangunan sosial, alam sekitar, pembangunan usahawan dan profil kampung yang disediakan dalam bentuk multimedia iaitu teks, grafik, video, audio, muzik dan animasi. Segala maklumat terdapat dalam bentuk portal dimuatkan dalam empat (4) buah kios yang diletak di tempat tumpuan awam iaitu, sekolah, masjid, dewan orang ramai dan bengkel perkumpulan wanita. Kios berkenaan boleh mengakses internet dengan menggunakan smart card.

Smart Masyarakat (SMASY) (World View Foundation, KEMAS dan JKKK)

(iii)

Penilaian Program Kekuatan pusat ICT ini ialah ia dikendalikan oleh suatu jawatankuasa yang terdiri daripada belia, wanita dan beberapa orang guru sekolah. Walau bagaimanapun, penggunaan kios didapati kurang berkesan disebabkan mudah rosak dan tidak sesuai digunakan bagi tujuan latihan.

RUMUSAN Pelbagai projek ICT telah dilaksanakan di negara ini bagi masyarakat luar bandar. Pelbagai pendekatan telah digunakan, kebanyakannya

24 / Siri Syarahan Perdana Profesor


dalam bentuk penyediaan kemudahan komputer dan latihan. Daripada tinjauan yang dilakukan menunjukkan pusat ICT yang aktif adalah pusat yang mempunyai kemudahan lain seperti tadika, surau, pusat sumber, perpustakaan, tempat latihan kemahiran dan pejabat JKKK. Selain pusat ICT tetap, unit bergerak oleh MIMOS turut dilaksanakan. Kajian juga menunjukkan kemudahan ICT berbentuk portal didapati kurang berkesan kerana mudah rosak dan tidak sesuai digunakan bagi tujuan latihan. CADANGAN Berdasarkan kajian mengenai pengalaman luar negara dan penilaian program ICT yang telah dilaksanakan di negara ini, beberapa cadangan bagi penyediaan kemudahan ICT luar bandar di negara ini dikemukakan. Peranan Pusat ICT Luar Bandar Pusat ICT, satu kemudahan berasaskan teknologi digital yang penting di luar bandar masa kini. Justeru pusat ICT perlu dirancang dengan teliti dan teratur. Fungsi utama sesebuah pusat ICT luar bandar ialah sebagai pusat: pengajaran dan pembelajaran pusat latihan IT dan lain-lain kemahiran pusat sumber maklumat pusat perhubungan pusat ekonomi / telekerja, dan khidmat nasihat / kaunseling.

Hierarki Kemudahan ICT Luar Bandar Bagi memastikan penyediaan kemudahan ICT yang menyeluruh dan berkesan, ia perlu dirancang berdasarkan hierarki/peringkat seperti berikut: (i) (ii) (iii) (iv) (v) peringkat negara peringkat negeri/wilayah peringkat bandar kecil peringkat kampung induk dan kampung rangkaian peringkat kampung terpencil.

Pusat ICT di setiap peringkat perlu dirancang untuk melaksanakan peranan tertentu yang agak berbeza berbanding dengan pusat ICT di peringkat lain (Jadual 1).

Perancangan Pusat ICT Bagi Masyarakat Luar Bandar / 25


Jadual 1 Cadangan Kemudahan ICT luar bandar
PERINGKAT FUNGSI KEMUDAHAN PIHAK PELAKSANA

1. Negara

i. PusatBankData/ MaklumatLuar Bandarbagi Negara ii. PusatLatihan TenagaPengajar iii. PusatBina Aplikasi i. PusatBankData Negeri ii. PusatLatihan TenagaPengajar iii. PusatLatihan Kemahiran: AplikasiICT

i. PusatBankData ii. DewanLatihan Komputer iii. Dewan Teleconferencing iv. Internet

i. Kementerian
Pembangunan LuarBandar ii. UnitTeknologi Maklumat(MIS) iii. Institut KemajuanDesa (INFRA) i. KEMASNegeri ii. Pejabat Pembangunan iii LembagaNegeri Pembangunan Wilayah iv. LKIM v. Jabatan Pertanian vi. FAMA vii.MARA viii. FELDA/ FELCRA,dsb i. KEMASDaerah ii. PejabatDaerah iii. PejabatPenghulu v. NGO vi. Swasta

2. Negeri

i. PusatBankData ii. DewanLatihan Komputer iii. Dewan Teleconferencing iv. Internet

3. BandarKecil (Penduduk kurang10,000 orang)

i.PusatLatihanIT Penduduk ii. PusatTuisyen Pelajar iii. Pusat Perhubungan iv. PusatTelekerja v. PusatKhidmat Nasihat i.PusatLatihanIT Penduduk ii. PusatLatihan Kemahiran iii. PusatTuisyen iv. PusatPerhubungan

i. PusatBankData ii. BilikLatihanIT iii.BilikTeleconferencing iv.RuangTelekerja v. BilikKaunseling danKhidmat Nasihat

4. KampungInduk danKampung Rangkaian MID E-Desa/ E-Komuniti (1unitbagi 1,000orang penduduk) 5. Kampung Terpencil

i. BankData ii. BilikKomputer iii.Bengkel Kemahiran iv.Internet,Faks, Telefon v. BilikTelekerja

i. PejabatPenghulu ii. JKKK iii.KEMAS v. NGO vi. Swasta

i.LatihanKomputer

i. UnitKomputer Bergerak

i. Perpustakaan Negeri

26 / Siri Syarahan Perdana Profesor


Pusat ICT Peringkat Negara Pusat ICT peringkat ini adalah pusat ICT peringkat kementerian bagi membangun dan menyediakan bank data berhubung dengan luar bandar di peringkat negara. Peranan utama pusat ini ialah sebagai pusat penyelidikan, perancangan dasar, dan menyediakan latihan kemahiran ICT di peringkat tertinggi, terutamanya Training of Trainers dan pembangunan aplikasi komputer bagi pembangunan masyarakat luar bandar. Kemudahan yang perlu disediakan di pusat berkenaan ialah dewan latihan, teleconferencing, bank data dan kepakaran dalam pelbagai bidang ICT. Agensi yang sesuai melaksanakan tugas ini ialah Institut Kemajuan Desa (INFRA), dan Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Pusat ICT Peringkat Negeri Pusat ICT peringkat negeri perlu berperanan sebagai pusat latihan untuk melatih tenaga pengajar IT dan lain-lain kemahiran yang akan dijalankan di peringkat kampung. Peranan utama pusat ICT peringkat ini ialah sebagai pusat latihan tenaga pengajar IT, latihan kemahiran lain dan pusat maklumat/bank data luar bandar peringkat negeri dan wilayah. Kemudahan infrastruktur yang diperlukan ialah dewan latihan, teleconferencing, bank data dan bengkel bagi membangunkan kemahiran tertentu. Peranan ini boleh dilaksanakan oleh pihak KEMAS Negeri sebagai agensi utama dalam pembangunan masyarakat desa, dengan kerjasama Lembaga Kemajuan Wilayah, Pejabat Pembangunan Negeri dan agensi berkaitan dengan pembangunan luar bandar seperti Jabatan Pertanian, Jabatan Perikanan, MARDI, FAMA, RISDA, FELCRA, Lembaga Kraftangan Malaysia, dan sebagainya. Pusat ICT Peringkat Bandar Kecil Pusat ICT peringkat bandar kecil memainkan peranan untuk memberi kemudahan ICT kepada penduduk di kawasan bandar kecil yang mempunyai penduduk kurang 10,000 orang. Peranan utama pusat ICT ini ialah memberi kemudahan pembelajaran, latihan dan perhubungan. Prasarana diperlukan ialah bilik komputer, kemudahan perhubungan dan beberapa orang tenaga mahir bidang ICT. Program Internet Desa yang dilaksanakan oleh Pejabat Pos Malaysia boleh melaksanakan peranan ini, tetapi perkhidmatannya perlu dipertingkat dengan penyediaan ruang, peralatan dan tenaga pelatih yang boleh memberi latihan.

Perancangan Pusat ICT Bagi Masyarakat Luar Bandar / 27


Pusat ICT Peringkat Kampung Pusat ICT peringkat kampung boleh disediakan dalam dua (2) peringkat atau bentuk, iaitu Medan Info Desa (MID) dan E-Desa / E-Komuniti. (i) Medan Info Desa / MID Medan Info Desa ialah pusat ICT peringkat kampung yang agak besar, menampung keperluan antara 3,000 - 10,000 orang penduduk. Pusat ini perlu berperanan sebagai pusat latihan kemahiran IT dan lain-lain kemahiran, pusat pengajaran dan pembelajaran, pusat pekerjaan, bank data, pusat perhubungan, dan pusat khidmat nasihat dan kaunseling. Pusat ICT ini perlu dilengkapi dengan bilangan komputer yang mencukupi (lebih kurang 20 unit) dengan peralatanperalatan seperti pencetak, pengimbas, server, internet, mesin faks, telefon, dan perabot yang diperlukan, bilik perbincangan, bengkel kemahiran, bilik kaunseling dan bank data. Lokasi yang baik ialah berhampiran dengan pejabat/bilik operasi JKKK dan lain-lain kemudahan masyarakat seperti surau, tadika, tempat permainan dan perpustakaan bagi memudahkan pengawasan. Medan Info Desa juga perlu dihubungkan dengan unit komputer agensi berkaitan dengan pembangunan luar bandar bagi membolehkan penduduk kampung mendapat maklumat serta khidmat nasihat dari agensi berkenaan. Pihak yang bertanggungjawab membangunkan MID ialah Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Konsep Desa Digital iaitu satu pusat berbentuk An integrated online rural community for economic development adalah sesuai dilaksanakan. Pusat digital berkenaan perlulah merupakan focal point for both physical and virtual interactions dimana terdapat internet, public service outlet, teleconferencing and teleconsultation, teleworking, distance learning, virtual library, community centre, application development dan content aggregation (Mohamad Awang Lah, 2001) (iii) Pusat E-Desa/E-Komuniti Bagi kampung-kampung induk dan kampung rangkaian yang mempunyai penduduk antara 1,000 - 3,000 orang, konsep EDesa atau E-Komuniti boleh dilaksanakan. Peranan pusat ini ialah lebih kurang sama dengan MID tetapi pada skala lebih kecil.

28 / Siri Syarahan Perdana Profesor


Kemudahan ICT Peringkat Kampung Terpencil Bagi kampung-kampung terpencil dan jauh dari bandar, kemudahan komputer bergerak perlu disediakan. Program Unit Komputer Bergerak yang dilaksanakan oleh MIMOS adalah paling sesuai dilaksanakan. Walau bagaimanapun, dicadangkan agar pihak Perpusatakaan Negeri mengambil alih peranan ini sepenuhnya. Keperluan Aplikasi Antara keperluan aplikasi / sistem perisian yang perlu dibangunkan bagi Pusat MID dan E-Desa Desa ialah: e-pembelajaran e-dagang/e-commerce e-ekonomi (pertanian, perusahaan, pelancongan, dsb.) e-kesihatan e-agama e-hiburan e-pentadbiran kampung dan bank data kampung.

Keperluan Infrastruktur Satu perancangan terperinci/pelan induk bagi menentukan lokasi, taburan dan lain-lain keperluan infrastruktur kemudahan ICT luar bandar secara menyeluruh perlu disediakan. Pengurusan Pusat ICT Desa Bagi memastikan perkhidmatan yang baik dan berkesan, pusat ICT desa perlu dikendali oleh kakitangan sepenuh masa yang terlatih. Pengawasan pihak JKKK dan penglibatan pihak lain yang boleh berperanan secara berkesan seperti guru sekolah, wanita dan golongan belia perlu digalakkan. Pengguna pusat ICT luar bandar boleh dikenakan bayaran minimum atau diberi percuma bergantung kepada tujuan penggunaan. Walau bagaimanapun, terpulang kepada budi bicara pihak JKKK dan pihak pengelola pusat ICT untuk menentukannya. Penyelarasan Antara Agensi / Pihak Pelaksana Bagi mengelakkan pertindihan peranan, pembaziran dan persaingan mendapat tenaga mahir IT yang terhad, dicadangan agar penyelarasan

Perancangan Pusat ICT Bagi Masyarakat Luar Bandar / 29


tugas dan peranan dibuat antara kementerian yang terbabit. Peranan pihak swasta dalam pembangunan ICT luar bandar perlu digalakkan. Kementerian Pembangunan Luar Bandar melalui KEMAS perlu bertindak sebagai peneraju utama, Kementerian Tenaga, Telekomunikasi dan Multimedia melalui Jabatan Pos sebagai agensi utama pusat ICT di bandar-bandar kecil dan Kerajaan Negeri dengan kerjasama KEMAS, Pejabat Daerah, Pejabat Penghulu dan JKKK di peringkat kampung. Agensi/pihak lain yang berkaitan dengan pembangunan luar bandar juga perlu memberi sokongan dan kerjasama dalam usaha memajukan masyarakat luar bandar. Ini bermakna bahagian berkenaan perlu bersedia dengan maklumat, kepakaran dan sistem jaringan digital untuk memberi khidmat nasihat dan bimbingan yang diperlukan oleh masyarakat luar bandar. Tindakan Strategik Bagi memastikan pelaksanaan Agenda IT luar bandar dapat dilaksana secara berkesan, beberapa tindakan strategik diperlukan: (i) (ii) kerajaan perlu memastikan adanya perancangan dan peruntukan pembangunan ICT yang mencukupi bagi kawasan luar bandar. penduduk luar bandar perlu berpengetahuan dan berkemampuan mengguna ICT bagi tujuan pembangunan ekonomi dan sosial yang mampan. infrastruktur dan aplikasi IT dan infostruktur perlu disediakan segera. program subsidi bagi penyediaan kemudahan ICT jangka pendek perlu dilihat dalam konteks pencapaian masyarakat berdikari dan mampan dalam jangka panjang. tenaga terlatih dalam bidang IT dan pembangunan masyarakat melalui elektronik perlu disediakan.

(iii) (iv)

(v)

PENUTUP Dengan adanya perancangan yang menyeluruh, kesungguhan kerajaan dalam melaksana Agenda IT Negara bagi masyarakat luar bandar, serta iltizam masyarakat luar bandar untuk menguasai ICT, masalah jurang digital di negara ini akan dapat dikurangkan. Dengan

30 / Siri Syarahan Perdana Profesor


itu hasrat untuk mewujudkan e-komuniti dan masyarakat luar bandar yang mampan, berdaya maju, berdaya saing, berdikari dan makmur dijangka dapat dilaksanakan secara berkesan.

RUJUKAN Asiaweek, June 2001. Asias Gaping Digital Divide. Berita Harian, 14 Ogos 2003. Malaysia. 2001. Rancangan Malaysia Kelapa n. Kuala Lumpur: Percetakan Nasional Malaysia Berhad. MIMOS. Skim Geran Aplikasi Penunjuk Cara (DAGS). Mohamad Awang Lah. 2000. Information Technology and Rural Development. Proceedings Rural Small and Medium Scale Industries in the Globalisation Era. Universiti Teknologi Malaysia, Skudai Johor. Noor Sharifah Sutan Saidi, et al., 2003. Perancangan Model Kampung Tradisional Semenanjung Malaysia. Skudai: Pusat Kajian Perancangan Luar Bandar, Fakulti Alam Bina, UTM. Noor Sharifah Sutan Saidi. 2001. Garis Panduan Perancangan Pusat ICT bagi Kawasan Luar Bandar Semenanjung Malaysia. Projek IRPA. Pusat Kajian Perancangan Luar Bandar, Fakulti Alam Bina, UTM. Alamat web: 1. Njones@alberni-clayoquot-skills.bc.ca 2. RITE Link@pluto.dsu.edu 3. wren@ruralnet.org.uk 4. sqitcsol@ozemail.com.au 5. http://www.pgw.org/telisa/

Perancangan Pusat ICT Bagi Masyarakat Luar Bandar / 31

Profesor Dr. Noor Sharifah bt Sutan Saidi Fakulti Alam Bina Universiti Teknologi Malaysia

Dilahirkan di Port Dickson, Negeri Sembilan pada 17 Oktober 1950. Profesor Dr. Noor Sharifah telah menerima pendidikan awal di Port Dickson, Negeri Sembilan seterusnya ke peringkat STPM di Sekolah Menengah Sultan Abu Bakar, Pahang. Beliau memperolehi Ijazah Sarjana Muda daripada Universiti Malaya dalam bidang Sosiologi (Antropologi) pada tahun 1974, seterusnya memperolehi ijazah dalam bidang Regional Planning dari Pennsylvania State University, US pada tahun 1978. Prof. Dr. Noor Sharifah telah memperolehi Ijazah Doktor Falsafah dari University of Nottingham United Kingdom pada tahun 1991. Prof. Dr. Noor Sharifah telah memulakan kerjaya beliau di UTM sebagai Penolong Pensyarah mulai April 1974 dan dilantik menjadi pensyarah pada Julai 1978. Beliau telah dinaikkan pangkat ke jawatan Profesor Madya pada April 1986 dan seterusnya Profesor pada Ogos 1997. Dalam bidang profesional Prof. Dr. Noor Sharifah ialah ahli Social Science Society of Malaysia. Prof. Dr. Noor Sharifah dilantik menjadi pengarah Pusat Pengajian Perancangan Luar Bandar, Fakulti Alam Bina mulai Oktober 1997 hingga sekarang, Penyelaras Pengajian Pasca Ijazah, Jabatan Perancangan Bandar dan Wilayah mulai September 1996 hingga September 1997, Ketua Jabatan, Perancangan Bandar dan Wilayah, dari Oktober 1993 hingga Julai 1996, Ketua Jabatan (Perancangan Strategik) Jabatan Perancangan Bandar dan Wilayah, mulai Julai 1983 hingga Jun 1987. Beliau pernah menjadi Pensyarah Pelawat di University of Wales, Institute of Science & Technology, Cardiff, Wales pada April hingga Jun 1982. Prof. Dr. Noor Sharifah menganggotai beberapa jawatankuasa di peringkat nasional dan negeri seperti: Ahli Jawatankuasa Majlis Penasihat, Institute For Rural Advancement (INFRA), Ministry of Rural Development, Malaysia. (1999 Present)

32 / Biodata Siri Syarahan Perdana Profesor


Ahli Jawatankuasa, IRPA Strategic Panel For Social and Economy, Ministry of Science, Technology and Environment, Malaysia (1999 - 2000). Ahli Jawatankuasa, IRPA Group Expert Panel For Social Science (Engineering Sector), Ministry of Science, Technology and Environment, Malaysia. (1996). Ahli Jawatankuasa Kempen Gerakan Kesedaran Negeri Johor, Agriculture Department, Johor State, Malaysia. (1994 - 1996). Panel Member For Human Settlement Award 2000, Ministry of Housing and Local Government, Malaysia. (2000). Ahli Panel Rural Vision Movement Award 2000 Ministry of Rural Development, Malaysia. Ahli Panel Rural Vision Movement Award 2002 For Selangor State, Malaysia. Ahli Panel, NAPREC 2002, National Valuation Institute, Malaysia.

Di samping itu, Profesor Dr. Noor Sharifah juga menjadi ahli beberapa jawatankuasa di peringkat Universiti. Beliau juga aktif dalam bidang perundingan dan penyelidikan. Antaranya: IRPA Research - Affordable Quality Housing Study : Social Engineering (2002-2006). IRPA Research on Planning Guidelines For ICT Centre For Rural Areas In Peninsular Malaysia (November 2000). Research on Proton City Study The Housing Norms of Low Income Industrial Workers : A Case Study of Johor Bahru, Johor (September 1997 - 1998). Model Village Study - Ministry of Rural Development, Malaysia (Oktober 2002). Johor State Structure Plan Study : Social Assessment Sector. Town and Country Planning Department. Ministry of Housing and Local Government, Malaysia (Januari - Disember 2002).

Prof. Dr. Noor Sharifah juga aktif dalam beberapa penerbitan, antaranya: Buku terjemahan Pengenalan Perancangan Sosial Di Dunia Ketiga. (Penulis asal Conyers, D.) - Diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, 1991. Jurnal Alam Bina Jilid 1, No. 1 - Masalah Sosial Semasa : Apakah Peranan Jururancang Bandar, 1998. Prosiding Seminar Safe City Planning - article entitled Perancangan Bandar Selamat bagi Golongan Istimewa, 2000.

Biodata / 33 Perancangan Pusat ICT Bagi Masyarakat Luar Bandar

Profesor Dr. Noor Sharifah menjadi Penyelia kepada tiga program Ijazah Doktor Falsafah dan satu program Ijazah Sarjana. Beliau turut menjadi pemeriksa luar kepada tiga orang calon untuk kursus Doktor Falsafah dan dua calon di peringkat Sarjana.

También podría gustarte