Está en la página 1de 27

1. Bidang kuasa termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan: - Parlimen membuat undang-undang dalam Senarai Persekutuan.

- Dewan Undangan Negeri membuat undang-undang dalam Senarai Negeri. - Parlimen dan Dewan Undangan Negeri boleh membuat undang-undang tentang perkara-perkara dalam Senarai Bersama. - Dewan Undangan Negeri akan membuat undangundang bagi perkara yang tidak terdapat dalam manamana senarai.

Badan Eksekutif
1. Membuat dan menggubal dasar-dasar kerajaan untuk dilaksanakan dalam negara, selain menjalin hubungan di peringkat global. 2. Di peringkat Persekutuan, Kabinet akan merumuskan dasar-dasar kerajaan. 3. Kuasa YDA dijalankan oleh PM dan Jemaah Menteri (Kabinet). 4. Kerajaan Persekutuan melaksanakan dasar kerajaan melalui badan berikut: - Jabatan Perdana Menteri - Kementerian - Agensi kerajaan - Jabatan - Perbadanan awam 5. Di peringkat Negeri, badan yang merumuskan dasar-dasar Kerajaan Negeri ialah Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN).

6. Badan-badan yang melaksanakan dasar-dasar yang digubal di peringkat Negeri ialah: - Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri - Kementerian (Sabah dan Sarawak) - Jabatan - Agensi pusat negeri - Perbadanan awam

Badan Kehakiman
1. Terdiri daripada badan berikut: - Mahkamah Atasan - Mahkamah Bawahan - Mahkamah Khas - Badan pengadilan dan tribunal 2. Peranan: - Menyemak undang-undang - Melaksanakan keadilan - Membatalkan undang-undang yang bertentang dengan Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri - Mengisytiharkan undang-undang yang bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri sebagai tidak sah.

Bab 2 Perlembagaan
Takrif dan Konsep Perlembagaan Takrif Perlembagaan
1. Perlembagaan - Bermaksud constitutio dalam bahasa Latin.

- Merujuk sebuah negara atau organisasi yang menjelaskan struktur, amalan, aktiviti dan prinsip negara dengan jelas. - Digubal menjadi undang-undang penting. - Mempunyai kuasa ultra vires, iaitu sebarang peraturan yang telah ditetapkan oleh perlembagaan tidak boleh ditentang atau ditindih. (Misalnya, undang-undang negeri yang bertentangan dengan perlembagaan negara dianggap sebagai ultra vires.)

Konsep Perlembagaan
1. Garisan panduan dikenali sebagai perlembagaan negara yang merupakan rujukan utama dalam bidang pentadbiran, perundangan dan kehakiman.

2. Parlimen boleh menggubal undang-undang dan meminda perlembagaan tetapi merujuk kuasa yang diberi oleh perlembagaan.

3. Perlembagaan di Malaysia dibentuk berasaskan nasihat Suruhanjaya Reid pada bulan Februari 1956.

4. Anggota Suruhanjaya Reid terdiri daripada: (a) Lord Reid (pengerusi)


3

(b) (c) (d) (e)

Sir William Mckell (Australia) B. Malik (India) Sir Ivor Jennings (Britain) Hakim Abdul Hamid (Pakistan)

5. Berdasarkan memorandum bertulis daripada parti politik negara yang mengutamakan tolak ansur antara kaum, Suruhanjaya Reid yang bersidang sebanyak 118 kali telah mengumumkan rang undang-undang.

6. Rang perlembagaan tersebut dikaji semula oleh Jawatankuasa Kerja kemudian dipinda atau dilulus oleh Majlis Perundangan Persekutuan pada 15 Ogos 1957.

7. Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu ini telah mula dikuatkuasakan pada 31 Ogos 1957.

8. Di negara kita, perlembagaan yang diamalkan adalah bertunjangkan kontrak sosial (kontrakarianisme), iaitu perjanjian yang dibuat oleh tokoh-tokoh kemerdekaan negara yang terdiri daripada kalangan masyarakat berbilang kaum.

9. Di bawah pemikiran kontrakarianisme, negara harus melakukan mengikut kehendak dan keperluan rakyat, iaitu

kehendak seluruh masyarakat dan mengharmonikan undang-undang negara dengan kehendak individu.

10. Yang di-Pertuan Agong bertindak sebagai ketua negara untuk melaksanakan tugas yang dinyatakan dalam perlembagaan.

Pindaan Perlembagaan
1. Berdasarkan Jadual Kelapan, Perkara 71, Bahagian 1 Perlembagaan Persekutuan, pindaan bermaksud perubahan dalam peruntukan seksyen dalam perlembagaan yang baharu (tambahan) atau dimansuhkan.

2. Sebarang pindaan perlembagaan memerlukan sokongan majoriti 2/3 dalam Parlimen.

3. Semenjak negara memperoleh kemerdekaan sehingga tahun 2005, Perlembagaan Persekutuan Malaysia telah dipinda sebanyak 42 kali.

4. Jumlah sebenar yang melibatkan pindaan individu (menteri) ialah sebanyak 650 permohonan atas dasar semangat dokumen sebenar tidak dicairkan (tidak relevan lagi).

5. Pindaan perlembagaan:
5

- Pindaan Perlembagaan Persekutuan - Pindaan Perlembagaan Negeri

Pindaan Perlembagaan Persekutuan


1. Pindaan undang-undang yang melibatkan orang ramai secara umumnya memerlukan sokongan majoriti 2/3 ahli Parlimen (Dewan Rayat dan Dewan Negara) melalui Bacaan Kedua dan Bacaan Ketiga tanpa melibatkan Majlis Raja-raja, contohnya undang-undang jalan raya dan kesihatan.

2. Jika melibatkan negeri Sabah dan Sarawak, pindaan tidak boleh dibuat tanpa persetujuan Yang di-Pertuan Negeri seperti pemberian pingat kebesaran, pelantikan senator dan pembahagian kawasan pilhan raya.

3. Perkara-perkara yang melibatkan Parlimen yang mendapat sokongan majoriti 2/3 daripada ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negera serta persetujuan Majlis Raja-raja ialah: - Pemindaan tanah simpanan orang Melayu atau tabah rizab orang Melayu untuk tujuan pembangunan atau kebajikan - Syarat pelantikan wakil rakyat dan senator
6

- Persempadanan semula kawasan pilihan raya atas nasihat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) - Hak istimewa orang Melayu dari segi penempatan, perumahan, peluang pekerjaaan, pendidikan dan jawatan - Bahasa kebangsaan dan kewarganegaraan - Hak dan kedaulatan sultan/raja/Yang di-Pertuan Besar atau Yang di-Pertuan Negeri - Hak kaum lain sebagaimana yang diperuntukkan dalam kontrak sosial.

1. Cadangan Kerajaan atau wakil rakyat

2. Rang Undang-undang digubal oleh Peguam

3. BACAAN PERTAMA di Dewan Rakyat sebagai pengenalan sahaja (tidak dibahaskan) 6. BACAAN KETIGA di Dewan Rakyat dibahaskan semula dengan pindaan terperinci oleh Jawatankuasa Dewan SEKIRANYA DILULUSKAN

4. BACAAN KEDUA di Dewan Rakyat dibahaskan dari segi dasar

5. PERINGKAT Jawatankuasa di Dewan Rakyat dibincangkan secara terperinci dan diluluskan

SEKIRANYA DILuLUSKAN 7. DI DEWAN NEGARA proses seperti di Dewan 8. PENGESAHAN dihantar kepada DYMM

9. DIWARTAKAN kenyataan dibuat dalam Warta Kerajaan unuk


7

Rakyat diulangi SEKIRANYA DILULUSKAN

Yang di-Pertuan Agong SEKIRANYA DILULUSKAN

ditandatangani kerajaan

4. Bacaan Pertama - Rang undang-undang dikemukakan oleh menteri secara ringkas.

5. Bacaan Kedua - Rang undang-undang akan dibahaskan dari segi kesan dan kepentingannya kepada rakyat dan negara. 6. Peringkat Jawatankuasa - Rang undang-undang diteliti dan dibuat pengubahsuaian jika perlu.

7. Bacaan Ketiga - Rang undang-undang dibawa ke Dewan Rakyat untuk diluluskan.

Pindaan Perlembagaan Negeri


1. Melibatkan sokongan majoriti 2/3 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pada Bacaan Kedua dan Ketiga serta mendapat persetujuan sultan/raja/Yang-di-Pertuan Besar atau Yang-di-Pertuan Negeri.
8

2. Pindaan yang melibatkan Sabah dan Sarawak perlu dilakukan dengan persetujuan Yang-dipertuan Negeri Sabah dan Sarawak yang meliputi perkara berikut: - Pemilihan anggota Mahkamah tinggi - Penggunaan bahasa - Kuasa perundangan - Keagamaan - Warisan takhta - Pelantikan pembesar mengikut adat Melayu - Pengurniaan pangkat dan pingat kebesaran - Pelucutan pangkat kerana kesalahan sosial yang besar

Ciri-ciri Perlembagaan Persekutuan Malaysia


1. Perlembagaan - Undang-undang tertinggi - Meliputi Bahagian 1 hingga 14

- Menentukan sistem pemerintahan negara adalah adil dan saksama - Mewujudkan sistem pemerintahan yang adil, maju dan teratur - Menetapkan Parlimen yang terdiri daripada Dewan Negara dan Dewan Rakyat.

10

Bab 3 Perlembagaan Malaysia


Jenis-jenis Perlembagaan di Malaysia Perlembagaan Persekutuan
1. Perlembagaan Persekutuan - Di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan. - Sebuah perlembagaan bertulis - Terdiri daripada 183 Perkara dan 15 Bahagian dan Bab 1 hingga 7 berserta 13 Jadual.

2. Undang-undang Negeri yang bertentangan dengan Undang-undang Persekutuan dianggap tidak sah dan terbatal secara automatik.

Perlembagaan Negeri
1. Menurut Perkara 71(4), Perlembagaan Persekutuan, semua Perlembagaan Negeri wajib mengandungi Peruntukan Perlu yang disenaraikan di dalam Jadual Kelapan.

2. Jadual Kelapan: - Bahagian I: Hal-hal berhubung dengan raja, istana dan adat istiadat. - Bahagian II: Hal-hal berhubung dengan penyusunan Kerajaan Negeri dan pentadbiran.
11

3. Perkara terkandung: - Kedudukan sultan/raja/Yang di-Pertuan Besar dan Yang di-Pertuan Negeri - Fungsi, peranan dan tanggungjawab Dewan Undangan Negeri (DUN) - Kuasa eksekutif dan fungsi Majlis Mesyuarat Negeri (Exco) - Bahasa Melayu bahasa rasmi negeri - Agama Islam agama rasmi negeri, kecuali di Sabah dan Sarawak - Pelantikan serta kuasa Ketua Menteri dan Menteri Besar

4. Kuasa eksekutif di peringkat negeri dikendalikan oleh Majlis Mesyuarat kerajaan yang diketuai Ketua Menteri atau Menteri Besar.

12

Kandungan dan peruntukan utama Perlembagaan Persekutuan Malaysia

Bahagian 1 2 3 4 5

Perkara 1-4 5-13 14-31 32-69 70-72

Penjelasan Kandungan Agama dan lain-lain Kebebasan asasi Warganegara Raja, Majlis Raja-raja, pemerintah, badan perundangan Negeri-negeri
13

6 7 8 9 10 11 11 12A 14 15 15

73-95E 96-112E 113-120 121-131A 132-148 149-151 152-153 161-161A 181 182 183

Hubungan antara Persekutuan dengan negeri, tanah, pembangunan, Majlis Negara Peruntukan wang Sabah dan Sarawak Pilihan raya Kehakiman Perkhidmatan awam Tentangan terhadap perbuatan subversif dan kuasa darurat Bahasa Kebangsaan Sabah dan Sarawak Raja tidak didakwa di mana-mana mahkamah, kecuali Mahkamah Khas Mahkamah Khas Tiada tindakan boleh diambil terhadap raja, kecuali dengan izin Peguam Negara

Kewarganegaraan
1. Seseorang individu itu menjadi warganegara mengikut Perkara 14 hingga 22, Perlembagaan Persekutuan Malaysia. 2. Perlucutan kewarganegaraan seorang individu dilakukan di bawah Perkara 23 hingga 28A, Perlembagaan Persekutuan Malaysia. 3. Empat cara individu boleh memperoleh kewarganegaraan adalah seperti berikut:
14

- Kuat kuasa undang-undang - Percantuman/Pergabungan Wilayah - Masukan atau naturalisasi - Pendaftaran atau permohonan

4. Pemerolehan dan pelucutan kewarganegaran ditentukan oleh Kerajaan Persekutuan.

Keistimewaan Warganegara Malaysia


15

1. Termaktub dalam perlembagaan dan undang-undang.

2. Keistimewaan warganegara Malaysia: - Berhak menjawat jawatan yang penting di negara ini (Perdana Menteri, Ketua Polis Negara, Ketua Hakim Negara dan lain-lain). - Umur 21 tahun ke atas layak mengundi - Setiap orang terutama wakil parti politik berpeluang menjadi ahli Badan Perundangan (Parlimen atau Dewan Undangan Negeri/DUN). - Dapat bergerak atau berpindah ke negeri lain tanpa had masa atau penggunaan sebarang dokumen. - Memperoleh segala faedah dalam negara seperti pelajaran, kesihatan dan kebajikan masyarakat. - Dapat memasuki dan menganggotai perkhidamatan angkatan tentera. - Berhak mendapat perlindungan dan pertolongan daripada kerajaan.

16

Cara-cara Memperoleh Kewarganegaraan di Malaysia Kuat Kuasa Undang-undang


1. Dilahir sebelum Hari Malaysia (1963) di Persekutuan atau di luar Persekutuan. - Bahagian 1, Jadual 2 Perlembagaan Persekutuan Malaysia. - Diberi hak secara automatic berdasarkan syarat: Ibu bapa ialah pemastautin tetap Ibu bapa tidak menjadi warganegara di negara lain Ibu atau bapa berkhidmat dengan Kerajaan Persekutuan

2. Dilahirkan pada atau selepas Hari Malaysia (1963). - Bahagian 2, Jadual 1 Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

Dalam Negara

Luar Negara
17

Ibu atau bapa ialah warganegara atau pemastautin tetap

Ibu atau bapa ialah warganegara yang berkhidmatan dengan kerajaan Didaftar di Pejabat Konsul dalam tempoh setahun selepas kelahiran Dilahirkan dalam pengangkutan udara atau air yang didaftarkan di negara ini

Contoh: I. Ibu bapa ialah warganegara tetap semasa seseorang dilahirkan antara 31 Ogos 1957 dan Oktober 1962 Magendran dilahirkan di Kolkata, India pada 1 September 1957. Ibu bapanya ialah warganegara Persekutuan. Magendran merupakan warganegara Malaysia.

II.

Ibu bapa bukan warganegara semasa seseorang dilahirkan di Persekutuan sebelum September 1962 Jackie Prangkot dilahirkan di Pulau Pinang pada 25 September 1960. Bapanya warganegara Poland dan ibunya rakyat Thailand. Jackie Prangkot ialah warganegara Malaysia (di bawah prinsip jus soli).
18

III.

Ibu bapa berkhidamat dengan Kerajaan Persekutuan semasa seseorang lahir di luar Persekutuan, pada atau selepas merdeka

IV.

Bapa ialah warganegara atau berkhidmat dengan Kerajaan Persekutuan jika seseorang dilahirkan di luar Malaysia Ah Leng dilahirkan di London selepas Hari Malaysia. Bapa dan emak Ah Leng ialah warganegara Malaysia. Bapa Ah Leng telah mendaftarkan kelahirannya di Pejabat Perwakilan Malaysia di London. Ah Leng ialah warganegara Malaysia. Jika selepas Hari Malaysia, seseorang itu dilahirkan dalam Malaysia, syarat kelayakan seseorang itu mendapat kewarganegaraan Malaysia ialah jika ibu atau bapanya seorang wargenegara atau pemastautin tetap.

Contoh-contoh lain: i. Emak Steven seorang warganegara England, manakala bapanya seorang penduduk tetap Persekutuan. Stevan dilahirkan di Ipoh, Perak selepas Hari Malaysia. Stevan ialah seorang warganegara Malaysia. Parvin dilahirkan di Thailand selepas Hari Malaysia. Ibunya seorang warganegara Malaysia dan bapanya seorang warganegara Thailand. Parvin ialah warganegara Malaysia.
19

ii.

Percantuman/Perggabungan Wilayah
1. Penggabungan wilayah, iaitu wilayah yang dimasukkan dalam Persekutuan selepas Hari Malaysia (Perkara 2).

2. Wilayah tersebut bukan wilayah jajahan atau taklukan.

3. Parlimen dengan undang-undang menentukan siapa yang akan menjadi warganegara.

4. Menentukan tarikh mereka mula menjadi warganegara.

5. Orang yang dapat menjadi warganegara Malaysia secara percantuman atau masukan wilayah ialah: - Penduduk Sarawak - Penduduk Sabah - Warganegara United Kingdom dan tanah jajahannya yang bermastautin tetap di Sabah dan Sarawak.

20

Masukan (Naturalisasi)
1. Kewarganegaraan melalui naturalisasi dijelaskan dalam Perkara 19, Perlembagaan Persekutuan Malaysia. 2. Syarat memperoleh kewarganegaraan (Fasal 9): - Seseorang berumur 21 tahun atau lebih dan bukan warganegara - Bermastautin di Persekutuan mengikut tempoh yang diizinkan - Niat hendak bermastautin - Berkelakuan baik - Pengetahuan yang memadai dalam bahasa Melayu - Mempunyai kelayakan dalam bahasa Melayu berdasarkan ujian bahasa oleh Lembaga Bahasa - Membuat satu akuan sumpah kepada negara ini

Pendaftaran
1. Isteri dan anak ialah warganegara (Perkara 18): - Suami ialah warganegara pada permulaan Oktober 1962 - Telah bermastautin di Persekutuan sepanjang tempoh dua tahun - Berniat untuk bermastautin secara tetap di Persekutuan Malaysia - Berlakuan baik

21

2. Seseorang berumur kurang 21 tahun: - Ibu bapa atau penjaga ialah warganegara walaupun pada masa kematiannya - Dilahirkan sebelum permulaan bulan Oktober 1962 - Kerajaan Persekutuan berpuas hati - Berkelakuan baik 3. Kanak-kanak (Perkara 15A) diarahkan untuk didaftar.

4. Remaja berumur 18 tahun atau lebih yang lahir sebelum 31 Ogos 1957: - Bermastautin selama lima tahun sebelum tarikh permohonan - Niat bermastautin tetap - Berkelakuan baik - Mempunyai asas pengetahuan bahasa Melayu

5. Perkara 16 A menerangkan pemastautin sebelum Hari Malaysia di wilayah di Sabah dan Sarawak: - Menetap sekurang-kurangnya 7 tahun - Pengetahuan yang cukup dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris - Berminat untuk bermastautin secara tetap Contoh:
22

i.

Seseorang didaftar bagi isteri dan anak warganegara jika berkahwin dengan warganegara bermula pada bulan Oktober 1962, pernah menetap selama 2 tahun sebelum permohonan dan berkelakuan baik. Bagi orang yang berumur kurang daripada 21 tahun perlu didaftar oleh ibubapa yang merupakan warganegara tetap dan dilahirkan sebelum Oktober 1962.

ii.

6. Syarat memperoleh kewarganegaraan untuk seorang yang dilahirkan di Persekutuan sebelum Hari Merdeka dan berusia lebih daripada 18 tahun adalah dengan cara berikut: - Membuktikan penetapan di Persekutuan selama 5 tahun daripada 7 tahun sebelum permohonan - Berminat untuk menjadi penduduk tempatan - Mempunyai pengetahuan bahasa Melayu - Berkelakuan baik

Contoh:

23

Manggamah dilahirkan di Persekutuan sebelum merdeka. Beliau berumur 51 tahun dan telah menetap di Persekutuan selama 40 tahun. Kini, beliau berniat untuk tinggal selamalamanya di Persekutuan. Beliau berkelakuan baik dan fasih berbahasa Melayu. Manggamah boleh didaftar sebagai warganegara Malaysia.

Kewarganegaraan Komanwel
1. Kewarganegaraan Komanwel - Warganegara Persekutuan menikmati taraf kewarganegaraan Komanwel - Diperoleh mengikut undang-undang komanwel - Menikmati taraf warganegara Komanwel sama dengan warganegara negeri-negeri Komanwel - Kecuali jika selainnya diperuntukkan oleh Parlimen mana-mana undang-undang yang ada hendaklah dipakai terhadap seorang warganegara Republik Ireland yang juga bukan seorang warganegara Komanwel sebagaimana undang-undang itu dipakai terhadap seseorang warganegara Komanwel

Penamatan Kewarganegaraan
1. Dua cara: - Permohonan menolak secara sukarela - Pelucutan kewarganegaraan (Perkara 24-6B)

24

2. Permohonan menolak secara sukarela - Berumur 21 tahun dan menjadi warganegara sesebuah negara - Waras pemikirannya - Akuan didaftar oleh Kerajaan Persekutuan

3. Pelucutan kewarganegaraan (Perkara 24-6B) - Tidak setia dalam tindakan dan pertuturan - Dipenjarakan selama setahun atau kurang setahun - Didenda tidak kurang daripada RM 5000 - Tidak mendapat pengampunan - Derhaka kepada negara - Tinggal di luar negara melebihi tempoh 5 tahun - Membuat kenyataan palsu

Perlucutan Kewarganegaraan Melalui Kuat Kuasa Undang-undang


1. Keadaan pelucutan kewarganegaraan - Memperoleh taraf kewarganegaraan asing - Menggunakan keistimewaan sesebuah negara asing (kecuali negara Komanwel), yang mana keistimewaan itu hanya diberikan kepada rakyat negara tersebut - Seorang perempuan yang telah menjadi warganegara melalui Perkara 15(1) dan telah memperoleh
25

kewarganegaraannya melalui perkahwinannya dengan seorang bukan warganegara.

Perlucutan Kewarganegaraan yang Diperoleh dengan Cara Pendaftaran atau Masukan (Naturalisasi)
1. Keadaan pelucutan kewarganegaraan - Tidak setia melalui perbuatan atau percakapannya. - Perhubungan dengan musuh - Dihukum penjara tidak kurang daripada dua belas bulan dan denda sebanyak tidak kurang daripada RM 5000 - Menerima apa-apa jawatan atau pekerjaan tanpa kebenaran kerajaan Persekutuan di luar persekutuan - Mendapat kewarganegaraan secara menipu - Menjadi warganegara melalui pendaftaran telah memperoleh kewarganegaran asing melalui perkahwinannya dengan seorang yang bukan warganegara Malaysia. - Berada di luar Malaysia (kecuali negara komanwel) lebih daripada 5 tahun secara terus-berterusan dan tidak bekerja untuk kerajaan Malaysia.

Hak Asasi
1. Kebebasan Diri (Bahagian 2 Perkara 5) - Seseorang bebas dan tidak boleh diambil nyawanya, kecuali dituntut oleh undang-undang - Seseorang harus diberitahu sebab ia ditangkap
26

- Seseorang boleh berunding atau dibela oleh peguamnya. - Seseorang harus dihadap ke mahkamah dalam masa 24 jam selepas ditangkap - Seseorang hanya boleh ditahan lebih lama melalui kuasa Majistret

2.

27

También podría gustarte